Anwar Ibrahim |
- Bajet 2012 Najib Perlu Tangani Beban Rakyat
- Hudud: Statement By Dato Seri Anwar Ibrahim
- Isu Hudud: Penjelasan Lengkap Dato Seri Anwar Ibrahim
Bajet 2012 Najib Perlu Tangani Beban Rakyat Posted: 25 Sep 2011 04:40 AM PDT Penasihat EKonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Belanjawan Negara yang bakal dibentang bulan depan perlu mencakupi perihal yang memberi kesan besar kepada rakyat seperti perumahan awam dan harga barang. Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan seharusnya memberi perhatian terhadap rakyat dan bukan hanya menumpukan kantung kroni. Menurut beliau, kegagalan mengawal ekonomi negara sejak lebih sedekat lamanya sehingga mengakibatkan berbilion ringgit wang negara dibazirkan menyebabkan negara kurang daya kompetetif di peringkat antarabangsa. "Kita dah masuk tahun ke 14 defisit, kawalan kewangan tidak bertanggungjawab. Tiada perubahan besar dalam menentang korupsi. Yang kaya mendapat faedah besar menerusi IPP dan penswastaan. Mereka mesti ambil perhatian isu inflasi, isu gaji golongan berpendapatan rendah dan perumahan awam di golongan menengah dan rendah," kata beliau kepada para wartawan di rumah terbuka aidilfitri Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini. Sebelum ini, laporan Ketua Audit Negara tahun 2008 menyatakan ketirisan sebanyak RM28 billion setahun mendatangkan kejutan kepada rakyat dan ahli parlimen Pakatan Rakyat. Pemimpin Pakatan Rakyat menganggap ketirisan sebanyak RM 28 billion setahun adalah bencana yang tidak mungkin dapat diatasi kerana ketirisan itu berlaku dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin utama negara yang sudah menjadi budaya tegar mereka. Hasil pemerhatian tersebut, Pakatan memperkenalkan Buku Jingga yang menggariskan keutamaan dalam perbelanjaan negara dan menutup segala ketirisan dalam sistem kewangan negara. Teori yang sama dipraktikkan di Selangor dan Pulau Pinang dan buktinya kedua-dua negeri itu mempunyai lebihan pendapatan. Malah menurut Anwar, beliau tidak yakin janji Najib bahawa belanjawan yang akan dibentangkan pada 7 Oktober depan adalah inklusif, menumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi. Ujarnya, Najib sudah melaungkan perkara sama demi mendapatkan populariti sejak memegang kementerian itu tiga tahun lalu namun masih tiada apa yang berubah. Beliau memberi contoh pemansuhan ISA sebagai bukti kenyataan beliau. "Seperti ISA, tiada apa yang berlaku? Apa idea di sebalik pengumuman pemansuhan itu? untuk membebaskan masyarakat dan menghormati demokrasi. Ini masih tak berubah,"katanya. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Hudud: Statement By Dato Seri Anwar Ibrahim Posted: 24 Sep 2011 09:39 AM PDT The implementation of hudud in the state of Kelantan must in all circumstances be subject to the maqasid al Shari'a, that is, the Higher Objectives of the Shari'a, the most paramount of which is to ensure justice for all, regardless of race, status or religion. This warrants the existence of Shari'a judges who are capable of dispensing justice without fear or favour and a Shari'a judicial system which is independent of political pressure or other kinds of influence that would impair its functions in the administration of justice. As a Muslim, I am bound by the commandments of my religion including the injunctions as ordained in the Holy Qur'an. As I have stated before, the right to practice one's faith is a fundamental freedom that is guaranteed by the Federal Constitution. In this regard, it must be stressed that non-Muslims are and must continue to be in all circumstances exempt from the Shari'a jurisdiction. This view is perfectly consistent with the position of the Pakatan Rakyat as laid out in the Orange Book: "…to defend the Federal Constitution, to uphold the position of Islam as the religion of the Federation, to ensure that other religions may be professed and practiced fully, and to safeguard the special position of the Malays and the natives of Sabah and Sarawak as well as the interests of other races in line with Article 153." We condemn the hypocrisy of UMNO and Barisan Nasional in exploiting the hudud issue for political mileage. Even more deplorable are the sinister machinations orchestrated by UMNO in attempting to stoke the fires of ethnic and religious tension by repeatedly playing up the issue in their media. To the non-Muslim audience, they project an anti-Shari'a stance even on some occasions rubbishing it as a primitive system while to the Muslim audience; they relentlessly attack Pakatan Muslim leaders as being traitors to their religion and race by consorting with non-Muslim leaders. Without doubt these actions are part and parcel of the overall plan to drive a wedge in the Pakatan coalition and bring about internal strife and in the process hope to weaken the coalition and the chances of victory in the next elections I would like to stress that Pakatan Rakyat is a coalition built on the principle of consensus and mutual trust and respect. We hold firm to the conviction that any issue which affects the interest of the people must be discussed frankly in a civilized manner with the objective of seeking an amicable resolution. We also believe that each and every component party of the coalition should be given its legitimate right to explain its position on significant issues to its members.
ANWAR IBRAHIM This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Isu Hudud: Penjelasan Lengkap Dato Seri Anwar Ibrahim Posted: 24 Sep 2011 09:26 AM PDT Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato' Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan. Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut. Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga: “Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.” Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat. ANWAR IBRAHIM This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan