Selasa, 20 September 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Najib Inginkan Legasi,Muhyiddin Kekal Pewaris ISA

Posted: 20 Sep 2011 05:39 AM PDT

Malaysia Chronicle

Pengumuman pemansuhan mengejutkan undang-undang ISA dan Darurat oleh Perdana Menteri Najib Razak, telah menimbulkan rasa tidak senang dalam parti UMNO, terutamanya bagi kem-kem penyokong Muhyiddin Yassin. Muhyiddin telah disebut-sebut untuk mengambil alih jawatan presiden Umno tidak lama lagi – paling awal akhir tahun ini jika tidak, dalam tempoh 12 bulan selepas pilihan raya umum yang akan datang.

Muhyiddin yang berusia 64-tahun akan berdepan dengan tindak balas yang hebat selepas tindakan Najib tergesa-gesa untuk menjadi legenda pada saat-saat akhir semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri. Pada mulanya, walaupun penyokongnya dan ahli-ahli parti BN yang lain terperanjat dengan keputusan mendadak untuk menghapuskan mekanisme yang telah diguna pakai oleh Umno untuk menindas pesaing politik setelah beberapa dekad. Kemudian, barulah mereka sedar, Najib sebenarnya telah mengekalkan mekanisma ISA tetapi dalam bentuk undang-undang baru menyebabkan mereka bisa menyelesaikan masalah itu nanti.

Umno-BN tidak pernah berubah

Setelah semua merasa lega, pemimpin-pemimpin Umno dan BN kini mula keluar dan meraikan rancangan pemansuhan ISA walaupun rakyat masih belum pasti apakah ini perlu disambut baik. Maknanya rakyat Malaysia masih menunggu untuk memastikan sama ada Umno dan BN ikhlas dan bersungguh-sungguh. Paling sedih, rakyat Malaysia jangkaan mereka betul apabila mengesyaki bahawa Umno-BN cuba menipu rakyat untuk mempercayai bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang baik, sedangkan pada hakikatnya, perkara yang sebenarnya adalah lebih buruk akibat dari pembaharuan.

Undang-undang pengganti, yang hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum ke-13 akan memberi lebih kuasa kepada BN – jika mereka menang. Inilah kenapa tiada sambutan diadakan. Kumpulan dan aktivis yang telah lama menentang ISA, menerima penderaan fizikal dan mental yang teruk, penjara untuk tempoh yang lama, kini menuntut pampasan. Untuk menggagalkan usaha mereka, Najib mendakwa beliau dan BN membuat keputusan pemansuhan sendiri – tanpa ada rasa berterima kasih kepada semua iaitu berpuluh-puluh ribu aktivis anti-ISA mahupun Parti Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang menyaksikan pengumuman besar-besaran Najib di TV, merasa jijik dengan keangkuhannya dalam memulaikan diri sendiri. Mereka tidak terkejut juga dengan tindakan tanpa belas kasihan kepada aktivis anti-ISA. Mereka pasti gembira melihat kejatuhan Najib nanti. Rakyat Malaysia tidak bodoh. Beberapa pemerhati politik berkata rakyat mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam pengumuman pemansuhan ini dan tidak ingin dipergunakan oleh Najib dan penasihat-penasihatnya yang diketuai oleh orang kuat media dan minyak , Omar Mustapha, dalam permainan mereka untuk bersaing di dalam Umno yang merupakan sebahagian dari survival politik mereka.

Bidaan terakhir

Malah, kita harus berhati-hati dalam menerima pengumuman Najib kerana selalunya, dia jarang akan melaksanakan semua rancangan yang dijanjikan sejak bulan April 2009, apabila beliau mengambil alih kerusi panas itu dari Abdullah Badawi kurang kredibiliti. Oleh itu, apakah motif sebenar Najib dalam membuat cadangan-cadangan ini?

Selain daripada kejahatan yang bertujuan untuk melemahkan pesaing dalam Umno termasuk Muhyiddin, ia juga adalah bidaan terakhir dari Najib – percubaan terakhir bagi Custer, untuk meninggalkan legasi sebelum dia dibuang oleh kepimpinan teratas Umno sepertimana berlaku kepada Badawi yang telah disingkirkan oleh kumpulan yang diketuai oleh Najib sendiri. Malah, pengumuman Najib dalam ucapan Hari Malaysia, mengingatkan kita akan janjinya untuk memansuhkan ISA sewaktu dia mula mengambil alih jawatan PM pada tahun 2009, yang menjanjikan demokrasi yang lebih menyeluruh.

Namun, semasa tempoh beliau memegang jawatan, Malaysia telah menerima kutukan terhebat dari seluruh dunia. Semasa perhimpunan 9 Julai oleh Bersih untuk pilihan raya yang bebas dan adil, Malaysia telah menjadi objek ejekan sedunia apabila Najib cuba memenjara sesiapa sahaja yang memakai kemeja-T kuning. Rakyat Malaysia yang berada diluar negara juga menegaskan bahawa kerajaan Umno menganiaya rakyatnya dan menipu pada pilihan raya, apabila mereka menjalankan perhimpunan serentak dengan Bersih di lebih daripada 30 bandar raya di seluruh dunia.

“Najib telah gagal dalam hampir semua aspek dalam kerajaan. Beberapa hari yang lalu, beliau telah dicabar untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan selepas dia mengeluarkan kenyataan bahawa dia hanya akan melaksanakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) selepas pilihan raya umum. Ini menunjukkan ketidak profesionalannya iaitu, hanya selepas rakyat mengundi untuknya,beliau akan membalas mereka dengan kenaikan harga barangan. Ia menunjukkan kurangnya kaliber lelaki itu, “pengarah PKR untuk strategi Rafizi Ramli memberitahu Malaysia Chronicle.

Laporan Kumpulan Hak Asasi Dunia 2011 melaporkan: “Hampir dua tahun selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengambil alih jawatan telah berjanji untuk menegakkan kebebasan awam,”namun, hanya sedikit kemajuan yang dilaksanakan. Pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara tidak dilakukan. Sekatan-sekatan ke atas kebebasan bersuara terus digunakan untuk menghadkan hak bersuara. Ketua-ketua polis tempatan terus menyekat perhimpunan awam dan perarakan, atas alasan politik . ”

MACC dan JAC bagi Badawi 2008, pemansuhan ISA dan Darurat bagi Najib 2011

Jadi mungkin, selepas menilai semua pilihan yang ada, Najib dan penasihat-penasihatnya membuat keputusan untuk mengambil langkah terakhir ini yang seakan-akan berupa pemansuhan ISA. Bagi menenangkan rakan-rakan Umno mereka, akan dipastikan undang-undang yang menjadi penggantinya nanti adalah sama dengan undang-undang lama.

Seperti Badawi yang juga tergesa-gesa meninggalkan legasi untuk dirinya sendiri dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 dan Akta penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, pemansuhan ISA oleh Najib mungkin juga akan gagal.

Walaupun telah melancarkan JAC untuk mengelakkan dari perbuatan mempengaruhi hakim dan rasuah dalam badan kehakiman Malaysia, sedih untuk dinyatakan bahawa sistem mahkamah tidak pernah bebas berbanding sebelum ini. Perlantikan peguam Zaki Azmi sebagai Ketua Hakim pada tahun 2008 bagaikan mempersenda JAC dan pelantikan Zaki Ariffin Zakaria oleh Najib dua minggu yang lalu adalah satu muslihat bagi ahli-ahli parti politik UMNO . PM telah ditegur oleh pihak pengamal undang-undang kerana mengabaikan hakim-hakim yang lebih atas. Beliau telah diambil gambar bersama minum bersama hakim-hakim tinggi yang telah bergegas-gegas menyambut kedatangan beliau seolah-olah dia adalah Raja Midas.

Bagi SPRM, nasib Badawi agak malang. Untuk menyerupai ICAC yang berada di Hong Kong, reputasi badan Malaysia boleh dikatakan jatuh beberapa kali ganda lebih teruk daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ia gantikan. Dua kematian berlaku dalam premis SPRM dan selepas disoal siasat oleh pegawai-pegawai SPRM yang mencurigakan. Ini telah meninggalkan parut yang begitu besar hinggakan rombakan akan datang mungkin memerlukan satu transformasi yang menyeluruh dan perubahan nama untuk badan pencegah rasuah itu sekaligus.

Begitu juga langkah pemansuhan ISA oleh Najib. Sememangnya, rakyat tidak berfikiran seperti Najib . Ini adalah mengapa sebahagian besar rakyat hanya berdiam diri sahaja sejak pengumuman pada Khamis. Ini memaksa orang-orang Umno dan ahli komponen BN keluar dan member tepukan dibelakang Najib sebagai tanda menyokong.

Undang-undang gantian, warisan Muhyiddin

Sangat menarik jika diamati, Muhyiddin telah memberi restunya dalam pengisytiharan pemansuhan ISA. Ini untuk menunjukkan dengan jelas semangat kenegaraannya. “Jangan main-main, ini bukan gula-gula saja,” katanya. Pemerhati politik tidak hairan dengan kenyatakan Muhyiddin kerana sememangnya dia tidak akan mampu memberi komen yang lain. Untuk memperlekehkan kenyataan terbaru Najib itu hanya akan menampakkan dirinya sebagai pelampau tegar sayap kanan.

Bagi para pemerhati, kata-kata Muhyiddin paling ketara menunjukkan bahawa dia sememangnya akan mewarisi kejatuhan BN jika ia menang PRU ke-13. Itulah sebabnya dia mengalu-alukan undang-undang baru untuk menggantikan ISA. Penggantian ini bagi mereka sememangnya wajar kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur bagi 'melindungi' negara.

Malah, jika BN menang PRU ke-13, undang-undang penahanan dan pencegahan yang baru dan undang-undang kebebasan media di bawah jagaan Muhyiddin akan diperbaharui. Pemimpin dari Johor ini akan dijangka menjadi arkitek kepada undang-undang baru ini dalam bahasa yang lebih moden tetapi tidak kurang kunonya kerana niat dan semangat undang-undang ISA dan Darurat yang digubal lebih dari 5 dekad yang lalu masih wujud padanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sidang Media Majlis Pakatan Rakyat

Posted: 20 Sep 2011 03:51 AM PDT

Dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
 
Sidang media ini akan diadakan seperti berikut:
 
Tarikh     :  21 September 2011 (Rabu)
 
Masa       :  6:30 petang
 
Tempat     :  Bilik Mesyuarat PAS, Tingkat 5
          Bangunan Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut

 
Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato'Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.
 

 

Pendedahan Kad Pengenalan Palsu

Posted: 20 Sep 2011 12:53 AM PDT

Harakah

Berdasarkan kepada maklumbalas yang saya terima, terlalu ramai yang berminat untuk mengikuti pendedahan saya berkenaan lebih 10 ribu kes kad pengenalan yang berkemungkinan besar palsu seperti yang telah dikemukakan pada minggu lepas. Seperti yang dijanjikan saya akan keluarkan maklumat terbabit setiap hari bekerja, satu hari sepuluh data.

Saya tidak akan menentukan mana satu kad pengenalan yang palsu. Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menentukan mana yang palsu dan mana yang benar. Saya juga mohon kepada pemilik kad pengenalan sebenar agar dapat menampilkan diri membuat penjelasan.

Saya percaya ada pihak tertentu telah membuat manipulsi terhadap kad pengenalan sebenar ini bagi tujuan pilihanraya.  Ini sangat penting bagi kita menjadi warganegara yang bertanggungjawab membuat semak dan imbang dalam sistem demokrasi di negara kita.

Walaubagaimana pun pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membisu seribu bahasa  adalah lebih maklum mana kad pengenalan yang benar dan mana yang palsu.

Terdapat dua identiti berbeza AZINAH BT MOHD FAZIN, pertama memiliki kad pengenalan 800829-02-5150 dan keduanya memiliki kad pengenalan 800820-02-5150. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan tarikh hari lahir sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Terdapat dua identiti berbeza EH NAM A/L EH WAN, pertama memiliki kad pengenalan 780515-03-5705 dan keduanya memiliki kad pengenalan 280515-03-5705. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan tahun lahir sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Terdapat dua identiti berbeza MOHD BAHAR BIN OMAR, pertama memiliki kad pengenalan 800105-02-5459 dan keduanya memiliki kad pengenalan 800105-02-5489. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan satu digit ke 11 sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Terdapat dua identiti berbeza DALIZA BINTI IBRAHIM, pertama memiliki kad pengenalan 790402-03-5966 dan keduanya memiliki kad pengenalan 790902-03-5966. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan bulan kelahiran sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Terdapat dua identiti berbeza FATEN DIANA BINTI HASSAN, pertama memiliki kad pengenalan 810522-03-5400 dan keduanya memiliki kad pengenalan 810822-03-5400. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan bulan kelahiran sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai, apakah ada unsur manipulasi pilihanraya melalui manipulasi kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara?

SUHAIZAN BIN KAYAT

PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI PEMUDA PAS MALAYSIA

KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Pemohon PR Diingatkan Mengundi ‘Parti Pemerintah’

Posted: 20 Sep 2011 12:46 AM PDT

Malaysiakini

Seorang pemastautin tetap yang memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan negara ini mendakwa pegawai imigresen memaklumkan kepadanya bahawa tugas utamanya, jika diberikan kerakyatan, adalah untuk mengundi "parti pemerintah “.

Dalam temubual e-mel, pemohon yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia itu, berkata pegawai imigresen berkenaan berkata demikian ketika dia diwawancara dalam proses bagi mendapatkan kerakyatan.

azlan“(Mereka bertanya kepada saya) Apa yang anda akan lakukan dengan kewarganegaraan Malaysia? Apakah tugas utama anda?

“Saya jawab bahawa saya akan sokong perjuangan anak-anak muda kerana ia minat saya,” katanya, sambil meminta identitinya tidak didedahkan kerana bimbang ini akan menjejaskan keputusan permohonan itu.

“(Mereka menjawab) ‘Salah! Jawapan yang betul ialah mengundi parti pemerintah kerana mereka memberi anda taraf penduduk tetap’.”

Pemohon yang menghubungi Malaysiakini dan menceritakan pengalamannya pada Sabtu lalu, berkata ibu bapanya juga telah dimaklumkan perkara yang sama. Mereka telah berhijrah ke Malaysia dari Asia Selatan pada tahun 1970-an apabila ditawarkan jawatan profesional di negara ini.

“Saya tidak ingat apa yang saya katakan selepas itu, mungkin sesuatu tentang ‘bagaimana jika parti pemerintah berubah pada masa depan, semasa saya layak mengundi?’ yang mana mereka kata tidak mungkin," katanya.

“Taraf penduduk tetap bukan ‘hadiah’. Saya dilahirkan dan dibesarkan (di sini), tetapi kerana kekurangan jus soli, saya dilabel sebagai rakyat asing.”

(Jus soli merujuk kepada prinsip bahawa kewarganegaraan seseorang ketika lahir adalah ditentukan oleh tempat kelahiran.)

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Fitnah II: Pakar DNA Bantah Pendapat Pendakwa Raya

Posted: 20 Sep 2011 12:36 AM PDT

Keadilan Daily

Pendakwaraya dalam kes perbicaraan fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim sedaya upaya menegakkan benang yang basah ketika menyoal balas saksi pembela, Dr Brian McDonald.

Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden  memaksa Pakar DNA Australia itu bersetuju dengan kandungan jurnal Thailand bahawa sel DNA dari air mani boleh bertahan lebih 100 jam.

Berikutan itu, McDonald membantah kerana tidak memahami kandungan yang bertulis dalam bahasa Thai itu.

"Kamu minta saya untuk setuju tentang sesuatu yang saya tak faham. Saya takkan lakukan.

"Saya rasa tiada siapa dalam mahkamah ini yang boleh baca bahasa Thai," kata Brian, mengundang ketawa mereka yang berada di galeri awam.

Terdahulu, Yusof mengemukakan jurnal dalam bahasa Thai dan meminta McDonald bersetuju dengan rujukan tersebut.

Beliau merujuk tiga jurnal perubatan kes rogol di luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih 100 jam di dalam vagina seseorang wanita.

Kandungan dokumen tersebut digunakan Yusof untuk menyokong hujahnya sebelum ini bahawa perolehan sel DNA dari air mani yang dibuat oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora adalah terpakai.

Sementara itu, peguam pembantu Sankara Nair berkata, andaian yang dibuat Yusof tidak kukuh kerana merujuk kepada jurnal yang diterbitkan di United  Kingdom pada 1982 bahawa sel DNA hanya bertahan selama 65 jam.

"Bahagian yang tertulis tentang perkara itu dalam Bahasa Inggeris hanya satu perenggan.

"Jurnal yang sama menyatakan calitan (swap) itu bertahan lebih 100 jam hanyalah yang diambil dari vagina wanita.

"Manakala, calitan dari rektum hanya bertahan selama 65 jam," kata Sankara ketika ditemui di perkarangan mahkamah.

Mengikut laporan sebelum ini, calitan yang diambil dari rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan berusia 56 jam dari tarikh kejadian didakwa berlaku, dan disimpan lagi selama 43 jam sebelum diuji ahli kimia.

Hakim Datuk Zabiden Mohd Diah menangguhkan perbicaraan sehingga jam 2.30 petang

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan:

Nuffnang