Sabtu, 13 Ogos 2011

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


FI-SABILILLAH!

Posted: 13 Aug 2011 03:07 AM PDT




(Sedang berucap semasa kempen Anti-Murtad di Masjid Negeri Shah Alam)

Salam 2 all.


Alhamdulillah kempen anti-murtad yang diadakan secara impromptu semalam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para jemaah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Walaupun tempoh notis yang diberi kurang 48jam, namun para jemaah menunjukkan komitmen yang hebat dan sanggup berjemur bersama dengan para penceramah ditengah terik panas tengahari dibulan Ramadhan penuh keberkatan ini.


Apa sangatlah panas itu berbanding dengan pengorbanan sahabat dan Rasulullah saw berjihad dalam perang Badar dibulan Ramadhan juga. Perang dikala umat Islam berdepan dengan cabaran terhadap survival dan aqidah Islam. Walaupun serba kekurangan, walaupun mendapat cemuhan mereka yang mencemuh, namun semangat Badar meniup jiwa para jemaah yang hadir! ALLAH hu akbar!


Teman diberi amanah dan kesempatan untuk menyampaikan sedikit tazkirah mengenai gejala murtad yang kembali melanda negera. Berikut sedutan ucapan teman (yang di edit untuk memperbaiki gaya bahasa untuk tujuan penulisan tanpa menganggu intipati ucapan. Kepada sahabat yang membuat penulisan ucapan ini di ucapkan jazakallah khairon, moga ALLAH memberkati).


PETIKAN UCAPAN ANTI MURTAD OLEH ZULKIFLI BIN NOORDIN


MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM


JUMA'AT 12 RAMADHAN 1432 / 12 OGOS 2011


Alhamdulillah hillazi arsalarosuulahu bil huda wadeenil haq, liyuz hiro hu 'aladdih ni kullih, walau karihal musyrikun. La ila hailallah huwalana'budu iyya humukhliseen nalahuddeen, walau karihal kaafirun, walau karihal musyrikun, walau karihal munaafiqub!


Assalammu'alaikum para jemaah sekelian.


Kita berkumpul hari ini bukan untuk kepentingan diri kita, bukan untuk kepentingan mana-mana pihak, tetapi demi agama kita, demi aqidah kita.


Saya terkejut bila hari ini, pagi tadi, membaca mengenai rintihan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi. Merintih bukan kerana beliau terpaksa berdepan dengan musuh-musuh Islam dikalangan al kafirun.


Merintih kerana dia terpaksa berdepan dengan pimpinan dia sendiri, ahli dia sendiri yang menentang dia untuk mempertahankan akidah umat Islam.


Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini, kalau mereka yang mengaku hendak memperjuangkan Islam pun, akhirnya menjadi pengkhianat kepada agama sendiri.


Inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk mempertahankan akidah kita.


Ada segelintir dikalangan orang Melayu yang sudah pekak, bisu & buta mengatakan bahawa tidak ada bukti pihak gereja Kristian cuba memurtadkan orang Melayu.


Saya terlibat secara aktif dengan kes-kes murtad berbelas tahun dah. Tuan-tuan masih ingat kes murtad Aisyah Bukhari, dimana penglibatan gereja, penglibatan mubaligh Kristian jelas dalam memurtadkan orang Melayu di negara ini sudah berlangsung begitu lama.


Kes pertama memurtadkan orang Melayu melibatkan gereja berlaku pada tahun 1987, bilamana seorang paderi berbangsa yang pertama dinegara ini dilantik, iaitu disebuah gereja di Petaling Jaya. Nama Melayu paderi itu ialah Jamaluddin Osman. Beliau telah dikristiankan, bermula dengan apa yang berlaku saperti di gereja Damansara Utama; memberi bantuan kepada beliau, menolong beliau, mendidik beliau akhirnya Jamaluddin Osman menjadi paderi Melayu pertama ditabalkan di gereja Petaling Jaya dengan nama Father Joshua Jamaluddin.


Sampai hari ini, beliau masih ada, dan kita tidak boleh bertindak terhadapnya. Kita lihat bagaimana pihak polis cuba mengambil tindakan dengan menahan beliau di bawah ISA, tapi kita lihat bagaimana pihak gereja dengan beberapa NGO termasuk Majlis Peguam yang hari ini di dokong oleh segelintir pimpinan PAS membantah dan mencabar kes berkenaan di mahkamah.


Hari ini, Father Joshua Jamaluddin, muka macam kita, warna kulit macam kita, mungkin bersongkok,berbaju Melayu, tapi kerjanya dok mengkristiankan anak-anak Melayu.


Pada tahun 1997, Nor Aisyah Bukhari sendiri dikristiankan dan bersembunyi disebuah gereja di Jalan Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan. Saya sendiri terlibat secara langsung dengan kes itu.


Keluarga Aishah mendapat maklumat bahawa dia bersembunyi di gereja itu, lalu mereka pergi hendak menyelamatkannya. Sekali lagi kita melihat para kafirun dan NGO-NGO kafir bersatu dan menghalang keluarga dari mengambil Nor Aisyah Bukhari. Namun berkat usaha yang bersungguh, keluarga Aishah berjaya mendapatkan Aishah semula, tetapi hanya sementara sahaja.


Pada bulan Ramadan 1997, pada hari pertama umat Islam berpuasa, sedang ayah Nor Aisyah, Haji Bukhari mengimamkan solat terawih di Masjid Taman Rimba Terjun, sekumpulan Kristian melancarkan operasi menculik Nor Aisyah dari rumah dia.


Mereka berjaya membawa Aishah lari ke Singapura sehelai sepinggang, menyeberang tanpa passport, kemudiannya terus terbang ke Australia, sehingga ke hari ini Aishah tetap murtad dan berada di Australia.


Pada tahun 1998, secara terbuka dan dengan penuh biadap kerana tidak ada tindakan dari kita, semakin lama semakin melampau, makin kurang ajar pihak kristian ini. Gereja Church of our Lady Fatima di Brickfield secara terang-terang memurtadkan seorang gadis Melayu bernama Azlina Jalani, yang akhirnya meletus menjadi kes Lina Joy.


Gereja itu masih ada di situ, orang-orang yang terlibat mengkristiankan Lina Joy masih ada di situ. Lina Joy masih ada dengan kita di Subang Jaya. Mereka dengan penuh berani mengeluarkan sijil baptism Azlina, dan kita tidak mampu bertindak apa-apa!


Melihat kedayusan dan kebaculan orang Melayu, mereka makin melampau. Apa yang berlaku di Damansara Utama Methodist Church sebenarnya adalah hanya tip of the iceberg, kita dah ada bukti jelas bahawa memang ada cubaan mendakyah orang Melayu.


Aktiviti ini sudah berlangsung lama, namun kerana ada salah seorang dari mereka, di buka pintu hati oleh Allah memberikan maklumat terhadap kegiatan-kegiatan yang berlaku, maka pihak JAIS berjaya mengambil tindakan menyiasat dan mengenal pasti agenda dakyah kristian itu.


Pihak JAIS sudah ada bukti-buktinya, dan insyallah pihak JAIS akan mengeluarkan laporan lengkap tentang dakyah yang dibuat.


Baru-baru ini, beberapa orang umat Islam yang sensitif telah pergi ke beberapa kawasan tumpuan awam saperti KLCC dan terjumpa risalah-risalah Kristian, berbundle-bundle, ditinggalkan di tempat strategik, supaya mudah orang ambil.


Saya pernah tanya anak-anak kecil apa risalah ini, mereka jawab dengan peniuh kepastian ianya komik kartun,. Ianya sebenarnya ialah Al-Kitab yang dikomikkan, penuh dengan penyalahgunaan kalimah ALLAH, dalam tu ada 72 perkataan Allah yang disalahgunakan. Ianya penuh dakyah yang cuba memesongkan aqidah anak-anak Melayu, kerana komik itu berbahasa Melayu!


Di gunakan bahasa, lakaran dan gambar yang anak-anak Melayu Muslim akan tertarik. Mereka makin biaDAP, makin kurang ajar,


Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba menentang kita, mencabar agama dan aqidah Islam.


Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan agama negara ini adalah agama Islam. Malahan diletakkan Islam sampai ke peringkat tidak boleh disentuh. Begitu istime dan tinggi agama Islam diletakkan didalam Perlembagaan, sehinggakan kalau darurat diisytiharkan, Parlimen digantung dan undang-undang lain dimansuhkan, tetapi jelas disebut agama Islam tidak boleh disentuh!


Para jemaah sekelian, isu ini bukan isu politik, ia bukan isu kepartian, ia tidak ada kena mengena dengan UMNO atau PAS, tetapi ia ada kena mengena dengan kita orang Islam. Ini isu umat Islam, tak kira apa fahaman atau parti politik yang dianutinya.


Ini isu kita! Isu umat! Yakinlah, jika kita umat Islam tidak berbuat apa-apa hari ini, lima tahun ke depan, 10 tahun ke depan, kita semua akan membayar dengan harga yang mahal terhadap serangan aqidah dan cubaan memurtadkan umat Islam ini. Jangan terkejut kalau ahli kelaurga, anak isteri saudara yang terbabit kelak! Ayah Aishah, Haji Bkhori; ayah Azlina, Haji Jailani; ayah Jamaludin, Haji Osman, tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka satu hari nanti anak mereka akan murtad.


Tetapi hakikatnya anak-anak mereka telah murtad, keluar daripada agama Islam, dan memeluk Kristian. Ini adalah kerja terkutuk gerakan missionary kristian la'natullah yang makin melampau akibat kedayusan dan kelesuan kita sendiri. Ayah Aishah membayar harga yang mahal! Ayah Azlina membayar harga yang mahal! Ayah Jamaluddin membayar dengan harga yang mahal! Apakah saudara semua bersedia untuk membayar dengan harga yang sama!!!


Saudara para jemaah sekelian. Kaum kafir ini sedang mengambil kesempatan atas perpecahan umat Islam dalam negara hari ini. Pernah satu pepatah kafir menyebut, "pecahkan mereka, dan kamu akan berkuasa dan menguasai!". Saudara para jemaah, kaum kafir ini tidak memahami bahasa diplomasi, mereka tidak mengerti bahasa tolak ansur. Mereka perlu diajar dengan bahasa yang mereka faham, bahasa yang mereka takut lagi kecut: bahasa jihad fi-sabilillah! Marilah kita bangkit berjihad. Mari kita jadikan diri kita tentera ALLAH. Dan kita mulakan dengan bersatu padu diatas tali ALLAH.


Sebab itu saudara-saudara, ambillah keberkatan bulan Ramadhan ini. Bulan Ramadan ini, bulan berlakunya Badar, bulan di mana umat Islam dulu sanggup berperang untuk mempertahankan aqidah. Marilah kita bersama-sama ketepikan sentimen politik, assobiyah kepartian. Marilah kita bersatu berjuang mempertahankan aqidah Islam.


Kita bangsa dan umat yang punya satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab, satu Qiblat; mengapa kita tidak boleh jadi satu bersatu dan berpadu menjadi Satu Umat.


ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!


Wallahua'lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin


Sabtu


13 Ramadhan 1432


13 Ogos 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang