Nurul Izzah Anwar |
Posted: 03 Aug 2011 06:55 AM PDT (Diterbit di Sinar Harian, 2 Ogos 2011) Ada sinar di hujung terowong itulah yang dapat digambarkan apabila membicarakan mengenai perhimpunan Bersih 9 julai lepas. Perhimpunan yang dikatakan menyebabkan Kuala Lumpur seperti dilanggar garuda, malah akan berulang peristiwa 13 Mei. Paling menyedihkan, Bersih 2.0 dikaitkan dengan komunis sehingga enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan sebulan di bawah Ordinan Darurat (EO), dikatakan menerima dana daripada Kristian, dikatakan hendak menjatuhkan kerajaan dan kononnya di dalangi parti-parti pembangkang. Pelbagai tekanan dikenakan kepada pemimpin-pemimpin bukan kerajaan, pejabat di serbu, peralatan dirampas dan sukarelawan ditahan, baju kuning berlogokan Bersih 2.0 diharamkan, malah ketakutan kepada warna kuning ini menyebabkan sesiapa yang memakainya ditahan tanpa usul periksa. Pembuka kepada penerimaan untuk pilihan raya yang bersih dan adil ini selepas dimomokkan sebagai sesuatu yang buruk dan jahat kerana keinginan rakyat mahu ia dilaksanakan dan Sinar Harian telah membuka langkah berani untuk memulakan dialog 'Apa Selepas 9 Julai' dan disitu barulah kita disedarkan bahawa gelombang kuning melonjak kini. Inilah kesedaran yang ditunjukkan oleh semua, tidak ada alasan boleh diterima dan keinginan ini tidak boleh disekat-sekat lagi. Sekeras-keras kerak nasi akhirnya akhirnya kita nampak perubahan yang ketara, iltizam, keinginan dan wawasan rakyat mampu melunakkan kekerasan jiwa pemimpin-pemimpin kerajaan, mereka bersedia untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil. Inilah yang kita mahukan, kita mahukan sesuatu yang baik untuk negara, untuk menjadikan Malaysia sekali lagi sebagai contoh sebuah negara yang mendukung kehendak rakyat. Pemimpin-pemimpin yang menafikan perkara ini pastinya akan ditinggalkan keretapi kerana pilihan raya yang bersih dan adil memberi peluang kepada semua untuk membuktikan bahawa sesiapa yang terpilih untuk memerintah negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) dipilih melalui pilihan raya yang bersih dan adil. Kita harus menolak sebarang tindakan kotor yang bukan sahaja akan mencemarkan negara ini tetapi mencemarkan kepimpinan kita sendiri, maka tuntutan untuk membersihkan pilihan raya ini harus dilakukan melangkau latar belakang kepartian. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) perlu bergerak seiring serta sehaluan untuk memastikan pilihan raya akan datang adalah bersih serta adil kerana ia adalah kemahuan, kehendak dan keinginan rakyat. Jangan nafikan hak rakyat untuk mendapat tuntutan yang boleh kita berikan kepada mereka kerana mereka boleh menghukum kita walaupun dalam seribu kepayahan, jangan diuji kekentalan rakyat kerana ia telah dibuktikan pada 9 Julai lepas, jangan diuji kesabaran rakyat kerana ia seperti bara dalam sekam. Sempena bulan mulia – Ramadan yang mubarak ini dengan meminjam tulisan Dr Zaharuddin Abdul Rahman, pensyarah di Universiti Islam Malaysia mengenai ibadah puasa. "Objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadis sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada Nabi SAW doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar baginda ialah meminta keampunan Allah SWT." Sebagai pemimpin yang bertakwa marilah kita laksanakan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT dan rakyat yang memilih kita dengan memastikan bahawa SPR perlu bebas dalam melaksanakan bidang kuasanya, kerajaan dan pakar-pakar undang-undang dan tentunya rakyat memberi khidmat kepada SPR untuk memastikan pilihan raya yang akan dilaksanakan dengan bersih dan adil. Kerajaan sekiranya benar-benar telus perlu berfikir bagaimana ingin membebaskan SPR dari kekangan ini. Sesungguhnya rahmat Allah SWT di bulan Ramadan yang mubarak ini amat lah luas, ia pemberi harapan baru kepada harapan yang hampir-hampir dimusnahkan tetapi kita sebagai hamba perlu terus berpegang kepada janji Allah bahawa akan sentiasa ada sinar di hujung terowong. |
Pakatan claims found 1,600 ‘foreign’ voters Posted: 03 Aug 2011 12:35 AM PDT By Shannon Teoh PETALING JAYA, Aug 3 — Pakatan Rakyat (PR) has accused Datuk Seri Najib Razak of losing control of institutions that govern elections after the opposition pact claimed to have discovered 1,600 cases of foreigners being given the right to vote between March to June this year alone. Opposition lawmakers also said that this raised doubt over other border protection programmes such as the current drive to register millions of migrant workers — both legal and illegal. PKR vice president Nurul Izzah Anwar told reporters that PR would formally request, by the end of the week, for an emergency sitting of Parliament to be called during the Ramadan fasting month to debate the issue of fraudulent voters. "The prime minister said a few days ago at the Malaysian Student Leaders Summit that he is committed to electoral reforms and no chance will be given to phantom voters. "Now, just a few days later, we have media reports of foreigners being given the citizenship. If Najib does not agree to the sitting, then it shows he has lost control of these institutions that have wrested power from his administration," the Lembah Pantai MP said. PAS election director Hatta Ramli said there was deliberate collusion involving agencies under the home ministry such as the National Registration Department (NRD) and Immigration, who he accused of working in tandem with the Election Commission. The Kuala Krai MP said that with the registration programme for legal migrant workers now being conducted indefinitely instead of a July 31 deadline, it could be "abused to cover for the constant changes to the database." The lifting of the deadline also means that it now runs concurrently with the home ministry's amnesty programme for illegal immigrants, putting further strain on the biometric system that employers and labour unions have said is "riddled with problems." "We doubt the real purpose of the registration programme as it now allows data to be changed so quickly," he added. PR also claimed that 1,108 permanent residents in the Klang Valley were given the status of full citizens yesterday alone, and ridiculed the notion that over 1,000 identification cards were issued within the day. PAS vice president Salahuddin Ayub also showed documents claiming that, between 1.06pm and 2.30pm yesterday, three voters had their status changed from permanent residents to citizens "in the blink of an eye." "This was information downloaded from the NRD website itself and we have a total of 1,597 cases across the country." (Dipetik dari The Malaysian Insider, pautan asal di sini.) |
You are subscribed to email updates from Nurul Izzah Anwar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan