Khamis, 4 Ogos 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG ziarah wanita pendarahan otak yang menitis air mata dengan kehadirannya

Posted: 04 Aug 2011 09:18 AM PDT




Selasa
Kpg Sg Sireh
KLANG
Ramadhan al mubarak perlu dipenuhi dengan amal kebajikan.ADUN SELAT KLANG, YB Dr Hjh Halimah Ali dijadualkan melawat 5 warga marhaen yang miskin, warga emas dan yang sakit.
Berbekal sedikit cenderahati, beras sekampit, gula sekilo dll,beliau dan Muslimat serta pimpinan PAS Dun Selat Klang turun menjalin kasih, petanda prihatin kepada golongan yang amat memerlukan bantuan ini.
Salah seorangnya ialah wanita berumur 49tahun yang rebah dalam bilik air seminggu sebelum majlis kenduri pernikahan anaknya.Beliau koma semasa kenduri anaknya dan terpaksa dikeluarkan sebahagian tulang tengkoraknya sebelah kanan kerana pendarahan otak.Maka hanya kulit kepala sahaja membalut otaknya.Tangan dan kaki sebelah kiri beliau tidak boleh digerak langsung.Kepala hari-hari sakit.Hari sebelum lawatan YB kata anaknya, cucunya telah terketuk kepala bahagian berkenaan dan semakin sakitlah kepalanya yang sememangnya sudah tiap-tiap hari sakit. ADUUH!!Beruntung dan nikmatnya kita yang mempunyai tempurung kepala yang sempurna.
Anak sulung perempuannya memberitahu YB ADUN SELAT KLANG perihal peristiwa yang dia sendiri alami memangku ibunya yang rebah semasa hari kejadian.Ibu menitis air mata mendengar sayu.
YB Dr Halimah cuba menenangkan kedua-dua ibu dan anak.
Ketika bersalam mahu balik semakin kencang tangis anak perempuannya dan memeluk erat YB

PUSAT TAHFIZ AWAS! USAH MUSNAH NAMA BAIK ISLAM

Posted: 04 Aug 2011 05:30 AM PDT

Beberapa persoalan yang perlu di jawab oleh individu serta pihak yang bertanggungjawab seperti mudhir atau guru disiplin:
i) Kenapa tempoh suai kenal harus menjangkau 40 hari?

ii) Kenapa harus diwujudkan tempoh berpantang

iii) Kenapa kurang pengawasan serta pemantauan dari pihak para guru dan ustaz terhadap pelajar baru

iv) Dan banyak lagi...

Tiada ulasan:

Nuffnang