Rabu, 17 Ogos 2011

Kamparinn.blogspot.com

Kamparinn.blogspot.com


Posted: 16 Aug 2011 06:57 PM PDT




Petikan dari Harakahdaily.net

IPOH, 16 Ogos:
Adun Pakatan Rakyat Perak menggesa Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof menarik balik kenyataan terhadap mereka dan memohon maaf kepada rakyat.

Gesaan itu dibuat oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakil semua Adun Pakatan Rakyat di dalam laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini, hari ini.

"Maka dengan ini, saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataannya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN.

"Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kaca mata rakyat!" ujarnya yang juga AJK PAS Pusat dalam laporan polis itu.

Berikut adalah laporan polis tersebut.

LAPORAN POLIS TERHADAP TIMBALAN KETUA POLIS PERAK DATUK ZAKARIA YUSOF DIATAS KENYATAANYA YANG BERBAU UGUTAN DAN MELANGGAR KANUN KESEKSAAN SEKSYEN 124


Adalah dengan ini satu laporan polis dibuat di IPD Ipoh, Perak pada 16 Ogos 2011 (Selasa) terhadap Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof mengenai kenyataan beliau terhadap kami ADUN sebagaimana terpapar di muka depan di dalam akhbar Sinar Harian, semalam.

Dengan tajuk "JAGA ADAB" beliau menyatakan "saya harap ahli-ahli dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin".

Saya dengan ini bertegas menyatakan bahawa kenyataan ini melanggar serta bertentangan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574) perkara 124. Kenyataan melampau dan keterlaluan ini juga membuat saya berasa terguris, marah, terhina, takut, cemas, bimbang, malu, dan dukacita. Sekaligus beliau mengenepikan Undang-undang tubuh Kerajaan Perak (Perlembagaan Perak), Perlembagaan Persekutuan dan Perintah Tetap Dun yang mana saya dan semua Adun telah mengangkat sumpah memelihara dan mendukungnya.

Sebagai wakil rakyat dan ahli dewan, saya juga tertakluk kepada semua perkara yang terkandung didalam Perintah Tetap dewan bagi mentadbir perjalanan mesyuarat termasuk adab, tatasusila, peraturan persidangan dewan serta tingkah laku kami. Dewan mempunyai Tuan Speaker dan pengawalnya tersendiri. Doktrin pengasingan kuasa dan sistem demokrasi berparlimen menjadi ikutan saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan Datuk Zakaria di dalam laporan akhbar tersebut juga mengesahkan bahawa sejak rampasan kuasa oleh Umno BN pada bulan Februari 2009, kesemua persidangan Dun Perak telah dicerobohi oleh PDRM dengan kehadiran begitu ramai anggota serta kenderaan polis. Saya ingin mengingatkan bahawa PDRMlah yang telah masuk dan menceroboh Dun Perak pada 7 Mei 2009, sedang Speaker YB Sivakumar mengendalikan persidangan dan YB Sivakumar telah diheret dan diangkat serta digulingkan oleh anggota polis dan beliau telah dikunci selama satu jam di bilik belakang dewan.

Sementara kami Adun Pakatan Rakyat dibelasah dan dikasari oleh polis didalam dewan dan ditonton oleh media, rakyat, Orang-orang Besar Negeri, Pengarah-pengarah kerajaan Negeri dan Persekutuan. Siapa yang sebenarnya biadap bila Datuk Zakaria menyuruh kami "Jaga Adab"?

Kenyataan ini juga menimbulkan keluh-kesah dan berupa ugutan serta pencerobohan terhadap bidang kuasa kami sebagai wakil rakyat. Sedarlah bahawa tahap kejadian mungkar, jenayah, rasuah, pembunuhan, kemalangan, salah guna kuasa, pecah amanah di Perak yang menjadi-jadi kini, memerlukan PDRM melaksanakan tugas mereka bagi menjaga keselamatan rakyat dan negeri. Jangan sibuk menjaga persidangan Dun Perak dan berlagak seperti Perdana Menteri. Sebagai eksekutif, PDRM ada tugasan mereka yang mesti dilaksanakan. Laporan polis yang dibuat oleh rakyat masih bertimbun yang belum disiasat! saya menuntut satu siasatan terhadap Datuk Zakaria dibuat jika sekiranya ada unsur jenayah mengikut seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Kenyataan Datuk Zakaria yang tidak bertanggungjawab, niat buruk, berbau ugutan serta mencerminkan sikap diperalatkan oleh UMNO BN amat menyedihkan kami. Lihat saja kekejaman yang dibuat Polis terhadap rakyat semasa himpunan aman Bersih 2.0 di KL pada 9 Julai 2011! Bilik hotel saya diceroboh oleh polis dari IPD KL pada jam 12.45 tengah malam pada 9 Julai 2011! Negeri ini bukanya negara polis!

Persidangan yang sepatutnya berjalan selama 2 hari telah ditamatkan oleh Speaker haram pada jam 1 tengah hari pada 15 Ogos 2011. Banyak soalan lisan dan bertulis kami tidak dijawab. Pembesar suara/microphone kami selalunya ditutup. Peraturan Tetap tidak dipatuhi oleh Speaker haram! Bagaimana kami boleh "menimbulkan banyak perkara" dalam persidangan yang tak sampai 3 jam? Speaker haram telah tidak upaya mengendalikan dewan serta hilang kawalan dan akhirnya Dun Perak gagal sebagai badan Legislatif yang dimuliakan!

Maka dengan ini saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataanya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN. Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kacamata rakyat!

YB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin
ADUN Pasir Panjang

16 Ogos 2011 di IPD IPOH Perak

Pakatan Rakyat Keluar DUN Perak

Posted: 16 Aug 2011 06:19 PM PDT


Asalamualaikum dan Salam Sejahtera Ramadzan

Pada 15 Ogos bermula persidangan DUN Perak jam 10 pagi dipengerusikan oleh Speaker haram Dato' Ganesan dengan tiada agenda mesyuarat. Kami dijanjikan bersidang selama 2 hari hingga 16 Ogos. Namun pada jam 12.50TH pada 15 Ogos persidangan ditangguh oleh Zambry! Penangguhan ini dibuat 10 minit setelah semua ADUN PR bertindak keluar dari dewan oleh kerana layanan buruk, berat sebelah serta hilang keupayaan Speaker haram mengendalikan persidangan.

Kami bertindak keluar dewan oleh kerana:

1. Dalam banyak ketika hak kami bersuara dinafikan Speaker haram yg menutup swis pembesar suara dan microphone semua ADUN PR sedangkan mic ADUN BN bolih saja bercakap bila bila masa.

2. Kebanyakan soalan lisan dan bertulis kami dari PR langsung tak berjawab. Misalnya 7 dari 8 soalan ADUN Teja langsung tidak dijawab.

3. Peraturan mesyuarat yang termaktub didalam Perintah Tetap langsung tidak dipatuhi. Speaker haram membuat keputusan sesuka hatinya dan dia bermaharajalela!

4. Bila ditanya berapa hari persidangan akan dilanjutkan oleh YB Sitiawan Dato Ngeh, Speaker haram menyatakan hanya 1 hari, nah! anih bukan ?

5. ADUN BN khususnya UMNO mengacau kami (kerana mic mereka bebas dipasangkan) maka mereka mengganggu kami dari bercakap walaupun tanpa mic.

Menyedari Speaker akan menangguhkan persidangan, saya lantas bangun untuk mendapat penjelasan namun disekat sedang saya bercakap beberapa saat, maka akhirnya saya "pack-up" bersama rakan ADUN PR keluar meninggalkan dewan pada jam 12.40 th . Kami kebilik perpustakaan untuk mengadakan sidang akhbar.

Bayangkan dengan 59 kawasan DUN sudah pasti banyak soalan dan sugutan serta rungutan rakyat yang mahu kami kemukakan dan diharap persidangan dapat dilanjutkan sehingga 4-5 hari. Malangnya oleh kerana pengecut dan cuak PR akan membongkar salah laku BN serta perbelanjaan besar Zambry menggunakan wang rakyat, maka persidangan cepat cepat ditangguh semata-mata bagi memenuhi syarat mesti bersidang sekali dalam tempoh 6 bulan, itu sahaja.

Sebenarnya ADUN PR nak dedahkan salah laku YB Hamidah serta BN yang menawarkan firma Atigas Technology S/B tanah 150 ekar di Segari dengan firma tersebut hanya bermodal berbayar RM100.00 sahaja sebuah firma lesu (dormant co) . Selepas kelulusan dan kami dedahkan dimedia, baru firma diakui oleh Yb Hamidah menaikan modal berbayar sebanyak RM5juta! (utk projek yg dikatakan bernilai RM5.8B). Yb Pengkalan Hulu kata ini biasa!

Kita nak tanya Dr Zambry berapa banyak wang rakyat dibelanjakan untuk makan angin keluar negara sejak BN rampas kuasa? Berapa banyak kos sepanduk dan banner mempamirkan muka dia yang digantung disetiap persimpangan jalan di Perak dan lebuhraya PLUS? langsung tidak berjawab. Sedangkan di Parlimen bila ditanya berapa banyak wang rakyat diguna bagi Najib dan Rosmah keluar negara juga dijawab!

Inilah kesannya apabila kuasa yang pegang adalah haram hasil rampasan kuasa kerajaan BN oleh Najib Tun Razak di Perak. Mereka gentar dan pengecut berhadapan dengan hakikat sebenar. Malang bagi rakyat Perak yang mana DUN lumpuh dan tidak berfungsi sama sekali. Di pilihanraya akan datang rakyat Perak akan menghukum dan menolak mereka, InsyaAllah.

Walhu'alam dan selamat menyambut hari Lebaran, Eid Mubarak salam aidil fitri maaf zohir dan bathin. Udahlah, bersaralah, cukuplah. Perubahan pasti berlaku. Hidup rakyat!

Tiada ulasan:

Nuffnang