MOHD FIRDAUS JAAFAR |
Pemuda PAS: Di mana UMNO dan PERKASA? Posted: 15 Jul 2011 01:47 PM PDT Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri Kedah yang telah mengharamkan operasi pusat-pusat hiburan seperti - karaoke, pub, disko, dan persembahan terbuka di bulan Ramadhan. Bagi DPPM, tindakan ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menegah sebarang perbuatan mungkar atau mengundang kemungkaran dilakukan terutama di bulan Ramadhan. ![]() ![]() Sebagai ingatan, larangan ini hanya berkuatkuasa di bulan Ramadhan, iaitu bulan suci umat Islam. Bulan Ramadhan dikenali sebagai bulan amal ibadat. Seharusnya MCA menghormati bulan suci umat Islam ini. Di dalam isu ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak PERKASA dan UMNO sedangkan mereka sebelum ini kononnya lantang membela agama dan bertindak menyelar PAS yang dikatakan bersekongkol dengan BERSIH 2.0 yang dipengerusikan oleh Ambiga yang dikatakan membela orang murtad sedangkan mereka lupa Ambiga bertindak atas undang-undang yang diluluskan oleh UMNO/BN sendiri. Ini adalah akibat apabila UMNO yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka, MCA masih "terkapai-kapai" dalam hendak memahami Islam. Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata. Islam hanya dibibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama. Ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara. *Kenyataan media oleh Mohd Firdaus Jaafar (gambar kanan) selaku Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia. |
You are subscribed to email updates from MOHD FIRDAUS JAAFAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan