Jumaat, 15 Julai 2011

Khalid Samad

Khalid Samad


Menangani Fenomena Literalis Agama [Dr.MAZA]

Posted: 15 Jul 2011 03:01 AM PDT

Rentetan dari isu demonstrasi aman di seluruh dunia Islam, telah terbit pelbagai fatwa yang kadang-kala bersifat partial ataupun berpihak. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku di negara-negara Arab pasca kebangkitan rakyat. Dalam mempertahankan kuasa para pemerintah Arab semasa -yang sebahagian besar pemerintah itu korupsi dan zalim- muncullah kelompok agamawan yang membela mereka.

Malangnya, pembelaan itu datang dari mereka yang kelihatan 'kuat beragama'. Dalam kalangan mereka itu ramai pula dari aliran salafi zahiri atau kelompok salafis literalist. Mereka ini memahami nas-nas al-Quran dan hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siyasah sama macam ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan sebarang pembaharuan dan tokok tambah. Lantaran dari pemikiran ini, mereka membidaahkan perkara-perkara yang membabit urusan harian yang dilakukan atas kemaslahahan manusia.

Maka, mereka membidaah kewujudan persatuan, parti politik, demonstrasi, nasyid, seni rekaan dan pelbagai lagi. Jika fatwa-fatwa mereka ini diterima, maka dunia Islam pasti akan jumud dan kehidupan manusia menjadi sempit di bawah lembayung Islam.

Selanjutnya di Minda Tajdid
-Pejabat YB Khalid Samad-

Penahanan Aktivis PSM

Posted: 14 Jul 2011 05:58 PM PDT


Walaupun secara dasarnya PAS sebagai sebuah parti Islam bukan merupakan sebuah parti sosialis dan dengan itu tidak juga membawa agenda sosialis; tetapi kezaliman penahanan tanpa perbicaraan perlu ditentang oleh setiap pertubuhan ataupun individu, terutamanya mereka yang mendokong perjuangan Islam. Di dalam mana-mana negara bertamadun yang berpelembagaan dan berteraskan undang-undang, penahanan seseorang hanya sepatutnya berlaku setelah ianya dibicarakan atau akan dibicarakan dengan berlandaskan bukti yang kukuh. Maka apakah maknanya sesebuah pertubuhan itu didaftarkan dan diistiharkan sebagai sah tetapi tidak diberikan perlindungan perundangan yang wajib dipenuhi oleh pihak pemerintah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tiada ulasan:

Nuffnang