i n t a n h i j a u |
- YANG MANA SATU KAMI BOLEH PAKAI...?
- ADUN CHANGKAT JONG RASMI KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2011
- POLIS vs KUNING
YANG MANA SATU KAMI BOLEH PAKAI...? Posted: 03 Jul 2011 04:46 AM PDT | ||||||||||||
ADUN CHANGKAT JONG RASMI KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2011 Posted: 02 Jul 2011 09:26 PM PDT TELUK INTAN, 3 Julai - ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah merasmikan Karnival Sukan Rakyat 2011Kg. Padang Tembak, dekat sini. Program tersebut telah diadakan di Pekarangan Sekolah Agama Rakyat Al Khairiah, Kg. Padang Tembak. Ia dianjurkan oleh Pemuda Padang Tembak. Di dalam ucapan perasmian, YB Anuar telah menegaskan akan Islam sebagai cara hidup dan ia meliputi setiap sudut kehidupan manusia seperti cara beribadah, makan minum, berpakaian dan sebagainya. "Apabila Islam dijadikan sebagai cara hidup maka kita wajib mematuhi setiap peraturan yang ditetap. Barulah kita akan mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT, " jelas beliau. Kata beliau lagi, Islam bukanlah agama yang cukup dari lafaznya sahaja. Ini kerana ia (Islam) perlu diamalkan di dalam segala tindak tandukan serta pemikiran seseorang. Beliau juga menyatakan bahawa perpaduan dalam Islam telah terbukti di dalam masyarakat Melayu itu sendiri. "Dengan kepelbagaian etnik Melayu seperti jawa, banjar, minang dan sebagainya tetapi orang Melayu dapat bersatu dengan adanya Islam," tambah beliau.
Menurut Pengarah Karnival 2011 Sdr. Nazrul Azmi bin Dulasim, antara objektif karnival adalah untuk memperkenalkan semula permainan rakyat yang semakin dilupakan oleh golongan muda. Ia juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim sesama para belia kampung. Beliau juga berhasrat akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan bagi kampung ini. Menurut beliau lagi beberapa acara telah disusun untuk golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pada sebelah pagi akan diadakan acara padang manakala acara sukan dalaman diadakan pada sebelah petang. Antara acara dipertandingkan ialah boling kampung, tarik upih, kopek kelapa, karom, dan sebagainya. Di samping acara sukan rakyat, beberapa gerai pameran dan jualan dan kempen derma darah oleh Hospital Teluk turut diadakan.
Menurut Pengerusi Lembaga SAR Al Khairiah Tn. Hj. Ramli Jilani, pihak beliau amat mengalu-alukan sebarang program berbentuk kemasyarakatan dan kesukanan yang boleh menarik penyertaan golongan muda yang diadakan di sekolah agama rakyat.
intanhijau.blogspot.com | ||||||||||||
Posted: 02 Jul 2011 06:00 PM PDT Kelihatan sebuah kereta peronda polis berhenti di hadapan sebuah pasar raya di bandar Teluk Intan. Kelihatan juga seorang anggota polis berdiri di luar kereta polis. Nampak macam kecoh sedikit. Rupa-rupanya mereka sedang memantau sebuah gerai di pintu masuk pasar raya tersebut yang sedang mempromosi DIGI. Jurujualnya berbaju kuning, gerainya berwarna kuning, belonnya berwarna kuning. Demikianlah betapa fobianya polis dengan warna kuning..... |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan