Sabtu, 9 Julai 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick


BERSIH : Betapa bodohnya Umno tetapi terima kasih kerana publisiti.....

Posted: 08 Jul 2011 06:10 AM PDT

Katalah PM membenarkan himpunan BERSIH hari ini, rakyat akan berhimpun untuk solat Zuhur di Masjid Negara dan kemudian akan berarak ke Istana Negara.

Perarakan mungkin akan mengambil masa satu jam. Selepas menyerahkan memorandum mereka mungkin akan berarak kembali ke Masjid Negara dan segala-galanya akan berakhir selepas solat Asar.

Mungkin pada waktu Maghrib tidak ada lagi mereka yang berbaju kuning berkeliaran di pusat bandaraya kecuali yang mengambil kesempatan untuk membeli belah.

Tetapi UMNO tidak cerdik, bodoh dan takut dengan bayang-bayang sendiri.

Mereka umumkan BERSIH sebagai pertubuhan haram, mereka tangkap dan dakwa sesiapa yang memakai baju kuning dan media-media yang dikuasai UMNO-BN melanyak BERSIH dan Pakatan Rakyat setiap hari.

Tindakan kerajaan UMNO-BN ini telah menyebabkan lebih ramai orang tahu tentang BERSIH dan matlamatnya. Publisiti yang dilakukan oleh mereka adalah lebih efektif dari yang mampu dilakukan oleh jentera penerangan parti-parti Pakatan Rakyat.

Akhirnya ceramah-ceramah BERSIH penuh sesak, baju kuning dicari oleh semua orang dan seperti yang disaksikan hari ini, 9 Julai 2011, rakyat tidak takut dan telah keluar beramai-ramai.

Ugutan, tangkapan, dakwaan, sekatan dan kekerasan yang disaksikan hari ini memburukkan lagi imej kerajaan UMNO-BN. Buruk bukan sahaja di mata rakyat tetapi di peringkat antarabangsa.

Media asing seperti Asian Wall Street Journal mengecam tindakan yang keras ke atas rakyat di dalam kes BERSIH.

PM, Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara boleh membuat kenyataan tetapi ini bukan zaman batu, ini zaman internet dan rakyat serta dunia tidak boleh ditipu lagi.

Bukan rakyat yang melumpuhkan pusat bandaraya tetapi sekatan pihak Polis. Bukan rakyat yang membuat peniaga-peniaga kerugian tetapi sekatan pihak Polis. Rakyat tidak bodoh. Mereka nampak mereka bukan dihalang oleh BERSIH tetapi oleh pihak Polis.

Sekarang lebih ramai rakyat akan tahu dan mereka akan ingat BERSIH lebih lama lagi.

Benar kata seorang Timbalan Menteri UMNO bahawa cara UMNO-BN mengendalikan BERSIH amat merugikan UMNO-BN.

Tidak benar kata seorang Menteri UMNO bahawa BERSIH bertujuan untuk memalukan BN. Sekurang-kurangnya Menteri 'kitar semula' itu mengakui UMNO telah dimalukan. Pada hakikatnya UMNO-BN telah memalukan diri mereka sendiri.

Kalau perhimpunan BERSIH dibenarkan dan tiada tekanan, tangkapan, dakwaan atau pengharaman maka rakyat akan berhimpun dan berarak untuk setengah hari sahaja.

Tetapi sekarang rakyat akan bercerita tentang BERSIH berhari-hari, berminggu-minggu malah berbulan-bulan.

UMNO memang bodoh. UMNO tidak berjiwa besar. Tidak layak mentadbir negara ini.

8.28 malam
9 Julai 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang