:: cina islam | 2011 :: |
- Kenapa saya sokong Bersih 2.0
- Raja Katak sendiri cadang Anugerah Raja katak.
- Peguam Perancis bakal dedah pembunuhan Altantuya
- Debat Ambiga - Wan Ahmad 26 Julai ini
- Tidak hormati ramadan menghina Islam
- Buru Buaya Sebesar Myvi
- Terkini!Letupan Bom Di Pavilion,Bukit Bintang!!!
- Bekas komander: Jika FRU berkasar, pasti ramai di hospital
- Menjadi isteri diredai Allah
- Hiew: Ke mana pergi simpanan rizab Sabah?
- Sebutan Semula Kes Bunuh Datuk R Anbalagan Ditetapkan 26 Ogos
- Sepasang kekasih tinggal bayi atas bonet
- Besaqnya Kaki Dia.
- Agenda Bersih : Rakyat Di Kampung Tak Akan Ditipu Lagi
- Qariah Malaysia perdengar bacaan
- Chong Wei tekad rangkul gelaran dunia
- Tragedi pegawai muda TUDM
- Christchurch sebagai contoh negara berkebajikan
- Perjalanan terakhir Dr Lo' Lo'
- Nasib Penduduk Pujut
- Pemuda PAS Sarawak Dampingi Penduduk Kpg. Jepak
- Ramadhan: Buka gerai makan selepas 3 petang
- Anak Datuk antara ditahan cuba seludup manusia
- Hiburan: Umno bersandiwara di sebalik isu moral
- PAS Terengganu tolak hiburan melampau
Posted: 20 Jul 2011 03:41 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] -
| ||
Raja Katak sendiri cadang Anugerah Raja katak. Posted: 20 Jul 2011 03:24 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] -
| ||
Peguam Perancis bakal dedah pembunuhan Altantuya Posted: 20 Jul 2011 03:20 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD]
| ||
Debat Ambiga - Wan Ahmad 26 Julai ini Posted: 20 Jul 2011 03:16 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berpeluang berdepan dan berdebat dengan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 26 Julai ini. Mereka akan berdebat berhubung sistem pilihan raya negara ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain. Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM. Kehadiran Wan Ahmad disahkan dalam laporan Utusan Malaysia hari yang berkata mereka akan berdebat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam. Sebelum ini, kedua-dua pihak itu sering kali bertelagah berhubung ketelusan dan keberkecualian SPR. Ambiga pada kemuncaknya memmpin perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu sehingga menyebabkan beliau dan hampir 1,700 orang yang lain ditangkap. Malayskaini/- Ulasan : Semuga debat berjalan lancar dan kedia pihak akan dapat mengemukakan hujah dengan baik dengan syarat antaranya pengerusi yang benar-benar adil dalam pengendalian debat serta tidak memihak. Selain itu debat juga lebih berarti kepada SPR untuk mendengar dengan baik tuntutan Ngos yang bergabung dalam JK Bersih bagi menjamin demokrasi di Malaysia lebih baik dimasa akan datang. Kalau sekadar berdebat dan tiada respon dari SPR rasanya membuang masa saja. | ||
Tidak hormati ramadan menghina Islam Posted: 20 Jul 2011 03:06 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - Ahmad Baei Jaafar Kita cepat nampak apa yang orang lain lakuksn, tetapi cuba tutup apa yang kita laku. Kita seperti tidak nampak salah sendiri. Inilah lumrah manusia apabila hatinya sudah tidak murni dengan Allah, maka dengan manusia lagi tidak murni. Baru-baru ini kita sebuk memperkatakan isu membenarkan pusat hiburan beroperasi dalam bulan Ramadan. Itupun setelah media membesarkannya. Padahal memang selama ini seluruh Malaysia kecuali Kedah dan Kelantan, pusat hiburannya terus beroperasi dalam bulan Ramadan. Baguslah kalau umat Islam boleh rasa sensitif dalam hal agama dan maksiat, tetapi banyak yang kita lihat teguran itu tidak ikhlas, tegurnya kerana kepentingan politik. Tegur itu kerana ada kepentingan yang boleh menguntungkan kumpulannya. Sepatutnya sebelum masuk Ramadan kita mula bermaafan dan tidak membawa komplik yang boleh merosakkan hubungan sesama Islam. Sebenarnya isu tersebut kalau dalam rumah tangga, ada perumpamaan yang menyebut, "pukul anak sindir menantu" tapi dalam politik sebaliknya pula. Tapi saya tidak pasti sama ada wujud perumpamaan untuk itu atau tidak. Ceritanya begini, seseorang itu sokong satu tindakan musuhnya kerana tindakan itu menguntungkan orang dalam kumpulannya, tetapi atas niat hendak menjatuhkan lawannya dia berpura-pura menentang tindakan itu. Inilah mainan politik yang orang awam tidak faham. Jadi, saya menyeru umat Islam agar menjadi orang yang beriman dan bertaqwa malah profesional dalam sesuatu tindakan, apatah lagi menjelang bulan Ramadan. Oleh sebab itu, marilah lihat di sekeliling kita apakah kita sudah menghormati Ramadan? Tidak perlulah lihat dan menuduh orang lain tidak menghormati Ramadan sedangkan kita juga sebenarnya sedang mencemarkan Ramadan. Mengapa kita nampak orang bukan Islam tidak menghormati Ramadan dengan membuka pusat hiburan sedangkan kita setiap hari membuka pusat hiburan dalam bulan Ramadan. Berapa ramai umat Islam yang masih mengumpat dan menabur fitnah dalam bulan Ramadan. Berapa ramai umat Islam khususnya wanita yang berpakaian yang mendedahkan aurat. Inilah pusat hiburan yang tidak pernah tutup walaupun bulan Ramadan. Mereka ini bukan sahaja tidak menghormati Ramadan tetapi pada masa yang sama menghina Islam. Mereka ini jugalah yang disebut oleh Rasulullah sebagai orang yang berpuasa tetapi tidak beroleh apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga. Mereka mungkin hanya dapat pahala imsak, pahala tak makan. Ertinya puasa mereka sia-sia sahaja. Selain itu, wanita yang uzur yang diberi kebenaran untuk tidak melakukan puasa, mereka juga sering dilihat tidak menghormati bulan Ramadan. Bagaimana? Mereka yang tidak boleh berpuasa memang boleh makan. Tetapi mereka tetap dilarang makan di khalayak ramai. Maknanya kalau mereka hendak makan carilah tempat yang tertutup. Ibu tidak boleh makan di hadapan anak-anaknya, isteri tidak boleh makan di hadapan suaminya walaupun di dalam rumah. Dan wanita juga tidak boleh makan di hadapan wanita lain walaupun mereka juga tidak berpuasa. Hal ini kerena golongan itu termasuk dalam kategori khalayak ramai. Mereka yang terlibat itu tidak menghormati Ramadan sekali gus menghina Islam. Sebenarnya hukum yang sama harus diberi kefahaman kepada orang bukan Islam. Dalam hal ini, pihak berkuasa tempatan (majlis perbandaran) boleh bertindak demi menghormati Ramadan. Namun mereka ini perlu diberi kefahaman yang secukupnya sebelum bertindak. Maksud saya, kedai-kedai makan dan restoran orang bukan Islam tidak seharusnya dibenarkan beroperasi secara terbuka sepanjang bulan Ramadan. Untuk itu mereka boleh mengenakan tabir atau birai rotan atau buluh di hadapan primes mereka. Begitu jaga dengan pusat hiburan, boleh dilakukan secara tertutup hingga muziknya tidak kedengaran di luar primes. Seperkara lagi yang sering kita terlepas pandang, orang bukan Islam tidak seharusnya sewanang-wenang makan dan minum malah merokok di tempat awam. Sama ada tempat itu ada orang Islam atau tidak, menghormati Ramadan harus dijaga. Perlu diingat, tindakan mereka juga termasuk dalam menghina Islam. Akhirnya, pakaian yang dipakai oleh wanita sama ada wanita Islam atau bukan Islam, seharusnya lebih bersopan. Ingatlah bulan yang mulia ini harus disambut oleh semua pihak tanpa mencemarinya dengan dosa. | ||
Posted: 20 Jul 2011 02:00 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - KERJA KERAS...anggota tentera yang terbabit dalam operasi buru buaya. SARATOK: Kelibat seekor buaya didakwa sebesar Perodua Myvi dikatakan antara 60 reptilia ganas di Sungai Sebelak di sini, yang menjadi buruan pihak berkuasa dalam operasi besar-besaran memasuki hari kedua, semalam. Penduduk dikatakan terserempak dengan buaya itu yang muncul di permukaan air selepas membaham seorang penduduk berusia 40-an di Kampung Emplam, dua bulan lalu. Bagaimanapun, sehingga semalam usaha menjejak reptilia itu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, tentera, polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) serta penduduk kampung masih menemui jalan buntu. Operasi yang bermula kira-kira jam 1.30 tengah hari, tertumpu di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat persembunyian reptilia terbabit namun gagal memberi sebarang petunjuk. Seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, buaya berukuran 2.74 meter panjang itu dikatakan muncul sekali lagi baru-baru ini, menyebabkan penduduk memaklumkan kepada pihak berkuasa. Menurutnya, penduduk memang mahu pihak berkuasa menjalankan operasi memburu dan menangkap reptilia itu bagi mengelak kejadian tidak diingini terhadap penduduk yang mencari rezeki dan tinggal berhampiran sungai berkenaan. "Kami terkejut apabila melihat buaya dianggarkan sebesar Perodua Myvi timbul di permukaan air secara tiba-tiba sebelum berenang semula perlahan-lahan ke dasar sungai. "Bukan saya saja, malah kehadiran buaya itu turut disaksikan beberapa penduduk lain yang secara kebetulan berada di tebing sungai. "Kami percaya buaya itu membaham beberapa penduduk dan dua bulan lalu ia muncul sambil menunjukkan mangsa yang dibaham sebelum menghilangkan diri dalam air," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam. Harian Metro | ||
Terkini!Letupan Bom Di Pavilion,Bukit Bintang!!! Posted: 20 Jul 2011 01:40 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - Satu letupan bom berlaku dikawasan Pavillion Bukit Bintang. Pihak polis dikerahkan untuk berkawal di kawasan tersebut and terpaksa menutup jalan ke Bukit Bintang. Berlaku kesesakan Jalan raya di Pavillion, jalan Raja Chulan, pihak polis mengesyaki terdapat bom di kawasan terbabit. siasah/- | ||
Bekas komander: Jika FRU berkasar, pasti ramai di hospital Posted: 20 Jul 2011 01:30 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - Jika dakwaan bahawa polis terutama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak kasar semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu di ibu negara itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital atau sebagai pesakit luar, kata seorang bekas komander FRU hari ini. Supt (B) Sulaiman Menga Din berkata anggota FRU telah dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan para penunjuk perasaan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP). Semua anggota dikehendaki mematuhi arahan secara terperinci termasuk dakwaan melepaskan gas pemedih mata secara sembarangan, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual. "Setiap kali orang FRU diperlukan berada di lapangan, mereka diberi penerangan berdasarkan maklumat yang diterima mengenai jangkaan orang yang berhimpun, isu yang terlibat dan sama ada mereka bersenjata dan maklumat lain yang berkaitan," kata Sulaiman. Beliau berkata semasa perhimpunan 9 Julai itu, para pegawai yang terbabit dalam operasi dimaklumkan bukan sahaja untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di pusat bandar tetapi juga mencegah kemungkinan pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang bersaing. Insiden terpilih "Anda perlu faham pada masa ini hampir setiap tindakan atau pergerakan direkodkan dan dalam tempoh sekejap sahaja ia telahpun dimuat naik dalam laman web dan penonton malah boleh mengikuti perkembangan hampir secara langsung." "Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian," kata Sulaiman. Beliau berkata masalah berlaku apabila hanya insiden terpilih atau terpencil ditonjolkan dan polis tidak berpeluang untuk mempertahankan diri mereka. Sulaiman yang merupakan komander FRU antara 1996-99 berkata polis gagal untuk memahami prosedur yang digunapakai oleh polis pencegah rusuhan dalam negara berbanding dengan negara-negara lain. "Hampir setiap hari saluran berita menonjolkan bagaimana penunjuk perasaan diperlakukan dengan kasar dan polis pencegah rusuhan bertindak kasar malahan di negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia," katanya. Sulaiman berkata berdasarkan pengalamannya pada 1998, ia merupakan tugas yang sukar untuk menghimpunkan 1,600 penunjuk perasaan dan menjalankan saringan sebelum membebaskan mereka menjelang 9 malam. Tak sampai 10 orang Beliau berkata tidak sampai 10 orang yang datang ke balai polis keesokan paginya untuk membuat laporan jika mereka benar-benar dilayan secara buruk. "Tapi orang ramai hanya bercakap mengenai kecederaan yang dialami di kalangan penunjuk perasaan. Bagaimana tentang orang kami yang cedera semasa demonstrasi pada 1998 di mana lastik dan batu digunakan terhadap mereka," katanya. Malah, Sulaiman berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya mendakwa bahawa mereka terkena kanister gas pemedih mata, kedua-dua mereka dibenarkan mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta mengikut pilihan mereka dan polis tidak menghalang atau mengancam untuk menangkap mereka. Beliau menegaskan bahawa setiap anggota polis telah dilatih untuk menghormati hak seseorang individu dan hanya campur tangan jika mereka menyalahi undang-undang. "Apa yang kita tengok pada 9 Julai adalah para penunjuk perasaan telah melanggar dan tidak menghormati undang-undang dan orang kami yang beruniform hanya menjalankan tugas seperti yang dikehendaki.. mudah sahaja," tegas Sulaiman. Mengenai pengambilan kakitangan FRU, Sulaiman berkata mereka yang mempunyai kualiti yang diperlukan terutama yang sentiasa tenang dan memahami undang-undang akan diberi keutamaan. Sulaiman berkata post-mortem juga diadakan secara tetap untuk mengenal pasti kelemahan atau sebarang salah laku oelh pegawai dan anggota semasa operasi. "Pada masa-masa lalu, tindakan diambil terhadap mereka termasuk menyingkirkan mereka daripada daripada unit itu," katanya. - Bernama | ||
Posted: 20 Jul 2011 01:25 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - TIADA lebih membahagiakan bagi seorang suami melainkan memanjatkan rasa kesyukuran dan bertuahnya mereka apabila dikurniakan seorang isteri yang bijak, solehah, bersederhana serta mempunyai watak menarik. Ia dikira 'pakej lengkap' bagi seorang wanita selepas sifat kesempurnaan seorang isteri itu subur dalam diri mereka. Dalam melayari kehidupan rumah tangga pasangan suami isteri perlu memiliki kekuatan mental dan fizikal. Mereka perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran asas rumah tangga dan meminta pandangan dan nasihat daripada golongan berpengalaman seperti ibu bapa mereka. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…" (Surah An-Nisa' ayat 34) Ketaatan isteri kepada suaminya memudahkan mereka mendapat syurga Allah s.w.t di akhirat kelak kerana ketaatan terhadap suami menjadi ukuran kepada keredaan-Nya. Diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam Israk Baginda di mana kebanyakan penghuni neraka adalah kaum wanita iaitu termasuk wanita derhaka kepada perintah Allah s.w.t dan suaminya. Isteri yang taat dapat dinilai melalui bicaranya yang memperlihatkan kelembutan dan kesopanan, mereka juga tidak sesekali memerintah suaminya, berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, apabila suami masuk atau keluar rumah mereka menyambut suami dengan penuh mesra, sentiasa menghormati keluarga suami, bersyukur dengan apa yang disediakan suami serta tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak berlaku dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami itu menjurus kepada dosa dan kemaksiatan isteri dibenarkan membantah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki ke atas wanita." Berhias untuk suami juga penting dalam mengekalkan keharmonian hidup suami isteri. Namun isteri hanya boleh memperlihatkan perhiasan hanya buat suami mereka saja. Ia bertujuan untuk menjadikan suami mereka terhibur. Bayangkan jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih namun apabila melihat muka isteri berseri-seri pasti akan menimbulkan suasana tenang kepada suami. Keletihan mencari rezeki akan menjadi hilang malah membangkitkan lagi perasaan kasih sayang terhadap isterinya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Dari Jabir ra. Dia berkata: 'Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: 'Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana lama ditinggalkan suaminya.'" Selain itu, hubungan intim juga antara penyumbang kepada kebahagiaan sebuah rumah tangga. Sebab itu, isteri perlu memberi layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuannya. Terdapat banyak kes membabitkan pasangan yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan sehingga sampai 'berperang besar.' Perkara sedemikian perlu dielakkan kerana ia mencetuskan suasana tegang antara pasangan. Isteri hanya boleh menolak permintaan suami dalam keadaan tertentu seperti dalam keadaan sakit atau dalam keadaan dilarang syarak untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid. Kemuliaan dan ketaatan isteri di mata suami akan lebih terserlah apabila mereka mampu menjadi teman berunding apabila suami menghadapi masalah. Isteri perlu tahu ketaatan mereka kepada suami adalah perintah daripada Allah s.w.t. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz. Ulama asy-Syafi'eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari melakukan ketaatan yang wajib terhadap suaminya. Antara perkara yang menunjukkan isteri nusyuz terhadap suaminya ialah keluar rumah tanpa keizinan suami. Fuqaha bersepakat mengatakan haram hukumnya seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya. Mereka dilaknat selagi mana tidak melakukan taubat. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi." (Hadis riwayat al-Bukhari) Islam meletakkan beberapa tindakan dalam menangani masalah isteri nusyuz antaranya ketika nampak tanda nusyuz pada isteri sama ada dengan perbuatan seperti isteri bermasam muka atau berpaling atau isteri menjawab percakapan suaminya dengan suara kasar maka sunat ke atas suami memberi nasihat. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka." (Surah an-Nisa: 34) Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Nasihatilah kaum wanita secara baik kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang berada di bahagian yang paling atas. Jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya; dan jika engkau membiarkannya maka dia akan tetap bengkok. Oleh itu, nasihatilah kaum wanita secara baik." (Hadis riwayat Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 1468) Justeru buat isteri, rebutlah peluang mudah jalan menuju ke syurga dengan melaksanakan kewajipan terhadap Allah serta mentaati suami. Perunding motivasi dan penceramah, Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata isu yang dikaitkan dengan Kelab Isteri Taat mempunyai misi tersurat dan tersirat. "Matlamat mereka adalah untuk mengajak golongan isteri supaya berpoligami. "Ia sebenarnya tidak perlu diperbesar-besarkan kerana isu yang lebih penting ialah memberi fokus bagaimana untuk menjana pendapatan golongan janda, keruntuhan rumah tangga serta memperbaiki kelemahan diri sendiri," katanya. Beliau berkata poligami sebenarnya adalah untuk mereka yang berkemampuan dan boleh memberi keadilan kepada setiap wanita yang dinikahinya. "Hanya lelaki yang benar-benar boleh berlaku adil dan berkemampuan untuk menyara kehidupan anak dan isteri boleh berkahwin lebih daripada satu berdasarkan hukum syarak. "Allah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 3 yang bermaksud: "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang baik bagimu, dua, tiga atau empat orang. Tetapi jika kamu takut bahawa tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja atau hamba sahaya yang demikian itu lebih dekat kepada tidak teraniaya." "Apa yang kita tidak mahu ialah jika ada yang mengambil kesempatan dengan kekurangan yang dimiliki namun mempunyai impian untuk mempraktikkan poligami. Dalam Islam kita 'takut' isteri kerana bimbang tidak dapat berlaku adil sesama mereka," katanya. Mohd Zawawi berkata dalam perkahwinan, malah poligami sekalipun matlamatnya bukan nafsu seks semata-mata kerana semua itu bersifat sementara. "Nafsu manusia ini sebenarnya tidak pernah 'kenyang'. Semua orang mesti ingat bahawa sebab utama poligami ialah untuk keadilan, ketaatan dan akidah. "Ramai yang menyatakan tujuan mereka berpoligami adalah untuk mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Tetapi Rasulullah s.a.w sebenarnya berpoligami atas sebab syarak. Pokok pangkalnya, hanya akidah yang mampu menyelesaikan nafsu tidak terbatas," katanya. Beliau berkata suami boleh guna kaedah poligami atas sebab terdapat masalah kesihatan atau keturunan yang membabitkan pihak isteri. "Wajib berpoligami jika bimbang suami akan terjerumus ke dalam kancah maksiat. Maka poligami menjadi penyelesai masalah terutama berkaitan kesihatan dan keturunan yang menjadikan kehidupan itu lebih harmonis," katanya. harian metro/- | ||
Hiew: Ke mana pergi simpanan rizab Sabah? Posted: 20 Jul 2011 01:02 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - Penasihat DAP Sabah Dr Hiew King Cheu melahirkan rasa terkejutnya dengan jumlah simpanan rizab kerajaan negeri Sabah sebanyak RM3 bilion yang diumumkan baru-baru ini. Pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dalam salah satu mesyuarat kerajaan baru-baru ini bukan sahaja mengundang rasa terkejut Hiew (kiri), tetapi beliau juga hairan akan jumlah tersebut yang jauh kekurangan jika dibandingkan dengan kepelbagaian hasil sumber alam semulajadi dan sumber-sumber lain yang dimiliki Sabah. "Ia amat menghairankan bila mengetahui hanya jumlah tersebut sahaja yang dapat dikumpul dalam tempoh 16 tahun, setelah BN mengambil alih pemerintahan negeri Sabah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1994," kata Hiew. Semasa kerajaan PBS yang diketuai oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan memerintah sebagai pembangkang dahulu, mereka menghadapi kepayahan di dalam mentadbir kerajaan negeri kerana tidak mendapat bantuan kewangan daripada Kuala Lumpur, dan jumlah rizab negeri ketika itu juga adalah rendah. Berlainan dengan sekarang, kerajaan persekutuan memberikan peruntukkan terhadap pembangunan di Sabah seperti membaik pulih dan menaik taraf infratruktur asas, hospital, elektrik, bekalan air, pendidikan, keselamatan dan pertahanan, perumahan, pertanian dan lain-lain, kata Hiew. Selain itu terdapat juga peruntukkan dan subsidi yang banyak diberikan terhadap gula, beras, perikanan, minyak dan lain-lain. Di sebalik semua peruntukan tersebut, kerajaan negeri pada masa yang sama turut memperolehi pendapatan hasil daripada minyak dan gas, kayu balak, kelapa sawit dan lain-lain yang mana keseluruhan pendapatan ini jika dijumlahkan, ia adalah tinggi. "Ke mana perginya pendapatan ini dan di mana ia telah dibelanjakan? Kami layak diberikan jawapan dan perincian tentang bagaimana kerajaan negeri telah membelanjakan wang kami. Mengapa hanya tinggal sedikit sahaja wang dalam rizab simpanan?" soal Hiew yang juga ahli parlimen Kota Kinabalu. Menurut Hiew lagi bahawa situasi kewangan tersebut tidak menggambarkan prestasi baik kerajaan BN Sabah di dalam memenuhi tanggungjawab mereka terhadap keperluan pembangunan ekonomi dan kemakmuran di Sabah. "Itulah sebabnya kita telah jatuh daripada negeri yang terkaya kepada yang termiskin di Malaysia. Kita akan jatuh lebih jauh lagi sekiranya keadaan seperti sekarang ini berterusan," kata Hiew dengan merujuk kepada Laporan Bank Dunia yang di siarkan baru-baru ini. Mengenai jumlah sebenar hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan dan institusi kewangan luar negara, Hiew berkata ia adalah sesuatu yang menarik untuk diketahui rakyat. "Adalah menarik untuk diketahui akan jumlah sebenar hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan perseketuan dan institusi luar negara. Ia juga adalah baik bagi kita untuk mengetahui tentang kedudukan kewangan sebenar negeri ini." "Mungkin menteri kewangan (Musa Aman) boleh menerangkan kepada rakyat Sabah yang ingin tahu fakta kedudukan kewangan kita," kata Hiew. Beliau turut mendakwa bahawa kerajaan negeri Sabah sekarang ini telah gagal menghasikan pertumbuhan yang positif untuk ekonomi negeri. Secara perbandingan, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berjaya meningkatkan rizab simpanan negeri daripada RM0.6 bilion kepada RM1.2 bilion, sejak mengambil alih negeri itu hanya tiga tahun lalu. "Ini adalah suatu pengurusan dan pencapaian kewangan yang baik, malahan apa yang baik lagi ialah mereka tidak mempunyai hutang terhadap pihak luar," katanya. Berdasarkan laporan yang diterima di Sabah, Hiew telah dimaklumkan bahawa ramai kontraktor belum menerima bayaran progres mereka sejak beberapa bulan yang lalu. "Apakah sebenarnya berlaku disini? Adakah benar rizab simpanan semakin berkurangan? Ini adalah perkara serius yang mengganggu rakyat Sabah, dan kami mahukan jawapan," kata Hiew sambil menambah situasi tersebut seolah-olah menggambarkan kedudukan kewangan negeri yang tidak baik. tv news/- | ||
Sebutan Semula Kes Bunuh Datuk R Anbalagan Ditetapkan 26 Ogos Posted: 20 Jul 2011 01:00 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - KLANG 20 JULAI : Mahkamah Majistret Klang menetapkan tarikh sebutan baru bagi kes pembunuhan peguam Datuk R.Anbalagan pada 26 Ogos ini. Majistret Azlinda Mohd Sharif menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim memandangkan laporan bedah siasat dan kimia R.Anbalagan masih belum siap. Pada 17 Jun lalu, seorang warga India R.Narayanan, 24, dituduh membunuh R.Anbalagan yang juga majikannya dengan menetaknya menggunakan parang di Kuil Sri Ramalingeswarari, Lot 9221 Jalan Kebun Baru, Kampung Perepat di sini pada pukul 9.30 malam 13 Jun lalu. Pada hari ini, peguambela tertuduh, Datuk V.Sithambaram meminta mahkamah merekodkan kecederaan pada tubuh tertuduh yang dikesan semasa beliau mewawancara Narayanan bersama seorang lagi peguambelanya S.Selvam. Beliau berkata terdapat kesan luka dan sembilan jahitan pada tangan tertuduh. Sithambaram berkata kecederaan itu patut disiasat dan tertuduh perlu dirujuk kepada seorang doktor kerana kes itu mungkin berkaitan dengan kes penyeludupan manusia. Sementara itu, berlaku sedikit kekecohan apabila seorang wanita warga emas menjerit-jerit ke arah tertuduh semasa warga India itu dibawa keluar dari mahkamah. Wanita itu turut berkata sesuatu dengan nada keras sambil menggoyangkan-goyangkan jari telunjuknya kepada para wartawan dan jurugambar yang terpinga-pinga kerana tidak memahami percakapannya dalam bahasa Tamil. Menurut seorang wartawan akhbar Tamil yang turut berada di situ, wanita itu adalah ibu kepada mendiang Anbalagan. tv news/- | ||
Sepasang kekasih tinggal bayi atas bonet Posted: 20 Jul 2011 12:51 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - Polis tahan gadis, teman lelaki selepas lawat anak baru lahir di ladang kelapa sawit KOTA TINGGI: Gara-gara panik, sepasang kekasih sanggup meninggalkan bayi baru dilahirkan teman wanitanya di atas bonet kereta seorang penduduk di FELDA Sungai Mas, di sini, 30 kilometer dari tempat bayi malang itu dilahirkan iaitu dalam sebuah ladang kelapa sawit. Kejadian berlaku Khamis lalu apabila wanita berusia 20 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Pengerang ke Hospital Kota Tinggi untuk bersalin, merasai kesakitan mahu melahirkan anak pada jam 3 pagi. Pasangan itu mengambil keputusan berhenti di lorong dekat ladang sawit FELDA Air Tawar 3 di sini, sebelum wanita terbabit melahirkan bayi lelaki dalam semak dengan berbidankan teman lelakinya berusia 25 tahun. Panik dengan kejadian itu, mereka kemudian berpatah balik menghala ke Pengerang dan meninggalkan bayi yang dipenuhi darah serta bertali pusat itu atas bonet kereta penduduk di FELDA Sungai Mas. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata bayi terbabit ditemui lelaki ketika menghantar anaknya ke sekolah jam 7 pagi. "Penemuan bayi itu menggemparkan penduduk di kawasan itu menyebabkan ibu bayi terbabit datang ke hospital untuk melihat bayinya sehari selepas itu. Ketika ditanya pengurusan hospital, wanita terbabit mengaku meninggalkan bayi itu selepas dilahirkan dalam semak ladang sawit terbabit dan pemeriksaan turut mendapati dia memang baru melahirkan anak," katanya. Berikutan itu, wanita yang berasal dari FELDA Tunggal itu ditahan untuk siasatan lanjut. Polis turut menahan teman lelakinya dari Kampung Teluk Empang dekat Pengerang untuk membantu siasatan. berita harian/- | ||
Posted: 20 Jul 2011 12:30 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - HANOI – Seorang pemuda Vietnam berusia 31 tahun, Nguyen Duy Hai merayu diberikan bantuan untuk membuang ketumbuhan seberat 80 kilogram (kg) di kaki kanannya, lapor sebuah akhbar semalam. Ketumbuhan itu sudah wujud sejak dia dilahirkan tetapi ketua jabatan pemeriksaan sebuah hospital tumor di Hanoi, Vu Van Thach berkata, ia dianggap yang paling besar pernah direkodkan di Vietnam. Menurut Thach, tumor itu bukan sejenis kanser dan ia mungkin mutasi genetik. Walaupun kaki kanannya disah dipotong 14 tahun lalu, dia masih mempunyai ketumbuhan selebar satu meter itu. "Saya tidak boleh melakukan sebarang perbuatan. Saya hanya boleh duduk dan baring," katanya di rumahnya di bandar Da Lat, Vietnam. Dia kini dijaga oleh ibunya yang berusia 61 tahun. Pemuda itu merayu supaya dia diberikan bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan kerana dirinya hidup dalam kemiskinan. | ||
Agenda Bersih : Rakyat Di Kampung Tak Akan Ditipu Lagi Posted: 20 Jul 2011 12:30 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 20 JULAI : Timbalan Presiden PAS yang dilanggar kenderaan polis sebelum menyertai Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu menyokong sepenuhnya agenda pembaharuan dalam sistem pilihan raya diperhebatkan di kawasan-kawasan luar bandar. Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat itu tepat memandangkan golongan itu sering menjadi sasaran media milikan Umno-Barisan Nasional untuk disogokkan dengan berita palsu. "Memang kita akan teruskan penerangan di kampung sebab orang Melayu di kampung yang mereka lihat hanyalah TV dan surat khabar Umno,"kata beliau kepada Tv Selangor. Pemimpin Pakatan Rakyat semalam berikrar untuk meneruskan momentum perhimpunan Bersih 2.0 dan bersetuju agenda itu perlu di bawa ke kawasan luar bandar juga. Penolohg Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching yang dipetik portal Malaysiakini memberitahu, perkara itu menjadi agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat itu semalam. "Kami sedar impak Bersih hanya terhad di kawasan bandar dan hari ini dicadangkan kita menyebarkan dorongan itu ke luar bandar dan memberitahu rakyat mengenai Bersih," kata beliau. Diminta mengulas perkembangan terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menayangkan video untuk menyanggah dakwaan polis melakukan keganasan terhadap rakyat ketika himpunan itu kepada media dan melalui RTM minggu ini, Mat Sabu menyifatkan ia satu pembohongan besar kerajaan dan PDRM kepada rakyat. "Kenapa lambat sangat? Itu mesti direka. Video yang keluar internet semua, keluar 10 minit, 15 minit selepas kejadian. Orang tak percayalah pada polis semua. "Boleh kita tengok, lakonan macam video Memali lah. Dia guna RTM, dia guna alat kerajaanlah. Semua pembohongan itu, sebelum ditayangkan saya (boleh) katakan ia bohong,"kata beliu lagi. Himpunan Bersih 2.0 bagi menuntut sistem pilihan rayayang adil dan bersih dilaksanakan di negara ini pada awal bulan lalu mendapat tentangan hebat polis dan kerajaan. Malah lensa-lensa kamera menjadi saksi bagaimana Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan gas pemedih mata secara langsung kepada peserta demontarasi dan ramai yang dikasari. Dunia pada hari itu melihat 1,667 rakyat ditahan kerana berhimpun secara aman, puluhan mengalami kecederaan dan seorang meninggal dunia ketika cuba melarikan diri dari asakan polis. tv selangor/- | ||
Qariah Malaysia perdengar bacaan Posted: 20 Jul 2011 12:00 AM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - SURAYA memperdengarkan bacaan pada hari keempat Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 di PWTC, malam tadi. KUALA LUMPUR: Enam qari dan dua qariah memperdengarkan bacaan pada hari keempat Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi. Qari terdiri daripada Amjad Saeed Muhammad Bashir dari Pakistan, Muhammad Yusuf (Indonesia), Muhammad Sadid Abdul Latif (Singapura), Muhammad Fauzi Idris (Kemboja), Mohammad Sadiq Rahimi (Afghanistan) dan Azizi Alili (Crotia). Qariah pula ialah Suraya Abu Hassan dari Malaysia dan Marziah Rahimi dari Afghanistan. Seramai 81 qari dan qariah terbaik dari 50 negara menyertai tilawah kali ini yang berlangsung sehingga Sabtu ini. – BERNAMA | ||
Chong Wei tekad rangkul gelaran dunia Posted: 19 Jul 2011 11:51 PM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - PETALING JAYA 20 Julai — Perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei bertekad untuk merangkul kejuaraan pertama beliau dalam Kejohanan Dunia pada acara itu yang akan berlangsung di London dari 8 hingga 14 Ogos ini. Chong Wei melihat peluangnya lebih cerah kali ini, berbanding tahun-tahun lepas, berikutan persiapan yang lebih sempurna malah beliau dan pemain negara yang lain berpeluang untuk berlatih di Bath, London dua minggu sebelum kejohanan. "Saya juga berasa lebih yakin. Tahun ini saya telah menang semua kejohanan Siri Super kecuali Korea, jadi saya lihat tahun ini peluang itu lebih cerah. "Latihan di Bath juga adalah bagus untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan di sana lebih awal," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian antara beliau dengan Kolej Universiti KDU di kampus utama kolej itu di sini hari ini. - Bernama | ||
Posted: 19 Jul 2011 11:30 PM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - NGERI...keadaan kereta yang dinaiki Mohd Zulhelmi hancur selepas merempuh pembahagi jalan, semalam. Gambar kecil, Mohd Zulhelmi ARAU: Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baru tiga hari ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (KTU) Kepala Batas, Alor Setar, Sabtu lalu, maut dalam satu kemalangan ngeri apabila kereta dipandunya terbelah dua di Kilometer 21, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, berhampiran Kampung Katong di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa, Mohd Zulhelmi Mohd Yusof, 21, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Dalam kejadian itu, tiga rakan mangsa iaitu Muhammad Amir Mohamed Ariffin, 21; Melati Kamarudin, 20; dan Ku Shahida Ku Shali, 22, parah selepas patah kaki dan cedera di muka. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, mangsa yang berasal dari Teluk Intan, Perak, dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Kangar untuk menghantar Melati dan Ku Shahida. Mohd Zulhelmi dan Muhammad Amir baru ditauliahkan sebagai pegawai TUDM, manakala dua rakan wanita itu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negeri itu. "Mereka dipercayai baru selesai menghadiri majlis jamuan bagi meraikan pentauliahan itu di Sungai Petani, malam kelmarin," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Mohd Nadzri berkata, mangsa yang memandu kereta Perodua Viva itu dipercayai mengantuk sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan. Katanya, keadaan kereta mangsa hancur di sebelah kanan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan kecederaan bahagian dalaman, manakala dua lagi rakannya patah kaki dan seorang lagi cedera di muka. "Mangsa yang cedera parah akibat rempuhan kuat di sebelah kanan kereta itu disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke HTF. "Rakan mangsa juga dihantar ke HTF bagi mendapat rawatan susulan dan sehingga semalam keadaan ketiga-tiga mereka dilaporkan stabil," katanya. Menurut Nadzri, keluarga mangsa dan pihak TUDM sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan sebaik selesai urusan bedah siasat, jenazah mangsa dituntut pihak TUDM bagi urusan selanjutnya tengah hari semalam. "Kereta pegawai tentera itu akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. my metro/- | ||
Christchurch sebagai contoh negara berkebajikan Posted: 19 Jul 2011 09:31 PM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] -
| ||
Perjalanan terakhir Dr Lo' Lo' Posted: 19 Jul 2011 09:20 PM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - "IBU berpesan kepada kami adik-beradik, jangan sesekali dia dilupakan selepas ibu kembali ke rahmatullah. "Ibu suruh ingat dia, kenang dia, terlalu banyak saat-saat bahagia kami bersama ibu, namun sekarang semua sudah tiada," kata Fawwaz, anak kedua Allahyarhamah Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang meninggalkan kita semua 10.13 malam 17 Julai 2011, selepas bertarung dengan penyakit kanser paru-paru selama dua tahun. Dr Lo'Lo' pergi menghadap Allah Rabbul Jalil, meninggalkan suami Dr Aminuddin Hamid Karim dan empat anak. Dua lelaki dua perempuan. Anak sulung, Mawaddah, 30, Fawwaz, 28, Sakinah, 26 dan yang bongsu Farhan, 25. "Semalam ayah agak terkesan selepas ibu pergi, tetapi alhamdulillah, pagi ini sudah boleh terima," Fawwaz meneruskan ceritanya kepada penulis sewaktu bertemu dengannya di Masjid al-Akram, Kampung Datuk Keramat. Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Di sebalik kesedihan, Fawwaz meneruskan ceritanya. Sesekali beliau mengetab bibir. kelihatan air mata bergenang di kelopak mata, namun beliau cuba menahan kesedihan. Menurutnya, sebagai ibu, Dr Lo'Lo' banyak berhabis untuk anak-anak. Habis semua wang gajinya digunakan untuk membentuk keperibadian anak-anak supaya menjadi seorang yang unggul dari sudut akhlak dan peribadi. "Hidup kami padat dengan tarbiyah, belajar, kem motivasi dan sebagainya," katanya sambil tersenyum terkenangkan kisah silam sewaktu di bangku sekolah. Namun semua kebahagian itu sudah tiada. Ibunya pergi selepas terlantar di Hospital Selayang selama dua minggu. "Kali terakhir kami bercakap dengan ibu pada Khamis lepas (14 Julai), selepas itu ibu tidak sedarkan diri," kata Fawwaz. Sebelum dirujuk ke Hospital Selayang, Dr Lo'Lo' dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selama 10 hari. Kemudian dibawa pulang beberapa hari ke rumah. Namun menurut Fawwaz, keadaan ibunya tidak berapa stabil sewaktu berada di rumah. "Ibu kelihatan terlalu sakit, lalu kami bawa ke Hospital Selayang kerana beliau perlu diberikan sedatif (untuk mengurangkan kesakitan," katanya. Katanya, Dr Lo'Lo' dikesan mengalami kanser sejak 2009. "Pada waktu itu, mula-mula ibu batuk berdarah, kami sangkakan beliau jadi begitu kerana terlalu kuat bekerja. Ibu tidak pernah rehat sejak dipilih menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa. "Namun selepas dibawa menjalani pemeriksaan, beliau disahkan mengidap kanser paru-paru pada stage tiga," ceritanya. Selepas disahkan mengalami kanser, lalu dibuat pembedahan segera membuang kanser tersebut. "Selepas itu ibu menjalani kimoterapi, saya dapat rasakan ibu begitu sakit ketika menjalani kimoterapi. Kemudian kami dimaklumkan oleh para doktor bahawa, selepas menjalani beberapa ujian, ibu sudah bebas daripada kanser. "Kami berasa lega dan ibu terus kembali aktif dalam kerja-kerja politik. Namun kegembiraan kami tidak lama. Keadaan ibu kembali tidak stabil pada penghujung 2010. Selepas dibuat pemeriksaan, kami dimaklumkan bahawa kanser sudah merebak," ujarnya sugul. Namun, Dr Lo'Lo' tidak pernah mengenal penat lelah. Beliau tetap mahu menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen, mahupun keadaan fizikal sudah tidak mengizinkan. Dr Lo'Lo' terpaksa berehat di rumah. Beliau terus bertarung dengan kanser. Namun bukan simpati yang ditagihnya daripada rakan taulan, sahabat handai dan anggota keluarga yang datang mengunjung. Dr Lo'Lo' menyedari hayatnya tidak lama. Namun beliau tidak mahu dirundung dengan kesedihan dan ketakutan. "Pada sesiapa sahaja yang datang, terutamanya pada pemimpin PAS, ibu akan terus beri nasihat dan bercakap mengenai masa depan Islam dan politik. "Saya masih ingat, ibu selalu pesan kepada mereka supaya jaga anak-anak muda, dekati anak-anak muda, banyak turun padang mendekati pengundi. Beliau paling risau anak-anak muda sekarang tidak solat dan terbabit dalam gejala sosial," kata Fawwaz. Tidak hairanlah sebaik sahaja berita Dr Lo'Lo' kembali kerahmatullah berbondong-bondong umat datang mengunjungi Allahyarhamah di Masjid al-Akram. Ramainya umat yang menunaikan solat jenazah, menyamai umat Islam yang menunaikan solat Jumaat. Dr Lo'Lo' adalah sebutir permata, srikandi muslimah yang gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam menerusi PAS. Beliau begitu istiqamah sehingga ke akhir hayat. Moga rohnya aman di alam barzakh. Moga beliau ditempatkan bersama pada syuhada dan solihin. Al-Fatihah. Mohd Rashidi Hassan | ||
Posted: 19 Jul 2011 09:00 PM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - Ibu Tunggal Mohon Bantuan Lahai Jau yang mengidap penyakit buah pinggang Susulan daripada lawatan sambil menyumbang kepada penduduk setinggan di Pujut 3 bersama Datuk Sri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Miri berapa hari yang lalu, PAS Miri sekali lagi berkunjung ke rumah sebuah keluarga yang memerlukan bantuan. PAS Miri telah melawat ke rumah Rebecca Ajang anak Lahai Jau di pujut 3 untuk memberi sedikit sumbangan bagi meringankan penderitaan Lahai Jau (ibu Rebecca) yang mengidap masalah buah pinggang seperti yang tersebut dalam surat rayuan beliau. Menurut Rebecca, ibu beliau sudah lama mengidap masalah buah pinggang dan setiap 3 kali seminggu mereka terpaksa berbelanja sebanyak seratus lima puluh ringgit (RM150.00) setiap kali melakukan dialysis di Bulan Sabit Merah Miri. Mereka juga pernah memohon bantuan daripada kebajikan masyarakat namun belum dapat bantuan yang sepatutnya. Rebeca adalah ibu tunggal dan tinggal bersama ibu dan juga dua orang anaknya. Mereka juga hanya bergantung hidup dengan bekerja sendiri. Pendapatan yang tidak seberapa dengan menanggung kos dialysis sudah tentu menyukarkan lagi keadaan kehidupan mereka seharian. Mohon Bantuan Segera Mereka merayu dan memohon kepada orang ramai dan sesiapa yang sudi menolong meringankan bebanan mereka boleh berhubung terus dengan Rebecca Ajang di talian 0198915991 atau salurkan bantuan terus ke Bank Account beliau seperti tersebut dibawah. Public Bank Account : 4-5745987-18 PAS Miri Perihatin PAS Miri sangat simpati dengan masalah mereka dan menyeru pihak yang berkenaan agar memberi perhatian dan bantuan segera kepada semua kaum yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. PAS akan mengamalkan konsep ke arah Negara berkebajikan untuk semua sekiranya diberi peluang memerintah Negara ini. PAS untuk semua. PAS Miri Jofri Jaraiee | ||
Pemuda PAS Sarawak Dampingi Penduduk Kpg. Jepak Posted: 19 Jul 2011 08:41 PM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - Pemuda PAS Sarawak bersama PAS Cawangan Jepak telah mengadakan ziarah kebajikan di sekitar Kampung Jepak, Bintulu pada 16hb Julai 2011 yang lepas. Program ini diadakan sejurus selepas mesyuarat Dewan Pemuda PAS Sarawak yang diadakan di Markaz PAS Kawasan Bintulu yang terletak di Kampung Jepak. Turut bersama-sama dalam program ini adalah pegawai kebajikan PAS Cawangan Jepak dan AJK Dewan Pemuda PAS Sarawak. Dalam siri ziarah kali ini, sejumlah 5 keluarga telah diziarahi dengan sedikit sumbangan telah diserahkan sebagai tanda penghargaan kepada keluarga terbabit di atas kesudian menerima kunjungan Pemuda PAS Sarawak disamping mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga terbabit. Antara yang diziarahi adalah bekas seorang ketua kampung yang telah terlantar di atas katil sejak lebih 20 tahun yang lepas. Menurut anak beliau, pihak hospital memberitahu bahawa ayahnya menghidap Parkinson dan setiap dua atau tiga jam ayahnya akan mengalami kekejangan otot untuk beberapa jam. Dikesempatan itu Ketua Pemuda PAS Sarawak, Saudara Mohammad Arifiriazul telah membacakan sedikit doa moga-moga dikurangkan bebanan keluarga ini oleh ALLAH. Program ziarah seumpama ini antara yang akan menjadi fokus kepada Pemuda PAS Sarawak bagi merapatkan rakyat Sarawak dengan perjuangan PAS. Pemuda PAS Sarawak juga akan berusaha memperjuangkan kes-kes kebajikan yang terpinggir bagi memastikan mereka ini mendapat pembelaan dan kemudahan yang sewajarnya. Dewan Pemuda PAS Sarawak DPPNS | ||
Ramadhan: Buka gerai makan selepas 3 petang Posted: 19 Jul 2011 08:00 PM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - SHAH ALAM, 19 Julai: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meminta peniaga membuka gerai jualan jam tiga petang dan ke atas Ramadhan nanti bagi mengelakkan orang Islam yang tidak berpuasa membeli makanan pada waktu siang. Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, peniaga-peniaga yang didapati dengan sengaja menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa akan diambil tindakan di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 dan dikenakan tindakan di bawah seksyen 19. Di bawah seksyen 19, bagi kesalahan pertama memperuntukkan mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan, menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu adalah suatu kesalahan dan apablia disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. "Bagi kesalahan kedua pula, mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan, secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain seumpamanya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama setahun atau kedua-duanya sekali," kata beliau pada majlis perhimpunan bulanan dan perasmian logo dan pemakaian seragam pegawai penguatkuasa agama Jais. Dalam pada itu beliau berkata, setakat ini belum ada arahan untuk menutup pusat-pusat hiburan di Selangor sepanjang bulan Ramadhan dan waktu operasi bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). "Pusat operasi ini bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kita hanya menguatkuasa penyalahgunaan dan pelanggaran dari segi akta," katanya. Selain itu, beliau mengingatkan umat Islam agar sentiasa berwaspada mengenai status halal produk harian memandangkan terlalu banyak penyelewengan yang berlaku terutamanya untuk tujuan perniagaan. Pada Mac tahun lalu, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah mengharamkan pengeluaran logo halal kepada enam agensi iaitu Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International. HARAKAHDAILY/- | ||
Anak Datuk antara ditahan cuba seludup manusia Posted: 19 Jul 2011 07:40 PM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - KOTA TINGGI - Tiga lelaki termasuk seorang anak Datuk ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia menerusi perairan Kota Tinggi baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, ketiga-tiga suspek ditahan ketika berkonvoi dengan empat buah kereta membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sungai Rengit kira-kira pukul 8 malam Ahad lalu. Katanya, suspek anak Datuk berusia 21 tahun itu menggunakan kereta Perodua Myvi miliknya yang mempunyai pelekat orang kenamaan untuk membawa PATI ke lokasi berkenaan. Menurutnya, suspek itu adalah seorang pelajar universiti tempatan dan menggunakan kesempatan masa cuti semester untuk menyeludup PATI. "Kami menerima maklumat mengenai aktiviti kumpulan ini sejak beberapa bulan lalu dengan membabitkan lima suspek. "Bagaimanapun, ketika serbuan, dua daripada mereka berjaya meloloskan diri. Kami berjaya menahan tiga suspek bersama 15 PATI warga Indonesia termasuk dua wanita," katanya kepada pemberita semalam. | ||
Hiburan: Umno bersandiwara di sebalik isu moral Posted: 19 Jul 2011 07:20 PM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] -
| ||
PAS Terengganu tolak hiburan melampau Posted: 19 Jul 2011 07:00 PM PDT 18 Syaaban 1432H. [MOD] - PAS Terengganu tetap meneruskan tradisinya menyekat hiburan melampau di kalangan rakyat, terutama pada bulan Ramadhan, walaupun tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negeri. Antara usaha yang akan dilakukan, termasuk dengan menghidupkan lagi aktiviti di markas-markas PAS di seluruh negeri dengan kegiatan keagamaan dan bercirikan keilmuan. Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani (gambar)menjelaskan, semasa memerintah negeri dulu, PAS sememangnya mempunyai kuasa untuk menyekat hiburan melampau di negeri itu terutama pada bulan Ramadhan, dengan menguatkuasakan undang-undang larangan umat Islam memasuki pusat-pusat hiburan di seluruh negeri. Menurut beliau, kini walaupun tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negeri, usaha menyekat rakyat agar tidak terlibat dengan hiburan melampau di negeri itu tetap diteruskan, walaupun dengan skop yang amat terhad. Katanya, tumpuan PAS dalam hal itu, sesuai dengan kemampuan yang ada yang hanya sebagai pembangkang, terutama dengan menyuburkan aktiviti-aktiviti berfaedah kepada orang ramai di markas-markas PAS. "Selain itu, PAS Terengganu akan melipatgandakan lagi usaha-usaha membuat kebajikan kepada orang ramai terutama kepada anak-anak yatim," katanya ketika menjawab soalan peserta pada majlis tazkirah di surau ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini. Usaha melaksanakan kerja-kerja kebajikan itu, menurut beliau, akan dilakukan secara berterusan sama ada pada bulan Ramadhan dan di luar Ramadhan, tetapi akan dilipatgandakan lagi sempena ketibaan bulan yang mulia itu. "Dengan itu, ia pasti akan membolehkan sesiapa sahaja akan melihat keindahan ajaran Islam termasuk di kalangan mereka yang bukan Islam bagi menarik golongan bukan Islam kepada Islam," katanya. Ketibaan bulan Ramadahan sepatutnya disambut oleh setiap umat Islam dengan peningkatan amal kepada Allah, namun dalam hubungan ini, beliau amat kesal apabila kerajaan Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak pernah mempedulikan perkara itu. "Semua itu bergantung kepada niat seseorang. Apakah niat seseorang itu dalam menyambut ketibaan Ramadhan? Kepada Ali Rustam, yang dilihat ternyata hanyalah dari segi kebendaan. "Untuk menarik pelancong, Ali Rustam sampaikan sanggup melanjutkan tempoh pembukaan pusat-pusat hiburan di negeri Melaka dari jam 1.00 pagi sehingga jam 3.00 pagi. "Apa yang dilakukan oleh Ali Rustam itu ternyata merupakan sesuatu yang amat jahat kepada rakyatnya terutama kepada umat Islam kerana ia dengan jelas boleh merosakkan lagi moral rakyat termasuk umat Islam sendiri, di samping jelas tidak menghormati ketibaan bulan Ramdhan yang dimuliakan Allah," ujarnya. Sebelum itu ketika menyampaikan tazkirahnya, beliau antara lain mengingatkan setiap umat Islam agar benar-benar berpegang dengan ajaran Allah dalam melakukan sebarang tindakan ketika hidup di dunia ini. Dalam hubungan ini, beliau meminta umat Islam agar yakin dengan setiap ayat-ayat Allah yang terdapat di dalam Al-Quran kerana setiap ayat-ayat itu mempunyai hikmah yang tersendiri. "Islam adalah agama yang maha sempurna dan maha indah. Di dalam Al-Quran sendiri sudah terdapat pelbagai ayat yang mempunyai hikmah tersendiri jika diamalkan yang melibatkan pelbagai bidang termasuk perubatan, perekonomian, politik, kenegaraan, kasih sayang, perlindungan diri, keluarga, masyarakat dan pelbagai aspek lain lagi. "Jika kita amalkan dan yakin dengan ayat-ayat yang kita amalkan itu dengan dilengkapi keikhlasan kepada Allah, insya Allah semuanya pasti menjadi, termasuk untuk melepaskan diri dari halangan musuh," ujar beliau. Antara contoh yang diberikan oleh beliau, termasuk penggunaan sebahagian ayat dalam surah Yaasin yang dibaca dan dihembuskan kepada pasir yang berada di dalam genggaman, boleh menyebabkan pihak musuh tidak sedar jika kita melalui di hadapan mereka. Selain itu, beliau turut memberikan contoh sebahagian ayat yang terdapat dalam surah Yusuf yang boleh mengeratkan lagi kasih sayang antara suami isteri jika dibaca dan dihembuskan di belakang pasangan, termasuk di kalangan pasangan suami isteri yang bermasalah. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan