Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Ust Nasharudin Mat Isa 27 Jun 2011 di Port Dickson
- Khuatir jalan mendap, rosak
- Ceramah Tn Guru Nik Razi 24 dan 25 Jun 2011 Seremban
Ust Nasharudin Mat Isa 27 Jun 2011 di Port Dickson Posted: 17 Jun 2011 12:25 AM PDT |
Posted: 16 Jun 2011 08:33 PM PDT Khuatir jalan mendap, rosak Sinar Harian 17 Jun 2011 TAMPIN – Pengguna jalan raya di laluan Desa Permai Repah-Air Mawang bimbang dengan keadaan jalan terbabit yang berlaku mendapan tanah dan kerosakan akan mengancam keselamatan mereka. Tinjauan Sinar Harian, semalam, mendapati, kesan mendapan dan kerosakan jelas kelihatan di beberapa lokasi sepanjang laluan dari arah Desa Permai Repah di sini, menghala ke Air Mawang, Kuala Pilah. Malah, beberapa kenderaan dilihat terpaksa memasuki laluan bertentangan bagi mengelakkan mendapan, walaupun perbuatan itu boleh mengundang risiko kemalangan jalan raya. Seorang pemandu, yang hanya mahu dikenali sebagai Fauzi, 50-an, berkata, pihak bertanggungjawab sepatutnya membaiki kerosakan jalan terbabit dengan segera sebelum berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan. Menurutnya, laluan terbabit memang agak sibuk dan mungkin akan mengundang kemalangan sekiranya kereta atau motosikal yang cuba mengelak mendapan tanah itu dirempuh kenderaan lain dari arah bertentangan. "Oleh itu, adalah amat wajar papan tanda amaran perlu dipasang segera agar pengguna jalan raya lebih berwaspada ketika menggunakan laluan ini. "Bagi pengguna yang sudah biasa lalu di sini, mereka boleh mengelak tetapi bagaimana dengan pengguna yang jarang melaluinya," katanya ketika ditemui di lokasi yang dimaksudkan dekat sini, semalam. Fauzi berharap papan tanda arahan memberhentikan kenderaan dapat dipasang pada persimpangan laluan terbabit dan Jalan Tampin-Gemas. Selain itu, menurutnya, pihak bertanggungjawab juga diminta mengecat garisan kuning pada permukaan jalan di sekitar persimpangan terbabit bagi memastikan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan. "Langkah keselamatan lain dicadangkan adalah memasang besi pengadang pada lokasi-lokasi di sepanjang laluan Desa Permai Repah - Air Mawang yang berhampiran kawasan gaung," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9200117.asp |
Ceramah Tn Guru Nik Razi 24 dan 25 Jun 2011 Seremban Posted: 16 Jun 2011 07:56 PM PDT CERAMAH ISRAK & MIKRAJ 1 Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Al-Muttaqin, Taman Cengal Utama, Seremban. Penceramah : Tn Guru Nik Razi Nik Mat CERAMAH ISRAK & MIKRAJ 2 Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Senawang Indah, Senawang Penceramah : Tn Guru Nik Razi Nik Mat Muslimin muslimat semua di jemput hadir |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan