Jumaat, 6 Mei 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 05 May 2011 05:09 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR

5 MEI 2011

TINDAKAN KPN MELANGGAR POLISI DAN KEDAULATAN NEGERI DIKESALI

 

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengalu-alukan mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu melawat dan bermesra dengan warga negeri ini. Apatah lagi usaha untuk memberi pendedahan keperluan menjaga keselamatan oleh pihak keselamatan; Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

 

Bagaimanapun tindakan PDRM di bawah Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam menganjurkan program selama 4 hari bermula hari ini Khamis 5 Mei hingga Ahad 8 Mei  di daerah tersebut tanpa berbincang dan bekerjasama dengan Kerajaan negeri, Pegawai Daerah dan pemimpin setempat amat dikesali.

 

Kerajaan Selangor dan Menteri Besar langsung tidak dimaklumkan sedangkan program tersebut melibatkan kawasan jajahan negeri Selangor. Tindakan KPN mengenepikan JKKK yang dipilih kerajaan yang sah juga amat bercanggah dengan slogan PDRM-Tegas, Adil dan Berhemah.

 

Sikap yang tidak menghormati kerajaaan negeri sepatutnya tidak dilakukan oleh sebuah egensi kerajaan yang penting seperti PDRM. Lebih menghairankan kebanyakan program yang dilaksanakan seolah-olah program Pemuda UMNO; Program 1Malaysia, antaranya Senamrobik Tarian 1Malaysia dan Acara 1Malaysia.

 

PDRM seharusnya menghormati polisi Kerajaan Selangor yang tidak mahu slogan hipokrasi seperti 1Malayasia disebar luas di negeri ini. PDRM juga seharusnya menghormati keputusan kerajaan melalui JAIS dan MAIS yang hanya membenarkan pembaca khutbah bertauliah membaca khutbah Jumaat dan tidak dengan sewenangnya mengarahkan pihak Masjid membenarkan wakil PDRM membaca khutbah pada solat Jumaat.

 

PDRM sepatutnya mengajar rakyat bagaimana menghormati undang-undang dengan membentuk kerja sama dalam usaha menguatkuasakan undang-undang di negara ini, baik yang berbentuk polisi mahupun ketetapan negeri.

 

Didikan asas inilah yang akan menjadikan sesuatu organisasi itu dilihat mempunyai integriti. Kerajaan Negeri Selangor melihat perkara ini secara serius dan tidak hairanlah PDRM kini kerap dicabar kewibawaannya.  


PDRM juga sepatutnya bersikap neutral dan tidak condong kepada mana-mana parti politik ketika melaksanakan tugas hakikinya iaitu menjaga keselamatan rakyat tanpa membezakan bangsa, latar belakang dan ideologi politik.

 

Struktur pentadbiran PDRM tidak boleh disalah guna untuk kepentingan politik seperti program 1Malaysia yang tidak diiktiraf di Selangor, penerangan tentang video seks kepada guru-guru yang berlaku di Kelantan dan tindakan lain yang ada kaitan secara langsung dengan ahli dan parti politik.

 

BN semakin terdesak kerana bukan saja menyalah guna anggota polis malah juga  memperkudakan sistem pentadbiran PDRM untuk kepentingan politik  dengan mengarahkan polis menjalankan kempen politik bagi pihak mereka, Alangkah baiknya jika PDRM menggunakan dana menjalankan kempen politik itu untuk menambah baik kempen-kempen kesedaran pentingnya menjaga keselamatan kepada rakyat. 

 

 

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR
 

Tiada ulasan:

Nuffnang