Rabu, 18 Mei 2011

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Anwar, Jika Benar Buktikanlah

Posted: 17 May 2011 08:25 PM PDT



1. Pada 2000, Anwar dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar. Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

2. Kes liwat ini dibawa sendiri oleh Mohd Saiful. Maka ia kes peribadi di antara Anwar dengan Mohd Saiful. Ia tiada kaitan dengan kerajaan ataupun UMNO.

3. Penyokong Anwar pula boleh datang ke mahkamah untuk mendengar atau memberi sokongan moral tetapi usah buat kecoh. Biarlah barisan peguam bela dan pendakwa berhujah dan hakim membuat pertimbangannya.

4.Terpulang kepada pasukan pembela Anwar untuk membuktikan bahawa dakwaan ini cuma diada-adakan.

5. Anwar ada barisan peguam bela yang diketuai Karpal Singh dan pakar-pakar perubatan yang hebat serta saksi-saksi yang mungkin dapat membantunya sebagai pihak yang tidak bersalah

6. Anwar tidak perlu rasa takut mahupun gentar jika yakin berada di pihak yang benar. Jika Anwar yakin beliau tidak bersalah, maka tidak perlu kes hampir tiga tahun ini ditangguhkan lagi.

Kita tidak mahu lagi melihat mahkamah seolah-olah dipersendakan

7.Kak Midah mengharapkan proses perbicaraan kes liwat ini berjalan dalam suasana baik dan aman. Tidak perlu ada provokasi dan kekecohan di jalan-jalan raya oleh penyokong Anwar.

Kak Midah
Ipoh, Perak

Tiada ulasan:

Nuffnang