Isnin, 23 Mei 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Mayat Terakhir Mangsa Bom Karam Vietnam Ditemui

Posted: 23 May 2011 02:00 AM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

HANOI 23 MEI : Penyelam Vietnam menemui mayat mangsa terakhir bersama-sama 15 yang lain apabila bot dua tingkat yang menganjurkan parti hari jadi kanak-kanak karam di sebuah sungai.

Susulan kejadian itu, kapten bot berkenaan ditahan bagi membantu soal siasat.

Ketua polis perairan wilayah Binh Duong, Trieu Van Giau, berkata mayat seorang kanak-kanak 9 tahun ditarik keluar awal hari ini daripada bot berkenaan yang masih berada di Sungai Saigon.

Siasatan masih diteruskan bagi menentukan punca bot restoran itu karam pada sebelah petang Jumaat, ketika hujan lebat dan angin tinggi. - AP

Tharmendran kekal bebas

Posted: 23 May 2011 01:45 AM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 23 MEI : Bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran yang didakwa bersubahat dalam kecurian dua enjin jet Northrop F-5E akan kekal bebas daripada tahanan pasukan keselamatan itu.

Ini ekoran keputusan TUDM menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Tharmendran dibebaskan.

Pada 19 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Su Geok Yiam mengarahkan Tharmendran (kanan) dibebaskan daripada Kem Batu Cantonment di Jalan Ipoh di mana beliau ditempatkan sejak ditahan pada 25 November tahun lalu.

Su membenarkan permohonan habeas corpus Tharmendran dan turut memerintahkan bahawa penahanan TUDM tidak mengikut undang-undang.

Tharmendran kemudiannya dibebaskan dengan jaminan pada 5 September tahun lalu ketika beliau menghadapi perbicaraan kes jet enjin itu, tetapi ditahan oleh provos marsyal TUDM pada 25 November atas dakwaan AWOL (gagal hadir tugas tanpa cuti).-Malaysiakini

Bunuh 20 penunjuk perasaan, polis Mesir dihukum mati

Posted: 23 May 2011 01:30 AM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KAHERAH 23 Mei - Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang anggota polis kerana membunuh 20 penunjuk perasaan, kali pertama hukuman seperti itu dijatuhkan kepada anggota keselamatan kerana membunuh penunjuk perasaan semasa pemberontakan pada Januari hingga Februari lepas.

Mohammed al -Sonni didapati bersalah kerana menembak mati secara rawak 20 orang penunjuk perasaan dan mencederakan 15 yang lain untuk menangkis serangan rusuhan di balai polis pada 28 Januari lepas, salah satu kejadian berdarah semasa tunjuk perasaan diadakan.

Mahkamah turut merujuk mufti republik tersebut, Ali Gomaa, yang ditugaskan untuk melaksanakan undang-undang Islam dalam kerajaan Mesir, untuk mengesahkan hukuman tersebut seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang Mesir. - AFP

Gulingkan Lintah Darat, Baru Nasib Pekerja Terbela, Kata Nizar

Posted: 23 May 2011 01:25 AM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 23 MEI : Suara golongan pekerja tidak akan didengari dengan hanya merayu perubahan sebaliknya memerlukan langkah yang lebih proaktif untuk menggulingkan pemerintahan lintah darat yang hanya tahu memeras wang rakyat demi memenuhkan kantung peribadi.

Justeru mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menggesa rakyat untuk bangkit menuntut hak masing-masing yang tidak pernah tertunai di bawah pemerintahan Umno-BN.

"Apa yang perlu kita laksanakan hari ini ialah berubah dan buat undang-undang baru, kita perlu tinggalkan undang-undang kejam, zalim yang jelas menindas hak pekerja dan kaedahnya mudah, kita mesti menuju ke Putrajaya, tidak ada cara lain.

"Jadi tidak dapat tidak, kita semua kena berjalan menuju ke Putrajaya dan nyahkan Umno-BN dari bumi ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Buruh Berlandaskan Buku Jingga yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam semalam.

Tambahnya lagi, kombinasi antara golongan buruh dengan sebuah kerajaan adalah formula utama dalam memacu perkembangan negara.

Mengulas lanjut kepentingan ini, Nizar menggesa semua buruh memainkan peranan penting dalam mengekang amalan korup yang selama ini membelenggu negara.

"Buruh boleh menyelamatkan kewangan, dan bila kerajaan itu kaya setelah berjaya menambahkan hasil maka sudah tentu boleh dikembalikan kepada rakyat yang purata besarnya adalah golongan buruh,"jelas Nizar.

Objektif program yang menggabungkan kerajaan Pakatan Rakyat dan kumpulan Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ini antara lain membicarakan isu gaji minima yang gagal dilaksanakan di negara ini sehingga mengheret buruh untuk terus menjadi mangsa dalam senario ekonomi tidak menentu dan kenaikan kos sara hidup.

Dalam pada itu, Pengarah Kongres Buruh Berlandaskan Buku Jingga, Abdullah Sani Abdul Hamid turut menggesa rakyat bangkit menyuarakan hak mereka kerana kerajaan Najib Razak hanya akan takut melakukan kezaliman dengan melihat kebangkitan rakyat.

"Penekanan dan serangan-serangan rakyat terhadap Umno-BN, kerajaan pada hari ini menunda hasrat mereka menaikan harga minyak RON 95, tetapi percayalah dengan kongres ini, kita mampu bendung kezaliman dan penindasan terhadap seluruh kaum buruh yang ada di negara ini,"katanya.

"Hari ini tuntutan kaum buruh akan dilaksanakan yang mana telah pun diwartakan dalam Buku Jingga yang akan menobatkan pekerja kelas satu di negara ini,"tambah beliau lagi.

Melihat kepada kesungguhan dan kekuatan agenda Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga, bekas presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata pihaknya dan kesatuan pekerja di Malaysia akan turut serta dalam perjuangan Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya sekaligus merealiasikan impian para buruh yang sekian lama tertindas dibawah pemerintahan Umno-BN.

"Kita akan bagi sokongan penuh kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, kita sudah tidak boleh amalkan konsep tampal sulam, semuanya harus dirombak,undang-undang yang menekan harus dimansuhkan dan wujudkan undang-undang baru sesuai dengan golongan pekerja di Malaysia ini,"katanya.

Forum 'Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga' ini, antara lain dibarisi panelis Ahli Jawatankusa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Dr.Abu Hassan Hasbullah.

Sekurang-kurangnya 2,000 peserta hadir dengan baju serba jingga memenuhi ruang dewan.

Tv Selangor/-

PAS jalin hubungan dengan parti politik Ikhwan

Posted: 23 May 2011 01:00 AM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Murshid Ikhwan Muslimin, Dr Mohamed Al-Badie' hari ini telah menghantar ucapan tahniah serta doa kepada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana terus diberi kepercayaan oleh ahli untuk terus memimpin PAS menjelang Muktamar PAS Ke-57, Jun ini.

Pernyataan itu disuarakan oleh beliau ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi di pejabat baru beliau di Kaherah (gambar), bagi memenuhi jemputan menghadiri perasmian Markaz Al-Am Ikhwan Muslimin atau ibu pejabat Ikhwan Muslimin setinggi 7 tingkat yang berdiri megah di tengah-tengah kota Kaherah.

Dalam pertemuan tersebut, Dr Al-Badie' juga menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin komited dengan perubahan politik baru Mesir dan kini sedang mengatur persiapan bagi menghadapi pilihan raya.

Menurut beliau, Ikhwan akan terus komited membela kepentingan rakyat Mesir dan sama-sama membangunkan kembali negara yang telah dimusnahkan oleh rejim Mubarak yang bukan sahaja rakus membolot khazanah kekayaan negara, tetapi juga menafikan hak asasi rakyat Mesir dengan melakukan pelbagai bentuk kekejaman dan kezaliman.

Bagi beliau, perkembangan tersebut sejajar dengan nafas dan udara kebebasan yang dapat dirasakan dengan baik di seluruh Mesir kini, setelah rakyat berjaya menumbangkan rejim Mubarak dengan revolusi rakyat 25 Februari lalu.

"Ikhwan Muslimin akan terus berjuang serta komited kepada penglibatan secara demokratik untuk mewujudkan suasana politik baru Mesir yang lebih telus dan adil," katanya.

Beliau juga menegaskan, Ikhwan tetap mengambil sikap untuk terus berdialog dengan kerajaan sementara yang mentadbir Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak serta dengan kuasa besar Barat khususnya Amerika Syarikat dan Britain.

Ikhwan bertekad untuk melakukan perubahan sosial dan politik di Mesir secara aman dan merubah sebarang bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku di negara itu.

Bagi Ikhwan, agenda reformasi politik di Mesir adalah amat penting bersesuaian dengan suasana globalisasi dunia yang mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus.

Beliau menegaskan bahawa setiap rakyat dan warganegara mempunyai hak mereka untuk bersuara demi kebaikan serta masa depan negara tersebut.

Menurut Dr Syed Azman, dalam pertemuan itu, beliau telah menyampaikan ucapan tahniah daripada seluruh kepimpinan, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS kepada pimpinan Ikhwan yang telah berjaya membuka pejabat baru yang tersergam indah, walaupun hanya baru selepas 3 bulan kejatuhan rejim diktator Mubarak.

"PAS akan terus komited menjalinkan hubungan dua hala yang lebih rapat dengan parti politik baru Ikhwan 'Al-Hurriyat Wal Adalah' (Parti Kebebasan dan Keadilan) dan akan bertukar-tukar pengalaman dalam proses demokrasi dan pilihanraya," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Dr Syed Azman juga tidak lupa melahirkan rasa gembira seluruh rakyat Malaysia melihat perkembangan yang berlaku di Mesir kini.

"Ia turut menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia bagi memperjuangkan hak dan kebebasan mereka dan bangkit dengan 'Kuasa Rakyat', bersesuaian dengan ciri-ciri demokrasi yang sedang diamalkan di Malaysia," tegas beliau yang juga Adun Batu Buruk.

Harakahdaily/-
Oleh : Aziz Muda

Salleh Man terima pencalonan AJK PAS Pusat

Posted: 23 May 2011 12:57 AM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
http://perakite.blogspot.com

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Ustaz Salleh bin Man hari ini (Isnin) menerima pencalonan untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bagi meneruskan khidmat membantu dan memperkukuhkan parti.

"Saya menerima pencalonan sebagai AJK parti untuk meneruskan khidmat dan membantu memperkukuhkan parti dalam usaha menumbangkan Umno BN.
"Oleh itu, saya serahkan kepada perwakilan untuk membuat penilaian dan penentuan terhadap suara saya sebagai satu-satunya wakil parti dalam kerajaan negeri Pulau Pinang" katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengekalkan jawatan presiden parti tanpa bertanding, Salleh berkata, ia menunjukkan Abdul Hadi sentiasa mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli.


Bukan barang naik, ringgit yang jatuh

Posted: 23 May 2011 12:45 AM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PERTIMBANGAN sedang dibuat apakah harga runcit minyak akan naik atau kekal setakat yang ada yang rasanya sudah cukup tinggi dan membebankan.
Jika naik dikatakan mungkin setinggi 20 sen seliter. Tidak lari dari berbelas-belas sen.

Cakap-cakap tentang kenaikan itu ialah kerana kajian tentang harganya sudah ditentukan sekarang setiap enam bulan sekali. Genap enam bulan itu tiba pada Jun ini.

Kemungkinan naik ialah disebabkan harga minyak di pasaran dunia biasanya naik menggila. Bila ia naik maka Malaysia yang mengeluarkan minyak itu pun menaikkan harga runcitnya.

Sekali pun Malaysia negara pengeluar minyak tetapi Malaysia bukan syurga bagi pengguna minyak. Ia tidak bertuah seperti lain-lain pengeluar minyak, kendati pun minyak naik di pasaran dunia tetapi pengguna minyak tempatan menikmati hanya minyak yang amat murah.

Bagi negeri itu sebotol air mineral jauh lebih mahal dari seliter minyak. Di negeri kita, air mineral mahal dan minyaknya juga mahal.

Bila minyak didesas desuskan akan naik, maka ia dipercayai akan naik. Bila ia naik maka ia akan diikuti oleh naik segala-galanya.

Kerajaan manusia yang ada di Malaysia tidak berupaya untuk mengelakkan membayar lebih dari harga yang ada sekarang. Dalam bahasa biasanya ialah harga barang akan naik.

Barang-barang dari dulu hingga sekarang sebenarnya tidak berupaya dicegah oleh kerajaan. Bukan kerajaan yang dapat menentu dan mengawal harga. Ia ditentukan oleh peniaga. Kerajaan tidak cukup polis untuk mencegah mana-mana saudagar dan pembekal dari menaikkan harga.

Bila kerajaan tidak beri persetujuan harga dinaikkan, maka barang pun hilang dari pasaran. Buat apa pun tak jalan melainkan setuju ia dinaikkan. Bila naik barang pun ada balik.

Siapa juga jadi menteri, seiapa juga jadi menteri kewangan dan siapa juga jadi perdana menteri, maka belum ada yang benar-benar dapat mengawal harga barang kerana ia ditentukan oleh para peniaga. Sah kerajaan menjadi pihak yang tidak berkuasa mengawal harga barang dan gagal dalam membendung kenaikan harga.

Tetapi harga yang dirasakan naik itu sebenarnya bukan kerana ia sengaja hendak dinaikkan begitu saja tetapi apa yang terjadi yang menyebabkan penggsuna terpaksa membayar lebih ialah disebabkan oleh nilai wang itu jatuh.

Duit seringgit 20 tahun dulu cukup untuk secawan teh atau kopi susu bersama sekeping rota canai dan satu kuih yang lain. Tetapi seringgit hari ini sekeping roti canai dan secawan kopi o tak cukup. Sekadar RM4 ribu dulu cukup bagi seorang naik haji ke Mekah. Tetapi sekarang duit sejumlah itu sekarang layak untuk umrah kurang dari dua minggu.

Bagi yang menabung di Tabung Haji yang mencarum tetap sekian banyak sebulan, lagi lambat dia mencukupkan keperluan yang dikehendaki bagi membolehan dia naik haji, lagi lambatlah dia naik haji, sampai bila pun keperluan itu tidak akan cukup melainkan dia terpaksa mencukupkannya dengan cara lain untuk membolehkannya naik haji.

Mengapa? Kerana kerajaan tidak dapat mengawal nilai duit. 20 dan 30 tahun dulu kita kata Indonesia tidak dapat mengawal nilai rupiahnya. Orang yang bertahun-tahun menyimpan wang untuk membeli rumah atau motokar, apabila agak cukup simpanan itu, tiba-tiba nilai rupiah jatuh mendadak. Duit yang mereka simpan tiba-tiba nilainya tinggal separuh.

Sepuluh tahun dulu saya selalu ke Istanbul. Liranya jatuh setiap jam. Dolar Amerika yang ditukar sebelah pagi dapat sekian banyak. Jika ditangguh hingga tengah hari, lebih banyak Lira diperolehi dari dolar yang sama. Sebelah petang lagi banyak.

Jika ada cukup Lira untuk membeli sesuatu barang, belilah masa itu juga. Jika tunggu esok, harganya berubah dan Lira itu tidak lagi cukup.

Kerajaan Tayyib Erdogan berjaya mengawal nilai Lira. Liranya stabil. Tidak perlu menggunakan ribu-ribu dan juta Lira lagi. Harga pun sudah stail. Ertinya kerajaan yang baik dapat mengawalnya.

Tetapi di negeri kita, harga ayam dan ikan hampir berubah setiap hari. Ringgit yang cukup untuk membeli seekor ayam enam bulan dulu, tidak boleh membelinya dengan jumlah ringgit yang dulu. Nilai duit sudah jatuh banyak.

Saya hendak menukar tayar. Saya sudah pastikan harganya. Saya tunggu hujung bulan bagi mencukupkan duit yang diperlukan. Bila ke kedai tayar hujung bulan, harganya sudah tidak sama lagi.

Sekarang kita tidak mahu lagi bercakap tentang kenaikan harga barang tetapi lebih suka bercakap tentang nilai duit jatuh setiap hari. Bila duit jatuh nilai, gaji menteri bulan ini lebih rendah dari bulan hadapan. Di samping menimbangkan harga baru bagi barang keperluan, kabinet juga perlu menimbangkan gaji baru bagi menteri. Ia bukan kerana barang naik tetapi kerana nilai ringgit jatuh setiap hari.

Harakahdaily/-
Oleh : Subky Latif

Siapa bertanggungjawab terhadap Lynas

Posted: 23 May 2011 12:40 AM PDT


20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
SM Mohamed Idris

Loji Lynas di Kuantan akan menjadi satu lagi mimpi ngeri. Lanthamide (nadir bumi) dari Australia yang akan diimport oleh Lynas ke Malaysia mengandungi thorium dan uranium, di mana pemperosesan di Kuantan akan menghasilkan sejumlah besar sisa radioaktif.

Seterusnya, ada sesuatu yang tidak kena dengan seluruh proses kajian semula terhadap loji Lynas. Terdapat dua proses kelulusan yang berasingan iaitu Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (MNRE) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) di bawah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Di luar pengetahuan orang ramai, Penilaian Kesan Alam Sekitar Awal (PEIA) untuk Lynas tidak meliputi faktor radiasi dan kesihatan. Pada hakikatnya, PEIA tidak menjelaskan pengecualian aspek radiasi daripada skop EIA dalam pengenalannya. Sebaliknya, pengecualian itu hanya dinyatakan secara khusus dalam bab kemudian, contohnya Bab 8 'Ringkasan dan Rumusan' (muka 8-13).

Sebagai tambahan, PEIA ada menyebut tentang Penilaian Kesan Radiologi (RIA) tetapi dalam keadaan yang tidak jelas. Contohnya, dalam Bab 2 PEIA, ia menyatakan 'Agensi Nuklear Malaysia (MNA), perunding radiologi yang dilantik oleh Lynas pada ketika ini sedang berusa mengenal pasti dalam isu-isu keselamatan radiasi berhubung penyimpanan, pengendalian dan pengangkutan lanthamide'.

Pada akhir Bab 3, PEIA menyebut buat pertama kali bahawa sisa yang dihasilkan dalam operasi loji adalah berradioaktif dan penyimpanannya akan dilakukan menurut saranan berdasarkan kepada 'Penilaian Kesan Radiologi' MNA yang dijalankan untuk projek itu (muka 3-7).

Projek Lynas dengan segera mendapat kelulusan JAS Negeri Pahang, iaitu Cuma dalam tempoh dua atau tiga minggu selepas penyerahan cadangannya. JAS menerima PEIA pada 21 Januari 2008 dan diluluskan pada awal Februari. Bagi projek sebegitu komplek yang melibatkan bahaya radiasi dengan cadangan pengurusan, penyimpanan, dan pelupusan sisa yang kabur, kelulusan segera tersebut menimbulkan persoalan yang serius.

Ini terutamanya apabila PEIA diserahkan dan diluluskan, RIA mengenai isu keselamatan radiasi masih dalam proses sedang ditulis oleh MNA untuk diserahkan kepada AELB. Sehubungan dengan perkara ini, kami berasa bimbang:

Pertama, bagaimana PEIA boleh menyarankan Pilihan Binaan (muka 3-8) apabila isu keselamatan radiasi masih belum dipertimbangkan? Bagaimana JAS negeri meluluskan PEIA dengan keadaan tergesa-gesa?

Perlu diingat bahawa dalam PEIA, cadangan pengurusan sisa adalah kabur dan tidak mencukupi. Ia termasuklah perkara berikut:

Ruang untuk sel simpanan sisa bawah tanah amat terhad memandangkan air bawah tanah amat dekat dengan permukaan;
Kawasan itu juga mudah terjejas kepada mendapan kerana ia adalah bekas kawasan tanah paya;
Pelepasan sisa berbahaya ke dalam Sungai Balok dan seterusnya ke laut;
Sisa radioaktif beracun dan berbahaya yang sepatutnya disimpan dengan teliti dalam kolam khas dan sel simpanan di tapaknya tetapi dicadangkan untuk digunakan semula sebagai baja, konkrit, papan plaster, untuk jalan dan sebagainya (muka 5-58, 59).

Kedua, terdapat RIA yang bebas daripada PEIA bermakna kini wujud dua penilaian kesan yang selari dan bebas. Ini berbahaya kepada seluruh proses kajian semula. Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia, JAS adalah pihak berkuasa penyelaras utama terhadap isu berkaitan alam sekitar dan kesannya ke atas kesejahteraan rakyat negara ini. MNA dan AELB adalah penggalak teknologi nuklear dan ini mungkin menimbulkan konflik kepentingan memandangkan MNA adalah perunding yang menulis RIA untuk Lynas.

Oleh itu, sejauhmana berkesannya JAS dalam mencapai mandatnya untuk melindungi alam sekitar dan kesejahteraan rakyat negara ini? Sejauhmana bebas dan autonominya JAS daripada MNA dan AELB? Adakah dasar dan keputusan JAS akan menjadi kurang penting berbanding kepentingan AELB? Adakah JAS terpaksa menyerahkan peranannya kepada AELB dalam perkara yang berkaitan dengan nuklear dan isu yang berkaitan dengan radiasi dan kesannya? Persoalan ini amat penting terhadap kredibiliti proses kajian semula Lynas.

Ketiga, apakah penilaian RIA dan prosedur kelulusan di bawah AELB? Sementara proses EIA umum di bawah JAS diterbitkan secara meluas dan mudah diperolehi (contohnya dalam laman sesawang JAS), secara perbandingannya, proses RIA terus tidak diketahui. Agensi kerajaan manakah yang berada di dalam panel kelulusan RIA? Apakah kriteria untuk penilaian RIA? Kenapakah RIA dan kandungannya tidak dapat diperolehi untuk pemeriksaan pakar bebas?

Keempat, Lynas dikehendaki untuk memohon kepada AELB lesen yang berasingan untuk menduduki, pembinaan, pengimportan bahan radioaktif, penimbunan sisa radioaktif di tapak, operasi sementara dan operasi kekal. Adalah tidak jelas jika Lynas mempunyai semua lesen untuk beroperasi. AELB berkata hanya lesen menduduki dan pembinaan yang diluluskan.

Kelima, PEIA yang dilakukan dengan tergesa-gesa itu juga kekurangan penilaian sosio-ekonomi yang sempurna. Tiada Penilaian Manfaat Kos (CBA) dilakukan. Alasan utama yang diberikan dalam PEIA untuk saranan Pilihan Binaan untuk projek Lynas ialah pulangan ekonomi dan kewangan yang besar.

Kekurangan analisis sosio-ekonomi yang sempurna dan CBA membuktikan cadangan Pilihan Binaan adalah tidak betul. Contohnya, apakah nilai untuk kesihatan awam, pelancongan, perikanan dan industri lain di kawasan itu dan apakah yang akan berlaku apabila ia terjejas oleh projek Lynas? Mereka juga perlu mempertimbangkan contoh kesan kesihatan jangka panjang dalam kes Asian Rare Earth di Perak, dan industri nadir bumi di China.

Terdapat isu-isu penting yang perlu ditangani berhubung projek Lynas. Berdasarkan kepada perkara yang disebutkan di atas, CAP dan SAM menyarankan bahawa:

Projek Lynas dihentikan dalam usaha untuk menangani isu, termasuk Pelan Pengurusan Sisa (WMP) yang menurut pakar perlombongan Australia dilaporkan sebagai berkata, 'masih belum didedahkan oleh Lynas)' (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/lynas-waste-plans-unclear-says-australian-mining-expert/);
Penilaian bersepadu dan telus perlu dilakukan untuk projek yang memerlukan EIA dan RIA. Ini boleh mencegah PEIA atau DEIA (EIA lengkap) diluluskan tanpa mengetahui sepenuhnya kesan keselamatan radiologi dalam RIA;
DEIA diperlukan mengikut undang-undang bagi sebarang projek yang memerlukan RIA, dengan itu memastikan proses kajian semula yang lebih teliti. Ini wajar, memandangkan aktiviti kurang berbahaya memerlukan penilaian kesan alam sekitar yang lengkap. Seterusnya, tidak seperti PEIA, DEIA memastikan penyertaan awam satu mandatori;
Analisis sosio-ekonomi yang sempurna diperlukan bagi semua EIA, sama ada peringkat awal atau terperinci;
Ahli politik (negeri dan persekutuan) seharusnya tidak membuat dakwaan bahawa projek kontroversi itu adalah selamat memandangkan pengesahan politik yang tidak bertauliah itu menjadikan kelulusan projek itu bersifat politik, amat berat sebelah dan berbahaya.

SM Mohamed Idris,
Presiden,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Sahabat Alam Malaysia

Royalti: Gegar sasar 160,000 referendum

Posted: 23 May 2011 12:25 AM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KOTA BHARU, 23 Mei: Perjuangan aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) kini mendapat sokongan meluas rakyat Kelantan, biar pun mereka berdepan ugutan samseng Umno.

Sehingga kini lebih 30,000 penduduk menurunkan tandatangan sebagai sokongan terhadap perjuangan menuntut royalti minyak.

Referendum rakyat ditandatangani di atas kain putih sepanjang 350 meter dilancarkan pada Perhimpunan 10 ribu anak muda sempena munajat yang diadakan di Padang Perdana Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, sebanyak mungkin referendum rakyat dikumpul bagi menuntut royalti minyak.

"Kita akan angkut referendum tersebut menggunakan dua lori untuk dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai desakan supaya royalti minyak diberi.

"Rakyat Kelantan tidak boleh berdiam diri dengan penganiayaan yang berlaku. Kalau Terengganu mendapat royalti tiada sebab negeri ini diketepikan.

"Kalau hendak dikira jarak pelantar minyak di Terengganu juga lebih 3 batu nautika sama seperti telaga minyak di Kelantan. Mengapa pula negeri ini dinafikan hak," katanya di sini.

Difahamkan Gegar mensasarkan sebanyak 10 peratus daripada jumlah penduduk Kelantan iaitu 160,000 referendum dikumpul sebagai menyatakan sokongan rakyat terhadap perjuangan menuntut royalti minyak.

Gegar memulakan program jelajah ke seluruh kawasan Dun di negeri ini bagi mengumpul referendum tersebut.

Usaha menuntut royalti minyak mulai digerakkan ketika berlangsung kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai 2009.

Kemuncaknya pada awal 2010 diadakan ceramah perdana penjelasan isu royalti minyak di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV yang turut dihadiri pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Selepas itu kerajaan negeri dan Gegar juga mengadakan munajat di Mekah bagi memohon diberi royalti minyak.

Selain itu Kerajaan Kelantan juga memfail kes tuntutan royalti di bahagian dagang Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap Petronas.

Kelantan menuntut bayaran royalti terhadap operasi carigali minyak di perairannya terletak di kawasan 150 batu nautika yang kini dibangunkan secara bersama Malaysia-Thailand sejak 1979.

Selepas pelbagai usaha dilakukan bagi menuntut royalti, isu berkenaan sepi seketika, namun minggu lepas meletup kembali selepas seorang aktivisnya, Hishamuddin Ghazali dipukul seorang veteran Umno.

Sebanyak tiga laporan polis dibuat Hisyamuddin dan Gegar terhadap lelaki terbabit dipercayai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan tinggal di Kampung Sireh.

Sementara itu jawatankuasa pengurusan Masjid Kampung Sireh menjelaskan lelaki yang disyaki memukul aktivis Gegar bukan anggota jawatankuasa masjid terbabit.

Seorang jawatankuasanya, Mohd Nasir Derahman, 49 berkata, lelaki terbabit biar pun tinggal di Kampung Sireh, namun bukan anggota jawatankuasa masjid seperti disebarkan pihak tertentu sebelum ini.

"Lelaki itu tidak ada kena mengena dengan pihak pengurusan masjid. Segala dakwaan mengaitkan tindakannya dikatakan memukul aktivis Gegar dengan masjid tidak betul sama sekali," katanya di sini.

Difahamkan juga JKKKP tersebut merupakan orang kuat kepada pemimpin Umno Kota Bharu kini masih bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Hishamuddin berkata, Gegar tetap akan memfail saman terhadap lelaki yang memukulnya bagi mengelakkan kes serupa berulang dan sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Muktamar pemuda, muslimat di Shah Alam, ulamak di KUIZM

Posted: 23 May 2011 12:15 AM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 23 Mei: Majlis perasmian bagi Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke-52 tahun ini akan diadakan pada 1 Jun ini bermula jam 8 malam di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam.

Ianya dijadualkan akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa selepas selesai ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Turut dijadual berlangsung pada malam itu adalah penyampaian beberapa anugerah khas.

Muktamar penuh bagi dewan itu pula akan berlangsung 2 Jun di tempat sama.

Bagi Dewan Muslimat pula, muktamar penuh juga akan berlangsung pada 2 Jun bertempat di Dewan Jubli Perak, bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam.

Majlis perasmian muktamar dewan itu akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Untuk Dewan Ulama pula, muktamar juga akan diadakan pada 2 Jun bertempat di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar.

Majlis perasmiannya akan disempurnakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib di sebelah paginya.

Empat Maut Serangan Di Pangkalan Tentera Pakistan

Posted: 23 May 2011 12:00 AM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KARACHI: Empat orang terbunuh dalam serangan militan ke atas pangkalan tentera udara Pakistan di Karachi, lewat malam Ahad, kata jurucakap tentera.

Ikhwan Mesir tubuhkan parti politik

Posted: 22 May 2011 11:30 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, Dalam usaha menghadapi pilihan raya yang bebas di Mesir hujung tahun ini, Gerakan Islam terkemuka dunia, Ikhwan Muslimin, semalam telah menubuhkan sebuah parti politik.

Perkembangan ini merupakan satu sejarah baharu dalam lanskap politik negara itu yang baru sahaja mengalami revolusi mental dan tindakan drastik kebangkitan rakyatnya.

Ekoran berlaku revolusi gerakan maya dalam kalangan anak muda khususnya, sehingga menyebabkan tersungkurnya Presiden Hosni Mubarak yang memerintah selama lebih 40 tahun.

Perkara ini telah didedahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap ringkas dalam Majlis Makan Malam Dana PRU 13, yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), dekat sini malam tadi.

Menyebutkan perkara sama, Ustaz Hadi berkata, pemimpin tertinggi Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Abdul Badiaq menyampaikan salam kepada semua gerakan Islam di sini.

"Hari ini Ikhwan Muslimin telah melancarkan parti baharu mereka dan merasmikan pejabat pentadbiran parti baru itu dalam usaha menyertai pilihan raya yang telus hujung tahun ini," jelasnya.

Sementara itu, turut berucap dalam majlis makan malam yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP itu adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Semua pimpinan PAS Pusat dan kebanyakan pimpinan negeri dan kawasan juga turut hadir dalam majlis anjuran PAS Pusat itu.

Sekitar RM100,000 dapat dikutip dalam majlis itu sahaja menerusi serahan cek, tunai dan aku janji termasuk lelongan empat gambar muka hadapan Harakah yang acara itu turut memeriahkan suasana.

Ketika hadirin sedang menikmati hidangan, penyanyi nasyid Hadis, Muadz Dzulkifley tampil dengan beberapa lagu Melayu, Arab, Mandarin dan Tamil menghiburkan majlis.

Tidak ketinggalan diadakan acara deklamasi sajak oleh penulis veteran berbakat seni, A Shukur Harun dengan sajak tentang kunjungannya ke kediaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dengan sedutan sajak Imamnya.

Harakahdaily/-

Tahniah, Malaysia ke 10 pengguna arak

Posted: 22 May 2011 10:45 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan 'tahniah' kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa Malaysia ke rangking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar didunia.

Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah Negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika.

Demikian kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Kata Herman, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menganggap pengakuan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie sebagai satu bukti kejayaan gelap BN selama 12 penggal mereka memerintah negara ini.

Ranking yang telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ini juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan lebih dari RM1.5bilion setahun untuk membeli arak.

Setiap tahun, 30 peratus kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol.

Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah.

"Sampai bilakah kerajaan BN mahu pertahankan rekod ini?" soal beliau.

Beliau mengesa kepada pihak berkuasa kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak dinegara ini.

Pengeluaran arak di kilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan, cadang beliau.

DPPWP juga mahu pihak berwajib memantau aktiviti penjualan arak dikedai-kedai, restoran dan kelab malam.

Bagi beliau, arak tidak sepatutnya dibiarkan dijual secara terbuka seperti dikedai-kedai ubat dan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam.

Akses pembelian arak yang begitu terbuka menyebabkan rakyat negara ini begitu mudah terlibat kepada gejala penagihan arak ini, katanya.

DPPWP juga kesal kerana kerajaan gagal menghalang umat Islam mengadakan urusniaga arak dan meminumnya.

Oleh itu, kerajaan wajib memberikan kuasa penuh kepada JAKIM dan Majlis Agama Negeri memantau umat Islam dari terjebak kepada arak, katanya.

Islam mengharamkan umatnya meminum arak. Bukan hanya kepada rakyat biasa tetapi kepada golongan kaya dan pemimpin sekalipun, hukumnya tetap haram disisi Islam.

"Bagi yang bukan Islam, DPPWP menasihatkan supaya menjauhi arak. Kesan mabuk akibat arak lebih banyak keburukkannya dari kebaikan. Maka carilah minum yang lebih menyihatkan dan memberikan kebaikan kepada diri anda," katanya.

Beliau juga berharap agar kerajaan tidak terus menerus menutup mata, memekakkan telinga hanya kerana cukai arak yang tinggi dapat memberikan pulangan kepada dana kewangan negara.

Ahli-ahli parlimen wajar membincangkan isu ini dan mencari langkah-langkah penyelesaikan terbaik bagi menyelamatkan rakyat, katanya.

DPPWP berharap agar pemimpin Islam dan bukan Islam dinegara ini dapat mengambil perhatian serius fakta WHO ini dan berusaha menjadikan negara ini bebas dari pengaruh arak, tambah beliau.

Harakahdaily/-

Kenyataan Media : Benarkah UMNO bukan hanya untuk orang Melayu ?

Posted: 22 May 2011 10:05 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KENYATAAN RASMI
Pejabat Ketua Penerangan PAS Perak.

Saya suka untuk mengulas kenyataan terbaru Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pulai kelmarin sebagai dipetik telah berkata perjuangan UMNO pada masa kini bukan hanya untuk orang-orang Melayu sahaja tetapi untuk semua kaum di bawah konsep Barisan Nasional (BN).

Katanya lagi transformasi yang terpaksa di lalui itu harus dilakukan tanpa mana-mana pihak mempertikaikan hak orang Melayu.

Namun sayangnya bila diamati dengan mendalam semangat dan ucapan Hishammudidin itu pada realitinya jauh tersasar dari kenyataan yang sebenar setelah UMNO bersama BN memerintah Malaysia lebih 50 tahun.

Bagaimanakah UMNO mendakwa dirinya untuk membela bangsa dan kaum lain sedangkan UMNO ternyata gagal untuk membela orang Melayu.

Rakan kongsi UMNO dalam BN iaitu MIC mewakili orang India dan MCA mewakili orang Cina juga ditolak oleh bangsa tersebut kerana gagal membela nasib mereka sekian lama.

UMNO dan BN ternyata telah berjaya untuk membela pemimpin BN yang menang setiap kali PRU. Begitu juga kroni dan kelompok terpilih sahaja yang dibela, selainnya terus merempat di negara mereka sendiri.

Rakyat telah bangkit dan terus bangkit menolak BN dan baru sekarang mereka mula sedar namun tidak lebih dari ucapan untuk menyelamatkan diri dan kuasa yang mereka sedang miliki.

Realitinya UMNOlah penghianat kepada bangsanya sediri dan pengkhianat kepada agama orang melayu iaitu Islam.

Hak orang Melayu seperti bahasa dicabuli oleh pemimpin UMNO seperti dalam kes PPSMI dan sebelumnya tulisan Jawi "dibunuh" oleh menteri dari UMNO.

Dalam bidang ekonomi UMNO ternyata gagal untuk merelisasikan pencapaian 30 % pencapaian ekonomi orang Melayu dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan sekarang orang Melayu dijanjikan pula dengan Model Ekonomi Baru (MEB).

Kata Hisammuddin lagi isu sensitif yang melibatkan semua kaum harus dibincangkan bersama secara rasional dan bukan digembar-gemburkan untuk menjadi modal politik bagi memecah belah atau menakut-nakutkan rakyat.

Tetapi realiti yang kita lihat dia sendiri tidak dapat bertindak atas kuasa yang diberikan dibawah kementeriannya untuk membendung pelbagai kenyataan dari pihak yang tidak bertanggung jawab dan ternyata mengancam keselamatan negara.

Terkini isu negara kristian yang telah dibangkitkan oleh seorang blogger pro UMNO ternyata tidak ditangani secara serius sehingga masih ada pihak yang berani mengeluarkan ucapan yang mengancam keselamatan negara seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Ali minggu lepas.

Sebenarnya isu yang sengaja diada-adakan itu sudah pun selesai dan tidak perlu diungkitkan lagi bila PM Najib bertemu dengan pemimpin agama Kristian dan mendapat pengesahan bahawa isu itu tidak berbangkit sama sekali.

Namun bgitulah nasib rakyat negara Malaysia yang sedang berdepan dengan UMNO yang sedang mencari jalan untuk menyambung hayatnya yang hampir tamat.

Kerana itu ucapan Hishammuddin adalah antara pelengkap kepada agenda tersebut.

Ketua Penerangan PAS Perak.
Drs. Khalil Idham Lim
PARIT BUNTAR, 23 Mei 2011

30 terbunuh dalam kejadian puting beliung di Missouri

Posted: 22 May 2011 10:00 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KANSAS CITY 23 Mei - Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam kejadian puting beliung yang melanda pekan Joplin di Missouri, kata Koroner Daerah Newton, Mark Bridges kepada Reuters ketika dihubungi melalui telefon. - Reuters

Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Selangor kritikal

Posted: 22 May 2011 09:53 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 23 Mei: Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Selangor, Mohd Radzi Yusof dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang.

Mohd Radzi, 51, sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Selayang pada hari Selasa (17 Mei) lepas untuk mendapat rawatan masalah paru-paru yang dihadapinya dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 21 Mei lalu kerana keadaan bertambah buruk.

Keadaan beliau masih lagi koma dan doktor terpaksa membuat pembedahan kecil untuk menguji tisu pada paru-paru untuk mengenal pasti jangkitan lain.

Walaubagaimanapun keadaaan beliau semakin stabil berbanding semasa mula-mula dimasukkan ke ICU.

Sehubungan itu, pihak pihak jabatan pilihan raya PAS negeri meminta orang ramai bersolat hajat dan mendoakan agar beliau segera pulih.

Sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan yang dikesan sejak Januari lepas.

Ketua hakim dilaporkan kritikal

Posted: 22 May 2011 09:44 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi ini.

Beliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung.

Bagaimanapun, beliau kini dilaporkan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.

Difahamkan, keluarganya kini mahukan privasi dan tidak mahu bercakap dengan pihak media buat masa ini.

Zaki, 66, dilantik sebagai ketua hakim negara yang keenam pada 21 Oktober 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamed.

Beliau juga berkhidmat sebagai hakim mahkamah persekutuan dan presiden mahkamah rayuan.

MB Selangor Batal Hadiri Seminar Di Amerika Syarikat

Posted: 22 May 2011 09:40 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan program menghadiri seminar kepimpinan di Institut Aspen Colorado, Amerika Syarikat, berikutan tragedi tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat dekat sini yang mengorbankan 16 nyawa.

Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan akhbar di sini berkata, Abdul Khalid dijangka tiba di tanah air petang Isnin dan akan melawat mangsa yang selamat serta bertemu anggota keluarga mangsa yang terkorban.

"Kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni RumahAnak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa dan anggota keluargamereka yang terlibat di Azwen Resort, Hulu Langat," kata kenyataan itu, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, 16 orang terkorban manakala sembilan yang lain cedera.-BERNAMA

Kutuk Nik Aziz: Umno takut dengan Munajat Anak Muda

Posted: 22 May 2011 09:20 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

(GAMBAR: Kira-kira 15,000 anak muda menyertai Munajat Anak Muda Kelantan di Kota Bharu baru-baru ini )

KOTA BHARU, 23 Mei: Kenyataan NGO tajaan Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengutuk kerajaan negeri Kelantan membayangkan ketakutan Umno terhadap kejayaan program Munajat Anak Muda Kelantan.

Demikian kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar bawah).

Beliau mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan berita mengutuk Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang kononnya menggunakan pelajar pondok dan tahfiz.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana sanggup memperalatkan pelajar sekolah agama di Kelantan untuk menghadiri program politik.

Fadhli berkata, hakikatnya, Umno dan Barisan Nasional gerun dengan kehadiran begitu ramai anak muda di dalam program tersebut.

Bahkan, katanya, jika Umno dan Barisan Nasional dengan segala kekuatan jentera yang ada berusaha untuk mengadakan himpunan seperti itu, ia tidak akan berjaya.

"Ini kerana budaya 'upah dan suap' yang sudah sebati dalam darah daging perjuangan mereka.

"JMM hanyalah merupakan 'budak suruhan' kepada UMNO dan hanya akan bercakap untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional," kata beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Program Munajat Anak Muda Kelantan yang mensasarkan 10,000 anak muda berjaya menghimpunkan 15,000 anak muda seluruh Kelantan di Stadium Sultan Mohamad baru-baru ini.

Antara pengisiannya adalah bacaan Al Quran dengan sasaran khatam 100 kali bagi memohon perkenan Allah untuk selamatkan perjuangan Islam di Kelantan.

Bagi Fadhli, Azwanddin jelas sekali keliru apabila menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang hadir diperalatkan.

Hakikatnya, mereka hadir dengan kerelaan diri sendiri dan tanpa sebarang paksaan.

Tentunya sebagai sebuah negara demokrasi, pelajar-pelajar tidak dihalang untuk menghadiri program sedemikian yang tentunya lebih baik daripada program konsert hiburan yang dibenarkan oleh UMNO / Barisan Nasional.

Bahkan tindakan menyiarkan bahan lucah di dalam media eletronik dan cetak jauh lebih bahaya terhadap akhlak muda mudi dan ini langsung tidak ditegur oleh JMM, kata Fadli.

"Perlu diingatkan bahawa tidak menjadi amalan kerajaan negeri Kelantan memaksa pelajar-pelajar atau guru-guru datang ke program politik seperti yang diamalkan oleh Umno," katanya.

Apa yang berlaku ini, katanya, berlainan dengan Umno yang hanya berani menggunakan kuasa paksaan bagi meramaikan program mereka.

Contoh jelas antaranya ialah apabila Umno memaksa semua guru-guru di Merlimau hadir dalam program kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau pada 14 Februari 2011 yang lepas. Surat arahan tersebut dilampirkan bersama untuk rujukan.

Demikian juga apabila guru-guru dipaksa untuk mendengar taklimat keselamatan yang antaranya diisi dengan ceramah yang memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat, katanya.

"Jika JMM menyatakan Menteri Besar Kelantan sebagai pengecut kerana hanya berani berpidato di hadapan pelajar sekolah, maka JMM lebih pengecut apabila tidak berani untuk berdebat ekoran kenyataan seorang pemimpinnya yang menyamakan Menteri Besar Kelantan dengan Ayah Pin satu masa dahulu," tegas Fadli.

Antara pihak yang mencabar debat dengan JMM ialah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

JMM perlu diingatkan bahawa berani berkokok di dalam akhbar sahaja tanpa berdepan dengan hujah adalah sebesar-besar sifat pengecut dan sifat ini ada pada pimpinan JMM, tegas Fadli.

Harakahdaily

Naib presiden: Mahfuz serah pada perwakilan

Posted: 22 May 2011 09:00 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau menjangkakan 'agak sulit hendak mendapat tempat' bagi jawatan tersebut dalam pemilihan parti Jun.

Ini kerana katanya semua calon yang bertanding jawatan tersebut mempunyai keupayaan, kebolehan dan kemampuan masing-masing.

"Saya tidak ada masalah sekiranya tidak dipilih. Mungkin perwakilan melihat kerja yang saya buat tidak cukup untuk meletakkan saya pada jawatan yang ditawarkan.

"Saya sentiasa menghormati rakan-rakan yang telah dan akan menawarkan diri (dalam jawatan naib presiden)... Mereka mempunyai kemampuan," katanya.

Dalam sidang media itu di ibu pejabat parti juga, Mahfuz turut mengumumkan untuk bertanding jawatan naib presiden bagi meneruskan tugas-tugasnya yang belum selesai termasuk membantu presiden dan parti untuk membuat lonjakan besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebelum, jawatankuasa pemilihan telah mengumumkan seramai 14 calon layak bertanding bagi jawatan naib presiden dalam pemilihan parti pada 3 Jun ini.

Setakat ini hanya ketua penerangan Idris Ahmad yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan naib presiden.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata beliau tidak suka untuk menggunakan "mempertahankan jawatan" kerana istilah tersebut menggambarkan jawatan tersebut adalah miliknya.

"Sedangkan ia adalah jawatan parti. Ia bukan milik saya, tetapi milik semua orang (dalam PAS)," katanya.

Ditanya mengenai jumlah pencalonan, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena enggan mendedahkan jumlah pencalonan yang diterimanya.

"Tidak adillah saya beritahu berapa jumlahnya, sedangkan calon lain tidak mengumumkan.

"Saya tidak mahu melihat menggunakan jumlah pencalonan untuk mempengaruhi perwakilan," katanya.

Bagaimanapun beliau memberitahu jumlah yang diterimanya "memberangsangkan" berbanding dua tahun lalu, sekitar 20 pencalonan.

Katanya lagi, tujuan beliau menawarkan diri bagi jawatan naib presiden adalah untuk membawa PAS dan Pakatan Rakyat menghindarkan politik perkauman yang akhir-akhir ini "ditiup kembali".

"Saya bimbang dengan politik negara. Sikap perkauman seharusnya dijadikan musuh nombor satu dan ia musuh kepada perpaduan.

"Saya pikul tanggungjawab ini bersama presiden dan rakan-rakan untuk membawa politik baru di negara ini.

"PAS mampu untuk membawa misi ini kepada rakyat,"katanya.

Sehubungan itu, beliau menggariskan lima agenda yang perlu ditekankan sebagai agenda PAS membawa nilai baru yang perlu diterapkan dalam politik baru yang ingin dibina.

Lima perkara tersebut disifatkan '5K' iaitu agenda yang berteraskan kejujuran, ketelusan, kebijaksanaan, kesaksamaan serta kepatuhan dan kebajikan.

"Semua itu saya simpulkan dalam satu tahap 'integriti' dalam politik baru. Sebab itu ia menjadi tugas berat dan besar kepada saya.

"Saya menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat penilaian kebolehan, kemampuan dan keupayaan saya sejak menjadi ketua pemuda, ketua penerangan dan naib presiden," katanya.

Malaysiakini/-

PKR gesa Selangor siasat tragedi tanah runtuh

Posted: 22 May 2011 08:45 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) menggesa Kerajaan Negeri Selangor menyiasat punca terjadi tanah runtuh di Hulu Langat, Sabtu lalu.

Katanya, kisah tanah runtuh Hulu Langat di rumah Persatuan Anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14 itu merupakan satu tragedi.

"Ia menggesa kita semua mengambil iktibar dengan apa yang terjadi dan mempertingkatkan lagi kesedaran serta keprihatinan dalam kehidupan seharian," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau sempat menziarahi mangsa yang terselamat juga bersama jenazah di Masjid Batu 14.

Menurutnya, suasana sebak dan pilu menyelubungi hadirin yang hadir, apatah lagi bagi anak-anak yatim yang terselamat apabila mengenangkan teman-teman yang terkorban.

Pastinya, kata beliau trauma yang mereka alami memerlukan sedikit masa untuk sembuh dan bakal memberi impak dalam kehidupan mendatang.

Tambahnya, tidak lupa dengan kecekapan dan ketangkasan anggota keselamatan serta para sukarelawan harus dipuji.

Mereka, ujarnya bertungkus lumus menyelamatkan anak-anak dalam hujan lebat dan keadaan tanah yang masih menunjukkan pergerakan yang tidak menentu.

Beliau berkata, PKR memandang tragedi itu sebagai satu peringatan kepada manusia terhadap kepentingan menjaga keselamatan di tempat tinggal, sekolah, hospital dan terutamanya tempat-tempat anak-anak yatim dan orang-orang tua.

"Sikap tanggungjawab terhadap ciri-ciri keselamatan mesti dititikberatkan agar kejadian sama tidak berulang.

"Keadilan menggesa kerajaan Negeri Selangor menyiasat punca terjadinya tanah runtuh ini," ujarnya.

Siasatan juga, tambahnya hendaklah dilakukan ke atas semua pembinaan bangunan dilereng-lereng bukit termasuk premis-premis persendirian.

Baginya, sudah cukup negara ini berhadapan dengan kejadian seumpama itu.

PKR, katanya mendoakan agar mangsa yang terlibat akan diberikan perhatian untuk mereka dapat kembali dan terus melanjutkan pendidikan mereka.

"Takziah kepada keluarga mangsa semoga mereka tabah dengan ujian besar ini.

"Kepada anak-anak yang gugur syahid kita doakan agar mereka ditempatkan bersama para muslimin beriman," ujarnya.

Harakahdaily

Undian BN Tiru Buku Jingga

Posted: 22 May 2011 08:30 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Mulai semalam, undian sedang dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah, wajarkah perkataan "BN TIRU BUKU JINGGA" digunakan sebagai tajuk berita utama.

Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.

Sejauh mana popularnya tajuk ini digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam dua hari ini, hari ini dan esok.

Manakala pada hari Rabun nanti, pembaca akan mengundi tajuk lain pula. Untuk membuat undian tinjauan@harakah, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Sementara itu, seramai 324 undian sahaja diperolehi terhadap tajuk edisi sebelum ini, wajarkah perkataan "NAK TAWAN KELANTAN TAPI JAMBATAN TAK SIAP" digunakan sebagai tajuk berita utama.

Keputusan undian bersetuju adalah pada tahap 81.48 % atau 264 undian berbanding dengan 56 undian sahaja atau 17.28 % sahaja yang tidak bersetuju dengan tajuk tersebut.

Terdapat 4 undian atau 1.23 % pula yang memilih tidak pasti dengan tajuk tersebut sesuai digunakan sebagai tajuk utama.

Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian yang telah dilakukan, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php

Harakahdaily

Birmingham, Blackpool tersingkir

Posted: 22 May 2011 08:20 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



LONDON: Birmingham dan Blackpool tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris selepas masing-masing tewas kepada Tottenham dan Manchester United pada perlawanan terakhir musim ini sebentar tadi. 

Blackpool tewas 4-2 kepada Manchester United di Old Trafford manakala Birmingham kalah 2-1 di Tottenham.
West Ham pula tersingkir minggu lalu. 

AFP

Rahang jerung terbesar dunia dilelong

Posted: 22 May 2011 08:00 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Rahang ikan jerung terbesar di dunia dipercayai berusia dua juta tahun akan dilelong di pusat lelongan Heritage di Dallas di sini pada 21 Jun ini, lapor sebuah akhbar semalam. Ia berukuran 2.7 meter (m) panjang dan 3.3m lebar.

Menurut pengarah jabatan sejarah dan alam Heritage, David Herskowitz, bidaan minimum rahang jerung itu adalah sebanyak AS$625,000 (RM1.9 juta) tetapi dijangka dibida sehingga mencecah AS$700,000 (RM2.1 juta).

RAHANG ikan jerung yang akan dilelong pada 21 Jun depan di Dallas, Amerika Syarikat

"Rahang ini memiliki empat gigi. Ia dianggap aneh. Dianggarkan kurang daripada 10 jerung spesies ini yang wujud," kata Herskowitz.

Rahang itu dihasilkan dengan 182 fosil gigi ikan jerung terbesar dunia, Carcharocles megalodon yang pupus kira-kira dua juta lalu.

Ia dihasilkan oleh pemburu fosil, Vito Bertucci yang menghabiskan masa hampir dua dekad mencari gigi untuk diletakkan pada rahang tersebut. 

Agensi

Sengaja mahu ke tali gantung

Posted: 22 May 2011 07:45 PM PDT

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur, Azman Mohamad, 42, tidak serik walaupun sudah lima kali ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah sejak 1998 apabila dia sekali lagi ditahan buat kali keenam, 12 Mei lalu.

Bezanya, kali ini dia berdepan dengan kesalahan lebih besar yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan kerana didakwa mengedar dadah jenis metemphatamine seberat 111.10 gram.

Azman menutup muka ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa mengedar dan memiliki dadah jenis metemphatamine 

Azman mengaku faham atas tuduhan yang dilakukan di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Faraziana Zainuddin.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Lelaki yang masih bujang itu turut dituduh memiliki sejumlah 15.92 gram dadah sama ketika serbuan dilakukan di rumahnya bernombor 5562, Jalan Batu Rakit dekat sini kira-kira pukul 6 petang.

Mengikut pertuduhan kedua itu, Azman didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih lima tahun berserta sebatan.

Azman juga mengaku faham atas pertuduhan tersebut.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.

Siti Faraziana kemudiannya menetapkan 3 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula.

Tiada ulasan:

Nuffnang