Selasa, 19 April 2011

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Ni Jawapan MB Berkaitan UUM & Penyelewengan GLC

Posted: 19 Apr 2011 06:39 AM PDT








RM8 Juta Duit GLC Yang Diguna Untuk UMNO Adalah Jumlah Yang Sedikit...Kata Ketua UMNO Kedah

Posted: 19 Apr 2011 12:36 AM PDT

RM8 Juta Duit GLC Yang Diguna Untuk UMNO Adalah Jumlah Yang Sedikit...Kata Ketua UMNO Kedah
Saya merujuk kenyataan Pengerusi UMNO Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dalam Sinar Harian hari ini muka surat U3.

Saya mengalu-alukan sokongan beliau terhadap siasatan SPRM ke atas penyelewengan wang anak syarikat kerajaan (GLC) sewaktu Barisan Nasional memerintah kedah.

Namun begitu, saya kesal dengan kenyataan beliau yang menyatakan hanya menggunakan 'sedikit peruntukan syarikat terbabit' untuk menampung kehadiran pemimpin kerajaan persekutuan adalah tidak salah. Soalan saya ialah atas perkiraan apa wang berjumlah RM8 juta (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Sahaja) dikatakan jumlah yang sedikit? Jumlah ini telah dinyatakan dalam jawapan kepada soalan lisan oleh YB Kuala Ketil di Sidang DUN pada 4 April lalu.

Tambahan pula, laporan audit telah menyatakan wang itu digunakan untuk aktiviti parti politik UMNO, antaranya seperti berikut:




Berdasarkan laporan ini, ternyata perbelanjaan wang syarikat Seri Temin Dev. Corp. (M) Sdn Bhd (STDC) tiada kena mengena dengan sambuatan pemimpin kerajaan pusat ke Kedah, sebaliknya adalah perbelanjaan untuk aktiviti parti politik UMNO.

Berkaitan kenyataan beliau bahawa kerajaan PR juga melakukan perkara yang sama dengan mereka, ia adalah satu tuduhan melulu semata-mata. Sebagai makluman, Program Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera pada bulan Mac lalu adalah program kerajaan, yang dibincang dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ia adalah platform menjelaskan dasar-dasar, pencapaian, dan perancangan Kerajaan Negeri, bukan program parti seperti yang didakwa oleh UMNO. Mana boleh samakan perbelanjaan program seumpama itu dengan penggunaan wang anak syarikat kerajaan sehingga mencecah RM8 juta hanya untuk aktiviti parti UMNO?

Sehubungan itu, saya menggesa pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasrkan peruntukan undang-undang yang ada. Saya juga berharap dengan pendedahan ini, rakyat dapat membuat penilaian dan pendirian dalam isu berkaitan berdasarkan maklumat yang sahih. Inilah keadaan yang ditinggalkan oleh regim lama yang terpaksa diatasi oleh kerajaan sekarang.

MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
http://sanusisetpol.blogspot.com

‘Serahkan UUM kepada Kerajaan Negeri jika tak mampu tadbir’ -MB

Posted: 18 Apr 2011 09:04 PM PDT

'Serahkan UUM kepada Kerajaan Negeri jika tak mampu tadbir' -MB

ALOR SETAR, 19 April - Kerajaan Negeri menawarkan diri untuk mengambil alih Universiti Utara Malaysia (UUM) sekiranya pentadbirannya sekarang sudah tidak mampu mengurus kewangan universiti.

Cabaran itu dibuat oleh beliau ekoran dakwaan UUM tidak mampu membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri.

YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian kepada wartawan selepas Majlis Perhimpunan Bulanan warga Wisma Darul Aman.

Menurut Menteri Besar, kenaikan cukai tanah UUM sebenarnya tidak berlaku. Apa yang terjadi ialah penarikan balik rebat cukai tanah selama dua tahun yang diberikan Kerajaan Negeri kepada UUM.

Katanya, jumlah perlu dibayar UUM sebanyak RM1.2 juta adalah mengikut perjanjian asal tanpa sebarang kenaikan. Pembayaran RM100 ribu setahun bagi tahun 2006 hingga 2008 yang dibuat oleh UUM adalah selepas Kerajaan Negeri meluluskan permohonan rebat oleh mereka.

Tambahnya, tempoh rebat cukai tanah bagi 2006 hingga 2008 itu sudah tamat jadi mereka kenalah bayar penuh.

"Kerajaan Negeri sama sekali tidak bercadang untuk menaikkan mana-mana cukai tanah memandangkan cukai tanah baru sahaja diturunkan pada tahun 2008.

"Sepatutnya dia kena bayar RM1.2 juta, jika UUM menghadapi masalah kewangan mereka boleh mohon dikurangkan (rebat)," ujarnya.[wartakedah]

Isunya bukan untung rugi, tapi dana untuk parti politik

Posted: 18 Apr 2011 05:30 PM PDT

sunya bukan untung rugi, tapi dana untuk parti politik
Isnin, 18 April 2011 16:22 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM | PDF | Cetak | E-mail

ALOR SETAR, 18 April – Kerajaan tidak mempertikaikan untung rugi dalam GLC di bawah kerajaan lalu sebaliknya yang dipersoalkan ialah penyalahgunaan wang GLC untuk kegunaan parti politik. Demikian dinyatakan Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam sidang akhbar yang diadakan selepas Perhimpunan Pagi Warga Darul Aman.

Beliau menerima kenyataan Seri Temim Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) dikatakan rugi kerana mencatat perbelanjaan tidak selaras dengan dengan penubuhan syarikat seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi UMNO Kedah YB Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sebuah akhbar tabloid hari ini.

"Untung rugi bukan kesalahan. Itu adat berniaga. Kita bukan cakap untung rugi tapi kita pertikai guna duit syarikat untuk tujuan politik," katanya kepada wartawan selepas majlis Perhimpunan Pagi di Wisma Darul Aman.

Ekoran itu Pemuda PAS telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya pembayaran wang keluar STDC di bawah pemerintahan kerajaan dahulu mencecah RM8 juta kepada sebahagian besar atas nama politik dan bukan aktiviti Kerajaan Negeri.

"Guna duit untuk politik. Memang kita tak dedah siapa dapat duit. Kita repot supaya SPRM buat siasatan," katanya

Isu ini timbul apabila Exco Kerajaan Negeri YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah dalam Sidang DUN baru-baru ini mendakwa STDC gagal mendapat pengecualian cukai daripada LHDN ke atas perbelanjaan yang dilakukan mencecah RM8 juta bagi tempoh 2003 hingga 2008.

"Kalau duit ini diguna untuk sekolah atau anak-anak yatim. Itu adalam enakmen sosial korporat. Tidak ada untuk mesyuarat UMNO. Dengan sebab itu sebanyak RM4 juta kita terpaksa tanggung untuk cukai belanja parti politik. Kita akan keluar senarai bila sampai masa," katanya.

Terakhir Dikemaskini (Isnin, 18 April 2011 19:51)

Jawapan MB Kedah pasal 3 isu yang di timbulkan UMNO Kedah semalam..

Posted: 18 Apr 2011 05:02 PM PDT

Tuesday, April 19, 2011
Jawapan MB Kedah pasal 3 isu yang di timbulkan UMNO Kedah semalam..

1.Kerajaan dulu bagi duit kat UMNO 4juta / 8juta..

2.Cukai tanah UUM tak pernah naik..bayar sikit 2006-2008(100ribu) sbb rebet..dah habih tempoh rebet.bayar cukai asal 1.2juta.depa pun tau ..saje buat isu

3.masalah air UUM brpunca dari infrastruktur air UUM tak upgrade...bukan salah SADA....



Ni yg depa tulis dalam Kosmo semalam...........!!!!!!!
CCukai tanah tahunan UUM RM1.8 juta
Oleh ZULKIFLI MANZOR

PUTRAJAYA – Sukar dipercayai apabila kerajaan negeri Kedah sanggup mengenakan kadar cukai tanah tahunan 10 kali ganda lebih tinggi atau sebanyak RM1.8 juta setahun ke atas Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah sejak tiga tahun lalu.

Nasib malang universiti itu didedahkan sendiri oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang terpaksa merayu kerajaan negeri supaya mengurangkan kadar cukai tersebut.

Menurutnya, kadar cukai tanah yang terlalu tinggi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan penyelidikan dan penerbitan universiti.

Sebelum ini UUM membayar RM150,000 cukai tanah setahun.

Lebih menyedihkan lagi, ujar beliau, UUM juga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menyewa lori mengangkut air bagi kegunaan pelajar universiti tersebut yang menghadapi masalah untuk mendapatkan air bersih sejak tahun lalu.

Menurutnya, sejak setahun lalu sebahagian pelajar UUM terpaksa mengambil air menggunakan baldi daripada lori yang disewa khas tersebut dan ia menyukarkan usaha universiti berkenaan menarik pelajar dari luar negara.

"Masalah ini amat membebankan kewangan dan kami telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya cukai tanah itu dikurangkan tetapi tiada jawapan hingga kini.

"Bagaimanapun kami tetap tidak ketinggalan menjelaskan bayaran yang dikenakan itu sejak tiga tahun lalu" katanya pada majlis pelancaran Program Khas Pasca Siswazah Untuk Ahli Parlimen di UUM oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini semalam.[kosmo]

Tiada ulasan:

Nuffnang