Sabtu, 30 April 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Fw: KENYATAAN AKHBAR KEADILAN SELANGOR

Posted: 29 Apr 2011 06:20 AM PDT


  KENYATAAN AKHBAR
  PARTI KEADILAN RAKYAT SELANGOR

TRIO PALSU: BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA DAN TV3

"Tanpa etika kewartawanan, tiada perbezaan diantara seorang wartawan sebenar dan seorang wartawan lakonan" – Stephen Ward, Pengarah Pusat Etika Kewartawanan dan Media Massa di Universiti Wisconsin-Madison, AS, 2009.

Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor (Keadilan) melihat dengan teliti perihal akhbar Berita Harian dan abang kandung haramnya Utusan Malaysia serta sepupu jahatnya TV3, khususnya dalam cubaannya untuk mengaitkan penyiasatan tanyangan video lucah di Carcosa Seri Negara dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertama sekalinya, memandangkan perkara ini masih didalam siasatan Polis, maka segala cubaan untuk mengganggu siasatan sepatutnya di halang, meskipun yang mengganggu itu ialah daripada media massa.

Pada 29 Julai 2008, Timbalan Ketua Polis Negara (pada ketika itu) Tan Sri Ismail Omar memberi memberi amaran kepada mana-mana pihak, termasuk penulis blog supaya tidak mengganggu siasatan polis dengan menyiarkan bahan atau maklumat yang tidak sah. Beliau turut mengugut untuk mengenakan tindakan undang-undang.

Namun apabila beliau kini memegang tampuk tertinggi PDRM (didoakan agar Tan Sri segera sihat) beliau kini membisu seribu bahasa apabila Berita Harian mencadangkan penglibatan Anwar dengan menyatakan 'siasatan' yang dijalankan oleh 'syarikat penyiaran terkemuka Korea Selatan' menemui sosok yang sepadan.

Berita Harian tidak pula menyebut identiti syarikat Korea terbabit dan video mana yang disalurkan kepada mereka untuk disiasat. Umum mengetahui bahawa tiada seorangpun yang mempunyai video tersebut selain daripada trio pemfitnah Dato T UMNO tersebut. Namun Polis memilih untuk berdiam diri dan membenarkan akhbar fitnah itu meneruskan penyiaran - Sesuatu yang lumrah jika di tuduh pada pimpinan Pakatan Rakyat.

Mahkamah Agung Canada menerusi penghakiman Beverley McLachlin CJ telah menyatakan bahawa didalam menentukan "etika kewartawanan", Mahkamah telah menitikberatkan kepentingan untuk mana-mana wartawan agar memastikan kesahihan berita yang disampaikan.

"wartawan hendaklah adil, menyelidik semua aspek sesuatu berita, mengkaji integriti pemberi maklumat dan untuk meneliti keperluan penggunaan sumber-sumber rahsia" - Beverly McLachlin

Namun keadaan lebih dua per tiga media massa di Malaysia amat menyedihkan. Segala media persuratan telah dibeli dan digunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional dan media baru disalahgunakan! Lihat sahaja blog pro BN yang tidak di ambil sebarang tindakan walaupun sekian lama gambar yang di 'supertelanjangkan' berselerak di blog pro BN.

Berita-berita yang menghasut orang Melayu untuk membenci yang bukan Melayu dibiarkan bermaharajalela, manakala tekanan dan kekangan terhadap media bebas dan separuh bebas dilipat-gandakan.

Umum mengetahui serangan Distributed Denial of Service (DDOS) terhadap Malaysiakini dan beberapa laman bebas termasuk serangan frekuensi jalur pendek "shortwave" terhadap Radio Free Sarawak pada masa Pilihanraka Kecil di Sarawak baru-baru ini adalah sebahagian usaha menutup kelemahan Taib Mahmud dan memperkasakan serangan pada Dato Sri Anwar supaya rakyat terpengaruh. Jelas tindakan ini menekan akhbar bebas dan membutakan kedua dua mata pada akhbar pengampu!

Keadilan Selangor menyeru International Federation of Journalists ("IFJ") Asia-Pacific untuk mengutuk salah-guna media oleh UMNO dan Barisan Nasional didalam usaha mereka mengekalkan kuasa. IFJ diseru agar bukan sahaja memperjuangkan kebebasan media dan hak kewartawanan namun untuk memperjuangkan kebebasan media dan pemerkasaan media melalui etika kewartawanan yang baik sepertimana yang disampaikan oleh rakan kita di Kanada.

KAMI MENDESAK agar tindakan tegas dikenakan kepada trio datuk-datuk pemfitnah disamping pihak pentadbir Carcosa Seri Negara dan suatu amaran keras umum dikeluarkan kepada semua media khususnya Berita Harian dan Utusan Malaysia agar tidak membuat spekulasi terhadap siasatan polis sepertimana arahan Tan Sri Ketua Polis Negara pada tahun 2008 dan sekiranya ingkar, kami menyokong tindakan undang-undang dikenakan kepada mereka.

Jika pihak Polis gagal untuk mengeluarkan arahan sedemikian, umum kini boleh mengesahkan bahawa Polis adalah sebahagian daripada bahagian UMNO yang secara jelas mengamalkan gaya tindakan memilih bulu.

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan Keadilan Selangor /
ADUN Sri Muda
29 April 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Nuffnang