Khamis, 21 April 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ZINA: RM 1.1 juta untuk tanggung natijah 35 pelajar berzina

Posted: 21 Apr 2011 05:24 AM PDT

Kejadian Zina sudah mencapai tahap kritikal ekoran krisis keruntuhan akhlak dan kecelaruan aqidah di kalangan masyarakat.Yang paling terkesan adalah golongan remaja yang juga merupakan pelajar di bangku sekolah..Kebebasan tanpa kawalan telah mengakibatkan perbuatan yang menurut runtunan hawa nafsu yang memberi kesan kepada pelajaran dan masa depan mereka.
  Ibubapa seolah lali melihat pergaulan tanpa batas anak-anak.Masyarakat memejam mata keadaan di sekeliling.Kapitalis.Opportunis mengaut untung lumayan dengan aktiviti perniagaan yang menghancurkan tamadun manusia.Pemerintah yang mengawal media massa seolah buta dan tuli terhadap program negatif yang menyumbat corong telinga dan menerobosi kanta mata mereka. Bisu, kaku dan terpaku.Tiada tindakan untuk mencegah,menyekat atau menghapus unsur-unsur yang membiakkan zina.
   Berapakah yang harus dibelanjakan oleh rakyat jelata untuk mengendali masalah segelintir yang sepatut dicegah dengan berkesan oleh pihak berwajib.Inilah akibatnya sekira pemimpin tidak membuat keputusan dengan merujukkan perkiraan dosa dan pahala.
 
. . 49 remaja hamil dapat manfaat Sekolah Harapan
Apr 21, 11 5:28pm
Kongsi 18
Sejak dibuka pada September lalu, Sekolah Harapan sudah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Rahaman Karim school for pregnant students malaccaBeliau berkata, buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah terbabit dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin.

"Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di Jasin, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Rosmah yang dalam lawatan sehari ke Melaka, tiba di sini jam 11 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk mendengar taklimat serta melawat pelajar di sekolah itu yang idea penubuhannya dicetuskan oleh Mohd Ali.

signboard school for pregnant students malaccaAb Rahaman berkata, remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (8), Pahang (8), Negeri Sembilan (5), Kelantan (5), Terengganu (3), Kuala Lumpur (2), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, remaja terbabit ditempatkan di sekolah itu sehingga habis tempoh berpantang sebelum kembali kepada keluarga masing-masing.

Ab Rahaman berkata, pihaknya juga berusaha dengan kerjasama keluarga masing-masing untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing dan setakat ini dua daripada 49 remaja itu sudah berkahwin.

"Pada tahun lalu, seramai lima orang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dua daripadanya mendapat keputusan 3A dan seorang memperoleh 2A," katanya menambah seramai 14 orang akan menduduki peperiksaan SPM dan dua Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Beliau berkata, kesemua remaja terbabit dijaga dengan baik termasuk pemantauan daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

staff of school for pregnant students malacca 3"Suka saya maklumkan di sini, bahawa remaja di sini dijaga dengan baik dari segi kesihatan, makan minum dan rehat yang mencukupi, kita bawa balik mereka ke pangkuan agama, kita beri kaunseling, ajar mereka bersembahyang, membaca al-Quran, kita beri kemahiran sebagai seorang ibu untuk mereka menjaga bayi nanti dan kemahiran sebagai seorang isteri," katanya.

Katanya, pada tahun ini kos mengurus dan pembangunan dijangka kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 pada tahun lalu.

Beliau juga berkata, sekalipun kapasiti 35 orang sudah dicapai, pihaknya menimbang kemungkinan meningkatkannya kepada 50 orang memandangkan terdapat 15 lagi remaja hamil memohon untuk masuk ke sekolah itu.

Selain itu kata beliau, isteri Perdana Menteri ketika lawatannya turut menyumbang idea bagi menambahbaik sekolah berkenaan seperti usaha untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing, memberi input agama yang mencukupi dan memulihkan semangat mereka agar kembali menjadi warganegara yang baik.

- Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/162118

Tiada ulasan:

Nuffnang