Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Peniaga Melayu Tampin tertindas, gerai nak diroboh
- Para Pengundi Kuala Pilah diancam tebing sungai runtuh
- Masalah air belarutan di Kuala Pilah, pengundi tersiksa
Peniaga Melayu Tampin tertindas, gerai nak diroboh Posted: 06 Apr 2011 07:47 PM PDT Masalah Majlis Daerah Tampin April 6th, 2011 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Saya seperti nama diatas ingin membuat aduan kepada aduan rakyat mengenai gerai kami ingin dirobohkan yang saya telah menjalankan perniagaan disitu selama 38 tahun. Saya mohon aduan rakyat dapat menyelesaikan masalah kami dalam tempoh terdekat kerana kami telah menerima notis tempoh selama 14 hari untuk mengosongkan gerai kami dan kami dihantar ke gerai yang telah disediakan dikawasan yang tidak stretegik dan jauh daripada pengunjung sedangkan saya telah berniaga disini sekian lama. Apa motif Majlis Daerah Tampin untuk memindahkan kami? Adakah agenda tersembunyi? Itu yang saya mohon kepada aduan rakyat supaya membantu menyelesaikan masalah kami di daerah tampin ini. Bantuan aduan rakyat amat-amatlah kami hargai. Diharap aduan kami ini pihak tuan dapat menyelesaikan dalam masa terdekat ini. Saya merayu pada tuan. Salam 1 Malaysia dari kami yang malang. By: Mariam bt. Sadi |
Para Pengundi Kuala Pilah diancam tebing sungai runtuh Posted: 06 Apr 2011 06:31 PM PDT Beberapa keluarga di Kampung Sawah Liat, Kuala Pilah begitu bimbang akan keselamatan mereka apabila tebing sungai berhampiran semakin terhakis teruk hari demi hari dan dalam masa terdekat kemungkinan ada yang akan menjadi mangsa jika pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan yang dibuat oleh penduduk kampung (pengundi) sejak dua tahun yang lalu. Sebahagian dari tebing sungai yang terhakis itu melibatkan jalan yang sudah sedia sempit yang menghubungkan beberapa rumah di kampung tersebut. Jalan tersebut kini menjadi perangkap maut kepada pengguna jalanraya terutama penunggang motosikal pada waktu malam. "Jika anda berkunjung ke rumah kami pada waktu malam, kemungkinan kereta awak akan masuk ke dalam sungai" kata makcik Siti Osman 76, salah seorang penduduk (pengundi). Rumah makcik Siti dan empat buah rumah yang lain hanya 50 meter sahaja dari tebing sungai yang runtuh tersebut. "Kami amat bimbang sekali, terutama apabila hujan", katanya. "Saya dapat rasakan tak lama lagi hakisan tersebut akan bertambah buruk dan rumah kami akan runtuh bersama". Makcik Siti menegaskan aduan telah pun dibuat ke pihak berkuasa sebelum ini. Aduan yang pertama sejak dua tahun lepas. Menurutnya ada beberapa pekerja yang datang membaiki hakisan tebing yang kecil tapi mereka tidak membaiki tebing yang sudah terhakis teruk. Makcik Siti seterusnya membawa wartawan FMT ke empat lokasi hakisan tebing sungai yang teruk. On the edge of disaster Zefry Dahalan , April 6, 2011 Families in Kampung Sawah Liat worry about their safety as a river bank keeps eroding away. KUALA PILAH: A river bank in Kampung Sawah Liat is fast eroding and may soon claim a victim unless the authorities act on complaints the residents have been making for two years. Part of the bank is now at the very edge of the narrow road separating the river from houses in the village. The road has become a hazard for motorists and motorcyclists, especially at night, because there are no street lights. "If you are driving to our house at night, you and your car may end up in the river," said one of the residents, Siti Osman, 76. Siti's house and four others are just about 50 metres away from the river bank. "We worry constantly, but especially when it rains," she said. "I don't think it will be long before the erosion gets bad enough to cause our houses to collapse." She said the local public works department had been notified of the problem. The first complaint was made about two years ago. According to her, some workers recently mended a minor erosion at a bridge connecting the kampung to a main road. "But they ignored the bigger erosion along the river," she said. Siti took a FMT reporter to four spots along the river bank where the erosion was especially severe. FMT attempted to speak to a duck breeder whose farm starts just a few metres from several eroded spots of the river bank. He said he did not want to be interviewed for fear of action from the authorities. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/06/on-the-edge-of-disaster/ |
Masalah air belarutan di Kuala Pilah, pengundi tersiksa Posted: 06 Apr 2011 05:46 PM PDT SAINS disaran bermuhasabah Utusan Malaysia 7 April 2011 Oleh PRINSIP KAIZEN , Terachi, Negeri Sembilan SAYA terpanggil menulis setelah banyak aduan kepada pihak pengurus bekalan air SAINS di Negeri Sembilan tidak mengambil tindakan terhadap masalah yang dihadapi, malah memberikan maklum balas yang mendukacitakan. Setelah begitu lama Malaysia merdeka, sejak diurus pihak kerajaan hinggalah diambil alih oleh pihak swasta, keadaannya masih lagi tidak menunjukkan peningkatan. Setelah 20 tahun, saya kembali semula ke kampung mengikut suami yang berpindah kerja ke sini. Saya tinggal di rumah ibu bapa buat sementara waktu kerana tempat kerja suami berhampiran dengan kampung saya iaitu Terachi, Negeri Sembilan. Setelah mengecap pelbagai kemajuan, teknologi dan kemudahan di bandar, saya terkejut dengan pengurusan air di kampung saya masih juga sama. KEMUDAHAN JALUR LEBAR, PENGANGKUTAN YANG SEMAKIN BANYAK, KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR YANG BERTAMBAH BAIK, NAMUN BEKALAN AIRNYA TETAP JUGA DENGAN CERITA LAMA. Saya masih ingat, ketika zaman saya bersekolah, bekalan air sering kali terputus setiap kali selepas hujan. Jika lebih kerap hujan, lebih kerap jugalah air akan terhenti. Jika diikutkan logik akal, apabila hujan, semakin banyaklah air, tetapi berlaku sebaliknya. Kawasan ini amat hampir dengan loji air terletak 5 kilometer dari rumah saya yang berdekatan dengan Hutan Lipur Ulu Bendul. Sementara bekalan air disambungkan, tekanan angin memakan masa lima belas minit hingga setengah jam, dan setelah airnya ada, warna airnya tak ubah seperti air yang bercampur susu. Pernah sekali, rumah saya keputusan bekalan air selama lebih 24 jam seperti yang biasa dihadapi, maka suami menelefon pihak SAINS menanyakan hal ini. Alasannya ialah penapis air bocor. Selebihnya dia menjawab tidak tahu dan akan menghantar lori air jika masalah ini berlarutan. Tak sampai sebulan, pada 4 April, perkara yang sama berlaku lagi, kali ini lebih dari dua hari. Bila membuat aduan, katanya akan sampai pukul 6 petang, tak juga sampai, dihubungi lagi berubah pula ke pukul 8. Namun hingga pukul 6 pagi keesokannya masih juga tidak ada. Pihak SAINS juga tidak memberitahu bila lori air akan menghantar air meskipun telah tiga kali membuat aduan. SAINS HARUS BERMUHASABAH KERANA TARIF YANG DIBAYAR PENDUDUK TIDAK PERNAH TURUN, TAPI MUTUNYA TIDAK PULA MENINGKAT. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm 1001 satu macam kisah, keluhan, rintihan pengguna air di Negeri Sembilan pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan