Dr Siti Mariah Mahmud |
Posted: 22 Apr 2011 09:25 PM PDT "Ini adalah bumi Allah untuk seluruh mahluk dimuka bumi ini yang dijadikan Allah, ianya bukan milik parti Umno" kata Di Siti Mariah dalam ucapannya dalam "Kempen JOM sertai PAS di Tapak Pasar Tani, Taman Sri Andalas pagi tadi mengenai idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadangkan oleh Utusan Malaysia dan disokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan adalah tidak baik untuk negara. "Saya harap ia tidak berlaku kerana jika diteruskan juga akan menjadi mala petaka bagi bumi tercinta Malaysia kerana idea ini adalah bagi memisahkan bangsa-bangsa lain dengan bangsa Melayu" kata Dr Mariah lagi. "Mana perginya Idea 1Malaysia?" soal Dr Mariah. Beliau juga menjelaskan idea ini dibuat hanya semata-mata untuk menyelamatkan dua, tiga kerat pemimpin yang sudah amat terdesak akan ditimpa mala petaka kekalahan dalam PRU 13 akan datang lantas mengeluarkan idea ini dengan mengunakan saluran Utusan Meloya. Utusan Malaysia Rabu lalu menerusi Timbalan Ketua Pengarangnya, Datuk Zaini Hassan mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina. |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan