:: cina islam | 2011 :: |
- PRN Sarawak: Antara Jangkaan dan Realiti
- Rakyat Terkejut PM Rasa Dirinya Sudah Bersih
- Menunggu Keputusan Pilihanraya
- Rakyat Sarawak Bangkit
- Video Itu TV3 Rakam Dua Bulan Lalu
- Kes Sarbaini: Keluarga Mungkin Ambil Saman SPRM
- Sarawak Maju: RM1 Bilion Cukup Jika Bersih
- Ramlah Malukan Ahli Akademik - Idris
- Polis Siasat Insiden Tembakan Libatkan Calon BN
- Akta Pilihanrayaraya dilanggar, Ambiga dihalang ke Sarawak
- Rombongan PM Koyak Memo Rakyat Limbang
- Semangat Federalisme akan jamin hak rakyat Sarawak.
- Sarawak Baru: Pilih calon PAS, PKR atau DAP
- Rakyat Masih Terabai di Bawah BN
- 341 ahli PBB sertai PAS
- Hiburan Alternatif PAS Dapat Sambutan
- Harakahdaily diserang DDoS: Laman Alternatif
- BN Sarawak 'serang' Rakan Semenanjung
- 10 Artis Akan Ikut Jejak Bob Lokman
- Tragedi Subuh
PRN Sarawak: Antara Jangkaan dan Realiti Posted: 15 Apr 2011 04:37 AM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Bagi pertama kalinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis sejak dari awal proses pilihan raya negeri Sarawak sudah mengumumkan mengenai wujudnya Kerusi Panas. Ia dimaksudkan kepada kedudukan kerusi-kerusi yang berkaitan rapat dengan potensi persaingan sengit dan ketegangan isu kempen dimainkan antara parti-parti atau calon bertanding. Di samping kawasan itu juga ditandai warna merah yang menjelaskan keadaan lebih kritikal yang berkemungkinan besar pihak Barisan Nasional bakal kalah ditangan Pakatan Rakyat. Jangkaan sebelum realiti Menurut Malaysiakini (14 April 11) yang memetik sumber Umno berkata ada 28 kerusi panas yang melibatkan 19 kerusi dianggap bakal dimenangi Pakatan Rakyat. Sementara sembilan Dun lagi bakal menjadi medan perebutan yang belum pasti. Sejumlah 19 kerusi panas itu, 15 kerusi adalah ditandingi SUPP, iaitu lima di Kuching, tiga di Sibu, tiga di Miri, dua di Sarikei, dan masing-masing satu di Sri Aman dan Bintulu. Sementara empat kerusi lagi ialah masing-masingnya tiga PBB dan satu SPDP. Jika ini berlaku bermakna, Pakatan Rakyat akan dapat memenangi setidak-tidaknya 19 hingga 28 Dun dan sekaligus memungkinkan upaya Pakatan Rakyat menafikan kuasa mutlak dua pertiga. Sekiranya matlamat untuk menafikan kuasa dua pertiga, iaitu memenangi 24 kerusi, rasanya Pakatan Rakyat tidak mempunyai halangan besar. Ini kerana kesemua kerusi itu terletak di kawasan majoriti Cina dan Iban, kecuali tiga Dun ditandingi PBB merupakan Dun Melayu/ Melanau (Seribas, Beting Maro dan Lingga). Di Dun Panas itu juga berlakunya putaran ligat isu penolakan terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud dari kuasa ketua menteri. Ia seperti mana dijelmakan oleh laras bahasa kempen DAP yang mengingatkan pengundi bahawa "vote SUPP = vote Taib" sehingga memaksa pihak Barisan Nasional memutar isu tersebut menggunakan pendekatan reverse psi-war dengan mengajak pengundi Cina mengundi Barisan Nasional demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan, kemakmuran dan kesederhanaan. Apa pun semua laras bahasa kempen pihak Barisan Nasional sudah dilihat kaku dan tidak bermaya berikutan banyak isu-isu yang terdedah sudah membongkarkan kekayaan Abdul Taib, anak-anak, menantu dan kroninya menerusi pelbagai projek ekonomi dan kewangan. Menurut Bridget Welsh (Malaysiakini 12 April 2011) isu-isu berkaitan Abdul Taib itu telah perlekatkan dengan kekangan ekonomi semasa, peningkatan perbelanjaan sara hidup, gaji yang murah diikuti dengan pembolotan kekayaan oleh elit politik kroni Barisan Nasional dan elit politik dari Semenanjung Malaysia yang seida mengaut hak rakyat Sarawak. Ia bakal mencetus suatu gelombang kebangkitan rakyat Sarawak seumpama dengan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008. Hal ini ada benarnya berasaskan kepada kajian persepsi oleh Zentrum Future dan maklumat Malaysiakini daripada 'dalaman Umno' yang menyimpulkan pihak Barisan Nasional Sarawak tidak lagi kalah lapan Dun, sebaliknya akan hilang kuasa dua pertiga. Jadual berikut adalah ringkasan kedudukan jangkaan keputusan oleh dua entiti tersebut. Jadual 1: Kajian persepsi semasa - Zentrum Future Studies Berdasarkan jadual 1, Pakatan Rakyat dijangka berjaya meraih 31 kerusi dan parti oposisi lain, iaitu SNAP 12 kerusi dan Bebas 4. Ini bermakna Barisan Nasional bakal jatuh dari tampuk kuasa dengan hanya meraih 21 Dun. Maka dijangka tamatlah riwayat Abdul Taib sebagai Ketua Menteri paling lama. Justeru jangkaan Zentrum Future sudah tidak popular lagi buat Abdul Taib dan rakan sepasukannya. Hal yang hampir sama ditunjukkan oleh Malaysiakini daripada maklumat 'dalaman Umno' (seperti mana dipetik Malaysiakini, 14 April 11) ) yang menilai prestasi kempen di Dun Sarawak. Jadual 2 berikut menunjukkan Barisan Nasional masih utuh di tampuk kuasa, meskipun masih kekal sebagai pihak berkuasa negeri. Berpandukan jadual 2, kesemua parti Pakatan Rakyat dikatakan akan mencapai kemenangan di kerusi panas seperti yang dijelas di awal tadi. Namun, menurut sumber Umno (yang dipercayai bersumberkan maklumat perisikan yang sah), kemungkinan agak realistik, meskipun di sana masih muncul keghairahan kalangan pengundi Iban untuk berubah bersama-sama Pakatan Rakyat. Hal yang sama dijangkakan oleh salah seorang pensyarah sains politik Universiti Malaysia Sarawak (dalam Hornbill Unleassed 3 April 2011) yang meletakkan 29 kerusi persaingan sengit dan boleh dimenangi Pakatan Rakyat. Apakah ini suatu realiti atau hanya sekadar jangkaan permainan analisis angka para pengkaji? Justeru itu, perkembangan kempen sehingga hari terakhir (15 April) di setiap 71 Dun boleh menjadi asas untuk menjangkakan kemenangan besar atau kecil . Ataukah ia bakal menyaksikan peralihan kuasa? Perkembangan terakhir Faktor Abdul Taib yang sudah berusia 74 tahun dan sudah berkuasa selama 30 tahun sebagai ketua menteri masih gagal diganti, ia sudah cukup menjadi simbol kontroversi di sebalik dominasi PBB mengetuai dominasi politik Sarawak. Berdasarkan pandangan pengkaji politik, James Chin dari Monash University Malaysia, pihak Pakatan Rakyat dijangka memenangi sekitar 20 kerusi atas faktor pengundi yang tidak suka kepada Abdul Taib sahaja (belum diambil kira faktor lain). Asas tidak suka itu mungkin berkait rapat dengan angkara tuduhan rasuah berskala besar, amalan kroni dan penyuburan sekutu politik nepotisme. Sebaliknya, hal tersebut turut menyuburkan sambutan rakyat kepada Pakatan Rakyat, meskipun pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan sasaran kempen buli atas fitnah video seks dan liwat serta perpecahan dalaman parti KeADILan. Sekali-kali ia tidak menghalang sambutan luar biasa berlaku dalam kempen di Sibu, Miri dan Kuching serta Bintulu. Ia telah merekodkan poin hangat yang memungkinkan kesemua kerusi bandar dans sub-bandar akan menolak Barisan Nasional. Jika itu benar, maka SUPP bakal terjelepak longlai seperti parti Gerakan, sementara PBB, SPDP dan PRS sedang tertekan dengan asakan isu pemilikan tanah adat dan kaitannya dengan penguasaan tanah tersebut oleh syarikat yang ada hubungannya dengan pemimpin politik parti-parti tersebut. Atas faktor tersebut, nampaknya kesedaran muncul mendadak kalangan pengundi Iban, Bidayuh dan Orang Ulu serta suku bumiputra lain. Jika benar, gelombang rakyat Sarawak menolak Barisan Nasional pasti berlaku, maka gelombang pengundi di pedalaman itu memungkinkan Baru Bian boleh menang selesa di Ba'kelalan, diikuti dengan persaingan sengit di semua Dun pengundi Iban melebihi 3,000 orang. Apa pun hanya malam 16 April bakal menentukan semua jangkaan menjadi realiti untuk Sarawak, kemudian pilihan raya umum nasional ke-13. H/daily |
Rakyat Terkejut PM Rasa Dirinya Sudah Bersih Posted: 15 Apr 2011 04:07 AM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, Apr 15: Rakyat bukan terkejut dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin, tapi terkejut bagaimana TV3 dan Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengambil kata-kata seorang yang diisu waran tangkap sehingga kini masih menjadi buruan polis sebagai muktamad. Begitulah reaksi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran media tradisional Barisan Nasional yang hangat mempermainkan dan memutarkan kenyataan Raja Petra yang di wawancara bersama TV3 untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap pilihanraya negeri Sarawak, di mana Barisan Nasional kini amat tertekan untuk mempertahankan dua pertiga majoriti DUN Sarawak. Dalam tulisan terbarunya, Raja Petra menegaskan bahawa beliau hanya menerangkan apa yang didakwanya selama ini seperti mana yang tertera di dalam pengakuan bersumpah beliau, di mana beliau diberitahu secara yakin oleh beberapa individu bahawa Najib dan isterinya Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan ngeri Altantuya pada tahun 2006 dan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut. Namun, TV3 melaporkan seolah-olah Raja Petra, seorang yang masih diburu polis sehingga kini telah membersihkan nama Najib dan Rosmah daripada kemelut Altantuya. Turut melucukan, kenyataannya disambut baik oleh Najib, sebagai ayat sakti dalam membersihkan namanya tanpa menghiraukan bahawa Raja Petra kini masih tengah berperang media dengan Deepak Jaikishan. Deepak pula adalah kenalan rapat Rosmah yang didakwa beliau membantu perisik P Balasubaraniam keluar dari negara selepas membuat pengakuan bersumpah bahawa Najib mempunyai hubungan fizikal dengan Altantuya sebelum menafikannya. "Raja Petra yang diburu polis beberapa waktu dan waran tangkapnya masih sah, kini tiba-tiba menjadi hero sehingga PM dan FLOM (Wanita Pertama Malaysia, Rosmah) pun rasa bersih, lebih bersih daripada baru macam iklan sabun. "Dengan hanya satu kenyataan saja dah jadi bersih, dengan sesudu sabun sahaja dah jadi macam baru," sindir Tuan Ibrahim. (gambar) Tambah Tuan Ibrahim, sekarang mungkin Raja Petra sudah boleh kembali dengan negara, dan rakyat tidak perlu terkejut jika kerajaan menyambutnya dengan karpet merah atas jasa besarnya kononnya telah membersihkan nama Perdana Menteri. Cuma apa yang dibimbangi, kata Tuan Ibrahim, segala kekotoran yang asal terpalit pada Najib dan Rosmah kini mungkin akan memaluti Raja Petra ekoran wawancaranya bersama TV3. "Sudah ada rakyat yang mula tengok beliau sebagai seorang yang kotor dan jijik ekoran wawancara itu. Soalnya, siapa yang akan bersihkannya selepas ini?" kata Tuan Ibrahim sambil menambah mungkin media tradisional BN akan digunakan sepenuhnya untuk "membersihkan" nama Raja Petra. H/daily |
Menunggu Keputusan Pilihanraya Posted: 15 Apr 2011 03:49 AM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Barisan Nasional (BN) Sarawak buat pertama kalinya dalam sejarah politik negeri bumi kenyalang itu menghadapi ujian pahit dan getir dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-10 yang pengundiannyanya diadakan pada 16 April selepas penamaan calon pada 6 April lalu. Kempen selama 10 hari telah pun berakhir dan proses undi pos terdiri dari beribu-ribu pengundi anggota angkatan tentera dan pasukan keselamatan termasuk isteri dan keluarga mereka yang bermula dua hari sebelum pengundian sebenar telahpun berakhir. Pelbagai jangkaan dan ramalan yang dibuat oleh para penganalisis politik dan para pemerhati politik dalam dan luar negara terhadap kemungkinan keputusan pilihanraya Dun Sarawak kali ini. Ada yang meramalkan BN tidak akan lagi menikmati majoriti dua pertiga dan hanya mampu memenangi majoriti kecil untuk menubuhkan kerajaan. Ada pula yang lebih extreme beranggapan bahawa regim Taib Mahmud yang memerintah Sarawak selama 30 tahun menyamai pemerintahan regim Hosni Mubarak di Mesir dan regim-regim lain di Timur Tengah akan berakhir dalam pilihanraya ini. Apa pun keputusan pengundi berdaftar yang berjumlah hampir satu juta orang itu yang terdiri dari pelbagai etnik, bumiputra Islam dan yang bukan Islam, pengundi kaum Cina, Dayak, Iban dan lain-lain, akan menentukan lanskap politik masa depan Sarawak khususnya dan Malaysia amnya. Indikasi perkembangan politik Sarawak dari keputusan pilihanraya negeri akan mencernakan lanskap politik Malaysia, walaupun tidak keseluruhannya, yang akan mengadakan pilihanraya parlimen selewat-lewatnya pada 2013. Jika BN mampu mempertahankan regim negerinya dengan kemenangan majoriti dua pertiga, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan diarahkan untuk mengadakan pilihanraya dengan lebih segera bagi mengekalkan momentum kemenangan yang diraih, tetapi jika BN kecundang untuk meraih majoriti dua pertiga, pilihanraya akan dilengahkan sehingga tamat tempoh mandat lima tahun, dari pilihanraya lalu pada 2008. Tekanan terhadap BN dalam pilihanraya ini begitu hebat dan teruja sekali. Ia dapat dilihat buat pertama kalinya tiada calon-calon BN terdiri dari calon Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), calon-calon SUPP (Cina) dan calon-calon parti etnik kaum lain yang bergabung dalam BN, tiada saorang pun yang menang tanpa bertanding. Sudah berlalu masa calon-calon BN menang tanpa bertanding yang menjadi trend pilihanraya-pilihanraya Sarawak di masa lalu. Kali ini BN ditentang sama ada satu lawan satu, atau tiga penjuru atau lebih kerana penyertaan calon-calon bebas dalam pilihanraya Dun Sarawak. Sebenarnya calon-calon bebas tidak memberi sebarang impak kecuali satu dua kerusi, kerana ada di kalangan calon yang merupakan bekas anggota Dun Sarawak. Pertembungan satu lawan satu adalah antara calon-calon BN dengan calon Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, PKR dan DAP. Dalam pertandingan tiga penjuru pula berlaku pertandingan antara calon BN dengan calon Pakatan dari komponan PKR dan SNAP, sebuah parti tertua di Sarawak yang tidak dapat berkompromi dengan PKR dalam pembahagian kerusi yang dipertandingkan. PKR bertanding dikebanyakan kerusi di Dun Sarawak. PAS bertanding lima kerusi dan DAP bertanding 15 kerusi. Selebihnya ditandingi oleh PKR walaupun tidak sepenuhnya dalam pertandingan 71 kerusi Dun Sarawak. PKR dan SNAP tidak dapat bertolak ansur dalam beberapa kawasan petandingan pilihanraya dan kerana itu pertandingan menjadi tiga penjuru. SNAP bertanding lebih dari 20 kerusi di kawasan-kawasan yang dikatakan majoriti pengundi berketurunan Dayak dan Iban yang menjadi pusat pengekalan kekuatan SNAP yang pernah memerintah Sarawak diawal penyertaan Sarawak dalam gagasan Malaysia. Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah dari SNAP, Stephen Kalong Ningkan sebelum diambil alih oleh Penghulu Tawi Sli, dalam krisis politik Sarawak yang pertama di zaman Perdana Menteri (PM), Tunku Abdul Rahman. Selepas Penghulu Tawi Sli barulah Sarawak diteraju oleh Ketua Menteri berketerunan Melayu-Melanau beragama Islam, Tun Abdul Rahman Ya'kub yang memimpin Sarawak selama satu dekad (sepuluh tahun). Pada masa pemerintahannyalah kedudukan politik bumiputra Sarawak diperteguhkan apabila berlaku penyatuan gabungan parti-parti di kalangan bumiputra Sarawak yang beragama Islam dan bumiputra yang bukan Islam. Pengenalan politik Sarawak tidak dapat dipisahkan dari pengenalan etnik, kaum dan agama. Tetapi Sarawak telah melalui perubahan secara evolusi dan kerana itulah PAS kini mampu bertanding di Dun Sarawak. Kemampuan PAS bertanding merupakan satu perubahan keyakinan kepada politik Islam yang dibawa PAS di tengah-tengah masyarakat plural Sarawak yang pluralismenya melebehi pluralisme masyarakat majmuk di Semenanjung. PAS tidak mungkin akan memenangi kelima-lima kerusi yang dipertandingkan dan parti-parti lain juga baik dikalangan Pakatan Rakyat dan komponan BN Sarawak tidak mungkin juga akan memenangi kesemua kerusi yang mereka tandingi. PAS dijangka mampu memenangi satu dua kerusi yang dipertandingkan atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan majoriti calon BN yang menang di kawasan yang ditandingi PAS. Jika demikian hakikatnya, maka ia membawa petanda bahawa PAS telah mulai diterima oleh rakyat Sarawak. Jika PAS kalah pun PAS telah membuka dan meluaskan arena politik Islamnya. Kesempatan PAS untuk berpolitik sambil berdakwah merupakan satu anugerah Allah yang besar yang perlu digunakan ruang dan peluang dengan sepenuhnya. Ia juga bererti PAS telah berada di bumi kenyalang, yang Umno masih tidak mampu memasukinya dan hanya mengharapkan PBB sebagai proxy Umno di Sarawak. Pertanding satu lawan satu akan menyaksikan pertandingan hebat dan genting tetapi pertandingan tiga penjuru akan memberI miliege kepada calon BN. Sayang sekali SNAP tidak dapat bersama dengan Pakatan Rakyat. Dalam pertandingan pelbagai penjuru juga ia akan memberi keuntungan kepada BN. Perdana Menteri (PM) Najib Tun Razak agak yakin dengan kemungkinan BN akan menguasai Dun Sarawak dan begitu juga Ketua Menteri (KM) Taib Mahmud, tetapi jika hendak berlaku tsunami politik di Sarawak seperti tsunami 2008 di Semenanjung, tiada sesiapa yang dapat menahannya. Kemungkinan rakyat Sarawak sudah bosan dengan pemerintahan BN di Sarawak yang berKMkan Taib Mahmud, selama 30 tahun, satu era pemerintahan yang terlalu lama. Taib dijangka akan berundur selepas pilihanraya setelah penggantinya dapat dicari. Taib tidak akan menghabiskan penggal ini. Bagaimana pun keputusan pilihanraya bergantung bukan kepada satu dua faktor. Ia mencakupi pelbagai faktor dan faktor-faktor inilah yang sedang diperkecilkan oleh parti pemerintah bagi menjamin kemenangan mereka berterusan. Sesuatu yang sangat jelas bahawa pilihanraya yang diadakan tidak berada di landasan yang benar-benar demokratik, apabila kerajaan menggunakan seluruh jenteranya di peringkat negeri dan pusat untuk membeli undi rakyat. Pengundi dibeli dengan projek-projek segera yang berjumlah berjuta-juta ringgit. Pertandingan tidak berada di padang permainan samarata, Pakatan Rakyat terutama PAS, mana mampu menghadapi perbendaharaan negeri dan pusat yang menabur wang dengan pelbagai projek untuk membeli undi. Rakyat Sarawak yang rata-rata masih dalam kolompak kemiskinan, walaupun negeri mempunyai hasil perkayuan dan petrolium. Dalam persekitaran masyarakat yang dibelenggui kemiskinan amat mudah untuk mempengaruhi rakyat untuk memberi sokongan kepada mereka dengan mengadakan projek-projek prasarana dan kemudahan. Di kalangan Pakatan Rakyat, DAP dijangka akan membuat kehadiran-nya dirasakan kerana pengundi-pengundi Cina mempunyai pemikiran terbuka. DAP bertanding di kawasan-kawasan bandar dan pekan melawan calon SUPP. Calun-calun PKR dari kalangan etnik Cina dan lain-lain dijangka juga akan membuatkan kehadirannya. Di kawasan-kawasan pertandingan dengan PBB, tidaklah mudah bagi calon PKR untuk membuat kehadirannya dirasakan, tetapi pertandingan tetap sengit dan mencabar. Sedikit lagi advantage bagi calon-calon BN bahawa mereka berkempen atas dasar bahawa parti-parti mereka adalah parti-parti yang berasal dari bumi kenyalang tidak seperti parti-parti dari Pakatan Rakyat kononnya semuanya datang dari Persekutuan. Tetapi hakikatnya, calon-calon yang bertanding semuanya adalah calon-calon tempatan. Jika DAP dan calon PKR dari kalangan kaum Cina membuat kehadirannya maka kedudukan SUPP sangat genting dan berkemungkinan SUPP akan mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya ini. Kehadiran SNAP juga tidak dapat diperlekehkan kerana SNAP berupaya dan mampu menerokai kemenangan yang akan menjadikan politik tawar menawar di Sarawak selepas pilihanraya. H/daily |
Posted: 15 Apr 2011 03:03 AM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Kebangkitan hebat rakyat Sarawak menjelang Pilihan raya Negeri ke 10 (PRN10) esok hari (16 April) bakal diterjemahkan ke peti undi bagi memastikan berlakunya perubahan drastik pada lanskap politik di negeri terbesar Malaysia itu. Secara umumnya, rakyat Sarawak telah lama menyimpan perasaan membuak-buak untuk membuat perubahan cuma mereka dihalang oleh rasa takut dalam diri. Namun kedatangan genderang gemuruh tsunami politik yang dibawa dari Semenanjung diikuti berlakunya kejatuhan pemimpin luar negara yang lama memerintah, memberikan tambahan semangat berani kepada rakyat negeri itu. Mereka telah lama menderita. Hidup rakyat pertengahan dalam kesusahan. Apatah lagi mereka yang marhaen; kais pagi dan petang terus sahaja habis tiada berbaki lagi. Menziarahi kampung-kampung dhaif yang hanya berjarak 10km sahaja dari Bandaraya Miri memang menggamit rasa kasihan pada mereka lantaran dibiarkan begitu sahaja oleh pemimpin kaya raya ke sana sini dengan helikopter diapit ratu muda bergaya. (Gambar: Janggut [kiri] menunjukkan masalah bekalan air di mana satu meter terpaksa dikongsi dengan 12 keluarga lain) Kampung-kampung yang gelap gelita, nampak dari jauh seperti didirikan atas air yang sebenarnya berpunca dari air bertakung disebabkan tiada sistem perparitan sempurna. Ke mana air hendak mengalir pergi jika tiada laluannya menyebabkan warnanya bertukar menjadi hitam pekat. Penduduk bimbang dengan wabak denggi berpunca dari serangan ganas nyamuk aedes. Keadaan ini boleh dilihat dengan jelas di Kampung Batu Satu Jalan Lutong - Kuala Baram, Kampung Api Api, Kampung Pasir, Kampung Muhibbah dan sebagainya lagi. Siapa dapat bayangkan mereka hidup dalam keadaan tiada bekalan elektrik di masa pemimpin kerajaan menyeru setiap rumah mesti mempunyai komputer. Bagi mengatasi masalah itu, penduduk terpaksa membeli generator sendiri dengan harga melebihi RM2 ribu dengan kos minyak disel melebihi RM5 satu malam jika digunakan dari 7 hingga 11 malam. Suasana di sebelah malam di sini tidak ubah seperti mereka semua tinggal berhampiran dengan kawasan industri besar sementelahan bunyi generator dari semua rumah bersipongang ke udara secara serentak. Sadisnya. Untuk rekod, mereka sudah meneroka, mendirikan rumah sendiri dan mendiami kawasan itu lebih dua puluh tahun. Sedih hati mereka bila diberitahu terpaksa keluar dari kawasan itu menjelang 2015. Pak Janggut atau nama sebenar Haling Anak Bagak, 41, sekeluarga yang lebih 20 tahun tinggal di Kampung Pasir berkata, "kami tidak mahu pindah-pindah lagi, ini tanah kami." Tegasnya, berikan kami geran sah, semua masalah akan selesai. Rupanya bukan isu bekalan tenaga elektrik sahaja membelenggui mereka selama ini. Masalah air bersih juga bersarang kecewa di hati mereka. Sebagai gambaran ringkas, satu meter terpaksa dikongsi dengan sebelas kediaman lain. Satu bulan secara puratanya setiap rumah terpaksa membayar lebih RM40. Bayangkan berapa jumlah bayaran untuk satu meter setiap bulan. Keadaan lebih rumit bila ada yang 'sangkut' tidak dapat jelas satu hingga tiga bulan. Akibatnya bekalan air ke semua kediaman terpaksa dipotong. Untuk mendapatkan semula meter, setiap rumah dikenakan denda sebanyak RM100 pula. Persoalannya sampai bila mereka perlu hidup dalam keadaan begini dalam sebuah negeri kaya? Jika kita tinjau harga barang pula, ada keperluan yang empat kali ganda dari Semenanjung. Jika tidak pun, ia mesti lebih mahal sekali ganda. Semua harga ini terpaksa dibayar oleh rakyat Sarawak. Orang kaya memang tidak terasa apa-apa, namun bagaimana dengan orang biasa dan marhaen yang terpaksa membayar sama seperti harga orang berwang juga. Tiada kekecualian apa-apa. Rakyat kebanyakannya tahu tentang kekuatan ekonomi negeri bersumberkan minyak, gas dan sumber hutan serta sebagainya. (Gambar: Semua hadirin mengangkat tangan secara serentak bersetuju untuk membuat perubahan dalam pilihan raya esok hari.) Hasil dari maklumat yang meniti dari bibir ke bibir, mereka juga tahu dan adakalanya lebih tahu, ke mana wang negeri itu berlegar dan hilang pergi entah ke mana. Rakyat sudah sedar. Mereka mendapat maklumat sah dari banyak sumber. Generasi muda banyak memberikan informasi. Hasilnya kini, bila semua sudah sedar dan meninggi, timbul semangat berani yang tidak dapat dibendung lagi. Rasanya tiada siapa lagi yang boleh menyekat mereka dari membuat perubahan secara revolusi menerusi peti undi bermula esok pagi. Kesempatan penulis membuat tinjauan selama seminggu di Miri, baru-baru ini mengesahkan dengan pandangan mata kepala sendiri bagaimana hebatnya sesuatu kebangkitan bila ia berlaku. Suasana dan jumlah kehadiran serta pungutan dana menerusi jualan dan derma dalam himpunan Pakatan Rakyat tidak dapat dicabar oleh BN. Medan utama di pekarangan Klinik Dr Teo Yu Keng yang merupakan calon Keadilan untuk Dun Senadin di tengah Bandaraya Miri membimbangkan musuh. Himpunan reformasi rakyat untuk buat perubahan dianggarkan sekitar 30 ribu dengan jumlah derma satu malam sahaja RM21 ribu. Satu malam dalam satu himpunan sama, semua hadirin mengangkat tangan secara serentak (gambar) bersetuju untuk membuat perubahan dalam pilihan raya esok hari. Berbanding dengan program jamuan makan malam anjuran calon BN dari SUPP yang merupakan Timbalan Ketua Menteri dan penyandang dua jawatan Exco Negeri Sarawak, sungguh malang tidak sampai 50 hingga 80 hadirin yang sanggup datang, itu pun dengan kenderaan percuma. BN di banyak tempat membuat ceramah di hadapan kedai makan dengan mengambil kesempatan masa dan peluang ketika beberapa orang itu makan. Mereka datang ke restoren itu bukan bertujuan untuk mendengar Koh Tsu Koon yang kerananya BN hilang negeri di Pulau Pinang; apa yang mahu diajarnya pada pengundi Miri untuk pertahankan Sarawak? Satu ketika, Tsu Koon membelakangkan jalan utama kerana tiada orang di hadapannya sebaliknya hadirin leka makan-makan di meja dalam restoren tanpa peduli pun apa celotehnya. Dalam satu ceramah bersama Dr Teo dan Presiden Kelab Penyokong Menteri Besar Selangor (MBSC), Khairul Anuar Othman, penulis sempat bandingkan keadaan dan suasana Sarawak 40 tahun di bawah BN dengan Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di bawah PR. "Bukti ada di depan mata kita, lihatlah beza bentuk pentadbiran antara bobroknya BN dan berkesannya PR dalam masa tiga tahun buktikan kemampuan mereka. "Jika rakyat Sarawak boleh bersabar lebih 40 tahun dengan keadaan begini, kenapa tidak boleh beri peluang selama empat tahun untuk PR tunjukkan bentuk pemerintahan Kerajaan Sarawak Baharu? "PR tidak bercakap kosong kerana mereka telah dapat buktikan kemampuan mereka di empat negeri Semenanjung: di Selangor, air percuma 20 meter padu pertama, ada skim warga emas, anak baharu lahir dan anak masuk universiti di samping jumlah pelaburan tetap antara tertinggi di Malaysia," hadirin memberikan perhatian mereka. Peringatan untuk rakyat Sarawak, inilah masa dan peluang terbaik untuk mereka bersama mencipta sejarah baharu Negeri Sarawak. Jika tidak, mereka terpaksa menunggu lagi sehingga empat akan datang atau tidak akan berubah selama-lamanya. Namun dalam keadaan sekarang, kebangkitan rakyat Sarawak mengatasi segala-galanya; mereka akan buktikan esok jatuhnya regim BN dan bentuk Kerajaan Baharu Pakatan Rakyat atau paling tidak menafikan 2/3 penguasaan BN selama ini. Ingatlah, dunia dan Sarawak tidak akan KIAMAT semata-mata jatuhnya BN di negeri itu esok, cuma yang bezanya adalah teraju pentadbiran negeri yang bakal dipimpin oleh Pakatan Rakyat. H/daily |
Video Itu TV3 Rakam Dua Bulan Lalu Posted: 15 Apr 2011 02:21 AM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 15 April: Pengasas laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, yang muncul dalam TV3 sejak beberapa hari ini tampil menjelaskan bahawa beliau adalah konsisten selama ini dan berkata video TV3 dirakam dua bulan lalu. Dalam satu wawancara dengan akhbar milik Umno, New Straits Times, Petra sekali lagi menafikan bahawa beliau telah menarik balik tuduhannya selama ini. Beliau hanya telah membuat pengakuan bersumpah supaya pihak berkuasa akan bersungguh-sungguh melakukan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu pada 2006. Media pro Umno menyiarkan berita sensasi kebelakangan ini akibat satu wawancara beliau yang disiarkan TV3 yang menggambarkan beliau seolah-olah telah membuat 'pusingan U' terhadap tuduhan bahawa perdana menteri terlibat dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. "Apa yang saya kata ialah pemberi maklumat telah memberitahu saya terhadap perkara tersebut," kata Petra ketika ditanya. "Jadi, sudahkah anda membaca SD (pengakuan bersumpah) saya? Saya rasa tidak, sebab banyak komentar berbuat demikian tanpa membacanya," beliau menambah. Sambil mengatakan bahawa beliau tiada mood untuk menjelaskan 'spin' media tradisional itu, Petra, 61 berkata sekarang sudah tiba masanya untuk beliau hendak mendapat kembali haknya terhadap orang yang menipu tentang dirinya. "Kerja mereka hanya untuk menghentam saya, dan itu yang mereka tengah lakukan. Sekarang, selepas tiga tahun dihentam, saya menghentam balik. Ini bukan hak saya ke?" tanya beliau. Wawancara 2 bulan yang lalu Mengenai wawancara di TV3 yang disiarkan dua hari yang lepas secara berturut-turut, Petra berkata rakaman itu telah dibuat dua bulan yang lepas, dan menafikan dakwaan bahawa wawancara itu dibuat untuk membantu Barisan Nasional di pilihan raya Sarawak. "Dua bulan yang lepas, tiada kata putus mengenai bila pilihanraya Sarawak akan diadakan. Jadi bila saya patut memberikan wawancara? Selepas pilihanraya Sarawak? Jadi, selepas pilihanraya Sarawak, orang akan tanya mengapa sekarang, sebelum pilihanraya umum ke 13? "Jadi, saya tunggu selepas pilihanraya umum ke 13, and orang akan terus bertanya, mengapa sekarang, sebelum pilihanraya kecil? Jadi, bila saya patut buat wawancara ini? Selepas Malaysia membasmi pilihanraya?" bidas Petra secara sinis. Menjawab satu persoalan samada beliau boleh memberikan bukti bahawa Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, Petra membalas dengan memberikan sejarah 'keadilan' di mahkamah Malaysia di mana testimoni sudah cukup untuk mensabitkan kesalahan pada seseorang terhadap satu jenayah yang serius. "Apa yang anda maksudkan dengan bukti? Bukti video yang mereka tengah bertuala dalam bilik hotel?" kata Petra secara jelas merujuk kepada video klip seks yang diedarkan beberapa pemimpin Umno yang mengaitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam skandal seks. "Terangkan apa itu bukti. Anwar disabitkan kesalahan dan dipenjarakan 15 tahun pada 1999 hanya berdasarkan testimoni. Testimoni ialah bukti dan cukup untuk memenjarakan Anwar 15 tahun. Testimoni saya lebih hebat. Ia dalam bentuk pengakuan bersumpah," kata Petra, yang dahulunya mengetahui kempen 'Selamatkan Anwar' dalam mendapat tekanan antarabangsa terhadap kerajaan untuk melepaskan Anwar daripada penjara. Isu khalwat Najib Mengenai dakwaan bahawa beliau telah 'berubah' kerana ingin kembali ke Malaysia, Petra membidas dalam keadaan yang marah dan mengingatkan wartawan NST itu kepada kejadian pada 1990an di Port Dickson, di mana Najib dikatakan telah ditangkap khalwat oleh jabatan agama di sebuah hotel, tapi dilepaskan tanpa pembicaraan syariah. "Adakah anda hendak bertanya kepada Najib terhadap isu ini? Siapa kisah terhadap apa yang orang kata di bawah? Jikalau kerajaan Malaysia kata saya boleh kembali ke Malaysia, saya akan suruh kerajaan pergi mampus kerana saya cinta negara kelahiran saya, apa yang anda nak kata nanti?" kata Petra, yang dilahirkan di Surrey, UK. Petra juga berkata dakwaan-dakwaan terhadapnya bukanlah baru, malahan beliau menambah beliau pernah dituduh murtad kerana pergi ke gereja setiap Ahad dan beliau dan isterinya telah meninggalkan Islam dan menjadi penganut Katolik. Sementara itu, menjawab soalan bersiri daripada The Straits Times Singapura yang meliputi isu masa wawancara yang bertembung dengan pilihanraya negeri Sarawak dan dakwaan samada beliau tengah me'nuetralisasikan' kesangsian terhadap penglibatan Najib dalam pembunuhan, Petra membidas bahawa ia adalah kelakar untuk menganggap bahawa wawancara beliau dan video seks yang ditujukan pada Anwar akan memberikan kesan terhadap keputusan pilihanraya Sarawak. "Jika anda beranggapan demikian, maka anda patut meminta untuk ditukar ke meja servis makanan sebab anda masih jauh ketinggalan dalam memahami politik," jawab beliau kepada wakil Malaysia akhbar tersebut, Hazlin Hassan. Tindakan terhadap Kol Azmi Sementara itu, akhbar Umno, Utusan Online melaporkan, seorang pegawai perisikan tentera, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, bakal berdepan tindakan tegas di bawah Akta Angkatan Tentera jika terbukti beliau membuat kenyataan palsu bagi tujuan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan serta merta sudah dijalankan terhadap Azmi Zainal sebaik sahaja pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan pembabitan pegawai tentera itu dalam usaha terancang bagi menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri. Katanya, berkuat kuasa serta merta juga, Azmi Zainal tidak lagi bertugas di Kor Risik sebaliknya, ditukarkan ke bahagian pentadbiran, di Wisma Kementerian Pertahanan. H/daily |
Kes Sarbaini: Keluarga Mungkin Ambil Saman SPRM Posted: 15 Apr 2011 02:04 AM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 15 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu. Menurut sumber, polis memberitahu kepada keluarga Ahmad Sarbaini bahawa hasil siasatan sudah hampir siap. "Polis beritahu kepada keluarga siasatan sudah 70 peratus tetapi tidak beritahu apa perkembangan terbaru, sebaliknya saya difahamkan polis juga setiap hari datang ke rumah Ahmad Sarbaini," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider. Bagaimanapun katanya, pihak polis tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai punca kematian. Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini kini sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM atas sebab kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya penolong pengarah kastam membunuh diri. Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini minggu lalu. Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain. "Keluarga Ahmad Sarbaini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM sekiranya hasil siasatan polis tidak memihak kepada mereka. "Mereka mahu ambil tindakan undang-undang ini kerana mahu menuntut keadilan bagi Ahmad Sarbaini serta membersihkan namanya yang didakwa telah membunuh diri," kata sumber itu. Jelas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini tertekan apabila ada pihak termasuk media mengatakan dia membunuh diri dan menerima rasuah. "Itu tidak benar, Ahmad Sarbaini tidak mungkin lalukan perkara itu. Kini keluarga berada dalam keadaan tertekan," katanya. Ahmad Sarbaini meninggalkan balu Maziah Manap, 50 dan lima anak. Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam. yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. Sementara itu, peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Ghazali Mohd Ramli ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya tidak akan memberikan sebarang komen dalam perkara itu sebaliknya akan menunggu keputusan hasil siasatan polis. "Saya tidak akan cakap apa-apa, kita biar polis jalankan siasatan dulu. "Nanti kalau saya cakap apa-apa bimbang ia akan menggangu siasatan polis," katanya. Laporan media semalam menyebut polis telah mengambil keterangan daripada 40 individu bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Sarbaini. Malah Ghazali juga berkata, pihaknya telah telah menyerahkan bukti baru, yang tidak dinamakan, kepada polis - yang dipercayai boleh menentukan sama ada Ahmad Sarbaini meninggal dunia kerana membunuh diri ataupun sebaliknya. M/insider |
Sarawak Maju: RM1 Bilion Cukup Jika Bersih Posted: 15 Apr 2011 01:34 AM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - DENGAN apa yang ada di Sarawak sekarang Pakatan Rakyat memerlukan satu bilion saja lagi menjadikan bumi Kenyalang itu sebagai negeri maju. Tetapi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengira perbelanjaan sebesar itu kecil. Ia memerlukan berbilion-bilion bagi merialisasikannya. Perkara yang pertama yang perlu diperhatikan oleh rakyat Sarawak ialah peruntukan yang secukupnya yang seminima mungkin yang diperlukan bagi menjadikan Sarawak negeri maju. Peruntukan itu mestilah sesuai dengan pelan kemajuan yang dirancang. Jika rakyat Sarawak menjadi penal meluluskan tender suatu bangunan atau projek atau hendak membeli sesuatu jentera, yang menjadi pertimbangannya ialah siapakah yang boleh menawarkan harga yang paling murah? Dan apabila kerajaan hendak melelong hartanya, yang diperhatikannya ialah pembida yang dapat menawarkan harga paling tinggi. Rakyat Sarawak seluruhnya bersetuju bahawa sesiapa yang hendak mentadbir Sarawak mestilah bersedia menjadikan Sarawak negeri yang maju. Seboleh-bolehnya kalau tidak melebihi Selangor, biarlah ia tidak kurang dari Selangor. Pakatan Rakyat telah memberikan jawapan. Ia boleh menjadikannya negeri maju dengan peruntukan yang sederhana yang dianggarkan satu bilion. Kalau ia tidak cukup tambahan diperlukan tetapi tidak sampai sekali ganda. Tetapi tidak mustahil dengan perbelanjaan dan pelan berhemah, peruntukan satu bilion boleh dikurangkan. Bagaimana pun Barisan Nasional mengikut Muhyiddin tidak sanggup memenuhinya dengan peruntukan sebesar itu. Ia mahu lebih besar. Lebih besar itu bukan sekadar sekali ganda dari yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat, bahkan berkali-kali ganda. Bagi Muhyiddin dengan peruntukan besar yang disediakan, pun kerajaan BN terasa payah bagi menyiapkannya, maka apa lagilah jika peruntukan yang dikira kecil seperti yang disanggupi oleh Pakatan Rakyat. Muhyiddin yang bercakap begitu mungkin kerana pengalamannya yang lama sebagai Menteri Besar Johor, sebagai menteri di beberapa kementerian dan terakhirnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tetapi di belakang Pakatan Rakyat yang membuat peruntukan sekadar satu bilion itu adalah juga orang berpengalaman iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia bukan sekadar pernah menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Timbalan Perdana Menteri sebelum Muhyiddin, tetapi lebih dari itu dia penah menjadi Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Dr. Mahathir. Bukan sekali dua dia membentangkan belanjawan negara, bahkan berkali-kali. Bukan sekadar peruntukan yang diperlukan Sarawak pernah dicadangkannya bahkan peruntukan bagi negara yang lebih besar. Dia adalah menteri kewangan ketika Selangor merancang dan bersedia menjadi negeri maju. Tahulah dia apa yang diperlukan oleh Selangor dan apa yang boleh diberikan bagi menjadi negeri maju itu. Dia menjadi menteri kewangan dalam sebuah negara tidak tahu berjimat, rasuah yang menjadi-jadi di sekelilingnya. Dan semua tahu dia diberi tanggungjawab sebagai pengerusi kabinet bagi anti penyelewengan. Maka tentulah dia tahu semua penyelewengan yang berlaku. Dia dikeluarkan dari kerajaan dan Umno bukan kerana ada masalah dan kelemahan urusan ekonomi dan kewangan, tetapi kerana dia tidak berapa senonok dengan perjalanan Perwaja, perancangan Bakun dan lain-lain projek mega. Mahathir tidak sebut dia dipecat kerana sebab ekonomi tetapi atas alasan kononnya tidak bermoral. Semua tahu semasa dia dalam kerajaan, dia adalah orang yang sangat anti rasuah dan penyelewengan. Dia tahu ke mana banyaknya belanja yang digunakan oleh kerajaan dalam setiap peruntukan. Semua tahu bahawa sebahagian besar dari peruntukan setiap projek pergi kepada rasuah dan pembaziran. Apabila Pakatan Rakyat mencadangkan angaran satu bilion bagi menjadi Sarawak negeri maju, maka ia tidak termasuk rasuah, pembaziran, penyelewengan peruntukan dan sebagainya. Ada pun peruntukan belasan dan puluhan bilion yang diperlukan Muhyiddin bagi perancangan kemajuan yang sama termasuklah belanja rasuah dalam berbagai-bagai cara dan penggunaan duit ikut suka hati. Dan siapa yang tidak tahu bahawa kerajaan BN yang berkuasa tahun 1955 bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan? Satu bilion yang Pakatan perlukan, bukan saja bersih rasuah dan penyelewengan, tetapi ia dibelanjakan secara berjimat, behemat dan cermat. H/daily |
Ramlah Malukan Ahli Akademik - Idris Posted: 15 Apr 2011 01:08 AM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 15 April: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Datuk Dr Ramlah Adam, dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjatuhkan taraf ahli akademik. Beliau melahirkan kesal dengan kenyataan Ramlah yang memberi amaran kepada belia supaya jangan menukar kerajaan yang sedia ada. Ramlah (gambar) berpesan supaya tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu. Kenyataan ini dinyatakan ketika beliau berucap di forum Perpaduan Negara Melalui Komunikasi dan Media di UiTM, Shah Alam. Kenyataan ini, kata Idris yang juga bekas pensyarah UiTM, tidak layak keluar daripada seorang pensyarah Pentadbiran Awam yang mengajar pelajar-pelajar mengenai polisi pentadbiran awam dan sistem demokrasi yang membenarkan rakyat membuat pilihan setiap kali pilihanraya. "Apakah beliau buta sejarah demokrasi negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang bertukar kerajaan dan pemerintahan tetapi terus maju? Apakah kerajaan selain daripada BN bukan sejenis manusia? "Apakah beliau tidak mengetahui Parti Demokratik Jepun (DPJ) menumpaskan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah Jepun semenjak penubuhannya pada tahun 1955. "Apakah Dr Ramlah Adam membayangkan United Kingdom sekarang sudah kembali kepada zaman batu sejak Parti Konservatif mengalahkan Parti Buruh pada 6 Mei 2010? "Apakah beliau seorang yang buta maklumat mengenai pencapaian negeri-negeri Pakatan Rakyat, walaupun baru berusia tiga tahun berbanding dengan BN memerintah selama 54 tahun. "Janganlah kerana tebalnya Umno dalam lubuk hatiinya sehingga sudah tidak nampak kebenaran.." kata Idris (gambar) dalam kenyataannya. PAS juga, katanya, menasihat kepada Dr Ramlah Adam jangan menjatuhkan taraf seorang ahli akademik. "Jikalau bercakap begitu lebih baik jadi Ketua Wanita Umno Cawangan Seksyen 2 Shah Alam sahaja, bukan seorang ahli akademik. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," katanya. H/daily |
Polis Siasat Insiden Tembakan Libatkan Calon BN Posted: 15 Apr 2011 12:51 AM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - DENGAN apa yang ada di Sarawak sekarang Pakatan Rakyat memerlukan satu bilion saja lagi menjadikan bumi Kenyalang itu sebagai negeri maju. Tetapi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengira perbelanjaan sebesar itu kecil. Ia memerlukan berbilion-bilion bagi merialisasikannya. Perkara yang pertama yang perlu diperhatikan oleh rakyat Sarawak ialah peruntukan yang secukupnya yang seminima mungkin yang diperlukan bagi menjadikan Sarawak negeri maju. Peruntukan itu mestilah sesuai dengan pelan kemajuan yang dirancang. Jika rakyat Sarawak menjadi penal meluluskan tender suatu bangunan atau projek atau hendak membeli sesuatu jentera, yang menjadi pertimbangannya ialah siapakah yang boleh menawarkan harga yang paling murah? Dan apabila kerajaan hendak melelong hartanya, yang diperhatikannya ialah pembida yang dapat menawarkan harga paling tinggi. Rakyat Sarawak seluruhnya bersetuju bahawa sesiapa yang hendak mentadbir Sarawak mestilah bersedia menjadikan Sarawak negeri yang maju. Seboleh-bolehnya kalau tidak melebihi Selangor, biarlah ia tidak kurang dari Selangor. Pakatan Rakyat telah memberikan jawapan. Ia boleh menjadikannya negeri maju dengan peruntukan yang sederhana yang dianggarkan satu bilion. Kalau ia tidak cukup tambahan diperlukan tetapi tidak sampai sekali ganda. Tetapi tidak mustahil dengan perbelanjaan dan pelan berhemah, peruntukan satu bilion boleh dikurangkan. Bagaimana pun Barisan Nasional mengikut Muhyiddin tidak sanggup memenuhinya dengan peruntukan sebesar itu. Ia mahu lebih besar. Lebih besar itu bukan sekadar sekali ganda dari yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat, bahkan berkali-kali ganda. Bagi Muhyiddin dengan peruntukan besar yang disediakan, pun kerajaan BN terasa payah bagi menyiapkannya, maka apa lagilah jika peruntukan yang dikira kecil seperti yang disanggupi oleh Pakatan Rakyat. Muhyiddin yang bercakap begitu mungkin kerana pengalamannya yang lama sebagai Menteri Besar Johor, sebagai menteri di beberapa kementerian dan terakhirnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tetapi di belakang Pakatan Rakyat yang membuat peruntukan sekadar satu bilion itu adalah juga orang berpengalaman iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia bukan sekadar pernah menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Timbalan Perdana Menteri sebelum Muhyiddin, tetapi lebih dari itu dia penah menjadi Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Dr. Mahathir. Bukan sekali dua dia membentangkan belanjawan negara, bahkan berkali-kali. Bukan sekadar peruntukan yang diperlukan Sarawak pernah dicadangkannya bahkan peruntukan bagi negara yang lebih besar. Dia adalah menteri kewangan ketika Selangor merancang dan bersedia menjadi negeri maju. Tahulah dia apa yang diperlukan oleh Selangor dan apa yang boleh diberikan bagi menjadi negeri maju itu. Dia menjadi menteri kewangan dalam sebuah negara tidak tahu berjimat, rasuah yang menjadi-jadi di sekelilingnya. Dan semua tahu dia diberi tanggungjawab sebagai pengerusi kabinet bagi anti penyelewengan. Maka tentulah dia tahu semua penyelewengan yang berlaku. Dia dikeluarkan dari kerajaan dan Umno bukan kerana ada masalah dan kelemahan urusan ekonomi dan kewangan, tetapi kerana dia tidak berapa senonok dengan perjalanan Perwaja, perancangan Bakun dan lain-lain projek mega. Mahathir tidak sebut dia dipecat kerana sebab ekonomi tetapi atas alasan kononnya tidak bermoral. Semua tahu semasa dia dalam kerajaan, dia adalah orang yang sangat anti rasuah dan penyelewengan. Dia tahu ke mana banyaknya belanja yang digunakan oleh kerajaan dalam setiap peruntukan. Semua tahu bahawa sebahagian besar dari peruntukan setiap projek pergi kepada rasuah dan pembaziran. Apabila Pakatan Rakyat mencadangkan angaran satu bilion bagi menjadi Sarawak negeri maju, maka ia tidak termasuk rasuah, pembaziran, penyelewengan peruntukan dan sebagainya. Ada pun peruntukan belasan dan puluhan bilion yang diperlukan Muhyiddin bagi perancangan kemajuan yang sama termasuklah belanja rasuah dalam berbagai-bagai cara dan penggunaan duit ikut suka hati. Dan siapa yang tidak tahu bahawa kerajaan BN yang berkuasa tahun 1955 bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan? Satu bilion yang Pakatan perlukan, bukan saja bersih rasuah dan penyelewengan, tetapi ia dibelanjakan secara berjimat, behemat dan cermat. M/kini |
Akta Pilihanrayaraya dilanggar, Ambiga dihalang ke Sarawak Posted: 15 Apr 2011 12:19 AM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KOTA SAMARAHAN, 15 April: Pilihan Raya Negeri Sarawak yang sedang melalui hari terakhir tempoh kempen hari ini terus dicemari unsur-unsur salah guna kuasa dan pelanggaran akta pilihan raya, seperti yang berlaku setiap kali pilihan raya umum dan kecil sebelum ini. Ketua Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya (Mafrel) Sarawak,Wan Zain Mahdzar juga tidak menolak kemungkinan gejala pembelian undi oleh pihak tertentu berlaku pada saat-saat akhir sebelum hari membuang undi esok. "Seperti biasa, pelanggaran akta pilihan raya berlaku dalam semua parti yang bertanding, dan melihat kepada perkembangan semasa, tidak mustahil pihak-pihak tertentu membeli undi untuk memenangi kerusi mereka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Manakala itu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan telah dihalang dari memasuki Sarawak hari ini. Bekas Presiden Majlis Peguam itu tiba bersama kapalterbang di Lapangan Terbang Kuching jam 9 pagi tadi namun dimaklumkan tidak boleh memasuki Sarawak atas arahan pejabat Ketua Menteri Sarawak. Bersih 2.0 adalah badan bebas yang memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bebas di negara ini. Sebelum ini beberapa orang peguam termasuk Sivarasa Rasiah juga dihalang dari memasuki negeri itu. Polis ramai di rumah panjang Sementara itu Wan Zain Mahdzar juga berkata, daripada pemantauan yang dilakukan bermula hari penamaan calon, Mafrel mengesan kehadiran polis yang ramai di kawasan-kawasan tertentu terutamanya di kawasan rumah panjang menimbulkan ketakutan di kalangan mereka dan tidak berani mengundi parti selain daripada kerajaan. "Mafrel dapati ramai polis ditempatkan di kawasan rumah panjang dan ini sudah tentu untuk memastikan mereka berpihak kepada kerajaan," katanya. Selain itu, Mafrel juga mendapati terdapat senarai pengundi yang tidak logik di beberapa kawasan apabila terdapat pengundi yang berumur lebih daripada 100 tahun. "Ada beberapa kawasan yang mempunyai pengundi berumur lebih 100 tahun. Ini sangat mencurigakan dan ada tanda-tanda kehadiran pengundi hantu," katanya. Sehubungan itu beliau menyeru pihak-pihak tertentu agar menghadapi pilihan raya secara bersih kerana unsur-unsur penipuan tidak akan memberi faedah kepada sistem demokrasi di negara ini. "Harap pihak yang merasakan mereka berkuasa meninggalkan amalan penipuan kerana merugikan semua pihak," katanya. Pulang mengundi Selain itu, beliau turut menggesa rakyat negeri ini yang tinggal di Semenanjung agar pulang menunaikan tanggungjawab mereka. "Terdapat lebih 200,000 penduduk Sarawak yang tinggal di luar negeri. Jadi diharapkan mereka dapat balik mengundi. "Mungkin berlaku masalah kepada mereka yang tidak menempah tiket penerbangan awal tapi kalau boleh cubalah sedaya upaya agar dapat mengundi," katanya. Mafrel katanya akan membentangkan laporan pemantauan mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk diteliti dan diambil tindakan bagi memulihkan proses pilihan raya yang semakin tercemar. Seramai 40 anggota Mafrel negeri itu ditugaskan untuk menjaga hampir setiap kawasan termasuk Miri, Sibu, Kuching dan Sri Aman. H/daily |
Rombongan PM Koyak Memo Rakyat Limbang Posted: 14 Apr 2011 10:16 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - LIMBANG, 15 April: Bukan sekadar memorandum mereka tidak diterima bahkan pegawai yang menyertai rombongan Perdana Menteri di Pasar Tamu Limbang petang semalam telah mengoyak memorandum itu. Inilah nasib rakyat yang cuba mendapatkan pertolongan Perdana Menteri sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka sesuai dengan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" (Gambar: Keadaan kelam kabut apabila rombongan Najib enggan membenarkan penduduk Limbang dan DAP menyerahkan memo.) Menurut Adun Pasir Pinji, Thomas Su, penduduk di sini bersama dengan DAP telah menunggug ketibaan rombongan PM untuk menyampaikan dua memorandum iaitu "Membekal Doktor Pakar dan Menaiktaraf Peralatan Perubatan di Hospital Limbang" dan satu lagi adalah mengenai "Membekal elektrik dan Air Bersih Serta melantik seorang Ketua Rumah Bagi Kampung Merasam Barat Limbang". "Kami menunggu ketibaan Datuk Sri Najib dan akhirnya beliau sampai di Pasar Tamu Limbang pada pukul 6 petang. "Apabila beliau keluar dari kereta, beliau menuju ke arah lain dan enggan menerima memorandum kami walaupun hanya beberapa meter jauh daripada calon DAP di sini Leong Kwang Yew. "Semasa Leong Kwang Yew dan Adun Selangor Jenice Lee cuba mendekati Perdana Menteri, rombongan BN pula menolak dan menghalang kedua-dua mereka secara kasar. "Memorandum yang dipegang oleh Leong Kwang Yew telah dirampas dan dikoyak oleh rombongan Perdana Menteri, pembuatan begini seolah-olahnya telah menghancurkan hasrat rakyat Limbang yang ingin menyuarakan masalah mereka," cerita Thomas Su (gambar) dalam kenyataan medianya hari ini. Menurut beliau, jika Perdana Menteri terus menbenarkan rombongan beliau menolak dan mengoyakkan memorandum dengan sikap begitu kasar dan kurang ajar, ini membuktikan "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang dicanang oleh BN dan Perdana Menteri adalah satu pembohongan sahaja! Beliau sangat kecewa dan menyesal dengan sikap PM dan rombongannya dengan kejadian yang berlaku di Pasar Tamu Limbang petang semalam. H/daily |
Semangat Federalisme akan jamin hak rakyat Sarawak. Posted: 14 Apr 2011 10:15 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Oleh: Hafizi Pauzi IPOH, 14 April : Ketua Penerangan Pas Perak, Drs Khalil Idham Lim menempelak kenyataan DS Najib yang menyatakan bahawa rakyat Sarawak mempunyai masa depan yang cerah dengan mengatakan "jangan biarkan ia berlalu pergi" sambil disifatkan ucapan DS Najib hanya sekadar omong kosong sahaja. "Masa silam Sarawak telah pun suram selama 30 tahun BN memerintah negeri itu, jadi saya ingin ingatkan seluruh rakyat Sarawak supaya jangan termakan dan terpedaya dengan janji-janji manis BN," katanya ketika ditemui di sini. Menurut beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, PR menjanjikan status Sarawak sama taraf seperti negeri di semenanjung jika Sarawak diterajui oleh Pakatan Rakyat. "Saya menjamin hak rakyat Sarawak akan terus terbela dengan semangat federalisme yang diamalkan dinegara kita, walaupun dibawah kerajaan PR, rakyat Sarawak mesti diberikan bantuan oleh kerajaan pusat" Kerana itu kata Khalil tidak timbul kerajaan negeri mesti sama dengan Kerajaan Pusat seperti juga yg dikatakan Najib sebelum ini. "Di semenanjung semangat federalisme masih berlaku kepada negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat. Oleh itu rakyat Sarawak perlu ambil peluang keemasan ini pada 16 April nanti tanpa ada rasa takut dan ragu," jelasnya. Menjawab persoalan Sarawak akan mundur bila ditadbir oleh Pakatan Rakyat, YB Khalil yang juga Adun Titi Serong menjelaskan bahawa alasan itu adalah untuk menutup kelemahan BN selama ini. "Lakukan perubahan dan saya jamin hak anda sebagai rakyat Sarawak akan terbela " katanya. |
Sarawak Baru: Pilih calon PAS, PKR atau DAP Posted: 14 Apr 2011 09:33 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUCHING, 15 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru rakyat negeri Sarawak agar memilih calon Pakatan Rakyat pada hari pengundian esok bagi membentuk Sarawak Baru. Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ianya kerana calon yang diwakili PAS, PKR dan DAP, adalah mereka yang ikhlas mahu membela nasib rakyat berbilang kaum di negeri ini, yang sekian lama tertindas di bawah BN. "Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat sama ada dari PAS, PKR dan DAP adalah terdiri dari mereka yang layak untuk dipilih. "Ini kerana mereka semua memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua," katanya. Tambahnya, mengundi calon yang layak akan memberi kesan yang baik kepada semua pihak. Malah ujarnya lagi, memilih calon dari pihak yang baik dikira ibadat yang mulia dan sudah pasti akan mendapat restu Tuhan. "Oleh itu saya berharap kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat,"katanya. Ayuh berubah, tolak BN Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu rakyat menggunakan peluang mengundi esok untuk menghentikan segala penindasan kerajaan BN terhadap mereka. Katanya, Setelah lebih 42 tahun dipersiakan kerajaan BN, kini sudah tiba masanya bagi rakyat Sarawak melakukan perubahan. "Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekian lama. "Marilah kita berubah dengan menolak BN dalam pilihan raya ini," katanya. Tambahnya, jika PAS diberi peluang mewakili rakyat di beberapa Dun yang ditandingi, parti itu akan mempamerkan keadilan Islam untuk kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negeri ini. Esok, rakyat negeri Sarawak akan menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi memilih kerajaan negeri yang baru. Banyak pihak menjangkakan akan berlaku perubahan besar dalam landskap politik Sarawak pada pilihan raya kali ini. Bagaimanapun, keputusan hanya akan diketahui malam esok dan hari ini semua parti-parti yang bertanding sedang giat menjalankan kempen hari terakhir. H/daily |
Rakyat Masih Terabai di Bawah BN Posted: 14 Apr 2011 07:30 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SEBUYAU, 15 April: Walaupun Sarawak mempunyai hasil bumi yang banyak seperti minyak dan balak, namun rakyat masih merasa terabai di bawah kerajaan BN sejak lebih 30 tahun lalu. Pembangunan yang dicanangkan hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja terutama di bandar utama dan tidak menggambarkan keseluruhan negeri yang terbesar di Malaysia ini. Justeru, penduduk yang berada di kampung-kampung jauh dari bandar tidak menikmati kehidupan yang selari dengan kekayaan negeri dan pembangunan yang dilaungkan oleh pemimpin negeri. Zaimah Zaini, 32, dari Kampung Seruyuk mengakui bahawa tiada pembangunan di kawasan luar bandar. Baginya, kehidupan rakyat di luar bandar dan pedalaman dipinggirkan oleh kerajaan negeri. Katanya, selain tidak banyak kemudahan yang dinikmati oleh mereka, masalah yang dihadapi sejak dahulu termasuk perhubungan, bantuan dan sebagainya masih tidak dapat diselesaikan. Bagi Sanin Ali, 32, kerajaan masih tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan yang sewajarnya kepada rakyat terutama di kalangan golongan muda. Menurutnya, bukan sahaja pemimpin peringkat negeri yang tidak mengambil berat masalah tersebut tetapi juga melibatkan pemimpin di kampung. Mengenai kekayaan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, calon PAS di Dun ini, Haji Adam Ahid menganggap penduduk di kawasan luar bandar tidak menghiraukan perkara itu kerana tidak mendapat maklumat. Ini, katanya kerana maklumat itu hanya diperolehi oleh penduduk di kawasan bandar sahaja. Namun begitu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri yakin rakyat akan membuat perubahan pada pilihan raya negeri yang akan berlangsung 16 April ini. "Saya yakin dalam pilihan raya kali ini, rakyat di sini boleh berubah seperti yang berlaku di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. "Saya yakin perubahan akan berlaku. Rakyat Sarawak tidak mustahil boleh menukar kerajaan, insya Allah," ujarnya. H/daily |
Posted: 14 Apr 2011 07:15 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SADONG JAYA, 15 April: Seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS. Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi. Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan oleh ketua penaja cawangan masing-masing kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Kampung Jaei, malam tadi. Antara yang menyerahkan borang berkenaan ialah bekas Pengerusi Wanita PBB Bahagian Batang Sadong, Dari Mohamad. Ketika ditemui pada majlis itu, beliau memberitahu tindakan menyertai PAS kerana mahu menegakkan keadilan Islam dan membela anak bangsa. Ini, tambahnya disebabkan kerajaan PBB-BN tidak banyak mengadakan pembangunan untuk rakyat sebaliknya melakukan penindasan seperti merampas tanah rakyat. H/daily |
Hiburan Alternatif PAS Dapat Sambutan Posted: 14 Apr 2011 07:01 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - MUARA TUANG, 15 April: Pendekatan yang diambil oleh PAS untuk mendekati masyarakat melalui hiburan alternatif ternyata mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk di Dun ini. Konsert Mini Bersama Mua'dz yang diadakan di kawasan berhampiran pangkalan feri Kota Samarahan petang semalam dan Kampung Sungai Bandong malam tadi mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat. Walaupun tiada pentas yang sempurna, namun masyarakat tempatan yang terdiri dari kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa tetap setia mengikuti persembahan Mua'dz dan Hafiedz Algebra yang ternyata menghiburkan mereka. Celoteh bersahaja mereka berdua mencuit perasaan hadirin yang diselit dengan lawak jenaka spontan menambahkan keceriaan majlis berkenaan. Lagu-lagu bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan yang dialunkan oleh Mua'dz dan paluan berbagai jenis gendang oleh Hafiedz yang dikenali dengan panggilan Master Gendang mengundang reaksi spontan daripada hadirin. Selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian, penduduk juga diajukan soalan-soalan pengetahuan am dan diberikan hadiah bagi mereka yang berani tampil ke hadapan dan menjawab soalan. Ternyata program PAS yang berteraskan prinsip dakwah seperti itu mampu mendedahkan masyarakat setempat bahawa parti itu mengizinkan hiburan yang tidak melalaikan. Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma turut dibuka kepada mereka yang ingin memeriksa tahap kesihatan masing-masing dan dikendalikan oleh tiga doktor daripada Papisma Perak. Ada juga penduduk yang menyokong BN kelihatan berminat untuk hadir ke program tersebut namun kerana tidak berani, mereka hanya memerhati dan mendengar dari jauh. Calon PAS di Dun ini, Noraini Hamzah turut bersama-sama dalam program ini dan beramah mesra dengan penduduk. Menurut Pengarah HalWa Perak yang bertugas di Dun ini, Amizan Baharudin selain memperkenalkan PAS kepada masyarakat, mereka juga harus diperkenalkan dengan hiburan yang dapat membawa mereka mengenali dan mencintai Islam. "Petugas Semenanjung yang datang ke sini juga bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada mereka. "Kami melihat masyarakat terutamanya golongan muda sukakan hiburan. Jadi kami gunakan pendekatan hiburan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka. "Walaupun sekejap, tapi kami yakin usaha ini akan memberikan kesan positif kerana mereka dapat melihat bahawa Islam tidak menghalang kita untuk berhibur asalkan tidak melalaikan," katanya. H/daily |
Harakahdaily diserang DDoS: Laman Alternatif Posted: 14 Apr 2011 06:47 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 15 April: Dua hari menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Harakahdaily diserang siber, DDoS (Distributed Denial of Service) oleh pihak-pihak tertentu malam tadi selepas Sarawak Report dan Malaysiakini terkena serangan yang sama. "Jam 10 malam tadi, rangkaian pembekal khidmat DNS kami telah mengalami serangan DDoS (Distributed Denial of Service), lantas menyebabkan capaian ke atas laman-laman HarakahDaily dan PAS telah terjejas," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Teknikal IT Harakahdaily. Sehubungan itu, pasukan teknikal masih bertungkus lumus menangani serangan ini dan berjaya mengurangkan kerosakannya dengan Harakahdaily masih boleh hidup hingga kini. Bagi menghadapi serangan ini, Pasukan Teknikal IT telah menyediakan beberapa laman alternatif untuk melawat Harakahdaily dan PAS menjelang pilihan raya Sarawak ini jika serangan ini berterusan. Untuk Harakahdaily:- 1. harakahdaily.net 2. myharakah.net 3. harakah.net.my Bagi laman PAS:- 1. pas.org.my 2. parti-pas.org 3. parti-islam.org "Segala kesulitan amat dikesali. Kami sedang mengambil langkah seterusnya untuk menangani masalah ini," kata kenyataaan Pasukan Teknikal IT Harakahdaily. Sebelum ini Sarawak Report yang banyak mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak khasnya Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, telah diserang dan terpaksa berpindah ke laman sementara. Laman Malaysiakini juga turut diserang sehingga lumpuh samasekali. Namun kini kedua-dua laman ini sudah kembali pulih. Yang dikesali tidak ada sebarang kenyataan dari pihak kerajaan mengenainya. Yang melahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku hanyalah kerajaan negeri Selangor melalui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Sebelum ini Dun Selangor telah meluluskan Akta Kebebasan Maklumat yang memberi jaminan kepada semua pihak untuk bebas mendapatkan maklumat dari negeri itu. H/daily |
BN Sarawak 'serang' Rakan Semenanjung Posted: 14 Apr 2011 06:01 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SIBU, 15 April — Tinggal sehari sebelum hari penentuan, persaingan sengit untuk memikat pengundi-pengundi komuniti Cina berterusan dengan wang tunai dan retorik menjadi fokus dalam kempen bersifat rasialisme, yang dilihat makin meningkat di Sarawak. Malah, dalam tindakan yang jarang dilihat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen Barisan Nasional, mengheret sama Umno sebagai momok meskipun ia juga merupakan parti perikatan itu. Seorang pemimpin kanan SUPP memberi amaran bahawa kehilangan sokongan pengundi Cina setempat kepada BN akan mengundang kehadiran Umno, MCA dan Gerakan. Sementara pekerja-pekerja pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) di kawasan majoriti Cina di Sibu pula mendakwa bahawa antara RM300 hingga RM1,000 ditawarkan untuk setiap undi. Pengundian pilihan raya negeri ke-10 ini akan berlangsung esok. DAP terlibat dalam perang 'minda' dengan SUPP, parti domuniasi CIna dalam BN Sarawak yang menekankan soal masa depan perwakilan Cina dalam kerajaan negeri. Pemimpin-pemimpin kedua-dua parti mengeluarkan kenyataan harian menyasarkan pengundi Cina. Dalam ucapan ceramah yang terbaru, Naib Presiden SUPP Datuk Tiong Thai King memberi amaran kehilangan majoriti dua pertiga BN Sarawak akan membuka pintu kepada kemasukan Umno di negeri terbesar itu. Parti dominan BN itu tidak popular di kalangan bukan Melayu, malah di kalangan Melayu Sarawak. Tiong juga memberitahu penyokongnya bahawa jika SUPP gagal menerima sokongan kali ini daripada masyarakat Cina, parti-parti seperti MCA dan Gerakan akan dibawa masuk untuk mengisi kekosongan itu. "Dalam keadaan SUPP hilang kerusi tetapi komponen-komponen BN yang lain menang, bagaimana kepentingan kaum Cina akan diwakili?" kata beliau. "Jika itu keadaannya, maka MCA dan Gerakan perlu datang," kata Tiong yang bertanding mempertahankan kerusi Dudong, yang ucapannya dibawa oleh akhbar harian United Daily News. "Jika BN hilang majoriti dua pertiga di Sarawak, maka Umno akan datang," kata Tiong. Memainkan sentimen wilayah, antara negeri itu hanya harus diperintah oleh parti-parti Sarawak adalah taktik lama yang digunakan dalam pilihan raya negeri sebelum ini. Pakar strategi DAP Liew Chin Tong berkata, kelihatan iklan-iklan BN dalam akhbar-akhbar bahasa Cina di negeri membawa mesej "Undi BN, Jauhi Orang Luar Dari Sarawak". Liew, yang membantu kempen DAP di kawasan Sibu berkata mesej itu nampaknya digunakan untuk merujuk kepada parti-parti PR. "Ia maksud yang mendalam bahawa Sarawak hanya harus diperintah oleh parti komponen BN tempatan," kata Liew mengulas kenyataan Tiong. Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng turut mengecam dengan mendakwa Umno sudah puna hadir dengan semangat Sarawak sebagaimana disaksikan dalam banyak dasar-dasarnya yang ia gubal. "Dari segi spiritual, Umno sudah pun mengawal PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan SUPP. Tiada sesiapa pun dalam PBB atau SUPP berani bertindak menentang Umno," kata Wong lagi. Begitu juga Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha yang memberi amaran agar komuniti Cina tidak mengabaikan BN kerana kekurangan perwakilan dalam kerajaan negeri akan menjejaskan kepentingan komuniti itu sendiri. Kong berkata komuniti itu menikmati lebih banyak keistimewaan di Sarawak berbanding rakan-rakan mereka di Semenanjung. Ini dapat dilihat dalam jawatan-jawatan kemasyarakatan seperti penghulu, pemancar dan kapitan. "Mereka perlu faham bahawa jika mereka memutuskan untuk tidak memberi undi kepada perwakilan mereka, parti-parti lain dalam perikatan mungkin akan menggunakan (kesempatan itu) untuk mengatasi SUPP sebagai alasan mengubah setiap perkara," kata Kong. SUPP bertembung dengan DAP di 15 kerusi yang majoritinya pengundi Cina. Kehadiran dalam jumlah ramai pada perhimpunan ceramah DAP dan peningkatan aliran derma menyebabkan sesetengah pihak meramalkan ia akan menang di kesemua 15 kerusi ditandinginya. Wong yakin bahawa rekod prestasi DAP yang memperjuangkan kepentingan semua kaum akan terbukti dengan sendirinya meskipun ada yang memainkan dakwaan politik perkauman. "Kaum Iban tahu bahawa saya bercakap mengenai hak tanah mereka di Dewan Undangan Negeri. Mesej DAP merentasi semua kaum," katanya. Persaingan sengit di 15 kerusi dipercayai turut membawa kepada kerja-kerja menabur wang dalam jumlah yang banyak untuk mendapatkan undi, kata DAP. "Jika dahulu setiap undi dibeli dengan RM100, sekarang ia meningkat kepada minimum RM300. Di Bukit Assek RM300, di Bawang Assan RM500. Di Meradong RM1,000," kata Wong. Pengundi-pengundi didatangi ejen-ejen yang menawarkan RM100 hingga RM300 bergantung pada kerusi, secara spontan dan baki dibayar kemudian. Sebaik sahaja undi dibuang, pengundi perlu menunjukkan bukti foto yang diambil menggunakan kamea telefon mudah alih untuk mendapatkan baki bayaran selepas hari pengundian. Baki bayaran hanya akan dibayar jika BN menang, kata Wong. Ini untuk memberi insentif kepada pengundi untuk mendapatkan seramai pengundi yang boleh untuk menyokong BN. M/insider |
10 Artis Akan Ikut Jejak Bob Lokman Posted: 14 Apr 2011 05:08 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS. Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah. Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya. Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid. Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS. "Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada masyarakat buat masa ini kerana mahu menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian. "Mereka mahu mengikuti jejak langkah saya kerana tertarik dengan perjalanan hidup saya sekarang. Hasrat mereka itu telah dinyatakan sendiri oleh mereka kepada saya baru-baru ini secara jujur," katanya ketika menyampaikan tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini. Di samping mengakui tertarik dengan perjalanan hidup beliau sekarang, artis-artis itu juga turut berminat untuk mendapatkan kekuatan jiwa. Sambil menyebut satu persatu nama-nama artis tersebut, beliau menegaskan, untuk membolehkan seseorang artis itu meninggalkan dunia glamour seperti yang dilakukan oleh beliau sekarang bukanlah sesuatu yang mudah. "Selain memerlukan pengetahuan agama yang mendalam dari sudut fekah, seseorang itu juga amat perlu mengamalkan tarikat yang muktabar bagi mendapatkan kekuatan jiwa agar tidak mudah goyah apabila ditimpa pelbagai ujian," katanya. Beliau juga secara jujur mengakui, rezekinya sekarang tidak pernah berkurangan sejak meninggalkan dunia glamour, malah makin bertambah apabila sering menerima pelbagai undangan dari pelbagai pihak untuk mengadakan ceramah. (Gambar: Sebahagian kakitangan Harakah yang mendengar ucapan Bob Lokman) Malah, dalam masa terdekat, walaupun telah meninggalkan dunia glamournya, beliau juga masih menerima tawaran berlakon dari beberapa buah syarikat dengan bayaran puluhan ribu ringgit. Sebahagiannya terpaksa ditolak kerana ia tidak selari dengan perjalanan hidupnya sekarang yang bukan lagi menjalani hidup untuk keseronokan, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya. "Jangan takut untuk berubah menjalani kehidupan yang lebih baik, rezeki kita tak akan berkurangan, malah bertambah. Jangan juga kata bila kita dah memilih untuk menjadi lebih baik tak akan ada tawaran berlakon lagi. Sebaliknya tawaran itu datang mencurah-curah. "Malah saya sendiri pula yang terpaksa menolaknya (kerana tidak sesuai)," jelas beliau sambil mengakui tidak mengalami sebarang tekanan dari sebarang pihak ekoran perubahan hidupnya sekarang. H/daily |
Posted: 14 Apr 2011 04:27 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - BESUT – Usaha lima bakal jururawat untuk lari daripada gangguan lelaki misteri yang menceroboh asrama mereka dengan bersiar-siar di Kuala Terengganu berakhir dengan kecelakaan apabila tiga daripada lima gadis itu maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak semalam. Kejadian ngeri pukul 6 pagi di Kampung Gerai dekat sini itu menyebabkan pemandu kereta, Nordiana Mohd. Nor, 22, dari Kota Tinggi, Johor; Zur Iras Zakaria, 19 dan Nurul Shahidah Abdul Jaabar, 19, masing-masing dari Kuala Terengganu, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian. Dua lagi rakan mereka, Bazillah Abdullah, 19 dan Nur Adilah Mohd. Ghazali, 19, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian akibat cedera parah. Difahamkan, sebelum kejadian, kesemua pelajar tahun dua kursus kejururawatan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Bachok, Kelantan itu dalam perjalanan pulang ke Asrama Muiz Dalam Rhu di Pasir Puteh. Jarak antara asrama mereka dengan Kuala Terengganu kira-kira 135 kilometer. Kesemua rakan karib itu dikatakan telah meminjam kereta rakan mereka pada pukul 9 malam kelmarin untuk bersiar-siar. Sementara itu, seorang rakan mangsa, Nik Sharmila Nik Amram, 21, memberitahu, kesemua mangsa pergi ke Kuala Terengganu bagi menghilangkan tekanan selepas diganggu lelaki misteri di asrama. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan