|  i n t a n h i j a u  | 
- KALAU PR PERINTAH, SAMAN EKOR KITA HAPUS...
- NIZAR DI CEREMONY OF IEM ENGINEERING : THE PERAK TRASFORMATION EXPERIENCE
- IRMA HAMIE NEKAD BERTUDUNG SELEPAS PULANG UMRAH
| KALAU PR PERINTAH, SAMAN EKOR KITA HAPUS... Posted: 20 Mar 2011 03:07 AM PDT BESUT, 20 Mac: PAS sekali lagi mempertegaskan  sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan  Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat. Justeru, Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji  pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi  peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang. "Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara),  saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah," katanya. Beliau menegaskan demikian di dalam ucapannya pada sesi ceramah  sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) Zon Besut  - Setiu di Dataran PGU, di Jertih, malam tadi. Perhimpunan selama dua hari bermula Jumaat itu merupakan siri kedua  program seumpamanya dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Siri pertama telah diadakan pada pertengahan Januari lalu di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman. Ceramah malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan. Selain Abdul  Hadi, turut menyampaikan ceramah mereka ialah Timbalan Presiden Parti  Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP  Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri  Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik. Menurut Abdul Hadi, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat berkongsi  pendirian mengenai berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat,  termasuk soal saman ekor. "Kita tahu rakyat tidak setuju (pelaksanaan) saman ekor dan PAS  memang tidak setuju. DAP tak setuju, Keadilan (PKR) tak setuju. Yang  setuju hanyalah Umno Barisan Nasional," ujarnya. Beliau malah secara sinis menganggap pelaksanaan sistem saman ekor  itu sebagai bukti BN benar-benar menghayati slogan "Rakyat Didahulukan". Katanya, BN mendahulukan rakyat untuk merasai beban menampung  kekurangan kewangan negara apabila terpaksa berbelanja lebih untuk  melunaskan saman ekor itu. Memahami tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat, maka PAS dan  Pakatan Rakyat juga katanya akan mengkaji semula harga runcit minyak.  Langkah itu diyakini akan turut menghalang kenaikan berterusan harga  barangan keperluan harian lain. "Kita janjikan Negara Berkebajikan. Kita serius menjaga dan membela  kebajikan rakyat. Ini bukan janji saja, kita akan buat insya Allah,"  tegasnya. (harakahdaily) | 
| NIZAR DI CEREMONY OF IEM ENGINEERING : THE PERAK TRASFORMATION EXPERIENCE Posted: 19 Mar 2011 04:54 PM PDT  Nizar membentang kertas kerja bertajuk Malaysian Engineeering Stars-Engineers as Politicians"pada 19 Mac di Kuala Lumpur.  DS Nizar bersama tetamu di Ceremony of IEM Engineering,dekat Kuala Lumpur pada 19 Mac . DS Nizar bersama ahli panel.   DS  Nizar masih diterima masyarakat profesional.Nizar pada 19 Mac lalu  diminta untuk membentangkan satu kertas kerja berkaitan bagaimana  seorang jurutera juga sebagai ahli politik.DS Nizar menceritakan  pengalaman beliau sewaktu memerintah Perak. Hebatnya Nizar beliau masih seorang jurutera bertauliah.Masih sanggup memenuhi jemputan badan atau majlis yang beliau anggotai. SUMBER BERITA DAN FOTO : sisibukit.blogspot.com | 
| IRMA HAMIE NEKAD BERTUDUNG SELEPAS PULANG UMRAH Posted: 19 Mar 2011 04:17 PM PDT Irma  manis menggayakan pakaian rekaan Zery Zamry di majlis makan malam  anjuran Rafflesia & Mandalay di Hotel Le Meridien, Jumaat. -  KUALA LUMPUR: Pengalaman mengerja umrah selama dua minggu di  Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik  untuk terus bertudung litup. Bekas kekasih Nabil Raja Lawak ini pergi ke sana dengan  ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi  seorang insan yang lebih baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke  tanah suci. Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka  menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan  bertudung dan menutup aurat. "Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon  dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup  rezeki saya.  "Saya tidak kisah dengan watak  yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang," katanya dalam satu temubual. Seminggu selepas pulang dari umrah, terus Irma menerima tawaran berlakon telefilem Mencari Bidadari untuk RTM. Kebetulan karakter dalam telefilem itu merupakan seorang wanita bertudung. Selain itu, dia turut menerima tawaran beberapa drama lain termasuk untuk TV9 dan drama Kelab Wau. Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu. "Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya  minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya. "Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini.  Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan  perkara yang dituntut dalam agama. "Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita," ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung. Bagaimanapun dia terpaksa menolak tawaran tersebut sebelum ini atas sebab masih terlalu awal dan belum bersedia.(mstaronline) | 
| You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
 




 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan