Rabu, 16 Mac 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG BERJUMPA ANAK MUDA DI PADANG

Posted: 16 Mar 2011 03:17 AM PDT


TELUK INTAN, 14 Mac - Atas inisiatif Pemuda PAS Kg. Bahagia, ADUN Changkat Jong telah dibawa bertemu anak-anak muda di sekitar kampung tersebut. Turut sama ialah bekas penyanyi kumpulan rock Melissa, Ustaz Radhi Abd. Hamid yang kebetulan akan berceramah pada sebelah malamnya di Bilik Gerakan Pemuda PAS Kg. Bahagia.
Konvoi bermotor Pemuda PAS Kg. Bahagia mengiringi kereta YB.

Ustaz Radhi beramah mesra dengan anak-anak muda.

YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah dibawa ke gelanggang sepak takraw di Taman Melor. Di situ, beliau dan Ustaz Radhi telah berpeluang bertemu dengan para pemuda yang sedang asyik bemain takraw. Kehadiran wakil rakyat serta rombongan begitu mengejutkan anak-anak mda namun mereka berasa berbesar hati apabila dikunjungi oleh wakil rakyat dan pimpinan Pemuda PAS.
YB Anuar menyampaikan sumbangan bola takraw.

Bergambar beramai-ramai.

Di sana, pihak YB Anuar dan Ustaz Radhi telah menyumbangkan dua biji bola takraw kepada anak-anak muda. 

Kemudian, rombongan ADUN Changkat Jong telah dibawa bertemu dengan anak-anak muda yang sedang bermain bola sepak di sebuah padang di Kg. Bahagia. Walaupun kehadiran YB Anuar tidak dimaklumkan awal, namun mereka menerima kehadiran YB Anuar dan Ustaz Radhi dengan senang hati.

Kesempatan tersebut telah diambil oleh YB Anuar untuk beramah mesra kepada anak-anak muda yang boleh dikatakan setiap petang bermain di padang tersebut. YB Anuar telah menyerahkan sebiji bola kepada wakil anak-anak tersebut sebagai tanda sokongan kepada aktiviti-aktiviti menyihatkan badan.
Anak-anak muda asyik bermain bola.

Bersalaman dengan YB Anuar.

Bergambar bersama YB Anuar dan Ustaz Radhi.

Bagi YB Anuar, aktiviti-aktiviti sihat sebegini perlu diberi sokongan agar anak-anak muda terhindar daripada melakukan aktivit-aktiviti yang kurang memberi faedah.
YB Anuar menyerahkan bola takraw.

Ustaz Radhi turut menyampaikan bola takraw kepada wakil anak muda.

Lokasi terakhir, YB Anuar dan Ustaz Radhi telah dibawa ke gelanggang takraw di Lorong 8B, Kg. Bahagia di mana kelihatan ramai anak-anak muda sedang bermain takraw. Di sana juga, YB Anuar telah menyerahkan dua biji bola takraw kepada wakil anak-anak muda tersebut.

intanhijau.blogspot.com

GURU PERLU UBAH LANSKAP POLITIK NEGARA - CIKGU MALA

Posted: 15 Mar 2011 09:37 PM PDT


PERMATANG PAUH, 16 Mac: Para guru termasuk pesara guru seluruh negara diminta melakukan perubahan drastik terhadap lanskap politik tanah air untuk menghindarkan daripada terus dihinggapi anasir pengkhianatan, kata bekas calon PAS pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman.

Perubahan itu jelasnya, amat penting kerana negara sekarang seolah-olah hilang kawalan penguasaan ekoran politik yang tidak menentu serta terlalu banyak campur tangan yang membawa kepada tiadanya kebebasan.

"Guru merupakan pendidik yang setia, maka buatlah perubahan ke arah yang lebih baik kerana landkap politik masa kini telah musnah kerana campur tangan pihak tertentu. 

"Apa salahnya kita yang dididik mewujudkan keharmonian anak bangsa menjadi lebih dihormati lakukan sedikit lonjakan pembaharuan pada pilihanraya umum ke 13 kelak," terangnya pada majlis pidato bersama Cikgu Mala di perkarangan Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir. malam tadi.

Sebelum itu, beliau dijemput memberikan motivasi Menjana Kecemerlangan Pelajar Anak-Anak Ahli PAS di Dewan Haji Zabidi, Permatang Pauh dan sebelah petangnya menghadiri program Sepetang Bersama Cikgu Mala, bertempat di Balai Islam Berapit, Bukit Mertajam.

Pada rangka lawatan selama dua hari ke Pulau Pinang bermula semalam dan berakhir hari ini, beliau juga diajak bersama dalam program menjejaki pejuang muslimat anjuran Dewan Muslimat Permatang Pauh manakala sebelah malam nanti beliau sekali lagi berada di pentas pidato srikandi di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor.

Beliau yakin jika guru yang pernah menjadi pelopor politik satu waktu dulu boleh bangun kembali mengatasi golongan politik yang acapkali menggunakan kesempatan peribadi, masalah negara dapat diatasi.

"Dulu rata-rata golongan guru mempelopori politik di mana sahaja tetapi sekarang seolah lenyap begitu sahaja. Kenapa jadi begitu sebab kewujudan golongan yang tidak amanah sering mencari peluang untuk membina kekayaan," tambahnya.

Katanya, guru perlu membuang semua kerisauan bilamana politik berubah tangan kepada Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat nyata berjaya melakukan yang terbaik untuk rakyat contohnya di empat negeri yang dikuasai.

Tambahnya, banyak lagi tuntutan guru masih dibekukan tetapi apabila menjelang pilihanraya kecil, ia dimainkan semula seakan-akan 'durian runtuh' padahal jika disiasat, masih terpahat janji lama.

"Bila ada pilihanraya kecil, pasti terpancul keluar dari mulut Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddn Yassin kononnya jika rakyat atau guru memberikan kemenangan pada BN, masalah mereka akan dselesaikan," katanya.

Turut sama berceramah pada program malam tadi ialah Ketua Dewan Muslimat Permatang Pauh, Puan Suraya Saat dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri, Aida Yusuf Rawa.(harakahdaily)

MALAYSIA TIDAK SEPERTI TIMUR TENGAH - ISTERI ROSMAH

Posted: 15 Mar 2011 04:56 PM PDT


TANJUNG KARANG: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata suasana politik di Malaysia tidak mungkin bergolak seperti di Timur Tengah dan Utara Afrika kerana kerajaan tidak mengamalkan pemerintahan kuku besi malah sentiasa peka terhadap kehendak semasa rakyat.
Di Mesir?
Tunisia?

Perdana Menteri berkata, jika rakyat tidak berpuas hati dengan pemerintahan Barisan Nasional (BN), tidak mungkin BN menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau pada 6 Mac lepas dengan jumlah majoriti undi yang meningkat.
Libya?
Tidak kejam?
Di Malaysia tiada demonstrasi ?

"Kalau rakyat tidak berpuas hati, majoriti kita tidak akan bertambah dalam pilihan raya kecil itu," katanya semasa berucap pada majlis perasmian projek Nadi Kasih peringkat kebangsaan di Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini hari ini.

"Sebagai kerajaan kita sedar tahap ukuran (rakyat) bukan semudah dahulu. Politik pembangunan bukan segala-galanya," kata Najib lagi.(mstaronline)

Tiada ulasan:

Nuffnang