Sabtu, 12 Mac 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


KADAR RADIASI REAKTOR NUKLEAR MENIGKAT 1000X GANDA

Posted: 12 Mar 2011 07:18 AM PST

Pihak berkuasa Jepun sedang bertungkus lumus menggelakkan kerosakan di loji nuklear susulan kejadian gempa bumi, semalam sehingga menyebabkan tsunami.

Menurut AFP, sistem penyejukan reaktor gagal berfungsi apabila negara itu digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 8.9.

Radiasi 1,000 kali ganda dari paras normal dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear Jepun.

NONEKegagalan sistem pendinginan berfungsi dikatakan sebagai punca radiasi meresap keluar di satu loji manakala di dua loji yang lain suhu semakin meningkat.

Kadar radiasi meningkat kira-kira 1,000 kali berbanding paras normal di bilik kawalan reaktor No. 1 loji Fukushima Daichi, demikian menurut Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun.

Tanpa memberitahu kadar radiasi sebenar yang meresap keluar, agensi itu berkata, ia juga dikesan di bahagian luar menyebabkan kerajaan mengambil tindakan pengosongan melibatkan kawasan lingkungan sejauh 10 kilometer.

Terdahulu sekitar 3,000 penduduk telah diminta meninggalkan rumah mereka.

Semalam, Tokyo Electric Power Co berkata suhu di reaktor No. 1 dan No. 2 di tapak tenaga nuklear Fukushima Daini meningkat dan ia sudah hilang kawalan ke atas tekanan pada reaktor-reaktor gunaan mereka.

NONEStesen Fukushima Daini adalah loji tenaga nuklear kedua beroperasi di kawasan Fukushima, timur laut Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami petang semalam.

Tepco berkata kira-kira pukul 2.46 petang semalam (waktu Jepun), tiga daripada enam reaktornya dihenti operasi ekoran gempa bumi.

Semuanya adalah reaktor air didih.

Kata Tepco, reaktor-reaktor ditutup ekoran kehilangan kuasa luar kerana kegagalan fungsi salah satu daripada dua sistem tenaga.

Kejadian itu membawa kepada penggunaan janakuasa diesel kecemasan bagi menyediakan kuasa sokongan kepada loji tersebut.

NONEBagaimanapun janakuasa diesel pula henti selepas sejam loji henti operasi, menyebabkan tiadanya kuasa bagi sistem pendinginan.

Loji tenaga nuklear memerlukan kuasa bagi motor, injap dan instrumen yang mengawal sistem, yang menyediakan air dingin kepada teras radioaktif.

Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata, "penduduk selamat selepas mereka dalam kawasan lingkungan tiga kilometer dipindah keluar dan mereka dalam kawasan lingkungan 10 kilometer pula diminta tinggal dalam rumah, jadi kami mahu penduduk bertenang.

- malaysiakini

POLIS DAN TENTERA DIBERI MYKAD SEMASA PRK...?

Posted: 11 Mar 2011 04:07 PM PST


KUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memberikan MyKad kepada polis dan tentera semasa PRK Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, memandangkan mereka sudah mempunyai kad polis dan tentera masing-masing.

Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak, memandangkan setiap anggota tentera terutamanya tidak dibenarkan memegang MyKad masing-masing sepanjang mereka masih berada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mempersoalkan perkara itu menegaskan, walaupun MyKad-MyKad itu sememangnya kepunyaan anggota polis dan tentera itu sendiri, tetapi tindakan tersebut jelas di luar kebiasaan dan menyalahi undang-undang.

Menurut beliau, setiap anggota polis dan tentera sepatutnya tidak lagi dibenarkan menyimpan MyKad masing-masing, sebaliknya dipegang oleh unit tertentu sepanjang mereka berada dalam perkhidmatan, disebabkan mereka telah mempunyai kad polis dan tentera yang lengkap dengan nombor masing-masing.

"Tetapi semasa pilihanraya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, polis dan tentera turut diberikan MyKad masing-masing. Ini menjadikan mereka mempunyai dua kad pengenalan diri dalam suatu masa.

"Kenapa Kerajaan BN bertindak begitu? Apakah tujuannya? Inilah yang menjadi tanda tanya kepada kita dan perlu dijelaskan oleh Kerajaan BN," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Setiap anggota tentera terutamanya, menurut beliau, lazimnya mengundi secara pos, tetapi dengan memberikan MyKad kepada mereka yang terbabit, mereka juga boleh mengundi seperti orang awam.

Jadi dengan tindakan itu, anggota polis dan tentera terbabit sememangnya berpeluang mengundi dua kali. Satunya dengan mengundi secara pos (undi pos) dengan menggunakan kad polis dan tentera masing-masing dan satu lagi mengundi seperti orang ramai dengan menggunakan MyKad masing-masing.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan BN menjelaskan matlamat sebenar penyerahan MyKad-Mykad tersebut kepada anggota polis dan tentera terbabit kerana ia amat menghairankan pelbagai pihak.

Beliau juga mendesak SPR memberikan jawapan yang benar sama ada pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis dan tentera terbabit sememangnya mengundi dua kali pada PRK Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu.

Terdahulu dari itu, beliau menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan pihak polis dan SPR yang membenarkan ceramah dari pihak Umno BN dan PAS diadakan di tempat berhampiran, semasa kempen kedua-dua PRK itu.

"Semua itu jelas mengganggu program Pakatan Rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang