Sabtu, 25 Ogos 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Judi Monyet Ceria mengancam akidah dan keluarga muslim

Posted: 24 Aug 2012 08:01 PM PDT

Nampaknya tidak ada usaha bersepadu yang benar-benar dapat membanteras aktiviti judi di kalangan umat Islam, khususnya judi siber. Serbuan ke atas pusat judi tanpa tindakan susulan berlandaskan syariat Islam, khidmat nasihat, kaunseling, rawatan ketagihan judi dan sebagainya mengakibatkan pusat judi ini akan semakin rancak selepas diserbu umpama memotong atau membakar lalang. Lalang hilang sementara, tapi hidup semula dengan lebih subur.

Mereka yang ketagihan judi ketika ini bukanlah mereka yang menganggur, malah mereka yang sudah berkeluarga dengan anak yang ramai, para pelajar sekolah hinggakan ke warga emas yang menunggu panggilan kubur.

'Monyet Ceria' bawa bencana
25 Ogos 2012

KUALA LUMPUR: Permainan judi mesin slot 'Funky Monkey' atau lebih dikenali sebagai 'Monyet Ceria' kini antara yang menjadi kegilaan kebanyakan kaki judi di sekitar ibu kota untuk bertaruh bagi memenangi wang tekaan.

Berselindung di sebalik kafe siber dan pusat komputer, pihak yang menjalankan perjudian itu kini mempertaruhkan permainan Monyet Ceria sebagai permainan utama kepada pelanggan sebelum mereka tewas ribuan ringgit.

Tinjauan di beberapa pusat siber di Kepong, Cheras, Bangsar dan pusat bandar raya mendapati permainan itu menjadi pilihan utama pelanggan dengan tekaan hanya bermodal RM1, mereka layak memenangi sehingga RM800.
Bukan hanya dikunjungi pelanggan dewasa, malah permainan terbabit turut disukai pelajar dan remaja yang terjebak gejala sosial itu selepas diajak rakan.

Wartawan yang memasuki pusat judi di Kepong dan pusat bandar selama enam jam difahamkan premis terbabit dibuka 24 jam sehari dengan menawarkan pelbagai permainan judi untuk dipertaruh.

Selain Funky Monkey antara menjadi pilihan ialah Rockin Roller, Nepiunes Kingdom, Safari, Haunted House, Magic Scots dan Real Classic.

Melalui perbualan bersama penjaga premis judi di Kepong, difahamkan pemilik perniagaan itu meraih hampir ratusan ribu ringgit sehari selepas pusat judi terbabit dikunjungi ramai pelanggan.

"Sekarang ini, ramai bertaruh Funky Monkey, ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau beli seringgit boleh menang RM800, kalau RM2 dapat RM1,600, kalau beli banyak, puluhan ribu boleh menang," katanya.

Funky Monkey adalah permainan judi memerlukan setiap barisan slot menyamai urutan objek dikehendaki antaranya 1Bar, 2Bar, 3Bar, objek pisang, cermin mata, kelapa muda, pokok dan gendang.

Bagi hadiah terbesar, sekiranya semua gendang menyamai garisan slot, tekaan RM1 mampu memenangi RM800 dan seterusnya. Namun, kebanyakan pelanggan ditemui dan bertaruh hanya menggelengkan kepala selepas kalah ribuan ringgit.

Pelanggan dikenali sebagai Pak Kadir, 52, yang juga pemandu bas berkata, setiap hari dia mengunjungi pusat judi dan bermain Funky Monkey selepas ketagih sejak setahun lalu.

"Kalau diikutkan bermain judi komputer ini, puluhan ribu saya kalah, tetapi apakan daya sukar meninggalkan tabiat buruk ini. Setiap hari mesti bertaruh walau sekali," katanya.

Pak Kadir ketika ditemui di sebuah premis di Kepong berkata, sepanjang berjudi, dia banyak kalah berbanding menang.

Penjenayah semakin kreatif dan inovatif mencari mangsa

Posted: 24 Aug 2012 07:59 PM PDT

Bagaimana suri rumah, warga emas hendak membezakan antara polis sebenar dengan polis palsu, staf TNB sebenar dengan staf TNB palsu, pegawai JKM sebenar dan pegawai JKM palsu? Penjenayah di negara kita semakin hari semakin kreatif dan inovatif, sedangkan usaha pencegahan jenayah oleh semua pihak masih di takuk lama.

'Staf TNB' kelar tangan suri rumah
25 Ogos 2012

JOHOR BAHRU: "Ketika kami berbual termasuk menyiasat aduan kerosakan meter elektrik di rumah, tiba-tiba seorang daripada dua lelaki yang memakai pakaian seragam Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengugut dan meminta saya menyerahkan semua barang kemas.

"Apabila saya menjerit meminta tolong, lelaki itu mengeluarkan pisau dari pakaiannya dan mengelar pergelangan tangan saya berulang kali," kata suri rumah dikenali sebagai Sundara, 39, menceritakan kejadian cubaan rompak di rumahnya di Jalan Jelatang 22, Taman Megah Ria, Masai, di sini, semalam.

Ibu tiga anak itu berkata, kejadian berlaku jam 4 petang apabila dia bersama anak perempuan sulungnya berusia belasan tahun berada di rumah, manakala suaminya keluar bekerja. Dua lagi anaknya berada di rumah saudara di kawasan berhampiran.
Menurutnya, ketika itu, dia didatangi dua lelaki memakai seragam TNB dan berpura-pura mahu memeriksa meter serta bil elektrik rumahnya.

Katanya, secara kebetulan suaminya membuat aduan kepada TNB berkaitan masalah pada meter elektrik.

Katanya, sebaik masuk dalam rumah, dia terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba mengugut mahu mencederakannya sekiranya tidak menyerahkan barang kemas.

Terkejut dengan permintaan lelaki terbabit, katanya, dia menjerit meminta tolong sebelum lelaki itu bertindak agresif dengan mengelar pergelangan tangan kanannya. "Melihat kejadian itu, anak perempuan saya lari ke tingkat atas dan mengunci pintu sementara saya melarikan diri dengan keluar dari rumah dan menjerit meminta bantuan jiran.

"Dua lelaki itu yang cemas melarikan diri," katanya yang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Regency di Masai di sini, sebelum membuat laporan di Balai Polis Masai di sini, petang semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Saifi Abd Hamid mengesahkan kejadian itu.

"Kami masih menyiasat kejadian itu dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik kumpulan penjenayah. "Bagi mengelak kejadian tidak diingini, orang ramai boleh menghubungi TNB bagi mendapatkan kepastian sebelum membenarkan pemeriksaan meter di rumah mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.

Jamuan Raya PAS Rembau

Posted: 24 Aug 2012 02:48 AM PDT


Tiada ulasan:

Nuffnang