Ahad, 25 November 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


JAWAPAN SIDANG DUN MENGENAI KEMPEN ANTI ZINA

Posted: 25 Nov 2012 07:30 PM PST


PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B DATO MARSUM BIN PAING
(DENGKIL)

TAJUK : KEMPEN ANTI ZINA
Gejala Sosial yang melibatkan generasi muda terutama kelahiran bayi tidak sah taraf begitu berleluasa di Negeri Selangor
a)      Apakah tindakan kerajaan terutama kempen anti zina yang tidak berkesan langsung hanya sekadar banner sahaja?

JAWAPAN :

1.   Saya mahu tegaskan di sini bahawa kerajaan Selangor sentiasa mengambil tindakan yang holistik ,berjangka panjang dan inklusif dengan menggunakan segala sumber yang sudah ada dan mengupayakan segala sumber  termasuk rakyat dan pimpinan rakyat untuk menyokong dan mendokong satu gerakan bersama membasmikan masalah zina yang tidak mahu diatasi oleh kerajaan UMNO-BN dahulu.

2.   Keseriusan pihak kerajaan(political will) kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dibukti dengan  langkah-langkah berikut:

 i) mewujudkan  JAWATANKUASA INDUK MENANGANI GEJALA SOSIAL
ii)peruntukan khusus sebanyak RM1juta setahun berbandingkan dengan kerajaan BN sebelum ini yang hanya memperuntukkan RM10 sahaja setahun;
iii) sedang mewujudkan satu sistem pengurusan sosial yang  dibangunkan dan diuruskan untuk fasa pertamanya di FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL UNISEL  untuk membangun sistem data segala prasarana, sumber fizikal dan juga sumber tenaga manusia yang akan di kursuskan untuk menangani gejala sosial di peringkat kawasan setempat serta sistem sokongan. Laporan terus kepada Pusat Pengurusan Sosial Selangor(PPSS) secara maya dan melalui penyelia setempat seperti ketua kampung/penghulu mengenai insiden gejala sosial dan akan masukkan data terkini dalam sistem ini dan membantu kerajaan negeri daripada mengesan trend, memantau keberkesanan dan kecekapan 'key personnel' untuk mengambil tindakan dan penerima input terus daripada masyarakat umum dan pengadu khusus.

3.   Melalui Program Generasi Idaman Selangor (GeMS)  Kerajaan Negeri Selangor  mahu mengatasi isu gejala sosial bukan sahaja masalah zina  di Negeri Selangor. Langkah dan tindakan kerajaan negeri terutamanya  Kempen Anti Zina  bukan sekadar banner tetapi Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan jawatankuasa menangani gejala sosial (peringkat INDUK DAN PERINGKAT DAERAH )yang dianggotai oleh jabatan serta agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin akar umbi seperti JKKK,  ibubapa, masjid/surau seperti berikut :

a.   Pejabat Daerah
b.   Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk PeBT
c.   Polis Diraja Malaysia
d.   Jabatan Agama Islam Selangor
e.   Jabatan Pelajaran Selangor
f.     Agensi Anti Dadah Kebangsaan
g.   Jabatan Kebaikan Masyarakat
h.   Jabatan Agama Islam Selangor
i.     Jabatan Imigresen
j.     Jabatan Penjara
k.   Jabatan Kesihatan
l.     Jabatan Pendaftaran Negara
m. RELA
n.   Pertubuhan Belia
o.   Pertubuhan Wanita
p.   Institusi Pengajian Tinggi
q.   Majlis Permuafakatan Guru MPPBIG
r.     Majlis Permuafakatan Tadika Selangor
s.   Majlis Institusi Pendidikan Islam Selangor
t.     Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor
u.   Ketua-ketua kaum
v.   Persatuan Pesara
w.  Kaunselor

4.   Peranan jawatankuasa ini untuk menjadi penyelaras yang dapat menghasilkan perancangan strategik dalam meningkatkan usaha menangani gejala sosial secara efektif.
5.   Hasil daripada jawatankuasa terdapat beberapa program yang telah dilaksanakan antaranya :

a.   Kempen Anti Zina (7siri) yang disertai bersama oleh 40 NGO Islam
b.   Seminar Pengurusan Cinta(JOM JODOH)
c.   Kursus Kepimpinan Masyarakat
d.   Pusat Sehenti Gems(One-Stop GeMS Centre)
e.   Pengupayaan sistem sokongan masyarakat termasuk pengukuhan keluarga
f.     Menonjolkan ikon remaja/belia positif sebagai idola alternatif seperti celebriti berakhlak dan  tunas ILMUWAN
g.   Mewujudkan trend budaya positif(trend setting) di kalangan pemimpin dan pelaksana hingga ke masyarakat umum
h.   Memperbanyakkan program pembangunan jaringan sosial

6.   Sehingga kini sebanyak 7 kali operasi sempena Kempen Anti Zina diadakan untuk mencegah dan menangani masalah zina. Statistik tangkapan adalah seperti berikut :

STATISTIK TANGKAPAN SEPANJANG PROGRAM KEMPEN
ANTI ZINA SIRI 2, 3, 4, 5 DAN 7
                                                       

DAERAH
BILANGAN TANGKAPAN
SIRI 2
SIRI 3
SIRI 4
SIRI 5
SIRI 7
PETALING
28
25
36
20
40  
KLANG
6
7
12
21
14

STATISTIK TANGKAPAN SEPANJANG PROGRAM KEMPEN
ANTI ZINA SIRI 2, 3, 4, 5 DAN 7

DAERAH
BILANGAN TANGKAPAN
SIRI 2
SIRI 3
SIRI 4
SIRI 5
SIRI 7
KUALA LANGAT
4
4
9
4
12  
KUALA SELANGOR
2
2
18
3
3  
GOMBAK
24
14
7
37
14  
SEPANG
12
12
3
5
8
HULU LANGAT
40
4
12
12
12  
SABAK BERNAM
2
2
1
4
Tiada
HULU SELANGOR
-
1
1
10
18  
JUMLAH
118
71
99
116
121

GRAF BILANGAN TANGKAPAN PASANGAN

Text Box: BILANGAN TANGKAPAN

          Statistik di atas menunjukkan bahawa penurunan di beberapa Daerah seperti           Kuala Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sabak Bernam, manakala  di           Daerah- Daerah lain mencatatkan sedikit peningkatan tangkapan iaitu Daerah           Kuala Langat, Sepang, dan Hulu Selangor. Terdapat beberapa faktor yang           menunjukkan peningkatan  kes seperti di Hulu Selangor terdapat banyak kes           tangkapan yang di buat di apartmen yang bersempadan dengan Genting           Highlands dan ia adalah antara salah satu faktor penyumbang berlakunya kes           khalwat ataupun zina.

7.   Indikator bagi keberkesanan sesuatu program yang dianjurkan  tidak hanya diukur dengan angka-angka tangkapan yang dibuat. Langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah untuk terus meningkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk mengetahui hukum-hakamnya berkaitan perbuatan zina. Dengan kesedaran ini masyarakat itu bersifat rasional dan emosional kerana situasi semasa menunjukkan berlaku trend yang meninggalkan hukum dan larangan Allah SWT. Selain itu, strategi menggunakan platform banner sebagai sistem penyebaran maklumat kepada masyarakat  dan ia merupakan salah satu medium yang di gunakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa usaha menangani masalah zina perlu ditangani oleh semua pihak. Peranan Banner amat penting bagi memberi maklumat kepada rakyat bahawa zina merupakan salah satu masalah sosial yang melanda masyarakat masa kini. Perkara yang lebih luas harus dilihat dalam aspek penggunaan banner ialah satu cara meuar-uarkan apa sahaja dasar dan program yang dijalankan serta apa-apa maklumat lebih –lebih lagi dalam konteks dasar tidak demokratik kerajaan persekutuan BN yang menafikan hak kerajaan negeri untuk diperuntukkan ruang dalam media massa perdana.

Adalah tidak adil mengatakan kempen anti zina sekadar banner sahaja kerana penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah digembeleng dan melibat 3 fasa dan membuktikan kegigihan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat. Ada yang menyengkang mata sehingga subuh untuk menyelamatkan remaja-belia yang tersasar dalam operasi bersepadu ke tempat maksiat.





b)      Apakah langkah pencegahan yang diambil dalam mengatasi gejala tersebut?

JAWAPAN :

1.   Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor telah memutuskan untuk melaksanakan program-program menangani gejala sosial berdasar 5 P iaitu :

a.   Pencegahan
Program yang dijalankan kepada golongan yang berisiko tinggi yang masih lagi tidak terjebak tetapi terdedah kepada masalah sosial seperti remaja, belia dan kanak-kanak. Antara aktiviti positif yang dijalankan yang bercorak interaktif dan menyeronokkan dan diterapkan elemen SPIES untuk menanam nilai diri dan suburkan kekuatan dalaman untuk membina penangkis anasir negatif dan membekalkan kepada mereka skil menyelesaikan masalah hidup dalam suasana bergelora.
b.   Pembangunan dan Pemulihan
Dilaksanakan secara berterusan kepada mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti kaunseling berkala dan dirujuk ke Pusat Pemulihan Akhlak. Jawatankuasa Masjid, JKKK, PIBG serta Badan Bukan Kerajaan akan dilibatkan secara aktif untuk memastikan pendekatan "Terapi Keluarga"

c.   Pencelahan dan Penguatkuasaan
Dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut keperluan dan dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan berkaitan.

2.   Terdapat pelbagai program yang telah dilaksanakan untuk mencegah berlakunya gejala sosial seperti Seminar Pengurusan Cinta di Sembilan Daerah di Negeri Selangor yang melibatkan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan serta pimpinan masyarakat. Seminar ini memberi pendedahan kepada remaja mengenai kaedah pengurusan cinta yang mengikut syariat Islam serta keperluan cinta dalam kehidupan dan secara langsung mencegah mereka daripada terjebak dengan perkara maksiat atau zina.

3.   Selain itu, pendedahan pencegahan untuk menangani gejala sosial juga diadakan dalam siri ceramah yang berbentuk santai serta persembahan daripada artis tempatan. Kaedah seumpama ini dilaksanakan bertujuan untuk menarik golongan belia dan remaja untuk terlibat dalam program ini.  Kejayaan penganjuran Sambutan Tahun Baru 2012 yang mencatatkan pengunjung seramai 80 000 orang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam telah membuktikan Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan sangat serius dalam usaha menangani gejala sosial. Inisiatif ini akan diteruskan pada masa hadapan untuk menggalakkan remaja dan belia khusus untuk meraikan sesuatu sambutan dalam bentuk terkawal dan tidak melanggar batas-batas Islam yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan kes maksiat dan jenayah.




c)      Berapa ramai yang telah diberi bimbingan oleh kerajaan kepada mereka yang terlibat ?

JAWAPAN :

   a)        Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor telah melaksanakan Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) kepada pesalah-pesalah jenayah syariah yang terlibat. Sehingga kini seramai 2250 orang telah menghadiri kursus ini yang bermula pada tahun 2009.

Nuffnang