Khamis, 9 Mei 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PAS berjaya menarik pelbagai golongan termasuk selebriti

Posted: 09 May 2013 10:53 PM PDT

DR HALIMAH dalam kempen PRU13 bersama Man Raja Lawak di Kpg Keretapi

Tunggu & Lihat Perkembangan Seterusnya.....Tiada Yang Pasti

Posted: 09 May 2013 10:07 AM PDT

Jadual dipetik dpd harakahdaily
KUALA LUMPUR, 9 Mei — Tan Sri Khalid Ibrahim akan kekal sebagai menteri besar Selangor kerana beliau disokong oleh kepimpinan DAP dan PAS, dua parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) yang membentuk majoriti dalam kerusi Dewan Undangan Negeri, kata sumber hari ini.

Pemimpin senior PR, yang enggan mendedahkan identitinya, berkata PKR, DAP dan PAS bersetuju untuk memilih Khalid mentadbir negeri terkaya di Malaysia selepas pakatan pembangkang itu berjaya mengekalkan kuasa mereka di negeri berkenaan dalam Pilihan Raya 2013.

"Khalid berjaya membuatkan kami memenangi dua pertiga majoriti," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Kita tidak boleh pinggirkan beliau," katanya lagi.

Walaupun berhadapan cubaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menawan Selangor, PKR memenangi 14 kerusi, DAP dan PAS masing-masing 15 kerusi, menjadikan jumlah keseluruhan dimenangi mereka berjumlah 44 kerusi berbanding 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dikatakan sedang mengintai peluang menjadi menteri besar dilihat masih berdiam diri berhubung jawatan berkenaan.

Azmin dilaporkan berkata memetik laporan Sinar Harian Online berkata beliau "mahu menyelamatkan PKR daripada nepotisme".

"Berdasarkan mandat besar yang diberiakan rakyat kepada kami di Selangor, saya mahu memastikan MB adalah seorang yang tidak mudah terpengaruh dengan kepentingan parti," kata Azmin.

Tegasnya, beliau bagaimanapun tidak akan meninggalkan PKR sekalipun Khalid dilantik sebagai menteri besar.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad menjelaskan Khalid Ibrahim disukai oleh DAP, dan PAS.

Beliau menerima sokongan daripada DAP dan PAS, kata Ahli Parlimen Shah Alam itu kepada The Malaysian Insider.

Setiusaha Politik kepada Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz, berkata kepada The Malaysian Insider tarikh rasmi upacara mengangkat sumpah sebagai menteri besar secara rasmi bagaimanapun masih lagi belum ditetapkan.


berjaya membuatkan kami memenangi dua pertiga majoriti," katanya kepada The Malaysian Insider.-Malaysian Insider

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


The Star, Thursday May 9, 2013, GE13: After the elections, winners went round thanking supporters

Posted: 09 May 2013 02:19 AM PDT

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Perlantikan Exco Negeri Selangor: Menunggu Keputusan

Posted: 09 May 2013 04:14 PM PDT

SERVANTHOOD

SERVANTHOOD


木威行动党未庆祝先开工,首要任务:解决爱大华巴刹沟渠无盖问题‏

Posted: 08 May 2013 09:25 PM PDT

倪可汉携带妻子石凤玲和黄渼沄到爱大华巴刹谢票


505大选落幕,木威区一国一州确定由行动党胜出,未来五年将由倪可汉和黄渼沄出任本区的国州议员。在行动党党员和属下口中有'工作狂'之称的倪可汉,在还未开始举办庆功宴慰劳员工、同志和志愿者之前,就已交代工作人员必须马上重返工作岗位,为民服务。


经过15天激烈的竞选期和几天的休息后,行动党木威区候任国会议员拿督倪可汉和班台候任州议员黄渼沄今日重出江湖,到爱大华巴刹谢票,感谢大家对行动党的支持。根据大选成绩显示,高达80%本地人把手中神圣一票投给行动党国州候选人。为了不辜负大家的期望,行动党两位胜选候选人宣布,未来五年他们俩将会做好代议士本分,把人民的心声带进国州议会进行辩论之余,同时也不忘努力为民服务。倪可汉也宣布,行动党木威区属下的班台、爱大华和木威原有的服务中心在休息几天后,工作人员将重返工作岗位照常营业,若人民有任何问题可以到行动党服务中心寻求协助。

路人必须小心巴刹的小水沟,稍不留意将误踩入沟渠


另外,倪可汉和黄渼沄在爱大华巴刹谢票时接获很多业者投诉曼绒市议会漠视沟渠无盖问题,把这问题搁置一边,经过几个月后还是无法妥善解决这小问题。接近沟渠营业的小贩也投诉,若是民众稍微不留意将会误踩入沟渠,尤其小孩的安全将大大被受威胁。班台候任州议员黄渼沄答应帮助业者向市议会申请将整个爱大华巴刹的沟渠铺盖,务必要市议会马上解决这搁置已久的问题,监督市议会使到他们尽快完成这工作。

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Barisan EXCO Pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2.0 Akan Memperkasakan Rakyat, Memperkuasakan Rakyat Dan Memperkayakan Rakyat Tanpa Kira Kaum, Agama Dan Latar Belakang Politik.(en/bm/cn)

Posted: 08 May 2013 11:27 PM PDT

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Semasa Menyaksikan Upacara Mengangkat Sumpah Di Dewan Sri Pinang George Town Pada 9 Mei 2013.

Barisan EXCO pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang 2.0 akan memperkasakan rakyat dengan pengetahuan dan pendidikan, memperkuasakan rakyat dengan hak dan tanggungjawab serta memperkayakan rakyat tanpa kira kaum, agama dan latar belakang politik. Saya percaya bahawa pasukan baru ini akan mencerminkan hasrat murni PR untuk bersuara untuk semua, bertindak adil kepada semua dan membantu semua.

Pada masa yang sama, saya ingin ucapkan terima kasih kepada 3 Ahli EXCO lama YB Law Choo Kiang, YB Wong Hon Wai dan YB Lydia Ong atas khidmat dan sumbangan yang diberikan kepada kerajaan negeri selama 5 tahun ini. Mereka terus akan diberikan peranan penting oleh kerajaan negeri untuk sama-sama menjadikan Pulau Pinang lebih bersih, hijau, sihat dan selamat.

Kerajaan negeri tidak akan mempersalahkan mana-mana pihak atas kemenangan parti pembangkang BN dalam 10 kerusi negeri dalam pilihanraya umum 13 yang lepas ini. Sebaliknya kerajaan negeri menghormati pilihan penyokong BN dan memberikan jaminan akan terus menjaga kebajikan mereka seperti rakyat Pulau Pinang lain.

Kerajaan negeri Pulau Pinang 2.0 menjaminkan akan bekerja keras untuk rakyat sebagai membalas sokongan rakyat daripada pengundi Melayu, Cina dan India yang meningkat daripada 58% undi dalam pilihanraya umum ke-12 kepada 66% dalam pilihanraya umum ke-13. Salah satu tumpuan adalah untuk menyekat peningkatan kejadian jenayah di Pulau Pinang seperti di Seberang Perai Tengah dengan memasang lebih banyak tiang lampu jalan dan CCTV. Lagi satu tumpuan adalah untuk membuat bayaran warga emas RM100 setahun mulai 18Mei 2013.

Marilah kita bersatu untuk menjadikan Pulau Pinang No. 1 di Malaysia sebagai negeri bertaraf antarabangsa dan pintar.

LIM GUAN ENG

PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2013-2018

1) YAB TUAN LIM GUAN ENG
Ketua Menteri

Pengerusi Jawatankuasa:-

· Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah,

· Penerangan,

· Warisan & Hal Ehwal Agama Bukan Islam

2) YB TUAN MOHD RASHID BIN HASNON

Timbalan Ketua Menteri I

Pengerusi Jawatankuasa:

· Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa,

· Koperasi & Perhubungan Masyarakat,

· Pembangunan Keusahawanan

3) YB PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY

Timbalan Ketua Menteri II

Pengerusi Jawatankuasa:

· Perancangan Ekonomi Negeri,

· Pendidikan & Sumber Manusia,

· Sains, Teknologi Dan Inovasi

4) YB TUAN CHOW KON YEOW

Pengerusi Jawatankuasa:

· Kerajaan Tempatan,

· Pengurusan Lalulintas,

· Tebatan Banjir

5) YB DATO’ ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM

Pengerusi Jawatankuasa:

· Hal Ehwal Agama Islam,

· Perdagangan Dalam Negeri

· Hal Ehwal Pengguna

6) YB PUAN CHONG ENG

Pengerusi Jawatankuasa:

· Belia & Sukan,

· Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti

· Kesenian

7) YB TUAN LIM HOCK SENG

Pengerusi Jawatankuasa:

· Kerja Raya,

· Utiliti (Tenaga, Air, Telekom)

· Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi)

8) YB TUAN LAW HENG KIANG

Pengerusi Jawatankuasa:

· Pembangunan Pelancongan

· Kebudayaan

9) YB TUAN PHEE BOON POH

Pengerusi Jawatankuasa:

· Kebajikan,

· Masyarakat Penyayang,

· Alam Sekitar

10) YB TUAN JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH

Pengerusi Jawatankuasa:

· Perancangan Bandar & Desa

· Perumahan

11) YB DR. AFIF BIN BAHARDIN

Pengerusi Jawatankuasa:

· Pertanian & Industri Asas Tani,

· Pembangunan Luar Bandar

· Kesihatan

—————-

PENANG STATE GOVERNMENT EXECUTIVE COUNCILLORS 2013- 2018

1) YAB TUAN LIM GUAN ENG

Chief Minister

Chairman of Committee :-

· Land Matters & Land Development

· Information

· Heritage & Non-Islamic Religious Affairs

2) YB TUAN MOHD RASHID BIN HASNON

Deputy Chief Minister 1

Chairman of Committee :

· Industrial Development & International Trade

· Co-peratives & Community Relations

· Entrepreneur Development

3) YB PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY

Deputy Chief Minister II

Chairman of Committee:

· State Economic Planning

· Education & Human Resources

· Science, Technology & Innovation

4) YB TUAN CHOW KON YEOW

Chairman of Committee:

· Local Government

· Traffic Management

· Flood Mitigation

5) YB DATO’ ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM

Chairman of Committee:

· Religious Affairs

· Domestic Trade

· Consumer Affairs

6) YB PUAN CHONG ENG

Chairman of Committee:

· Youth & Sports

· Women, Family & Community Development

· Arts

7) YB TUAN LIM HOCK SENG

Chairman of Committee:

· Works

· Utilities (Energy, Water & Telecommunication)

· Transport (Air, Sea & Train)

8) YB TUAN LAW HENG KIANG

Chairman of Committee:

· Tourism Development

· Culture

9) YB TUAN PHEE BOON POH

Chairman of Committee:

· Welfare

· Caring Society

· Environment

10) YB TUAN JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH

Chairman of Committee:

· Town & Country Planning

· Housing

11) YB DR. AFIF BIN BAHARDIN

Chairman of Committee:

· Agriculture & Agro- Based Industry

· Rural Development

· Health

———–Mandarin Version—–

槟州首席部长林冠英于2013年5月9日在槟州大会堂出席槟州行政议员宣誓就职礼时发表的声明:
槟州民联政府行政议会2.0阵容的领袖,将会秉持不分种族、宗教及政治背景的原则,执行三民任务,即启迪民智、赋权予民及富国强民 。

槟州行政议会2.0 阵容将会秉持不分种族、宗教及政治背景的的原则,通过知识和教育启迪民智, 赋予人民权力及责任(赋权予民),以及富国强民。我相信,这个新的团队,将能够反映民联要为全民请愿、对全民公正及协助全民的意愿。

与此同时,我也谨此向3名旧有的行政议员,即刘子健、黄汉伟及王国慧致以谢意,感谢他们在过去的5年来,为槟州人民作出的贡献。他们将会继续受委以重任,共同把槟城打造成一个更清洁、更绿化、更健康及更安全的城市。

槟州政府并不会针对国阵反对党在刚过去的第13届全国大选,在槟州赢得10个州议席而责怪任何人。反之,槟州政府尊重国阵支持者在大选的选择,我们保证,将会继续照顾国阵支持者的福利,就如我们照顾其他槟城人一样。

槟州政府2.0 保证,我们将会更努力为民服务,以回报全民,包括马来人、华人及印度人在本届大选对民联的支持。我们的得票率,经从2008年第12届大选的58%,增至2013年第13届大选的66% 。我们其中一项将会集中火力展开的措施,是要打击槟州日渐增加的罪案率,如威中区。我们将会安装更多路灯及闭路电视。另一项任务则是我们将会从2013年5月18日起,颁发本年度的乐龄回馈金。

让我们同心协力,把槟城打造成全马第一个国际城市及智慧型城市。

林冠英

2013至2018年槟州行政议会阵容及职权分配

1) 林冠英

首席部长

委员会主席:

· 土地事务及土地发展

· 新闻

· 古迹及非回教事务

2) 拉昔

第一副首长

委员会主席:

· 工业发展及国际贸易

· 合作社发展及社区联系

· 企业发展

3) 拉玛沙米教授

第二副首长

委员会主席:

· 州经济策划

· 教育与人力资源

· 科学,工艺及创新

4) 曹观友

委员会主席:

· 地方政府

· 交通道路管理

· 治水工程

5) 阿都马烈

委员会主席:

· 回教宗教事务

· 国内贸易

· 消费人事务

6) 章瑛

委员会主席:

· 青年及体育

· 妇女、家庭及社会发展

· 艺术

7) 林峰成

委员会主席:

· 工程

· 基本设施(电源、水务及电讯)

· 交通(海陆及火车)

8) 罗兴强

委员会主席:

· 旅游发展

· 文化

9) 彭文宝

委员会主席:

· 福利

· 爱心社会

· 环境

10) 佳日星

委员会主席:

· 城市及乡村规划

· 房屋

11) 阿菲夫医生

委员会主席:

· 农业及农基工业

· 乡区发展

· 卫生

PR Winning 51% Of The Popular Vote Yet Only 40% Of The Parliamentary Seats Cries Out For Genuine Polls Reforms That Respects The One-Man, One-Vote Principle To Save Democracy.(en/bm/cn)

Posted: 08 May 2013 08:00 PM PDT

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 9.5.2013.

DAP is not surprised that MCA and Gerakan are behaving in a childish manner by petulantly closing down their service centers in retaliation for the devastating defeats in the recent general elections. MCA was left with 7 parliamentary seats whilst Gerakan had only 1 parliamentary seat. Such a reaction by Gerakan and MCA losing in the general elections is akin to a child throwing tantrum for not getting what he or she wants.

Carrying out threats of closing down service centers will not impress voters, whether Chinese, Indians or Malays who had already dismissed them as irrelevant and had already made up their minds to reject BN. This is indicated by PR winning the popular vote of 51% compared to BN's 47.4%, the first time that an opposition coalition had won more than 50% of the popular vote(see below).


(Not including spoilt votes)

PR won 5.6 million votes compared to 5.2 million for BN, a clear lead of 386,000 votes. PR winning 51% of the popular vote yet only 40% of the parliamentary seats cries out for genuine polls reforms that respects the "one-man, one-vote" principle to save democracy.

Malaysians who voted by a clear majority for PR over BN would see the results as perverse in that BN that lost the popular vote won government whilst PR won the popular vote lost power. This is black becoming white and black becoming white.

A Saturday DAP Conference In KL For All 38 Elected MPs and 107 Elected State Assemblymen On Plans To Serve The Nation And Voters As Well As To Replace MCA And Gerakan Which Has Closed Shop On Its Own Following Their Total Rejection By Voters In The 13th General Elections.

MCA and Gerakan grossly underestimated the people's yearning for change if they think closing down service centers or their offices in retaliation for losing the general elections can frighten the voters. DAP did not close down our offices or service centers when we lost in every general election from 1966 to 2008 but continued our struggle for the people.

The people are sick and tired of these childish games. If MCA and Gerakan can close down service centers, why has MCA and Gerakan not announced that they will close down completely?

DAP shall be organizing a special national conference this Saturday in Kuala Lumpur for all 38 elected MPs and 107 elected state assemblymen on plans to serve the nation and voters as well as to replace MCA and Gerakan which has closed shop on its own following their total rejection by voters in the 13th general elections.

Lim Guan Eng

—-BM Version —-

Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 9 Mei 2013.

Pakatan Rakyat Menang 51% Undi Popular Namun Hanya 40% Kerusi Parlimen Menuntut Reformasi Pilihanraya Yang Tulen Yang Menghormati Prinsip Satu Orang Satu Undi Demi Menyelamatkan Demokrasi.

DAP tidak terkejut dengan perangai kebudak-budakan MCA dan Gerakan yang seolah-olah merajuk sehingga menutup pusat-pusat khidmat mereka sebagai balasan kepada kekalahan teruk yang dialami dalam pilihanraya umum yang baru berakhir. MCA hanya berhasil mendapat 7 kerusi Parlimen manakala Gerakan hanya mendapat 1 kerusi. Reaksi oleh Gerakan dan MCA setelah kalah dalam pilihanraya samalah seperti seorang budak kecil yang mengamuk kerana tidak mendapat apa yang dia mahukan.

Mengancam untuk menutup pusat khidmat tidak akan menarik minat pengundi, tidak kira Cina, India mahupun Melayu yang telah memutuskan mereka sebagai tidak lagi relevan dan telah membuat keputusan untuk menolak BN. Ini ditunjukkan apabila Pakatan Rakyat memenangi 51% undi popular berbanding undi popular BN sebanyak 47.4%; kali pertama dalam sejarah sebuah pakatan oposisi memenangi lebih daripada separuh undi popular. (lihat bawah)

(Tidak termasuk undi rosak)
Pakatan Rakyat memenangi 5.6 juta undi berbanding 5.2 juta undi oleh BN, perbezaan ketara sebanyak 386,000 undi. Pakatan Rakyat menang 51% undi popular namun hanya 40% kerusi Parlimen menuntut reformasi pilihanraya yang tulen yang menghormati prinsip satu orang satu undi demi menyelamatkan demokrasi.

Rakyat Malaysia yang telah mengundi Pakatan Rakyat berbanding BN dengan majoriti jelas melihat keputusan pilihanraya sebagai sesuatu yang pelik kerana BN yang kalah undi popular dapat menjadi kerajaan, manakala Pakatan Rakyat yang menang undi popular tidak mendapat kuasa. Inilah namanya hitam jadi putih, putih jadi hitam.

Persidangan DAP Di Kuala Lumpur Pada Hari Sabtu Untuk Kesemua 38 Ahli Parlimen Dan 107 ADUN Yang Telah Dipilih, Bagi Merangka Pelan Bagi Berkhidmat Kepada Negara Dan Pengundi Serta Untuk Menggantikan MCA Dan Gerakan Yang Telah 'Tutup Kedai' Dengan Sendirinya Berikutan Penolakan Total Terhadap Mereka Oleh Pengundi Dalam PRU Ke-13.

MCA dan Gerakan telah memandang rendah kehendak rakyat untuk perubahan seandainya mereka berfikir bahawa dengan menutup pusat khidmat dan pejabat mereka sebagai balasan kekalahan pilihanraya akan menakutkan para pengundi. DAP tidak pernah menutup pejabat dan pusat khidmatnya apabila kita kalah dalam setiap pilihanraya sejak tahun 1966 sehingga 2008 tetapi terus berjuang demi rakyat.

Rakyat sudah muak dan menyampah dengan permainan yang kebudak-budakan ini. Jika MCA dan Gerakan boleh menutup pusat khidmat mereka, kenapa tidak MCA dan Gerakan umumkan sahaja yang mereka akan 'tutup kedai' terus?

DAP akan mengadakan persidangan khas di Kuala Lumpur pada hari Sabtu untuk kesemua 38 Ahli Parlimen dan 107 ADUN yang telah dipilih, bagi merangka pelan bagi berkhidmat kepada negara dan pengundi serta untuk menggantikan MCA dan Gerakan yang telah 'tutup kedai' dengan sendirinya berikutan penolakan total terhadap mereka oleh pengundi dalam PRU ke-13.

LIM GUAN ENG

—-Mandarin Version —-

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2013年5月9日在吉隆坡发表声明:

民联获得51%的得票率,却只获得40%的国会议席,激起人民大声疾呼要求选举改革,尊重一人一票原则,拯救民主。

行动党一点也不惊讶,马华和民政党在输了大选后,幼稚、暴躁地关闭他们的服务中心,做为报复。马华只剩7个国会议席、民政党只剩一个国会议席。马华和民政党在输了选举后的动作,就好像小孩子得不到自己要的东西发脾气那样。

他们威胁关闭服务中心不会让选民留下什么印象,不论是华人、印度人或马来人都已经视他们为"无关紧要",他们也已经下定决心拒绝国阵。这从民联获得51%的得票率,而国阵获得47.4%可以看出,第一次反对党赢得超过50%的得票率(如下表)。

(不包括废票)

民联赢得560万张选票,而国阵只获得520万张选票,很明显地,民联领先38万6000张选票。民联赢得51%,却只获得40%的国会议席,激起人们大声疾呼要求选举改革,尊重"一人一票"原则,拯救民主。

大多数投选了民联的马来西亚人会看到不成正比成绩,那就是国阵输了选票,却赢得政府,而民联赢了选票,却输了政权。这就是黑的变白,白的变黑。

民主行动党将于星期六在吉隆坡召开会议,与中选的38个国会议员及107年州议员,一起商讨如何服务国家及选民,取代在第13届大选被选民拒绝后已经"关店"的马华及民政党。

如果马华与民政在输了大选便关闭服务中心做为报复手段,那么,他们真的低估了人民求变的渴望。民主行动党从1966年至2008年开始,在每一次败选后,并没有关闭我们的办公室及服务中心,而是继续为人民斗争。

人民对于这种幼稚的游戏感到厌烦及疲累。如果马华及民政党可以关闭服务中心,那么他们为何不干脆宣布他们已经"关店"?

行动党将在来临星期六举行特别全国大会, 与中选的38个国会议员及107年州议员,一起商讨如何服务国家及选民,取代在第13届大选被选民拒绝后已经"关店"的马华及民政党。

林冠英

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


‘Chinese swing’...‘Malay swing

Posted: 09 May 2013 07:10 AM PDT


Peningkatan sokongan pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat (PR) di sini membantu kemenangan DAP di tiga kerusi Dun iaitu Sabai, Bilut dan Ketari.

Adun Ketari, Lim Chin Chen berkata, peningkatan sokongan pengundi Melayu berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk keterbukaan minda mereka menerima maklumat berkaitan isu semasa.

Katanya, kesedaran mereka berkaitan pelbagai isu semasa terutama rasuah dan penyelewengan secara tidak langsung membantu PR.

"Sekiranya pengundi Melayu tidak memberikan sokongan, sudah pasti kemenangan tidak berpihak kepada DAP.

"Berdasarkan peratusan, hampir 40 peratus pengundi Melayu di kawasan Dun Ketari mengundi DAP dan ia menunjukkan orang Melayu kini tidak lagi takut pada parti ini," katanya.

Chin Chen juga berkata, kemenangan di tiga kerusi Dun juga adalah hasil kesepakatan jentera PR terutama Pas yang banyak membantu khususnya di kawasan Melayu.

Sementara itu, Adun Bilut, Chow Yui Hui berkata, pilihan raya kali ini bukan sahaja menunjukkan berlakunya 'Chinese swing', tetapi juga 'Malay swing'.

Katanya, pengundi Melayu kini tidak lagi takut menyatakan pendirian mereka walaupun ditakutkan dengan pelbagai perkara tidak benar.

"Kami menghargai undi mereka dan akan berkhidmat dengan baik di kawasan dimenangi," katanya.

Sementara itu, D Kamache berkata, angin perubahan berlaku di daerah ini kerana sebelum ini, PR tidak memenangi mana-mana kerusi.

Katanya, kubu kuat Barisan Nasional di sini sudah runtuh berikutan kesedaran pengundi terutama Melayu.

"Di Sabai, saya akan mengambil berat soal kebajikan kaum Melayu terutama di Kampung Lengkong, Kampung Jambu Rias dan Felda Sertik.

"Berdasarkan pertemuan saya dengan pengundi Melayu, mereka sememangnya mengharapkan perubahan di kawasan itu," katanya.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on “Politic of hatred” yang diidamkan oleh cybertroopers DAP by Oshinn

Posted: 09 May 2013 07:26 AM PDT

Yes me too totally agreed wit ans – so much respect to SYA brave , state his stance against political hatred which in not healthy for us n young malaysian..hope you be like YB WEE …get a parlimen seat and serve d rakyat..Malaysia do need people like you guys!!

Comment on Was intimidation of voters part of the agenda for “Ala Arab Spring” / “Regime Change”? by The Self denial Idiot

Posted: 09 May 2013 03:31 AM PDT

I just cannot believe this blind man is still in the state of self denial. Look at the photo No; 5 7 6 showing that f..ing idiot with spectacle that was hauled up by the police is a Berish yang amat kotor. Is this not enough? If that Kotor f..ker was hauled with no reason, Ambiga and the Suaram boys will be screaming. Why are they so quiet? Bloody self denial idiot will post such a comment in YB’s blog.

Lagi 100 tahun lah!

Comment on Was intimidation of voters part of the agenda for “Ala Arab Spring” / “Regime Change”? by Gyp Sohara Sahid

Posted: 09 May 2013 03:12 AM PDT

Shame and pathethic. Racist to the bone when they started filtering people by color of their skin.and sometime strike first ask later. Who let loose these ghostbuster.?? Sorry to say most video showed all ‘banglas’ approached are actually more malays in dialect. Now supporters are wearing black despite the fact that so many sectors had come out to deny the situation.Slowly but surely, the truth will prevail. As Ghautama Buddha once said: “Three things cannot be long hidden” the sun, the moon and the truth.”..that is, if they wish to accept it.

Comment on Was intimidation of voters part of the agenda for “Ala Arab Spring” / “Regime Change”? by thesarawakspirit

Posted: 09 May 2013 02:33 AM PDT

Hey guys, thanks for the response but the questions are not answered. Here it is again. Why did the people protest? I expect my wakil rakyat to listen to the people, no matter which political party they support. I can’t read the words on the placards because the photos are not clear.
Should I ask these questions somewhere else instead?

Comment on Was intimidation of voters part of the agenda for “Ala Arab Spring” / “Regime Change”? by Abang Hensem

Posted: 09 May 2013 12:32 AM PDT

Of course they were no party flag near the polling station because it is illegal to do so as it is amounted as campaigning. The behavior with the protest and all should make a simple conclusion what type of people voters were facing on that day

Comment on Was intimidation of voters part of the agenda for “Ala Arab Spring” / “Regime Change”? by WAS INTIMIDATION OF VOTRS PART OF THE AGENDA FOR “ALA ARAB SPRING”/”REGIME CHANGE”? | The Posto – Malaysia News, Opinion & Commentary

Posted: 08 May 2013 09:22 PM PDT

[...] Source: Wee Choo Keong [...]

Comment on “REGIME CHANGE” ala “ARAB SPRING”? by WAS INTIMIDATION OF VOTRS PART OF THE AGENDA FOR “ALA ARAB SPRING”/”REGIME CHANGE”? | The Posto – Malaysia News, Opinion & Commentary

Posted: 08 May 2013 09:21 PM PDT

[...] Please also read "Regime Change" 'ala arab Spring". [...]

Comment on Was intimidation of voters part of the agenda for “Ala Arab Spring” / “Regime Change”? by Lam

Posted: 08 May 2013 08:58 PM PDT

thesarawakspirit

Are you saying that we should allow those mob to protest right in front of the gate of a Polling Center? This was not intimidation of voters? What other evidence do you need? The pictures say it all. This is the problem with the blind followers.

Comment on Was intimidation of voters part of the agenda for “Ala Arab Spring” / “Regime Change”? by LAMBAT LAGI LAH!

Posted: 08 May 2013 08:44 PM PDT

thesarawakspirit

Pls look at the picture below posted by YB. That bloody KOTOR guy with the vest in yellow and circle in red for you to see. Why was he there? Why was he picked up and brought to the police station? Stop being an emperor apologist.

How come some of them were already ready with placard? Wasn’t this a premeditated acts? it seemed me that with the picture shown and yet you are asking for more evidence and at the same time on other allegations with doctored pictures or without pictures those blind supporters just followed and accept everything wholesale. Sudah lah. Lain Kali LAH. Cukup lah! Bungkus lah!

Even with the clear GE results the “2 Alam” still protesting to be PM. Tell him to retire and be on his knees to the Yahudi/Zionists if they still wanted a sour loser. If wants to go on protesting then all the PR elected representatives should not take oath and boycott. CUKUP LAH! STOP BULLSHITTING LAH!

Comment on Was intimidation of voters part of the agenda for “Ala Arab Spring” / “Regime Change”? by Nadiah

Posted: 08 May 2013 08:30 PM PDT

I wish so too

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Kertas undi berlainan Dun dalam satu peti undi

Posted: 09 May 2013 12:49 AM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis telah dibuat berhubung penemuan kertas undi Dun berlainan dalam satu peti undi yang berlaku di Johor.

Laporan polis tersebut dibuat Dewan Pemuda PAS Johor di balai polis Kluang berikutan empat kertas undi dari kawasan Dun Nusa Jaya ditemui berada dalam peti undi Dun Mahkota.

Malaysiakini yang memetik Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil melaporkan, perkara itu dikesan ejen pengiraan undi PAS ketika penjumlahan dijalankan untuk pengundian awal pada 5 Mei.

Khairul Faizi berkata para ejen PAS mengesan perkara itu apabila mendapati nama calon PAS Dun Nusa Jaya, Salahuddin Ayub tertera di kertas undi tersebut.

Mahkota terletak dalam kawasan parlimen Kluang manakala Nusa Jaya terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah.

Katanya, ejen terbabit mengemukakan bantahan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut agar undi tersebut dikira untuk kerusi Nusa Jaya.

Namun, SPR menganggap undi berkenaan sebagai undi rosak, katanya.

Fosil manusia 3.2 juta tahun dikembalikan ke Habsyah

Posted: 09 May 2013 12:42 AM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

ADDIS ABABA - Sebuah muzium di Habsyah memperkenalkan fosil rangka manusia berusia 3.2 juta tahun yang diberi nama Lucy semalam.

Fosil itu ditemui pada tahun 1974 di wilayah Harar, Habsyah oleh seorang saintis Amerika Syarikat (AS), Donald Johanson.

Ia telah dipulangkan semula selepas lima tahun berada di AS.
Fosil manusia prasejarah yang hampir lengkap itu akan dipamerkan buat pertama kali di Muzium Kebangsaan Addis Ababa di sini.

Fosil itu menjadi sebahagian daripada bahan pameran tersebut yang akan diadakan sehingga 13 Mei ini sebelum ia disimpan untuk bahan kajian.

Ia berukuran 0.91 meter lebar dengan panjang 0.15 meter panjang dan berat 27.21 kilogram.
Fosil itu digelar Lucy kerana ketika ia ditemui saintis yang membuat penemuan tersebut sedang mendengar lagu kumpulan Beatles, Lucy. - Agensi


PRU14 : kita perlukan undi Malaikat

Posted: 09 May 2013 12:30 AM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

1] Keputusan PRU 13 terlalu banyak tanda tanya yang melibatkan ketelusan dan kejujuran BN menghadapi PRU dan SPR yang mengendalikan PRU tersebut. Bermula laporan polis berkait dakwat kekal yang boleh dihilangkan sepenuhnya dalam tempoh tak sampai setengah jam sebagaimana berlaku di seluruh negara hinggalah laporan mengenai sogokan wang kepada pengundi jika mereka memberi undi kepada BN sebagaimana yang berlaku di DUN Tioman dan DUN Bukit Ibam.

2] Ketidaktelusan ini, jika boleh berlaku di satu kawasan maka tidak mustahil ia boleh berlaku di tempat yang lain pula. Tanggapan ini berasaskan hilangnya nilai integriti pada pelakunya. Tidak hairanlah 1001 lagi penipuan, penyelewengan dan keraguan berlaku termasuklah menggunakan pengundi warga asing, kertas undi awal yang tidak boleh dipantau dalam lokap, blackout dan lain - lain perkara yang mencetus rasa ragu dan hilang kepercayaan umum kepada sistem demokrasi negara.

3] Sebenarnya perkara seperti ini telah kedengaran dalam setiap kali PRU, cuma PRU13 dilihat sangat ketara. Tambahan pula berlaku dalam suasana rakyat terbanyak memberi sokongan dan menterjemahkannya kepada undi yang besar pada Pakatan Rakyat keseluruhannya sehingga meletakkan Barisan Nasional terpaksa membentuk kerajaan yang tidak popular.

4] Namun sistem "Westminster" yang bercirikan "First past the post" membolehkan BN membentuk kerajaan biarpun tidak memiliki undi popular. Justeru itu saya melihat PR pada masa akan datang setelah saya menilai pengalaman 6 kali PRU memerlukan "Undi Malaikat" bagi maksud menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

5] Allah SWT menjelaskan bahawa malaikat-Nya pernah turun membantu tentera Badar [313 orang] saat mereka berdepan dengan kekuatan musuh yang berlipat ganda [1000 orang]. Lihatlah bagaimana Allah swt menjelaskan situasi itu :

"(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal."

"Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)."

"(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,"

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing."

Surah Ali Imran : 122 - 125

6] Meneliti pendedahan Allah SWT yang memberi kemenangan kepada tentera Badar melalui bantuan ketenteraan malaikat, meskipun mereka dalam serba kekurangan adalah berpaksi kepada beberapa perkara yang mesti dimiliki terlebih dahulu oleh mereka sebelum mendapat bantuan malaikat tersebut. Perkara yang saya maksudkan itu hanyalah 3 perkara:

Taqwa + Ikhtiar + tawakal

7] Adunan tiga perkara ini menjadikan mereka layak mendapat sokongan dan bantuan 3 - 5 ribu tentera malaikat. Lantaran itu saya menegaskan, kita juga mesti berusaha mendapat bantuan malaikat ini untuk menang mengatasi lawan. Jika kita yang terdiri dari saf pimpinan, petugas dan ahli jamaah memiliki takwa, ikhtiar dan tawakkal yang cukup dan jelas, tidak mustahil kita juga akan dibantu oleh malaikat yang turun mengundi dan memberikan kita lebihan majoriti 3 - 5 ribu undi insyaallah.

8] Hanya "undi malaikat" yang boleh membawa kita menang dan akhirnya mampu melaksanakan perubahan besar dalam negara kita. Namun "undi malaikat" hanya akan diperoleh jika dasar, tindakan, hala tuju perjuangan yang kita dokong adalah "patuh syariah" atau dalam ertikata lain ia tidak bertentangan dengan syariah.

9] Termasuklah parti dan aktiviti tahaaluf siasi kita. Walaupun ia dari parti non muslim, asal mereka tidak menentang dan bertentangan dengan syariah malah menepati prinsip tahaaluf siyasi, maka ia berhak mendapat rahmat Allah SWT. Seperti usaha non muslim bertahaaluf dengan kita untuk menentang rasuah, monopoli, penyalahgunaan kuasa, penginayaan dan sebagainya adalah dikategori berkonsepkan patuh syariah dalam aspek politik justeru Islam turut mengajar kita agar menentang rasuah dan penginayaan.

10] Ertinya tidak memadai dengan hanya bergantung kepada kekuatan material semata - mata tanpa menafikan betapa perlunya kita memperkukuhkan kewangan, jentera, bahan kempen, strategi dan sebagainya. Segalanya itu adalah faktor membantu kemenangan kita. Apa yang perlu diinsafi ialah kita mesti memiliki faktor penentu kemenangan iaitu Nusrah Allah SWT.

"Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana."

(Surah Ali-Imran 126)

Akhirnya, Pakatan Rakyat mesti bermula dari sekarang. Jangan meletakkan kedudukannya bertentangan dengan kehendak Allah SWT tuhan yang maha mencipta dan memberi rezeki. Termasuklah menyelesaikan isu kerusi bertindih dari awal agar tidak berlaku sengketa pada saat akhir yang merumitkan jentera untuk bekerja dan apa yang malang, ia akan membinasakan dan menghilangkan kekuatan kita ekoran sengketa yang berlaku.

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."

harakahdaily/-

Lukisan Madonna dilelong AS$7.2 juta

Posted: 09 May 2013 12:08 AM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


NEW YORK - Sebuah lukisan Perancis milik penyanyi terkenal, Madonna dijual pada harga AS$7.2 juta (RM21.4 juta) dalam satu lelongan di sini kelmarin.

Namun, rumah lelongan Sotheby tidak mendedahkan individu yang membeli lukisan berjudul Three Women at the Red Table itu.

Hasil jualan tersebut akan memberi manfaat kepada Yayasan Ray of Light yang membantu pendidikan wanita di Afghanistan, Pakistan dan beberapa negara lain.

Lukisan tahun 1921 tersebut dihasilkan oleh pelukis Fernand Leger.

Madonna, 54, membeli lukisan Leger pada harga AS$3.4 juta (RM10.1 juta) dalam satu acara lelongan Sotheby pada tahun 1990. - AP

Stadium Kelana Jaya Bersih Tanpa Sampah Sarap

Posted: 09 May 2013 12:03 AM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Peserta perhimpunan "Pidato Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13" yang berhimpun malam tadi telah menunjukkan tahap disiplin yang amat tinggi apabila padang yang ditinggalkan bersih tanpa sampah-sarap.

Disiplin yang tinggi dan akhlak yang mulia yang dipamerkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat dapat dikesan sejak awal mereka berada di jalanraya untuk sampai di tempat perhimpunan.


Bilangan kenderaan yang begitu banyak yang membawa lebih 100,000 orang peserta, sekalipun tiada bantuan polis trafik, namun dengan sikap toleransi dan bekerjasama diantara para pemandunya, dan apabila tiada provokasi mana-mana pihak, tiada sebarang insiden buruk berlaku.

Keadaan ini amat berbeza sekali dengan UMNO yang amat dikenali dengan politik samseng para ahlinya dan suka membuat kacau di program-program PR.

Jelas membuktikan negara Malaysia BERSIH & AMAN SEJAHTERA di bawah pemerintahan PAKATAN RAKYAT!


Mengutip sampah - pemandangan yang lazim ditemui di mana-mana perhimpunan yang disertai oleh PR


Adun Tanjung Sepat garis 5 perancangan untuk rakyat

Posted: 08 May 2013 11:44 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Sepat Ir Mohd Haslin Hassan yang berjaya menewaskan dua calon iaitu BN dan bebas dalam PRU13,  telah menggariskan lima perancangan yang perlu diusahakan untuk rakyatnya.

Haslin yang merupakan seorang jurutera profesional berusaha membantu membangunkan generasi muda dengan ilmu dan kefahaman dengan menginstituskan platform yang sedia ada.

Malah katanya, anak muda yang mahukan perubahan pada hari ini perlu diberikan ruang kerjaya berkonsepkan usahawan khususnya anak muda yang keciciran.

Beliau yang juga merupakan Ahli Lembaga Jurutera Malaysia berhasrat menaiktaraf dan mengopitimumkan penggunaan bangunan-bangunan usang sedia ada supaya mengembalikan keceriaan dan mempunyai nilai komersil.

"Selain itu, kita akan membantu membangunkan Pantai Batu Laut sebagai pusat Komuniti, riadah & reakrasi. Dan yang paling penting membantu membangunkan prasarana asas nelayan-nelayan kecil tempatan terlebih dahulu," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang pernah bertanding pada PRU12 lalu tidak menafikan pada awalnya untuk menang di kawasan dalam Parlimen Sepang itu agak sukar bagaimanapun beliau optimis.

"Terus terang saya katakan nak menang agak sukar, tetapi tidak mustahil untuk mencipta sejarah. Keinginan dan adanya angin perubahan daripada rakyat di samping gerak kerja jentera yang bijak mengambil peluang," katanya.

Haslin pernah bertanding pada PRU12 dan tewas dengan calon BN dengan majoriti sebanyak 2,374 undi, namun untuk PRU13 ini beliau bangkit dengan mendapat undi 10,129 sekali gus  menewaskan calon BN dan Bebas dengan majoriti kemenangan 682 undi.

harakah/-

24 maut, lori tangki gas meletup

Posted: 08 May 2013 11:43 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Lori tangki gas meletup
Lori tangki gas meletup memusnahkan puluhan kediaman dan kenderaan di Ecatepec.
ECATEPEC -  Sebuah lori tangki gas meletup di lebuh raya di pinggir bandar Mexico City mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh serta berpuluh lagi cedera.

Menurut jurucakap polis, letupan itu menggegarkan Ecatepec, di utara ibu kota Mexico selain mencederakan 36 orang serta merosakkan kira-kira 15 kereta dan 40 kediaman terbakar.

"Sepuluh kanak-kanak adalah antara mangsa maut dan angka kematian dijangka meningkat. Bangunan berdekatan dan kereta turut meletup dalam kejadian awal subuh di kawasan penempatan masyarakat San Pedro Xalostoc itu," katanya.

Beliau berkata, haiwan ternakan seperti kambing biri-biri, arnab dan anjing milik penduduk juga mati.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Gerardo Ruiz Esparza berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan sebuah trak mengawal kenderaannya ketika memotong, laporan dipetik daripada AP.

Angka kematian bangunan runtuh lepasi 800 orang

Posted: 08 May 2013 11:08 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

DHAKA - Angka kematian akibat bencana industri terburuk di Bangladesh melepasi 800 orang semalam selepas pasukan penyelamat mengeluarkan berpuluh-puluh lagi mayat dari bawah timbunan bangunan sembilan tingkat yang runtuh dekat sini bulan lalu.

"Angka kematian kini mencecah 803 orang dengan 790 mayat ditemui di bawah runtuhan dan 13 mangsa meninggal dunia di hospital," kata pegawai koordinasi bantuan bencana tersebut, Leftenan Mir Rabbi.
Kira-kira 3,000 pekerja sedang bertugas di dalam Plaza Rana sebelum bangunan itu runtuh.

Bangunan tersebut menempatkan lima buah kilang pakaian yang mengeluarkan jenama terkenal Barat seperti Primark dan Mango.

Pegawai penyelia operasi bencana, Jeneral Siddiqul Alam Sikder berkata, sejumlah 2,437 orang terselamat dalam bencana tersebut yang berlaku di bandar Savar.

Menurutnya, bau busuk mayat-mayat yang masih terperangkap di tingkat bawah bangunan tersebut menandakan angka kematian akan terus meningkat. 

"Kami menjangka lebih banyak lagi mayat ditemui memandangkan operasi mencari masih belum sampai ke bahagian bawah bangunan," kata pegawai berkenaan.

Tambahnya, usaha mengenal pasti identiti mangsa menjadi sukar kerana mayat-mayat itu mulai reput. - AFP


Terpaksa guna air bukit

Posted: 08 May 2013 10:58 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Terpaksa guna air bukit
Loji di Chegar Perah berkos lebih RM2 juta tetapi masih gagal menyalurkan bekalan air bersih sehingga kini.
PADANG TUNGKU - Beberapa masalah prasarana dan kemudahan rakyat di sini gagal disempurnakan dengan baik hingga menyusahkan penduduk sekali gus merugikan kerajaan negeri.

Timbalan Yang Dipertua Pas Lipis, Roslan Zainal berkata, ada projek dianggarkan bernilai RM2 juta dikatakan sudah siap, tetapi tidak boleh digunakan.

"Misalnya projek pembinaan loji air di Chegar Perah dianggarkan bernilai RM2 juta, tetapi gagal berfungsi sepenuhnya untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk.

"Projek itu dilaksanakan kira-kira 10 tahun lalu dan siap pada 2007, tetapi tidak mendatangkan manfaat hingga kini," katanya.

Dalam pada itu, Roslan berkata, loji telaga tiub itu juga didapati menghasilkan bekalan air tidak bersih untuk digunakan penduduk menyebabkan operasinya dihentikan.

"Loji itu dihentikan operasi hingga sekarang dan kekal menjadi projek gajah putih.

"Keadaan itu menyebabkan penduduk tempatan hanya bergantung pada bekalan air bukit yang disalurkan terus ke rumah-rumah tanpa dirawat. Kita bimbang air bukit itu tercemar akibat aktiviti pembalakan dan perlombongan bijih timah," katanya.

Roslan juga mendakwa ada projek diselia Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dari Kampung Melaka hingga Kampung Dada Kering, gagal disiapkan sepenuhnya.

"Kerajaan berjanji projek itu akan siap dua tahun lalu. Tetapi sehingga kini tiada bekalan air walaupun paip sudah dipasang di rumah-rumah penduduk," katanya.

Sementara itu, Roslan juga memandang serius mengenai masalah kerosakan jalan raya yang berlarutan hampir 10 tahun di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Chegar Perah.

Sehubungan itu katanya, pihak bertanggungjawab diminta tampil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Saya harap segala janji akan ditunaikan pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini agar rakyat dapat menikmati kemudahan yang baik dan sempurna," katanya.

sinar/-

Exco baru P Pinang akan perkasa rakyat

Posted: 08 May 2013 10:51 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



PULAU PINANG: Barisan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang 2.0 berjanji akan memperkasakan rakyat tanpa kira kaum, agama dan latar belakang politik.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, barisan exco juga akan memperkasakan rakyat dengan pengetahuan dan pendidikan, memperkuasakan rakyat dengan hak dan tanggungjawab.

"Saya percaya bahawa pasukan baru ini akan mencerminkan hasrat murni PR untuk bersuara untuk semua, bertindak adil kepada semua dan membantu semua," kata beliau.

Kerajaan negeri Pulau Pinang 2.0 menjaminkan akan bekerja keras untuk rakyat sebagai membalas sokongan rakyat daripada pengundi Melayu, Cina dan India yang meningkat daripada 58% undi dalam pilihanraya umum ke-12 kepada 66% dalam pilihanraya umum ke-13.
Salah satu tumpuan adalah untuk menyekat peningkatan kejadian jenayah di Pulau Pinang seperti di Seberang Perai Tengah dengan memasang lebih banyak tiang lampu jalan dan CCTV.

Lagi satu tumpuan adalah untuk membuat bayaran warga emas RM100 setahun mulai 18Mei 2013.

"Marilah kita bersatu untuk menjadikan Pulau Pinang No. 1 di Malaysia sebagai negeri bertaraf antarabangsa dan pintar, " katanya.


PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2013-2018



1) LIM GUAN ENG
Ketua Menteri
Pengerusi Jawatankuasa:-
· Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah,
· Penerangan,
· Warisan & Hal Ehwal Agama Bukan Islam


2) MOHD RASHID BIN HASNON
Timbalan Ketua Menteri I
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa,
· Koperasi & Perhubungan Masyarakat,
· Pembangunan Keusahawanan

3) PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY
Timbalan Ketua Menteri II
Pengerusi Jawatankuasa:
· Perancangan Ekonomi Negeri,
· Pendidikan & Sumber Manusia,
· Sains, Teknologi Dan Inovasi

4) TUAN CHOW KON YEOW
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kerajaan Tempatan,
· Pengurusan Lalulintas,
· Tebatan Banjir

5) DATUK ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
Pengerusi Jawatankuasa:
· Hal Ehwal Agama Islam,
· Perdagangan Dalam Negeri
· Hal Ehwal Pengguna

6) CHONG ENG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Belia & Sukan,
· Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti
· Kesenian

7) LIM HOCK SENG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kerja Raya,
· Utiliti (Tenaga, Air, Telekom)
· Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi)

8) LAW HENG KIANG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pembangunan Pelancongan
· Kebudayaan

9)PHEE BOON POH
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kebajikan,
· Masyarakat Penyayang,
· Alam Sekitar

10) JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH
Pengerusi Jawatankuasa:
· Perancangan Bandar & Desa
· Perumahan

11) DR. AFIF BIN BAHARDIN
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pertanian & Industri Asas Tani,
· Pembangunan Luar Bandar
· Kesihatan

harakahdaily/-

Rakyat Bersama Pakatan, UBN Hanya Menang Kerusi!

Posted: 08 May 2013 10:47 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



Hidup ini kerana nyawa dan semangat. Jasad kita bergerak kerana ada nyawa (roh). Jasad pula akan jadi segar sekiranya ada semangat. Bila semangat lemah, maka kita akan sakit-sakitan. Seleasai pilihan raya maka saya jadi tidak sihat. Seluruh tubuh jadi sakit-sakit. Kesan berjaga malam dua minggu memberi ketidakselesaan kepada diri. Tanpa makan teratur dan tidur sudah pasti tidak mencukupi itulah menjadikan badan sakit.

Keadaan yang lemah itu ditambah lagi dengan 'kekalahan'. Saya yakin saya akan sihat, bersemangat dan lancar membuat ulasan demi ulasan kalau menang. Maksudnya jasad akan jadi kuat kerana ia di go head oleh kemenangan. Pasti tubuh tidak akan jadi lemah gemulai.

Bukan saja saya, semua orang yang cintakan damai dan perubahan terkejut dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Saya percaya hari ini ramai yang sakit dan lemah semangat macam saya. Namun kita tidak boleh ikutkan hati sangat, bertawakuslah. Apapun kita hanya mampu merancang, tetapi Allah juga yang Maha Mentadbir.

Semua yang berlaku dalam pilihan raya dua hari lepas di luar jangka kita. Apa yang kita jangkankan tidak menjadi. Dari kalangan penyokong sampai kepada pemimpin atasan tidak menyangka. Bahkan pemerhati dari luar negara juga terperagah menerima keputusan. Masih ada yang termangu panjang di birai jendela memikirkan nasib badan dan keputusan yang telah diumumkan. Jangan begitu, perjuangan masih panjang dan Tuhan tetap memelihara orang yang sabar dan bertaqwa.

Bagi saya apa yang berlaku tidak akan berganjak. Bahawa UBN akan membentuk kerajaan untuk lima tahun lagi dalam keadaan yang lemah kerana tidak memperolehi 2/3 di parlimen. Walaupun banyak kecacatan dan ketidaksempurnaan itulah yang harus diterima kini. Apabila Najib Razak dalam kenyataan awalnya meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan, sudah dapat dibaca apa yang termaktub di dalam hatinya. Apa yang beliau tahu mengenai pilihan raya berkenaan? Bahawa kecacatan dan penipuan berlaku. Ini realiti yang kita kena terima. Betapa kita membencinya tetapi ia hadir dalam hidup demokrasi kita. Penipuan bukan saja dalam PRU-13 tetap sejak dari PRU-1 lagi.


Selepas ini akan ada beberapa petisyen atau bantahan. Anwar Ibrahim sudah membuat kenyataan pihaknya sedang mengkaji untuk membuat bantahan. Ada kawasan yang terdapat bukti jelas berlaku penyelewengan. Misalnya apa yang diterima Lajim Okin di Sabah adalah satu bukti besar. Semua orang tidak mempercaya Lajim akan kalah. Inlah ibu segala kebusukan dalam pilihan raya ini. Anwar meyifatkan kemenangan di pihak pakatan rakyat telah dicuri oleh UBN.

Sehubungan itu beliau juga meminta satu badan suruhanjaya pilihan raya lain perlu dibentuk menggantikan SPR yang ada hari ini yang tidak telus. Badan baru itu harus telus dan terbuka. Bagi Anwar peranana SPR hari ini bukan memberikeadilan dan hak sama rata tetapi membela UBN. Kebimbang ini sudah lama bersarangan, beberapa desakan dan tuntutan dilakukan kepada badan itu namun ia tidak juga memberi apa-apa perubahan.

Saya menarik dengan satu figure dikeluarkan mengenai undi popular di mana Pakatan Rakyat memperolehi 50.3% undi manakala UBN mendapat 46.8%. Jika angka ini tepat dan benar maka jelas dari sudut angka dan undi popular Pakatan Rakyat yang berhak diumum sebagai pemenang. Ertinya kalau amalan demokrasi sama seperti di Indonesia, Pakatan berhak mendapat anggota kabinet yang lebih ramai berbanding dengan UBN.


Sekiranya angka ini sahih rakyat berharap menuntut kemenangan mereka. SPR perlu memberi penjelasan dari semua sudut dengan jelas macam mana mereka boleh mengumumkan UBN menang. Kemunasabahan melampau hak perlu digunakan oleh SPR untuk mempertahankan keputusannya. Oh ya mungkin ia berdasarkan kepada jumlah kerusi diperolehi tetapi bukan peratus undi. Ertinya kalau kemenangan UBN itu berdasarkan kepada jumlah kerusi bukan kepada peratus suara. Ini bermakna kemenangan itu bukan dari atas suara.

Saya sudah lama menyarankan agar sistem pilihan raya kita diubah. Dari mengira kerusi kepada mengira suara. Kemenangan berdasarkan siapa yang mendapat kerusi lebih dan bukan kepada suara rakyat tidak relevan lagi. Ini bermakna parti yang kurang mendapat sokongan menjadi kerajaan. Suara rakyat yang mahukan perubahan terus terabai dan dinafikan oleh jumlah kerusi yang mana kemenangannya boleh direka dan diusahakan?

Bedasarkan hakiat itu tadi, sokongan rakyat, PRU-13 memang dimenangi oleh rakyat. Suara yang inginkan kepada Pakatan Rakyat lebih tinggi berbanding dengan suara yang inginkan kepada UBN. Perbezaan sebanyak 3.5% adalah besar. Hakikat ini mungkin jarang diketahui oleh orang ramai. Justeru kalau kita memahami ini tidak perlu merasa sedih atau merasa kalah kerana hakikatnya apa yang diterima oleh UBN itu dari segi kelebihan kerusi bukan sokongan.

Kelebihan kerusi bukan menggambarkan sokongan sepenuhnya, kalau dikira dari setiap individu. Yang perlu diperkiranya ialah jumlah semua individu yang mengundi pada 5 Mei lalu. Makanya Najib Razak dan pemimpin BN tidak boleh merasa 'manggak' dengan kemenangan itu kerana ia bukan kemenangan mutlak. Sekiranya Najib dan UBN seorang dan sebuah badan berintegriti beliau kena serahkan kemenangan itu kepada Pakatan Rakyat atau dikongsi bersama.

Jadi kepada penyokong Pakatan jangan bersedih. Saya pun sudah segar dan bersemangat kembali kini. Sebenarnya tidak ada kekalahan mutlak di sebelah kita. Dari segi punggutan kerusi Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi parlimen dari 83 pada tahun 2008 kepada 89 kerusi bertambah sebanyak enam kerusi. Pecahan DAP 38, PKR 30 dan PAS 21. UBN mengalami kesusutan sebanyak tujuh kerusi. Dulu 140 kini 133 kerusi.

Manakala dari segi kedudukan kerusi Negeri pula UBN kehilangan 32 kerusi. Dalam tahun 2008 UBN mendapat 306 kerusi sementara dalam pilihan raya lalu mendapat 274 kerusi. Walaupun parti itu berjaya merampas Kedah namun dari segi hakikatnya parti itu merosot.


Lonjakan besar bagi Pakatan Rakyat ialah di negeri Terengganu. PAS hanya kekurangan dua kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan di negeri itu. Daripada lapan kerusi dalam tahun 2008 kepada 15 kerusi. Begitu juga di Perak Pakatan Rakyat kekurangan juga empat kerusi saja. Kedudukan menunjukkan sokongan dan kekuatan Pakatan Rakyat masih ada dan diberi kepercayaan oleh rakyat.

Kekalahan mengikut bilangan kerusi harus diterima kerana kita memahami apakah peranan SPR didalam menguruskan pilihan raya ini. Dalam keadaan SPR tidak berlaku adil tetapi Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan dan melonjakkan diri, jelas bahawa tuntut massa mahukan kepada Pakatan Rakyat.

Di sini saya tidak mahu menyebut atau membuat postmortem mengenai kenapa Pakatan Rakyat masih belum boleh membentuk kerajaan. Saya akan mengambil ruang lain. Cuma apa yang hendak ditegaskan ialah agar penyokong Pakatan Rakyat tidak mudah berputus asas. Semua pihak perlu merasakan kita telah melakukan yang terbaik di dalam pilihan raya lalu. Di samping itu dalam menilai kenapa kita 'menang kalah, kalah menang' perlu menyenaraikan kelemahan atau sesuatu tindakan yang kita tidak sempat lakukan menyebabkan berlaku apa yang berlaku.

Renung ke dalam diri, di antara kita akan menemui sesuatu kesilapan kecil yang kita lakukan baik sengaja atau tidak. Kalau kita tulus kita akan menemui perkara itu dan itulah yang memungkinkan kita gagal. Apabila menemuinya, kita perbetulkan dan tidak akan mengulangi benda sama di tahun akan datang.

Yang dapat saya simpulkan berhubung keputusan semalam ialah, BN menang dari segi jumlah kerusi tetapi kalah dari segi suara dan kehendak rakyat. UBN kena sedar bahawa sebanyak 3.5% adalah rakyat yang tidak bersetuju dengan UBN. Tanpa memikirkan bahawa matlamat kemenangan itu untuk membentuk kerajaan dan mentadbir negara semata-mata, sesungguhnya Pakatan Rakyat telah memenangi pilihan raya ke-13 lalu. Hakikat ini diketahui oleh semua dunia. -msomelayu


Kerusi parlimen di bandar-bandar besar dikuasi oleh Pakatan Rakyat


Pakatan Rakyat menguasai kerusi parlimen di Semenanjung.



Selipar terbuang dikitar semula jadi barang bernilai

Posted: 08 May 2013 10:36 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

NAIROBI, Kenya - Sebuah syarikat kitar semula di sini mengambil inisiatif mengumpul selipar terpakai di sekitar perairan pantai Timur Afrika bagi menghasilkan pelbagai produk kitar semula yang menarik.
Syarikat itu, Kenya's Ocean Sole turut berperanan membersihkan beberapa kawasan pantai di Timur Afrika dan mengumpul barangan terpakai untuk dikitar semula terutama selipar getah.

Pengasas syarikat tersebut, Julie Church berkata, matlamat pihaknya adalah untuk menghasilkan beberapa produk yang bernilai yang boleh dujual semula.
Para pekerja di syarikat itu akan menghasilkan 100 jenis produk berbeza daripada selipar getah yang dikitar semula.

Produk-produk menarik yang dihasilkan ialah replika buatan tangan seperti zirafah, gajah dan babi hutan.
Pada 2008, syarikat tersebut telah menghantar sebuah replika zirafah setinggi 5.4 meter ke Rom, Itali untuk dipamerkan pada satu acara fesyen.

Para pekerja akan membasuh selipar getah yang dikutip dan membaiki barang lusuh tersebut Selipar yang pelbagai warna itu kemudian digam, diukir dan diproses mengikut bentuk yang dikehendaki dan dibasuh sekali lagi sebelum diproses menjadi pelbagai barangan termasuk permainan kanak-kanak. - AP

Lapan maut kapal kargo rempuh menara

Posted: 08 May 2013 10:30 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

GENOA - Sebanyak lapan orang dikhuatiri mati selepas sebuah kapal kargo hilang kawalan lalu melanggar menara kawalan di Pelabuhan Genoa di sini semalam.

Pelabuhan Genoa merupakan yang paling sibuk di Itali.

Menara setinggi 50 meter itu runtuh dalam pelanggaran itu yang berlaku pada waktu malam.
Pihak bomba berkata, beberapa orang tercampak ke dalam air, manakala sebahagian lagi terperangkap di dalam sebuah lif yang terjunam ke dalam laut.

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang lelaki berusia 50 tahun dari bawah runtuhan menara itu 12 jam kemudian.

Mangsa kini dirawat di hospital.

Setakat ini, sebanyak tujuh mayat ditemui di dalam laut oleh pasukan penyelam dengan seorang lagi mangsa dipercayai masih hilang.

Ketika kejadian, kapal kargo Jolly Nero sedang bergerak dengan mematuhi protokol pelayaran ke arah menara kawalan tersebut. Kapal itu sepatutnya membelok ke arah lautan luas untuk menuju ke bandar Naples.

Namun, Jolly Nero yang dibina pada 1976 itu hilang kawalan dan merempuh menara kawalan.

"Tidak banyak yang kami tahu tentang punca kemalangan ini. Ia sungguh di luar jangkaan dan sukar untuk diterangkan," kata Daniele Bo yang merupakan jurucakap pemilik kapal berkenaan, firma Messina & Co.
"Kapal itu membawa beberapa kenderaan industri, sebuah treler dan sejumlah kontena," tambahnya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa membuka kertas siasatan kemalangan tersebut dan kapten kapal kini ditahan polis untuk disoal siasat.

Kapal tersebut cuma mengalami kerosakan kecil dalam pelanggaran itu.

Jolly Nero merupakan kapal sepanjang 200 meter dengan lebar 30 meter dan boleh membawa muatan melebihi 40,500 tan. - AFP


Anwar terpaksa bonceng motosikal ke Stadium

Posted: 08 May 2013 10:20 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KELANA JAYA: Kesesakan luar biasa menuju ke Stadium Kelana Jaya malam tadi menyebabkan Ketua Umum PKR terpaksa membonceng motosikal untuk sampai ke himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" di situ malam tadi.

Gambar Anwar menaiki motosikal itu sempat dirakam pengguna jalan raya yang turut tersekat dengan kesesakan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan jalan-jalan lain menuju ke stadium.

Sementara itu pengamal media kebanyakannya menganggarkan jumlah kehadiran malam tadi tidak kurang dari 120,000 orang.

Beberapa keping gambar pandangan udara menunjukkan bukan sahaja ruang dalam stadium penuh, malah bahagian luar sekeliling stadium juga padat dengan orang ramai.

Itu tidak termasuk lagi puluhan ribu yang terkandas di jalan raya yang tidak sempat sampai ke stadium akibat kesesakan.

Himpunan malam tadi adalah bagi menyatakan solidariti membantah penipuan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Yang hadir malam tadi bukan sahaja Melayu, tetapi seluruh kaum di Malaysia yang bersatu menolak penipuan pilihan raya.

Mereka berpakaian hitam sebagai tanda berkuburnya keadilan dan kebebasan dalam sistem pilihan raya kali ini.

Dengan laungan 'Ubah', 'Bersih', 'Ini Kalilah' dan 'SPR tipu', rakyat terus mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib segera meletak jawatan kerana kemenangan kerajaan BN itu dianggap tidak sah.

Selain Anwar turut hadir adalah pimpinan utama Pakatan Rakyat yang lain, termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Anwar ketika memberikan ucapan malam tadi turut menjawab soalan perkauaman yang dimainkan Umno melalui medianya Utusan Malaysia yang bertanyakan "Apa lagi Cina mahu" dalam laporannya kelmarin.

"Cina mahu apa? Saya mahu jawab Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, rakyat Malaysia mahu pilihan raya adil.

"Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, rakyat Malaysia mahu Umno BN Tumbang.

"Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, rakyat Malaysia ingin berikan mesej yang jelas jangan rampas hak rakyat Malaysia," katanya penuh semangat.

harakahdaily/-

MB bentang cadangan potfolio exco Kelantan

Posted: 08 May 2013 08:30 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (gambar) hari ini membentangkan senarai potfolio kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah dilantik.

Pembentangan itu dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Perkara ini dimasukkan beliau di dalam facebooknya hari ini.

Portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan yang dibentangkan adalah sebagaimana berikut :

1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Yakob.

2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Abdul Fattah Hj Mahmood

4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Anuar Tan bin Abdullah

6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud

7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan yang dipengerusikan oleh  Datuk Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman

8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh  Haji Hanifa bin Ahmad

9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh  Datuk Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan

10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh  Hajah Mumtaz bin Md Nawi

11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dipengerusikan oleh  Dr Ramli bin Mamat

"Harapan saya agar semua exco yang dilantik memegang portfolio masing-masing ini dapat menjalankan tugas dengan lancar dan sempurna di bawah keredhaan Allah SWT, Insya-Allah," katanya dalam facebook.

harakahdaily/-

MP Kuala Nerus yakin dapat laksana lima agenda

Posted: 08 May 2013 08:00 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali melahirkan keyakinan dapat melaksanakan lima agenda seperti yang dijanjikan sekiranya dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Setelah menang pada PRU13 Ahad lalu, beliau yakin kelima-lima agenda yang dienaraikannya boleh dilaksanakan walaupun sebagai ahli parlimen pembangkang.

Sebagai contoh kata beliau, agenda agama, yang akan melahirkan masyarakat beriman dan bertakwa serta berakhlak boleh dicapai menerusi program-program di surau dan masjid.
"Yang lebih teras kepada melahirkan masyarakat beriman dan bertakwa. Kalau saya tak mampu masuk ke masjid kerajaan yang dikuasai oleh kerajaan, mungkin saya boleh masuk ke masjid-masjid yang bukan dikuasai sepenuh oleh kerajaan," ujarnya dipetik Buletin Online.
Katanya, agenda ekonomi berkat pula tidak semestinya memerlukan menjadi pemerintah untuk dilaksanakan.

Jelasnya, konsep kempen memberi keselesaan kepada rakyat bahawa ekonomi bukan sebenarnya dijalankan oleh kerajaan.

Beliau berkata, di peringkat Kuala Nerus, kalau hendak dijadikan ia sebagai sebuah 'hub' pelancongan, perniagaan berasaskan pelancongan boleh diwujudkan, walaupun tanpa bantuan kerajaan.

Selain itu, tambahnya agenda ketiga ialah ilmu dan maklumat yang boleh dilaksanakan dengan penggalakkan penubuhan sekolah-sekolah rakyat, pusat-pusat ilmu, tuisyen dan pendidikan swasta kerana ia akan menyumbang kepada pembangunan ilmu.

Beliau menambah, agenda sosial melibatkan masyarakat yang cakna dan konsep cakna rakyat juga tidak memerlukan kerajaan dan boleh diamalkan sesama ahli masyarakat.

"Kerana konsep ini hak rakyat, beri kepada rakyat. Kalau kita tengok agenda Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Negara Berkebajikan bukan bermakna kerajaan memberi kebajikan semata-mata.

"Ia ada  dua hala, kerajaan memberi kepada rakyat dan rakyat sesama rakyat memberi kebajikan, ia ada dua elemen yang kena faham.

"Jadi, kita boleh buat penubuhan satu tabung untuk umat Kuala Nerus ini, iaitu tabung kebajikan (yang) boleh membantu mereka (dalam) pelbagai segmen kebajikan, segmen pendidikan, orang miskin, orang susah dan pelbagai bentuk bantuan,"jelasnya.
Justeru, bagi melaksanakan agenda tersebut, beliau membuka peluang kepada mana-mana warga Kuala Nerus yang mahu bersama melaksanakan amal kebajikan dengan cara mewakafkan sekeping tanah untuk tujuan pembangunan sebuah pusat pendidikan dan kebajikan.

harakahdaily/-

Saya bersabar dan bersyukur, insya Allah

Posted: 08 May 2013 08:00 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

JIKA ditanya adakah saya masih berduka dengan keputusan PRU13, jawab saya ya. Bagaimana mungkin untuk saya mampu menerima keputusan PRU13 sedangkan suasana di luar kotak undi begitu ketara berbeza. Di saja mana ceruk rantau negeri yang Barisan Nasional dikatakan kuat, langsung tiada petanda sokongan kepada BN sebagaimana dizahirkan kepada Pakatan Rakyat.


Pun begitu, ketentuan Allah dan takdirnya tidak siapa yang dapat menolak. Allah yang Maha Agung telah mentakdirkan Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan 133 kerusi untuk BN dan 89 kerusi untuk PR. Bersabar dan bersyukur? Saya bersabar dan bersyukur, insya Allah.

Namun, bersabar bukan bererti diam, terima saja tanpa mengikhtiarkan sesuatu. Gerak hati rakyat yang inginkan perubahan mesti dinyatakan. Gelombang perubahan yang diinginkan rakyat mesti sedia untuk melanda setiap kezaliman dan kejahatan.

Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat yang diadakan di Lembah Klang dan Rusila malam tadi, 8 Mei 2013 adalah suatu isyarat jelas kepada seluruh pimpinan politik. Jangan pekakkan telinga kalian dari suara rakyat yang inginkan kebenaran dan keadilan. Jangan butakan mata kalian dari kehendak rakyat yang bencikan kezaliman dan kejahatan.

Dalam penulisan-penulisan lepas, saya ada menyebut apa yang boleh kita lakukan menerusi saluran undang-undang yang ada. Moga ianya terus diusahakan sebagai ikhtiar kita untuk disandarkan kepada Allah SWT.

Apa yang ingin saya kemukakan kini adalah suatu anjakan kemanusiaan yang harus diambilkira. Cukup dengan perhatikan apa yang dizahirkan dalam himpunan suara rakyat suara keramat, pendukung dan penyokong PR bukan sedikit bahkan ia majoriti dalam pengundian. Mereka mampu berhimpun tanpa dibayar biarpun datang dari pelbagai ceruk. Biarpun jalan yang sesak dan hujan renyai-renyai, ia langsung tidak menghalang penyatuan mereka.

Mereka berhimpun untuk keamanan. Tidak sekali-kali untuk buat kacau atau huru hara. Mereka mampu diam di tengah-tengah keriuhan bila mana azan dilaungkan. Mereka tidak sekali-kali mementingkan kaum atau bangsa sendiri.

Sesungguhnya rakyat inginkan kebaikan bukan kezaliman atau penindasan. Itulah yang perlu dijadikan pertimbangan dan titik tolak kepada seluruh 222 orang wakil rakyat yang telah dipilih.

Daripada 222 orang ahli Dewan Rakyat hari ini, 109 adalah mewakili Umno, 24 komponen-komponen parti BN, dan 89 dari PR. Seterusnya Bahagian 4 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43 (2) (a) menyebut perlantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong adalah tertakluk kepada ahli dewan yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan. Ia langsung tidak menyebut berkaitan majoriti mengikut parti atau komponen parti yang diwakili.

Dalam suasana hari ini, meskipun Perdana Menteri telah pun mengangkat sumpah, Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan juga menyediakan peruntukan bilamana seseorang Perdana Menteri telah hilang kepercayaan majoriti ahli dewan. Apa yang berlaku di Perak semasa peralihan kepimpinan dari PR ke BN adalah contoh terdekat yang boleh berlaku juga di peringkat persekutuan.

Dari bilangan ahli dewan BN iaitu 109 dari Umno dan 24 dari komponen-komponen lain, saya mempunyai keyakinan betapa ada dari mereka yang mampu memahami apakah aspirasi majoriti rakyat yang terdedah dengan ilmu dan maklumat hari ini. Tiada undang-undang yang mampu menghalang untuk 109 dan 24 ahli dewan ini memberi kepercayaan kepada selain Perdana Menteri yang ada untuk menerajui pucuk pimpinan negara hatta dari PR.

Bukan kita tidak boleh tunggu untuk PRU14 lima tahun lagi, bukan kita tidak mengambil pengajaran dari sirah agung yang lalu, namun, seruan al-Quran dan Hadis untuk amar makruf nahi munkar diperjuangkan perlu menjadi keutamaan.

Saya penuh yakin, tiada siapa (mereka yang waras) yang ingin melihat sistem kenegaraan kita terus diseliputi kepincangan dan kemusnahan. Lima tahun meskipun tidak lama, ia cukup untuk meranapkan sisa-sisa struktur yang ada yang telah sedia punah.

PR hari ini telah ramai disertai bijak pandai dan pendukung-pendukung Umno BN atas dasar mendokong kebenaran dan keadilan. Gelombang ini tidak akan berhenti di situ saja. Saya percaya, ia mampu mengubah birai pantai sebagaimana kehendak majoriti rakyat.

Harakahdaily/-

Hapuskan kesedihan walau hati terluka – Cikgu Mala

Posted: 08 May 2013 07:30 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Calon PAS di Dun Pemanis, Normala Sudirman menggesa para penyokong agar menerima keputusan PRU13 di Dun itu dengan penuh redha dan berlapang dada setelah berusaha dengan sedaya upaya yang mungkin.

"Hapuskan kesedihan kita, walaupun hati terluka. Allah swt telah mengatur yang terbaik untuk kita sebagai hamba-Nya dan pasti mengandungi hikmah tersendiri," katanya dalam satu kenyataan dipetik Selatan Online.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat analisa pengundian di Dun Pemanis dan mendapati masyarakat di tiga Felda iaitu Felda Pemanis 1, Felda Pemanis 2 dan Felda Medoi adalah talian hayat bagi Barisan Nasional.

"Di Dun Pemanis, mereka menang banyak di saluran Felda. Teruskan perjuangan, Allah swt sentiasa bersama kita," ujarnya yang mesra dengan panggilan Cikgu Mala.

Beliau selaku calon yang telah diamanahkan menggalas cabaran N.03 Dun Pemanis tidak akan putus asa untuk menawarkan khidmat berbakti untuk rakyat.

"Kita akan bekerja bermula hari ini untuk terus memenangi hati rakyat untuk tempoh pilihan raya 5 tahun akan datang. Semoga Allah swt terus memberkati usaha kita.

"Adakalanya mereka terlupa kemenangan mereka yang sementara ini merupakan 'istidraj' daripada Allah (kemenangan yang diberi dalam keadaan kemurkaan Allah swt kepada mereka). Jadi, ini juga merupakan ujian getir bagi mereka.

"Hakikatnya, kita sebenarnya telah menang di sisi Allah swt kerana berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan di bumi Malaysia khususnya di Johor," katanya lagi.

Normala turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jentera yang membantu sepanjang tempoh PRU13 itu.

"Dengan penuh rendah hati, saya mewakili ahli-ahli PAS Sekijang memohon maaf jika sepanjang perjalanan suasana kempen terdapat segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan disengajakan," katanya lagi.

Pada PRU13 Ahad lalu, beliau mendapat 8,976 undi yang memberi kemenangan kepada penyandang kerusi Dun berkenaan, Lau Chin Hoon dengan majoriti 1,329 undi. Lau menang dengan majoriti 5,135 undi pada PRU12.

harakahdaily/-

Keadaan Ustaz Azizan semakin stabil

Posted: 08 May 2013 07:07 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang dilaporkan koma semalam, hari ini semakin pulih dan berada dalam kondisi stabil.

Anak beliau Rafi'iy Azizan memaklumkan, bapanya kini masih menerima rawatan di Unit Kardiologi Hospital Pulau Pinang dan keadaannya semakin baik.

"Alhamdulillah, ayahanda semakin stabil, insyaAllah akan bertambah baik seperti sedia kala.

"Pohon jangan putus doa kebaikan ke atas diri dan perjuangan beliau," katanya melalui SMS ringkas kepada Harakahdily.

Semalam, berita palsu tersebar di internet kononnya Ustaz Azizan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital itu petang kelmarin akibat mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Bagaimanapun khabar angin itu dinafikan pihak keluarga terdekat yang memaklumkan Ustaz Azizan hanya tidak sedarkan diri akibat jangkitan virus yang merebak selepas dimasukkan antibiotik.

Bagaimanapun keadaan beliau kembali stabil menjelang petang dan dimaklumkan sudah boleh menggerakkan kaki dan tangan sementara tekanan darahnya kembali normal.

"Terima kasih atas doa tuan-tuan sekalian dari kami sekeluarga," kata Rafi'iy.

Harakahdaily/-

Rahim Tamby Chik nafi bawa masuk pengundi asing

Posted: 08 May 2013 07:00 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik menafikan pihaknya membawa masuk pengundi hantu ke negara ini semasa hari mengundi.

Katanya, kesemua mereka yang dibawa masuk pada hari itu adalah pekerja asing dari Nepal yang dibawa masuk oleh Risda untuk bekerja di ladang-ladangnya.

Rahim yang sebelum ini menjadi promoter video lucah menafikan perkara itu dalam siaran langsung yang dibuat oleh Astro Awani.

Media sosial telah menyiarkan beratus-ratus orang asing dilihat turun dari kapal terbang di KLIA 5 Mei lalu dan dibawa masuk melalui kenderaan berlogo Risda.

Ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi kerana mereka datang ke negara ini ketika hari pilihan raya.

harakahdaily/-

Ustaz Hadi sebak di depan lebih 20,000 penyokong

Posted: 08 May 2013 06:46 PM PDT

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

(Orang ramai penuh sesak dari jalan raya hinggalah ke pentas yang terletak di Dewan Terbuka Tok Guru nun di dalam sana)

MARANG: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.

"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."

Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.

Hampir 20,000 memenuhi perkarangan Masjid Rusila malam tadi bagi menyertai perhimpunan Pasca Pilihan Raya Ke 13.

Orang ramai penuh sesak dari Dewan Terbuka Tok Guru sehinggalah ke jalan raya.

Serentak dengan himpunan di Rusila adalah himpunan di Stadium Kelana Jaya dimana lebih 150,000 penuh sesak luar dan dalam stadium itu.


(Lebih 150,000 orang memenuhi luar dan dalam Stadium Kelana Jaya)

Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya NKVE penuh sesak dengan kenderaan yang menuju ke stadium itu sehingga ke tengah malam tadi.

Pemimpin utama dari Pakatan Rakyat memberikan ucapan di himpunan itu.

Ucapan Tuan Guru Haji Hadi di Rusila itu memberikan harapan khas kepada golongan muda yang banyak memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya kali ini.

Di Terengganu, PAS mendapat 15 kerusi DUN kurang dua kerusi di belakang BN yang mendapat 17 kerusi.

Kerusi Parlimen pula sama banyak iaitu empat untuk PAS dan empat lagi untuk BN.

Malam tadi semua wakil rakyat yang baru terpilih diperkenalkan kepada orang ramai yang hadir.

Turut serta adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang menyertai PAS sebelum pilihan raya baru-baru ini.

Harakahdaily/-

Kuala Kangsar, Catatan Idham Lim (4)

Posted: 08 May 2013 04:37 PM PDT

Kenangan di pagi 20 april hari penamaan calon.

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Pagi 6 Mei 2013 adalah pagi yang paling getir dalam sejarah hidup ini. Kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Diraut wajah seseorang mungkin kita lihat tenang dan sabar namun mungkin sebaliknya dalam jiwa yang mungkin berkecamuk dan bergelora.

Apapun saya tabahkah diri ini untuk menghadapi dunia baru yang datang dalam kehidupan dan keluarga ku yang kerdil ini.

Seingat saya di malam kemenangan yang saya perolehi pada pru 12 di DUN Titi Serong, saya mengumpulkan isteri dan anak-anak sambil berkata kepada mereka bahawa diri ini sekarang bukan lagi milik keluarga sepenuhnya, sekarang diri ini adalah milik semua orang dan saya memohon maaf kepada mereka sekiranya saya jarang berada disisi mereka.

Selepas saya tidak menang di Kuala Kangsar, saya katakan kepada mereka bahawa sekarang ini masanya saya banyak waktu dengan mereka, itulah realiti yang terpaksa saya sebut  kembali kepada mereka selepas sekian lama jarang berada di rumah.

Rasanya untuk Kuala Kangsar saya mula berada disini sejak Oktober 2011, sejak Mac 2012 pula saya berulang pergi dan balik dengan kerap banyak tidur di rumah sewa dari balik ke Parit Buntar. Puratanya 4 hari di Kuala Kangsar dan 3 hari di Parit Buntar dalam seminggu.

Disebabkan pejabat ADUN masih beroperasi seperti biasa banyak masalah dapat diselesaikan oleh 3 pekerja yang sedia ada.

Untuk saat terkahir saya berada di Kuala Kangsar sekitar 3 minggu tanpa balik ke Parit Buntar. Bermula dari pembubaran Parlimen dan Penamaan calon saya sudah tidak balik lagi kerumah.

Namun untuk mereka yang sentiasa bersama saya  mereka tahu saya tidak akan lekang dari menghubungi Isteri dan anak-anak setiap hari bertanya khabar. Setiap hari kami akan berbalas talefon, kalau bukan isteri saya dulu yang menghubungi dia.

Paling sibuk saya akan hubungi isteri bertanyakan keadaan rumah dan sembahyang anak-anak dilewat malam sebelum kepala ini diletakkan ke bantal untuk berehat sebentar.

Syukur alhamdulillah, Allah anugerahkan seorang isteri yang solehah yang terus menjadi pembakar semangat untuk berjuang dengan dia cukup memahami bebanan tugas yang saya kena tanggung apa lagi selepas diamanahkan menjadi calon parlimen.

Setiap permasalahan kami bincang bersama termasuk soal dana untuk melicinkan pergerakan kempen. Doakanlah semuanya telah diinfakkan secara ikhlas demi kehidupan abadi yang kita akan temui kelak.

Sekitar jam 7.20 pagi 6 Mei saya mula mengirim pesanan ringkas kepada semua AJK kawasan Kuala Kangsar dan semua Cawangan PAS dalam Parlimen Kuala Kangsar dengan sms dibawah :-

" Assalamualaikum....alhamdulillah kita sama2 berkerja keras untuk P67,N34 dan N35  namun ketentuan dari Allah wajib kita terima dgn tenang dan sabar, perjuangan mesti kita teruskan, jgn putus asa dan kecewa. tkasih dan tahniah dgn usaha gigih dan semangat juang yang tinggi semua pihak....idhamlim"


Selang seketika saya berbincang dengan isteri dan anak-anak dan membuat keputusan untuk kembali ke rumah di Parit Buntar, teras rindu kepada rumah sendiri selepas sekian lama di Kuala Kangsar. Dengan berat hati saya sekali lagi kirimkan sms dibawah kepada mereka :-


"Salam...hari ini ana akan berada dirumah chandan puteri hingga jam 12 thari ini, izinkan ana balik pt buntar sebentar  bersama keluarga sebentar utk cari ketenangan. "


Dikala itu airmata mula membasahi pipi ini tanpa disedari, saya sudah tidak dapat menahan kesedihan yang disembunyikan sejak semalam. Terasa berat untuk meninggalkan Kuala Kangsar walaupun saya tahu akan datang dengan segera untuk pelbagai program termasuk majlis kesyukuran yang menjadi amalam biasa kalau menang atau kalah. 

Datang dahulu dengan beberapa helai baju, kalau nak balik barang sudah selori rasaya. 

Alhamdulillah selepas sms kedua dikirim sahabat seperjuangan mula sampai kerumah untuk bertemu muka.....

Orang yang pertama datang ialah ahli baru PAS yang menjadi penyokong kuat selepas dia menyerahkan borang PAS beberapa bulan lepas.....

(bersambung....)

Lebih 100,000 sertai 2 himpunan bantah penipuan PRU 13

Posted: 08 May 2013 07:37 AM PDT

27 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

(Kira-kira 100,000 memenuhi luar dan dalam Stadium MPPJ Kelana Jaya)

KELANA JAYA: Lebih 100,000 orang berkumpul di Stadium Kelana Jaya bagi membantah penipuan dalam pilihan raya umum  ke 13 baru-baru ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan ini dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.


(Orang ramai memenuhi stadium sejak lewat petang tadi)

Walaupun hujan renyai-renyai sejak petang tadi, ia tidak menghalang mereka berkumpul di stadium itu.

Lebuhraya Persekutuan yang menghala ke kawasan perhimpunan jam teruk sejak petang tadi.

Ini adalah perhimpunan pertama dianjurkan selepas pilihan raya umum ke 13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa tetapi penuh dengan kecacatan.


Di RUSILA, Marang, puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama PAS.
Mereka memenuhi perkarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan PAS dari Dewan Terbuka Tok Guru yang terletak di sebelah masjid itu.


(Gambar kanan: Himpunan di perkarangan Masjid Rusila, Marang)

Antara yang menyertai himpunan di perkarangan Masjid Rusila adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Muhamad Haji Mohd Taib. Beliau dilihat antara faktor penyumbang kepada gelombang besar yang melandar Selangor dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Isu dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi warga asing, lampu padam ketika pengiraan undi, kotak undi yang jatuh dari helikopter yang membawa dan pelbagai cerita lagi.

Kali ini, dengan semua penyokong adalah mata dan telinga atau jentera Pakatan Rakyat segala penyelewengan ini didedahkan melalui media sosial.


(Tan Sri Muhamad Mohd Taib berdepan dengan puluhan ribu di Dewan Tok Guru, perkarangan Masjid Rusila malam ini)

Gambar, video dan cerita disebarkan dengan cepat bagi membukti pelbagai kecacatan pilihan raya ini.

Berasaskan kepada itulah mereka turun beramai-ramai malam ini untuk mendengar sendiri sikap dan pendirian Pakatan Rakyat mengenainya.




Harakahdaily/-

Gambar di Kelana Jaya, tsunami rakyat

Posted: 08 May 2013 07:36 AM PDT

27 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Nuffnang