|   Kereta disembur asap pembunuh nyamuk     Posted: 09 Oct 2012 01:35 AM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
  HAVANA, Cuba - Seorang pegawai kesihatan menyembur asap pembunuh  nyamuk ke dalam beberapa buah kereta di Jimaguaye, dekat Camaguey, timur  Cuba pada Khamis lalu. 
 Pemerintah Cuba melancarkan kempen menyembur asap itu untuk memerangi  penularan penyakit denggi dalam kalangan penduduk yang disebabkan  gigitan nyamuk aedes. Penyakit itu boleh membawa maut. - Reuters 
 | 
    |   Bunyi itik bising jadi petanda     Posted: 09 Oct 2012 01:29 AM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -                                     Anggota JPAM Tumpat menunjukkan ular sawa seberat 50 kilogram yang berjaya ditangkap di Kampung Morak.                                    Ular sawa 50 kilogram sempat telan seekor itik sebelum ditangkap JPAM
 TUMPAT – Seorang penduduk, Fauziah Abdullah, 39, tidak menduga bunyi  bising itik di dalam rebannya, adalah isyarat kehadiran tetamu tidak  diundang mengancam itik-itiknya.
 
 Lebih mencemaskan, sebaik menghampiri reban tersebut ular sawa seberat 50 kilogram itu sempat menelan seekor itiknya.
 
 Khuatir boleh mengancam keselamatannya, dia menghubungi Jabatan  Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tumpat, untuk menangkap ular yang berada  di dalam reban tersebut.
 
 Pegawai Unit Daerah Tumpat, Mohd Fuad Ismail berkata, anggota JPAM ke  lokasi kejadian  di Kampung Morak di sini, setelah menerima panggilan  daripada Fauziah kira-kira jam 12.27 tengah hari.
 
 Menurutnya, situasi tegang apabila ular sawa itu  menelan itik Fauziah  dan bersembunyi dalam reban, tetapi  hasil tindakan pantas anggota   JPAM, ular itu berjaya  ditangkap.
 
 "Operasi diketuai Ridhuan Ramli bersama dua anggota mengambil masa lima minit menangkap ular itu," katanya kepada media.
 
 Menurutnya, operasi ini berjalan dengan selamat tanpa sebarang  kecederaan, dan ular yang berjaya ditangkap ini akan diserahkan ke  Jabatan Perhilitan Kelantan untuk tindakan selanjutnya.
 
 "Orang ramai yang ingin meminta bantuan JPAM boleh menghubungi di  talian  09-7254215," katanya.
 
 sinar harian/-  | 
    |   Islamofobia: Penyakit ciptaan barat     Posted: 09 Oct 2012 01:21 AM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 Islamofobia                                  MUNGKIN benar ada sekumpulan pelampau agama yang menjadi ancaman sebenar kepada keamanan dunia. 
  Tetapi adakah sekumpulan manusia ini, yang merentasi pelbagai agama,  boleh dijadikan alasan untuk dunia menyerang semua orang dalam agama  itu? 
  Di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, inilah yang berlaku terhadap orang  Islam. Hanya kerana propaganda AS yang tidak henti-henti bercakap  mengenai pengganas Al-Qaeda, yang jumlahnya mungkin tidak sampai 0.1  peratus pun daripada jumlah umat Islam, satu stereotaip dilemparkan  kepada orang Islam. 
  Sehingga Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) membuat manual khas  untuk mengenal pasti personaliti seorang Muslim. Lebih panjang janggut  mereka, lebih ganas lah mereka. 
  Jadi apa yang menghairankan apabila November lalu, FBI mengeluarkan  statistik jenayah m kebencian terhadap orang Islam di AS sepanjang 2010  meningkat hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.  Laporan itu menunjukkan jenayah yang dibuat berdasarkan rasa prejudis  terhadap orang Islam meningkat kepada 160 pada 2010 berbanding 107 pada  tahun sebelumnya. 
  Pertubuhan Human Rights First menyuarakan kebimbangan terhadap angka itu. 
  "Peningkatan ketara dapat dilihat mengenai keganasan anti-Muslim. Kami  telah lama menuntut jenayah anti-Muslim, dan juga jenayah terhadap agama  lain, dilihat sebagai pencabulan serius hak asasi manusia.  "Kerajaan AS perlu berbuat sesuatu untuk menandingi masalah ini," kata wakil kumpulan itu, Paul Legendre. 
  Sentimen begitu kuat di AS terhadap orang Islam menjadikan agama itu  satu ba- hagian penting dalam perbincangan sebelum pilihan raya negara  itu, bulan depan. 
  Di seluruh negara, peningkatan Islamofobia menyebabkan orang Islam  sukar membina masjid dan mengamalkan ajaran Islam, iaitu hak mereka yang  tertakluk di dalam perlembagaan AS. 
  Dalam pertandingan calon presidenkali  ini, ada calon meletakkan Islam  dalam konteks negatif dalam usaha mereka menaikkan populariti dalam  kalangan rakyat yang mereka anggap tidak mesra Islam.  Sebagai contoh, bekas calon presiden, Herman Cain sebelum ini pernah  berkata, jika dia dipilih sebagai Presiden AS, dia berjanji tidak akan  melantik orang Islam dalam Kabinet. 
  Walaupun ia kedengaran mengejutkan,  tetapi apa yang dikatakan Cain  menjadi penanda keadaan Islam di AS. Pada 2010, calon Kongres Republikan  menggunakan isu cadangan pembinaan pusat komuniti Islam di New York  yang ingin dibina berhampiran tapak bangunan Pusat Dagangan Dunia dan  undang-undang Sharia untuk mendapatkan sokongan. 
  Bulan lalu, satu iklan berunsur anti- Islam, pro-Israel ditampal di 10 lokasi stesen keretapi bawah tanah di New York. 
  Ia menyebut: "Dalam mana-mana peperangan di antara lelaki bertamadun dan haiwan buas, sokonglah lelaki bertamadun. 
  Sokong Israel. Tewaskan Jihad". 
  Pengurusan stesen kereta api itu cuba menghalang iklan itu daripada  ditampal, tetapi kumpulan yang membiayai iklan menghina Islam, terutama  orang Palestin itu, memenangiarahan mahkamah supaya iklan itu terus ditayangkan.
 
  Seorang aktivis berketurunan Mesir- Amerika ditahan polis dua hari  selepas iklan itu ditayangkan, kerana dia menconteng iklan biadap itu. 
  Sementara itu, sentimen Islamofobia yang kuat juga dilihat di Eropah,  terutama selepas peristiwa serangan 9/11, menunjukkan betapa AS berjaya  dalam perang psikologi menjenamakan orang Islam sebagai pengganas. 
  Satu tinjauan dilakukan oleh Yayasan Friedrich Ebert di Britain  baru-baru ini mendapati sebanyak 45 peratus rakyat negara itu percaya  terdapat terlalu ramai orang Islam di sana. 
  Racun Islamofobia ini juga telah menjangkiti politik Eropah. 
  Menurut tinjauan Pew Research Center, hampir 6 daripada 10 orang Eropah  percaya orang Islam adalah pelampau dan separuh daripada mereka percaya  orang Islam adalah ganas. 
  Di Belanda, sebuah parti politik anti- Islam diketuai Geert Wilders  adalah yang ketiga terbesar di Parlimen, menunjukkan parti itu mendapat  sokongan kuat rakyat Belanda. 
  Lihat pula di Switzerland, negara dikenali tenang dan indah. Rupanya  hatimereka tidaklah seindah muka bumi ciptaan ALLAH SWT kepada mereka. 
  Parti Rakyat Swiss, iaitu yang terbesar di negara itu, memenangi  pungutan suara mengharamkan pembinaan menara masjid yang digelar  setiausaha agung parti itu sebagai 'simbol kuasa Islam'.  Ketika pungutan suara itu dijalankan, sebuah masjid di Geneva berulang kali dirosakkan pelampau.  Perancis adalah negara dengan jumlah penduduk Islam terbesar di Eropah. 
  Tetapi tindakan kerajaan yang berterusan menyasarkan orang Islam  menyebabkan tinjauan dilakukan akhbar utama, Le Monde menunjukkan 42  peratus rakyat negara itu percaya kehadiran orang Islam menjadi ancaman  kepada mereka. 
  Parti politik National Front yang membawa sentimen anti-Islam mendapat  undian paling tinggi dalam sejarahnya semasa pilihanraya umum Perancis,  April lalu. Di Denmark, parti politik ketiga terbesar negara itu iaitu  Parti Rakyat,berjuang menentang 'pengIslaman' dan menuntut migrasi semua  orang bukan Barat ditamatkan. 
  Parti anti-Islam Vlaams Belang pula semakin mendapat tempat di Belgium,  negara yang mempunyai perdana menteri homoseksual pertama. 
  Ini membuktikan Islamofobia telah menjadi penyakit di Eropah. 
   Adakah orang Barat akan menerima cadangan OIC supaya Islamofobia  dijadikan jenayah, sama sebagaimana negara lain menghalang ucapan  anti-Yahudi? Mungkin tidak. 
 sinar harian/-  
 | 
    |   Orang Cina Sokong PAS, Tak Hairan Dengan Bayaran "One-Off" Najib     Posted: 09 Oct 2012 01:17 AM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -   
Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak  KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi  sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di  dalam MCA, kata Mohamad Sabu.  "Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi. 
 Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet  2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak  memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.
 
 Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.
 
 Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata,  rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih  penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak  sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.
 
 "Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab  orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.
 
 Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.
 
 Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu  apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka  melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain  seumpamanya.
 
 "Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan  canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus  merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan  bukan memberi kail," katanya lagi.
 
 Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan  mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian  jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.
 
 Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.
 
 "Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga  40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.
 
 Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka?   "Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.
 
 
 
 | 
    |   Gula tetap diseludup     Posted: 09 Oct 2012 12:34 AM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 GOLOK, THAILAND - Aktiviti penyeludupan gula Malaysia ke negara  jirannya di sini didapati terus aktif meskipun harga barang kawalan itu  di Thailand kini didapati meningkat berikutan pengurangan subsidi  sebanyak 20 sen. 
 Tinjauan Kosmo! di pekan Golok, Munduk dan Narathiwat  mendapati rata-rata penduduk negara tersebut menggemari gula Malaysia  yang rasanya lebih sedap. 
 Mereka tidak menggemari gula tempatan yang berwarna kemerahan berbanding gula Malaysia yang berwarna putih dan jernih. 
 Pengurangan subsidi gula di Malaysia yang diumumkan semasa  pembentangan Bajet 2013 menyebabkan harga gula negara itu kini RM2.50  sekilogram berbanding gula tempatan RM3.30 sen sekilogram. 
 Seorang warga Thailand, Nohani Idris, 48, berkata, walaupun harga  gula Malaysia sudah meningkat dan kini dijual pada harga RM2.70 hingga  RM3.00 sekilogram, dia tetap memilih gula Malaysia. 
 kosmo/-  | 
    |   Majlis kahwin mewah ditegah     Posted: 09 Oct 2012 12:27 AM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
  HANOI: Pihak berkuasa Vietnam melarang anggota Parti Komunis di  bandar raya ini daripada menganjurkan majlis perkahwinan mewah, ekoran  kecaman rakyat mengenai upacara perkahwinan besar-besaran.
 Bilangan tetamu dihadkan kepada 600 orang untuk kedua-dua belah  keluarga dan lokasi mewah seperti hotellima bintang perlu dielakkan,  menurut notis di laman web rasmi bandar raya Hanoi semalam. Majlis  perkahwinan mewah yang dianjurkan anggota parti menimbulkan "kemarahan  di kalangan rakyat dan menjejaskan imej peribadi anggota parti," lapor  kenyataan itu.
 
 Kerajaan autoritarian Vietnam yang melancarkan kempen anti-rasuah  beberapa bulan lalu, berusaha untuk menangani ketidakpuasan hati rakyat  ekoran ekonomi yang lemah dan beberapa siri skandal membabitkan pegawai  tinggi kerajaan.   Majlis perkahwinan yang mewah perkara biasa di  Vietnam dengan senarai tetamu sering kali mencapai 1,000 orang.  Sesetengah anggota parti bertanya sama ada pihak berkuasa akan  menguatkuasakan peraturan baru. "Pihak berkuasa Vietnam  bijak mengusul undang-undang tetapi sama ada ia dilaksanakan dan  dipatuhi adalah cerita berbeza," kata seorang anggota parti berusia 43  tahun yang enggan dikenali. - AFP
 
 | 
    |   Mengapa PM tidak hadir Sidang Rio+20 di Brazil?     Posted: 09 Oct 2012 12:00 AM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -  KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan mengapa beliau tidak menghadiri  Sidang Kemuncak Bumi (Rio+20) yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil,  pada 20 hingga 22 Jun 2012 yang lalu. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata,  sedangkan sepatutnya Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri atau  Timbalan Perdana Menteri sebagaimana dua sidang Kemuncak Bumi pada tahun  1992 dan tahun 2002 sebelum ini.
 
 Beliau selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan pertanyaan bagi jawab  lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi  ini.
 
 Selain beliau, Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib  minta Menteri Kerja Raya menyatakan Projek TEKIH terutama pakej B dengan  segmen C dan D dari Pedu ke Sungai Chapar dan Sungai Sok ke Weng  Baling, apakah tempoh 18 bulan yang dijanjikan Kementerian benar-benar  dapat dilaksanakan.
 
 Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) pula minta Menteri Dalam Negeri  menyatakan sejauh mana keberkesanan tindakan Agensi Anti Dadah  Kebangsaan (AADK) dalam mengawal penyalahgunaan dadah di Malaysia.
 
  harakahdaily/- | 
    |   Ikan paus ditemui mati terapung     Posted: 08 Oct 2012 11:32 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 BOSTON, Amerika Syarikat  - Seekor ikan paus finback sepanjang 15.24  meter ditemui mati terapung di Pelabuhan Boston dekat Pulau Deer, kata  beberapa pegawai.  
 Pihak berkuasa berkata, punca kematian haiwan itu tidak diketahui. 
 Seorang jurumudi, Robert Simpson berkata, paus itu ditemui pada pagi kelmarin. 
 Jurucakap Akuarium New England, Tony LaCasse memberitahu stesen televisyen WCVB-TV bahawa beberapa ahli biologi menemui kesan luka pada badan paus itu. 
 Haiwan itu merupakan ikan paus yang kedua terbesar di dunia selepas paus biru.  
 Ia boleh membesar sehingga 21.34 meter dengan berat mencecah 63.5 tan metrik. - Agensi | 
    |   Bayi Ajaib, Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari     Posted: 08 Oct 2012 11:26 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 
 Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2  hari membuat gempar dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh? 
 Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah  membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan  kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal  dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang  cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan  pembedahan cesar. 
 Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun  ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan  sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John  Radcliffe Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan  doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan  lagi.    
 Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan  berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha  itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si  bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga  memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang  dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi  ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar. 
 Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si  bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa  bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif. Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti  keajaiban. itulah nama yang ingin  
 diberikan si ibu, Jayne, ketika dia  masih hidup. 
 harian metro/-  | 
    |   Jaga hati Soros, Mahathir gelar pejuang Palestin pengganas?     Posted: 08 Oct 2012 11:21 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -       Jaga hati Soros, Mahadey Pernah Gelar Pejuang Palestin pengganas?Kalau perasan artikel yang "tukanglawan" siar sebelum ni mahadey pernah menggelar pejuang palestin yang berjuang menentang pencerobohan Israel sebagai pengganas.
 Kenyataan tu dibuat selepas mahadey buat pertemuan sembang-sembang dengan seorang yahudi bernama soros.
 
 Kemungkinan besar masa kenyataan akhbar tu si soros ni berada dekat sebelah mahadey.
 
 So   mahadey yang cuba berbaik-baik dengan soros tu terpaksa la jaga hati  si  yahudi tu, tujuan jaga hati entah lah, mungkin mahu kekalkan  hubungan  baik, apa-apa hal boleh mintak tolong kemudian.
 Sila  baca petikan  bawah nei. yang "tukanglawan" petik dari utusan online,  artikel sama  seperti yang "tukanglawan" petik untuk posting sebelum  nei.
 Bukan  ke kalau orang islam mati kerana mempertahankan tahan  air yang  diceroboh , matinya itu syahid kalau "tukanglawan" tak silap.  macam  mana pulak mahadey boleh kata rakyat palestin yang menentang   pencerobohan israel tu mengganas?
 rakyat palestin ke yang   menceroboh Israel, kalau begitu pandangan mahadey... maknanya mahadey ni   iktiraf la agaknya negara israel tu kan...
 
 harakahdaily- | 
    |   Perjanjian damai MILF sinar baru buat muslim     Posted: 08 Oct 2012 11:19 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan Filipina dan kumpulan pemisah, Barisan Pembebasan  Islam Moro (MILF) mencapai perjanjian damai awal adalah keputusan yang  baik dan bakal memberi sinar baru buat masyarakat Muslim di negara itu. 
 "Perjanjian ini bakal menamatkan konflik bersenjata yang berterusan  melebihi 40 tahun," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti  Malaya, Syis Abdul Kadir. 
 Natijahnya, kata beliau bakal menyaksikan pembentukan satu wilayah autonomi bagi menamatkan pergolakan di selatan Filipina. 
 Pergolakan dan konflik bersenjata yang bermula seawal 1960-an dengan  tertubuhnya Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) seterusnya  sekumpulan dari mereka keluar dan menubuhkan MILF pada 1977. 
 Menurutnya, sehingga kini mereka konsisten dengan tuntutan pembebasan dan autonomi kepada masyarakat Muslim Mindanao. 
 Perjuangan pembebasan yang telah memakan korban lebih 120 000 adalah  bukti bahawa MILF benar-benar menuntut sebuah keadilan dan hak mereka. 
 "Perjanjian damai yang bakal dimaterai dengan Kerajaan Filipina  adalah suatu kejayaan bagi sebuah perjuangan dan seharusnya didahului  dengan ucapan ribuan tahniah," ujarnya. 
 Hal ini, tambah beliau kerana resolusi yang disepakati memberi  keuntungan besar buat masyarkat Mindanao terutamanya yang beragama  Islam. 
 Mereka, ujarnya bakal menduduki wilayah baru dan diberikan autonomi serta pemerkasaan perundangan syariah. 
 "Berita ini merupakan sinar baru buat umat Islam dan membuktikan bahawa Islam itu agama yang cintakan kedamaian dan keamanan. 
 "Dapat dilihat bagaimana jalan ke arah pembukaan dan pengembangan Islam di zaman Rasulullah dan khilafah," katanya. 
 Jelasnya, pertempuran mata pedang merupakan pilihan yang terakhir  setelah seruan dakwah ditolak, sekaligus menolak dakwaan bahawa  Rasulullah dan umat Islam adalah ekstrimis. 
 Harapannya, ujar Syis wilayah baru yang bakal dibentuk nanti ditadbir  dengan nilai keadilan, demokratis serta mengutamakan kebajikan rakyat. 
 "Semestinya mereka tidak mahu dibaham harimau selepas terlepas dari  mulut buaya. Peluang ini perlu digunakan untuk membangun kembali  sosio-ekonomi serta infrasuktur wilayah yang sekian lama bergolak. 
 "Hasil dan kekayaan negara perlu dikembalikan kepada rakyat," ujarnya lagi. 
 harakahdaily/-  | 
    |   Bau busuk hantui penduduk     Posted: 08 Oct 2012 11:08 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
                                  Penduduk yang membantah kumbahan berbau yang tidak diselenggara.                                                                                     JOHOR BAHRU - Penduduk di 12 blok Pangsapuri Taman Bukit Mewah, dekat  sini terpaksa menahan bau busuk yang meloyakan yang mereka dakwa  berpunca daripada masalah loji kumbahan yang tidak berfungsi sejak  seminggu lalu.
 Mereka turut mendakwa masalah itu bukan baru berlaku, malah rentetan  sebelum keadaan paling kritikal sejak tujuh tahun lalu bermula dengan  pam asal loji itu rosak, sekali gus mengeluarkan bau busuk dan bunyi  bising.
 
 Seorang penduduk, Khoo Boon Tiong, 55, berkata, apabila hujan, limpahan  air kumbahan yang dipenuhi najis itu turut mengalir memenuhi longkang  sekitar kediaman penduduk.
 
 "Sebelum ini kami mampu bersabar, biarpun pam di situ mengeluarkan  bunyi bising hampir setiap setengah jam. Saya ada buat aduan ke pihak  berkaitan, namun hingga kini tiada tindakan diambil," katanya.
 
 Seorang lagi penduduk, P Janaki, 59, berkata, dia dan keluarga terpaksa  berkurung di dalam rumah kerana tidak tahan dengan bau busuk.
 
 "Keadaan ini menjijikkan menyebabkan kami semua tidak senang duduk. Ada  pernah seharian saya tidak lalu makan kerana terasa loya sehingga  muntah," katanya.
 
 Janaki yang menetap 12 tahun di situ mengakui ketika membeli rumah  terbabit, pelan menunjukkan ada kolam kumbahan berdekatan rumahnya,  namun tidak menyangka ia akan mengeluarkan bau busuk apatah lagi ketika  musim hujan.
 
 Jelasnya, penduduk di situ membayar RM36 bagi setengah tahun kepada  pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kos penyelenggaraan termasuk sistem  kumbahan itu, namun ternyata ia sia-sia.
 
 Tinjauan Sinar Harian ke kawasan kolam kumbahan yang jaraknya kurang  lima meter dari blok 12 dan blok 4 pangsapuri terbabit mendapati air  takungan di situ kehitaman.
 
 Penyelia Pusat Aduan Rakyat Kempas, Suhaizan Kaiat berkata, beliau  menerima laporan penduduk dua minggu lalu dan akan menghubungi pihak  bertanggungjawab bagi tindakan.
 
 "Jika perkara ini tidak diselesaikan segera ia akan mengeruhkan keadaan yang dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan," katanya.
 
 Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Burhan Amin  ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau akan merujuk permasalahan  yang diutarakan ke bahagian saliran untuk tindakan.
 
 sinar harian/-  | 
    |   Morsi beri pengampunan kepada tahanan politik     Posted: 08 Oct 2012 11:06 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -         Presiden  Mesir, Mohamed Morsi telah memberi pengampunan kepada semua tahanan  politik yang ditahan sejak awal pemberontakan yang menggulingkan Hosni  Mubarak tahun lepas.   Pengampunan tersebut meliputi mereka yang menghadapi perbicaraan dan  yang menjalani hukuman penjara kecuali mereka yang disabitkan kesalahan  membunuh, kata jurucakap presiden, namun tidak memberikan jumlah banduan  yang mendapat pengampunan.   Aktivis berkata ribuan orang awam berhadapan dengan mahkamah tentera  dalam vakum keselamatan selepas kejatuhan Mubarak pada tahun 2011.  Kumpulan kempen 'Tidak kepada Perbicaraan Tentera' berkata  sekurang-kurangnya 5,000 tahanan politik masih dipenjarakan.   Ramai dari mereka yang dipenjarakan telah ditangkap semasa tempoh 18  bulan kerajaan tentera interim di Mesir di bawah pimpinan Field Marshal  Hussein Tantawi.   Hanya sebilangan kecil banduan telah dibicarakan sejak Morsi memerintah Jun lalu. 
 harakahdaily/-  | 
    |   Lelaki menyamar pegawai JKM     Posted: 08 Oct 2012 11:05 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
                                  Mohamad Nasir  memeriksa rangka motosikal yang ditemui dalam Sungai Muar selepas  menahan lelaki berusia 22 tahun di Jalan Meriam, kelmarin.                                    Perdaya warga emas dengan perwatakan alim, minta bayaran RM250 buka akaun bank
 MUAR – Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai  pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana menipu beberapa warga  emas di daerah ini sejak tahun lalu.
 
 Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli  berkata, suspek berusia dalam lingkungan 30an berlagak alim dengan  memakai songkok untuk memperdayakan mangsa.
 
 Menurutnya, setakat ini tiga mangsa telah diperdaya dengan menyatakan mereka dipilih menerima bantuan RM300 daripada JKM Muar.
 
 "Sebaik memperkenalkan diri sebagai pegawai JKM, suspek meminta bayaran  RM250 sebagai alasan bagi urusan membuka akaun bank untuk  bantuan itu.
 
 "Mangsa diberitahu yang mereka perlu membuka akaun terlebih dahulu  sebanyak RM250 selain menyerahkan segala maklumat berkaitan," katanya  dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.
 
 Katanya, kejadian terbaru pada 3 Oktober lalu membabitkan seorang  penjual kuih berusia 54 tahun diperdaya di rumahnya di Jalan Dato' Haji  Kosai.
 
 "Penjual kuih itu tertarik dengan penampilan suspek serta kata-katanya  yang meyakinkan sebelum menyerahkan duit pada hari tersebut  tanpa  melakukan semakan dengan JKM terlebih dahulu.
 
 "Mangsa  menyedari ditipu sehari selepas itu apabila mengetahui namanya  tiada dalam senarai penerima selepas membuat semakan dengan pihak JKM,"  katanya.
 
 Jelasnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana  menipu. Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya  dengan mana-mana individu tidak dikenali yang menawarkan bantuan ataupun  tawaran.
 
 Sementara itu, dalam perkembangan lain pihaknya menahan seorang lelaki  berusia 22 tahun di Jalan Meriam, di sini, jam 6 petang kelmarin, kerana  terlibat dalam 12 kes curi motosikal sekitar bandar ini dan Bukit  Pasir.
 
 Berikutan itu pihaknya menemui tiga rangka motosikal curi yang dibuang ke dalam Sungai Muar berhampiran Jambatan Sungai Terap.
 
 "Kita juga sedang memburu rakan suspek yang lain dan disyaki turut  terlibat dengan kes curi motosikal sejak awal tahun ini. Suspek yang  ditahan itu tidak bekerja dan positif dadah.
 
 "Hasil soal siasat mendapati suspek mencuri motosikal sebelum  meleraikan dan mengambil komponennya serta membuang rangka motosikal ke  sungai bagi mengelak dikesan," katanya.
   metro/- | 
    |   Jangan biar Sungai Juru mati akibat pencemaran     Posted: 08 Oct 2012 10:46 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -        PULAU PINANG: Persatuan  Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkenaan memberi perhatian  serius dan mengambil tindakan berkesan bagi menyelamatkan Sungai Juru  daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini mati akibat pencemaran.
 (Gambar: Kawasan hutan bakau di pinggir Sungai Juru.)
 
 Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, walau pun sudah 40 tahun  sungai tersebut diancam masalah itu namun hingga sekarang tidak ada  tanda-tanda menunjukkan keadaan ini berkurangan malah semakin  membimbangkan penduduk setempat.
 
 Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati selain bahan toksik dari  kawasan perindustrian Perai dan air kumbahan dari kawasan perumahan  berhampiran yang mencemarkan sungai ini terdapat sisa minyak hitam  dibuang ke dalam parit yang menghubungi sungai tersebut.
 
 Jurucakap penduduk Kampung Kuala Juru Wahid Osman,45, pula berkata  seramai 300 nelayan tempatan yang bergantung hidup kepada sumber  pendapatan hasil tangkapan ikan dan ternakan kerang di sungai berkenaan  kini bimbang mengenai kesan buruk ke atas alam sekitar yang mungkin  berlaku berikutan pelaksanaan projek ternakan udang di kawasan ini.
 
 Projek tersebut yang beroperasi sejak enam bulan lalu di kawasan  seluas 99 ekar dan mempunyai lebih 50 buah kolam di sini dikhuatiri  memburukkan lagi keadaan di tempat itu jika sisa buangan kolam  disalurkan ke dalam sungai tersebut.
 
 Beliau memberitahu, jika sisa kolam ternakan udang dibuang ke dalam  sungai ini ia bukan saja akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan  Kuala Juru dan Tok Keramat malah sungai ini juga mungkin tertimbus dan  menjadi cetek pada masa akan datang.
 
 Pokok-pokok bakau yang terdapat di sepanjang sungai ini juga mungkin  mati dan secara tidak langsung boleh memusnahkan tempat pembiakan ikan,  udang, ketam dan lain-lain hidupan termasuk bekalan makanan ternakan  kerang yang menjadi sumber rezeki nelayan di sini, jelasnya.
 
 "Berhubung masalah ini CAP menggesa Majlis Perbandaran Seberang Perai  (MPSP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Pengairan Dan Saliran  (JPS) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi  menanganinya," ujar SM Idris dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di  sini.
 
 CAP meminta pihak berkenaan membuat pemantauan lebih kerap dan  meningkatkan kawalan serta menguatkuasakan undang-undang dengan tegas  supaya ancaman pencemaran ini tidak berlarutan.
 
 harakahdaily/-
 | 
    |   Para Remaja Ini Patut Dipuji & Dicontohi ...     Posted: 08 Oct 2012 10:36 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 Generasi anak muda dan remaja yang sentiasa menjaga solatnya adalah golongan yang sedikit.
 
 Kelompok anak muda dan remaja yang menjaga solat berjamaah pula adalah  satu spesis di zaman moden yang sedikit dan begitu istimewa sekali.
 
 Saya berbangga dengan kesungguhan anak remaja ini  yang bersolat secara berjamaah sekali pun suasana sekitarnya tidak  selesa dan di luar kebiasaan.
 
 Saya doakan agar kalian istiqamah dan terus membesar dengan didikan Islam sehingga menjadi pendokong Islam di masa depan. -fb
 
 | 
    |   Lagi bedilan meriam Syria mengenai Turki     Posted: 08 Oct 2012 09:40 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 
 ANKARA – Agensi berita pemerintah Turki menyatakan bedilan meriam tentera Syria mengenai wilayah Turki untuk hari keenam.  
 Agensi berita Anadolu melaporkan bedilan meriam itu mengenai sebuah  kawasan tanaman kapas dekat bandar Altinozu, berhampiran sempadan  kedua-dua buah negara semalam. 
 Bagaimanapun, tiada laporan bahawa tentera Turki bertindak balas. 
 Terdapat beberapa orang yang bekerja di kawasan berkenaan ketika  kejadian tetapi tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. 
 Ankara dan Damsyik saling berbalas bedilan meriam dan mortar sejak Rabu lalu. 
 Turki melakukan serangan balas itu apabila lima penduduknya maut akibat bedilan meriam Syria mengenai rumah di bandar Akcakale. 
 Perkembangan tersebut mencetuskan kebimbangan perang saudara di Syria akan merebak menjadi konflik serantau melibatkan Turki. 
 Turki merupakan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara. – Agensi | 
    |   Wang pencen cuma RM190     Posted: 08 Oct 2012 09:38 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
                                  Mahat menunjukkan  surat yang menyatakan dia pernah bekerja di bawah MDKP. Mata kanan tidak  berfungsi menyukarkan dia mencari pekerjaan lain.                                    TERACHI – Dengan pendapatan sebanyak RM190 sebulan hasil daripada wang  pencen, sudah pasti jumlah itu tidak mampu untuk menyara keluarga  lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
 Lebih malang lagi, Mahat Bachik, 57, yang pernah berkhidmat dengan  Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) selama tujuh tahun sebagai pekerja  rendah awam (R11) kini disahkan buta sebelah mata susulan terkena batu  ketika memotong rumput semasa dalam tempoh perkhidmatannya.
 
 Menurutnya, dia bekerja dengan MDKP sejak 1997 dengan gaji pokok  sebanyak RM384 sebulan sebelum meningkat kepada RM630.89 sebulan.
 
 "Kemudian, saya diarahkan bekerja di bawah SWM Sdn Bhd selama tujuh tahun dengan pendapatan sebanyak RM1,300 sebulan.
 
 "Baru-baru ini, apa yang difahamkan, semua kakitangan dan pesara  kerajaan berpencen serta tidak berpencen menerima faedah. Jadi, saya  harap pencen saya berjumlah RM190 ini dapat dinaikkan. Kenaikan sebanyak  RM300 sudah memadai.
 
 "Saya perlu bayar sewa bagi rumah rakyat ini sebanyak RM158 sebulan.  jadi, baki yang tinggal hanya berjumlah RM32," katanya kepada Sinar  Harian ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.
 
 Menurutnya, dia yang tiada punca pendapatan lain memohon kepada Kongres  Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) supaya dapat  mempertimbangkan    kenaikan pencen bagi pesara kerajaan yang berkhidmat  kurang daripada 25 tahun.
 
 "Dalam pembentangan belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menaikkan  jumlah pencen daripada RM720 kepada RM820 sebulan kepada pesara yang  berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.
 
 "Meskipun saya tidak mencapai tempoh itu, namun saya juga pernah  berkhidmat sebagai kakitangan awam," katanya yang pernah menerima  imbuhan pencen daripada SWM Sdn Bhd sebanyak RM3,000," katanya yang juga  bekas Pengerusi Persatuan Pekerja Negeri Sembilan mewakili SWM Sdn Bhd.
 
 Menurutnya, keinginan untuk bekerja masih ada tetapi terbatas berikutan mata kanannya tidak boleh berfungsi.
 
 "Saya juga tiada kebun mahupun harta pusaka lain untuk diusahakan.  Barang-barang dapur semakin mahal, sudah pasti tidak mencukupi. Isteri  saya pula, tidak bekerja.
  "Justeru, saya amat berharap Ceupacs membantu pesara kerajaan yang menerima jumlah pencen terlalu sedikit," katanya. 
 sinar/-  | 
    |   13,052,274 pemilih sehingga 16 Ogos lalu     Posted: 08 Oct 2012 09:37 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
           
      KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan  bahawa jumlah daftar pemilih yang diwartakan setakat 16 Ogos 2012 adalah  seramai 13,052,274 orang di seluruh negara.
 Jumlah itu terdiri  daripada 12,778,127 orang pengundi biasa, 161,756 pengundi tentera dan  pasangan, 110,055 orang anggota polis dan pasukan gerak am (PGA) bersama  isteri serta 2,426 orang pengundi tidak hadir yang berada di luar  negara.
 
 Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew pada sesi soalan lisan pagi ini.
 
 Beliau menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) yang bertanyakan  jumlah pengundi sah yang telah digazetkan oleh SPR mengikut suku yang  terkini bagi setiap kawasan Parlimen dan Dun mengikut jumlah pengundi  hadir dan tidak hadir.
 
 Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri  Tuan Guru Abdul Hadi Awang sewaktu bertanya soalan tambahan, mahukan  penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung langkah segera yang diambil  terhadap cadangan membenarkan pengundi di luar negara mengundi.
 
 Dalam jawapannya, VK Liew berkata, kerajaan masih dalam proses  mempertimbangkan cadangan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk  meminda peraturan bagi membenarkan pengundi di luar negara mengundi.
 
 Pindaan itu bagi memasukkan syarat menuntut rakyat Malaysia di  perantauan berada di tanah air sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh  lima tahun sebelum Parlimen dibubar, untuk layak menjadi pengundi pos.
 
 Cadangan pindaan itu juga akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.
 
 Jika pindaan tersebut diluluskan, ini bermakna jika diluluskan, rakyat  Malaysia yang berada di luar negara dan memenuhi syarat akan layak  membuang undi sebagai pengundi pos pada pilihan raya umum ke-13.
 
 harakahdaily/-  | 
    |   Janji Bandar Baru Dabong jadi kenyataan     Posted: 08 Oct 2012 09:35 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -         KUALA KRAI:  Bukan sekadar mengingatkan rakyat  terhadap tuntutan agama, sebaliknya ulama juga berjaya membawa Kelantan  ke era baru dengan kemunculan bandar-bandar baru yang semakin bertambah.   Hampir semua jajahan di Kelantan memiliki kawasan pertumbuhan baru dengan pembangunan yang lebih terancangan dan tersusun.   Bermula dari Tumpat sehingga ke Gua Musang bandar-bandar baru boleh dilihat di merata tempat.   Tidak ketinggalan juga Dabong yang suatu ketika dahulu tempat buangan  bagi guru-guru yang menyokong pembangkang, sekarang sudah jauh berubah.   Tidak lama lagi lanskap Dabong juga bakal berubah dengan pembangunan bandar baru yang terletak di Kampung Stong.   Kawasan seluas 45.6 hektar bakal dibangunkan taman perumahan yang  lengkap dengan bangunan pejabat, rumah kedai, masjid, tadika, dewan  orang ramai, taman permainan, pasar raya dan stesen minyak.   Kedudukannya di hadapan kilang papan Kompleks Perkayuan Kelantan  (KPK), di tengah-tengah perjalanan Jeli-Gua Musang. Berlatarbelakangkan  banjaran Gunung Stong yang menempatkan air terjun yang tertinggi di Asia  Tenggara.   Suasana persekitarannya begitu nyaman, awam yang kedudukan agak rendah seumpama berada di Tanah Tinggi Lojing.   Bandar Baru Dabong bakal menjadi kenyataan apabila majlis perletakan  batu asas disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz  Nik Mat semalam.   Bandar baru itu akan menempatkan 48 unit rumah teres kos sederhana  rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106  (banglow) dan 20 unit (rumah kedai).   Fasa pertama melibatkan pembinaan 12 unit rumah teres kos sederhana  rendah, 29 unit (kos sederhana) dan seunit rumah banglow akan  dibangunkan tidak lama lagi.   Projek tersebut dilaksanakan KPK dengan kerjasama DPS Group of  Companies dibangunkan tiga fasa. Projek berkenaan membabitkan pelaburan  lebih RM40 juta.   DPS sebuah syarikat yang berpangkalan di Melaka juga akan membina  sebuah kilang perabot dengan pelaburan sebanyak RM15 juta, bakal  menyediakan 100 peluang pekerjaan.   Pengerusi KPK, Zulkifli Mamat berkata, Bandar Baru Dabong dibangunkan mengambil masa kira-kira lima tahun.   "Bandar Baru Dabong di Stong akan menjadi bandar berkembar dengan  pekan Dabong yang sedia ada. Dabong lama yang menempat stesen kereta api  tidak lagi dapat menampung pembangunan baru memandangkan kawasannya  agak terhad.   "Pekan lama mempunyai keistimewaan tersendiri dengan stesen kereta  api yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengunjungi Taman Negeri  Stong," katanya selepas majlis perletakan batu asas dan perasmian  pejabat baru KPK.   Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, janji kerajaan negeri untuk  membangunkan sebuah Bandar baru di Dabong akhirnya menjadi kenyataan.   Kata beliau perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PAS Kelantan 2008.   "Saya antara orang yang paling gembira kerana janji-janji kita kepada  rakyat pada pilihan raya umum lalu kini semakin menjadi kenyataan.   "Inilah yang dinamakan sebagai janji yang ditetapi. Kita juga mampu  menepati janji-janji yang dibuat bagi manfaat rakyat," katanya. harakahdaily/-  | 
    |   Hanya Mahathir yang kenal Soros     Posted: 08 Oct 2012 09:15 PM PDT  23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -                                                    KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semakin melalut apabila melaungkan amaran  kepada rakyat bahawa undi untuk pembangkang adalah umpama undi untuk  jutawan George Soros. 
 "Maka dengan tiba-tiba pula nama George Soros melonjak dan kembali  bergema dalam kancah politik Malaysia," kata Ketua Penerangan Dewan  Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor. 
 Katanya,  Mahathir kelihatan seperti panik, jiwanya seolah-olah kacau  dan merisaukan sesuatu sehingga terbawa-bawa dengan tuduhan dan amaran  seperti ini. 
 Yang menghairankan, ujar beliau pemimpin Umno BN lainnya kelihatan  relaks dan bersahaja menghadapi PRU13, mengapa pula Mahahtir yang  kelihatan terdesak. 
 Menurutnya, mungkin pengalaman sebagai pemimpin nombor satu negara  ini dapat membayangkan di fikiran Tun Dr Mahahtir bahawa BN akan  berkubur selepas PRU13 dan masa depannya juga berada dalam bahaya. 
 Bagi Pakatan Rakyat, katanya tuduhan tersebut tidak membawa makna  yang besar kerana PR tidak mengenali individu itu, apatah lagi hendak  berbaik dan meminta pertolongan dengannya. 
 "Lebih banyak tuduhan dilemparkan, semakin banyak persoalan yang  timbul, dari sumber mana Tun Dr Mahathir boleh mengaitkan George Soros  dengan PR. Apa pula kaitan agenda Yahudi yang dibawa oleh George Soros  dengan agenda rakyat yang dibawa oleh Pakatan Rakyat," ujar Riduan dalam  satu kenyataan. 
 
 Setahu rakyat,katanya lagi yang ada bukti bergambar dan menjalin hubungan dengan George Soros adalah Tun Dr Mahathir sendiri. 
 "Beliau dalam suatu majlis kelihatan bergambar sambil berbual mesra  dengan individu tersebut, tetapi yang dituduh menjalin hubungan mesra  dengan individu tersebut adalah PR pula," katanya. 
 Nampaknya, semakin banyak amaran dilaungkan oleh Tun, semakin kelam UMNO pada pandangan mata rakyat. 
 "Sebelum ini, dituduh PR sebagai 'malaikat yang dikenali', dan  mengaku partinya sebagai 'syaitan yang tidak dikenali', kini muncul pula  Soros dan kaitan dengan PR. Selepas ini apa pula amaran Tun?" katanya. 
 Menurutnya lagi, PR sebenarnya tidak perlu sentuhan George Soros  untuk menumbangkan Umno BN kerana sudah memiliki ramai pakar dan ahli  politik yang hebat dan tahu sepak terajang politik negara. 
 Malah, tambanya PR juga memiliki ramai dermawan ikhlas yang sanggup  menyumbangkan harta dan wang ringgit demi perjuangan membela rakyat. 
 PR juga, ujar Riduan sudah menyediakan pemimpin muda yang mampu menggalas tugas negara pada bila-bila masa diperlukan. 
 "Seeloknya Tun Dr Mahathir menginsafi bahawa beliau telah melewati  zaman kegemilangannya. Zaman beliau bermain politik melalui tindakan  agresif dengan tuduhan berat tanpa fakta seperti ini sudah berlalu,"  ujarnya. 
 Hari ini, ujar beliau rakyat sudah matang dan semakin celik maklumat  serta tahu isu sebenar, rakyat lebih kenal Pakatan Rakyat berbanding Tun  dan tahu siapa di belakang PR. 
 "Mungkin di dalam negara ini rakyat akan mengakui hanya Tun Dr Mahathir kenal George Soros!" katanya lagi. 
 harakahdaily/-  | 
    |   Kemudahan tidak sempurna     Posted: 08 Oct 2012 09:00 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
                                  Mohd Nazri (tiga,  kanan) ketika menemui peniaga di deretan gerai di hadapan Fresco melihat  baldi penyimpanan air peniaga ketika lawatan dibuat.                                    REMBAU -  Maklumat yang diterima Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam  Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri mengenai kira-kira 12 gerai  perniagaan di hadapan sebuah pasar raya di Chembong, dekat sini tidak  dilengkapi kemudahan air paip, plak tiga pin dan sistem saliran ternyata  berasas apabila senario berkenaan adalah rutin harian yang terpaksa  dihadapi peniaga di sini untuk mencari rezeki.
 Ketua AMK negeri, Mohd Nazri Mohd Yunus berkata, aduan berkenaan  merupakan salah satu daripada 35 aduan yang diterima pihaknya sejak  penubuhan biro berkenaan yang bertujuan memberi ruang dan peluang  masyarakat setempat mengetengahkan pelbagai masalah lebih-lebih lagi  masalah yang sudah dibiarkan tanpa tindakan penyelesaian dalam tempoh  masa lama.
 
 Menurutnya, bagi aduan mengenai kemudahan air, sejak beberapa tahun  lalu golongan peniaga terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk  mengangkut air dari paip yang terletak berhampiran pasar raya berkenaan  hampir setiap hari bagi memenuhi keperluan mereka membasuh tangan dan  peralatan yang digunakan pelanggan.
 
 "Senario seumpama ini seharusnya tidak berlaku sama sekali kerana  kebajikan peniaga di sini yang rata-ratanya golongan Bumiputera perlu  diambil perhatian serius oleh pelbagai pihak memandangkan mereka  bergantung sepenuhnya untuk menambah sumber pendapatan melalui aktiviti  perniagaan makanan dan minuman.
 
 "Malah, wujud permintaan daripada pelanggan untuk makan di hadapan kios  ini yang pada mulanya hanyalah kios untuk jualan sahaja dan peniaga  pula harus mengikut rentak pelanggan kerana ia bersangkutan dengan  penambahan pendapatan mereka lebih-lebih lagi sewa bulanan gerai  berkenaan adalah sebanyak RM200 sebulan," katanya ketika ditemui Sinar  Harian di lokasi gerai berkenaan,.
 
 Turut hadir, Exco AMK Malaysia yang juga Pengarah Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam AMK Negeri, Ramlan Roes.
 
 Sementara itu, Mohd Nazri berkata, dia berharap masalah berkenaan akan  mendapat perhatian daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) memandangkan  kemudahan bekalan air dan juga sistem saliran di gerai ini amat  diperlukan oleh golongan peniaga Bumiputera di sini lebih-lebih lagi  lokasi berkenaan semakin mendapat perhatian daripada masyarakat  setempat.
 
 Menurutnya, sememangnya pihak pemilik gerai sudah pun melengkapi gerai  berkenaan dengan kemudahan lampu seawal jam 6 petang, namun ia masih  lagi tidak memenuhi keperluan peniaga untuk memiliki plak sendiri  sekiranya ingin memasang kipas untuk keselesaan masing-masing semasa  menjalankan aktiviti perniagaan.
 
 sinar/-  
 | 
    |   Taman 'port' memadu asmara     Posted: 08 Oct 2012 08:56 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
                                  Pasangan yang duduk berdua-duaan di Taman Rekreasi Tampin.                                    TAMPIN – Memalukan. Itulah luahan orang awam berikutan lokasi riadah  pada waktu petang dicemari dengan segelintir pasangan muda memadu kasih  di situ. 
  Tindakan pasangan berkenaan bukan saja melangkaui batasan agama, malah  menunjukkan contoh kurang sopan kepada golongan kanak-kanak, lebih-lebih  lagi kawasan itu menjadi tumpuan keluarga. 
  Itulah situasi yang berlaku di Taman Rekreasi Tampin, di sini, seolah-olah tiada pemantauan pihak berkenaan. 
  Penduduk tempatan, Azahar Kasim, 40-an berkata, dia sering menghabiskan waktu petangnya di taman berkenaan untuk berjoging. 
  Azahar mengakui sering ternampak pasangan kekasih muda atau mungkin  masih di bangku sekolah berkelakuan tidak sopan di sebalik pokok besar  di taman berkenaan. 
  "Mula-mula memang saya terperanjat dan malu kerana budaya ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini.  "Namun, apabila ia semakin berleluasa, rasa malu saya bertukar menjadi  marah dan berharap agar pihak berkenaan segera buat pemantauan," katanya  kepada Sinar Harian. 
  Tinjauan Sinar Harian juga mendapati, lokasi terbabit dicemari 'drama'  segelintir pasangan seawal 2 petang di lokasi terlindung daripada orang  ramai. 
  Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Rahmat, 50-an  berkata, dia kesal kerana taman rekreasi itu disalahgunakan golongan  muda. 
  "Jika pasangan terbabit beri alasan mahu berehat di sini, kelakuan  mereka tetap salah kerana duduk dengan pasangan bukan muhrim dalam  keadaan mencurigakan," katanya. 
  Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar  berkata, taman rekreasi itu adalah kemudahan yang terdapat berhampiran  pusat bandar bagi membolehkan masyarakat beriadah dalam usaha  membudayakan cara hidup sihat. 
  "Bagaimanapun, sekiranya perkara ini berlaku iaitu kelakuan tidak  senonoh pasangan di lokasi tersembunyi di taman ini, diharap pihak  berkenaan dapat memantau aktiviti tidak bermoral ini," katanya. 
 sinar/-  | 
    |   Pemandu teksi mati ditikam di perut, kepala     Posted: 08 Oct 2012 08:54 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 
 KUALA LUMPUR – Mayat seorang pemandu teksi ditemui dengan keadaan  berlumuran darah serta beberapa kesan tikaman dipercayai dibunuh  sekumpulan lelaki di kawasan perkuburan Kristian Jalan Kuari, Cheras di  sini, malam ini. 
 Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, mangsa yang berusia dalam  lingkungan 40-an itu ditemui orang awam yang melalui jalan pintas di  kawasan jirat itu. 
 Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh  berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa dipercayai ditikam di  perut serta cedera di kepala. 
    "Mangsa cuba melarikan diri sejauh kira-kira 200 meter dari teksinya  selepas ditikam oleh lebih seorang suspek di dalam teksi berkenaan  berikutan penemuan kesan darah di tempat duduk pemandu," katanya. Menurutnya, dokumen pengenalan diri mangsa juga tidak ditemui dan  kita percaya ia dilarikan suspek bersama barang berharga mangsa. 
 "Polis turut menemui dua bilah pisau yang dipercayai digunakan oleh  suspek, sebilah pisah ditemui berhampiran dengan teksi dan sebilah lagi  di lokasi mayat mangsa terbaring," katanya. 
 Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang  ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis  berhampiran bagi membantu siasatan. 
 Sinar | 
    |   Ratapan ibu tengah jalan     Posted: 08 Oct 2012 08:37 PM PDT 23 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 PILU...Rosnah (dua dari kanan) ditenangkan selepas menatap jenazah Nurul Nabilah (gambar kecil).  MASJID TANAH: "Arwah sempat mencium pipi saya bertalu-talu dalam  keadaan tergesa-gesa tanpa menjamah sarapan dan memberitahu sudah  terlambat menghadiri kuliah," kata Rosnah Sulong, 59, ibu kepada Nurul  Nabilah Daud, 18, yang terbunuh dalam kemalangan di Kampung Durian Daun,  di sini, semalam. 
    Kejadian jam 8 pagi itu berlaku ketika mangsa yang masih menuntut  di Kolej Komuniti Masjid Tanah itu dalam perjalanan ke kolej terbabit. Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dari arah  Lendu ke Masjid Tanah hilang kawalan ketika melalui satu selekoh lalu  terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
 
    Motosikal mangsa yang dipercayai terseret bertembung dengan sebuah  kereta Proton Iswara Aeroback dinaiki dua pekerja kontrak  menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian. Menurut  Rosnah, dua hari sebelum kemalangan itu, mangsa menyatakan hasrat untuk  tidur di rumah seorang rakannya sedangkan tidak pernah berbuat demikian  sebelum ini.
 "Tanpa membantah, saya memberi kebenaran  kepadanya. Pagi tadi (semalam), ketika saya sedang mengaji, dia (arwah)  memeluk dan mencium pipi saya sambil berkata perlu pergi segera.
 
         "Saya tidak sangka ia ungkapan terakhir dan petanda dia mahu pergi  meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di  tempat kejadian, semalam. Sementara itu, pemandu kereta  Iswara, Zaini Sidek, 42, berkata, ketika kejadian dia dan rakan  sekerjanya, Omar Md Dom, 52, dalam perjalanan menuju ke tempat kerja  mereka di kampung berkenaan.
 
          "Saya terkejut apabila melihat motosikal mangsa terbabas akibat  jalan licin dan terjatuh sebelum terseret di laluan bertentangan. "Melihat keadaan itu, saya terus memaut stereng ke kiri dengan  harapan dapat mengelak daripada bertembung dengan motosikal mangsa,  namun gagal," katanya.     Menurutnya, dia memberhentikan kereta di bahu  jalan dan berlari ke arah mangsa yang terbaring kaku di laluan  bertentangan manakala motosikal itu dilihat tercampak 15 meter ke depan.
 "Saya cuba mengejutkan mangsa tanpa menyentuh tubuhnya, namun tiada  sebarang tindak balas," katanya.      Ketua Polis Daerah Alor Gajah,  Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian  berkenaan.
 
 metro/-  |