Jumaat, 29 Ogos 2014

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Sayang Selangor, Debar Menunggu Istana Membuat Keputusan

Posted: 29 Aug 2014 04:43 PM PDT

CINA ISLAM (林川興)

CINA ISLAM (林川興)


PRK Pengkalan Kubor : 13 Sept penamaan calon, 25 Sept hari mengundi.

Posted: 28 Aug 2014 09:46 PM PDT

3 Zulkaedah 1435 . [MOD] -

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 September depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 13 September sementara pengundian awal akan diadakan pada 21 September.


Pengumuman ketiga- tiga tarikh itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh dan persiapan PRK DUN Pengkalan Kubor di pejabatnya di sini, sebentar tadi.
Berdasarkan keputusan hari ini juga, tempoh berkempen selama 12 hari diperuntukkan.
Abdul Aziz berkata, kos keseluruhan bagi mengadakan PRK berkenaan adalah RM696,750, sementara 426 petugas akan dilantik.
Katanya, 24,039 pemilih layak mengundi pada PRK itu dengan 23,926 pengundi biasa, 109 pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir (luar negara).
Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.
Allahyarham Noor Zahidi adalah ADUN kawasan itu selama tiga penggal dan Ketua UMNO Bahagian Tumpat selama empat penggal.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
PRK DUN Pengkalan Kubor adalah PRK ketujuh yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu.
Turut diadakan sebelum ini PRK DUN Kuala Besut (Terengganu), DUN Sungai Limau (Kedah), DUN Kajang (Selangor), DUN Balingian (Sarawak), PRK Parlimen Bukit Gelugor (Pulau Pinang) serta PRK Parlimen Teluk Intan di Perak.
BN dijangka menampilkan calon muda pada PRK kali ini, sementara pakatan pembangkang yang sebelum ini meletakkan calon dari PKR sejak dua penggal lalu masih berteka-teki berikutan PAS secara terbuka juga mahu kerusi itu dikembalikan kepada mereka.

PKR senarai pendek nama calon Pengkalan Kubor

Posted: 28 Aug 2014 03:17 AM PDT

2 Zulkaedah 1435 . [MOD] -

TUMPAT: PKR sudah menyenarai pendek nama-nama calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor tidak lama lagi.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Ab Kadir berkata, nama-nama tersebut sudah disenarai pendek untuk diserah kepada pucuk pimpinan bagi dipertimbangkan.

"Apa yang pasti nama-nama terbabit merupakan anak-anak tempatan Tumpat termasuk ada tokoh berpangkat Datuk. Kita pastikan mereka dikenali penduduk tempatan," katanya di sini.

Malam tadi, PKR negeri mengadakan pertemuan dengan jentera PKR Tumpat di sini bagi membuat persiapan awal menghadapi pilihan raya.

Manakala PAS pula sudah membuat persiapan akhir sebelum membuka markas besar di Kampung Geting. Ketika tinjauan petang semalam petugas-petugas sedang menaikkan sepanduk di markas terbabit.

Pusat Khidmat Penyelia Dun Pengkalan Kubor juga mulai sibuk dengan kedatangan petugas kawasan-kawasan lain di Kelantan termasuk dari Pasir Puteh diketuai setiausahanya, Drs Zainuddin Awang Hamat.

PRK Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar di China pada 20 Ogos lalu. Beliau menang tiga penggal di Dun berkenaan.

Abdul Aziz juga berkata, biar pun PKR tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi berbanding PAS, namun kerjasama padu Pakatan diharap mampu dalam misi merampas semula Dun berkenaan.

Menurutnya juga PKR menghormati pandangan rakan-rakan di Kelantan yang melihat kemampuan jentera PAS bagi merampas Dun Pengkalan Kubor.

"Biar pun ada suara-suara dalam kalangan muslimat dan pemuda negeri mahu Dun terbabit dikembalikan kepada PAS, namun ia dianggap sebagai proses dalam politik," katanya. - HARAKAHDAILY 

Nuffnang