Khamis, 21 Julai 2011

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Hari Masyarakat Prihatin Sekretariat Konvokesyen PMUKM

Posted: 21 Jul 2011 05:29 PM PDT

Kursus Asas Penternakan Ayam Kampong & Menu Masak Rendang Ayam Kampong !

Posted: 21 Jul 2011 01:02 AM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[RCI on Beng Hock's Death] My questions to RCI and Nazri

Posted: 21 Jul 2011 07:12 AM PDT

The commissioners' conclusion that Teoh Beng Hock had committed suicide was strengthened by psychiatric findings that the latter was "weak in character. I strongly disagree with that. People weak in character would not have given up his job as a journalist and joined politics, especially when his family did not really support his decision. Beng Hock knew what he wanted. He was a man with his own ideas and vision. He was not "weak".

3 MACC officers were found to have continuously used interrogation tactics that were “agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan” (aggressive, inappropriate and therefore in violation of the regulations), as a result of such inhumane approach, Beng Hock was driven suicide. As raised by Mr. Lim Kit Siang: Is "forced suicide" suicide or homicide? Is TBH's death caused by more than "forced suicide"?

Jabatan Perdana Menteri (JPM) will release 200 copies (in BM & English) of the TBH RCI report tomorrow. RM45 per copy. My question is: why so limited copies? Why can't JPM just upload the report on the internet and let people download it for unlimited times and for free?


~ By Debra Chong

KUALA LUMPUR, July 21 — A royal commission has ruled that Teoh Beng Hock committed suicide as a result of pressure from aggressive and continuous questioning by Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officers.

The MACC officers had wanted to pressure Teoh to be a witness in their case against a DAP assemblyman for alleged abuse of public funds.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Nazri Aziz disclosed the finding today which, he said, was unanimous.

Nazri holds copies of the RCI report in Parliament on July 21, 2011. — Picture by Choo Choy May

(More......)

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Turun Padang (Bahagian 2) bersama wanita umno

Posted: 21 Jul 2011 05:53 AM PDT

Ketika program turun padang ke ....... di Kota Raja, YB sempat bersama wanita Umno di Taman tersebut, sambutan mereka terhadap kehadiran YB sungguh mesra. Ada angin perubahan yang nyata bahawa PAS dan Pakatan Rakyat kini disengani oleh rakyat asalkan pemimpin kita mesra rakyat dan tidak sombong.

Manakala sambutan pengunjung dan peniaga pasar malam memang amat luar biasa dan mengembirakan seluruh Sekretariat Parlimen Kota Raja yang menganjurkan program ini bersama PAS Cawangan.

 Bersama wanita Umno
DHPP turut membantu ketika YB turun padang bertemu rakyat

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


BN Dan UMNO Menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau Pinang Sebagai Berbentuk Rasuah Dan Pancing Undi

Posted: 20 Jul 2011 11:46 PM PDT

BN Dan UMNO Menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau Pinang Sebagai Berbentuk Rasuah Dan Pancing Undi Bila Belum Ada Pilihanraya Dan RM 100 Diberikan Kepada Setiap Bayi Dan Bukannya Kepada Pemimpin PR.

BN dan UMNO sekali lagi menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau Pinang sebagai berbentuk rasuah dan pancing undi bila belum ada pilihanraya dan RM100 diberikan kepada setiap bayi dan bukannya kepada mana-mana pemimpin PR. Malah Suruhanjaya Pilihanraya pun tidak boleh menyatakan ia ada kaitan dengan pancing undi bila tidak ada mana-mana pilihanraya sekarang. Kemungkinan besar kerajaan PR tidak akan mengadakan pilihanraya bersama dengan BN sekiranya dijalankan tahun kerana mandate rakyat adalah untuk lima tahun.

Sungguh tidak waras dan tidak bertanggungjawab untuk BN dan UMNO mentakrifkan pemberian wang untuk meraikan tambahan cahaya mata kepada Pulau Pinang kepada rakyat sebagai amalan rasuah kerana pemberian wang kepada rakyat memang tindakan mana-mana kerajaan yang baik di dunia. Sebelum ini, Kerajaan PR Pulau Pinang dikutuk keras melakukan rasuah berikutan kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun dan RM1,000 "one-off" urusan jenazah kepada waris warga emas pada 2010 demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri.

Ekoran tuduhan BN, saya telahpun menjemput Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang menyaksikan pemberian wang RM 100 kepada warga emas ataupun RM1,000 "one-off" urusan jenazah. Sehingga hari ini saya tidak pernah ditangkap ataupun disiasat pun melakukan rasuah kerana berikan wang kepada rakyat. Tuduhan rasuah oleh BN untuk mensabotajkan program penghargaan emas nyata gagal dengan kadar pendaftaran warga emas kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang telahpun mendaftarkan diri.

Oleh itu, BN dan UMNO harus meminta maaf dan menarik balik tuduhan jahat rasuah ini kerana memperbodohkan rakyat seakan-akan rakyat boleh dibeli dengan rasuah RM100 sahaja. BN dan UMNO perlu menjelaskan mengapa mengutuk kerajaan negeri PR bagi wang sedangkan satu sen pun tidak dibagi kepada warga emas dan bayi semasa BN memerintah Pulau Pinang sebelum ini.

Mesyuarat EXCO besok akan memutuskan pertimbangan memberikan RM 100 wang tunai "one-off" kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini dan tahun berikutnya, di mana salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang dan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM4,000 sebulan. Sumber kewangan program baru "Anak Emas Pulau Pinang" ini adalah sama dengan program penghargaaan warga emas iaitu datang daripada lebihan Bajet setiap tahun dan kejayaan kerajaan PR menjalankan kempen anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International.

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 21.7.2011.

—– Mandarin Translation —-
槟州首席部长林冠英于2011年7月21日在乔治市光大发表声明:

国阵和巫统污蔑"槟州宝贝计划",诬指槟州民联贪污贿赂、捞取选票,尽管现在都还没有举行大选,而有关100令吉是发给新生儿,而不是民联领袖。

国阵和巫统再一次污蔑槟州民联政府的"槟州宝贝计划",诬指槟州民联政府贪污贿赂及捞取选票,尽管还没有举行大选,而有关100令吉是发给新生儿,而不是民联领袖。由于现在并没有进行任何选举,就连选委会也不能指这项计划是在捞取选票。民联政府也很有可能不会与国阵同步进行选举,因为人民给予政府的委托期限是五年。

国阵与巫统把槟州政府发给新生儿的补助金视为贪污贿赂,实在是不合适、也不负责任,因为世界上任何一个好政府都会分钱给人民。之前,槟州民联政府也因成功实施每年分发100令吉乐龄人士回馈金,以对60岁以上乐龄人士的贡献表示感激,以及发出一次性1000令吉怃恤金给逝世乐龄人士的家属,惨遭批评为贪污贿赂。

针对国阵的诬蔑,我已经邀请了槟州反贪污局总监见证了100令吉回馈金及1000令吉怃恤金的颁发仪式。直到今天,我还没有因为分钱给人民,而在贪污贿赂的罪名下被逮捕、被调查。国阵企图通过指责我们贪污贿赂来破坏乐龄人士回馈计划,但是,从已有11万5000名(或87%)的乐龄人士已经登记看来,他们已经失败。

因此,国阵与巫统应该道歉、马上收回他们那种居心不良的指责,他们以为人民都是愚蠢的,那么容易就可以被100令吉收买。国阵与巫统必须解释,为什么民联政府可以一直派钱,但是,当国阵执政槟州时,他们一分钱也没有给过乐龄人士和新生儿?

我们将在明天的州行政会议上议决,今年开始,发出一次性100令吉给新生儿的"宝贝计划",只要新生儿的父母其中一人是槟州选民、并证明新生儿的家庭月入不及4000令吉便可。上述"槟州宝贝计划"的资金来源与乐龄人士回馈金一样,都是槟州开源节流的盈余,槟州推行的肃贪政策已经获国际透明组织表扬。

林冠英

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Mahkamah Tangguh Rayuan Gugur Kes Adun Sri Muda

Posted: 21 Jul 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 21 JULAI : Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menangguhkan rayuan kes Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie  11 Ogos depan bagi membolehkan Shuhaimi dan peguam beliau memilih satu daripada dua rayuan yang dikemukakan.

Rayuan yang dibuat oleh Shuhaimi pada hari ini adalah untuk menggugurkan kes ke atas beliau manakala satu lagi ialah pertikaian mengenai akta hasutan yang difailkan ke atasnya bersabit penulisan dalam blog yang didakwa menghina Sultan Selangor tahun lalu.

Hakim Nor Azian Shaari meminta peguam yang mewakili shuhaimi melampirkan salah satu daripada rayuan yang ingin dikemukakan pada 26 Julai ini.

Peguam Shuhaimi, Edmund Bon hari ini memberitahu mahkamah pihaknya memohon supaya kes yang difailkan ke atas Shuhaimi digugurkan selain menyifatkan seksyen yang dikenakan ke atas anak guamnya di bawah Akta Hasutan bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Pengistiharaan bahawa Akta Hasutan seksyen 4 (1) adalah bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan," kata beliau.

Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada manifestasi prinsip kebebasan bersuara yang dijamin dalam sebuah negara berpelembagaan.

Oleh itu, Hakim Nor Azian meminta peguam Shuhaimi berbincang dengan anak guamnya untuk menetapkan salah satu daripada rayuan untuk dipertimbangkan.

Shuhaimi yang ditemui TvSelangor berharap, kes ini berkesudahan dengan baik.

"Apa pun langkah yang diambil, saya serahkan semuanya ini kepada peguam, saya yakin akhirnya nanti kes ini digugurkan," kata beliau ketika ditemui di luar mahkamah.

Terdahulu pada 19 Julai, Mahkamah Sesyen Shah Alam memutuskan untuk menangguhkan kes kepada 8 ogos depan sementara menunggu keputusan rayuan kes di Mahkamah Tinggi.

Shuhaimi dihadapkan ke mahkamah berhubung artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959" tahun lalu.

Artikel bertarikh 30 Disember 2010 yang ditulis Shuhaimi  mendapat kecamanan hebat dari musuh politik yang dilihat cuba mengambil kesempatan dengan memanipulasi penulisan beliau selain membuat beberapa laporan polis kononnya Adun PKR itu menghina Sultan Selangor.

Siri serangan terhadap Shuhaimi terus dipergiat apabila pihak tidak bertanggungjawab bertindak menyimbah cat merah dipintu Pejabat Adun Sri Muda di Kota Kemuning Shah Alam.

Shuhaimi dituduh mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan ekoran penulisannya itu dikaitkan dengan kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Khusrin Munawi.

Manakala pihak pendakwaan pula dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.


Sumber: TVSNEWS

'Selangorku' Bakal Slogan Baru Kerajaan Negeri

Posted: 20 Jul 2011 02:00 AM PDT

"Selangorku" akan dijadikan slogan baru kerajaan negeri Selangor mulai Ahad ini.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, slogan "Selangorku" itu adalah kesinambungan program "Merakyatkan Ekonomi Selangor" dan "Hasil Negeri untuk Rakyat" yang dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat menguasai negeri itu pada pilihan raya umum 2008.

"Kerajaan Selangor akan melancarkan slogan baharu Selangorku pada Ahad, 24 Julai ini di Stadium Malawati Shah Alam.

"Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama-sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggung jawab.

"Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Khalid, selepas dilancarkan, slogan ini akan digunapakai untuk urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya.

"Bersempena dengan pelancaran pada Ahad ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan secara percuma kepada pengunjung seperti pertandingan futsal, pocket bike, pony ride dan gerai-gerai jualan.

"Kerajaan Negeri juga akan mengedarkan 40,000 kupon percuma bernilai RM5 kepada pengunjung untuk membeli makanan dan minuman yang di gerai-gerai yang disediakan," katanya.

Sehubungan itu, seluruh rakyat Selangor dijemput menghadiri program pelancaran "Selangorku" yang akan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.


Sumber: Malaysiakini

Blueprint Basmi Kemiskinan : Sabak Bernam Penerima Teramai

Posted: 20 Jul 2011 01:30 AM PDT

SABAK BERNAM 20 JULAI – Sabak Bernam menjadi daerah paling ramai menerima bantuan peralatan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dari mula ia diwujudkan sehingga kini.

Setakat Jun 2011, seramai 211 permohonan diluluskan dengan 74 peserta daripadanya dari Sabak Bernam, Kuala Selangor (47), Gombak (38) dan Hulu Selangor (48).

Salah seorang penerima bantuan, Mohd Haata Juni, 52, berkata, peralatan Chest Freezer 450 L yang diterima melalui program bantuan itu membantu mengembangkan lagi perniagaan membekalkan ais yang diusahakannya.

"Sebelum ini saya membekalkan ais secara kecil-kecilan di majlis kenduri, melihat perniagaan ini berpotensi untuk dimajukan, saya membuat permohonan bantuan peralatan dengan hasrat boleh membekalkan lebih banyak ais bagi memenuhi permintaan pelanggan," katanya.

Mohd Haata berkata, perusahaan membekalkan ais mampu dijadikan dana tambahan bagi menampung pendapatan yang diperoleh sebagai pekebun kecil.

Menurutnya, usaha itu selaras dengan hasratnya untuk menyara keluarga dan menyediakan wang saku salah seorang anak yang belajar di luar negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Surat Tawaran kepada penerima Bantuan Peralatan Blueprint Pembasmian Kemiskinan di Rumah Rehat Kelab Rekreasi, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Antara peralatan yang diluluskan adalah mesin jahit lurus, mesin jahit tepi, motor roda tiga, mesin penguli tepung, mesin pembakar, mesin ABC, gerai bergerak dan pelbagai peralatan lain.

Seorang pengusaha kerepek tempe, Siti Maznah Ramli, 44, berkata, mesin penghiris tempe yang diterima membantu meningkatkan pengeluaran produknya yang diusahakan sekitar awal 2010 lalu.



Sumber: Sinar Harian

Behind Bars, Jeyakumar Says Remains Socialist

Posted: 20 Jul 2011 01:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 20 — Sungai Siput MP Dr Michael Devaraj Jeyakumar has insisted he will not waver from his socialist beliefs despite being held under the Emergency Ordinance (EO) for allegedly attempting to revive communism.

In a statement released late yesterday, the Parti Sosialis Malaysia (PSM) leader said that current economic practices both locally and globally were an unsustainable "race to the bottom."

"This is not the world that I wish to bequeath my grandchildren. That is why I am a socialist and intend to remain so despite the EO arrest," he wrote after three weeks in detention.

Dr Jeyakumar was among 30 PSM members arrested on June 25 for allegedly planning to "wage war against the Yang di-Pertuan Agong" and attempting to revive communist in part of a dragnet leading up to the July 9 Bersih rally.

Police found in their possession T-shirts bearing the likenesses of former Communist Party of Malaya (CPM) leaders Chin Peng and Rashid Maidin.

Police later dropped all charges but immediately rearrested the lawmaker and five others under the EO on July 2 and charged the remaining 24 for possession of Bersih material and involvement in an illegal organisation.

In the aftermath of the chaotic rally, Bersih and opposition leaders as well as human rights activists have pushed for the release of the six.

This comes as the Najib administration has embarked on a damage control exercise due to the stinging tone taken by the international press over its handling of the demonstration calling for free and fair elections.

In his statement yesterday, Dr Jeyakumar called for a "workable alternative to an economy driven by corporate greed."

He maintained that despite the general opinion that socialism "has been assigned to the dustbin of history" and is only championed by "deluded people," it was still crucial in "averting a collosal economic-ecological disaster that will occur within the next 30-60 years."

"The global owners of capital and technological expertise who control market access are a relatively small number of corporations – about 500 to 1000. They have become all powerful in the unipolar world of today and can "bargain hunt". Even the biggest governments can't control them," he wrote.

He specifically pointed out that Malaysia's policies to attract investors, including lowering corporate tax, allowing contractualising of labour and weakening unions as well as privatisation of basic services such as healthcare and tertiary education, was piling pressure on the poorest 70 per cent of the population.

The National Economic Advisory Council has said that 40 per cent of Malaysian households are still living on RM1,500 per month or less.

"The issue here is not insufficient regulations but a misdistribution of the world's wealth! To address this problem, the power of the corporations has to be challenged," Dr Jeyakumar added.

He stressed that these patterns if left unchecked could "lead to an ecological, food or climatic disaster that will lead to a decimation of the world's population."


Source: The Malaysian Insider

Bersih Warns of Rally for EO6

Posted: 20 Jul 2011 01:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 today denied that the six detained Parti Sosialis Malaysia (PSM) members were prime movers of its July 9 rally and raised the possibility of another rally to demand their release.

"The allegation has no factual foundation," Haris Ibrahim of the Bersih steering committee said in reference to a police response to affidavits submitted by families of the detained.
He called for their immediate release.

The six, held without trial under the 1969 Emergency Ordinance, are Sungai Siput MP Dr D Michael Jeyakumar, PSM deputy president M Sarasvathy, central committee members Choo Chon Kai and M Sugumaran, Youth chief R Saratbabu and Sungai Siput branch secretary A Letchumanan.

"They were never part of the steering committee," Haris said. "Neither were they involved in planning or mobilising the crowd" for the rally.

"Don't force us to rally for the release of the six," he added.

In attempting to justify the arrest and detention of the activists, Assistant Commissioner of Police Kamarul Zaman Mamat said police had to prevent the July 9 rally because a similar rally in 2007 had caused public disorder.

The police are confused, according to Dr Subramaniam Pillay, another member of the Bersih 2.0 steering committee.

He pointed out that the Bersih 2.0 steering committee had no members coming from any political party, unlike the committee for the 2007 rally.

"PSM cannot claim credit" for the recent rally, he added.

In a related development, PSM secretary-general S Arutchelvan blasted de facto Law Minister Nazri Aziz for his recent statement that the Emergency Ordinance was necessary because communism was "still around".

"The law minister doesn't understand law," Arutchelvan said. "EO has nothing to do with curbing communism."

The six detainees, he pointed out, were being punished for their alleged involvement with Bersih, not communism.

He also noted that Umno had direct links with China's Communist Party.


Source: Free Malaysia Today

Afidavit Buktikan Enam Anggota PSM Bukan Ditahan Kerana Fahaman Komunis

Posted: 20 Jul 2011 12:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 JULAI : Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencabar dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa enam ahli parti itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput ditahan di bawah Ordinan Darurat kerana kaitan dengan usaha menghidupkan semula fahaman komunis.

Peguam PSM, Edmund Bon dipetik dari portal The Malaysian Insider berkata, perkara itu sangat jelas berdasarkan kandungan 37 afidavit yang diserahkan kepada parti itu semalam sebagai respons kepada permohonan habeas corpus, sekali gus menunjukkan polis hanya menyoal siasat keenam-enam mereka, didakwa mendalangi perhimpunan Bersih 2.0.

"Jangan bercakap mengenai sosialisme, komunisme, semua yang karut.

"Kesemua ini pembohongan kerana polis sendiri tidak menyebut langsung mengenai sosialisme, tidak sebut langsung mengenai komunisme, tidak sebut langsung mengenai Chin Peng," kata beliau.



Sumber: TVSNEWS

522 Police Reports and Counting

Posted: 20 Jul 2011 12:30 AM PDT

PETALING JAYA: A total of 522 police reports have been lodged over the past four days calling for the release of the six Parti Sosialis Malaysia (PSM) members held under the Emergency Ordinance.

The reports were filed nationwide against Home Minister Hishammuddin Hussein, Inspector-General of Police Ismail Omar and his deputy Khalid Abu Bakar.

The campaign which began on Saturday is one of the efforts to exert pressure on the authorities to release the detainees, now known as the EO6. Other efforts include nightly candlelight vigils, handing over of memorandums and a signature drive.

"This is the total number until yesterday. People are still making their reports," said campaign coordinator M Nalini when contacted.

She said the largest number of reports were made in Perak. One of those detained, Dr D Michael Jeyakumar, is an MP (Sungai Siput) in that state.

The other detainees are PSM deputy president M Saraswathy, central committee members Choo Chon Kai and M Sugumaran, Youth chief R Sarathbabu and Sungai Siput branch secretary A Letchumanan.


Police: We're investigating
Contacted later, Perak CID chief SAC II Dzuraidi Ibrahim said the reports filed in the state would be forwarded to the Penang police, which arrested the six.

"We have been taking their statements. We will accept their reports and refer them to the investigating officer in Penang because that is where the six were arrested," he told FMT.

Penang police chief Ayub Yaakob said the police are "looking into the matter".

"We will compile the reports and investigate. From time to time, (federal police headquarters) Bukit Aman will issue statements on the development (of the case)," he said.

The six were among 30 PSM members arrested on June 26 over the charge of waging war against the King. PSM and numerous other quarters dismissed this as ludicrous.

After the expiry of their seven-day remand order on July 2, the six were re-arrested under the EO, which provides for detention without trial.

Meanwhile, family members have lodged reports against the police over alleged mistreatment of the detainees.

N Sasinthradevi, who is Sarasvathy's cousin and A Manivelu, who is Letchumanan's brother, each lodged report at the Kampung Tawas police station in Ipoh.

In the reports, Sasinthradevi claimed that Sarasvathy had complained of chest and gastric pain when she visited the latter on July 15.

However, to date the police had failed to inform the family members about providing them medical care.

Manivelu in his report alleged that Letchumanan, who is suffering from piles, was not provided with proper food.

He added that his brother is also worried about the police interrogation methods after being forced to undergo a lie detector test.


Source: Free Malaysia Today

Ditahan Dibawah Ordinan Darurat Penganiayaan Kepada PSM 6

Posted: 19 Jul 2011 08:50 AM PDT

Bukit Aman, 19 Julai 2011 - Keenam-enam aktivis PSM (Parti Sosialis Malaysia) masih lagi ditahan pihak berkuasa di bawah Ordinan Darurat 1969.

Mereka yang ditahan ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D. Michael Jeyakumar, 56, Sukumaran a/l Munisamy, 50, Letchumanan a/l Aseer Patham, 49, Choo Chon Kai, 33, Sarasvathy a/p Muthu, 58, dan Sarat Babu a/l Raman, 25.

Dibawah Ordinan Darurat mereka boleh ditahan selama 60 hari tanpa sebarang perbicaraan.

Perhimpunan aman candlelight vigil masih lagi diteruskan dan pada malam ini YB Dr Xavier Jayakumar mengutuk dan mendesak kerajaan supaya membebaskan kesemua tahanan dengan segera.

Turut hadir dan menjelaskan kezaliman penahan tanpa bicara adalah bapa saudara kepada Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Encik Victor Oorjitham yang juga merupakan peguam yang telah bersara.

Lebih seratus hadir menyalakan lilin tanda protes penahanan dan juga sebagai sokongan kepada mereka yang ditahan.







5,000 Doktor Swasta Tuntut Jeyakumar Dibebaskan

Posted: 19 Jul 2011 02:00 AM PDT

Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta yang mewakili kira-kira 5,000 doktor swasta di seluruh negara bergabung dengan pertubuhan perubatan yang lain menuntut pembebasan ahli parlimen Sungai Siput D Jeyakumar.

"Kami amat prihatin dengan tahanan berterusan rakan kami, Dr Jeyakumar Devaraj, yang kami iktiraf dan sahkan sebagai seorang doktor yang mematuhi undang-undang, cekap dan tekun.

"Rekod perkhidmatan awamnya cukup cemerlang dan sepanjang pengetahuan kami, beliau tentunya bukan ancaman kepada keselamatan negara ini," kata persekutuan itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Ia memetik Jeyakumar telah berkhidmat untuk tempoh yang lama dengan kerajaan dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat, tanpa mementingkan dirinya.

Doktor itu juga dipuji kerana kerja-kerja kebajikan dan sikap baik hati yang ditunjukkannya kepada semua di bawah jagaannya tanpa mengira bangsa dan agama.

"Kami, rayu perintah tahanan ke atas Dr Michael Jeyakumar ditarik," petik kenyataan itu yang juga memohon pembebasan lima anggota Parti Sosialis Malaysia yang ditahan bersama.

Jeyakumar dan lima rakannya kini ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa terbabit dengan aktiviti haram bagi merancang perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan pilihan raya.

Sebelum ini, 176 pengamal perubatan lain juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama menuntut pembebasannya.


Sumber: Malaysiakini

Laporan Polis Desak Pembebasan PSM 6

Posted: 17 Jul 2011 03:00 AM PDT

Klang, 17 Julai 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar hari ini membuat laporan polis mendesak pembebasan enam aktivis PSM (Parti Sosialis Malaysia) yang ditahan dibawah Ordinan Darurat.

Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Klang Selatan. Hadir bersama-sama YB Dr Xavier adalah Encik P. Sundarajoo, Ahli Majlis Perbandaran Klang, Encik Sadek Bin Wali, Ketua Kampung Teluk Menegon, Encik Vicknesvaran Krishnan, wakil PIKOM serta Encik Syed Ahmad Putra, Setiausaha DUN Seri Andalas.

Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kedua-duanya membolehkan polis menahan suspek sehingga 60 hari tanpa didakwa.

Mereka yang ditahan ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D. Michael Jeyakumar, 56, Sukumaran a/l Munisamy, 50, Letchumanan a/l Aseer Patham, 49, Choo Chon Kai, 33, Sarasvathy a/p Muthu, 58, dan Sarat Babu a/l Raman, 25.

Candlelight Vigil PSM 6 di Bukit Bintang

Posted: 16 Jul 2011 08:50 AM PDT

Bukit Bintang, 16 Julai 2011 - Sekurang-kurangnya 200 orang berhimpun secara aman pada candlelight vigil yang diadakan demi enam aktivis PSM yang ditahan dibawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 di Bukit Bintang.

Perhimpunan aman tersebut telah menarik perhatian orang ramai yang berada di sekitar Bukit Bintang untuk turut bersama-sama mendengar berita terkini mengenai mereka yang ditahan.

Salah seorang pemimpin yang melawat Dr Michael Jayakumar Devaraj iaitu YB Sivarasa menyampaikan berita tentang keadaan YB Ahli Parlimen Sungai Siput tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan sempat memberi sedikit penerangan serta soal jawab mengenai Ordinan Darurat dan ISA kepada orang ramai. Arutchelvan berkata seramai 1,500 pernah ditahan dibawah ordinan tersebut.







Majlis Pelancaran Jom Shopping Warga Emas di Tesco Kuala Selangor

Posted: 16 Jul 2011 02:00 AM PDT

Kuala Selangor, 15 Julai 2011 - YAB Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah melancarkan satu lagi program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khusus kepada warga emas yang dikenali sebagai 'Jom Shopping'.

Majlis pelancaran telah diadakan di pasar raya besar Tesco, Kuala Selangor jam 3 petang.

Seramai 60 warga emas dari DUN Ijok diberi penghormatan untuk menyertai program ini pada hari perasmian. DUN Ijok dipilih kerana berjaya mendaftarkan perserta program tertinggi.

Program Jom Shopping ini adalah lanjutan dari Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilancarkan Jun 2008, selepas genap 100 hari Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri.

SMUE diwujudkan untuk memberi manfaat kepada warga  Selangor berumur 60 tahun ke atas dalam bentuk Khairat Kematian berjumlah RM2,500 bagi setiap jenazah.

Bagi memberi peluang kepada warga emas yang masih hidup untuk menikmati hasil negeri, kerajaan negeri menyediakan dua kemudahan iaitu Skim Takaful dan yang terbaru Skim Baucer untuk beli belah atau Jom Shopping.

Warga emas yang mendaftar dengan SMUE akan menerima baucer bernilai RM100 untuk mereka membeli barangan keperluan di pasar raya terpilih yang memberi peluang mereka bersantai bersama ahli keluarga serta wakil rakyat.

Baucer ini diagihkan kepada semua Pusat Khidmat Masyarakat DUN di  seluruh negeri dan wakil rakyat akan menetapkan tarikh untuk membawa warga emas ini membeli belah.

Kerajaan Negeri berharap cara ini dapat memupuk sikap toleransi dan saling mengenali antara wakil rakyat Pakatan Rakyat, warga emas serta ahli keluarga mereka.

Untuk program Jom Shopping ini, Kerajaan Selangor memperuntukkan antara RM5 hingga RM10 juta berdasarkan keperluan semasa.

Kerajaan Selangor juga akan memperkenalkan beberapa lagi program kebajikan dalam bentuk dana untuk menggalakkan rakyat berdikari dan membina asas ekonomi yang kukuh untuk jangka masa panjang.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM700 juta daripada anggaran Bajet 2012 berjumlah RM1.5 billion untuk program kebajikan. Jumlah ini  tidak termasuk RM100 juta yang akan diperuntukkan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

Sebanyak RM30 juta daripada peruntukan MBI ini akan digunakan untuk aktiviti meningkatkan pendapatan keluarga dan keusahawanan seluruh Selangor manakala RM50 juta disalurkan kepada Mikro kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) dan RM20 juta Mikro Kredit Bandar (MIMBAR).






Berhujan Demi Tahanan Enam Aktivis PSM

Posted: 15 Jul 2011 08:50 AM PDT

Bukit Aman, 15 Julai 2011 - Walaupun terpaksa mengharungi hujan, orang ramai tetap meneruskan candlelight vigil demi enam aktivis PSM (Parti Sosialis Malaysia) yang ditahan.

Mereka yang menghadiri perhimpunan terdiri daripada ahli PSM, ahli keluarga aktivis-aktivis yang ditahan, para penyokong serta para pemimpin masyarakat.

Pada perhimpunan malam ini lebih ramai ahli keluarga yang hadir, ini disebabkan ahli keluarga telah dibenarkan berjumpa dengan mereka yang ditahan. Ibu Dr Michael Jeyakumar Devaraj turut sempat melawat beliau pagi ini.

Kesediaan para hadirin mengharungi hujan yang menyebabkan mereka basah dan kesejukan menunjukkan semangat yang tidak luntur dalam menuntut kebenaran dan keadilan demi mereka yang ditahan.

Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan lima lagi; Sukumaran a/l Munisamy, Letchumanan a/l Aseer Patham, Choo Chon Kai, Sarasvathy a/p Muthu, dan Sarat Babu a/l Raman ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.

Esok, candlelight vigil dijadualkan diadakan di Bukit Bintang.




Nuffnang