Ahad, 21 Ogos 2011

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Prime Minister must prove his sincerity and commitment to true electoral reforms

Posted: 21 Aug 2011 08:36 PM PDT

Don’t just ‘cari makan’, take a stand | Free Malaysia Today

Posted: 21 Aug 2011 07:56 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG di MASJID NURUL AMIN sumbang anak yatim duit raya

Posted: 21 Aug 2011 09:40 AM PDT



Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Mengenang Jasa Guru-Guru Pasti

Posted: 21 Aug 2011 05:09 PM PDT

Mengagihkan Mesra Dan Kasih Sayang

Posted: 21 Aug 2011 01:42 AM PDT

魏宗贤文打烟之声 Gwee Tong Hiang for Bentayan

魏宗贤文打烟之声 Gwee Tong Hiang for Bentayan


民主行动党文打烟区州议员魏宗贤分发小国旗与民共庆国庆日

Posted: 20 Aug 2011 08:13 PM PDT

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Menghadiri Majlis Perayaan Tahunan Kuil Muthu Mariamman

Posted: 21 Aug 2011 12:04 AM PDT

Pada 12 Ogos 2011 yang lepas, perayaan tahunan telah diadakan di Kuil Muthu Mariamman yang terletak di Batu 3 1/2 Jalan Kampung Jawa, Klang.

Perayaan yang diadakan itu mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk di kawasan tersebut walaupun hujan turun renyai-renyai.

ADUN Seri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar hadir bersama isterinya, Puan Sheila Devaraj memenuhi jemputan ke majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Dr Xavier mrnyentuh agar keutamaan harus diberikan pada masa sembahyang, khususnya kepada kanak-kanak dan muda-mudi supaya dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang negatif.

Sumbangan sebanyak RM5,000 telah diberikan kepada pihak kuil. Beliau juga meluangkan masa untuk mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa kuil mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak kuil.

















Menghadiri Upacara Perayaan Thiruvilleku Poojai di Taman Sentosa

Posted: 20 Aug 2011 02:00 AM PDT

Upacara perayaan Thiruvilleku Poojai telah diadakan pada 12 Ogos 2011 yang lepas di Kuil Raja Rajeswari Taman Sentosa, Klang.

Upacara perayaan ini diadakan pada bulan Ogos dan mengikut kalendar Tamil pada bulan Aadi dan pada hari Jumaat akhir minggu keempat setiap tahun.

Upacara ini dilakukan khasnya kepada golongan wanita dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Sentosa.

YB Dr Xavier Jayakumar, selaku ADUN Seri Andalas dan isterinya, Puan Sheila Devaraj telah memenuhi jemputan khas ke upacara yang diadakan.


Upacara perasmian disempurnakan dengan menyalakan kuthuvilleku oleh Dr Xavier dan isteri.









i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PAS KG. BAHAGIA SAMPAIKAN SUMBANGAN AIDILFITRI

Posted: 21 Aug 2011 04:21 AM PDT


TELUK INTAN, 21 Ogos - PAS Cawangan Kg. Bahagia melalui Lujnah Kebajikan meneruskan tradisi menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan bersempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di perkarangan Bilik Gerakan Pemuda PAS Kg. Bahagia. Majlis telah dihadiri oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.

Di dalam ucapan aluan, Ketua Lujnah Kebajikan Sdr. Fauzi Kamaruddin bersyukur kepada Allah SWT kerana pihak cawangan telah mengadakan program seumpama itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan sumbangan sehingga berjayanya majlis tersebut.
Hj. Ismail Abd. Rashid, Ketua Penerangan cawangan telah mengacarakan majlis.

Ucapan berbentuk tazkirah daripada YB Anuar.

Pn. Hjh. Faridah Rajiah (tengah) bersama pimpinan muslimat cawangan.

Sementara itu, di dalam ucapan, YB Anuar menyeru kepada umat Islam agar merebut peluang sepuluh malam terakhir dengan meningkatkan lagi ibadah yang telah ditawarkan oleh Allah SWT dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat itu. Beliau juga berkata bahawa, bulan Ramadhan menyaksikan manusia berlumba-lumba melakukan kebajikan.

"Alhamdulillah, kita diberikan peluang oleh Allah untuk melakukan banyak aktiviti kebajikan dan pada masa yang sama kita meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Maka konsep hablumminannas dan hamblumninallah telah dapat kita laksanakan dengan baik sekali dalam bulan ini."
Sdr. Abd. Latif Abdullah membacakan doa selamat.


Menurut beliau lagi, inilah yang digagaskan oleh PAS menerusi konsep Negara Berkebajikan dengan menjaga hubungan sesama manusia serta menjaga hubungan dengan Allah. Oleh kerana itu, rakyat sepatutnya memilih pemimpin yang takut kepada Allah agar negara dapat diurus dengan baik  dan mendapat  keampunan Allah menerusi negara baldatun toiyyibatun warobbul ghafur.
Pn. Hjh. Faridah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim.

Seorang penduduk kampung menerima sumbangan daripada YB Anuar.

Kemudian, YB Anuar dan isteri telah menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan yang terdiri daripada 35 orang anak yatim  dan 52 orang fakir miskin, ibu tunggal dan warga OKU.

Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sdr. Rahmat Maliki, Timbalan Ketua DHPP Kawasan Sdr. Sarguna, Naib Ketua Pemuda Kawasan Sdr. Esma Hafiz serta pimpinan PAS cawangan.

intanhijau.blogspot.com

PAS DAN PKR CAWANGAN SG. SAMAK GOTONG ROYONG MASAK DODOL AIDILFITRI

Posted: 20 Aug 2011 08:55 PM PDT

 
TELUK INTAN, 20 Ogos - Atas semangat keprihatinan dan keakraban sesama Pakatan Rakyat maka PAS Cawangan dan PKR Ranting Sg. Samak telah berpakat memasak dodol secara gotong-royong. Aktiviti tersebut sebenarnya telah menjadi amalan sejak beberapa tahun lepas. 
 
Selain dapat mengukuhkan hubungan sesama PR, dodol yang siap dimasak itu akan diagihkan kepada penduduk kampung yang bakal disampaikan oleh ADUN Changkat Jong sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
Tuan Haji Munsarih (berbaju Melayu) selaku tuan rumah bersama Sdr. Tajuddin, Setiausaha PAS Cawangan.
Jika tahun lepas, aktiviti tersebut diadakan di rumah Ketua Cawangan PAS, Sdr. Saifuddin Hamid maka pada tahun ini ia telah diadakan di rumah Bendahari Cawangan PAS, Tn. Hj. Munsarih bin Marzuki. Aktiviti tersebut telah dihadiri oleh ramai ahli kedua-dua parti di mana sebahagian besar adalah dalam kalangan pemuda.

Ketua Ranting PKR Sg. Samak merangkap Naib Ketua Cabang PKR Teluk Intan turut hadir.
Turut hadir ialah Ketua Wanita PKR Cabang Teluk Intan, Pn. Rosinah bt. Harun.

Sdr. Saifudin,  Ketua PAS Cawangan Sg. Samak turut ambil bahagian.

Pemuda PAS dan PKR sedang bertungkus lumus mengacau dodol.


Dodol sudah siap...!

 
Sumber : wann-annur.blogspot.com

NOVELIS AZIZI HJ. ABDULLAH MENINGGAL DUNIA

Posted: 20 Aug 2011 08:20 PM PDT


GEORGETOWN, 21 Ogos: Novelis terkenal tanahair, Haji Azizi Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi.

Rakan sekerjanya di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Zulkifli Mohd Yusuf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Jenazah Allahyarham Haji Azizi akan dibawa pula ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini.

Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan.(harakahdaily)

PERKASAKAN PARTI, RAPATKAN PERSAUDARAAN - PJ PERAK

Posted: 20 Aug 2011 04:16 PM PDT


TELUK INTAN, 20 Ogos - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin menyeru agar ahli-ahli PAS Perak memperkasakan parti serta merapatkan persaudaraan sesama ahli agar segala gerak kerja parti dapat dijalankan dengan lancar dan lebih efektif. Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan tazkirah dalam majlis Iftar Jamaie PAS Perak peringkat Zon Selatan Dua. Majlis tersebut telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kg. Padang Tembak dekat sini. Majlis berbuka tersebut melibatkan lima kawasan iaitu Teluk Intan, Bagan Datoh, Pasir Salak, Tapah dan Tanjung Malim. 
Ustaz Abu Bakar bersama Ustaz Misbah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Selain itu, beliau meminta setiap PAS kawasan di negeri Perak memperbanyakkan lagi program-program kebajikan dalam bulan Ramadhan ini.

"Bulan Ramadhan sebenarnya banyak membantu kita (PAS) menyusun pelbagai program berbentuk kebajikan seperti penyampaian sumbangan kepada fakir miskin, memberi makan orang berbuka puasa, tadarus al Qur'an dan sebagainya. InsyaAllah, apa yang kita lakukan di sepanjang Ramadhan itu merupakan salah satu model ke arah merealisasikan Negara Berkebajikan yang ditunjukkan kepada rakyat."

"Malah, bertadarus itu sendiri merupakan usaha kebajikan ilmu kepada rakyat kerana dengan bertadarus rakyat mendapat ilmu serta pengajaran daripada al Qur'an. Kita sekarang mahu mengilmukan rakyat berbanding UMNO BN yang suka akan rakyat sentiasa di dalam kejahilan agama agar mereka mudah menipu rakyat," tambah beliau lagi.


Akhir sekali, Pesuruhjaya PAS Perak juga mengarahkan setiap jentera pilihanraya kawasan dan cawangan melipatgandakan lagi persiapan bagi menghadapi PRU13 yang boleh berlaku pada bila masa-masa sahaja.

Antara pimpinan PAS negeri yang hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha PAS Negeri Dr. Hj. Muhaimin Sulam dan Bendahari PAS negeri. Selain itu,  Yang DiPertua PAS kawasan Teluk Intan, Bagan Datoh, Pasir Salak, Tapah dan Tanjung Malim turut hadir  bersama ahli-ahli jawatankuasa kawasan serta ahli-ahli cawangan.

Program telah bermula dengan tahlil, berbuka puasa, solat Maghrib dan Isya', solat tarawih dan diakhiri dengan tazkirah. Antara objektif program ialah untuk merapatkan hubungan antara PAS negeri dengan PAS kawasan.
intanhijau.blogspot.com

Nuffnang