Ahad, 21 Ogos 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Menghadiri Majlis Perayaan Tahunan Kuil Muthu Mariamman

Posted: 21 Aug 2011 12:04 AM PDT

Pada 12 Ogos 2011 yang lepas, perayaan tahunan telah diadakan di Kuil Muthu Mariamman yang terletak di Batu 3 1/2 Jalan Kampung Jawa, Klang.

Perayaan yang diadakan itu mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk di kawasan tersebut walaupun hujan turun renyai-renyai.

ADUN Seri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar hadir bersama isterinya, Puan Sheila Devaraj memenuhi jemputan ke majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Dr Xavier mrnyentuh agar keutamaan harus diberikan pada masa sembahyang, khususnya kepada kanak-kanak dan muda-mudi supaya dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang negatif.

Sumbangan sebanyak RM5,000 telah diberikan kepada pihak kuil. Beliau juga meluangkan masa untuk mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa kuil mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak kuil.

















Menghadiri Upacara Perayaan Thiruvilleku Poojai di Taman Sentosa

Posted: 20 Aug 2011 02:00 AM PDT

Upacara perayaan Thiruvilleku Poojai telah diadakan pada 12 Ogos 2011 yang lepas di Kuil Raja Rajeswari Taman Sentosa, Klang.

Upacara perayaan ini diadakan pada bulan Ogos dan mengikut kalendar Tamil pada bulan Aadi dan pada hari Jumaat akhir minggu keempat setiap tahun.

Upacara ini dilakukan khasnya kepada golongan wanita dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Sentosa.

YB Dr Xavier Jayakumar, selaku ADUN Seri Andalas dan isterinya, Puan Sheila Devaraj telah memenuhi jemputan khas ke upacara yang diadakan.


Upacara perasmian disempurnakan dengan menyalakan kuthuvilleku oleh Dr Xavier dan isteri.









Tiada ulasan:

Nuffnang