Sabtu, 22 Jun 2013

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Mula Menulis (Memoir)

Posted: 22 Jun 2013 04:57 PM PDT

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Redefining the Malay Agenda - Zaid Ibrahim

Posted: 22 Jun 2013 08:47 PM PDT

Philosophy Politics Economics

Philosophy Politics Economics


EO Repeal Not An Excuse for Rising Crime

Posted: 22 Jun 2013 06:17 PM PDT


In recent weeks, we have heard various police officers at the local level explaining to residents that one of the key reasons for the increasing rate of crime is because of the repeal of the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance in September 2011.

The Malaysian Insider reported yesterday that Senior Federal police officers, speaking on the condition of anonymity claimed preventive laws such as the Restricted Residence Act (RRA) 1933 had been useful against hardcore criminals and syndicate kingpins.

This isn't the first time the Police are laying the blame on the repeal of the Emergency Ordinance and the RRA as the causes for rising spate of crime.

In June 2012, Selangor's deputy police chief, Datuk A Thaiveegan suggested the repeal of the Emergency Ordinance (EO) may have caused a hike in the state's crime rate due to the number of suspects who could have returned to a life of felony instead of reforming.  He told Malaysiakini that "…we see there is a rise in crime (recently) because they've been in (detention) for too long, they need 'exercise', so they come out and immediately they carry out their activities".  He did admit that he was only speculating by providing the caveat that he "can't confirm yet (because of the EO)".

However now, the police appear to be pleading helplessness in the fight against crime.  The sources told The Malaysian Insider, "we do not just randomly pick people off the streets and put them into detention centres. Police also gather information and statements from witnesses and verify them… But now that the government has done away with preventive laws, it is very difficult to fight these criminals with one hand tied behind our backs."

If the Police are indeed able to gather the necessary "information and statements from witnesses and verify them", then why is it that they are not able to prosecute them in court and send them to jail?

This is a shocking state of affair because are the Police telling us that if they are unable to jail suspects without trial, then they are unable to fight crime in the country?  Are the police claiming to be so incompetent that they are unable to investigate with all required evidence to bring these alleged criminals to court and make them pay for their crimes via the rule of law?

In that case, we might as well dispense with the Court of Law altogether since the Police and the Attorney-General will find it easier to send these alleged criminals to jail and detention without trial.

In the safe cities of Hong Kong, Tokyo, London or even Singapore, none of these countries utilise "detention without trial" to keep crime low or negligible.  Their criminal investigation departments are able to detain and prosecute these criminals for the crimes they have committed with the necessary investigation and evidence.  Why is it that the Malaysian police are unable to do the same?  Are the police claiming that Malaysian criminals are more intelligent and more organised in their activities to avoid detection and prosecution?

The Malaysian Police has failed to concede that the real reason behind the weaknesses in fighting crime is the sheer misallocation of resources within the force.  Over the past 8 years, the criminal investigation department (CID) comprises barely 9% of the police force. In stark contrast, 41% of uniformed police perform management functions, while 31% are tasked with internal security and public order such as the Federal Reserve Unit (FRU), the Light Strike Force as well as the General Operations Force.

Even the Special Branch of the police has nearly the same number of personnel as the CID.  In fact the Budget figures in 2010 showed that the police produced 733,237 reports and security checks by the Special Branch, but only 211,645 criminal investigation papers. So Special Branch produced more than three times as many reports as the CID.

The 2005 Royal Commission of Inquiry (RCI) Report has recommended about 20,000 uniformed personnel or 22% of the force could be reassigned to go back to active core policing work. Unfortunately this recommendation was never taken seriously by the Home Ministry.

The Home Ministry and the Malaysian police must stop giving excuses to the rising spate of crime.  It must accept the findings of the Royal Commission of Inquiry carried out 8 years ago, and implement all the necessary measures to improve the effectiveness and professionalism of the police force.  The failure to do so will only see crime persist at high and increasing levels, making Malaysia unsafe not only for its citizens, but also as a conducive country of business and investment.

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Update. .. Jln TAR

Posted: 21 Jun 2013 09:06 PM PDT

Update #KL622

Posted: 21 Jun 2013 05:18 PM PDT

Candid suasana pg di KL dan Padang Merbok

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on B K Sidhu’s source said “AirAsia X IPO over subscription rate is 3 to 4 times”! by Hong

Posted: 21 Jun 2013 09:36 PM PDT

Thank God that there was no verbiage from this junkyard journalist. Well, the retail price of the junkyard journalist preferred AAX retail price is only RM1.20. Calling herself a journalist with writting propaganda for AAX, AA and TF.

No credibility already. A “journalist” with no credibility is just a bullshitter. There are several in the Star. June Wong is another one.

SUARA PERAK

SUARA PERAK


ADAKAH BORANG PENAMAAN CALON SPEAKER BN PERAK SAH?

Posted: 21 Jun 2013 10:46 PM PDT

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉


Launching for Penang Artist Favourite II

Posted: 21 Jun 2013 08:16 PM PDT



At launching ceremony for the Directory of Artist Favourite II with CM Lim Guan Eng and Dato Tan Hong Yin.(Photo courtesy of Buletinmutiara FB)

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Husam dibawa ke IPD Pengkalan Chepa Harakahdaily, 22 Jun 2013

Posted: 22 Jun 2013 06:47 AM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Husam Musa yang ditahan di Balai Polis Ampang petang tadi, kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Chepa, Kelantan.

Menurut maklumat yang diterima Harakahdaily, Adun Salor itu dibawa dengan kereta proton Waja polis kira-kira jam 6 petang tadi.



.Beliau dijangka tiba di IPD Pengkalan Chepa lewat malam ini.

Difahamkan waran tangkap terhadap Husam dikeluarkan polis Kelantan pada 20 Jun lalu.

Terdahulu, kira-kira jam 4 petang tadi Husam melalui khidmat pesanan ringkas SMS memaklumkan bahawa beliau ditahan di Desa Pandan ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Himpunan Aman Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Beliau memaklumkan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai 'syahid fi sabilillah' berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok hari ini.

Dalam perkembangan lain, penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini.

Himpunan tamat, aman tanpa provokasi

Posted: 22 Jun 2013 04:08 AM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -


5.45pm: Penganjur mengumumkan himpunan aman Black 505 secara rasminya tamat. Bagaimanapun mereka turut memaklumkan terdapat sekitar 30 khemah anak muda yang akan berkhemah di Padang Merbok sehingga tuntutan agar SPR meletak jawatan ditunaikan.

Penganjur menjangkakan jumlah itu akan mencecah kepada sekurang-kurang 100 khemah menjelang malam ini

Kualiti udara Muar sangat berbahaya, IPU catat 453

Posted: 22 Jun 2013 03:58 AM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -

MUAR: Kualiti udara di daerah Muar kini berada pada tahap sangat berbahaya dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 453 pada pukul 4 petang hari ini.
Pengerusi Bencana Alam (Pencemaran Udara dan Jerebu) Daerah Muar, Abdul Rahman Mohamed Dewam, berkata kualiti udara di daerah itu mencatat kemerosotan sejak awal pagi dengan bacaan IPU 276 pada 7 pagi, 312 (8 pagi), 338 (9 pagi), 360 (10 pagi) dan 373 (11 pagi hingga 12 tengah hari).


"Keadaan jerebu di Muar semakin buruk hari ini. Bagi mencegah dan memastikan kesan jerebu dapat dikurangkan, Bilik Gerakan Bencana Alam (Pencemaran Udara dan Jerebu) akan merangka pelan tindakan dan melakukan pemantauan melibatkan lapan agensi kerajaan di sini," katanya ketika dihubungi di sini.
Abdul Rahman yang juga Pegawai Daerah Muar, berkata agensi yang terlibat ialah Majlis Perbandaran Muar (MPM), pejabat tanah, polis, pejabat pendidikan daerah, bomba, pejabat kesihatan, pejabat pertanian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Beliau berkata MPM akan melakukan rondaan dan pemantauan kebakaran terbuka termasuk tapak pelupusan, pembuangan sampah, tapak pembinaan, tepi jalan dan taman-taman perumahan sebelum memaklumkan kepada bomba untuk tujuan pemadaman.
Katanya Pejabat Tanah pula akan mengarahkan kuari dan lombong untuk menghadkan aktiviti bagi mengurangkan kesan jerebu manakala polis meronda bagi memantau kegiatan pembakaran terbuka.
"Pejabat Pendidikan Daerah pula memberi nasihat mengurangkan aktiviti di luar bilik darjah apabila sekolah dibuka semula selain mengenal pasti sekolah-sekolah yang perlu dibekal dengan penutup hidung dan mulut," katanya.
Menurutnya bomba juga akan melakukan rondaan dan pemantauan kebakaran terbuka serta menghantar laporan setiap dua jam jika berlaku pembakaran terbuka manakala pejabat kesihatan daerah perlu menasihati orang ramai mengenai langkah penjagaan kesihatan.
Pejabat Pertanian daerah akan memantau kawasan pertanian bagi mencegah petani atau pekebun melakukan pembakaran terbuka manakala JPJ memantau kenderaan yang mengeluarkan asap hitam.
Sementara itu, di JOHOR BAHRU, Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Alam Sekitar ketika dihubungi berkata bacaan IPU di Pasir Gudang, Kota Tinggi dan Larkin Lama tidak banyak berubah setakat 4 petang.
Jurucakap itu berkata IPU di Pasir Gudang mencatatkan bacaan 190, Kota Tinggi (192) manakala Larkin Lama (170), yang kesemuanya pada paras tidak sihat.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Md Jais Sarday, berkata keputusan untuk membuka semula sekolah pada Isnin ini di beberapa daerah yang ditutup berikutan masalah jerebu akan diketahui esok.
Beliau berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Johor untuk memantau keadaan petang esok sebelum menentukan sama ada sesi persekolahan dapat dijalankan.
"Jabatan Pendidikan Johor akan menggunakan budi bicara mereka dalam membuat keputusan terbaik dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan nasihat Majlis Keselamatan Negara dalam menjamin keselamatan pelajar," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian program Kenali Asean 2013, di sini, hari ini.
Sebanyak 211 sekolah di Muar dan Pasir Gudang mula ditutup sejak dua hari lepas ekoran peningkatan bacaan IPU, diikuti sekolah-sekolah di Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang, semalam. - BERNAMA

Anwar ,jangan sia-siakan perjuangan ini.

Posted: 22 Jun 2013 03:34 AM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -

5.50pm: Padang Merbok - Sebanyak 30 buah khemah  telah didirikan di atas Padang  Merbok. 

Jurucakap SMM, Ehsan berkata, mereka menjangkakan seramai  100 orang  yang akan berkhemah pada hari ini. 



kl black505 event 220613Pada ketika ini juga orang ramai mula bersurai dari Padang Merbok.
5.30pm: Padang Merbok - Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu para peserta bahawa beliau tidak berkunjung ke Indonesia untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, beliau juga memberitahu presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berhubung alasan Pakatan menolak keputusan pilihan raya.

"Saya jelaskan bahawa kami mendapat majoriti undi dan beliau faham," katanya.

Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada pasukan polis kerana membantu perhimpunan hari ini dan tidak mengadakan sekatan.

5.10pm: Padang Merbok - 
Salahudin Ayub berkata walaupun beliau kalah dalam pilihan raya, tetapi beliau telah berjanji akan teruskan perjuangan 'Black 505'.

NONE"Saya tak akan lari dan berundur, selagi BN tidak undur dan tersungkur dari bumi Malaysia.

"Kawan Tiong chua kata, kalau saya tak menang pilihan raya boleh pergi Hong Kong, boleh berlakon filem sebab muka saya macam Jackie Chan. Tapi itu bukan pilihan saya, 

"Saya di sini untuk tumbangkan mereka tak lama lagi. Kita perlu berjuang hari ini, esok, bulan depan, selagi tak selesai.Kita berjuang atas nama kebenaran," katanya.

Dalam ucapan sebelum itu, aktivis mahasiswa Adam Ali merayu rakyat supaya keluar daripada zon selesa dan merayu supaya pertahankan Dataran Merbok sehingga kepimpinan SPR letak jawatan. 

"Mahu seluruh turun ke Dataran Merbok perlu pertahan, jangan dirampas kembali kepada kuasa yang angkuh. 

"Jangan sia-sia perjuangan ini. Nak menang perlu perjuang terlebih dahulu. Kita datang untuk menang bukan untuk pulang. Kita akan robek kekuasaan BN," katanya.

4.50pm: Padang Merbok - 
Aktivis Hishamuddin Rais dalam ucapannya berkata beliau sering berpendapat bahawa usaha untuk menukar kerajaan melalui pilihan raya adalah jalan yang mustahil.

"Saya sering katakan, mustahil.
"(Caranya) Jalan raya, jalan raya," katanya berulang kali.
Beliau memberi amaran bahawa golongan anak muda akan terus berkhemah di Padang Merbok sekiranya pemimpin SPR tidak meletak jawatan pada hari Isnin.

4.40pm: Padang Merbok - 
Dua orang pegawai penguatkuasa DBKL tiba ke kawasan  khemah yang didirikan dan meminta para peserta untuk merobohkan struktur tersebut.

kl black505 event 220613Seramai 20 orang peserta yang tidak berpuas hati dengan amaran itu kemudiannya mengerumuni dan mengasak pegawai tersebut.

Salah seorang daripada pegawai tersebut kemudiannya beredar dari kawasan tersebut.

Namun rakannya membalas asakan para peserta dan menolak salah seorang dari anggota kumpulan terbabit sehingga individu tersebut terjatuh.

Susulan itu, pegawai terbabit terpaksa diiring oleh sekumpulan kira-kira 10 orang pegawai DBKL lain serta unit amal PAS sehingga ke satu van milik DBKL.

Van tersebut kemudiannya dikerumun oleh sekumpulan 50 orang lagi peserta himpunan yang kelihatan marah dengan tindakan pegawai tersebut sebelum itu.

Pegawai tersebut kemudiannya dibawa meninggalkan kawasan itu dengan satu kenderaan lain, dengan iringan polis

Terkini : Gambar Dato' Husam di Balai Polis Ampang

Posted: 22 Jun 2013 03:21 AM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Naib Presiden PAS,  Dato Husam Musa yg dilaporkan di tahann pihak Polis dan di bawa ke Balai polis Ampang petang ini. (Gambar WhatsApp : Anissofyan)



Sekitar Himpunan Black 505

Posted: 22 Jun 2013 03:18 AM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Para peserta Perhimpunan Black 505 berarak menuju ke Padang Merbok di Kuala Lumpur pada petang Sabtu. Foto NORAFIFI EHSAN/The Star 

Lampu Isyarat Dan Jalan Baru Taman Delight Masih Tutup

Posted: 22 Jun 2013 02:20 AM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -


MIRI – Penduduk di Taman Tunku menanti dengan penuh harapan sampai bila lampu isyarat boleh digunakan setelah sekian lama tidak berfungsi di jalan baru Taman Delight, kawasan perumahan Lambir.


Penduduk di kawasan perumahan Taman Tunku dan kawasan sekitarnya mengadu yang pihak berkenaan ada berjanji untuk membuka jalan baru tersebut dan lampu isyarat boleh digunakan sebelum PRU13 yang lalu tetapi sehingga kini lampu isyarat tersebut masih tidak berfungsi.

Begitu juga dengan selekoh jalan yang agak sempit dan amat merbahaya kepada pengguna jalanraya sekiranya mereka tidak berhati-hati memandu ketika berada dalam kawasan simpang jalan tersebut lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Kita mengesa pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan seharusnya sudah membuka laluan atau jalan baru tersebut kepada pengguna jalanraya untuk mengurangkan kesesakan jalanraya semasa waktu kemuncak.

Diharap jalan baru tersebut perlu dibaikpulih sepenuhnya dengan baik agar ianya selamat untuk pengguna jalanraya disamping lorong selekoh yang berdepan dengan lampu isyarat tersebut perlu diperbesarkan agar ianya tidak merbahaya kepada pengguna jalanraya.

Semoga pihak yang berkenaan dapat bertindak segera mengatasi masalah ini untuk menjaga keselamatan dan kemudahan kepada pengguna jalan dalam kawasan perumahan itu. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Lebih 55, 000 hadir Himpunan Black 505

Posted: 22 Jun 2013 02:11 AM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -

4.55pm:Penganjur mengumumkan beberapa khemah yang didirikan oleh sekumpulan pemuda di kawasan luar himpunan di rampas dan beberapa orang dari mereka ditahan.


4.50pm: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berucap. Beliau berkata beliau telah selesai membuat post mortem PRU14 dimana Pakatan 'kalah lagi' pada PRU14.

"Saya dah selesai PRU14 di mana Pakatan kalah pada PRU14," katanya membuatkan hadirin terkedu seketika.

"Jikalau himpunan hari ini, sidang parlimen tak lama lagi, tidak merubah peranan SPR, maka setiap kali pilihan raya, kita hanya buat post mortem kenapa PR kalah," katnya memberi penjelasan.

Menurutnya, himpunan hari ini kerana rakyat mahukan pilihan raya yang adil.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat pengerusi dan kakitangan SPR yang sudah diragui integriti mereka.

4.45pm: Aktivis Mahasiswa Safwan Anang turut berucap. Beliau menamakan SPR sebagai Suruhanjaya Penipu Rakyat.

Katanya, kehadiran hari ini penuh dengan kecintaan kepada negara. Mendesak SPR sedia ada meletakkan jawatan demi masa Malaysia yang lebih baik.

4.30pm: Penganjur melalui pengerusi majlis, Johari Abdul sekali lagi mengumumkan kehadiran terkini yang sudah mencecah 55,000 orang.

Husam ditahan mengikut Akta Hasutan

Posted: 22 Jun 2013 01:55 AM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -

  • Naib presiden PAS Husam Musa dipetik dari laporan portal Malaysiakini dipetik sebagai berkata beliau hari ini ditahan polis untuk siasatan mengikut Akta Hasutan. 


    Husam dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

    Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan satu kenyataannya, seperti disiarkan Harakahdaily, yang menganjurkan kehadiran ke perhimpunan 'Black 505' hari ini.

    Dalam kenyataan yang disiarkan Isnin lalu, Husam antara lainnya berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah.


    "Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam.

    "Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat.

    "Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Terkini Himpunan Black 505

Posted: 22 Jun 2013 01:37 AM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-


4.20pm: Penganjur mengumumkan ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah.


Pengumuman itu disambut sorakan oleh puluhan ribu peserta yang hadir.

4.18pm: Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr Hatta Ramli berkata, rakyat tidak boleh memafkan segala penipuan yang dibuat oleh SPR.

"Tiada maaf bagimu. Tan Sri Aziz mesti letak jawatan.

"Sudah ada bayang-bayang bahawa himpunan Black 505 sebelum ini mendatangkan kesan.

"Bunyi-bunyinya pengerusi SPR akan ditukar. Namun hari ini memuktamadkan bahawa pengerusi SPR memang perlu ditukar," katanya.

4.15pm: Naib presiden PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS dilapor berkata beliau ditahan dan dibawa ke balai polis Ampang.

Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ianya dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya berhubung mati syahid.

Penganjur turut mengesahkan turut menerima laporan penahanan itu.

4.10pm: Pengerusi Jihad For Justice Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berucap. Beliau menarik perhatian peserta dengan dua buah lagu tamil yang bertajuk "Umno curi", dan "Rosmah buka pintu".
4.00pm: Sekarang, wakil-wakil NGO mula berucap. Pada masa yang sama penganjur mengumumkan kutipan dana untuk petisyen PRU13.

3.55pm: Peserta tersentak apabila Nizar secara tiba-tiba mengumumkan kehadiran 'YAB' Rosmah Mansor. Ketika itu adalah kehadiran Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isteri Normah Alwi.

Pengumuman itu sekaligus menyeyapkan seketika suasana bising sebelum itu.


3.50pm: Bekas MB Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin turut berucap. Beliau menceritakan berhubung lapan petisyen yang dikemukakan PAS Perak.

Katanya terdapat bukti dalam satu Dun terdapat 10 orang yang ada sijil kematian, tetapi direkodkan 'bangun' mengundi pada 5 Mei lalu.

"Ada juga kes dalam satu Dun di mana 74 pengundi yang ada dalam projek IC Sabah mengundi ke Perak pada 5 Mei lalu.

"Ada juga bukti borang 14 yang diwarta SPR tidak sama dengan borang 14 yang diberikan kepada polling agent," katanya.

3.40pm: Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa berucap. Katanya, keberanian rakyat turun hari ini kerana sedar hak berhimpun secara aman termaktub dalam perlembagaan dan tiada pihak boleh menghalang hak tersebut.

Beliau juga berkata, himpunan ini juga kerana mahu mengusi 'penipu' dalam SPR.

Penipuan tersebut termasuk janji dakwat kekal yang tidak kekal.

"Kita datang petang ini ada tuntutan yang jelas. Kita ada penipu dalam SPR. Penipu utama pengerusi SPR, penipu lagi besar adalah timbalan pengerusi SPR

"Mereka beli dakwat kekal yang tidak kekal. Apa kita boleh anggap kepada mereka ini? Penipu...

"Apa kita nak buat kepada mereka ini? Kita Desak mereka letak jawatan...," katanya.


3.27pm: Mazlan Aliman dalam ucapannya pula berkata, bantahan rakyat akan dibuat secara berterusan selagi mana pimpinan SPR tidak diubah.

"Meskipun BN mendabik dada mendapat mandat rakyat tetapi hakikatnya mandat mereka adalah tipu dan palsu

"Penegasan kita selagi mana SPR tidak diubah kita lawan tetap lawan, lawan sampai menang," katanya.

3.25pm: Giliran Nik Nazmi berucap. Beliau memulakan ucapan dengan merakam ucapan terima kasih kepada peserta yang hadir. Ucapan sama ditujukan kepada pasukan keselamatan yang memberi kerjasama baik kepada penganjuran himpunan hari ini.

"Pasukan keselamatan tidak menghalang kita, yang mahu halang kita adalah menteri Umno BN," katanya.

3.20pm: Wakil NGO Royalti dijemput berucap. Presiden R, Nazri Deraman mengulas hak pembayaran royalti yang dinafikan oleh kerajaan Pusat.

Katanya hak mendapat royalti juga telah dinafikan apabila berlaku penipuan pada pengundian PRU13 lalu.


3.15pm: Johari Abdul mengumumkan jumlah kehadiran di Padang Merbok setakat ini mencecah 30,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum.

Masih ramai lagi kumpulan yang sedang menuju ke sini.

3.10pm: Pengerusi majlis mengumumkan ketibaan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di pentas utama antaranya Ustaz Idris Ahmad, Nasrudin Hassan, Nik Abduh, Salahudin Ayub, Nurul Izzah, Siti Zailah, Datuk Raja Kamarul Bahrin serta selebriti Abby Abadi.

3.00pm: Khalid Samad mula berucap. Ucap terima kasih kepada rakyat yang berani hadir walaupun diugut dengan kenyataan-kenyataan bersifat provokasi untuk menakutkan rakyat.

"Tapi hari ini kita buktikan kita masuk ke sini dengan aman," katanya.

Dulu katanya, rakyat disembur dengan gas, rakyat dihalang, tetapi kini kerajaan mula sedar dengan kekuatan rakyat.

Beliau turut mengulangi tuntutan himpunan hari ini iaitu mendesak seluruh pimpinan SPR meletak jawatan dan diganti dengan kepimpinan baru

"Kita juga minta semua kawasan yang ada petisyen sama ada dari Pakatan atau dari BN, buat balik pilihan raya kecil selepas pimpinan SPR baru dilantik," tegasnya.

Satu lagi tuntutan adalah jangan membuat persempadan semula selagi kepimpinan baru SPR tidak ditukar.

"Kalu tidak persempadanan ini hanya akan dibuat untuk memberi kemenangan Umno BN sahaja," katanya.

2.50pm: Laungan Aziz penipu bergema di Padang Merbok. Laungan itu diketuai Johari Abdul selaku pengerusi majlis hari ini.

2.45pm: Bekas Speaker Dun Perak, Sivakumar berucap di pentas utama. Menyingkap kembali peristiwa rampasan kuasa di Perak selepas PRU 2008 lalu. Beliau turut menceritakan kembali peristiwa beliau diusung keluar dari Dun Perak dan dikurung sewaktu BN mahu melantik speaker baru.

Beliau turut menegaskan, Pakatan Rakyat Perak juga menang undi majoriti berbanding BN. Persidangan Dun Perak akan datang juga katanya tentu panas dengan kekuatan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

2.40pm: Padang Merbok- Sudah ramai peserta tiba dan memenuhi Padang Merbok. Di atas pentas utama, ucapan sudah dimulakan.

Badrul Hisham Shahrin bersama Datuk Johari Abdul mempengerusikan majlis. Beberapa pimpinan Pakatan bergilir-gilir berucap sambil menunggu kumpulan dari beberapa kawasan lain tiba.



2.50pm: Laungan Aziz penipu bergema di Padang Merbok. Laungan itu diketuai Johari Abdul selaku pengerusi majlis hari ini.

2.45pm: Bekas Speaker Dun Perak, Sivakumar berucap di pentas utama. Menyingkap kembali peristiwa rampasan kuasa di Perak selepas PRU 2008 lalu. Beliau turut menceritakan kembali peristiwa beliau diusung keluar dari Dun Perak dan dikurung sewaktu BN mahu melantik speaker baru.

Beliau turut menegaskan, Pakatan Rakyat Perak juga menang undi majoriti berbanding BN. Persidangan Dun Perak akan datang juga katanya tentu panas dengan kekuatan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

2.40pm: Padang Merbok- Sudah ramai peserta tiba dan memenuhi Padang Merbok. Di atas pentas utama, ucapan sudah dimulakan.

Badrul Hisham Shahrin bersama Datuk Johari Abdul mempengerusikan majlis. Beberapa pimpinan Pakatan bergilir-gilir berucap sambil menunggu kumpulan dari beberapa kawasan lain tiba.

2.35pm: Peserta dari Masjid Jamek juga kini bergabung dengan peserta dari Sogo menuju ke Padang Merbok.

Laporan langsung himpunan aman Black 505

Posted: 22 Jun 2013 12:09 AM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Himpunan aman Black 505 berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh ribuan peserta dari seluruh negara. Berikut adalah lintas langsung seperti yang kami petik dari Harakahdaily.

KUALA LUMPUR: Himpunan aman Black 505 di Padang Merbok akan bermula jam 2.00 petang ini. Beberapa lokasi telah ditetapkan oleh penganjur untuk berkumpul sebelum begerak ke Padang Merbok.

Ianya termasuk Masjid Negara, pusat membeli belah Sogo, Pejabat Agung PAS, Brickfields, Universiti Malaya serta Jalan Pekeliling.

Sejak awal pagi tadi orang ramai sudah mula memasuki ibu negara untuk menyertai himpunan ini bagi membantah penipuan yang berlaku pada Pilihan Paya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Rata-rata pimpinan utama Pakatan Rakyat menyatakan komitmen untuk bersama dalam himpunan ini.

Antara tuntutan utama himpunan hari ini adalah mendesak kepimpinan SPR meletakkan jawatan berikutan banyak kepincangan sewaktu mengendalikan PRU13 lalu.


[LAPORAN LANGSUNG]

2.25pm: Dianggarkan lebih 5,000 peserta kini bergerak dari Sogo selepas bergabung dengan kumpulan dari Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

2.20pm: Masjid Negara- Crowd masjid negara sudah bergerak dan bergabung dgn crowd dr jln sultan. Memimpin kumpulan dari Sini adalah Dr Dzulkefly Ahmad.

2.15pm: Sogo- Hidup hidup rakyat. Tumbang tumbang umno bn. Undur undur spr. Terus bergema di dpn Sogo. Wpun panas para peserta tidak berganjak dn terus mendgr amanat yg di sampaikan oleh para pimpinan PR.
Peganjur terus mngingatkan para peaerta himpunan aman agar menjaga tatatertib dan tidak pedulikan sbrg provokasi yg ditimbulkan.

Mereka turut dipesan agar mengelakkan provokasi kerana ini adalah himpunan aman.

Para pegguna jln raya membunyikan hon sbaik tiba di dpn sogo sbg nyatakansokongan kpd himpunan black 505. Para peserta kini bersedia bergerak ke Padang Merbok.


2.10pm: Kumpulan dari Pejabat Agung PAS kini sedang melepasi bangunan Maju Juntion menuju ke pusat membeli belah Sogo

Exco pemuda PAS, Sany Hamzan mengetuai laungan takbir dan jatuh SPR.

Tiga buah motorsikal berkuasa besar jadi marshal di hadapan. Crowd Jalan Raja Laut akan bergabung dengan crowd di Sogo.

2.10pm: Pejabat PAS - Laungan hidup rakyat, hidup keadilan, SPR letak jawatan serta takbir bergema sepanjang perjalanan dari Pejabat Agung PAS yang bermula sebentar tadi.

Unit Amal turut membuat benteng manusia dan pihak polis beri kerjasama baik mengawal lalulintas.

2.05pm: Brickfield - Naib Presiden PKR Nurul Izzah berucap sebelum mengetuai kumpulan di sini untuk bergerak ke Padang Merbok. Beliau membidas kenyataan ketua polis KL bahawa himpunan hari ini mahu mencetuskan huru-hara.

Beliau juga menyatakan komitmen untuk membawa isu kepincangan PRU13 lalu ke Dewan Rakyat termasuk mendesak bos SPR meletakkan jawatan.

Turut serta bergerak dari sini adalah aktivis Bersih, Hishamuddin Rais.


2.00pm: Masjid Negara - Dr Dzulkefly berucap. Beliau berkata jika kepimpinan SPR tidak bersedia utk turun, rakyat akan pastikn bos suruhanjaya itu diturunkan.

Beliau juga mengharapkan pilihan raya semula diadakan jika mana-mana petisyen yg difailkan mempnyi bukti munasabah.


1.58pm: Pejabat PAS - Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dilihat ketuai kumpulan peserta yang memulakan perjalanan ke Padang Merbok. Turut serta di barisan hadapan, Ustaz Nasrudin, Dr Syed Azman, Ustaz Idris Ahmad, Ustazah Nuridah Saleh.

Ustaz Ghani Shamsudin mengetuai bacaan doa sebelum bergerak.
1.56pm: Masjid Negara- Dr Rani sedang berucap, memulakan ucapan dengan penghargaan kepada rakyat Selangor kerana memilih Pakatan Rakyat di negeri tersebut.


1.55pm: Petugas di Pejabat Agung PAS mengagihkan air mineral kepada peserta buat bekalan sepanjang perjalanan ke Padang Merbok.

1.50pm: Masjid Negara- Selesai solat. Para peserta mula turun semula berkumpul di dataran masjid. Menunggu arahan dari pimpinan untuk memulakan perjalanan ke Padang Merbok.


1.45pm: Pejabat PAS- Unit amal di Pejabat Agung PAS bersiap sedia untuk mengetuai peserta berjalan ke Padang Merbok. Pengerusi DHPP Hu Phang Cow turut bergerak dari sini.


1.40pm: Sogo - Skrg ini pesrta semakin ramai membanjiri kawasan hadapan Sogo. Dianggarkan lebih 1000 orang sudah berada di sini. Mrk dijangka akan bergerak ke Padang Merbok jam 2.30 petang ini.

1.35pm: Masjid Negara- Peserta kini sedang menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid. Dijangka mereka akan bergerak sejurus selesai solat menuju ke tempat himpunan Black 505 di Padang Merbok kira-kira 2 kilometer dari Masjid Negara.

1.30pm: Pejabat PAS- Rata-rata kenderaan yang lalu di hadapan Pejabat Agung PAS membunyikan hon tanda sokongan kepada mesej himpunan hari ini.


1.25pm: Sogo- Dr.mujahid berucap dalm tiga bahasa, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Arab. Beliau berkata himpunan ini bukan krn Anwar bkn krn PR tetapi utk masa depan generasi anak cucu kita. Menurutnya, rakyat Malaysia tidak mahu anak cucu terus ditipu dgn SPR.

Dr Mujahid berucap di hadapan Sogo.

Malah kata mujahid kwsn yg dipertikaikan harus diadakan pilihan raya semula. Menurutnya Pakatan Rakyat ambil pendekatan 3P iaitu Petisyen, Parlimen (bantah persempadan semula) dan Perhimpunan aman.

Katanya kita memang bersabar dgn apa yg berlaku tetapi dalam bersabar kita juga mendesak SPR letak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di kawasan yang diragui.

1.20pm : Sogo- Para peserta masing2 membawa sepanduk yg tertera mesej mgecam spr. Masing2 memakai bju hitam dgn kain lilit di kepala yg tertera tulisan Blackout 505.


1.15pm - Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub serta Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan serta Datuk Raja Kamarul Bahrin dijangka akan bergerak dari Pejabat Agung PAS.


1.10pm : Sogo - Suasana aman. Kira-kira 300 orang sedang berkumpul di sini. Ketika ini peserta himpunan sdg mendegar ucapan drpd pimpinan yg di mulakan oleh pimpinan AMK.

Kelihatan pihak polis sdg mgawal keadaan. Peserta sdg mnggu arahan utk bergerak ke Padang Merbok bila-bila masa shj.


1.05pm : Pejabat PAS - Lebih 200 peserta Black 505 sudah berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut sementara menunggu untuk berjalan-jalan beramai-ramai ke Padang Merbok sebentar lagi.

Menurut Anggota keselamatan Unit Amal, Abg Cham, mereka akan mula berjalan beramai-ramai selepas menunaikan solat Zohor di situ.

Dr Rani dan Azmin Ali tiba di Masjid Negara.

1.00pm : Masjid Negara- Org ramai sudah memenuhi ruang di Masjid Negara, gerai-gerai jualan juga dibuka
keadaan masih terkawal sementara menunggu waktu zohor.

Pimpinan yang sudah kelihatan tiba setakat ini, pengarah himpunan black 505, Datuk Johari Abdul.

Selain beliau, pimpinan yang ditetapkan mengetuai kumpulan di sini adalah AJK PAS Pusat, Khalid Abdul Samad
.

Laporan terkini Himpunan 'Black 505'.

Posted: 21 Jun 2013 11:21 PM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Himpunan Black 505 berjalan dalam keadaan aman seperti lintas langsung oleh Malaysiakini .



2pm: Brickfields - Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengetuai 500 orang berarak ke Padang Merbok.
Dalam ucapannya sebelum itu, Nurul menangkis kenyataan polis bahawa peserta perhimpunan akan melakukan provokaasi ke atas pasukan keselamatan.
"Kenyataan itu tidak berasas," katanya.
MP Lembah Pantai itu juga meminta para peserta agar menjaga keselamatan anak-anak, terutama dalam keadaan cuaca berjerubu.
1.55pm: Masjid Negara - Sekumpulan 5,000 orang yang berhimpun di Masjid Negara mula berarak ke Dataran Merdeka selepas menunaikan fardu Zohor.
Kumpuian berkenaan dikawal oleh unit amal PAS, dan diketuai timbalan presiden PKR Azmin Ali.

1.20 pm: Dataran Merdeka
 - Seramai kira-kira 150 orang yang rata-rata berpakaian baju-T hitam sedang duduk-duduk berhampiran Dataran DBKL bersebelahan Dataran Merdeka.

Kumpulan ini menunggu untuk menyertai perarakan kumpulan lain dan seterusnya menuju ke Padang Merbok.
Selain itu, terdapat juga beberapa individu yang mengambil peluang untuk menjual kain selempang dan ikat kepala dengan yang mempromosi perhimpunan 'Blackout 505'.

1.12pm: Jalan Raja Laut -
Salahuddin Ayub yang hadir bersama kira-kira 500 orang penyokong berkata PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Saleh yang mendakwa peserta akan melakukan kekecohan dalam perhimpunan ini.

NONE"Kita kesal dengan kenyataan ketua polis Kuala Lumpur yang dengan sengaja mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, provokasi, bahawa peserta mahu pertempuran.

"Kita yakin, kita adakan secara aman, kita ada rekod cemerlang dalam Bersih dan siri Blackout, terbukti aman, dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan tak cetus provokasi... Itu komiten kita, kita tak bawa senjata," katanya.

Turut hadir di perkarangan bangunan ibu pejabat PAS itu ialah ahli parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin.

1:10pm: Jalan Sultan – 
Jumlah peserta kini bertambah kepada seramai kira-kira 1,500 orang, yang dipimpin pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

NONEBadrul Hisham dalam ucapannya dari atas sebuah lori di kawasan berkenaan memimpin peserta untuk melaungkan slogan "SPR Penipu", "Jahanam SPR" dan "Bangkit rakyat".

Turut hadir di perhimpunan itu ialah seorang peserta Orang Kurang Upaya (OKU)  yang menggunakan kerusi roda, Fennix Lim, 25.

Katanya, beliau datang dari Kluang Johor dengan menaiki van bersama rakannya, semata-mata untuk menyertai perhimpunan ;Black 505'.

Menurutnya, beliau ingin menuunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menolakkan keputusan pilihan raya umum yang lalu.

"Sebagai rakyat Malaysia saya nak tunjuk pasa kerajaan dan SPR yang kita semua menolak SPR. Saya datang demi demokrasi," katanya.

1.10pm: Masjid Negara - 
Naib presiden PKR Azmin Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman disambut oleh para peserta sebaik tiba di kawasan masjid.
Kumpulan penyokong ini akan menunaikan fardu Zohor sebelum memulakan perarakan ke Padang Merbok.
NONE1pm: Universiti Malaya -Seramai kira-kira 100 orang berhimpun di kawasan Masjid Ar-Rahman, di kampus ini.
Kebanyakan daripada peserta tersebut terdiri dari golongan muda dan aktivis siswa, yang akan berarak ke arah Brickfields dan bergabung dengan satu lagi kumpulan di situ.
Beberapa orang pemimpin parti turut menyampaikan ucapan, termasuk MP Bukit Katil Shamsul iskandar Md Akin dan aktivis siswa Adam Adli.

12.30pm: Brickfields
 - Kumpulan pendesak Justice for Beng Hock muncul di satu kawasan berhimpun – Brickfields – untuk membangkitkan mengenai kes kematian K Murugan, yang merupakan pembantu politik kepada calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar.

Jurucakap kumpulan tersebut, Ng Yap Hwa berkata beliau dan Vasantha akan menyerahkan satu memorandum kepada ahli Parlimen pada 27 Jun bagi menggesa agar siasatan dijalankan ke atas kes berkenaan.

Kumpulan yang berhimpun di kawasan berkenaan, sementara menunggu untuk memulakan perarakan ke Padang Merbok, memenuhi kawasan gerai berdekatan.

12.28pm: Jalan Raja Laut - 
Ketika ditemui pemberita di luar ibu pejabat PAS, ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata perhimpunan kali ini sebagai menunjukkan rasa tidak puas hati interaktif SPR dengan perjalanan PRU- 13.

NONE"Mereka sering mendakwa kalau tak telus, bagaimana boleh menang tiga negeri menang.

"Kita kata, sebab tak telus, kita menang tiga negeri. Kalau telus, 13 negeri kita menang," katanya.

Katanya, beliau melihat kehadiran anak-anak muda daripada pelbagai kaum, datang sukarela dan mereka mahu tadbir urus SPR berjalan dengan baik.

Mengulas andaian bahawa peserta akan melakukan kekecohan sewaktu perhimpunan ini, Idris berkata ia hanya andaian sahaja.

Sedangkan sebelum ini banyak perhimpunan dianjurkan oleh pembangkang dan NGO seperti Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat, mansuhkan Felda Global Venture berjalan dengan aman.

"Semuanya aman elok. Tak ada provokasi. Kalau Bersih 1, sebiji pasu bunga tak pecah," katanya sambil menegaskan bahawa perhimpunan ini akan berjalan aman

"Insya-Allah. Kita disiplin. Kita ada trek rekod. Kita cakap berdasarkan," katanya.

Kira-kira 250 peserta telah mula berada di ibu pejabat PAS, ketika ini.

12.24am: Jalan Sultan - Memandangkan cuaca jerebu, terdapat peserta yang kelihatan memakai topeng muka. Penjual topeng muka juga mengambil kesempatan menjual di tepi Jalan Sultan kepada peserta perhimpunan.

1205am: Masjid Negara - Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian dan pemerhati Majlis Peguam yang juga anggota jawatankuasa BERSIH Andrew Khoo kelihatan tiba.
NONE12:00pm: Jalan Sultan -Seramai kira-kira 200 orang peserta mula membanjiri satu kawasan kaki lima di Jalan Sultan.
Kegiatan kumpulan berkenaan, yang turut mengumpul tandatangan untuk satu petisyen bagi membantah satu projek pembinaan di kawasan terbabit, diawasi beberapa orang anggota polis berpakaian seragam.
Turut kelihatan tiga anggota polis trafik bagi membantu melancarkan aliran lalu lintas di jalan itu.

NONE12pm: Brickfields -Ratusan sudah berkumpul di Tun Sambathan. Suasana juga mula bingit dengan sorakan dan bunyi vuvuzela.

Mereka juga memaparkan kain rentang memuatkan tiga tuntutan, antaranya supaya pengerusi SPR dan timbalannya berundur dengan segera.

Secara kreatif, seorang peserta hadir dengan pakaian dan solekan ala-hantu, sebagai langkah sinis terhadap dakwaan wujudnya pengundi hantu dalam pilihan raya umum lalu.

Penampilannya itu menarik perhatian pelbagai pihak. 'Hantu' itu juga membawa kota bertulis SPR.

11.45am: Sogo - Sebuah kedai roti dekat pintu masuk di kompleks membeli belah itu mungkin ditutup separuh hari. Pelanggannya sudah mencecah 200 orang.

Pekerjanya memberitahu, mereka masih menunggu "arahan" untuk itu. Mereka juga mengambil gambar pelanggannya bagi membantu atasan mereka membuat keputusan.

Bagaimanapun, perniagaan mereka nampak menguntungkan hari ini apabila ia menjadi tempat peserta perhimpunan dan wartawan bersarapan.

11.35am: Masjid Negara - Anggota PKR Tan Teck Huang, 47, antara yang berkumpul di Masjid Negara. Beliau bertolak dari Muar, Johor bersama saudaranya dan tiga lagi untuk ke perhimpunan hari ini.

Katanya, ekoran cuaca di Muar teruk dicemari jerebu,menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur hari ini amat dinikmati.

"Pada mulanya saya jangkakan tidak ramai orang akan hadir kerana ia dibuat selepas pilihan raya. Saya terkejut dengan jumlah orang ramai yang berkumpul di sini," kata pekerja separuh masa dalam sektor pendidikan itu.

11.30am: Padang Merbok – Keadaan di kawasan utama perhimpunan masih tenang dan para peniaga dilihat mula membuka gerai di kawasan letak kereta berhampiran padang tersebut, dan juga di sepanjang Jalan Parlimen.

Dianggarkan, seramai 200 orang peserta berada di kawasan tepi padang yang diteduhi pokok sementara menunggu acara kemuncak – dijangka bermula pada jam 3 petang.
NONE11.05am: Masjid Negara -Sejumlah 14 buah bas yang membawa peserta perhimpunan dari Pulau Pinang, Kedah, Johor, Pahang dan Terengganu diparkir di kawasan berhampiran Masjid Negara.

Sebanyak 50 buah kereta juga diparkir di bahu jalan di hadapan masjid dan kawasan ini mula mula dipenuhi orang ramai.

Gerai yang dibuka di kawasan masjid menjual barangan seperti baju-T dan makanan manakala para peserta dilihar berlegar di sekitar kawasan berkenaan.

Antaranya, Mazlan Mukhtar, 47, dari Nibong Tebal, Penang yang berkata beliau memandu sejak tengah malam tadi dan tiba pada jam 5 pagi.

"Saya menyertai kesemua perhimpunan termasuk di Kelana Jaya, Petaling Jaya dan himpunan BERSIH," katanya.

NONE10.50am: Jalan TAR -Sekumpulan kira-kira 100 orang peserta perhimpunan dilihat berkumpul di kawasan pintu masuk ke pusat membeli belah Sogo.
Naib presiden PKR Tian Chua dijangka akan menyertai kumpulan berkenaan dan seterusnya berarak ke Padang Merbok.
Kebanyakan para peserta merupakan kelompok penyokong PAS yang memakai baju berwarna hitam.

10.40am: Jalan Raja Laut - 
Seramai empat orang peguam daripada Majlis Peguam hadir sebagai pemerhati kepada perhimpunan Black 505.

Kawasan itu juga dipantau sepasukan lima orang anggota polis, yang tiba dengan sebuah kenderaan peronda.

Sidang Dewan Rakyat bermula Isnin dengan angkat sumpah Ahli Parlimen

Posted: 21 Jun 2013 09:41 PM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Persidangan pertama Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini dijangka mendapat perhatian ramai terutamanya selepas banyak spekulasi yang melabelkan mesyuarat kali ini akan lebih 'hangat'.

Borak-borak politik masyarakat Malaysia juga tentunya bertambah rancak jika sidang Dewan Rakyat itu disiarkan secara langsung bagi sesi soal jawab selama sejam, seperti dinyatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam laman sosial Facebooknya baru-baru ini.



Berdasarkan Takwim Dewan Rakyat, mesyuarat pertama Dewan Rakyat Isnin akan bermula dengan acara pemilihan Yang Dipertua (YDP) Dewan, majlis angkat sumpah Ahli Parlimen, diikuti usul untuk menamakan dua Timbalan Yang Dipertua.

Urusan majlis itu perlu diselesaikan sebelum acara perasmian mesyuarat penggal pertama disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Selasa.
Semua 222 Ahli Parlimen akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua dewan yang baru yang dipersetujukan oleh anggota dewan manakala jawatan dua timbalan akan dipilih oleh Ahli Parlimen daripada kalangan mereka.
Persidangan Dewan selama 16 hari itu merupakan mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13 yang diadakan selepas pilihan raya umum 5 Mei lepas.

Komposisi Ahli Parlimen kali ini ialah 133 Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat 89 (DAP 38, PKR 30 dan PAS 21). Kemasukan 98 muka baharu yang berbeza latar belakang pendidikan dan pengalaman juga dijangka menambah tarikan pada persidangan kali ini.
Tugas berat pastinya tergalas di bahu Yang Dipertua Dewan Rakyat dan dua timbalannya yang akan dipilih kelak untuk memastikan kelicinan perjalanan mesyuarat.
Pada pesidangan kali ini, jawatan Yang Dipertua dan timbalannya akan menyaksikan pertandingan di mana pihak kerajaan dijangka menamakan semula, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai YDP Dewan Rakyat, begitu juga Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee yang mungkin kekal sebagai timbalan.
Sementara Pakatan Rakyat menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai YDP dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai calon timbalan YDP.
Jawatan timbalan YDP menyaksikan satu kekosongan setelah Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Mengulas mengenai sesi baru Parlimen, Pandikar Amin tidak bersetuju dengan persepsi bahawa mesyuarat kali ini lebih hangat daripada sebelumnya, namun mengakui sebagai YDP bukan mudah untuk memenuhi kehendak semua Ahli Parlimen.
"Bagi saya keadaan semasa 2008, 2010 dan sebelum pilihan raya adalah kemuncak kerenah anggota Parlimen di dewan.
"Ini kerana mereka yang kembali dalam Parlimen ke-13 ini hampir sama personalitinya (dengan anggota Parlimen sebelum ini). Memang ada yang baru (Ahli Parlimen) tetapi kita tidak boleh menyimpulkan dengan kehadiran mereka dewan akan lebih 'dahsyat' dari yang sebelumnya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya setakat ini belum nampak anggota-anggota baru itu akan menonjolkan kepimpinan luar dugaan dalam Dewan Rakyat.
"Mungkin juga mereka itu lebih 'gentleman'...mungkin mereka akan menunjukkan contoh yang baik ketika berbahas," katanya merujuk kepada beberapa Ahli Parlimen baru pembangkang yang disebut-sebut bakal memeriahkan persidangan antaranya Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Nashrudin Hassan Tantawi (PAS-Temerloh), Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) dan Stephen Wong (DAP-Sandakan).
Bagi ramai pemerhati politik, muka-muka baru yang dilabel sebagai 'ayam sabung' itu akan menambah kecaman dan serangan agresif terhadap BN.
Berdasarkan itu, Pandikar Amin berpandangan Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan (BNBBC) perlu memainkan peranan lebih berkesan kerana mereka menggalas tugas berat untuk mempertahankan kerajaan walaupun jumlah mereka kini lebih kecil.
"Tidak semestinya ramai baru dapat berkongsi (berbahas) secara objektif. Kalau ramai tetapi hujah yang dikemukakan tidak ada 'substance' buat apa," katanya.
Pandikar Amin turut berharap Ahli Parlimen 'veteran' terus memainkan peranan aktif kerana jika tidak berbuat demikian tentunya akan "merugikan BN", manakala ketiadaan Konsensus Bebas disifat suatu kekurangan dalam Dewan Rakyat kali ini.
Daripada segi isu, pilihan raya umum ke-13 dijangka terus menjadi topik hangat selain Perjanjian Kerjasama Trans Pasific (TPPA), isu keselamatan dan polis, termasuk kematian banduan dalam lokap serta manifesto pilihan raya.
Selain itu tumpuan juga akan diberi kepada 'penghulu' baru Parlimen Malaysia Datuk Seri Shahidan Kassim, yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau memegang portfolio menjaga hal ehwal Parlimen dan secara rasmi ambil alih tugas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Mesyuarat pertama itu juga akan menyaksikan pelaksanaan beberapa pembaharuan termasuk penggunaan e-book (e-Buku) dan pembentangan laporan Ahli Parlimen melalui visual.
Pendekatan itu bertujuan mengurangkan penggunaan kertas di Parlimen di samping melicinkan perjalanan ketika persidangan.
Pada mesyuarat kali ini tiga rang undang-undang baru akan dibentangkan iaitu Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 2013, Rang Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah (Wilayah -Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.
Persidangan mesyuarat kali ini masih berlangsung di bangunan sementara Dewan Rakyat kerana kerja-kerja penambahbaikan dewan asal masih belum siap sepenuhnya.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-12 merupakan persidangan pertama di Blok Dewan sementara yang berlangsung pada 3 Okt 2011.
Persidangan dewan akan berjalan seperti biasa dari 10 pagi hingga 5.30 petang, dan berhenti rehat satu setengah jam mulai 1 tengah hari.
Persidangan Dewan Negara pula akan diadakan pada 22 Julai sehingga 8 Ogos. - BERNAMA

Suasana di Padang Merbok mulai meriah

Posted: 21 Jun 2013 08:43 PM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-




KUALA LUMPUR: Suasana di Padang Merbok di sini mulai meriah pagi ini menjelang himpunan aman Black 505 jam 2.00 petang nanti
Tinjauan Harakahdaily sekitar jam 10.00 pagi ini mendapati kenderaan bergerak lancar di kedua-dua jalan bersebelahan tempat himpunan itu.

Anggota polis trafik sibuk meletakkan kon di sepanjang jalan berkenaan bagi menghalang kenderaan diletakkan di situ dalam usaha untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga kelihatan ramai di kawasan berkenaan.

Orang ramai yang sebahagian besar memakai baju-T hitam termasuk yang berlogokan parti-parti dalam Pakatan Rakyat juga sudah berada di sekitar Padang Merbok.

Seperti suasana yang lazim dilihat di kawasan himpunan aman diadakan, para peniaga tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki dengan menjual makanan, minuman, baju T dan lain-lain.

Para peserta himpunan Black 505 juga sudah ramai berhimpun di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Perhimpunan Black 505 ke Kuala Lumpur, kehadiran anggota polis kecil

Posted: 21 Jun 2013 08:24 PM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat (PR) bagi membantah dakwaan penipuan Pilihan Raya 2013 akhirnya sampai ke Kuala Lumpur dengan orang ramai mula membanjiri lokasi-lokasi ditetapkan oleh penganjur sebelum berarak ke Padang Merbok.

Terdapat tujuh lokasi ditetapkan seperti Brickfields, Sogo, Ibu Pejabat PAS, Masjid Negara, Pekeliling, Jalan Sultan dan Universiti Malaya.
Kehadiran Polis dilaporkan masih kecil di semua lokasi.

Dataran Merdeka ditutup untuk penggunaan orang ramai.

Di hadapan Ibu Pejabat PAS, kelihatan orang ramai berkumpul disamping peniaga-peniaga membuka gerai menjual t-shit menyokong perhimpunan Black 505.

Sementara di Masjid Negara  turut kelihatan peniaga-peniaga menjual air dan t-shirt. Orang ramai yang hadir kebanyakkannya berbaju hitam.

Di Sogo sekumpulan besar orang ramai berbaju hitam mula membanjiri kawasan.

Walaupun perhimpunan Black 505 bertujuan untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013, kelihatan orang ramai yang hadir turut memakai t-shirt seperti menuntut harga kereta diturunkan dan hentikan perkauman memberi isyarat perhimpunan turut membawa mesej kemarahan secara kolektif.

Setakat ini, Padang Merbok masih lagi dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Keadaan jerebu setakat pagi ini masih lagi tidak berada dalam keadaan tidak merbahaya dan orang ramai masih belum lagi dilihat memakai topeng jerebu. 

Malaysiainsider/-

'Black 505': Peserta berhimpun di tujuh lokasi

Posted: 21 Jun 2013 08:05 PM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini/-

  • Walau berdepan kesulitan dan amaran keras pihak berkuasa, Pakatan Rakyat meneruskan acara kemuncak perhimpunan 'Black 505' di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini.
  • Kumpulan perserta berkenaan dijadualkan berhimpun di tujuh lokasi utama yang ditetapkan dan akan berarak dari lokasi masing-masing ke padang itu - sebagai tanda bantahan mereka terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

  • Kumpulan perserta berkenaan dijadualkan berhimpun di tujuh lokasi utama yang ditetapkan dan akan berarak dari lokasi masing-masing ke padang itu - sebagai tanda bantahan mereka terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

    NONE
    Tujuh lokasi tersebut adalah di Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.

    Wakil parti politik dan NGO akan mengetuai peserta perhimpunan yang bakal memenuhi padang tersebut petang ini.

    Penganjur berkali-kali menegaskan bahawa perhimpunan hari ini akan berlangsung dengan aman, walau polismendakwa peserta akan menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa dan mencetuskan huru-hara.

    Kumpulan peserta ini membawa tiga tuntutan utama - menuntut kepimpinan SPR meletak jawatan, mengadakan pilihan raya semula bagi 30 kawasan, dan menghentikan persempadanan semula sehingga kepimpinan SPR baru dilantik.

    Cuaca di Kuala Lumpur hari ini cerah, namun sedikit berjerebu.
    LAPORAN LANGSUNG
    1030am: Laluan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dihalang oleh penghadang besi yang dipassang oleh petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

    Pasukan polis pula dilihat meletakkan kon di sepanjang Jalan Parlimen untuk menghalang pemandu meletakkan kenderaan di jalan berkenaan.

    Anggota polis dan penguatkuasa DBKL dilihat berkawal di Jalan Parlimen.

    10.00am: Kira-kira 80 penyokong peserta Black 505 berada di perkarangan pejabat PAS untuk bersama kepimpinan PAS, yang akan berarak ke Padang Merbok.

    NONE
    Mereka merupakan antara yang tiba dengan dua buah bas dari Alor Setar, pada pagi ini di pejabat parti berkenaan.

    Antaranya, Abdullah Abdul Rahman, 42, bekerja swasta yang berkata beliau cukup bersemangat untuk menyertai perhimpunan hari ini.

    "Kita desak habis-habis untuk kepimpinan SPR letak jawatan. Kalau tidak sampai kiamat macam ni (tak ada perubahan)," katanya yang berasal dari Alor Setar.

    Kumpulan peserta berkenaan dibekalkan dengan air minuman, yang disediakan di hadapan bangunan pejabat parti tersebut.
    Selain itu, terdapat juga individu yang mengambil kesempatan untuk menjual baju-T dengan slogan 'Black 505' di kawasan berhampiran ibu pejabat PAS.

    Pergerakan lalu lintas dilihat lancar, tanpa sebarang sekatan di sepanjang jalan berkenaan.

Indonesia umum kenaikan harga gasolin, diesel 44 peratus

Posted: 21 Jun 2013 07:55 PM PDT

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -


JAKARTA: Indonesia mengumumkan kenaikan harga minyak sehingga 44 peratus walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak mendesak kerajaan supaya terus memberikan subsidi bagi membolehkan harga bahan bakar itu kekal rendah seperti yang dirasai rakyat negara itu untuk beberapa tahun sebelum ini.

Menteri Perlombongan dan Tenaga Indonesia, Hero Wacik berkata, harga minyak yang baru akan berkuatkuasa selepas tengah malam ini di mana kenaikan itu menyaksikan harga gasolin sekitar 45 sen hingga 65 sen seliter.
Manakala, harga minyak diesel, katanya, ia ditetapkan antara 45 sen hingga 55 sen seliter. - AP

PM Palestin tarik balik peletakan jawatan

Posted: 21 Jun 2013 07:30 PM PDT

13 Syaaban 1434H.

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah hari ini menarik balik keputusan peletakan jawatannya sehari selepas menyerahkannya kepada Presiden Mahmud Abbas.

"Hamdallah menemui Abbas selama dua jam di ibu pejabat presiden di Ramallah dan memaklumkan beliau memutuskan untuk menarik balik peletakan jawatannya," kata seorang pegawai tinggi kerajaan.

Pegawai Palestin dan media negara itu sebelum ini melaporkan bahawa pergeseran kuasa menjadi punca Hamdallah menawar diri untuk berundur selepas keputusan Abbas untuk melantik dua Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan yang dibentuk 6 Jun lalu.

"Hamdallah menuntut kuasa sebagai Perdana Menteri mesti jelas termasuk timbalannya seperti termaktub dalam undang-undang dan dengan itu kuasa yang diperuntukkan kepadanya tidak bercanggah," kata pegawai berkenaan. - AFP

Huru-hara: Rafizi nafi kenyataan ketua polis KL

Posted: 21 Jun 2013 07:08 PM PDT

13 Syaaban 1434H.
Harakahdaily.

KUALA LUMPUR: Penganjur himpunan Black 505 di Padang Merbok esok menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh yang menuduh kononnya terdapat arahan untuk melakukan provokasi terhadap anggota polis dengan tujuan mencetuskan rusuhan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang terkejut dengan kenyataan itu berkata, pihak polis boleh menilai kesemua kenyataan medianya dan laporan temuramah mengenai kesemua perhimpunan #black505 sebelum ini.



"Saya juga merupakan penganjur utama kesemua perhimpunan #black505 termasuklah yang akan diadakan esok di Padang Merbok dan terlibat di dalam kesemua perancangan.

"Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini.

"Tidak ada satu pun yang mengarahkan sebarang provokasi atau kekasaran terhadap pasukan polis," tegasnya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Menurut beliau, oleh kerana kenyataan Mohamad Salleh itu adalah tidak benar dan memberikan gambaran buruk terhadapnya selaku penganjur, maka beliau telah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap ketua polis KL itu.

"Saya juga mempertahankan kenyataan saya petang ini bahawa penganjur telah mendapat isyarat tidak rasmi dari pimpinan atasan bahawa pihak polis akan memberikan kerjasama untuk membolehkan perhimpunan esok berjalan lancar.

"Saya percaya keputusan itu akan diselaraskan di peringkat pimpinan polis dan Kementerian Dalam Negeri selepas ini," katanya.

Nuffnang