Selasa, 20 November 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Jawapan sidang DUN SELANGOR oleh EXCO Pendidikan

Posted: 20 Nov 2012 06:28 PM PST


PERTANYAAN – PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. DATO' MARSUM BIN PAING
(DENGKIL)

TAJUK          :           PROGRAM SPIES
Sejak 2008 kerajaan negeri melaksanakan program pembangunan modal insan SPIES.
Bertanya kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar :

SOALAN
a)         Nyatakan jumlah peserta yang telah mengikut SPIES dari tahun 2008 hingga kini mengikut kelompok sasaran?
JAWAPAN

Program SPIES bermula 24  Ogos 2008-Oktober 2012 dan telah melibatkan sebanyak 1,252 sesi kursus dengan penyertaan seramai 101,239 orang seperti berikut :

BIL
SASARAN PESERTA
JUMLAH PESERTA 2008 – OKT 2012
JUMLAH (ORANG)
2008
2009
2010
2011
2012
1
Remaja / Belia
3,003
11,622
9,426
9,138
10,627
43,816
2
Penjawat Awam
135
3,217
9,088
5,381
3,139
20,960
3
Warga Pendidik
850
1,615
3,824
3,413
2,396
12,098
4
Kanak-Kanak
411
 -
 -
 -
 -
411
5
Pimpinan Masyarakat
845
1,330
1,403
3,258
1,956
8,792
6
Keluarga
714
2,200
2,350
1,180
3,935
10,379
7
Pelajar IPT
1,800
1,376
590
256
551
4,573
8
Warga Industri
160
 -
 -
 -
 -
160
9
Warga Emas
 -
50
 -
 -
 -
50

JUMLAH
7,918
21,410
26,681
22,626
22,604
101,239

SOALAN
b)        Apakah ukuran peningkatan atau kejayaan program SPIES hingga kini?
JAWAPAN

Platform pembangunan modal insan yang disediakan oleh Kerajaaan  Selangor melalui program SPIES merupakan satu pendekatan yang berhikmah dan kontemporari dalam usaha membangunkan modal insan secara bersepadu. Kejayaan kepada program SPIES ini boleh dilihat dari sudut kuantitatif dan kualitatif. Dari segi kuantitatif program SPIES telah berjaya melatih seramai 101,239 orang dan dalam tempoh ini ia merupakan satu kejayaan yang cukup besar dalam mengetengahkan konsep pembangunan insan yang holistik kepada warga Negeri Selangor.

Dari  segi kualitatifpula, ukuran kepada kejayaan program ini adalah agak abstrak kerana proses pembangunan  insan adalah satu evolusi yang berterusan dan sepanjang hayat justeru memerlukan jangkamasa yang panjang untuk mendapatkan satu ukuran yang boleh membantu untuk melihat kejayaan sebenar program kursus SPIES ini.
Perlu diingatkan program SPIES BUKAN sekadar kursus.Kursus hanyalah pengenalan kepada SPIES. Program SPIES sebenarnya adalah penerapan budaya positif dan produktif  bermula di dalam jentera kerajaan hingga ke akar umbi.
 Antara faktor pengukur yang boleh dijadikan panduan adalah melalui beberapa aspek: 

a.    Tahap integriti dan kompetensi kakitangan kerajaan Negeri Selangor melalui peningkatan produktiviti (peningkatan hasil kerajaaan, pengurangan aduan awam),  pematuhan prosedur kerja (Laporan Audit Negeri/Negara;
b.    Budaya ilmu mula subur di negeri Selangor;
c.    Budaya hidup bertuhan semakin terserlah: masjid dan tempat ibadat  semakin dipenuhi;
d.    Budaya pemutus dan pelaksana dasar yang mempunyai 'guiding principles' atau prinsip yang jelas untuk menjaga kepentingan rakyat jelata;
e.    Kejayaan menggerakkan program kolaborasi sinergistik antara jabatan/agensi kerajaan negeri/tempatan bersama pimpinan setempat dan aktivis masyarakat, warga pendidik, ibubapa bahkan belia dalam program berkala GeMS adalah di antara hasil kejayaan program SPIES.Sebelum ini begitu sukar untuk jabatan dan agensi kerajaan menghayati kerja berpasukan terfokus;
f.             Pengurangan kadar krisis rumahtangga – berdasarkan laporan perceraian
Manakala, untuk menilai kesan yang paling ketara dan manfaat program ini kepada peserta, indikator terbaik yang boleh digunapakai adalah melalui maklumbalas pesertakursus dan hasil analisa maklumbalas peserta yang dibuat ke atas mereka yang telah menghadiri kursus ini memberikan keyakinan yang tinggi melalui skor yang dinyatakan di atas iaitu 3.48 (markah penuh adalah 4.00). Skor yang ditunjukkan ini bolehlah dijadikan indikator penilaian ke atas keberkesanan program ini secara umumnya kerana peserta terbabit merupakan testimoni yang terbaik untuk menilai keberkesan program SPIES ini.

Pengukuran sebenar keberkesanan program ini juga dapat dlihat dari segi komitmen dan minat yang ditonjolkan. Hal ini terbukti apabila lebih daripada 90% peserta menyatakan program yang dilaksanakan adalah baik dan bersetuju untuk mengikuti program susulan.

Selain itu laporan kajian keberkesanan program 2009 yang dibentangkan semasa Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 20 Januari 2010 telah merumuskan perkara –perkara berikut :

a)
Program SPIES adalah amat baik dilaksanakan;


b)
Melalui penilaian tiga (3) penjuru iaitu peserta, pemantau dan pihak ketiga keseluruhan menyatakan program ini baik dan perlu diteruskan; dan


c)
Pengisian program secara keseluruhan baik iaitu dari aspek kandungan modul, penceramah, penggunaan audio visual, logistik dan keberkesanan ke atas aplikasi kehidupan.

Secara umumnya, pelaksanaan program ini dapat diterima dengan baik oleh masyarakat yang mana ianya dapat dilihat menerusi peningkatan ilmu, pemerkasaan potensi kebaikan diri secara holistik, keinsafan jiwa, peningkatan kesediaan diri untuk berubah kearah menjadi aset bernilai kepada negara dan ruang untuk memberi penjelasan terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam memantapkan nilai modal insan.

 SOALAN
c)         Adakah asas pembelajaran dalam program SPIES dan adakah ia bebas daripada menjadi alat doktrin politik kepartian?
JAWAPAN

SPIES bersifat universal.
SPIES adalah instrumen perpaduan kerana model ini dicipta merentasi kaum, keturunan dan agama. Bahkan SPIES juga melangkau perbezaan ideologi politik samada daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Ini kerana SPIES adalah model pendidikan yang bersifat neutral.
SPIES adalah model (wholesome education) merupakan kerangka pendidikan yang holistik untuk melahirkan modal insan yang berhati mulia, amanah, berintegriti tinggi, produktif, kreatif menguasai ilmu, pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya kerana ia mampu mengatasi masalah sepanjang kehidupan. Penekanan kepada pembangunan sinergistik semua elemen – elemen yang interaktif ini insyaallah akan menjadi manusia makhluk terbaik yang diciptakan Allah.

Program SPIES bertujuan untuk memberdaya (empower) insan untuk menjadi insan yang paling baik dengan menggilap daripada sumber – sumber sedia ada pada dirinya Mesej SPIES ialah : Kerajaan Selangor mahu " You choose to be the best of you".

Oleh itu, Kerajaan Selangor  dalam usaha memacukan pembangunan modal insan melalui pelaksanaan program SPIES  menekankan kepada pembangunan dan pembentukkan 3 dimensi utama iaitu:

i)
Pembangunan Spiritual (Rohani)
Menekankan kepada kualiti akhlak, ketakwaan, komitmen terhadap agama dan peningkatan kuantiti amalan mulia;


ii)
Pembangunan Diri (Intelektual, Fizikal dan Emosi)
  •  
Intelektual -  Pembinaan akal adalah untuk melahirkan insan profesional yang memiliki sifat – sifat mahmudah (baik), berfikiran matang, mampu menolak unsur negatif dan berupaya mengguna segala sumber yang sedia ada dan memperolehi yang belum ada bagi tujuan kesejahteraan dan kelangsungan hidup dirinya, keluarga serta masyarakat.

Fizikal - Pembangunan dari segi fizikal  pula berperanan untuk melahirkan rakyat Selangor yang sihat, dinamis dan bertenaga dan dapat menyumbang kepada produktiviti negeri. 

Emosi - Pembangunan emosi menumpukan kepada usaha membina kekuatan dalaman yang boleh mempastikan kejayaan kerana emosi yang gagal dikuasai boleh menjatuhkan maruah dan nilai insan.

iii)
Pembangunan Hubungan Sosial (Alam dan Manusia) 
Hasil daripada pengawalan emosi kelompok akan mewujudkan persekitaran yang sihat bagi pembentukan peribadi, mampu bertindak secara bijak dalam perhubungan  interpersonal serta hubungan dengan alam sekitar.Faktor kemahiran sosial ini adalah kritikal dalam melahirkan tamaddun. Kegagalan akan menempa kehancuran masyarakat.

Tiga (3) dimensi utama ini merupakan satu gabungan yang sempurna dan lengkap untuk melahirkan satu tamadun kemanusiaan yang gemilang serta mempunyai nilai moral yang tinggi seterusnya menjadikan Selangor negeri idaman, maju sejahtera dan berkebajikan. Hasil gabungan tiga (3) dimensi ini telah membentuk model pendidikan holistik Selangor yang dikenali sebagai SPIES, akronim kepada Spiritual, 'Physical',  Intelektual, Emosi dan Sosial.

Kandungan model SPIES ini juga menggarapkan beberapa teori dalam pendidikan seperti teori pembangunan manusia, falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan kebangsaan, sosiologi Islam, teori Johari Window, teori Maslow, teori behavioris, kognitif dan konstruktif, yang mana kesemua ini bebas dari doktrin politik.

 Jika dilihat kepada tiga (3) dimensi yang megandungi lima (5) elemen ini ia menjuruskan kepada pembangunan 2 unsur iaitu Diri dan Masyarakat. Modul - modul yang diajar kepada peserta adalah modul universal dan mampu dihayati oleh setiap insan yang inginkan perubahan sama ada untuk diri mahupun masyarakat. SPIES bebas daripada kepartian tiada unsur indoktrinasi bahkan program SPIES bertujuan membina keupayaan untuk mengkaji segala maklumat bagi memilih sendiri parti politik yang paling sesuai. 

MY VOICE FOR NATION

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Soalan-Soalan Adun Bangi Di Dewan Negeri Selangor

Posted: 20 Nov 2012 03:06 PM PST

YB Rodziah Ismail Rasmikan Program Berjalan Seribu Langkah Di Bangi

Posted: 20 Nov 2012 06:45 AM PST

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Teks perbahasan parlimen Nie Ching mengenai Kementerian Kesihatan

Posted: 20 Nov 2012 05:48 AM PST

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 030200 –Pengurusan Hospital. Pada 13 Ogos tahun ini, siling di Hospital Serdang runtuh sekali lagi. Kali pertama ia berlaku pada tahun yang lalu pada 30hb Januari. Pada masa itu nasib baik tiada orang yang cedera, tetapi pada peristiwa yang berlaku pada bulan Ogos ini ada satu orang pegawai perubatan dan tiga jururawat yang sedang bertugas di zon merah, mereka cedera.

Saya rasa Hospital Serdang adalah sebenarnya sebuah hospital yang baru, hanya beroperasi sejak Disember 2005 tetapi sampai hari ini berlaku dua insiden siling runtuh. Jadi saya hendak tanya apa puncanya? Sebenarnya selepas peristiwa pertama pada tahun 2011, Kementerian Kesihatan sudah berjanji akan membuat satu pemeriksaan untuk memastikan peristiwa sedemikian tidak akan berulang balik. Akan tetapi nampaknya sekarang peristiwa sedemikian berulang balik. Jadi saya hendak tanya apa itu puncanya?

Selain daripada itu, Butiran 032200 – Farmasi dan Bekalan. Saya faham bahawa KKM telah melantik Syarikat Oratis Services Sdn Bhd bagi melaksanakan pembiayaan ubat dan peralatan perubatan yang dibekalkan kepada Pesara Awam Persekutuan mulai Februari tahun ini. Melalui e-MASS ini, Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. merupakan perantara di antara JPA dan Pesara Awam Persekutuan bagi mendapatkan bekalan ubat dan peralatan perubatan yang tidak dapat dibekalkan atau disediakan oleh hospital atau klinik kerajaan.

Saya rasa ini adalah satu usaha yang baik kerana dulunya pesakit Pesara Awam

Persekutuan mereka perlulah bayar sendiri, guna wang sendiri untuk mendapat ubat daripada hospital swasta, klinik swasta, farmasi atau agensi swasta. Sekarang memang mereka tidak perlu keluar satu sen pun.

(More......)

[25 Nov - 11am, Tmn Sri Melor] Jamuan Rakyat Deepavali 2012

Posted: 20 Nov 2012 01:12 AM PST

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!

(More......)

Pertanding​an Bola Sepak @ Taman Impian Ehsan

Posted: 20 Nov 2012 01:07 AM PST

Tarikh: 10hb & 11hb Nov 2012
Waktu: 8 pagi
Tempat: Padang Taman Impian Ehsan







(More......)

Sumbangan Deepavali @ Taman Kajang Raya

Posted: 20 Nov 2012 01:01 AM PST

Tarikh: 10hb Nov 2012
Tempat: Taman Kajang Raya





(More......)

Sumbangan Deepavali @ Tmn Zamrud, Kajang.

Posted: 20 Nov 2012 12:50 AM PST

Tarikh: 10hb Nov 2012
Tempat: Taman Zamrud







(More......)

Program Sunathon Surau Taman Sutera

Posted: 20 Nov 2012 12:34 AM PST

Tarikh: 15hb Nov 2012
Waktu: 8.30 pagi
Tempat: Surau Taman Sutera



YB Teo menyampaikan hadiah-hadiah kepada peserta-peserta



(More......)

Gambar dengan YB Dr Shafie dan peserta sunat

Posted: 19 Nov 2012 11:24 PM PST

Tarikh: 17hb Nov 2012

(More......)

Serdang Community Art Carnival 2012

Posted: 19 Nov 2012 11:06 PM PST

Date: 17th November 2012
Time: 4.30pm
Venue: SRJK Serdang Baru 1







(More......)

SERVANTHOOD

SERVANTHOOD


谴责马汉顺连续两年撒谎,倪可汉促请列出拨款金额

Posted: 19 Nov 2012 06:27 PM PST

实兆远州议员拿督倪可汉大力谴责掌管非回教事务部门的拿督马汉顺连续两年在拨款课题上撒谎。倪可汉今日发表文告说,马汉顺一直对霹雳州人民说国阵州政府每年拨款800万给非回教事务部门,但实际上州政府今年只拨款350万给此部门,拨款的数目比他所说的相差了450万,实际拨款远远不如800万的一半。

倪可汉进一步说明,这不是马汉顺第一次在这课题上说谎了。去年,班台州议员倪可敏也揭发马汉顺到处跟人宣称非回教事务部门有800万拨款的谎言,出示霹雳州议会官方记录证明2011年非回教事务只有350万拨款。今年,马汉顺依样画葫芦,对霹雳州人民说这部门有800万拨款。照理说,拨款增加州内的神庙、教堂及兴都庙理应比较容易获得拨款。但倪可汉还是接到很多投诉这些非回教团体申请拨款还是困难重重,要从非回教事务得到拨款难如登天。为了非回教团体的福利,倪可汉把这问题带进在霹雳州议会。根据霹雳州议会9月25日的书面回答,此部门实际拨款跟去年一样,只有350万。

倪氏说,一个人不可能犯同样的错误两次。第二次还这样做,已经不再是犯错,而是个人选择。很明显在这课题上,马汉顺非但没吸取过往教训痛改前非,而是有预谋误导人民,对霹雳州人民二度撒谎。倪可汉也挑战马汉顺若非回教事务部门像他所说的一样得到800万拨款,应公开透明列出受惠单位的金额,让人们清楚知道实际拨款的数目。同时,倪可汉也希望马汉顺别在这课题上第三度撒谎了。

Nuffnang