Sabtu, 23 Februari 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ADAKAH INI SITUASI MENANG-MENANG ATAU KALAH-MATI BUAT RAKYAT MARHAEN

Posted: 23 Feb 2013 08:52 AM PST

Selepas Iskandar malaysia, satu lagi kenderaan serta bentuk kolonisasi warga dan syarikat asing ke atas tanah milik rakyat tempatan. Mampukah anda memiliki sebuah unit di Danga Bay atau Pulau A2...Melayu Johor tolong jawab.

Usaha sama Singapura_Malaysia bakal membangunkan 28.5 hektar bersamaan dengan 3.1 juta kaki persegi tanah bebas di Pulau A2 yang bernilai RM811 juta. CapitaLand Malaysia, IWSB dan Temasek Holdings masing-masing memegang 51, 40 serta sembilan peratus kepentingan dalam projek itu. Satu komuniti kediaman tepian air bertaraf perdana yang terdiri daripada bangunan tinggi dan perumahan akan dibangunkan di Pulau A2 bersama dengan sebuah marina, pusat beli belah, kedai, restoran, pangsapuri, pejabat dan kemudahan rekreasi.

Tumpuan ke Malaysia selepas HK, Singapura membendung pelaburan hartanah

Oleh Opalyn Mok dan Ida Lim/ Malaysian Insider

February 19, 2013

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Iskandar Malaysia, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bersedia untuk menjadi tumpuan bagi pelabur hartanah asing oleh kerana pemerintah Hong Kong dan Singapura "menyejukkan" industri hartanah masing-masing kerana terlalu "panas". Malaysia menjadi negara pilihan bagi pelabur hartanah asing dan kini menjadi fokus utama selepas Hong Kong dan Singapura mengenakan 15 peratus levi untuk melambatkan pelaburan asing yang terlalu panas dalam pasaran hartanah mereka. Langkah-langkah "penyejukan" telah mengalihkan beberapa permintaan melonjak untuk kediaman hartanah lain ke Malaysia, termasuk projek ikonik usahasama kesejahteraan Malaysia-Singapura akan dilancarkan di Iskandar Malaysia lewat hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong akan diiringi oleh perhimpunan terbesar Jemaah Menteri dari kedua-dua belah Tambak Johor untuk pelancaran projek, menurut pegawai-pegawai yang terlibat dalam usahasama tersebut. Satu tinjauan yang dijalankan oleh iProperty mendedahkan Malaysia dengan pantas menjadi destinasi pelaburan pilihan bagi warga Singapura.

Dalam kaji selidik yang dijalankan kepada 2099 rakyat Singapura, 42 peratus memilih Malaysia sebagai destinasi nombor satu untuk pelaburan luar negeri dengan Australia dan United Kingdom mengikuti rapat di belakang. "Menurut Bloomberg, dolar Singapura telah meningkat lebih daripada 5.5 peratus dalam tempoh 12 bulan lalu, prestasi kedua terbaik di kalangan 11 mata wang Asia." Kata Laporan Sentimen Pasaran Asia iProperty (H1) 2013:

 "Dengan mata wang lebih kukuh, adalah berkemungkinan lebih responden akan memilih mata wang Malaysia yang lebih lemah (meningkat daripada 33 peratus kepada 42 peratus) berbanding Australia (14 peratus) sebagai pilihan lokasi hartanah di luar negara." Pengarah eksekutif Fiabci Asia Pacific Dr Yu Kee Su bersetuju langkah-langkah penyejukan akan memacu pasaran hartanah Malaysia dan meningkatkan pembelian di Malaysia dan Australia.

 "Kedua-dua negara adalah negara-negara pelaburan di rantau ini untuk pelabur hartanah dari China," katanya. Beliau menegaskan Iskandar Malaysia, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Cyberjaya akan menjadi tumpuan utama pelabur asing. Ahli jawatankuasa kebangsaan Fiabci Malaysia Michael Geh bersetuju, sambil menambah Kota Kinabalu dan Iskandar akan menjadi tempat paling pesat berkembang disebabkan penyambungan penerbangan kedua-dua destinasi ke China. "Kedua-dua destinasi adalah di peringkat atas pelaburan dengan pelancaran baru tetapi ini tidak semestinya meningkatkan harga kerana pelabur akan menyerap bekalan pelancaran baru untuk memastikan industri hidup," kata Geh.

Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Shaun Di Gregorio mempunyai pandangan yang sama dengan menyatakan pelaburan dari Singapura hanya akan mempunyai kesan marginal pada harga hartanah di sini. Geh berkata pelabur asing hanya akan membentuk 10 hingga 15 peratus daripada pembeli.
 "Ini sebenarnya baik untuk industri hartanah Malaysia dengan wang luar masuk terutama pada masa apabila pasaran domestik kita mengalami krisis kredit dan kecairan," katanya.

Sementara itu, Afiq Syarifuddin Ahmad Nazari dari Malaysia Property Incorporated (MPI) berkata hanya sehingga tiga peratus pelabur hartanah di Malaysia adalah warga asing. MPI bersetuju mengetatkan peraturan-peraturan pelaburan hartanah di Singapura dan Hong Kong akan menarik pembeli asing untuk melabur di Malaysia. "Secara dalaman, Malaysia juga telah bertambah baik dalam laporan Doing Business 2013 yang akan meningkatkan keyakinan pelabur dalam pertumbuhan negara jadi ini boleh menarik pelaburan langsung asing ke dalam negara dan mungkin diterjemahkan ke dalam beberapa pembelian hartanah," kata MPI. MPI juga berkata sejumlah besar pemilik hartanah asing di Malaysia adalah rakyat Singapura.

Tentang sama ada ini boleh meningkatkan harga industri perumahan, MPI berkata industri di Malaysia bukanlah pasaran spekulatif. "Melihat sejarah indeks harga rumah kita, kita dapat melihat kita mempunyai mempunyai kestabilan yang kukuh dalam harga sejak bertahun-tahun dengan tiada puncak atau kejatuhan, tidak seperti pasaran yang lebih spekulatif Singapura, Hong Kong atau Shanghai yang mengalami turun naik baru-baru ini semasa krisis ekonomi," katanya.

Menurut pengasas bersama Kelab Pelabur Pintar Jeffery Lam, industri hartanah Malaysia masih salah satu yang paling berpatutan di rantau Asia Tenggara dan masih mempunyai potensi yang sangat besar untuk berkembang. "Malaysia pastinya akan menjadi salah satu bintang bersinar di rantau ini dan ini merupakan petanda baik untuk ekonomi negara," katanya.




Projek Malaysia-Singapura RM8.1 bilion di Johor
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2013
ISKANDAR  Waterfront Sdn Bhd (IWSB), CapitaLand Malaysia Sdn Bhd bersama Temasek Holdings menandatangani perjanjian untuk membeli tanah di Danga Bay (Pulau A2) bagi membangunkan projek pembangunan bersepadu Iskandar Waterfront bernilai RM8.1 bilion di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru di sini, kelmarin.

CapitaLand Malaysia diwakili Ketua Eksekutifnya, Lim Ming Yan, IWSB diwakili Pengarah Urusannya Tan Sri Lim Kang Hoo manakala Temasek Holdings diwakili Pengarah Urusan Kanan Pelaburan David Heng.

Majlis perjanjian itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.


Kang Hoo berkata, projek yang bakal memulakan kerja pada awal tahun hadapan itu diyakini dapat menarik ramai pelabur untuk meneroka peluang pelaburan yang sedang berkembang pesat di pesisir pantai Danga Bay.

"Kami yakin akan memperoleh aliran pendapatan berulang secara berterusan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Ghani menyifatkan kerjasama itu menjadi perjanjian yang mempunyai kepentingan menarik kerana mampu merangsang pembangunan ekonomi di wilayah Iskandar Malaysia.


"Kerjasama ini turut memberi ruang kepada Iskandar Malaysia dan Johor menjadi tuan rumah. Pastinya lebih banyak projek pembangunan hartanah domestik dan antarabangsa akan dilaksanakan pada masa akan datang," katanya.

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


FELDA screening of ‘Tanda Putera’ proves movie racist, Ambiga says

Posted: 23 Feb 2013 05:14 AM PST

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Lajnah Kebajikan Menziarah Keluarga Al-Marhum Ustaz Bashir Alias

Posted: 23 Feb 2013 04:01 PM PST

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Program Jom Shopping Diteruskan Ketika Pilihan Raya

Posted: 23 Feb 2013 02:00 AM PST

PUNCAK ALAM 23 FEB : Program Jom Shopping akan terus berjalan tanpa halangan walaupun berlakunya pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) dan Parlimen.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia diteruskan kerana dana untuk program tersebut sudah diperuntukkan.

"Sebab ia program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) walaupun hari pilihan raya pun boleh ada jika tidak ada wakil rakyat tetapi boleh dihadiri oleh pegawai kerajaan," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian selepas Program Jom Shopping Warga Emas untuk siri ke-19 bagi DUN Ijok yang diadakan di Pasaraya Econsave Alam Jaya di sini.

Seramai 135 orang warga emas terlibat dalam program itu yang berobjektifkan untuk memupuk semangat kemesraan antara rakyat dan pemimpin.

"Dengan cara ini kita dapat mengenali mereka dan dapat merasai kemajuan kewangan Negeri Selangor.

"Dan saya nampak penerimaan warga emas untuk program ini sangat baik," katanya.

Sementara itu, Pegawai di DUN Ijok, Abdul Rahman Moharam berkata, kira-kira lebih 2,000 warga emas di DUN Ijok sudah menyertai program Jom Shopping sejak ia dilancarkan.

"Sekurang-kurangnya ada tiga siri lagi DUN Shopping," katanya.

Ujarnya, Program Jom Shopping yang melibatkan kira-kira 300 ibu tunggal di DUN Ijok akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Selangor Siap Sedia Jika Berlaku Sabotaj Air

Posted: 23 Feb 2013 01:00 AM PST

SUNGAI BESAR, 23 FEB : Kerajaan Negeri Selangor mempunyai persediaan rapi bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan berlakunya sabotaj gangguan air di negeri itu.

Exco Selangor, Dr Yunus Hairi berkata, dakwaan akan berlaku gangguan air selepas pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) dan Parlimen apabila pihak Umno-BN menggunakan isu air sebagai bahan kempen politik dalam PRU 13 ini untuk merampas Selangor.

"Kerajaan Negeri sudah bersedia dengan perancangan seperti penyediaan lori-lori tangki air yang akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan," kata Dr Yunus.

Beliau berkata demikian semasa penerangan isu air yang diadakan di Dewan Seri Bernam di sini.

Tambah Dr Yunus, pemberian air percuma sepanjang lima tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor membuktikan gagasan itu membela kebajikan rakyat.

Katanya, sebelum ini pihak Umno-BN mendakwa kerajaan negeri akan muflis dalam tempoh tiga bulan dengan pemberian air percuma.

Namun hasil kecekapan pengurusan pentadbiran kewangan berhemah rizab simpanan Selangor terus meningkat sehingga RM2.5 bilion.

"Sebanyak 600juta meter padu air bersih terbuang ekoran masalah kehilangan air yang didakwa gagal tditangani dengan baik oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)," kata beliau.

Sementara itu, mantan Professor Undang-Undang UIAM, Dr Aziz Bari berkata, sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat perlu diteruskan dalam usaha untuk memastikan dasar pemberian air percuma mempunyai kesinambungan.

"Isu penstrukturan industri air di Selangor akan lebih mudah diselesaikan dengan rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat di peringkat pusat dalam Pilihanraya Umum Ke-13," kata beliau.

Kira-kira seramai 500 orang hadir dalam sesi penerangan isu air itu yang turut hadir penyelaras DUN Sungai Panjang, Fadzlin Taslimin.

Sumber: Selangorku

Saman AES Dibatalkan Sekiranya PR Tawan Putrajaya

Posted: 22 Feb 2013 02:20 AM PST

KLANG, 22 FEB: Semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi pilihan raya yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi.

Keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang diadakan pada minggu lepas.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, saman tersebut dibatalkan bukan sahaja kerana ia membebankan rakyat, malah syarikat pengendali sistem tersebut juga dimiliki individu tertentu dalam Umno.

"Satu saman RM300. 400,000 saman sudah ada berapa bilion ringgit? Siapa dapat? Syarikat orang Umno dapat. Siapa bayar? Kita bayar. Dua saman RM600, habis duit BR1M RM500.

"Dahulu kita kata tangguhkan perlaksanaan, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR minggu lalu, PKR, PAS dan DAP sudah ambil keputusan, kita ambil alih Putra Jaya semua saman AES dibatalkan," kata Anwar dihadapan hampir 7,000 hadirin yang membanjiri tapak ceramah di Taman Rakyat di Seri Andalas di sini.

AES merupakan sistem penguatkuasaan automatik yang menyaman pemandu yang memandu melebihi had laju.

Bagaimanapun projek swasta bernilai RM700 juta yang dimulakan pada bulan September tahun lalu itu mendapat bantahan orang ramai kerana dikatakan mempunyai sistem tidak cekap sehingga menyebabkan pemandu yang tidak memandu laju turut dikenakan saman.

Sementara itu, dalam satu kenyataan Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri As'aad Khuzaimi sebelum ini, AES diwujudkan semata-mata bertujuan menghalalkan niat busuk Umno-BN mendapatkan keuntungan secara mudah kepada kroni-kroni mereka.

Pada 18 Disember lalu, beberapa mahkamah yang mengendalikan prosiding kes saman AES termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya memutuskan melepaskan tanpa membebaskan semua orang kena saman (OKS) bagi kes AES.

Keputusan itu diambil apabila mendapat bantahan awal dari peguam JUHAM dan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) berikutan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyalahi undang-undang dengan menjalankan pendakwaan tanpa menunjukkan surat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara.

Sumber: Selangorku

Isu Air : Pertembungan Buku Dengan Ruas

Posted: 22 Feb 2013 02:00 AM PST

PANDAN INDAH, 22 FEB: Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin memaklumkan langkah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan usaha pengambilalihan ini meskipun dipertikaikan beberapa pimpinan Umno-BN disifatkan sebagai pertembungan 'buku dengan ruas'.

Jelas Faekah lagi, Menteri Besar memaklumkan kepada beliau langkah pengambilalihan air ini bukan gimik politik tetapi ia lebih besar daripada pengambilalihan saham Guthrie pada tahun 1981.

Justeru, bagi menyelesaikan masalah ini rakyat perlu memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang dan menguasai Putrajaya bagi memudahkan urusan pengambilalihan air daripada syarikat konsesi yang masih berdegil untuk menerima tawaran yang dikemukakan.

"Ini kerana, Kerajaan Pusat, saham emas (golden share) berjumlah satu peratus boleh digunakan secara mutlak bagi mengarahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menerima tawaran yang dikemukakan Kerajaan Selangor bagi membolehkan pengambilalihan operasi pengurusan air di Lembah Klang dan Selangor dilakukan," katanya pada Forum Air Selangor di Pandan Indah.

Tambahnya, jika syarikat konsesi menolak tawaran ia bukan lagi diklasifikasikan sebagai transaksi perniagaan tetapi sudah dipolitikkan, maka Kerajaan Selangor akan bertindak balas secara politik.

Menurutnya, Kerajaan Selangor hanya akan menawarkan harga pengambilalihan pada kadar jumlah potongan 50 peratus daripada harga sekarang sekiranya syarikat konsesi masih berkeras dan menolak tawaran harga yang dikemukakan.

"Bubarlah dewan (Dewan Negeri Selangor), bubarlah Parlimen, air milik anda (rakyat) dan kita ambil.

"Dan kalau mereka (syarikat konsesi) tolak, sekarang kita tawarkan RM9.65 bilion. Kita (kekal) perintah Selangor, kita dapat Putrajaya, kita akan tawarkan tidak lebih daripada RM5 bilion. Itu pelan kita," katanya

Jelasnya, dengan tawaran bernilai RM9.65 bilion yang diumumkan oleh Abdul Khalid pada pertengahan minggu ini, syarikat konsesi tidak boleh menolak harga yang ditawarkan melainkan mengemukakan bantahan harga tawaran bagi proses timbang tara harga seperti yang termaktub dalam perjanjian penswastaan air 2004.

Tawaran itu akan memberi pulangan 12 peratus setahun terhadap ekuiti kepada syarikat-syarikat tersebut dan merupakan usaha terkini Kerajaan Negeri untuk menstruktur semula industri air supaya menjadi lebih cekap.

Pada ketika ini, operasi air terawat dikendalikan syarikat konsesi Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd.

Sumber: Selangorku

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Penang Paradigm: Making Penang No.1 In Malaysia (en/bm/cn)

Posted: 23 Feb 2013 03:10 AM PST

Speech by Chief Minister of Penang Lim Guan Eng at the Launch of the Penang Paradigm (2013-2023): The Framework for creating an International and Intelligent State at Town Hall, George Town on 23.2.2013.

PENANG PARADIGM – MAKING PENANG NO. 1 IN MALAYSIA

I am very pleased to be here today to launch the Penang Paradigm, which is a framework put together by the Penang Institute, under the leadership of its Executive Director, Professor Datuk Woo Wing Thye, to develop Penang as an international and intelligent state. Or to put it simply to make Penang No. 1 in Malaysia.

Allow me to start by putting on record my appreciation for the contributions of Professor Woo, who is a world-renowned economist and a former special advisor to the United States Treasury, the United Nations and the Government of China. Though Professor Woo is unique in his talents, he is at the same time merely one among hundreds of thousands of talented Penangites who were lost to our country through "brain drain" in previous decades, and who are starting to return to serve Penang since 2008, in a transformation of "brain drain" into "brain gain".

It is my long-held belief that Penang's most valuable export over the past 50 years has not been electronics or electrical goods, but human capital – the talented sons and daughters of Penang. And what a tragic export business this has been.

For decades the talented young people of Penang have left because of lack of educational opportunities, lack of economic opportunities, discrimination, corruption and lack of social justice. Penang's loss has been other countries' gain. Penang has given other countries their professors, doctors, engineers, chief justices and cabinet ministers. This state of affairs cannot be allowed to continue.

Ladies and gentlemen

Our vision is for Penang once again to be a regional hub that will build, upgrade, attract and retain international talent. Penang can only do this by becoming an international and intelligent state – one that educates and nurtures talent; one that promotes and rewards diligence, expertise and entrepreneurship; one that is liveable by being clean, green, safe and healthy; and one that practices integrity, justice and people-centric governance.

Since 2008, we have worked with this vision in mind, despite the numerous constraints that we have faced. We have introduced open competitive tenders and compulsory asset declarations for EXCO members to weed out corruption and cronyism. We have made State Government contracts available for the first time for public scrutiny. We have legislated and pushed for freedom of information and local government elections despite Federal obstruction and opposition.

By operating a clean and competent government, we have reversed a string of deficits by recording consecutive budget surpluses year after year since 2008, and have reduced the State debt by 95%. And these surpluses are put to good use by:-
• giving cash aid to the poor, senior citizens, the disabled, students and for single mothers;
• yearly allocations for Chinese, Tamil, missionary and Islamic religious schools;
• carrying out infrastructure projects worth billions of ringgit to reduce traffic congestion throughout the state;
• becoming the first state to allocate a RM500 million Affordable Housing Fund to build 19,172 units of the best quality that is managed by HDB Singapore; and
• becoming the first state to wipe out poverty in Malaysia in 2013 by ensuring a minimum household income of RM770 a month for every family in Penang, above the national Poverty Line Indicator (PLI) of RM763 a month.

In order to build on Penang’s human capital, we have set up learning and training centres as well as an educational hub in Balik Pulau. We have provided free WiFi in public places. In the past five years, the arts and cultural scene in Penang has flourished with events such as the George Town Festival, and Penang has gained international renown for the revitalisation of our world heritage city.

In order to improve Penang’s liveability, we have thought outside the box by introducing free park-and-ride and bus shuttle services; adopted green measures by banning free plastic bags, phasing out polystyrene and by introducing a conservation surcharge to limit water wastage. We are also seeking to take this thinking outside the box forward by offering Rapid Penang RM10 million every year to provide free bus services throughout Penang during peak hours which has not been taken up by the federal government.

Ladies and gentlemen,

All that we have done in the last five years we have achieved in spite of the constraints of Malaysia's over-centralised Federal system, where the Federal Government gets 94% of Government revenues and the States get only 6%, and where crucial local matters such as public transport – buses, ferries – and the airport and the Penang Port are all under Federal Government control.

Over the past 50 years, Penang has been badly neglected by the Federal Government, which has underinvested in Penang’s public transport infrastructure and in her seaport and airport. Our airport runway is still smaller than Langkawi’s, and too short to allow for the Airbus A380 to take off fully loaded. The iconic Penang ferry has simply been left to decline.

The Penang Port, which was the largest port in Malaysia in the 1950s and 60s, has been reduced to being a mere feeder port for Port Klang and Tanjung Pelepas in Johor. The Penang Channel has still not been dredged to allow larger ships to call at Penang, as was promised in the 9th Malaysia Plan, and the Penang Port Free Commercial Zone in Butterworth is too small to allow Penang to develop into a regional logistics hub.

All this needs to change if Penang is to reach its full potential as one of the principal powerhouses of the Malaysian economy. Despite being one of the smallest States in Malaysia, with only 6% of the national population, Penang held the top spot for foreign direct investment in Malaysia in 2010, repeating this feat in 2011, with foreign direct investment over the two years amounting to 28% of the national total. Penang contributed 25% of Malaysia’s exports, and nearly two thirds of its medical tourism receipts.

The twin pillars of the Penang economy – tourism and manufacturing, both require adequate investment in Penang’s hard and soft infrastructure if Penang and Malaysia are to flourish. For this reason, we have recently announced plans to construct a Third Link sea tunnel to improve the connectivity between the Island and the Mainland as well as other road projects to improve traffic flow in Penang Island and Seberang Perai. But more is needed to improve the airport, port, housing and public transportation infrastructure in Penang.

The Penang State Government has always been willing to cooperate with the Federal Government in order to get the best for Penang, and as we know, what is good for Penang is also good for Malaysia. Unfortunately the Federal Government has not fulfilled their promises to the state to jointly develop the Greater Penang Masterplan in 2011.

In order to facilitate this effort, the Penang State Government even shelved our own Penang Blueprint 2011-2015, at the request of Minister in the Prime Minister's Department Dato' Seri Idris Jala, to make way for the Greater Penang Masterplan. We regret that despite participating in the labs organised by Idris Jala and completing the report more than a year ago, nothing has been heard of this since.

Ladies and gentlemen

The Penang Paradigm, which the State Government has commissioned the Penang Institute to prepare, is a framework for creating a balanced society: one that is economically dynamic, one that is liveable and sustainable, and one that provides democratic empowerment and social justice for all. It is a strategy for Penang’s development over the next decade, whoever may be in government at the Federal level after the next two general elections.

Our strategic vision for Penang is based on Penang's greatest asset: its people. We believe that Penang can only become the place that Penangites deserve to live in if we have a people-centric government that invests in people, that educates and trains the people, that frees the people to innovate and engage in enterprise, and that liberates the people from ignorance, poverty and disability so that that they can be full participants in our economy and in our democracy.

We do not seek to manufacture economic growth through Government expenditure and spending by GLCs because we believe that the business of Government is to stay out of business. Instead we seek to turn Penang into a knowledge economy that emphasises science and technology and that relies on life-long learning and upskilling to generate human-capital-led growth.

Our belief that success and prosperity depends primarily on the people rather than on Government means recognising that in an increasingly globalised world, Penang must be able to fulfil a threefold "choice", that is, to be the habitat of choice for residents, the destination of choice for tourists and the location of choice for investors in setting up business.

Quality of life in Penang should not be just for the rich, but for all who live and stay in Penang. This requires quality affordable housing, efficient and effective public transport, green open spaces accessible to all, a clean and healthy natural environment and a vibrant arts, culture and heritage landscape.

Thirdly, our emphasis on people means that we believe that we cannot prosper and develop as a State and as a nation if women, ethnic minorities, the poor and the disabled are shut off from full participation in our economy and our democracy. People-centric government requires eradicating poverty, eradicating unfair discrimination and eradicating corruption and cronyism, which elevates private interests and private profits above the public good.

I believe that the Penang Paradigm is the insightful and pathbreaking model by Professor Dr Woo and his team in Penang Institute with Zairil Khir Johari as his CEO, to let Penang lead again. We can make Penang No. 1 in Malaysia as a balanced society and an international and intelligent State.

Making Penang No.1 in Malaysia is possible. After all Penang achieved international recognition in 2011 when being selected by Yahoo Travel as No. 8 top island in the world you must see before you die. This year George Town became the No.4 top place for retirement in the world, becoming the only Asian city in the top 8 list. And in 2011 and 2012, George Town became the most livable city for the first time in Malaysian history, surpassing Kuala Lumpur for the first time ever.

Let us work hard and prepare for Penang as No. 1 in Malaysia. Thank you.

—BM Version —-

PARADIGMA PULAU PINANG – MENJADIKAN PULAU PINANG NO 1 DI MALAYSIA

Saya amat gembira untuk berada di sini hari ini bagi melancarkan Paradigma Pulau Pinang, yang merupakan kerangka pembangunan yang diusahakan oleh Penang Institute di bawah kepimpinan Pengarah Eksekutif, Profesor Datuk Woo Wing Thye, untuk membangunkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar bertaraf antarabangsa; mudahnya menjadikan Pulau Pinang No 1 di Malaysia.

Izinkan saya memulakan ucapan ini dengan merakamkan penghargaan saya atas sumbangan Profesor Woo, yang merupakan seorang ahli ekonomi yang terkenal di dunia dan bekas penasihat khas kepada Perbendaharaan Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kerajaan China. Profesor Woo memiliki keupayaan yang besar, beliau antara ribuan bakat Pulau Pinang yang meninggalkan negara sebelum ini hingga berlakunya 'brain drain' (penghijrahan modal insan), kini kembali semenjak 2008, bagi mengubah 'brain drain' kepada 'brain gain'.

Sejak sekian lama saya percaya bahawa eksport Pulau Pinang yang paling berharga sejak 50 tahun yang lalu bukanlah elektronik atau barangan elektrik, tetapi modal insan – bakat anak-anak Pulau Pinang. Betapa tragisnya perdagangan sebegini.

Selama beberapa dekad, bakat muda Pulau Pinang telah meninggalkan negeri ini kerana kekurangan peluang pendidikan, kekurangan peluang ekonomi, diskriminasi, rasuah dan ketempangan keadilan sosial. Akhirnya negara lain yang mendapat manfaatnya. Pulau Pinang telah memberikan negara lain profesor, doktor, jurutera, ketua hakim dan menteri-menteri kabinet. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan.

Tuan-Tuan & Puan-Puan,

Visi kita adalah untuk Pulau Pinang sekali lagi menjadi hab serantau yang akan membina, menaik taraf, menarik dan mengekalkan bakat antarabangsa. Pulau Pinang hanya boleh melakukan ini dengan menjadi sebuah negeri pintar bertaraf antarabangsa – yang mendidik dan memupuk bakat; yang menggalakkan dan memberi ganjaran kepada ketekunan, kepakaran dan keusahawanan; yang sesuai didiami dengan persekitaran yang bersih, hijau, selamat dan sihat; dan yang mengamalkan integriti, keadilan dan kerajaan yang berjiwa rakyat.

Semenjak 2008, kami telah berusaha ke arah ini, meskipun berdepan pelbagai cabaran. Kami telah memperkenalkan tender terbuka dan mewajibkan pengiystiharan harta oleh semua ahli EXCO bagi membasmi rasuah dan kronisme. Kami telah menjadikan kontrak kerajaan terbuka untuk semua buat pertama kalinya. Kami telah menggubal dan mendesak untuk memastikan adanya keterbukaan maklumat serta pilihan raya kerajaan tempatan, meskipun halangan daripada kerajaan Persekutuan dan pembangkang.

Dengan mengamalkan urus tadbir yang bersih dan cekap, kami berjaya mengurangkan defisit dan mula mencatatkan lebihan belanjawan semenjak 2008, dan mengurangkan hutang negeri sebanyak 95%. Lebihan ini digunakan bagi kebaikan ramai dengan:

• memberi bantuan tunai kepada warga miskin, warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan ibu tunggal;
• peruntukan tahunan untuk sekolah Cina, Tamil, Mubaligh dan Sekolah Agama Rakyat;
• menjalankan projek-projek infrastruktur bernilai berbilion ringgit untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di seluruh negeri;
• menjadi negeri pertama memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Perumahan Mampu Milik bagi membina 19,172 unit rumah berkualiti yang direkabentuk oleh HDB Singapura;
• menjadi negeri pertama untuk membasmi kemiskinan di Malaysia pada tahun 2013 dengan memastikan pendapatan isi rumah minima RM770 sebulan bagi setiap keluarga di Pulau Pinang, melebihi paras kemiskinan kebangsaan, RM763 sebulan.

Dalam usaha membina modal insan di Pulau Pinang, kami telah menubuhkan pusat pembelajaran dan latihan serta hab pendidikan di Balik Pulau. Kami telah menyediakan WiFi percuma di tempat awam. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, perkembangan seni dan budaya di Pulau Pinang telah berkembang dengan acara-acara seperti Festival Georgetown, dan Pulau Pinang telah mendapatkan kembali kemasyhuran antarabangsa untuk menyuburkan semula bandar warisan dunia milik kita bersama ini.

Dalam usaha untuk meningkatkan kesesuaian untuk didiami bagi Pulau Pinang, kami telah berfikir di luar kotak dengan memperkenalkan park-and-ride dan perkhidmatan bas ulang-alik; mengambil langkah hijau dengan mengharamkan beg plastik percuma, mengharamkan secara berperingkat polistirena dan dengan memperkenalkan surcaj pemuliharaan untuk menghadkan pembaziran air. Kami juga ingin membawa idea ini ke hadapan dengan menawarkan Rapid Penang RM10 juta setiap tahun untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma di seluruh Pulau Pinang pada waktu puncak, namun belum disambut oleh kerajaan Persekutuan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Semua yang telah kami laksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dicapai walaupun terdapat kekangan akibat sistem yang terlalu berfokus kepada Persekutuan, di mana Kerajaan Persekutuan mendapat 94% hasil kerajaan negeri dan kerajaan negeri mendapat hanya 6%, manakala kepentingan tempatan seperti pengangkutan awam – bas, feri dan lapangan terbang serta Pelabuhan Pulau Pinang – semua di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan.

Sejak 50 tahun yang lalu, Pulau Pinang telah diabaikan teruk oleh Kerajaan Persekutuan, yang telah membiarkan infrastruktur pengangkutan awam termasuk pelabuhan dan lapangan terbang tidak diurus dengan cekap. Landasan lapangan terbang kita masih kecil berbanding Langkawi, dan terlalu pendek untuk membolehkan Airbus A380 beroperasi sepenuhnya. Feri Pulau Pinang yang ikonik hanya dibiarkan merosot.

Pelabuhan Pulau Pinang, yang merupakan pelabuhan terbesar di Malaysia pada tahun 1950-an dan 60-an, telah dikurangkan untuk menjadi sebuah pelabuhan perantara semata-mata untuk Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas di Johor. Selat Pulau Pinang masih belum didalamkan untuk membolehkan kapal-kapal yang lebih besar berlabuh di Pulau Pinang, seperti yang telah dijanjikan dalam Rancangan Malaysia Ke-9, dan Zon Bebas Pelabuhan Komersial Pulau Pinang di Butterworth adalah terlalu kecil untuk membolehkan Pulau Pinang untuk berkembang menjadi hab logistik serantau.

Semua ini perlu dirubah jika Pulau Pinang berhasrat mencapai potensi penuh sebagai salah satu penjana kuasa utama ekonomi Malaysia. Walaupun menjadi salah satu daripada negeri terkecil di Malaysia, dengan hanya 6% daripada penduduk negara, Pulau Pinang berada di tempat teratas bagi pelaburan langsung asing di Malaysia pada tahun 2010, mengulanginya lagi pada tahun 2011, dengan jumalh pelaburan langsung asing dalam tempoh dua tahun mencecah 28% daripada keseluruhan FDI negara. Pulau Pinang menyumbang 25% daripada eksport Malaysia, dan hampir dua pertiga daripada penerimaan pelancongan perubatan.

Tiang seri utama ekonomi Pulau Pinang – pelancongan dan pembuatan, kedua-duanya memerlukan pelaburan yang mencukupi dalam infrastruktur nyata dan bukan-nyata jika Pulau Pinang dan Malaysia ingin berkembang. Atas sebab ini, kami baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk membina sebuah terowong dasar laut untuk memperbaiki hubungan antara Pulau dan Seberang Perai serta projek-projek jalan raya yang lain untuk memperbaiki aliran trafik di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Tetapi yang lebih utama adalah untuk meningkatkan kemampuan lapangan terbang, pelabuhan, perumahan dan infrastruktur pengangkutan awam di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk mendapatkan yang terbaik bagi negeri ini, dan seperti yang kita tahu, apa yang baik bagi Pulau Pinang adalah juga baik bagi Malaysia. Malangnya Kerajaan Persekutuan tidak memenuhi janji-janji mereka untuk negeri ini bagi bersama-sama membangunkan Greater Penang Masterplan pada tahun 2011.

Dalam usaha memudahkan usaha ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walaupun terpaksa menangguhkan Penang Blueprint 2011-2015 kita sendiri, di atas permintaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato ‘Seri Idris Jala, bagi memberi laluan kepada Greater Penang Masterplan. Kami kesal kerana selain penyertaan dalam makmal yang dianjurkan oleh Idris Jala dan menyiapkan laporan tersebut lebih daripada setahun yang lalu, tidak banyak perkembangan lain sejak daripada itu.

Tuan-tuan dan puan-puan

Paradigma Pulau Pinang, yang Kerajaan Negeri tugaskan kepada Institut Pulau Pinang, adalah satu rangka kerja untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang seimbang: yang dinamik dari segi ekonomi, yang sesuai didiami dan lestari, dan yang menyediakan pemerkasaan demokrasi dan keadilan sosial untuk semua. Ia adalah satu strategi untuk pembangunan Pulau Pinang pada dekad yang akan datang, biar sesiapa pun dalam kerajaan di peringkat Persekutuan selepas dua pilihan raya umum yang akan datang.

Wawasan strategik kami untuk Pulau Pinang berdasarkan aset terbesar di Pulau Pinang: rakyatnya. Kami percaya bahawa Pulau Pinang hanya boleh menjadi tempat yang layak didiami jika kita mempunyai sebuah kerajaan yang mesra rakyat yang melabur kepada rakyat, yang mendidik dan melatih orang ramai supaya masyarakat dapat berinovasi dengan bebas dan melibatkan diri dalam perusahaan, dan yang membebaskan masyarakat dari kejahilan, kemiskinan dan kecacatan supaya membolehkan mereka terlibat sepenuhnya dalam ekonomi dan demokrasi.

Kami tidak bertujuan untuk menghasilkan pertumbuhan ekonomi melalui perbelanjaan Kerajaan dan perbelanjaan oleh GLC kerana kami percaya bahawa tugas Kerajaan adalah untuk menjarakkan diri daripada perniagaan. Sebaliknya kita berusaha untuk membentukkan ekonomi Pulau Pinang yang berteraskan pengetahua, menekankan sains dan teknologi dan yang bergantung kepada pembelajaran sepanjang hayat serta kemahiran untuk menjana pertumbuhan modal insan bagi jangka masa panjang.

Kita percaya bahawa kejayaan dan kemakmuran bergantung terutamanya kepada rakyat dan bukannya atas Kerajaan, ertinya menyedari bahawa dalam dunia yang semakin global, Pulau Pinang mesti berupaya untuk memenuhi tiga “pilihan”, iaitu, untuk menjadi persekitaran pilihan untuk penduduk, destinasi pilihan untuk pelancong dan lokasi pilihan bagi pelabur dalam menubuhkan perniagaan.

Kualiti hidup di Pulau Pinang tidak harus hanya untuk orang kaya, tetapi untuk semua yang hidup dan tinggal di Pulau Pinang. Ini memerlukan perumahan mampu milik berkualiti, cekap dan pengangkutan awam yang berkesan, kawasan hijau terbuka untuk semua, persekitaran semula jadi yang bersih dan sihat, seni yang meriah, budaya serta landskap warisan yang terjaga.

Ketiga, penekanan kita terhadap rakyat, bermakna kita percaya bahawa kita tidak boleh maju dan berkembang sebagai negeri dan sebagai sebuah negara jika wanita, etnik minoriti, golongan miskin dan orang kurang upaya tersekat daripada menyertai ruang ekonomi dan demokrasi. Kerajaan yang mengutamakan rakyat memerlukan kepada usaha membasmi kemiskinan, diskriminasi dan rasuah serta kronisme, yang mengangkat kepentingan peribadi dan keuntungan peribadi di atas kebaikan awam.

Saya percaya bahawa Paradigma Pulau Pinang adalah model berwawasan dan bersejarah oleh Profesor Dr Woo serta pasukan beliau di Penang Institute dengan Zairil Khir Johari sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, untuk membolehkan Pulau Pinang menerajui pembangunan negara ini sekali lagi. Kita boleh menjadikan Pulau Pinang No 1 di Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang seimbang dan negeri pintar yang bertaraf antarabangsa.

Menjadikan Pulau Pinang No.1 di Malaysia adalah tidak mustahil. Tambahan pula Pulau Pinang mencapai pengiktirafan antarabangsa pada tahun 2011 apabila dipilih oleh Yahoo Travel sebagai No 8 pulau terbaik di dunia yang harus anda lawati sebelum anda mati. Tahun ini George Town berada di tempat nombor 4 teratas untuk persaraan di dunia, menjadi satu-satunya bandar di Asia dalam senarai 8 teratas. Manakala pada tahun 2011 dan 2012, Georgetown menjadi bandar yang paling sesuai didiami buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, mengatasi Kuala Lumpur untuk pertama kalinya.

Mari kita rajin berusaha dan menjadikan Pulau Pinang sebagai No 1 di Malaysia. Terima kasih.

LIM GUAN ENG
—- Mandarin Version —

槟州首席部长林冠英于2013年2月23日在主持"槟城典范(2013-2023):打造国际及智能槟州"推介礼上发表演讲,重点如下:

槟城典范:打造槟州成为全马第一。

我一直相信槟州过去50年最珍贵的出口不是电子电气产品,而是人才,这真是悲惨的出口生意。

由于缺乏教育机会、经济机会、歧视、贪污及社会公义,槟州很多有才华的年轻人离开了。我们的损失,是其它国家的收益。我们把教授、医生、工程师、大法官、内阁都输出给其他国家。这种事情不能继续发生。

自2008年,我们突破重重难关,推介了公开招标、强制槟州行政议员公布财产,遏止贪污及朋党。我们第一次让州政府合约让公众审查。尽管受到联邦政府及在野党的阻碍,我们立法制定资讯自由法及地方政府选举。

在治理干净及能干政府的情况下,我们在2008年之后的财政预算年年有余,并缩减了95%的债务。我们善用这些盈利:

• 派发援助金给贫穷者、乐龄人士、残障人士、学生及单亲妈妈;
• 每年拨款给华小、淡小、教会学校及宗教学校;
• 在州内兴建基础设施,纾缓交通阻塞。
• 成为首个拨出5亿令吉可负担房屋基金的州属,兴建1万9172个高素质房屋,并由新加坡建屋局管理;
• 在2013年成为第一个扫除贫穷的州属,确保槟州每个家庭每月收入至少达770令吉,高于全国763令吉贫穷线。

为了栽培槟州人力资源,我们在浮罗山背成立学习及培训中心、教育中心。我们在公共场所提供免费无线上网。过去五年,槟州的艺术及文化发展欣欣向荣,我们拥有像乔治市节庆的活动,在复兴乔治市世界文化遗产城市方面,我们也获得国际认同。

为了让槟州更宜居,我们推介免费停车换乘及巴士穿梭服务;采取绿色措施如禁免费塑料袋、减用保丽龙及推介附加费保护水资源。我们也提议每年付1000万令吉给槟城快捷通,在高峰期提供免费巴士服务,但是这项提议不被联邦政府接受。

尽管我国的联邦集权让槟州施政阻碍重重, 我们努力经营争取成就。联邦政府收取94%的税收,而州政府只获得6%,所有与人民生活息息相关的事务如公共交通(巴士、渡轮)、机场及槟城港口,皆在联邦政府的管辖之下。

过去50年,槟城严重被联邦政府忽略,公共交通、海港、机场的所获拨款都很少。我们的机场跑道甚至小过浮罗交怡的跑道,因为太短,导致A380型客机完全起飞升空。槟城的象征性渡轮也日渐没落。

槟城港口,曾是1950年及60年代最大的港口,已经减少成为巴生港口及柔佛丹绒柏勒巴斯港的集散港。槟城海峡也还没有如第9大马计划中那样,挖深让更大的船只停靠,北海槟州自由商贸区也太小,更本无法应付槟州发展成为区域物流中心的需求。

尽管槟城是全马最小州属之一,占全国6%人口,槟州在2010年及2011年的所获投资额全马居冠,占全国所获投资额28%。槟州出口额占全国25%,近乎2/3的医疗旅游收入来自槟州。

如果槟城及马来西亚要昌盛繁荣,槟州经济的两大支柱:旅游业及制造业,都需要槟州在硬软体建设的投资。因此我们最近宣布兴建第三海底隧道的计划,连接槟岛与威省,改善两地的交通。更重要的是改善槟城的机场、海港、住房及公共交通建设。

槟州政府愿意与联邦政府合作,为槟州争取最好的东西。不幸地是,联邦政府没有履行承诺 ,让州政府参与2011年大槟城蓝图的制订。

为此,我们甚至按首相署部长拿督斯里依德里斯的要求,搁置自己的2011-2015槟州大蓝图。尽管我们一年前参与他所安排的研究活动并完成报告,但是如今什么进展也没有,对此我们感到遗憾。

槟城典范是州政府委任槟州研究院准备的。这是一套打造平衡社会的计划,志在打造活力经济、宜居及永续、赋予人民民主权利及社会公义的计划。这是槟州未来10年的管略,无论谁将在下两届大选后担任联邦政府。

我们的策略性宏愿能成功所依赖的财产是"人民"。我们相信,槟城若要成为槟城人民喜爱生活的地方,唯有以民为本的政府投资在人民、教育及培训人民,让人民革新及参与企业、让人民从无知、贫穷及能力不足中解放出来,人民才能够完全参与我们的经济及民主发展。

我们不求通过政府开销及官联公司的花费来创造经济繁荣,因为我们相信政府生意就是不做生意。我们希望把槟州转型成为知识经济体,重视科技、终身学习并提升人力资源技能。

我们相信以人民为主体的成功与繁荣,而不是政府,也意味着在越来越全球化的世界,槟城必须成为三种群体的选择,那就是成为居民、旅客及投资者的首选地。

槟城必须为全体居民提高生活素质。这需要可负担房屋、有效率的公共交通、开放的绿色空间、干净与健康的自然环境,有活力的艺术、文化及建筑氛围。

第三,我们强调人民,意味着我们相信槟州之繁荣是全民之繁荣,如果妇女、少数民族、贫穷者、体残人士无法参与我们的经济及民主建设发展,我们将无法达致全民繁荣。以民为本的政府要做的是扫除贫穷、扫除不公平、歧视性政府、扫除贪污及朋党,把公共利益置于个人利益之上。

让槟城成为全马第一是可行的。再说,槟城在2011年已被雅虎旅游选为世界八大有生之年必游的岛屿。今年,乔治市成为世界四大退休后最适合居住城市(在世界八大中成为唯一入选的亚洲城市)。在2011年及2012年,乔治市也超越吉隆坡,成为最宜居的城市。

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Why is DBKL shy to announce RM200 million ITIS contract awarded to GTC Global Sdn Bhd by beastofburden

Posted: 22 Feb 2013 11:47 PM PST

Another 200 million down the drain

Comment on Why is DBKL shy to announce RM200 million ITIS contract awarded to GTC Global Sdn Bhd by Izamuddin

Posted: 22 Feb 2013 09:55 PM PST

If the award to GTC Global was true then ITIS will be another white elephant like what happened to the previous ITIS. YB please get DBKL to officially confirm this. YB was right that GTC Global is a company dealing with CCTV and other security equipment and dnot ITIS. ITIS is a specialised field. These bloody little Napoleon in DBKL must be shot for awarding this ITIS to GTC Global.

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Sekitar Majlis Perasmian Jelajah Janji Ditepati

Posted: 22 Feb 2013 10:45 PM PST








Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah merasmikan Majlis Perasmian Jelajah Janji Ditepati bertempat di Dataran Shahbandar dengan dengan jayanya pada hari ini. Warga Terengganu juga tidak melepaskan peluang keemasan untuk berjumpa dan beramah mesra bersama pemimpin nombor satu negara di sini. Sungguh meriah sekali dengan pelbagai acara yang disediakan.

Sekitar Majlis Ketibaan YAB PM Malaysia ke Negeri Terengganu

Posted: 22 Feb 2013 10:32 PM PST








Hari ini, 23 Februari telah ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud untuk menyambut kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri ke negeri Terengganu Darul Iman. Alhamdullah ke hadrat Ilahi kerana pemimpin nombor satu negara kita selamat tiba ke negeri Terengganu dengan selamat. Saya dan warga DUN Seberang Takir khususnya mengucapkan selamat datang dan amat mengalu-alukan kedatangan YAB Perdana Menteri ke negeri Terengganu sempena Jelajah Janji Ditepati.

Majlis Penyerahan BB1M untuk Mahasiswa UniSZA

Posted: 22 Feb 2013 06:37 PM PST







Malam tadi, 22 Februari 2013, telah merasmikan Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) untuk para mahasiswa dan mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertempat di UniSZA kampus Gong Badak. 

Semoga dengan bantuan dari kerajaan ini dapat meringankan beban para belajar untuk membeli buku disamping dapat memupuk minat membaca di kalangan para pelajar. Besar harapan saya untuk melihat para pelajar menggunakan baucar ini dengan sebaik mungkin dan tidak menyalahgunakan baucar ini dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Pertandingan Akhir Ping Pong Piala Dato' Ahmad Razif

Posted: 22 Feb 2013 06:29 PM PST






Selepas selesai majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan dam aji, telah pergi ke pertandingan akhir ping pong piala Dato' Ahmad Razif bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kompleks Seberang Takir yang berlangsung pada hari yang sama juga. Pertandingan akhir ini amat sengit dan akhirnya siapa yang menggodol hadiah pertama juga sudah diketahui. Tahniah kepada semua pemenang. Pada yang kalah jangan putus asa, masih boleh cuba lagi di lain pertandingan.

Pertandingan Dam Aji DUN Seberang Takir 2013

Posted: 22 Feb 2013 06:19 PM PST











Semalam juga telah berlangsungnya Pertandingan Dam Aji Peringkat DUN Seberang Takir 2013 bertempat di perkarangan Bangunan Belia Permata, Kg. Baru Seberang Takir. Penyertaan untuk pertandingan ini amat membanggakan. Tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang kurang bernasib baik, anda boleh cuba lagi pada lain kali.

Majlis Khatam Al-Quran

Posted: 22 Feb 2013 06:11 PM PST





Selepas program bersama nelayan selesai, telah pergi merasmikan ke satu lagi majlis iaitu Majlis Khatam Al-Quran anjuran Yayasan Islam Terengganu bertempat di Masjid Seberang Takir. Tahniah kepada semua peserta dan tidak lupa kepada pihak Yayasan Islam Terengganu kerana berjaya menganjurkan program seperti ini. Semoga program seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang.

Majlis Bantuan Cat Bot Penambang

Posted: 22 Feb 2013 06:05 PM PST







Pagi semalam, 22 Februari 2013 telah merasmikan Majlis Bantuan Cat Bot Penambang bagi nelayan-nelayan dari Seberang Takir, Pulau Duyong dan Manir bertempat di jeti bot penambang Kg. Seberang Takir. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban pada para nelayan untuk mengecat semula bot-bot mereka.

Nuffnang