Rabu, 3 Ogos 2011

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


TAHNIAH KU LI

Posted: 03 Aug 2011 01:00 AM PDT

(Keengganan Anwar beri sampel DNA menimbulkan keraguan besar kepada PAS; dan video Mat CD menjadi paku terakhir keranda politik Anwar)

Salam 2 all.

Teman dok ingat bulan-bulan pose ni tak berminat sangat nak tulis hal-hal politik kepartian ni. Tapi perkembangan terbaru berkenaan pelawaan kepada YB Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li untuk mengetuai pakatan pembangkang BiaDAPP (DAp-Pkr-Pas) memberi satu dimensi baru kepada politik tanah air. Teman cukup yakin Ku Li sedang tersengih meleret melihat namanya kini terpancar terang dalam kemelut politik negara.

Apa pun pertama sekali teman ucapkan tahniah kepada Ku Li atas pelawaan tersebut. Ini membuktikan bahawa kot mana dema berputar pun, bila tiba bab kepimpinan, kaum biaDAPP tetap memerlukan orang UMNO juga untuk memimpin mereka.

Buktinya, dalam menghadapi UMNO/ BN bagi pilihanraya 1990 dan 1995, PAS dan DAP terpaksa melantik Ku Li melalui Parti Semangat 46 untuk menjadi pemimpin dan gam kanji untuk PAS-DAP tidur sekatil. Memang jelas PAS-DAP tidak boleh bekerjasama sesama mereka. Begitu teruknya hubungan PAS-DAP ini, hingga Ku Li terpaksa menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah untuk bersama PAS, dan Gagasan Rakyat untuk bersama DAP. Dan yang paling banyak menerima menafaat kepimpinan bekas UMNO ini pada masa itu ialah PAS, yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1990. Tetapi sejarah melihat bagaimana PAS mengkhianati Ku Li, dan akhirnya ia berpecah dan Ku Li kembali kepangkuan UMNO.

Bukti kedua ialah apabila berdepan dengan UMNO/ BN bagi pilihanraya 1999, sekali lagi PAS dan DAP terpaksa mengambil pemimpin UMNO untuk menjadi pemimpin dan gam kanji untuk melekatkan mereka. Maka calon mereka pada masa itu ialah manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan - Anwar Ibrahim. Sekali lagi PAS mendapat menafaat daripada pakatan luar tabi'e itu apabila mendapat banyak kerusi Parlimen dan Presiden PAS Allahyarham Ustadz Fadhil Noor berjaya menjadi Ketua Pembangkang.

Setelah berpurnama madu sebanyak dua pilihanraya, teman dapat membaca bahawa kepimpinan PAS mula merasakan Anwar sudah mula menjadi beban dan liabiliti kepada PAS, dan tidak membawa apa-apa menafaat kepada mereka. Pilihanraya 2004 menyaksikan PAS hampir hanyut dengan kerusi Parlimen yang terlalu sedikit. Manakala dalam PRU 12 pada tahun 2008, walaupun mendapat penambahan kerusi, namun PAS menjadi rakan tercorot dalam pakatan pembangkang dan muncuk sekadar lembu yang dicocok hidung oleh Anwar & biaDAP; dan yang paling mendapat menafaat ialah parti cauvinis biaDAP. PAS dapat melihat bahawa game-plan Anwar yang sanggup menjual agama dan bangsa sendiri sudah mula memakan tuan. PAS is the biggest loser dalam percaturan ini, kerana vote-base PAS ialah orang Melayu.

Ini ditambah pula dengan skandal liwat dan videoklip manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Teman cukup yakin pemimpin PAS bukan bodoh. Keengganan Anwar menyerahkan sampel darah bagi ujian DNA untuk membuktikan bukan airmaninya dalam karung kunyit Saiful menimbulkan kegelisahan dan keraguan dikalangan pemimpin PAS khususnya para ulama' dan ustad-ustad. Dan videoklip Mat China-Doll @ Mat CD menjadi paku terakhir memahat keranda politik Anwar. Sebenarnya sudah ramai kalangan ulama' dan ustad PAS sudah melihat videoklip tersebut dalam diam-diam. Ada yang baru tengok 2-3 minit dah mula urut dada sesak nafas. Ada yang berani menonton sampai ke adengan kondang-kondi, dan tidak lain yang keluar daripada mulut mereka selain menyumpah seranah Anwar, "celaka hang Anwar, hang tipu kami Anwar oooiiii. Hang baguih punya enjut, kami pulak yang kena hamput!!!".

Paku terakhir keranda politik Anwar sudah mula dipahat. Sebab itu teman tidak terkejut mendapat maklumat ada kepimpinan PAS menemui Ku Li secara rahsia & sulit. Mereka tahu jika mereka memasuki PRU 13 membawa bersama excess-baggage Anwar, maka mereka akan kehilangan vote-base Melayu mereka. Ditambah dengan kesilapan kaum Anwarinas menjadikan Ambeega Sreenavasan sebagai khalifah mereka dalam himpuan haram Koonyet-2, sehingga PAS dimomokkan dengan singkatan Pengikut Ambeega Sreenavasan! Ini semua mengerikan para ulama' dan ustad-ustad PAS. Mereka perlu lakukan sesuatu untuk memastikan vote-base Melayu mereka tidak hilang. Maka Anwar menjadi kambing hitam bagi PAS sekarang ini. Walaupun akan dilihat sebagai satu pengkhianatan, namun bagi PAS yang penting sekarang ialah survival politik mereka bagi menghadapi PRU 13. Ramai daripada mereka sudah seronok sedap merasa menjadi YB dan MB/ Exco; dan mereka tidak mahu kehilangan itu semua.

Sebab itu teman tidak hairan ada kepimpinan PAS mula melihat kearah Ku Li. Siapa lagi yang boleh berdepan dengan jentera gergasi UMNO melainkan orang UMNO sendiri. Besi memerlukan kayu untuk menebang batang pokok. Dan Ku Li dilihat sebagai orang yang paling layak. Kerana Ku Li adalah veteran UMNO, masih ada penyokong dan simpatisan, apatah lagi dikalangan Melayu liberal dan dan punya agenda sendiri.

Diwaktu yang sama, PAS masih mahu meraih sokongan bukan Melayu dan para kafir yang telah mereka semai beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana PAS tahu mereka juga tidak mahu kehilangan sokongan bukan Melayu dan kafir yang seronok melihat PAS bersedia tidur sekatil dengan cauvinis biaDAP; sehingga sanggup membakulsampahkan perjuangan menubuhkan negara Islam yang menjadi jampi-mentera PAS selama ini. Ku Li dilihat sebagai gam kanji yang boleh melekatkan cauvinis biaDAP dengan PAS.

Diwaktu yang sama, Ku Li juga boleh menjadi gam-kanji bagi golongan Melayu liberal, saperti Zaid Ibrahim dan Parti Kita yang ditubuhkannya. Juga golongan liberalis lain termasuk dari golongan profesional dan lain-lain.

Dan mereka tahu Ku Li juga mengidam untuk menjadi Perdana Menteri. Kalau tak masakan Ku Li berani mencabar Tun Mahathir dalam pemilihan 1988 yang menyaksikan UMNO berpecah dan berkubor. Dan untuk menghadapi gergasi UMNO/BN dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Najib, Ku Li akan dilihat sebagai orang yang paling layak. Kerana Ku Li adalah rakan Allahyarham Tun Abdul Razak, bapa YAB PM sekarang. Takkan anak nak lawan kawan bapak kot. Begitulah perkiraan dan sipir politik PAS sekarang.

Persoalannya, adakah Ku Li bersedia menjadi kuda tunggangan PAS sekali lagi? Ku Li politikus yang sudah matang; beliau kenal bebenor PAS ni yop. Apatah lagi pernah tidur sekatil hampir 10 tahun dengan mereka. Dengan pengalaman sebegitu rupa, teman cukup yakin Ku Li akan mengatur langkah dengan lebih bijak.

Itulah sebabnya Ku Li tidak terus menerima pinangan PAS. Sebaliknya beliau mengambil sikap berhati-hati. Beliau menubuhkan badan bukan kerajaan dengan nama Amanah. Beliau turut di apit oleh para politikus yang punya nama besar walaupun sudah menjadi tukun dan dinasour politik negara. Ku Li tahu kalau beliau membuat "political move" sekarang dengan menyertai pakatan pembangkang biaDAPP, sudah pasti karier politik beliau akan berakhir serta-merta. Pasti jentera UMNO/BN akan menyembelih beliau sehingga khatam 18, sedangkan pilihanraya tidak tahu bila kerana mandat kerajaan sekarang hanya berakhir pada April 2013.

Dengan menubuhkan sebuah NGO, Ku Li akan terus menikmati posisinya sebagai veteran UMNO; sudah pasti UMNO tidak akan menyembelih "orang" mereka sendiri. Dengan kedudukan istimewa sebagai veteran UMNO, Ku Li boleh mengatur langkah dengan lebih selesa tanpa risiko kena sembelih. Malah kedudukan itu akan memberikan beliau "imuniti" dan ruang nafas yang cukup selesa untuk bergerak. Teman cukup yakin dari kedudukan itu, Ku Li akan boleh menghentam dan mengkritik kerajaan dengan lebih uummph! Bayangkan veteran UMNO menghentam parti UMNO sendiri. Jika ia dilakukan dengan cara strategik dan konsisten, teman cukup yakin Ku Li akan dilihat sebagai hero. Mungkin juga akan ada dikalangan pimpinan UMNO/BN akan turut serta beliau, terutama dari kalangan mereka yang punya kepentingan dan agenda tersendiri.

Jadi persoalannya, bila Ku Li akan buat keputusan menerima pelawaan mengetuai pakatan biaDAPP ini? Teman punya firasat, Ku Li akan hanya umum penerimaan pelawaan itu (jika beliau memilih untuk menerimanya) atas dua faktor:

1. setelah Anwar disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful. Ini kerana sabitan itu akan menjadi alasan terkuat PAS untuk menyembelih Anwar Ibrahim, kerana sudah ada pengesahan perundangan. Itulah kata-kata para ulama; dan kepimpinan PAS pun, iaitu mereka akan mengkaji semula kerjasama politik dengan Anwar jika ada sabitan oleh Mahkamah. Dan semua orang tahu, dengan keengganan Anwar memberikan sampel darah untuk ujian DNA, dan cara pembelaan alibi Anwar yang sangat diragui kerana ujudnya DNA airmani Anwar dalam karung kunyit Saiful, maka kemungkinan besar Anwar akan disabitkan dengan kesalahan meliwat stafnya sendiri Saiful. Dan kali ini hukumannya pasti melebihi 9 tahun penjara, kerana dalam sabitan lepas Anwar sudah ada rekod sabitan jenayah dan hukuman 9 tahun penjara. Bila disabitkan kelak, Anwar akan hilang semua "moral gorund" untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang. Ditambah dengan videoklip Mat CD. Teman tidak akan terkejut kalau diwaktu itu PAS sendiri akan mengeluarkan patwa baru menghentam Anwar. Jangan lupa PAS pernah lakukannya tahun 1997 apabila mempatwakan Anwar dengan label Al Juburi yop!!!

2. Apabila Ku Li yakin pilihanraya umum semakin hampir. Sebagai seorang berpengalaman, Ku Li tidak akan terjun sekarang dalam keadaan Kerajaan ada mandat hampir 2 tahun lagi. 2 tahun adalah satu masa yang lama dalam politik. Untuk bertahan selama 2 tahun, Ku Li perlukan dana dan stamina yang besar. Pada usia 76 tahun, Ku Li perlu menyimpan stamina dengan cukup. Sebab itu beliau akan menunggu sehingga semua isyarat pembubaran Parlimen terserlah. Buat masa ini, YAB Dato' Sri Najib tidak ada sebab langsung untuk membubarkan Parlimen. Beliau pun baru berusia 58 tahun, satu umur yang masih kuat dan bertenaga untuk berdepan dengan apa juga ranjau politik yang mendatang.

Apa pun, yang jelas daripada pelawaan kepada Ku Li ini ialah Anwar sudah hilang kelayakan untuk terus mengetuai pakatan biaDAPP. Mesej jelasnya ialah PAS (termasuk cauvinis biaDAP) sudah hilang kepercayaan kepada Anwar. Khusus bagi PAS, persekongkolan berterusan dengan Anwar, orang yang dilihat sanggup menggadai agama dan bangsanya, ditambah dengan skandal liwat dan videoklip Mat CD, akan hanya menghakis sokongan Melayu-Muslim kepada PAS; apatah lagi dengan ujudnya kaum Anwarinas yang dilihat lebih berqiblatkan Anwar sebagai sembahan politik mereka, sehingga mengheret PAS bertuankan kafir harbi la'natullah Ambeega sebagai khalifah mereka. Ramai dikalangan ulama' dan ustad PAS sangat kecewa bila singkatan P.A.S. dimomokkan sebagai Pengikut Ambeega Sreenavasan.

Bagi UMNO dan BN, jika Ku Li menyertai pakatan biaDAPP ini, janganlah risau, Kerana sejarah membuktikan semangat Melayu Ku Li sangat kuat. Teman cukup yakin Ku Li akan membawa pakatan biaDAPP ini, khususnya PAS, kembali keperjuangan UMNO. Ku Li pernah lakukannya dengan berjaya melalui Semangat 46, dan percayalah Ku Li akan melakukannya sekali lagi dengan pakatan biaDAPP ini. Rasional mudah, tidak ada pemimpin Melayu-Islam sanggup diingati sebagai pengkhianat agama dan bangsanya. Dan Ku Li tidak terkecuali yop!

Apa pun, UMNO patut berbangga kerana walaupun dimaki hamun dan dicerca 24 jam 7 hari seminggu oleh pakatan biaDAPP ini, tetapi bila terdesak perlukan pemimpin, orang UMNO jugak yang dicari oleh pakatan biaDAPP ini!!!

Dan bagi yang tidak percaya PAS sanggup mengkhianati Anwar; ingatlah kalau jampi mentera PAS untuk menubuhkan negara Islam sanggup mereka bakulsampahkan dengan patwa terbaru "rupenya negara Islam tak ada dalam Quran", maka apa pun PAS boleh lakukan. Pokok pangkalnya, PAS bukanlah satu agama, tetapi hanya sekadar sebuah parti politik yang juga punya nafsu mahu menduduki takhta kekuasaan. Jangan lupa PAS pernah menghukum Anwar dengan label Al Juburi walaupun tanpa 4 saksi tetapi cukup sekadar tuduhan seorang benggali biaDAP. Bak kata penganut fahaman politik machiavelli, "tidak ada kemustahilan didalam politik, semuanya bisa dong!!".

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
03 Ramadhan 1432
03 Ogos 2011

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


SIVARASA nafi kabel diplomat Amerika Syarikat

Posted: 03 Aug 2011 09:14 PM PDT

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Sivarasa Rasiah menafikan laporan portal The Malaysian Insider yang menyebut mengenai pendedahan kabel diplomat Amerika Syarikat.

lapuran sepenuhnya:  
http://www.keadilandaily.com/sivarasa-nafi-kabel-diplomat-amerika-syarikat/?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

Sivarasa bersama Zon 17 MBSA untuk Pertandingan FUTSAL

Posted: 03 Aug 2011 12:57 AM PDT

Sivarasa telah bersama warga Shah Alam dalam pertandingan FUTSAL antara Zon dalam Majlis Bandaraya Shah Alam anjuran MPP Zon 17 bersama Pejabat ADUN Kota Damansara dan Pejabat Ahli Parlimen SUBANG.

Perpaduna melalui sukan. SYABAS kepada MPP Zon 17 MBSA yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis, Saudara James NG.



Sokongan moral kepada 6 Tahanan Ordinan Darurat

Posted: 03 Aug 2011 12:12 AM PDT

YB Sivarasa telah hadir bersama rakan-rakan lain memberikan sokongan moral menuntut keADILan dan kebebasan 6 rakan seperjuangan daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang telah ditahan dibawah Ordinan Darurat



MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


The search for Teoh Beng Hock’s cause of death cannot end with a RCI conclusion that is based on speculation

Posted: 03 Aug 2011 06:47 AM PDT

Posted: 03 Aug 2011 01:31 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


AWAS SPR!!

Posted: 03 Aug 2011 09:01 AM PDT

PR: 610 di 4 Dun telah daftar mengundi
Hazayani Zakaria   
PETALING JAYA, 3 Ogos: PAS Selangor mengenal pasti 610 nama berstatus Penduduk Tetap (PR) yang didaftarkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) di empat Dun.
Menurut Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar), seramai 225 pengundi yang mempunyai kad pengenalan merah dikesan di Dun Paya Jaras, 261 orang di Dun Semenyeh, 140 orang di Dun Kajang dan 49 orang di Dun Dusun Tua.
Ianya sebahagian nama yang dikesan dalam proses bantahan bagi RDPT bagi suku ke-2 2011 Julai lalu.
Tegasnya, Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor mempunyai bukti mengenai dakwaan itu.
"Untuk kepastian, PAS Selangor telah merujuk kepada laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara untuk rekod. Kita khuatir jumlah tersebut akan bertambah.
"Kita ada bukti bercetak bahawa nama-nama mereka yang diklasifikasikan sebagai PR yang dicetak dari laman web JPN sebagai kad pengenalan merah,"kata beliau dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita selepas sidang media Pakatan Rakyat berhubung perkara sama di pejabat Pakatan Rakyat, dekat sini hari ini.
Namun apa yang memeranjatkan apabila sehari selepas dikesan, mereka mendapati rekod kerakyatan mereka yang dikenal pasti sebagai PR telah bertukar menjadi warganegara dan bertukar kepada kad pengenalan biru.
"Bagaimana ia boleh berlaku, Bukankah JPN memerlukan cap jari seseorang itu sebelum menyerahkan kad pengenalan atau apa-apa dokumen yang diserahkan kepada pemohon? soalnya.
Selain itu PAS selangor juga mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana seorang rakyat Malaysia yang lahir tahun 1984 telah dikatakan memiliki kad pengenalan biru yang membawa kod 71 iaitu penduduk teap kelahiran luar negara.
"Jika dia dilahirkan di Malaysia, sudah tentu kod yang tertera di kad pengenalan adalah kod negeri kelahiran.
"Jika betul dia dilahirkan di luar Malaysia, kenapa dia memiliki keistimewaan sehingga memiliki kad pengenalan biru di usia seawal 27 tahun?" soalnya lagi.
Beliau berkata, perkara ini sangat membimbangkan kerana jelas merupakan tindakan penipuan oleh mereka yang mempunyai akses kepada rekod di JPN.
Sehubungan itu PAS Selangor mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat perkara membabitkan keselamatan negara ini.
"PAS Selangor mendesak pihak yang terlibat dalam perkara ini diambil tindakan undang-undang," katanya.
 

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Menghimpun Pembeli-Pembeli Rumah Pangsa Terbengkalai Sungai Tangkas Bermesyuarat

Posted: 03 Aug 2011 04:34 PM PDT

Bunga-Bunga Setia Menyejuk Mata Dan Jiwa

Posted: 03 Aug 2011 07:33 AM PDT

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


JIMAT : NASIHATI ROSMAH DULU SEBELUM AJAK RAKYAT

Posted: 03 Aug 2011 02:04 AM PDT


PARIT BUNTAR, 3 Ogos: "Janganlah semudahnya rakyat dihidangkan dengan nasihat supaya berbelanja berhemah sebelum Najib mampu mengawal isterinya dari menjadi wanita 'paling boros' di abad ini," kata Drs Khalil Idham Lim.

Beliau selaku Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Baru-baru ini yang memberi ingatan buat seluruh rakyat Malaysia muslim supaya berjimat cermat pada bulan Ramadhan ini.

"Najib nampaknya tidak henti-henti mahu perbodohkan rakyat dengan mengingatkan rakyat perlu berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran sepanjang menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurut presiden Umno itu,  ia selaras dengan semangat yang dianjurkan dalam bulan ini iaitu bulan yang telah disediakan Allah sebagai satu medan untuk membina kualiti keimanan serta ketakwaan.

Berkenaan dengan nasihat itu, kata Khalil sebenarnya Islam menuntut agar si pemberi nasihat jangan cuma pandai berucap sahaja.

"Pemberi nasihat jangan cuma pandai beri nasihat, namun dilihat dari amalannya jauh sekali seperti langit dengan bumi.

"Janganlah jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus dalam keadaan ia sendiri berjalan tidak betul," ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sehubungan itu, beliau ingin mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, jimatkah beliau jika bil elektrik rumahnya berjumlah lebih RM700,00 sehari dan bil air pula berjumlah lebih RM100,000 sehari.

"Bil yang saya maksudkan tadi ialah kos untuk biaya sehari bil elektrik dan air kediaman rasmi Perdana Menteri, kos tersebut seolah-olah tidak masuk akal kerana mustahil Perdana Menteri dan juga isteri tinggal dalam rumah selama 24 jam tanpa keluar," katanya lagi.

Katanya, rakyat yang tidak tahu perihal itu akan mengangguk sahaja dan terus akur dengan nasihat tersebut.

"Persoalannya adakah kita yang telah tahu hal ini boleh berdiam diri?" soalnya.

Sebelum ini, media baru mendedahkan bagaimana sikap boros yang ditunjukkan oleh isteri PM yang berbelanja boros dengan membeli cincin berharga jutaan ringgit.

Justeru, beliau mengajak rakyat agar menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman Umno BN yang kian 'gila' dengan wang rakyat dibelanja mengikut sesuka hati.

"Beri undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 untuk mengubah Malaysia tercinta sebagai sebuah negara yang bebas daripada pemimpin korup dan boros berbelanja," katanya lagi.(harakahdaily)

魏宗贤文打烟之声 Gwee Tong Hiang for Bentayan

魏宗贤文打烟之声 Gwee Tong Hiang for Bentayan


民主行动党妇女组峇吉里区部成立,林爱玲被票选为第一任妇女组主席

Posted: 03 Aug 2011 01:17 AM PDT

Comments for Haniza Talha - Landscaping New Politics

Comments for Haniza Talha - Landscaping New Politics


Comment on Skim Pinjaman Mikro Kredit di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan by aduntamanmedan

Posted: 02 Aug 2011 07:37 PM PDT

Puan Eliza boleh hubungi Pejabat ADUN Rawang, YB Gan Pei Nei dan dapatkan maklumat lanjut serta borang MIMBAR

Comment on Skim Pinjaman Mikro Kredit di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan by aduntamanmedan

Posted: 02 Aug 2011 07:35 PM PDT

Syarat layak pinjaman mikro MIMBAR:
1. Pendapatan seisi rumah 1500 atau kurang
2. Warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas
3. Memiliki aset tidak lebih daripada RM5,000
4. Menetap, berniaga, bekerja dan mengundi di bandar-bandar negeri Selangor
5. Mengikut syarat-syarat program yang ditentukan

Comment on Majlis Pelancaran Bantuan Untuk Warga Emas, OKU, dan Orang Miskin by aduntamanmedan

Posted: 02 Aug 2011 07:26 PM PDT

Bagi mana-mana individu yang berpendapatan rendah boleh mohon tinggal di flat PPR. Boleh dapat maklumat lanjut di PBT

Comment on Majlis Pelancaran Bantuan Untuk Warga Emas, OKU, dan Orang Miskin by Venga

Posted: 27 Jul 2011 11:55 AM PDT

Saya pemegangkad OKU ingin mendapatkan sebuah rumah di Selangor.Diharap pihak tuan .puan dapat membantu.

Comment on Skim Pinjaman Mikro Kredit di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan by noridah

Posted: 06 Jul 2011 05:41 AM PDT

Salam puan.. Apa syarat untuk saya mendapaykan pinjaman mikro kredit ini? Di mana dan bagaimana saya boleh mendapatkan borang pinjaman tersebut? terima kasih. hubungi saya di 0122243379.

Comment on Pusat Dialisis Rakyat Taman Medan by farhana

Posted: 20 Jun 2011 02:46 AM PDT

FARHANA BINTI ABD RAHMAN
NO 186 FELDA RENTAM
28300 TRIANG
PAHANG
PHONE: 013-3196387
EMAIL: farhana89_anna@yahoo.com

20 JUN 2011
Dear Mr / Mrs

APPLICATION FOR THE POST OF NURSE AID/ NURSE
Above matter is referred, I am Farhana binti Abd Rahman, would like to request from your respected company for the post of nurse.
2. Presently, I am writing to introduce my self to you as a student at Masterskill University College Of Health & Science in course Diploma in Nursing.
3. I was completed a wide range subjects that provides me with the firm base of knowledge and skill relevant to the requirement of the staff nurse position. During my three years studies, I have gone to clinical posting in every semester. On my clinical posting I have a lot of experience, I was excellent in all procedure especially performing the dressing.
4. For your further information exposed both theatrically and practiced studies. I'm able to work in individual and in a team environment and also have excellent organizational and communication skills.
5. I'm looking forward to be given the opportunity to working at your company. With this information, I'm hope for your kind consideration and all your cooperation are highly appreciated.
6. Attached here with are my resume for your retention. Awaiting for your response, you can call me at 013-3196387 and the following email address: farhana89_anna@yahoo.com
Thank you for your consideration.
Yours Sincerely,
( FARHANA BINTI ABD RAHMAN )

Comment on Skim Pinjaman Mikro Kredit di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan by aliza

Posted: 12 Jun 2011 08:33 AM PDT

saya tinggal di bukit beruntung, rawang. bagaimana saya hendak mendapatkan borang dan ketahui lebih lanjut tentang skim ini?

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Issues for your MP by bengang sudah surut

Posted: 02 Aug 2011 08:05 PM PDT

terima kasih diatas keprihatinan pihak tuan.disini saya ingin katakan sekali lagi bahawa kejadian tersebut adalah benar dan bukan sengaja diada-adakan.
saya sudah menetap selama 26 tahun diwangsa maju ini.

saya sekali laqi ingin memohon maaf sekiranya ada pihak yang rasa tersinggung dengan kenyataan ini serta saya juga berniat ikhlas dan bukan ada apa-apa agenda kepentingan diri sendiri atau dihasut.

apa-apa pun,saya mengucapkan ribuan terima kasih pada YB dan pembantu tuan kerana sudi menegahkan perihal isu ini.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


3 Ogos 2011 - Bajet dialog peringkat Majlis Daerah Sabak Bernam yang diresmikan oleh YB Iskandar A. Samad.

Posted: 03 Aug 2011 03:40 AM PDT

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Wacana Intelektual PERMATA

Posted: 02 Aug 2011 05:11 PM PDT




Pada 27 Julai 2011 yang lalu bertempat di Permai Inn Hotel telah diadakan Program Wacana Intelektual PERMATA.

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Ada Sinar di Hujung Terowong

Posted: 03 Aug 2011 06:55 AM PDT

(Diterbit di Sinar Harian, 2 Ogos 2011)

Ada sinar di hujung terowong itulah yang dapat digambarkan apabila membicarakan mengenai perhimpunan Bersih 9 julai lepas.

Perhimpunan yang dikatakan menyebabkan Kuala Lumpur seperti dilanggar garuda, malah akan berulang peristiwa 13 Mei.

Paling menyedihkan, Bersih 2.0 dikaitkan dengan komunis sehingga enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan sebulan di bawah Ordinan Darurat (EO), dikatakan menerima dana daripada Kristian, dikatakan hendak menjatuhkan kerajaan dan kononnya di dalangi parti-parti pembangkang.

Pelbagai tekanan dikenakan kepada pemimpin-pemimpin bukan kerajaan, pejabat di serbu, peralatan dirampas dan sukarelawan ditahan, baju kuning berlogokan Bersih 2.0 diharamkan, malah ketakutan kepada warna kuning ini menyebabkan sesiapa yang memakainya ditahan tanpa usul periksa.

Pembuka kepada penerimaan untuk pilihan raya yang bersih dan adil ini selepas dimomokkan sebagai sesuatu yang buruk dan jahat kerana keinginan rakyat mahu ia dilaksanakan dan Sinar Harian telah membuka langkah berani untuk memulakan dialog 'Apa Selepas 9 Julai' dan disitu barulah kita disedarkan bahawa gelombang kuning melonjak kini.

Inilah kesedaran yang ditunjukkan oleh semua, tidak ada alasan boleh diterima dan keinginan ini tidak boleh disekat-sekat lagi.

Sekeras-keras kerak nasi akhirnya akhirnya kita nampak perubahan yang ketara, iltizam, keinginan dan wawasan rakyat mampu melunakkan kekerasan jiwa pemimpin-pemimpin kerajaan, mereka bersedia untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil.

Inilah yang kita mahukan, kita mahukan sesuatu yang baik untuk negara, untuk menjadikan Malaysia sekali lagi sebagai contoh sebuah negara yang mendukung kehendak rakyat.

Pemimpin-pemimpin yang menafikan perkara ini pastinya akan ditinggalkan keretapi kerana pilihan raya yang bersih dan adil memberi peluang kepada semua untuk membuktikan bahawa sesiapa yang terpilih untuk memerintah negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) dipilih melalui pilihan raya yang bersih dan adil.

Kita harus menolak sebarang tindakan kotor yang bukan sahaja akan mencemarkan negara ini tetapi mencemarkan kepimpinan kita sendiri, maka tuntutan untuk membersihkan pilihan raya ini harus dilakukan melangkau latar belakang kepartian.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) perlu bergerak seiring serta sehaluan untuk memastikan pilihan raya akan datang adalah bersih serta adil kerana ia adalah kemahuan, kehendak dan keinginan rakyat.

Jangan nafikan hak rakyat untuk mendapat tuntutan yang boleh kita berikan kepada mereka kerana mereka boleh menghukum kita walaupun dalam seribu kepayahan, jangan diuji kekentalan rakyat kerana ia telah dibuktikan pada 9 Julai lepas, jangan diuji kesabaran rakyat kerana ia seperti bara dalam sekam.

Sempena bulan mulia – Ramadan yang mubarak ini dengan meminjam tulisan Dr Zaharuddin Abdul Rahman, pensyarah di Universiti Islam Malaysia mengenai ibadah puasa.

"Objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadis sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada Nabi SAW doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar baginda ialah meminta keampunan Allah SWT."

Sebagai pemimpin yang bertakwa marilah kita laksanakan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT dan rakyat yang memilih kita dengan memastikan bahawa SPR perlu bebas dalam melaksanakan bidang kuasanya, kerajaan dan pakar-pakar undang-undang dan tentunya rakyat memberi khidmat kepada SPR untuk memastikan pilihan raya yang akan dilaksanakan dengan bersih dan adil.

Kerajaan sekiranya benar-benar telus perlu berfikir bagaimana ingin membebaskan SPR dari kekangan ini.

Sesungguhnya rahmat Allah SWT di bulan Ramadan yang mubarak ini amat lah luas, ia pemberi harapan baru kepada harapan yang hampir-hampir dimusnahkan tetapi kita sebagai hamba perlu terus berpegang kepada janji Allah bahawa akan sentiasa ada sinar di hujung terowong.

Pakatan claims found 1,600 ‘foreign’ voters

Posted: 03 Aug 2011 12:35 AM PDT

By Shannon Teoh
August 03, 2011

PETALING JAYA, Aug 3 — Pakatan Rakyat (PR) has accused Datuk Seri Najib Razak of losing control of institutions that govern elections after the opposition pact claimed to have discovered 1,600 cases of foreigners being given the right to vote between March to June this year alone.

Opposition lawmakers also said that this raised doubt over other border protection programmes such as the current drive to register millions of migrant workers — both legal and illegal.

PKR vice president Nurul Izzah Anwar told reporters that PR would formally request, by the end of the week, for an emergency sitting of Parliament to be called during the Ramadan fasting month to debate the issue of fraudulent voters.

"The prime minister said a few days ago at the Malaysian Student Leaders Summit that he is committed to electoral reforms and no chance will be given to phantom voters.

"Now, just a few days later, we have media reports of foreigners being given the citizenship. If Najib does not agree to the sitting, then it shows he has lost control of these institutions that have wrested power from his administration," the Lembah Pantai MP said.

PAS election director Hatta Ramli said there was deliberate collusion involving agencies under the home ministry such as the National Registration Department (NRD) and Immigration, who he accused of working in tandem with the Election Commission.

The Kuala Krai MP said that with the registration programme for legal migrant workers now being conducted indefinitely instead of a July 31 deadline, it could be "abused to cover for the constant changes to the database."

The lifting of the deadline also means that it now runs concurrently with the home ministry's amnesty programme for illegal immigrants, putting further strain on the biometric system that employers and labour unions have said is "riddled with problems."

"We doubt the real purpose of the registration programme as it now allows data to be changed so quickly," he added.

PR also claimed that 1,108 permanent residents in the Klang Valley were given the status of full citizens yesterday alone, and ridiculed the notion that over 1,000 identification cards were issued within the day.

PAS vice president Salahuddin Ayub also showed documents claiming that, between 1.06pm and 2.30pm yesterday, three voters had their status changed from permanent residents to citizens "in the blink of an eye."

"This was information downloaded from the NRD website itself and we have a total of 1,597 cases across the country."

(Dipetik dari The Malaysian Insider, pautan asal di sini.)

SUARA PERAK

SUARA PERAK


Media Post : Masalah Air Bertakung di hadapan Kedai-kedai Jalan Pandak Akhat, Pekan Batu Gajah

Posted: 03 Aug 2011 01:52 AM PDT

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

Posted: 02 Aug 2011 08:26 PM PDT

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


IGP and top police officers should stop issuing arbitrary and politically-inspired directives

Posted: 03 Aug 2011 12:57 AM PDT

The past five weeks before and after the 709 Bersih 2.0 rally for a free and fair elections must be one of the most difficult times for ordinary police personnel all over the country in recent years, for they were forced to become bullies instead of being "friends and protectors" of the people whose first [...]

The EO 6 freed – but are they free?

Posted: 02 Aug 2011 06:27 PM PDT

By P Ramakrishnan, Aliran’s President | 2 August 2011 Considering the fact that all these six citizens were accused of very serious offences in the first instance and subsequently cleared, this news that they will be charged tomorrow is disturbing to Malaysians. The police initially accused them of treason, which if proven would make them [...]

Why the gov’t is paranoid

Posted: 02 Aug 2011 05:59 PM PDT

By KJ John Aug 2, 11 | MalaysiaKini I always believed paranoia was the sickness of weak and fearful people, or those who have just cause for abject fear. For example, after 9/11, the Americans were absolutely overcome with paranoia only because such an unfortunate incident was "not in their paradigm of possibilities; worse still, [...]

Malay contractors call MCA racist, defend Penang government

Posted: 02 Aug 2011 06:02 PM PDT

By Yow Hong Chieh August 02, 2011 | The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, Aug 2 — The Malay Contractors Association of Malaysia's (PKMM) Penang branch has defended the state's open tender system as fair and warned Penang MCA to stop politicising contracts awarded to Bumiputeras there. Acting Penang PKMM chief Datuk Izham Merican today condemned [...]

Nuffnang