Jumaat, 14 Oktober 2011

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Jangan Jadi Negara Jahat: Selesaikan Isu Pilihanraya Secara Sihat

Posted: 14 Oct 2011 04:03 PM PDT

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


SYEIKH ALI JUM'AH: SAKSI HUDUD

Posted: 14 Oct 2011 12:18 AM PDT

Salam 2 all.

Teman ucapkan ribuan terimakasih kepada sahabat* yang mengirim artikel dibawah mengenai ulasan Allamah Syeikh Ali Juma'h, Mufti Besar Mesir (gambar sebelah) mengenai perlaksanaan hudud. Ini artikel yang teman rasa sangat relevan buat masa ini dalam kita membicarakan isu perlaksanaan hudud. Semoga ianya memberi menafaat kepada kita.

Kepada penulisnya, (teman tak pasti siapa dan sumber blognya, walaupun tercatat nama "Shamsul Muda di www.warisansemasa.blogspot.com daripada Universiti Yarmouk, Jordan), teman doakan rahmat dan barakah dianugerahkan kepada mike atas daya usaha yang sangat memberi menafaat kepada teman dalam memahami isu perlaksaan hudud ini.

Kepada mike semua, bacalah dengan berlapang dada, dan berdoalah moga diberi petunjuk dan hidayah daripada ALLAH. Nasihat teman bila nak membaca, buang segala assobiyah kepartian dan politik partisan, sebaliknya bacalah dengan harapan dan jiwa yang mahukan 'ilmu dan bimbingan. Tafaddhal masykuro:

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Thursday, 29 September

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak, iaitu Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud. Justeru, apabila dikatakan 'suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud', ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.

Ringkasnya, kenyataan 'suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud', bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan 'ketidaksempurnaan' suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.

Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil ('adalah) diperlukan. Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya 'seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)

Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.

Zaman ketiadaan saksi

Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.

Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, Al-Qadhi Al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, "sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi 'adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi".

Demikian realiti manusia pada zaman Al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, Al-Allamah Syaikh Ali Jum'ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

Setelah menukilkan kata-kata Al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum'ah dengan jelas menyatakan bahawa, "zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]".

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Dalam erti kata lain, zaman ini ialah zaman dimana kita sudah kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud. Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum'ah.

Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.

Hudud bukan keutamaan

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki 'kelayakan' untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum'ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini. Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.

Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah 'hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah'.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, 'abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah'. Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum'ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.

Pandangan beliau ini secara tindak langsung memberi 'signal' amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.


**********************************
Komen teman:

Setelah membaca artikel diatas, teman terfikir, adakah saksi yang sebegitu lagi dikalangan kita. Umat Islam terutama bangsa Melayu di Malaysia kini sudah sampai keperingkat tenat aqidah dan akhlaknya.

Kes buang bayi, perzinaan yang berleluasa, liwat yang tidak mengenal mangsa, anak bunuh mak, bapa bunuh anak, suami isteri curang dengan orang lain, hubungan seks tanpa batasan, penjualan arak yang tidak terkawal, gejala murtad makin meningkat, fahaman sesat bercambah-cambah, maki hamun terhadap para ulama' yang soleh, kemunculan ulama' suk dan jahat, munculnya kepimpinan songsang dan buruk akhlak, dan banyak lagi gejala akhlak yang membuktikan keruntuhan tamaddun samawi di negara ini!

Begitu juga kita langsung tidak mengikut Al Quran dalam soal perpaduan dan kesatuan contohnya. ALLAH perintahkan kita sesama Islam sebagai saudara, tetapi kita memilih kafir (dan ada yang memilih kafir harbi) sebagai rakan sekatil! Sedangkan Tuhan kita Satu, Nabi kita Satu, Kitab kita Satu, Qiblat kita Satu; mengapa kita tidak boleh menjadi Satu Ummah!!!

Ada kalangan kita sampai menjual kalimah ALLAH demi kepentingan politik, menggadai anak isteri sebagai bahan sandaran politik, mengidolakan komunis atheist yang tidak percayakan tuhan, mengangkat kafir harbi sebagai kalipah, menerima penganut fahaman pluralisma sebagai pemimpin, menolak segala bukti dan keterangan yang jelas dan sarih hanya kerana kiblat politik kepartian, sampai keperingkat menolak perjuangan menegakkan negara Islam kerana mendakwa ianya tidak ada dalam Al Quran. Lebih parah sampai ada yang bukak dada sanggup mati demi kafir harbi! Na'uzubillah min zalik!!!


Memang benar kata Syeikh Ali Al Jum'ah
; kita sudah hilang kelayakan untuk menjadi saksi untuk membolehkan hudud dilaksanakan. Malahan persaksian kita bahawa "aku naik saksi tidak ada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" juga boleh dipersoalkan, kerana ada kalangan kita yang mengiktiraf dan redho adanya ALLAH dalam bentuk triniti Tuhan Bapak-Tuhan Anak-Roh Suci saperti yang di i'tiqadkan oleh kristian la'natullah.

Moga ALLAH memberikan keampunan kepada kita, moga ALLAH memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, moga ALLAH memelihara iman dan aqidah kita didalam zaman syubhah dan fitan ini.

Tidak ada tuhan melainkan ALLAH Yang Maha Esa, aku ikhlas beragama Islam kerana Mu Ya ALLAH, walaupun kafir, musyrikin dan munafiq tidak menyukainya. ALLAH itu benar, Nabi saw itu benar, Al Quran itu benar, Mati itu benar, Barzakh itu benar, Mahsyar itu benar, Akhirat itu benar, Syurga itu benar, Neraka itu benar! Bantulah kami Ya ALLAH, sebagaimana telah Kau bantu Rasulullah, para sahabat dan golongan siddiqin, syuhada dan solihin.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
16 ZulQaedah 1432
14 Okt 2011

*Terimakasih kepada saudara Anuar Bin Sahudin & Datuk Zaini Bin Hassan yang mengirim artikel ini. Teman pohon izin untuk siarkan artikel ini yang sangat memberi menafaat dalam memahami isu perlaksanaan hudud.

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Bayan Baru MP Zharain must withdraw his remarks and tender a public apology, failing which he must be prepared to be punished by law

Posted: 14 Oct 2011 10:27 PM PDT

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


CIKGU MALA DI TELUK INTAN PADA 15 OKTOBER INI...

Posted: 14 Oct 2011 06:52 AM PDT


AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Cikgu Normala Sudirman akan berada di Teluk Intan pada 15 Oktober 2011,  Sabtu ini. Beliau yang juga merupakan bekas calon PRK Tenang, Johor akan menghadiri dua program di Teluk Intan.

Pada sebelah petang, bermula jam 4 petang di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak beliau dijemput mennyampaikan ceramah di dalam majlis Munajat dan Motivasi Pilihan Raya Muslimat PAS Teluk Intan. Program bermula dengan zikir munajat, solat Asar, bacaan ma'thurat serta ceramah motivasi oleh Cikgu Mala.

Sasaran peserta ialah semua muslimat.

Pada sebelah malamnya pula, jam 9.15 malam di Markaz PAS Kg. Selabak (PASTI Selabak), Cikgu Mala akan menyampaikan ceramah isu semasa bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak/Pengerusi BAPAK Tn. Hj. Razman Zakaria dan ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.

Orang ramai dijemput hadir ke majlis ceramah tersebut.

intanhijau.blogspot.com


Direct Free Kick

Direct Free Kick


LAWATAN TAPAK OLEH Y.B. TUAN ISKANDAR BIN ABDUL SAMAD, EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN KE PANGSAPURI SEKSYEN 24, SHAH ALAM .

Posted: 14 Oct 2011 03:12 AM PDT

Sukacita dimaklumkan YB Iskandar bin Abdul Samad, EXCO / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan akan mengadakan lawatan tapak pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 17 Oktober 2011 (Isnin)

Masa : 2.00 petang

Tempat berkumpul : Pangsapuri Blok 79, Jalan Timun 24/1, Seksyen 24, 40100 Shah Alam. (Bersebelahan Sekolah Menengah Seksyen 24)

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat kerja-kerja mengecat semula pangsapuri itu yang dilakukan oleh PKNS.

Program mengecat semula ini dilakukan oleh PKNS sebagai sumbangan sosial kepada rakyat Selangor.

Lebih dari 30 pembangunan pangsapuri kos rendah di seluruh negeri Selangor tersenarai dalam program ini.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung Lt (B) Kamaruzaman Ahmad Nor di talian 013-206 9522.

WARTAWAN DAN JURUFOTO DIJEMPUT HADIR MEMBUAT LIPUTAN.

Pejabat Exco Perumahan,
Pengurusan Bangunan Dan
Setinggan
14 Oktober 2011

Dialog Exco Perumahan, Pengurusan Bandar Dan Setinggan bersama wakil-wakil JMB dari 14 pembangunan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Posted: 14 Oct 2011 02:39 AM PDT

Majlis bersama YB Iskandar A. Samad itu telah berlangsung pada 13 Oktober lepas di Kompleks Penghulu Semenyih.

Ahli-ahli Majlis MPKj yang hadir adalah Shamsul Bahari dan S. Arutchelvan.

Turut hadir adalah Penyelaras DUN Semenyih dan wakil-wakil Pesuruhjaya Bangunan MPKj.

Di dalam sesi dialog, YB Iskandar telah menerangkan bahawa harta pemilik-pemilik pangsapuri yang enggan membayar yuran penyenggaraan boleh disita. Tetapi katanya prosesnya agak rumit walaupun tidak mustahil.

Oleh itu, beliau memberitahu terdapat JMB yang menggunakan khidmat peguam. Ada syarikat peguam mengenakan caj RM60 bagi setiap notis yang dihantar kepada pemilik yang enggan membayar yuran mereka. Kegagalan menyelesaikan hutang ini akan menyebabkan nama mereka disenarai hitam dan tidak akan dapat membuat pinjaman bank.

Iskandar berkata terdapat mereka yang berkata tindakan seperti ini adalah zalim. Tetapi terdapat mereka yang enggan membayar yuran penyenggaraan dan berhutang beribu-ribu ringgit. Akibat tindakan mereka, pangsapuri-pangsapuri tidak dapat diselenggarakan dengan baik. Kesemua penduduk akan merana akibat tindakan segelintir.

Ramai mereka yang hadir pada sesi dialog malam itu bersetuju bahawa kepentingan orang ramai perlu diutamakan lebih dari kepentingan individu.

Penambahan Pusat Tarbiyyah sedang giat berjalan.

Posted: 13 Oct 2011 09:09 PM PDT

Untuk menderma, maklumat akaun adalah,

Nama akaun : Dana Pembangunan Pas Pandan

Nama bank : Bank Islam

Nombor akaun : 1403 2010 0323 64

Sila fax slip bank-in kepada 03-9283 8835.

Majlis penyampaian sumbangan dan surat watikah perlantikan Ketua PAS Cawangan Pangsapuri Inai Pandan Indah 10/10/11.

Posted: 13 Oct 2011 07:29 PM PDT

YB Iskandar A. Samad, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Chempaka telah menyampaikan sumbangan kepada 25 orang fakir miskin di Pangsapuri Inai, Pandan Indah 10 Oktober lepas.

Beliau adalah juga Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan telah turut menyampaikan surat watikah kepada Ketua Cawangan Pas Pangsapuri Inai, Haji Hamzah Mustafa.

Menurut Iskandar, Pas bukan ditubuhkan untuk tujuan memasuki pilihanraya semata-mata. Tetapi ia seperti jemaah-jemaah Islam lain ditubuhkan untuk mengisi kekosongan setelah kejatuhan Daulah Uthmaniah dalam tahun 1925.

Katanya Daulah Uthmaniah ini telah memimpin umat Islam selama lebih 500 tahun dan telah mewarisi kepimpinan dunia Islam yang telah bersilih ganti sejak zaman Rasulullah.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Dr Wafi: MAS – AirAsia share swap contravened Competition Act? by Booooooooooo

Posted: 14 Oct 2011 10:50 AM PDT

40% is just an insane numbers…tok aku pun tak caya…dia cakap pembohong la…”tok tengok orang nek kapal dia tak banyak mana pun…sembang karas(sejenis kuih yang rapuh) jea tu…pepak (gigit) lebih tapi perut xkenyang…”…hahaha…org tua kt kg pun xcaya inikan pula rakyat yg pndai menilai n bijak pnadai sekarang ni…dia igt rakyat bodoh kot…jagan TF hanya mengharap bintang dilangit, dia lupa rumput dibumi…

p/s:aku tukis dalam Bahasa Malaysia…TF bukan paham pun…dia hanya tau english…english is imprtant but identity is a must…fikir-fikirkan…dlm blog TF buat poll(dia cakap dia Malaysian)…org Malaysia yg xpnadai B,Malaysia…aku gelak bergolek2…hahahhaaha

Comment on 13-10-2011 Questions Time: SC is investigating the unprecedented trend of the movements of AirAsia & MAS share by Anonymous

Posted: 14 Oct 2011 08:41 AM PDT

PM jawab lepas batuk ditangga je…no action will be taken

Comment on 13-10-2011 Questions Time: SC is investigating the unprecedented trend of the movements of AirAsia & MAS share by ISA of MAS

Posted: 14 Oct 2011 06:57 AM PDT

Oh ye, AJ and Danny tengah macam cacing kepanasan. Cabut jang sebelum anda di cabutkan.

Comment on Dr Wafi’s advice to all employees of MAS by One of MAS union members

Posted: 14 Oct 2011 06:49 AM PDT

If it is a genuine share swap and MAS is doing its business the way it is competing with AIrAsia, Dr Wafi does not not need to write such e-mail giving the impression that he is trying to circumvent the Competition Act. I fully agreed that he had to think of his Porsche Panamera. He must be receiving a very fat salary otherwise how to afford Porsche. Enough nonsense Wafi.

Comment on Dr Wafi’s advice to all employees of MAS by MAS steward

Posted: 14 Oct 2011 04:24 AM PDT

PHD sampah!

Comment on YB Tan Sri Nor Yakop and Tan Sri Azman Mokhtar: It is never too late to say “NO”! by weechookeong

Posted: 14 Oct 2011 03:46 AM PDT

Zam

It is more the authority like Security Commission and KLSE to penalised them. Suing will quite difficult I think.

Thank you

Regards

wee choo keong

Comment on YB Tan Sri Nor Yakop and Tan Sri Azman Mokhtar: It is never too late to say “NO”! by Zam

Posted: 14 Oct 2011 03:34 AM PDT

YB

Some connected ppl always use the stock market to steal and cheat money.

Can we sue them one day?

Comment on 13-10-2011 Questions Time: SC is investigating the unprecedented trend of the movements of AirAsia & MAS share by Antitrust

Posted: 14 Oct 2011 03:15 AM PDT

Rakyat dibelakangkan…pencapaian mengutamakan Air Asia/TF…totally not 1Malaysia…TF always said what is he doing for the sake of Malaysian and Malaysia…MAS is MALAYSIA Airlines…Air Asia???totally not…they are even can’t speak Bahasa Malaysia…martabatkan Bahasa Malaysia pun tak boleh…inikan pula nak bercakap pasal Malaysia…

Comment on Dr Wafi: MAS – AirAsia share swap contravened Competition Act? by Leong

Posted: 14 Oct 2011 02:33 AM PDT

Anon 66

YB should not waste time with this TF the hot air. Why must YB go and see him. Who does he think he is? YB is a law maker to look after our interest and MAS employees interest. If TF wants to meet YB then ask him to go to Parliament. May be he should offer himself as a witness to be asked pertinent questions on the share swap during the PAC meeting.

Bloody arrogant bugger. He thinks that he can bullshit his friend Tan Sri Azman and his running boy Rashdan so he can also do to others.

He better start to worry about the 200 planes that he has committed to buy and the fluctuation of the forex rate because that will affect the AA’s profit figure. Please look at the AA’s account: Revenue for June 2011 almost RM1 billion and profit about RM400 million. Not bad profit margin 40% for an airline. Stop bullshitting ok. No airline in the world can make a profit of more than 12%. It was just creative accounting. He can only fool his cronies in the main stream papers but not all the rakyat.

Ptui! Ptui! Ptui!.

Comment on 13-10-2011 Questions Time: SC is investigating the unprecedented trend of the movements of AirAsia & MAS share by Leong

Posted: 14 Oct 2011 02:15 AM PDT

Clear case of non-disclosure to Bursa KL. So Bursa KL was sleeping.

Clear case of insider trading. SC was also sleeping!

Khalid Samad

Khalid Samad


Pengumuman: Ceramah Perdana Isu Semasa (15.10.11, 9mlm, Sek 16 Shah Alam)

Posted: 13 Oct 2011 07:29 PM PDT


Bagi pihak penganjur program
-Pejabat YB Khalid Samad-

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Lawatan Kerja Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Istanbul,Turki

Posted: 13 Oct 2011 07:49 PM PDT

Dato Seri Anwar Ibrahim telah menerima undangan khas ke Istanbul dari Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan untuk menjadi tetamu khas kepada Perdana Menteri Turki.

Selain itu Dato Seri Anwar Ibrahim juga akan menyertai mesyuarat International Institute of Islamic Thought atau lebih dikenali dengan singkatan IIIT,sebuah badan pemikir islam peringkat antarabangsa. Beliau yang ditemani oleh Dato Seri Wan Azizah akan berada disana selama 4 hari bermula dari 13 Oktober 2011 sehingga 16 Oktober 2011.

Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Belanjawan 2012 Sahkan GST Akan Dilaksanakan Jika BN Menang PRU 13

Posted: 13 Oct 2011 11:45 AM PDT

Angka-angka unjuran ekonomi yang terkini semakin menunjukkan bahawa ramalan pertumbuhan ekonomi yang digunakan Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2012 adalah tidak realistik. Terbaru adalah unjuran yang dibuat Malaysian Institute of Economics Research (MIER) yang menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 kepada 4.6%.
 
Berdasarkan realiti ekonomi global, sasaran pertumbuhan 5% – 6% yang digunapakai adalah sukar untuk dicapai. Ini akan memberi kesan kepada jumlah pendapatan negara bagi tahun 2012 akibat kutipan cukai dan hasil lain yang berkurangan berikutan pertumbuhan ekonomi 2012 yang lebih perlahan.
 
Barisan Nasional perlu meminjam sekurang-kurangnya RM46 bilion untuk membiayai defisit Belanjawan 2012; itu pun jika ekonomi tumbuh pada kadar 5% – 6% bagi tahun 2012. Pada masa yang sama, keupayaan kerajaan mengeluarkan terbitan bon dan instrumen hutang baru dalam tahun 2012 adalah terbatas akibat had keberhutangan negara (debt ceiling) yang dihadkan kepada 55% daripada KDNK di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983. Hutang negara sudah pun mencecah 53% dari KDNK berdasarkan angka rasmi Bank Negara Malaysia setakat Jun 2011, maka sebarang hutang baru sudah tentu bertentangan dengan undang-undang negara.
 
Saya berpendapat Perdana Menteri dan pentadbiran Barisan Nasional cukup arif dengan segala angka ekonomi dan had keberhutangan kerajaan di bawah kedua-dua akta tersebut. Saya juga yakin Perdana Menteri telah dinasihatkan bahawa ramalan pertumbuhan 5% – 6% yang digunapakai di dalam Belanjawan 2012 adalah tidak realistik.
 
Ini membawa kepada satu rumusan semata-mata.
 
Belanjawan 2012 yang berjumlah RM232 bilion pada ketika pendapatan negara tidak mampu menampungnya dan keupayaan berhutang kerajaan dihadkan mengesahkan niat Perdana Menteri untuk serta-merta melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya Barisan Nasional kekal berkuasa selepas PRU13.
 
Ini adalah satu pertaruhan yang diambil oleh Perdana Menteri, dengan niat mengabui mata rakyat dan menawarkan gula-gula bermula dengan bayaran dalam Januari 2012 kelak tetapi akan dicukai kembali melalui GST selepas PRU13 kelak.
 
Oleh yang demikian, Biro Politik KEADILAN telah memutuskan semalam untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat membawa isu GST kepada rakyat sebagai isu utama PRU13 bertujuan memastikan rakyat memahami bahawa "undi kepada BN bermakna undi melaksanakan GST".
 
 
 
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
13 OKTOBER 2011

Pelantikan Sdr Ahmad Thamrin Mohd Jaini Sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah

Posted: 13 Oct 2011 11:40 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
13 OKTOBER 2011

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa sdr Ahmad Thamrin bin Mohd Jaini telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah berkuatkuasa 12 Oktober 2011.

Perlantikan sdr Ahmad Thamrin, yang merupakan suatu keputusan penting bagi KEADILAN Sabah telah dibuat selepas proses rundingan dengan pimpinan-pimpinan KEADILAN SABAH diadakan dimana secara keseluruhannya, pimpinan KEADILAN Sabah bersetuju bahawa  beliau merupakan calon yang terbaik untuk menerajui Parti KEADILAN Rakyat Sabah dalam terus mengembang dan menggembeling sokongan rakyat Sabah terhadap KEADILAN, serta dalam persediaan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ketua-ketua Cabang KEADILAN Negeri Sabah serta kalangan anggota-anggota Parti KEADILAN Rakyat Sabah di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada Majlis Presiden Sabah yang saya pengerusikan dan saya yakin bahawa kerjasama dan sokongan yang lebih baik akan dapat diberikan kepada sdr Ahmad Thamrin.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengumumkan bahawa Majlis Presiden Sabah yang telah ditubuhkan untuk memimpin dan mentadbir KEADILAN Sabah sejak 27 Januari 2011 lalu, dengan ini dibubarkan.

Seterusnya, saya telah juga meminta sdr Ahmad Thamrin untuk segera memulakan rundingan di kalangan pimpinan KEADILAN Sabah bagi menyusun saf pimpinan negeri, yang saya yakin di bawah pimpinan sdr Ahmad Thamrin nanti akan terus berjaya mendapat sokongan dan kepercayaan dari rakyat Sabah dalam memperjuangkan hak dan keadilan yang sewajarnya menjadi milik rakyat Sabah sendiri, tetapi dikorbankan oleh keborosan dan ketamakan UMNO dan Barisan Nasional selama ini.

Sekian terima kasih.

DATO' SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

.

.


Kenyataan Media HIMPUN : Selamatkan Akidah Umat

Posted: 14 Oct 2011 02:39 AM PDT


Kenyataan Media
HIMPUN : Selamatkan Akidah Umat

Sidang media ini diadakan untuk mengisytiharkan kepada umum tentang penganjuran sebuah perhimpunan besar-besar yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat atau nama ringkasnya HIMPUN. HIMPUN, yang merupakan inisiatif dan anjuran pelbagai pertubuhan-pertubuhan dan individu yang mewakili umat Islam akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 hingga 5.30 petang.

HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara kita ini. Umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episod hitam melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.

Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa. Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian, menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam Thanksgiving melibatkan umat Islam dan pelbagai lagi bentuk percubaan mengkristiankan umat Islam.

Pada masa yang sama kita melihat gejala kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap terhadap pelbagai ancaman terhadap akidah umat ini termasuk dari kalangan sebahagian umat Islam disebabkan pelbagai faktor termasuk sentimen politik dan puak. Ini mewujudkan suasana yang memungkinkan terhakisnya benteng pertahanan akidah umat sama ada dalam bentuk institusi-institusi agama, usaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang.

Menyedari hakikat ini, HIMPUN dicetuskan sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman murtad dan pemurtadan.

HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun. Maka HIMPUN juga ingin menghantar mesej bantahan dan amaran yang jelas kepada sesiapa yang bertindak atau mengeluarkan ucapan yang menghina agama dan menghakis benteng akidah umat.

HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Maka HIMPUN juga di adakan untuk mencari kesepakatan-kesepakatan yang boleh dipanjangkan kepada pihak Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan pihak kerajaan dalam hal mempertahankan aqidah umat Islam di negara kita.

Ia juga bertujuan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Inilah di antara asas dan latar belakang di sebalik penganjuran HIMPUN.
Dari segi perlaksanaannya, sebagai suatu inisiatif umat, sebuah Sekretariat HIMPUN yang dianggotai oleh organisasi dan individu dari pelbagai latar belakang telah dibentuk. Sekretariat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri bin Dato' Hj Mohamad (mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Manakala Sdr. Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA bertindak sebagai Setiausahanya.

HIMPUN adalah sebuah perhimpunan aman dan segala langkah yang wajar akan diambil untuk mempastikan bahawa tidak akan wujud apa-apa insiden yang bertentangan dengan keamanan dan undang-undang.

Di antara agenda utama HIMPUN adalah ucapan-ucapan wakil masyarakat dan mereka yang mempunyai pengalaman langsung dengan isu murtad, ucapan tokoh-tokoh antarabangsa yang berkaitan dengan isu akidah dan pemurtadan serta deklamasi sajak, lagu, doa munajat serta di akhiri dengan pembacaan resolusi HIMPUN.

Resolusi ini kemudiannya dirancang untuk dipersembahkan kepada ke bawah Duli Raja-raja Melayu serta pihak berwajib yang lain. Perhimpunan tersebut mensasarkan seluruh lapisan masyarakat Islam khususnya dari pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, parti-parti politik, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, Jamaah masjid dan surau, komuniti guru dan lain-lain lagi.
Berasaskan segala kesedaran dan latarbelakang di atas, kami menyeru kepada seluruh warga umat Islam untuk bersama-sama menyahut panggilan mulia untuk menjayakan HIMPUN. Inilah peluang keemasan untuk setiap individu muslim yang sayangkan akidahnya dan cemburukan agamanya untuk menyumbangkan suatu khidmat bakti untuk tujuan murni ini.

Kebersamaan dan kesatuan kita akan mengundang rahmat, tawfiq dan inayah Ilahi. Maka akan terhasillah dengan sebabnya suatu benteng yang kukuh dalam mempertahankan akidah umat.
Yang benar,
Tuan Haji Mohd. Azmi bin Abdul Hamid & Dr. Yusri bin Dato' Hj Mohamad
Pengerusi Bersama HIMPUN 2011
Sumber : Sekretariat HIMPUN

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


A Step Forward, On a Long Path

Posted: 13 Oct 2011 10:02 PM PDT

AIPMC Press statement 13 October 2011 As part of the government of Myanmar’s earlier announcement of a general amnesty to release 6,359 prisoners starting from yesterday, at least 200 political prisoners have since been released. However, many more political prisoners, prisoners of conscience remain in indefinite detention. Thus, the AIPMC today reiterates its call for [...]

At variance with the Constitution

Posted: 13 Oct 2011 08:56 PM PDT

REFLECTING ON THE LAW By SHAD SALEEM FARUQI Star October 5, 2011 The clear intention of the 1957 Constitution was to allocate penal powers to the Federal Government and to confer on the states residual powers over minor syariah offences. WHENEVER a general election appears to be around the corner, some people find it politically [...]

Promise no surface land grabbed for MRT, Pua tells MRT Co

Posted: 13 Oct 2011 08:38 PM PDT

By Clara Chooi The Malaysian Insider Oct 14, 2011 KUALA LUMPUR, Oct 14 — DAP MP Tony Pua today demanded that MRT Co issue a blanket decision for all land acquisition matters involving the Klang Valley MRT project, apart from its pledge to leave Jalan Sultan properties untouched. The Petaling Jaya Utara MP said no [...]

Why the hudud controversy will not die

Posted: 13 Oct 2011 08:29 PM PDT

by Pak Sako CPI 14 October 2011 PAS and DAP’s decision to ‘agree to disagree’ on hudud must be taken for what it really is: a politically-motivated temporary ceasefire. It does not resolve the hudud controversy. The controversy can never be resolved as long as the fundamental questions of the hudud debate continue to be [...]

Copycat judge in a copyright case!

Posted: 13 Oct 2011 06:29 PM PDT

By Martin Jalleh 14 Oct 2011 When the respected retired judge N H Chan called certain judges in the appellate courts "imposters", "intellectual and legal frauds", "incompetent", "inane", "ignoramuses", "inconsistent" and even an "idiotic" bunch, little did he realise that he was being very mild. Now it has come to the public's notice that crouching [...]

Rich world economic malaise to endure into 2012: Reuters poll

Posted: 13 Oct 2011 09:35 AM PDT

By Andy Bruce Reuters LONDON (Reuters) – Stagnation is probably the best many of the world’s biggest developed economies can hope for over the next year, with several facing a significant chance of recession, Reuters polls of around 350 economists showed on Thursday. After a promising start, 2011 has turned into an enormous disappointment for [...]

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


40 ribu nama diragui, apa jadi dengan ALIS

Posted: 14 Oct 2011 02:00 AM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Pendedahan wujud 40,000 pemilih 'diragui' yang mahu dipamer oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kepada umum menimbulkan persoalan apa sudah jadi dengan Agency Link-Up System (ALIS).

ALIS iaitu satu sistem yang menghubungkan pengkalan data SPR dengan pengkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ianya digunakan bagi mengenalpasti individu yang mendaftar sebagai pemilih adalah sah sebagai warga negara.

"Sebelum ini SPR begitu berbangga kerana mempunyai sistem yang dihubungkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikenali sebagai ALIS (Agency Link-Up System).

"Sudah pastilah JPN mempunyai pengkalan data yang paling canggih dalam negara kita. Tapi apa sudah jadi dengan sistem ini," soal Exco Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

Beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi dewan itu turut mempersoal adakah JPN tidak memiliki identiti semua warga negara Malaysia sehingga perlu dipaparkan kesemua 40 ribu pemilih yang meragukan kepada media.

Sepatutnya dengan sistem ALIS itu katanya, SPR dan JPN sudah mampu membezakan antara pengundi asli dan pengundi palsu.

"Mengapa baru sekarang SPR menyedari pemilih yang meragukan. Apakah sebelum ini SPR tidak menyedarinya?

"Kalau tidak menyedarinya bagaimana status pilihan raya ke-12 yang penuh dengan daftar pemilih yang tercemar," soalnya lagi.

Selain itu beliau turut mempersoal apakah SPR sudah tidak yakin dengan JPN kerana kelemahan sistem pengkalan datanya sehingga terpaksa dipamer kepada umum.

Ke mana hilang 10,000 lagi nama

Sementara itu, beliau mahu SPR menjelaskan ke mana hilangnya sejumlah 10,000 lagi nama yang sebelum ini didakwa sedang di siasat oleh mereka.

"Dalam kenyataan media yang terbaharu Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof telah mendedahkan bahawa terdapat 40 ribu pengundi yang diragukan.

"Sedangkan sebelum ini kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR bahawa terdapat 50 ribu pemilih yang sedang disiasat. Saya tidak tidak pasti bagaimana 10 ribu pemilih hilang secara tiba-tiba," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Pun begitu, beliau turut mengucap syabas kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya,Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof kerana akhirnya akur bahawa daftar pemilih SPR perlu dibersihkan.

Beliau juga mahu usaha Pemuda PAS membongkar segala kelemahan dalam sistem pilihan raya tidak lagi diperlekeh SPR.

harakahdaily/-

Tentera NATO Terbunuh Di Afghanistan

Posted: 14 Oct 2011 01:41 AM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KABUL: Penguatkuasa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkata anggota tentera antarabangsanya terbunuh dalam serangan pemberontak di selatan Afghanistan.

Perikatan tentera antrabangsa itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut dalam kenyataan yang disiarkan, Jumaat, berhubung serangan pada Khamis.

Lazimnya, NATO akan menunggu keizinan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum menyiarkan keterangan terperinci berkenaan kematian atau kerugian dialami pihaknya.

Ia adalah kematian tentera antarabangsa yang ke-sembilan dilaporkan sejak awal Oktober ini.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 462 tentera antarabangsa sudah terkorban di Afghanistan. - AP

Ingat ALLAH, hati tenang

Posted: 14 Oct 2011 01:30 AM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Firman Allah, "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103)

Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)

Allah berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

tazkirah/-

Pemandu teksi pun nak dikenakan BN.

Posted: 14 Oct 2011 01:20 AM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Jika boleh diungkapkan, inilah kemungkinan ayat kerajaan Barisan Nasional kepada para pemandu teksi; senada dengan watak Haji Bakhil yang mengherdik budak-budak yang berada di depan laman rumahnya, "Nah! Ambil gula-gula ini, pergi main jauh-jauh".

Perumpamaan dari satu daripada filem legenda P. Ramlee ini mudah difahami semua, setelah kita menghalusi Belanjawan kerajaan BN yang cuba menawarkan sesuatu kepada para pemandu teksi di negara ini.

Insentif yang dicadang untuk diberikan, sebagaimana yang ditawarkan oleh Najib Razak adalah:

* Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

* Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.

* Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian.

* Subsidi kadar faedah dua peratus untuk teksi baru buatan tempatan.

* Pemberian bantuan menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7 hingga 10 tahun dan RM1,000 lebih 10 tahun)

* Kerajaan BN mendakwa semua insentif ini memberi manfaat kepada pemandu teksi bajet dengan penjimatan berjumlah RM7,560.

Jadi, apa pula kaitannya ungkapan Haji Bakhil dengan belanjawan BN ini?

Tampi padi untuk dapatkan beras

Pengumuman Najib selaku Menteri Kewangan itu sekadar mengurangkan sakit, seperti menelan pain killer, dan ianya bersifat sementara.

Kos-kos ini bukan sekadar kos berbentuk wang kertas kerana ia juga melibatkan birokrasi yang sangat rigid dalam proses-proses lain juga. Karenah birokrasi juga memakan kos iaitu masa dan tenaga, dan kadang kalanya melibatkan "duit kopi".

Dalam ilmu ekonomi, masa dan tenaga juga akan membawa makna wang, dan dalam bahasa seharian, semua orang tahu apa itu duit kopi.

Bagaimana pula dengan pemandu teksi yang tidak ada pilihan lain dalam hidup kecuali memandu teksi sebagai kerjaya mereka? Memang tiada jaminan bahawa karenah birokrasi untuk mendapatkan kelulusan membawa teksi ini tidak berlanjutan.

Cukai jalan telah pun diketahui bahawa jumlahnya sudah berpatutan dan murah. Ia bukan satu beban utama kepada pemandu teksi. Ibarat kata, seperti menawarkan diskaun kepada orang tua untuk menaiki LRT dan monorel atau jika imaginasi lebih jauh menjalar, menawarkan diskaun untuk rakyat membeli helikopter, mana-mana kerajaan mana pun sanggup berbuat begitu.

Respon pemandu teksi

Tinjauan selepas pengumuman Belanjawan BN mendapati salah seorang dari ribuan pemandu teksi di Lembah Klang telah sempat mengirim SMS, katanya "lepas ni aku tak nak 'kayuh' lagi la, duit sewa cab aku masih sama, bajet NR tak bagi impact sangat kat 'pilot' macam aku ni, penat je kayuh cab orang."

Bagi yang tidak begitu memahami bahasa SMS pemandu teksi…
"kayuh" - memandu/bawa teks
"cab" - teksi
"NR" - Najib Razak
"pilot" - pemandu teksi

Kekecewaan pemandu teksi ini rupanya masih berterusan sekali pun insentif kerajaan BN telah diumumkan. Kebanyakan mereka hanya pemandu, bukan pemilik. Yang memiliki teksi ialah syarikat-syarikat; mungkin yang ada kabel politik dengan parti pemerintah.

Tanda-tanda jika sesuatu pihak itu tidak ikhlas dan tidak jujur adalah kefahamannya dalam sesuatu situasi. Hairan bagaimana kerajaan BN yang dikatakan cukup sumber untuk mengkaji dan mencari penyelesaian terhadap masalah rakyat, telah gagal memahami dan melaksanakan keperluan utama rakyat, dalam hal ini pemandu teksi.

Tawaran Pakatan Rakyat

Bukankah Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Alternatifnya dengan tema Kesejahteraan Untuk Semua telah menunjukkan jalan yang mudah dan jelas tentang apa yang diinginkan oleh pemandu teksi - memberi permit penuh kepada pemandu teksi.

Ini bererti PR lebih faham keperluan dan kehendak rakyat, termasuk pemandu teksi. Bagi pemandu teksi, memiliki teksi sendiri adalah serupa seperti seorang petani atau peneroka FELDA mendapat hak milik tanah.

Pemandu teksi tidak mahu membawa kereta yang disewa dari syarikat kerana kos sewaan mahal, malah kerajaan tidak ada banyak kuasa untuk menentukan harga sewaan yang dikenakan syarikat tesebut. Kerajaan BN seolah-olah mahu pemandu teksi makan gaji semata-mata tanpa membenarkan mereka berdikari.

Kerajaan BN yang gah dengan sebegitu ramai penasihat dan perunding, termasuk dari luar negara yang dibayar berpuluh juta ringgit tetapi berpura-pura tidak faham masalah asas dan penting bagi pemandu teksi.

Mengapa permit hak milik teksi ini begitu liat mahu diberikan kepada individu pemandu teksi? Adakah kerana permit-permit ini hanya untuk syarikat yang sudah menjadi kuota kepada ketua-ketua bahagian UMNO?

Adakah kerana permit ini masih telah menjadi satu-satunya aset kaum Bumiputera yang mesti dipegang amanahnya oleh segelintir elit UMNO hingga menafikan hak-hak pemandu teksi Melayu sendiri? Malah pemandu teksi berketurunan Cina, India dan lain-lain juga menggigit jari sahaja.

Sekali lagi, terbukti Belanjawan BN 2012 hanya ingin mengabui mata golongan berpendapatan rendah (baca: Melayu) untuk jangka masa yang amat singkat, sekadar untuk UMNO dan BN menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Kalau ada yang masih kurang faham dengan politik UMNO-BN, selain dari tepuk dada tanya selera, luangkan sedikit masa untuk menonton filem klasik yang berwatakkan Haji Bakhil untuk kesekian kalinya. Mungkin ada ilham baru untuk rakyat yang semakin dihimpit tekanan kenaikan kos hidup. -Roketkini

Alim nak minta duit

Posted: 14 Oct 2011 01:15 AM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PERDAYA...dua lelaki yang didakwa menyamar saudara baru.
KUALA LUMPUR: Mengaku mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan berkopiah bagi menunjukkan perwatakan alim dikesan menjadi taktik baru sekumpulan individu tidak bertanggungjawab bagi meraih simpati orang ramai terutama umat Islam bertujuan membolehkan mereka mendapat bantuan dan wang dengan cara mudah.

Lebih licik, kumpulan individu terbabit menyasarkan surau di kawasan elit untuk mereka berpura-pura melafazkan kalimah syahadah, sekali gus meraih simpati jemaah untuk menghulurkan bantuan kepada 'saudara baru' yang hanya menyasarkan wang ringgit.

Kegiatan kumpulan itu dikesan seorang penceramah agama yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mengalami sendiri peristiwa berkenaan sebelum menyedari golongan itu tidak ikhlas untuk memeluk Islam, sebaliknya inginkan bantuan semata-mata.

Penceramah itu yang mahu dikenali sebagai Asri berkata, dia didatangi mualaf yang dikenali sebagai Ibrahim, 50-an, membawa seorang rakannya, Ong, 56, kedua-duanya berasal dari Johor sambil mengaku ingin memeluk Islam ketika dia memberi ceramah di surau di Gombak di sini, 19 September lalu.

Selain itu, katanya, jawatankuasa surau berkenaan memaklumkan kepadanya selepas Ong, Ibrahim turut membawa sekurang-kurangnya empat penganut agama lain bagi tujuan memeluk Islam di surau berkenaan dengan modus operandi hampir sama dengan kes terdahulu.

metro-

Saya serah kepada polis - Aziz Bari

Posted: 14 Oct 2011 01:00 AM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Pakar Perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung laporan yang dibuat, mendakwa beliau mempertikai titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, semua orang mempunyai hak untuk membuat laporan polis jika tidak berpuas hati terhadap tindakan mana-mana pihak dan polis juga berhak melakukan tugas mereka.

"Hak orang nak buat laporan polis...saya tak boleh kata apa...terpulang kepada polis untuk ambil tindakan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Aziz berkata demikian ketika diminta memberi respons kepada lima laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Satu laporan dibuat oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor manakala empat lagi oleh NGO yang kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Dalam laporan masing-masing, mereka mendakwa, Aziz tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan itu kerana kuasa Sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Namun Aziz mempertahankan tindakannya itu dan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan yang mencabar kuasa Sultan.

"Saya rasa apa yang saya sebut itu tak ada masalah dalam ruang lingkup yang kita boleh komen.

"Ada lagi kenyataan yang lebih teruk tapi tak ada pulak laporan polis dibuat terhadap mereka," katanya.

Malaysiakini Selasa lalu melaporkan Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor campurtangan berhubung isu DUMC bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

harakahdaily/-

PC tewas kepada IPad dan telefon pintar

Posted: 14 Oct 2011 12:50 AM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PENGGUNA kini lebih cenderung mendapatkan iPad atau Samsung Galaxy Tab 10.1 berbanding PC.

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Firma perunding Gartner kelmarin melaporkan jualan komputer peribadi (PC) di seluruh dunia merosot pada suku tahun kewangan yang berakhir baru-baru ini kerana pengguna lebih gemar membeli komputer meja dan telefon pintar.

Di AS, bilangan PC yang dieksport dalam suku kewangan ketiga tahun ini terus menurun.

"Pasaran PC pengguna terus lemah," kata penganalisis kanan Gartner, Mikako Kitagawa.

"Ia susulan gajet bukan PC termasuk tablet media seperti iPad dan telefon pintar yang semakin popular dan menjadi pilihan terkini pengguna," tambahnya.

Menurut Kitagawa lagi, Hewlett Packard (HP) kekal pengeluar komputer terbesar dunia, tetapi Lenovo yang berpangkalan di China semakin kukuh apabila jualan PC syarikat itu melonjak 25 peratus sekali gus merampas tempat kedua daripada Dell sepanjang tahun ini.

Laporan Gartner turut meramalkan tablet media dan telefon pintar akan terus memberi kesan kepada jualan PC terutama di AS. - AFP

Gangguan Iblis Tidak Melalui Atas Dan Bawah

Posted: 14 Oct 2011 12:40 AM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Di dalam Al Qur'an, akan kita dapati satu rakaman dialog antara Allah SWT dengan iblis yang dihukum oleh Allah. Dalam dialog tersebut, iblis menyatakan untuk sentiasa menyesatkan manusia. Hal tersebut tercatat dalam surah Al A'raf ayat 16-17 berikut ini:

"Iblis menjawab: 'Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta'at).'" (QS. Al A'raf : 16-17)

Dari ayat Al Quran di atas dijelaskan bahawa Iblis akan selalu menghalang-halangi kita dari jalan yang lurus. Caranya, dia akan mendatangi kita dari muka, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri kita. Lalu apa maksud dari keempat penjuru itu?

Dalam tafsir Ibnu Katsir dijelaskan bahawa yang dimaksud dengan firman Allah SWT dalam surat Al-A'raf ayat 17 di atas adalah:
"Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka":
Iblis akan membuat manusia ragu akan permasalahan akhirat (Min baini Aidihim),

"dan dari belakang mereka":
membuat mereka cinta kepada dunia (Wa Min Kholfihim),

"dari kanan":
urusan-urusan agama akan dibuat tidak jelas (Wa 'An Aimaanihim)

"dan dari kiri mereka":
dan manusia akan dibuat tertarik dan senang terhadap kemaksiatan (Wa 'An Syama'ilihim).

Lalu timbul pertanyaan di benak kita, mengapa iblis tidak mendatangi kita dari ATAS dan dari BAWAH kita? Hal tersebut dijelaskan dalam sebuah tafsir Al Qur'an yang diredaksikan dari Al-Fakhrur-Razy dalam tafsirnya berkata:

"Diriwayatkan bahawa ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, maka hati para malaikat menjadi kasihan terhadap manusia mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, bagaimana mungkin manusia boleh melepaskan diri dari gangguan syaitan?"

Maka Allah berfirman kepada mereka bahawa bagi manusia masih ada dua jalan: atas dan bawah, jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam do'a dengan penuh kerendah-hatian atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh kekhusyu'an, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka" (At-Tafsir Al-Kabir V/215)

Dalam tafsir yang lain juga dikatakan bahawa Iblis tidak mendatangi kita dari atas, kerana rahmat turun kepada manusia dari atas (Tafsir Ibnu katsir III/394-395).

Oleh kerana itu iman adalah senjata kita. Berdoalah, mari kita berlindung kepada Allah atas segala godaan syaitan yang terkutuk

-khalifah

Papua New Guinea Dilanda Gegaran 6.7 Magnitud

Posted: 14 Oct 2011 12:30 AM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SYDNEY: Kepulauan Papua New Guinea pada Jumaat dilanda gempa bumi berukuran 6.7 magnitud, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

US Geological Survey berkata gegaran tersebut berlaku pada kedalaman 45 kilometer (28 batu), 103 kilometer di timur bandar raya Lae dan 326 kilometer di utara ibu kota Port Moresby.

Geoscience Australia yang menyukat gegaran itu pada skala 6.5 magnitud, berkata pusat gempa itu tidak dapat dipastikan sama ada berada di bawah laut atau daratan kerana ia berlaku terlalu hampir dengan pantai.

"Sesiapa yang berada berhampiran dengan kawasan gempa bumi itu pasti dapat merasai gegaran yang sangat kuat, yang berkemungkinan menjejaskan kawasan persekitarannya.

"Kawasan perbandaran Lae yang terletak kira-kira 100 kilometer di bahagian barat lokasi gegaran itu mungkin mengalami kerosakan kecil," kata ahli seismologi David Jepsen kepada AFP.

Katanya lagi, gegaran pada skala tersebut adalah sesuatu yang lazim bagi kawasan itu.

Papua New Guinea yang dihimpit kemelut kemiskinan walaupun mempunyai kekayaan mineral terletak dalam Lingkaran Gunung Berapi Pasifik yang diancam aktiviti gelombang seismos kerana pergeseran di antara plat-plat tektonik.

Tsunami dahsyat yang melanda bahagian barat laut negara itu di Aitape pada 1998 berpunca daripada gegaran yang berlaku di bawah laut atau gelongsoran tanah. Ia mengorbankan lebih 2,000 mangsa. - AFP

Hudud: Malaysia patut contohi Brunei

Posted: 14 Oct 2011 12:15 AM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Muslimat PAS menyokong penuh titah Sultan Brunei agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera,serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sambil mengucapkan tahniah kepada Sultan Brunei berkata, negara-negara Islam yang lain khususnya Malaysia seharusnya mencontohi Sultan Brunei yang prihatin terhadap tuntutan Islam.

"Saya bagi pihak Dewan Muslimat mengucapkan syabas di atas kesungguhan dan ketegasan Sultan Brunei dan ia seharusnya dicontohi oleh Raja-Raja yang lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Kelmarin, Sultan Brunei yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di negaranya berkata, perlaksanaan undang-undang Islam tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.
Siti Zailah turut berkata, sekiranya sesebuah negara Islam itu berjaya melaksanakan undang-undang Islam dalam negaranya, ia dengan sedirinya akan memartabatkan golongan istana kerana Sultan merupakan ketua agama Islam.

"Sekiranya terlaksananya undang-undang syariah ini ,ia sebenarnya akan memartabatkan lagi kedaulatan Raja-Raja yang menerima mandat yang besar ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Undang-undang syariah pelihara wanita

Sementara itu, menurut Siti Zailah juga, umat Islam khusunya golongan wanita tidak seharusnya ragu-ragu dengan pelaksanaan undang-undang Islam kerana ianya adil kepada semua.

Katanya, melihat kepada kejadian jenayah yang kebanyakannya melibatkan wanita, dan seolah-olah tidak terbendung lagi, amat sesuai jika undang-undang Islam dilaksanakan ketika ini.

"Undang-undang Islam ini adil dan memelihara maruah wanita itu sendiri.

"Selama ini kita melihat ekspolitasi terhadap maruah wanita, dan purata dalam sehari 10 wanita dirogol dan kes-kes yang melibatkan rompakan, ragut, simbah asid, kebanyakan mangsanya ialah wanita.

"Dengan adanya undang-undang Islam akan menimbulkan rasa gerun orang untuk melakukan kejahatan," katanya sambil berkata skop Mahkamah Syariah di negara ini sangat kecil iaitu merangkumi hal-hal kekeluargaan dan rumah tangga sahaja.

Di samping itu katanya, orang bukan Islam akan turut berasa selamat dengan keadilan undang-undang syariah ini.

"Secara kasar, golongan bukan Islam banyak memiliki harta kekayaan jadi dengan adanya undnag-undang syariah yang dapat membendung kejadian curi dan rompak, mereka rasa selamat dalam menjaga harta benda," katanya.

harakahdaily/-

Sengat ikan pari dikeluarkan dari punggung selepas lapan tahun

Posted: 14 Oct 2011 12:00 AM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

CHE MOHD. NURUL menunjukkan sengat ikan pari yang dikeluarkan dari punggungnya. Bahagian sengat ikan pari (dalam bulatan).

DUNGUN - Derita seorang pemuda yang terpaksa menahan sakit ekoran disengat ikan pari di punggungnya sejak lapan tahun lalu, berakhir apabila sengat itu berjaya dikeluarkan melalui pembedahan di Hospital Daerah Dungun petang kelmarin.

Che Mohd. Nurul Che Anuar, 23, yang ditemui di Kampung Sura Gate di sini tidak menyangka sengat pari itu dapat dikeluarkan setelah pelbagai ikhtiar untuk mengeluarkannya sebelum ini gagal.

Katanya, dia disengat pari kira-kira lapan tahun lalu ketika duduk di Pantai Teluk Lipat di sini semasa melihat bapa saudaranya pulang daripada menangkap ikan.

Sejak itu, dia yang bekerja kampung terpaksa hidup dengan sengat pari di dalam badannya dan sakit pada saraf setiap kali melakukan kerja.

kosmo/-

Wanita mati terjatuh dari tingkat 12

Posted: 13 Oct 2011 11:55 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ANAK panah menunjukkan arah seorang wanita terjatuh lalu mati dari tingkat 12 flat Tun Dr. Ismail di Lobak, Seremban semalam.

SEREMBAN – Seorang wanita yang baru sehari keluar dari wad sakit jiwa Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 12 flat Tun Dr. Ismail, Lobak di sini kelmarin.

Mayat mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai pukul 4.10 petang dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tempat pembuangan sampah flat berkenaan.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Lim, 50, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah sebelum terdengar bunyi benda terjatuh berhampiran tempat pembuangan sampah.

"Saya terkejut apabila ternampak tubuh seorang wanita terbaring di situ sebaik menjenguk melalui tingkap. Saya kemudian memberitahu jiran sebelum menghubungi polis," ceritanya ketika ditemui.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Md. Yusoff Awang ketika dihubungi memberitahu, mangsa yang berasal dari Senawang itu dipercayai datang ke flat berkenaan dengan sebuah kereta.

"Siasatan awal mendapati mangsa baru keluar dari wad sakit jiwa HTJ sehari sebelum dia ditemui mati akibat terjatuh," katanya yang masih menyiasat kejadian yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut itu.

kosmo/-

Pelumba basikal lasak dirempuh antelop

Posted: 13 Oct 2011 11:50 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEEKOR antelop cuba menanduk Van der Spuy yang sedang mengayuh basikal.

JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Satu kemalangan melibatkan seorang pelumba basikal lasak dengan seekor antelop sudah cukup untuk mencetuskan sensasi di Internet.

Seorang penganjur perlumbaan, Max Cluer kelmarin berkata, Evan van der Spuy, 16, dirempuh mamalia tersebut ketika menyertai satu perlumbaan hujung minggu di sebuah taman hidupan liar di sini.

Antelop yang melanggar pelumba remaja itu adalah dari jenis hartebeest dengan berat lebih 200 kilogram.

Seorang pelumba lain yang merakam insiden tersebut kemudian menghantar klip video berkenaan ke laman perkongsian video YouTube bersama kata tanda bermaksud "Dahsyatnya!".

Ia ditonton lebih 5 juta kali setakat Rabu lepas.

Menurut Cluer, Van der Spuy tidak cedera teruk, manakala antelop tersebut kembali bersama kawanannya selepas kemalangan itu berlaku.

Van der Spuy pula memberitahu akhbar tempatan bahawa dia tidak ingat apa-apa tentang peristiwa itu, tetapi topi keledarnya yang pecah menjadi bukti pertembungan liar tersebut. - AP

BANGKIT : Bebaskan Hutang Peneroka !

Posted: 13 Oct 2011 11:40 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

writes "LABIS - Gerakan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan (BANGKIT) menuntut agar hutang yang membebani para peneroka Felda selama ini dimansuhkan dengan seberapa segera.

Perkara ini ditegaskan Pengerusinya Abdul Rahman Ramli kerana katanya ada kalangan peneroka yang dibebani hutang sehingga ribuan ringgit namun jika dihitung dengan pendapatan peneroka yang meningkat dari tahun ke tahun nescaya hutang dapat langsaikan itupun setelah ditolak kos penyelenggaraan lain.

''Sudahlah keluarkan hasil tapi hutang ada yang cecah ratus ribu, ada 98 000. Kenapa? Sedangkan tahun pertama mereka tak dapat hasil, tak mengapa?. Tapi kalau dah sepuluh tahun dah ada 10 tan sebulan. 1 tan katakan RM 500, kalau setahun 60 000, tolak hutang itu ini, boleh habis tak?.

''10 tahun hasil sudah meningkat. Kalau tolak kos. Tolak semua habis dah dibayar !'' terangnya lagi.

Dalam pada itu beliau mempersoalkan atas alasan apa hutang itu tidak berjaya dimansuhkan sedangkan dakwanya perolehan Felda boleh mencecah berbilion ringgit namun para peneroka terus dibebani hutang yang tidak sepatutnya ditanggungnya sendiri.

''Hari ini semua nyata benar. Mereka (peneroka) menuntut hak mereka bukan kepentingan orang lain. Tapi kepentingan mereka !.

''Duit Felda berbilion. Kita yang bersusah payah tapi terus dibebani hutang.''

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa pihaknya bukan mahu mempersalahkan pihak pengurusan Felda akan tetapi mempertikaikan salah urus tadbir pihak tertentu yang dakwanya cuba menekan para peneroka disamping mendesak agar tuntutan itu ditangani sebaik mungkin.

''Kita bukan nak salahkan Pengurusan. Tapi siapa yang halang peneroka dapat mendapatan yang lebih baik?. Adakah mereka nak bersenang lenang hasil keringat kita?.

''Beberapa peneroka akan bangkit nak bawa ke Mahkamah. Bangkitlah tuntut hak kita. Kita yakin ada tangan ghaib untuk menekan kita.'' terangnya lagi.

Beliau berkata demikan semasa menyampaikan ucapan pada Malis Pelancaran Gerakan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan (BANGKIT) di Dataran Cikgu Mala, Pekan Labis, baru-baru ini.

Terdahulu penubuhan Gerakan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan (BANGKIT) berjaya dilancarkan oleh Tuan Haji Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

selatan online/-
Kiriman ibn_bacoks

Nota Mudah Memahami Hukum Hudud (siri 5)

Posted: 13 Oct 2011 11:30 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Bukan negara kita masyarakatnya majmuk ? melaksanakan hukuman hudud akan menjadikan negara kita huru - hara dan rakyat dalam keadaan ketakutan. Bolehkah hukuman tersebut dilaksanakan dalam dunia moden ini ?

22. Buat kesekian kalinya ingin saya tegaskan bahawa hukum Hudud ialah hukum Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia dengan segala kemajmukannya. Majmuknya manusia di atas muka bumi ini bukan berlaku secara secara silap mata atau magik sihir, tetapi ia adalah hasil ciptaan Allah Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijak. Sehingga hari ini, tiada siapa yang berani menafikan fakta bahawa Allah yang mencipta manusia samada manusia itu berkulit putih atau berkulit hitam. Samada manusia itu berbangsa Arab atau bukan Arab seperti Melayu, Cina dan India. Lihat pengakuan Allah swt yang tidak pernah dinafi oleh sesiapa di dalam surah al Hujurat ayat 13 :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

"Maksudnya : Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menjadikan kamu terdiri dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan puak supaya saling kenal - mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."

23. Apabila Allah yang mencipta manusia dan ianya tidak boleh dinafikan oleh sesiapa, maka kenapa kita tidak pula boleh menerima hukum yang juga dicipta oleh Allah swt untuk mendisiplinkan kehidupan manusia [ makhluk yang diciptaNya ] di atas muka bumi. Siapa lagi yang lebih mengetahui tentang selok belok kehidupan manusia secara zahir dan batinnya jika tidak penciptanya sendiri iaitu Allah Jalla wa A'la. Pertanyaan Allah swt sehingga hari ini, tiada siapa yang mampu menjawabnya, apa lagi menandinginya sebagaimana yang termaktub di dalam surah al Baqarah ayat 138 :

صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ

"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat"."

24. Analogi yang boleh saya ketengahkan di sini ialah seperti Syarikat Proton yang mencipta dan mengeluarkan kereta berjenama Inspira. Tentunya Syarikat Proton akan mengeluarkan buku manual operasi yang akan disertakan bersama dengan produknya. Pengguna mesti menggunakan Inspira berasaskan buku manual yang telah dikeluarkan oleh syarikat pengeluar justeru syarikat itulah yang lebih mengetahui bagaimana cara dan kaedah menjaga dan mengguna produk mereka dengan baik dan meminimakan kadar kerosakkan. Pengguna Inspira tidak boleh menggunakan buku manual yang dikeluarkan oleh syarikat Mitsubishi untuk produk mereka yang berjenama Pajero 4x4.

25. Begitulah manusia yang merupakan produk ciptaan Allah swt. Allah swt telah mengeluarkan buku manual iaitu al Quranul Kareem yang disertakan dengan hasil produknya demi memastikan kehidupan manusia di dunia ini terurus berdasarkan manhaj Rabbani atau dengan bahasa yang lebih mudah agar cara dan gaya hidup manusia dipandu oleh petunjuk Allah swt lalu menyelamatkan mereka dari menjadi mangsa godaan nafsu dan bisikan syaithan yang dilaknat oleh Allah swt.

26. Setelah kita yakin bahawa hukum Hudud ini dari Allah swt., bagaimana masih tersangkar prasangka bahawa hukum ini akan mencetuskan huru - hara ? berlaku huru - hara bukan kerana perlaksanaan hukum Allah swt ini, tetapi kerana manusia menolak hukum tersebut. Mudah difahami apabila kita melihat realiti masyarakat kita hari ini. Huru - hara yang dimaksudkan telah pun berlaku sedang hukum Allah belum dilaksanakan dalam negara kita .

27. Ayah rogol anak, cucu perkosa nenek, anak menengking ibu yang sedang solat, gengster [ along ] berleluasa, jenayah bunuh berlaku setiap hari, penderaan terhadap kanak - kanak, buang bayi, isteri derhaka kepada suami, suami menyeksa isteri, pemimpin menzalimi rakyat, yang kaya menindas yang miskin, yang lemah tidak terbela, pergaulan bebas, pelacuran, pengedaran dadah dan 1001 mungkar bersarang dalam negara kita. Bukankah ini huru - hara yang berlaku tanpa kawal. Kenapa salahkan hukum Hudud sedang hukum itu belum dilaksanakan lagi ?

28. Orang beriman tentunya yakin bahawa hukum Allah inilah yang akan mengembalikan semula keamanan dan keadilan. Justeru hukum Allah swt tidak semata - mata berorientasikan hukuman semata - mata tetapi juga merupakan sistem cegah dan kawal dari Allah swt. Perkara ini telah diserlahkan melalui firman Allah swt di dalam surah al Maaidah ayat 38 :

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu sistem cegah kawal dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

29. Tiada siapa yang perlu takut dan bimbang kepada hukum Hudud kecuali penjenayah. Hukum Hudud adalah undang - undang Jenayah syariat Islam. Hukuman ini hanya akan dijatuhkan ke atas penjenayah setelah sabit kes. Justeru itu, tiada siapa yang perlu rasa takut terhadap hukuman Hudud kerana hukuman tersebut sekali - kali tidak akan dijatuhkan ke atas mereka yang tidak bersalah atau dalam erti kata lain, tidak melakukan perbuatan jenayah seperti bunuh, mencuri, zina, menuduh orang lain yang baik berzina tanpa saksi, merompak dan minum arak. "Berani kerana benar dan takut kerana salah" adalah bidalan para bijak pandai yang masih terpakai hingga ke hari ini.

30. Non muslim juga tidak perlu takut terhadap perlaksanaan hukum Hudud justeru Hudud adalah hukum yang wajib terpakai ke atas ummat Islam sahaja sementara non muslim diberi peluang memilih. Jika mereka bersedia dengan rela mahu menerima pakai hukum Allah , maka dibenarkan sementara mereka enggan maka dipulangkan mereka kepada hukum agama mereka jika agama mereka menyediakan bentuk hukuman tertentu di atas kesalahan yang dilakukan atau jika tiada, berlandaskan konteks negara kita, kembali kepada undang - undang konvensional yang ada pada hari ini. Keputusan memberi hak memilih kepada non muslim ini adalah dari ketetapan Allah swt yang tidak boleh persoal oleh manusia. Firman Allah swt di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

31. Melalui perbahasan ayat ini di dalam kitab Tafseer al Baghawi menjelaskan pandangan para mufassirin seperti an Nakhaei, asy Sya'bi, Atha' dan Qatadah rhm mengatakan bahawa hakim diberi hak memilih samaada pesalah non muslim dari kalangan ahlul zimmah dijatuhkan hukuman melalui hukum Hudud ataupun dirujuk kepada hukum yang disediakan oleh agama mereka.

32. Sementara sebahagian ulama' seperti Mujahid dan Ikrimah rhm menganggap ayat ini telah dinasakhkan dengan ayat و ان حكم بينهم بما انزل الله lalu mereka menegaskan bahawa ahlul zimmah tertakluk jua kepada hukum Allah swt ini.

harakahdaily/-

Thamrin Jaini dilantik semula ketua PKR Sabah

Posted: 13 Oct 2011 09:30 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Parti Keadilan Rakyat (PKR) melantik semula Ahmad Thamrin Mohd Jaini sebagai pengerusi parti itu di peringkat Sabah, berkuat kuasa kelmarin, selepas tadbirannya diuruskan oleh kepimpinan pusat selama 10 bulan ekoran krisis dalaman.

Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata, pelantikan Ahmad Thamrin, yang menurutnya satu keputusan penting bagi PKR Sabah telah dibuat selepas proses rundingan dengan pimpinan parti peringkat Sabah.

"Pimpinan PKR Sabah bersetuju bahawa beliau merupakan calon yang terbaik untuk menerajui PKR Sabah dalam terus mengembang dan menggembleng sokongan rakyat Sabah terhadap PKR serta dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Sehubungan itu kata beliau, Majlis Presiden Sabah yang ditubuhkan untuk memimpin dan mentadbir PKR sejak 27 Januari lalu dibubarkan.

Beliau sendiri mengetuai majlis tersebut ekoran krisis kepimpinan yang muncul selepas pemilihan parti akhir tahun lalu.

"Seterusnya, saya telah juga meminta Ahmad Thamrin untuk segera memulakan rundingan di kalangan pimpinan PKR Sabah bagi menyusun saf pimpinan negeri, yang saya yakin di bawah pimpinan Ahmad Thamrin nanti akan terus berjaya mendapat sokongan dan kepercayaan dari rakyat Sabah dalam memperjuangkan hak dan keadilan yang sewajarnya menjadi milik rakyat Sabah sendiri, tetapi dikorbankan oleh keborosan dan ketamakan Umno dan Barisan Nasional selama ini," kata beliau.

"Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ketua cabang PKR Sabah serta kalangan anggota-anggota PKR Sabah di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada Majlis Presiden Sabah yang saya pengerusikan dan saya yakin bahawa kerjasama dan sokongan yang lebih baik akan dapat diberikan kepada Ahmad Thamrin," katanya lagi.

Thamrin dilantik sebagai ketua PKR Sabah selepas jawatan itu dikosongkan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan akhir 2009.

Pajudin Noordin dilantik bagi menggantikan Thamrin awal Januari lalu dalam satu rombakan susulan pemilihan pusat tahun lalu, tetapi ia berakhir dengan krisis dalaman dengan majoriti cabang membantah kepimpinan Pajudin.

Ekoran krisis itu, Dr Wan Azizah terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan krisis PKR Sabah dan membentuk satu jawatankuasa terdiri daripada tiga pemimpin PKR Sabah.

malaysian insider/-

GST selepas PRU-13 hampir realiti

Posted: 13 Oct 2011 09:20 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Pakatan Rakyat yakin kerajaan Barisan Nasional akan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika kekal berkuasa selepas PRU13.

Menurut Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli, melaksanakan GST adalah satu satunya jalan keluar bagi membolehkan Belanjawan 2012 yang berjumlah RM232 bilion dapat direalisasikan dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang menurun sekarang.

Katanya, ini kerana ekonomi negara sukar untuk mencapai sasaran pertumbuhan 5% - 6% memandangkan angka unjuran ekonomi terkini yang dibuat Malaysian Institute of Economics Research (MIER) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 kepada 4.6%.

"Ini akan memberi kesan kepada jumlah pendapatan negara bagi tahun 2012 akibat kutipan cukai dan hasil lain yang berkurangan berikutan pertumbuhan ekonomi 2012 yang lebih perlahan," katanya.

Untuk merealisasikan Belanjawan 2012, BN ujarnya perlu meminjam sekurang-kurangnya RM46 bilion untuk membiayai defisit Belanjawan 2012; itu pun jika ekonomi tumbuh pada kadar 5% - 6% bagi tahun 2012.

Pada masa yang sama, keupayaan kerajaan mengeluarkan terbitan bon dan instrumen hutang baru dalam tahun 2012 adalah terbatas akibat had keberhutangan negara (debt ceiling) yang dihadkan kepada 55% daripada KDNK di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983.

Tambahnya, hutang negara kini sudah pun mencecah 53% dari KDNK berdasarkan angka rasmi Bank Negara Malaysia setakat Jun 2011, maka sebarang hutang baru sudah tentu bertentangan dengan undang-undang negara.

" Ini mengesahkan niat Perdana Menteri untuk serta-merta melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya Barisan Nasional kekal berkuasa selepas PRU13.

"Ini adalah satu pertaruhan yang diambil oleh Perdana Menteri, dengan niat mengabui mata rakyat dan menawarkan gula-gula bermula dengan bayaran dalam Januari 2012 kelak tetapi akan dicukai kembali melalui GST selepas PRU13 kelak," tegasnya.

harakahdaily/-

Pesawat Terhempas: 28 Maut di Papua New Guinea

Posted: 13 Oct 2011 08:45 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PORT MORESBY (Papua New Guinea): Seramai 28 orang maut manakala empat lagi terselamat apabila sebuah kapal terbang terhempas di kawasan hutan Papua New Guinea pada Khamis, kata pihak berkuasa Australia.

Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia berkata, mereka yang terselamat termasuk juruterbang warga Australia dan New Zealand.

Pesawat Dash 8 syarikat Penerbangan PNG terhempas ketika terbang dari Lae ke Madang ke utara pantai pulau Pasifik Selatan itu. - AP

Hasil Tak Laksana Undang2 Hudud- 50% Orang Islam Pernah Zina ?

Posted: 13 Oct 2011 08:40 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Agaknya tidak ramai yang membaca pendedahan fakta amat memalukan berhubung tahap kebobrokan akhlak remaja kini oleh sebuah tabloid harian pada Sabtu, 1 Oktober. Mungkin juga di kalangan yang terbaca paparan itu pula tidak lagi menganggapnya suatu yang besar atau mengejutkan. Justeru, tidak ada yang peduli jika pun isu sebegitu serius tidak diperpanjangkan perbincangannya. Gambar sekadar hiasan.

Laporan dimaksudkan itu mendakwa setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan seks luar nikah. Disebutkan antara faktor utama mendorong perbuatan sundal itu ialah perasaan ingin mencuba, terutama sebagai akibat langsung daripada menonton video lucah.

Namun fakta lebih mendukacitakan ialah apabila dikatakan kebanyakan remaja terbabit adalah lulusan universiti, tidak terkecuali yang memiliki PhD. Ertinya, ia bukan hanya dilakukan kalangan remaja liar dan tidak berpelajaran, tetapi turut melibatkan mereka yang memiliki pencapaian akademik agak memuaskan.

Laporan itu memetik hasil Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010. Ia melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak, terdiri daripada 2,457 orang atau 49 peratus remaja lelaki, manakala 2,559 atau 51 peratus responden adalah perempuan.

Di antara dapatan kajian itu, seramai 2,260 responden mengakui terbabit seks bebas. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah.

"Berdasarkan kaji selidik itu juga, sebanyak 52 peratus (2,608) menyatakan rakan mereka melakukan seks sebelum berkahwin dan 76 peratus (3,812) lagi mempunyai rakan pernah menonton video serta memiliki bahan lucah," laporan itu memetik kata Ketua Pegawai Operasi IPPBM, Zakariah Md Sam.

Sangat membimbangkan kita apabila masyarakat seakan tidak lagi sensitif dengan fakta amat menggerunkan mengenai tahap kebobrokan akhlak remaja kini. Lontaran fakta itu tidak disambut mana-mana media.

Bahkan tabloid yang bertanggungjawab mendedahkannya pun mengambil sikap sekadar melaporkan, seolah-olah hanya untuk mengisi tiga suku mukasuratnya untuk hari itu sahaja. Sedangkan ia diletakkan di bawah kategori laporan 'EKSKLUSIF', yang pada kebiasaannya mengundang pelbagai reaksi dan ulasan.

Namun dalam kes ini tiada laporan atau tinjauan susulan dibuat tabloid itu sendiri. Tiada pihak, sama ada aktivis sosial atau warga prihatin yang disorot pandangan dan reaksi mereka. Tidak sepertimana ghairahnya media arus perdana memanjangkan isu filem dan drama tema hantu dan seram yang didakwa berunsur tahyul dan tidak mendidik masyarakat.

Media juga di masa sama masih berselera menghidupkan isu hudud. Atas sebab sangat nyata, ia bermaksud mencari keuntungan politik buat parti pemerintah dan di masa sama menjerumuskan parti-parti pembangkang ke kancah pertikaian lebih buruk.

Namun secebis fakta mengenai akhlak remaja kita itu, walau pun tidak begitu menarik minat masyarakat (atau sebenarnya sengaja tidak mahu diperpanjangkan media arus perdana?), sebenarnya turut mempunyai hubungkait dengan isu hudud yang digemariuhkan itu.

Lebih-lebih lagi jika kita melihat hukum hudud dan lain-lain cabang hukum Islam itu sebagai salah satu mekanisme dikemukakan Islam untuk menyedar dan mendidik masyarakat dalam ertikata yang lebih luas dan menyeluruh. Bukankah itu yang dapat kita fahami dari firman Allah dan sabda Junjungan s.a.w. tatkala menghuraikan fungsi dan maksud hukum-hukum syariat?

Justeru, amat kena pada masa tatkala khalayak penguasan politik sedang ghairah memperkecil dan memperlekeh usaha mendaulatkan hukum Islam, tiba-tiba fakta kesumbangan akhlak remaja tadi didedahkan.

Sebabnya, pendedahan itu juga menyeret pertikaian terhadap tahap kecemerlangan dan keberkesanan sistem pendidikan negara. Bahawa ia hanya mampu melahirkan insan yang cemerlang akademik, tetapi sangat bobrok akhlak dan jelik keperibadian mereka.

Apa tidaknya apabila kajian tadi mengesahkan 76 peratus daripada yang mengakui terlibat dengan gejala memalukan itu adalah pemegang ijazah, diploma serta PhD?

Justeru, memang tepat sergahan dilontarkan Zakariah, "… jadi bila mereka ini sudah terbabit dengan isu moral, bagaimana golongan ini mampu dijadikan teladan kepada belia lain yang memandang tinggi status mereka sebagai orang yang berpendidikan tinggi".

Kebetulan pula laporan itu diterbitkan pada hari sama Perdana Menteri membuat kenyataan mendakwa sistem pendidikan negara kita adalah yang terbaik, malah lebih baik daripada sistem diamalkan beberapa negara maju.

Sudah tentu dengan terdedahnya dapatan kajian tadi, dakwaan Dato' Seri Najib Razak itu dengan sendirinya layak dipersoalkan. Kajian IPPBM itu tidak menyokong dakwaan beliau itu. Apakah kita tergamak berbangga dan mendakwa sistem pendidikan kita terbaik sekiranya separuh produk dihasilkannya terbabit seks bebas?

Apa gunanya mereka berjaya dan cerdik tetapi tidak tahu di mana letaknya dosa-pahala? Berbanggakah kita dapat menghasilkan ramai cerdik-pandai atau anak-cucu yang sangat cemerlang akademik mereka, sedangkan di masa sama mereka amat bobrok akhlak dan tingkahlaku?

Tidak dinafikan sistem pendidikan sedia ada telah berjaya menghasilkan ramai cerdik pandai, cendikiawan pelbagai bidang dan jurusan. Kita tidak kurang peguam dan pakar undang-undang, tetapi tidak sedikit antara mereka menggunakan pengetahuan luas dalam perundangan untuk memutarbelit fakta dan menukar harta orang menjadi miliknya.

Kita berbangga memiliki ramai anak bangsa bergelar doktor, tetapi antara mereka juga ada yang aktif merosakkan generasi muda dengan sindiket penjualan ubat batuk dan seumpamanya.

Apa guna kita ada pakar sejarah, tetapi cenderung memberikan gambaran positif dan memuji kaum penjajah? Apa guna kita ada penggiat ekonomi yang dianggap berjaya dan kononnya membanggakan kaum bimputera, sedangkan hampir setiap langkah mereka menyempurnakan kerja diiringi 'duit kopi' atau 'tumbuk rusuk'?

Pernah disiarkan media sebelum ini mengenai tinjauan terhadap sikap penuntut universiti tempatan berhubung isu rasuah. Bayangkan antara mereka secara terus terang mengakui tidak ada masalah untuk melakukan perbuatan merosakkan itu sekiranya keadaan menghendaki mereka berbuat demikian.

Tinjauan juga pernah dibuat di kalangan penuntut perempuan nmengenai kemungkinan mendapat pasangan lelaki berusia. Sebahagian tidak sedikit antara mereka menyatakan tidak kisah bersuamikan orang tua, asalkan orang itu kaya dan dapat menjamin keperluan kewangan mereka.

Dua kes ini menunjukkan fokus pemikiran penuntut universiti kita sudah terarah kepada mencari dan menjamin kepentingan kebendaan. Soal moral dan nilai positif masyarakat nampaknya sudah tiada dalam perkiraan mereka.

Itu belum lagi kita sebut soal adab sopan dalam tuturkata dan perlakuan mereka, terutama di khalayak awam. Tidak ada rasa hormat terhadap orang tua, bercakap lucah dan kotor. Berkelakuan tidak senonoh, berpakaian macam orang tidak bertamadun dan berbagai lagi perlakuan memualkan.

Lebih teruk lagi, mereka bukan sahaja biadab terhadap sesama manusia, malah tidak kesah untuk berlaku biadab terhadap suruhan dan larangan Tuhan. Apatah lagi mereka membesar dalam suasana sekalian pembesar dan orang terhormat dalam masyarakat bercakap mempertikaikan kewibawaan hukum Tuhan. Segenap saluran media massa pula memberikan gambaran positif terhadap kenyataan dan pendirian sedemikian.

Sebagai kelompok yang banyak membuat keputusan dalam hidup berpandukan perkiraan logik akal, golongan remaja ini terdorong berfikir lebih jauh. Terlintas di fikiran mereka, jika para pemimpin yang berkuasa mengatakan hukum Islam yang datang dari Tuhan itu tidak sesuai dilaksanakan di zaman ini, bermakna Tuhan yang menciptakan hukum itu juga tidak sesuai disembah dan diagungkan.

Lebih meyakinkan lagi mereka ini apabila kenyataan para pemimpin yang kurang asas ilmu agama itu diperakui atau tidak langsung dibantah oleh sebilangan para ulama dan mereka yang dikenali sebagai cendikiawan Islam.

Lalu mereka ini membesar dan membentuk kematangan hidup dalam suasana tidak ada keyakinan terhadap hukum dan peraturan Tuhan. Apabila keagungan hukum suci itu pun sudah tidak dipahat di hati, maka apatah lagi hukum dan undang-undang ciptaan manusia?

Logiknya, jika hukum Tuhan pun mereka tidak rasa apa-apa untuk permainkan, maka apakah kita boleh harap mereka akan merasa gerun dan takut untuk melanggar hukum dan undang-undang manusia? Akibatnya, mereka tidak akan takut untuk rasuah, salahguna kuasa, menyeleweng wang syarikat atau pejabat, menipu dalam perniagaan dan berbagai perbuatan tidak bermoral.

Isu ini sebenanya sangat berkait rapat dengan agenda pembinaan generasi masa depan negara. Kita yang telah dewasa kini tidak akan mampu menongkat langit. Kita semakin menua dan dimamah usia. Kanak-kanak dan remaja hari ini lah bakal mengambil alih segala aktiviti penghidupan. Mereka lah yang akan mengisi segenap tahap penggerak masyarakat, bermula daripada pengikut dan pencacai bawahan sehingga ke pemimpin atasan.

Maka apakah dengan keperibadian remaja yang ada kini segala kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi hari ini mampu dikekalkan hingga ke masa depan? Lebih membimbangkan lagi, apakah peribadi-peribadi yang berkemungkinan bakal mengambilalih kepimpinan masyarakat sebegitu dapat kita harapkan untuk menjaga agama di masa depan?

Timbunan kes-kes salah laku sosial, jenayah berat dan keganasan seksual membabitkan remaja yang terhidang di media saban hari kebelakangan sebenarnya mengisyaratkan hakikat amat menakutkan tentang masa depan negara.

Sepertimana digambarkan hasil kajian IPPBM tadi, jika kecenderungan itu dibiarkan berterusan dan peratusan mereka yang terlibat dengan seks bebas di kalangan generasi akan datang kekal melebihi 50 peratus, maka dapat kita congak apa hakikat yang bakal dihadapi negara kita 30 atau 40 tahun nanti.

Tatkala para remaja yang separuh mereka terdiri daripada bekasan penzina ini menjadi warga paling tua dalam masyarakat, dan tabiat buruk mereka turut sama dilalui ibubapa segenap lapisan umur selepas mereka, maka sudah tentu ketika itu kesemua yang bergelar anak atau cucu kepada mereka adalah beribubapa atau berdatuk-nenekkkan manusia yang ada rekod akviti seks luar nikah.

Alangkah malunya muka dan walangnya hati apabila dikatakan pada ketika itu separuh daripada jumlah rakyat Malaysia adalah dari keturunan bekas penzina! Mohon dijauhkan Allah dari hakikat itu.

Justeru, mengapa tidak kita beri peluang kepada hukum Islam memperbetulkan keadaan dan menyelamatkan negara dari kemungkinan menakutkan itu?

Mohd Nasir Awang/-

Sindiket MyKad: 5 soalan untuk KDN

Posted: 13 Oct 2011 08:30 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Dewan Pemuda PAS mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan segera beberapa keraguan yang timbul terhadap sedikit yang disyaki memberikan MyKad kepada warga asing.

Mereka merujuk kepada penemuan 6 buah bas pada 11 Oktober lalu yang membawa warga asing dari Johor ke Putrajaya dan kemudiannya ke sebuah resort yang disyaki untuk diberi MyKad.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishmuddin Tun Hussin perlu memberi penjelasan kenapa pemberian kad pengenalan ini dibuat secara berkelompok.

Lebih meragukan, kenapa proses pemberian kad pengenalan dibuat di sebuah resort tidak di pejabat kerajaan.

"Murah sangatkah nilai kewarganegaraan kita. Kenapa proses pemberian kad pengenalan dimudahkan?

"Kenapa mereka tidak melalui proses yang ketat seperti ujian bertulis untuk menilai kesetiaan mereka kepada negara," soalnya.

Turut menimbulkan tanda tanya kenapa ada kawalan ketat daripada pihak polis semasa warga asing ini berada di Masjid Putrajaya dan Istana Dugang Country Resort.

"Kenapa terdapat arahan yang sentiasa berubah-ubah terhadap distinasi yang hendak dituju?

"Bukankah ini tanda-tanda adanya manipulasi dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing," soalnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Kesan 7 buah bas

Menurut Suhaizan, pada 11 Oktober lalu, Pemuda PAS berjaya mengesan tujuh buah bas yang penuh dengan warga asing daripada negeri Johor menuju ke Putrajaya.

Difahamkan mereka memulakan perjalanan pada jam 10 malam daripada beberapa lokasi di Johor Baharu.

Kira-kira jam 1 pagi, kumpulan ini telah berhenti di hentian Rehat & Rawat (R &R) Pagoh.

Daripada cakap-cakap warga asing in,i tujuan mereka ke Putrajaya adalah untuk mendapatkan kad pengenalan bagi mengesahkan mereka menjadi warganegara.

Selepas berehat mereka terus bergerak ke Masjid Putrajaya dan sampai di sana sekitar jam 6 pagi untuk solat Subuh di Masjid Putrajaya.

Mereka juga mendakwa seolah-olah ada kawalan daripada anggota polis tidak beruniform (preman) yang mengawal pergerakan mereka.

Beberapa buah bas didakwa diarah oleh seorang Datuk yang tidak dikenali masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bagaimanapun selepas menyedari perjalanan mereka diekori, secara tiba-tiba arahan dibuat kepada pemandu-pemandu bas agar membawa penumpangnya ke sebuah resort berhampiran.

Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam menafikan terlibat dengan program yang didakwa memberikan kerakyatan untuk warga asing untuk didaftar sebagai pengundi.

27,293 PR dapat MyKad

Dewan Rakyat sebelum ini dimaklumkan terdapat 27,293 warga asing telah diterima menjadi warganegara sejak tahun 2008 hingga 2011.

Bagi Suhaizan, ianya satu jumlah yang sangat besar bagi sebuah negara seperti Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat negara ini berada dalam kesempitan hidup dan mereka terpaksa bersaing denga warga asing yang seolah-olah menjadi anak emas kerajaan kerana begitu mudah menjadi warga negara ini.

"Pemuda PAS tetap curiga terhadap pemberian hak warganegara ini. Kami mengesaki bahawa tujuan pemberian hak warganegara ini ada kaitan dengan terdesaknya Barisan Nasional(BN) untuk terus berkuasa selepas pilianraya ke-13," katanya.

harakahdaily/-

Hudud: Saya akan akur jika PAS arah, kata Hu Pang Chaw

Posted: 13 Oct 2011 08:20 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Hu berkata beliau tidak membantah hukum hudud, hanya ketidaksesuaian membawa isu tersebut pada masa ini.

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw, yang kini turut menjadi fokus polemik isu hukum hudud berkata, beliau akan "akur" dengan keputusan parti Islam itu jika diarah memberi penjelasan formal mengenai pendiriannya sejak kebelakangan ini.

Sambil berkata beliau belum menerima sebarang panggilan agar berbuat demikian, Hu dari Kelantan berkata, beliau juga telah menjelaskan pendiriannya kepada beberapa pemimpin kanan PAS tiga hari yang lalu.

"Saya akan ikut apa yang diminta... sebagai ahli parti kita kena menghormati peraturan parti, saya akan akur apa yang diminta (jika diminta memberi penjelasan)," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider lewat malam tadi.

"Semasa saya menemui beberapa pemimpin kanan di bangunan Parlimen dua hari lalu (Rabu), saya sudah memberi penjelasan. Dan, mereka faham pendirian saya," kata beliau tetapi enggan menyebut pemimpin yang beliau bertemu.

Dalam reaksi terbaru ini, kata Hu, beliau tidak membantah dasar hukum hudud, cuma "saya mengatakan bahawa kini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan soal melaksanakan pendekatan ini", lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Saya tidak bantah hudud, cuma masa perkara itu dibawa dan dibincangkan tak sesuai... itu sahaja. Kita ada banyak isu penting untuk diketengahkan bagi mencari sokongan dalam pilihan raya," kata beliau.

Laporan media malam tadi menyebut PAS akan memanggil Hu dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan berhubung beberapa kenyataan beliau berkaitan isu hukum hudud yang kembali menjadi bahan kontroversi.

Hu menjadi perhatian ekoran pendirian beliau dalam isu hukum hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan. Beliau mahu bukan Muslim dalam parti itu diambil kira pandangan mereka.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, meskipun ruang demokrasi dalam parti itu besar, namun apabila ia melibatkan isu dalaman, anggota parti disarankan supaya menyelesaikan secara bermesyuarat di dalam parti.

"Tidak dinafikan, PAS sebagai parti yang besar juga tidak dapat lari daripada dilanda pelbagai isu dalaman. Atas dasar itu, PAS sudah pun mempunyai pelbagai saluran parti untuk mendapatkan maklum balas dan penjelasan tentang sesuatu isu dalaman.

"Jangan jadikan isu dalaman isu luaran yang seringkali diambil kesempatan oleh musuh untuk menyerang parti," kata beliau.

Ketika ditanya sama ada beliau terkejut dengan laporan akan dipanggil memberi penjelasan, Hu berkata, "tidak, sebab saya sudah lama dalam politik."

"Saya akan akur, saya akan beri penjelasan. Terserah kepada parti untuk menentukan tindakan selepas mendengar penjelasan saya," katanya lagi.

malaysian insider/-

Sekurang-kurangnya 3 maut, 13 cedera restoran meletup

Posted: 13 Oct 2011 08:15 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

RIO DE JANEIRO 14 Okt. – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 13 lagi cedera apabila satu letupan kuat memusnahkan sebuah restoran di pusat bandar Rio de Janeiro pada awal pagi semalam.

Datuk Bandar Brazil, Eduardo Paes berkata, letupan itu berlaku di sebuah restoran yang terletak di tingkat bawah bangunan tersebut sehingga memusnahkan sebahagian besar daripada kedua-dua tingkat yang lebih rendah itu.

Tambahnya, kebanyakan mangsa tercedera adalah orang yang lalu di restoran itu. – AFP

‘Ayat pelangkah’ tidak menjadi

Posted: 13 Oct 2011 08:00 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BUKTI...Ab Rashid menunjukkan 'ayat pelangkah' yang digunakan suspek untuk menyamun.
KAJANG: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itu nasib menimpa tiga lelaki warga Indonesia yang menggunakan ayat azimat yang dikenali 'ayat pelangkah' yang dipercayai menjadi pelindung mereka untuk melakukan jenayah pecah rumah dan samun di sekitar Kajang.

Bagaimanapun, hasil risikan dan intipan polis, 'kekebalan' semua suspek yang dikenali 'Geng Tong Gas' berakhir sejurus dicekup sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, jam 9.15 malam, 7 Oktober lalu di Sungai Chua, di sini.

Selain dijadikan azimat, suspek turut menggunakan ayat berkenaan sebagai rujukan dan panduan untuk mengetahui tarikh dan masa sesuai untuk menyamun.

Difahamkan, suspek akan menyelit ayat berkenaan pada seluar ketika menyamun dipercayai untuk mendapatkan kekuatan selain membolehkan aktiviti jenayah mereka tidak dapat dihidu polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata semua suspek berusia 30-an itu dilaporkan terbabit kes pecah rumah dan samun seorang jurutera yang mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM8,000 dalam kejadian di Batu 14, Hulu Langat, 6 Oktober lalu.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan parang memecah masuk dengan mengumpil pintu belakang rumah mangsa.

"Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes pecah rumah dan samun yang dilaporkan di Kajang.

"Semua suspek kini direman sehingga 14 Oktober dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkumpulan menggunakan senjata," katanya dalam sidang media di IPD Kajang, semalam.

metro/-

Keberkatan Doa

Posted: 13 Oct 2011 07:45 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Hadith:

NABI s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."

Riwayat: Abu al-Darda' r.a

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Lagi Gadis Hilang Ikut Kenalan Facebook

Posted: 13 Oct 2011 07:33 PM PDT

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kangar – Seorang bapa runsing apabila anak perempuannya lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak tiga hari lalu.

Gambar: MOHD. SABRI bersama isterinya, Nur Hafizah Nordin (dua dari kiri) menunjukkan gambar Nurul Nur Syawaltie yang hilang dari rumah di Kangar semalam.

Menurut Mohd. Sabri Samat, 35, kehilangan anaknya, Nurul Nur Syawaltie, 14, disedari apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan di Sekolah Menengah Putra di sini Rabu lalu.

Ujarnya, dia kemudian menghubungi pihak sekolah, namun terkejut apabila dimaklumkan anak sulung daripada lima beradik itu rupa-rupanya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

"Saya hanya menjumpai basikal anak saya yang ditinggalkan di taman perumahan di sebelah sekolahnya.

"Selepas menunggu hingga lewat malam, dia masih tidak pulang ke rumah dan berikutan itu saya membuat laporan di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1.30 pagi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Dato Jaafar di sini semalam.

Mohd. Sabri berkata, dia mengesyaki kehilangan Nurul Nur Syawaltie ada kaitan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang dikenali oleh anak gadisnya itu melalui Facebook.

"Sejak kebelakangan ini, dia kerap bermain Facebook dan sehari sebelum kejadian, saya terdengar dia berbual di telefon bimbit dengan rakan yang mengajaknya berjalan-jalan di Pulau Pinang," ujarnya.

Malah, katanya, beberapa orang rakan sekolah Nurul Nur Syawaltie juga memberitahunya bahawa anaknya itu ada meluahkan rasa tidak gembira tinggal di Kangar melalui Facebook.

"Sebelum ini, kami sekeluarga menetap di Pulau Pinang lebih lima tahun ketika saya bekerja di sana dan kami baru setahun tinggal di Kangar," ujarnya.

Ujarnya, dia percaya anaknya itu menghilangkan diri bersama seorang lagi rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Amira.

Katanya, orang ramai yang berjumpa atau mempunyai maklumat mengenai Nurul Nur Syawaltie diminta menghubunginya di talian 016-4871042 atau balai polis berhampiran. -kosmo

Nuffnang