Isnin, 19 Mac 2012

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Scorpene and the French hunt for justice | Free Malaysia Today

Posted: 19 Mar 2012 12:21 AM PDT

Postal voting: Polls reform group wants safeguards

Posted: 19 Mar 2012 12:15 AM PDT

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Rasmikan Sidang Dewan Negeri Bertitah

Posted: 19 Mar 2012 03:57 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Cheque Issued to Frusis Anak Lebi

Posted: 19 Mar 2012 09:20 PM PDT



Cheque issued to Frusis Anak Lebi amounting RM15,522

(More......)

Ceramah Umum

Posted: 19 Mar 2012 08:13 PM PDT

CERAMAH UMUM DI KOMPLEKS SUKAN MPKj

ALAMAT: SEKSYEN 15.  BANDAR BARU BANGI.
TARIKH: 20 MAC SELASA 
MASA    : 9 MLM

PENCERAMAH:

YB DATO TENG CHANG KIM ( KETUA SPEAKER ADUN SELANGOR )
YB DR. SHAFIE ABU BAKAR ( ADUN KAWASAN BANGI )
(More......)

LEBIH RAMAI DAPAT AIR PERCUMA DENGAN PROGRAM “LAPOR DAN DAPAT”.

Posted: 19 Mar 2012 05:06 PM PDT

Penduduk pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal hanya perlu melaporkan kepada COB mereka bilangan kediaman yang berpenghuni di pembangunan mereka untuk mendapat air percuma.
 
Kerajaan Negeri kemudian akan menyampaikan maklumat itu kepada SYABAS yang akan membuat potongan pada bil meter pukal. Oleh itu MC, JMB, agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk diminta berjumpa dengan COB mereka untuk mendapatkan air percuma tersebut.
 
Potongan yang diberikan oleh SYABAS adalah bersamaan nilai air untuk 20 meter padu kali jumlah kediaman yang berpenghuni. Mereka kemudian mesti memberi potongan pada bil-bil meter individu penduduk. Bukti potongan ini mestilah ditunjukkan kepada COB. COB juga akan melakukan pemeriksaan mengejut untuk memastikan bilangan kediaman yang berpenghuni adalah sepertimana yang dilaporkan.
 
Program "LAPOR DAN DAPAT" akan berupaya memperlipat ganda bilangan penduduk rumah kos rendah mendapat air percuma. Kaedah pemotongan pada bil meter pukal memang sedang dilaksanakan sekarang tetapi program "LAPOR DAN DAPAT" akan meringkaskan lagi prosedur permohonan.
 
Program ini bermula pada 1 April 2012.  Penduduk pangsapuri rumah kos rendah digesa untuk mendesak MC, JMB, agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk agar menghubungi COB supaya mereka mendapat air percuma.
 
(More......)

7-Day Online Fundraising Campaign

Posted: 19 Mar 2012 01:05 AM PDT

7-Day Online Fundraising Campaign for the disabled farmer Frusis Lebi started on March 8, 2012 and ended on March 14, 2012 in great success.

A total donation of RM15,522 was raised for Frusis and his family.

As promised, we now upload the bank statement of the designated account for the viewing of general public. The money will be handed over DAP Sarawak who will then channel the donation to Frusis.

Thank you to those who have supported this campaign generously! 

Click to enlarge the following images:






(More......)

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


BARANG AKU MILIK AKU, BARANG ORANGPUN MILIK AKU

Posted: 19 Mar 2012 06:59 AM PDT

 
Penduduk sekitar Teluk Intan pasti sedia maklum akan bingkai banner di simpang jalan Selabak berhampiran Kedai Rakyat 1Malaysia. Ia telah didirikan beberapa bulan yang lalu. Namun apa yang ragu ialah bingkai banner milik MPTI atau UMNO. Ini kerana sejak ia didirikan, bingkai tersebut hanya digunakan oleh pihak UMNO sahaja. Jika milik UMNO, apakah ia sah didirikan di tapak itu...?

Abdul Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno

Posted: 19 Mar 2012 03:45 AM PDT


KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Menteri Penerangan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini meletakkan jawatan selaku ahli Umno.

Dalam satu kenyataan media, Abdul Kadir memaklumkan, beliau hari ini menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno Malaysia,  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan perkara ini.
"Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO Malaysia mulai hari ini," kata Abdul Kadir.

Minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatan sebagai Bendahari Umno bahagian Kulim – Bandar Baharu, iaitu jawatan terakhir yang dipegangnya dalam Umno.

Semasa berada di dalam Umno, yang dianggotainya sejak 1956, beliau pernah menjadi Exco Pemuda selama sepuluh tahun dan Ahli Majlis Tertinggi selama dua puluh empat tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Kedah.

Beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada 1999 dan Menteri Penerangan pada 2004. Beliau adalah Ahli Parlimen Kulim – Bandar baharu selama lima penggal, sebelum mengundur diri pada Pilihanraya Umum ke-12.

Kini, beliau adalah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

 keadilandaily.com

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


DAP Will Not Participate In A Sham Parliamentary Select Committee(PSC) On Lynas Rare Earth Processing Plant (en/bm/cn)

Posted: 19 Mar 2012 01:34 AM PDT

Press Statement by DAP Secretary-General and MP for Bagan Lim Guan Eng in Kuala Lumpur on 19.3.2012.

DAP Will Not Participate In A Sham Parliamentary Select Committee(PSC) On Lynas Rare Earth Processing Plant Which Serves To Deliver A "Fait Accompli" By Endorsing The Lynas Plant And Force Public Acceptance Without Due Any Regard For Safety, Environmental And Health Concerns.

DAP will not participate in a sham Parliamentary Select Committee(PSC) on Lynas rare earth processing plant which serves to deliver a "fait accompli" by endorsing the Lynas plant and force public acceptance without any due regard for safety, environmental and health concerns. DAP will propose to the PR Leadership not to allow BN to use our presence in the PSC to legitimatize a Lynas plant, so that PR is not part of any environmental disaster that happens in the future.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had confirmed that the PSC was a sham in disguise by BN to legitimatize what is essentially wrong and against public interest, by saying that the PSC would not decide on the fate of Lynas. He added that the PSC is merely an engagement process so that the Lynas project can be carried out and would not be opposed by the people or create public fear.

The prime minister hoped that the committee could raise awareness on the project so that “we can achieve comfort in terms of better public acceptance.” In other words, this whole exercise is merely to help the project gain acceptance and to help the BN Government convince Malaysians that there is no threat from the Lynas rare earth plant and its potentially hazardous radioactive waste.

If the PSC cannot decide on the fate of the project, then it is a complete waste of time for us to participate, as it is nothing more than a fait accompli to rubberstamp approval of the RN700 million plant. BN has sacrificed the health and well-being of Malaysians, especially in Kuantan by valuing profits above all in awarding Lynas a 12 year tax holiday.

Malaysians will not be so easily fooled by BN. We demand an answer to the real issue at hand. Until today, there is no certainty over where the radioactive waste will be stored. Initially, the Atomic Energy Licensing Board or AELB has claimed that Lynas Corporation will be required to return any radioactive waste to Australia if it fails to set-up a suitable permanent disposable facility here. That has been rejected by Australia.

Then the AELB says that they may be stored in abandoned tin mines in Sungai Lembing, clearly reinforcing the fact that the wastes will be disposed in Malaysian soil. Clearly for the sake of huge profits earned by the few, BN is willing to gamble not just on our health but also the environmental safety of our future generation.

Penang PR has rejected any Lynas plant or nuclear reactors in Penang as we will not compromise on the safety of Malaysian. DAP will suggest that PR not to participate in the PSC as we should not be used as tools in the BN's bid to fool the people and to justify the setting up of the Lynas rare earth plant.

LIM GUAN ENG

—BM Version—-

Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 19.3.2012.

DAP tidak akan menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) mengenai Loji Pemerosesan Nadir Bumi Lynas yang bersifat pura-pura kerana ia hanya akan menjadi fait accompli (yang telah ditentukan) untuk menghalalkan loji Lynas dan memaksa orang awam menerimanya tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan.

DAP tidak akan menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) mengenai Loji Pemerosesan Nadir Bumi Lynas yang memalukan kerana ia hanya akan menjadi fait accompli (yang telah diputuskan) untuk menghalalkan loji Lynas dan memaksa orang awam menerimanya tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan.

DAP akan mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat supaya tidak membenarkan Barisan Nasional menggunakan penyertaan PR untuk menghalalkan loji Lynas, bagi memastikan PR tidak akan terlibat dengan apa-apa bencana alam sekitar yang mungkin berlaku pada masa depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan bahawa PSC adalah satu samaran yang pura-pura oleh BN untuk menghalalkan apa yang salah dan bertentangan dengan kepentingan awam, dengan mengatakan bahawa PSC tidak akan menentukan nasib Lynas. Beliau menambah bahawa PSC hanyalah satu proses perbincangan untuk membolehkan projek Lynas diteruskan dan tidak akan ditentang oleh rakyat atau mencetuskan kebimbangan rakyat.

Perdana Menteri berharap bahawa jawatankuasa itu dapat meningkatkan kesedaran projek tersebut supaya "kita dapat mencapai keselesaan dari segi penerimaan yang lebih baik daripada orang ramai". Dengan perkataan lain, langkah ini hanyalah bertujuan membantu projek tersebut mendapat sokongan rakyat dan membantu kerajaan BN meyakinkan rakyat Malaysia bahawa tidak ada ancaman daripada loji nadir bumi Lunas dan sisa buangannya yang bakal mendatangkan bahaya.

Jika PSC tidak dapat menentukan nasib projek tersebut, maka ia adalah sesuatu yang hanya membuang masa untuk kita sertai kerana ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai fait accompli (yang telah ditentukan) untuk meluluskan sahaja loji bernilai RM700 juta itu. Kerajaan BN telah mengorbankan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, khususnya mereka di Kuantan, dengan mendahulukan keuntungan berbanding nasib rakyat, apabila menganugerahkan Lynas dengan projek tanpa perlu membayar cukai selama 12 tahun.

Rakyat Malaysia tidak akan mudah diperbodohkan oleh BN. Kami menuntut penjelasan terhadap isu yang sebenar. Sehingga hari ini tidak ada jaminan dan ketentuan di mana sisa buangan radioaktif akan dibuang.
Pada mulanya Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah mendakwa bahawa Lynas Corporation akan diarahkan supaya menghantar pulang sisa radioaktif ke Australia jika ia gagal mewujudkan kemudahan pembuangan sisa kekal di sini. Ini telah ditolak oleh Australia.

Kemudian AELB mengatakan sisa buangan mungkin disimpan di ladang-ladang bijih timah yang sudah tidak digunakan lagi di Sungai Lembing, di mana ini mengesahkan lagi bahawa sisa-sisa tersebut akan dibuang di bumi Malaysia. Jelas kerana untung besar yang akan hanya dinikmati segelintir manusia, BN sanggup berjudi bukan sahaja dengan kesihatan kita tetapi juga keselamatan alam sekitar untuk generasi kita yang akan datang.

Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah menolak sebarang cadangan loji Lynas atau reaktor nuklear di Pulau Pinang kerana kami tidak akan bertolak-ansur dalam soal keselamatan rakyat Malaysia. DAP akan mencadangkan kepada PR supaya tidak menyertai PSC kerana kita tidak sepatutnya dijadikan alat oleh BN bagi membohongi rakyat dan menjustifikasi tindakan BN untuk membenarkan loji nadir bumi Lynas beroperasi di Malaysia.

LIM GUAN ENG

—-Mandarin Version—-
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年3月19日在吉隆坡发表声明:

民主行动党不会参与虚伪的莱纳斯稀土提炼厂国会遴选委员会,它只是表达"既成事实",为莱纳斯背书,逼使公众接受,完全不考虑安全、环境及健康问题。

行动党不会参与虚伪的莱纳斯稀土提炼厂国会遴选委员会,它只是表达"既成事实",为莱纳斯背书,逼使公众接受,完全不考虑安全、环境及健康问题。我们会建议民联领袖,不要让国阵利用我们在国会遴选委员会的存在,让莱纳斯合法化,因此,如果以后发生什么环境灾难,民联不会被责难。

首相拿督斯里纳吉已经确定,国会遴选委员会是国阵"披上的羊皮",以合法化原本是不对的、违背公众利益的事情,他说"国会遴选委员会并不会裁决莱纳斯的命运"。他也补充,国会遴委会纯粹只是一个咨询过程,以让莱纳斯可以继续操作,不会遭受人民反对或制造公众恐惧。

首相希望委员会可以提高公众对上述计划的认识"以让我们在公众接受程度上可以达到满意的程度"。换句话说,整个动作只是为了要赢得接受度、协助国阵政府说服马来西亚人,莱纳斯稀土厂及它的辐射性废料是没有危险的。

如果国会遴选委员会无法裁决这项计划的命运,那么,要我们参与完全是浪费时间,它只是一个既定事实的橡皮章,来批准7亿令吉稀土厂。国阵已经牺牲了马来西亚人民特别是关丹人的健康和福利,它竟然让莱纳斯享有12年的免税好处。

马来西亚人不会被国阵愚弄。我们要求一个答案。直到今天,我们都要不清楚有关辐射性废料将被存置在哪里。刚开始国家原子能局说如果莱纳斯无法在本地物色到合适的永久储存设备,它们必须将辐射性废料运回澳洲。这项提议已经被澳洲拒绝。

国家原子能局还说,他们可以把废料丢弃到林明的废置锡矿区,很明显地,有关废料将被弃置于在马来西亚的国土上。 为了少数几个人的巨额利益,国阵不只把我们的健康当赌注,也赌上下一代的环境安全。

槟州民联已经拒绝任何莱纳斯稀土厂和核能厂设立在槟城,我们也绝不牺牲马来西亚人的安全。行动党将会建议民联不参与这项国会遴选委员会,我们不会被国阵利用来愚弄老百姓,合理化莱纳斯稀土厂的建立。

林冠英

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on The “sit-in” protest in the office of MAS Italy by weechookeong

Posted: 19 Mar 2012 08:53 AM PDT

MASS STAFF ITALY

I am sure that are sharing the same feeling with you all in Italy. I believe that they will support you. I mean the MAS staff. As you already have my e-mail: weeck2012@gmail.com Please feel free to e-mail me whatever you have that you would like to share them with other readers.

All the best and hope that you all will win against …

Thank you.

Regards

wee choo keong

Comment on The “sit-in” protest in the office of MAS Italy by MASS STAFF ITALY

Posted: 19 Mar 2012 08:47 AM PDT

here’s the Italian staff, we would like to take a moment to thank YOURS TRULY for all the support. we will find a way to get your verbatim speech translated in Italian or English. The Italian press is showing some attention to our plight, same can not be said for MAS, as of now we have not heard from anybody. We stand our ground, we will not give up our fight!

Comment on The “sit-in” protest in the office of MAS Italy by khalid mas

Posted: 19 Mar 2012 08:36 AM PDT

WE MAS must start a campaign by work to rule. Like we have to work from 9 to 5. Let start 9 sharp and leave on the dot at 5.

Whatever we do, we must not sign the agreement to join “Amok Crony Rashdan airlines”. We must all resist him AJ and Md Nor. There is no law to force us that we must sign to join the crony Rashdan airline. It is a new entity in law. Tell Rashdan to go fly kite and take his wife and children to go to hell. Mother fu.ker!

MAS has been raped now! Does Rashdan like his wife to be raped too.

Comment on The “sit-in” protest in the office of MAS Italy by KAMAHL

Posted: 19 Mar 2012 08:33 AM PDT

Dear YB,

I beg to differ.
Even a Superman cannot fix the problems in MAS.
The staff themselves must start to STAND and DELIVER (NOT!)

So YB, don’t waste your time, let them sink!

He, he, he, padan muka.

Comment on The “sit-in” protest in the office of MAS Italy by Roger Ponstan

Posted: 19 Mar 2012 08:29 AM PDT

The best way to deal with people who steal when they are so well off is to execute them when proven guilty. It is a pity those who had to steal just to
have one less than decent meal a day get lengthy sentences

Comment on The “sit-in” protest in the office of MAS Italy by weechookeong

Posted: 19 Mar 2012 08:22 AM PDT

Flyguy

MAS is our national carrier with our national flag on it. We must not allow a few people to screw it up for resin bet known to them. If MAS is badly managed then we get to the bottom of it and plug the leakages.MAS problems are about LEAKAGES like the one sided contract and other questionable agreements. But the are not interested in plugging the leakages. Without fail MAS revenue is above RM14 – 16 billion yearly. Assuming we take RM14 bil a year as revenue. If we were to plug 10% of the lakes MAS would have made RM140 mil already. I know that the staff are working very hard. look at he cabin crews how they work. But the Panamera Deadwood is another form of leakages. Paid high salaries, big and they always need to outsource to consultant to think for them and to do their job.

It is my pleasure to stand for the staff but not the Panamera deadwood.

Lets fight on against the injustice done to MAS and its staff.

Thank you

with kindest regards

wee choo koeng

Comment on The “sit-in” protest in the office of MAS Italy by Roger Ponstan

Posted: 19 Mar 2012 08:21 AM PDT

UNION! UNOIN! UNION! Do you know that the union president was promoted from a measelyclerk to an executive in charge of a station and he has a contract cleaning aircraft interiors? And the good for nothing union secretary
puts his pen to anything that the company counter proposes. Then there is the missing RM1 million from the union coffers which was reported but case seems to be in cold storage for a number of years. These .. crooks were part of the sham and I am sure they want a piece of the pie too.!!!

Comment on The “sit-in” protest in the office of MAS Italy by Flyguy

Posted: 19 Mar 2012 08:12 AM PDT

MAS Hantu

a very simple reason.. for certain individuals, MAS is just a pot of eMAS for them to enjoy…

YB

while fully awared u r busy with the sitting, we will be very grateful if u cld update all the Q&A session pertaining to MAS from all MP as mainstream newspaper will not provide coverage on MAS issue but did saw u in TV3 news…

once again, million thanks from deep of our heart…MAS HEART

Comment on The “sit-in” protest in the office of MAS Italy by MAS bystander

Posted: 19 Mar 2012 08:10 AM PDT

Can’t wait to see how YB whacked these AJ, MD Nor, Rashan, Rozman, Azhari and Nor Zalida. Must teach them a lesson that MAS is no easy meat after all. Bloody Malek, the Sleepy Pills addict should be crucify for sucking up to the management for signing the C agreement on its own. We all must take step to get rid of this bast.rd.

YB please up load your speech as soon as you got it. We want to tea and laugh at those cronies and see where are they going to hide their faces. How are they going to sit in their big car paid by MAS?

Did you whack that Azman Yahya? one of the quiet culprit her? Please don’t spare him. he is a director in AA as well as in MAS. He is also another bas..ad!

Comment on Aj & Rashdan: “WHAT COST CUTTING?” & Zero Fare for uplifting 30,000 passengers of AirAsia X – Part 3 by Cbr Fireblade

Posted: 19 Mar 2012 07:51 AM PDT

Yes, thank you YB for doing a good job as a leader for the people.

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Penyerahan e-BOOK DUN Wakaf Mempelam 2012

Posted: 18 Mar 2012 04:57 PM PDT






Pada 18 Mac 2012, Majlis Penyerahan e-BOOK bagi Murid Tahun 4 2012 di dalam DUN Wakaf Mempelam telah diadakan di SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu. Majlis telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Kursus Kepimpinan Masyarakat Angkatan Prihatin Terengganu Bersama APMT

Posted: 18 Mar 2012 04:47 PM PDT





Pada 15-17 Mac 2012 yang lalu, Kursus Kepimpinan Masyarakat Angkatan Prihatin Terengganu Bersama APMT telah diadakan di The Regency Hotel, Kuala Lumpur. Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor di atas kesudian merasmikan kursus tersebut.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


From,Mr.Jaba Nejib..

Posted: 19 Mar 2012 07:57 AM PDT

Dear Friend,

I am a staff of ISLAMIC DEVELOPMENT BANK in Benin Republic. I want to transfer an abandoned sum of US$5.5million into your bank account for us to share it. The depositor is Late Saif al-Arab Gaddafi. On 30th April 2011, the Libyan government reported that Saif Al-Arab and three of his young nieces and nephews were killed by a NATO airstrike on his house during the 2011 Libyan civil war leaving nobody for the claim. I have all the information about the Deceased customer`s account and as such, we can both collect the money without any problem. There is no risk involve in this transaction. Your share will be 40% while 60% will be for me. If you can do this business and keep the top secret then,Reply this message urgently.

Kindly forward your banking details for the transfer as indicated below:

Your bank name.........
Bank address....
Account number....
Your private email address...
Your Private phone number......

See more here: http://www.globalpost.com/dispatch/news/regions/middle-east/110501/gaddafi-son-grandchildren-killed-nato-airstrike-libya-video

I am waiting to hear from you.

yours truly,
Alhaji.Jaba Nejib.

19 Mac 2012 - Hari ini pembukaan sidang Dewan Negeri Selangor. Bertukar tempat duduk ke front bench, ambil tempat Dato' Hasan yang lama.

Posted: 18 Mar 2012 08:26 PM PDT

SUARA PERAK

SUARA PERAK


Pakatan Rakyat Nafas Baru Masyarakat India

Posted: 19 Mar 2012 11:26 AM PDT

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Jawapan Soalan-soalan Parlimen Mesyuarat Pertama Penggal ke-5

Posted: 19 Mar 2012 08:58 AM PDT

Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan:

(a) kadar faedah keseluruhan skim kepada pembeli serta pecahan yang akan diterima oleh Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan di dalam Skim Pembiayaian Khas Pembelian PPR-MTEN dan PA DBKL; dan

(b) sebab-sebab Kerajaan tidak menggunakan kaedah secara 'grant' atau pinjaman pada kadar faedah 2%


JAWAPAN:       

Izinkan saya untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Lembah Pantai. Ini bersekali dengan pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat Batu pada 22 Mac 2012, Khamis. Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang pada 26 Mac 2012, Isnin.

Ini kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut adalah bagi isu yang sama dan saling berkaitan iaitu Skim Pembiayaan Khas Penjualan Rumah PPR-MTEN dan PA DBKL. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Lembah Pantai melalui Skim Pembiayaan Khas Penjualan Rumah PPR-MTEN dan Perumahan Awam DBKL, kadar keuntungan ke atas pinjaman yang dikenakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan adalah sebanyak 5.5%. Mana pembeli akan dikenakan kadar keuntungan 6.5% ke atas setiap pembiayaan bagi membiayai pembiayaan rumah mereka.

Sistem pembiayaan di bawah atas konsep Islamic iaitu Ijarah Muntahiyah Bi-Tamlik. Perbezaan kadar keuntungan 1% tersebut adalah bagi menampung kos operasi syarikat perumahan Wilayah Persekutuan. Dalam pada itu sebahagian daripada baki 1% ini juga akan digunakan untuk menampung kos yang dikenakan oleh institusi kewangan sebagai charge pengutipan bayaran balik pembiayaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KWSP telah mensyaratkan supaya pengutipan bayaran balik ini adalah melalui institusi kewangan yang kukuh yang telah dipersetujui oleh KWSP. Seterusnya, mengenai persoalan mengapa kerajaan tidak menggunakan grant ataupun pinjaman kepada kaedah faedah 2% bagi melaksanakan skim pembiayaan ini adalah kerana skim ini tidak melibatkan keseluruhan rakyat.

Akan tetapi, ia dirangka khusus untuk golongan masyarakat yang sedang menyewa rumah PPRMTEN dan Perumahan Awam DBKL di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. Tuan Yang di-Pertua bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Batu pula, kerajaan melancarkan Skim Pembiayaan Khas Penjualan PPR-MTEN dan Perumahan Awam DBKL adalah bertujuan untuk membantu penyewa sedia ada yang mampu dan sanggup untuk membeli rumah yang ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tetapi berhadapan dengan masalah pinjaman dengan institusi kewangan. Dalam masa yang sama, kerajaan tidak meminggirkan mereka yang masih tinggal di kawasan setinggan. Dari semasa ke semasa kerajaan sentiasa memastikan dan berusaha untuk memindahkan golongan ini ke penempatan yang lebih selesa di rumah-rumah PPR dan Perumahan Awam DBKL secara berperingkat-peringkat.

Kerajaan yakin jika sasaran ini tercapai maka lebih ramai penyewa akan menyertai skim ini pada masa akan datang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu, ada setinggan walaupun disediakan rumah masih enggan berpindah termasuk setinggan di kampung tanah lapang di Batu. Sebagai makluman juga, syarikat perumahan Wilayah Persekutuan tidak akan menjamin apa-apa bentuk bon dalam skim pengambilan khas ini.

Sebaliknya dari segi pinjaman kepada KWSP, setiap unit rumah yang dijual akan dicagarkan kepada pihak KWSP. Selain itu, DBKL akan memberi jaminan pembelian semula rumah-rumah yang mempunyai masalah pembiayaan ataupun pembayaran.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Bukit Bintang. Suka saya nyatakan di sini bahawa cadangan skim pembiayaan khas ini yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bawah kementerian saya dibuat setelah mendapat pelbagai aduan daripada penyewa-penyewa sedia ada di rumah-rumah PPR-MTEN dan Perumahan Awam DBKL tentang kesukaran untuk mereka mendapat pinjaman daripada pihak bank. Untuk makluman setakat ini hanya 716 yang dapat.

Oleh kerana itulah sebabnya kita membantu mereka ini. Kesukaran mendapat pinjaman pihak bank tersebut merupakan antara halangan utama bagi mereka mencapai impian memiliki rumah sendiri. Justeru, skim pembiayaan khas ini merupakan salah satu pilihan kepada penyewa sedia ada selain daripada membuat pinjaman melalui institusi kewangan lain membayar secara tunai ataupun terus kekal menyewa kediaman sedia ada dengan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan. Tiada elemen paksaan kepada penyewa untuk memilih skim ini bagi membuat pembelian rumah tetapi kerajaan hanya membantu menyediakan pilihan terbaik kepada mereka yang memerlukan.

Ahli Yang Berhormat perlu faham, proses untuk mewujudkan skim pembiayaan khas ini mengambil masa yang lama. Kementerian telah merangka strategi untuk mewujudkan skim ini dan kemudian dimajukan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan juga ada satu, dua institusi yang lain.

KWSP juga telah mengkaji dan meneliti kebolehlaksanaan ataupun, dengan izin, feasibility scheme ini berdasarkan wiling buyer wiling seller basis. Ini juga telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan selepas kita mendapat tawaran daripada KWSP. Oleh itu tanggapan yang mengatakan kerajaan memaksa KWSP untuk memberikan pinjaman bagi mewujudkan skim ini adalah tidak benar sama sekali. Pada peringkat kementerian pula, DBKL akan memberikan keutamaan tawaran skim pembiayaan khas ini kepada penyewa-penyewa yang mempunyai rekod pembayaran sewa yang baik sahaja, dengan itu kepentingan semua pihak akan terpelihara.

Soalan Tambahan

 

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Saya hanya ingin menanyakan apakah jaminan Yang Berhormat Menteri bahawa perjanjian awal dengan KWSP iaitu RM300 juta akan dimeterai kerana sekitar minggu lepas pihak KWSP menjelaskan perjanjian belum lagi dimeterai tetapi Menteri sudah mengumumkan terlebih dahulu sekitar tiga minggu sebelumnya. Lebih-lebih lagi agak menggerunkan kerana pada bulan Julai 2010, pengumuman Yang Berhormat Menteri bahawa sembilan bank akan terlibat dalam skim pinjaman pemilikan perumahan ini gagal, itu peringkat pertama.

Kedua, saya menyambut baik penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang kadar faedah 6.5% yang diberikan kepada mereka yang mahu memiliki rumah ini. Namun, memetik kata-kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, kritikannya 6.5% terlalu tinggi.

Kemungkinan keuntungan akan dijana akan dikaut oleh syarikat perumahan Wilayah Persekutuan yang berada di bawah seliaan Yang Berhormat Menteri selaku Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan. Ini mungkin menyebabkan konflik kepentingan kerana 1% jika dikira pada RM300 juta pinjaman KWSP, sudah RM3 juta setahun. Saya mahu menanyakan, adakah Yang Berhormat bersedia menimbangkan, mengurangkan kadar faedah kerana dalam projek Fidlot Kebangsaan misalan, pinjaman RM250 juta, kadar faedah 2%. Jadi ini orang miskin yang dikenal pasti sedang menyewa dan gaji pun kurang daripada RM1,000.00 sebulan. Mohon jawapan dengan Yang Berhormat Menteri kerana kita tidak mahu membebankan mereka ini dengan kadar faedah 6.5%. Terima kasih.

Jawapan :

Jadi, berbalik kepada isu tadi, berkenaan dengan bahawa skim ini telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Julai 2009, diumumkan penjualan rumah pada Julai 2009 selepas 100 hari. Selepas itu kita telah mengenal pasti beberapa bank yang mengikut skim ini, yang mengatakan boleh memberikan pinjaman tetapi setelah kita buat roadshow di seluruh kawasan-kawasan PPR dan juga perumahan awam dan mereka tidak dapat menawarkan. Sebab-sebab saya tidak tahu, ada beberapa sebab tetapi walau bagaimanapun sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita mencari kaedah-kaedah lain bagaimana untuk membantu golongan miskin ini.

Oleh sebab itulah saya melalui kementerian, kita mengenal pasti vehicle yang paling sesuai adalah Yayasan Wilayah Persekutuan yang juga di bawah naungan Kementerian Wilayah Persekutuan. Pengerusinya ialah Menteri Wilayah Persekutuan, timbalan pengerusi adalah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Jadi, kalau esok Yang Berhormat menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat juga akan mengambil alih Yayasan Wilayah Persekutuan. Jadi, bermakna bukan. Jadi, bermakna. Soal kepentingan peribadi tidak timbul sama sekali dan untuk makluman.

Satu peratus ini Yang Berhormat, adalah untuk menampung kos yang dikenakan oleh institusi kewangan yang akan dicadangkan oleh KWSP. Ini adalah surat tawaran daripada KWSP, tidak ada unsur yang mengatakan mereka hendak menarik balik, tidak ada. Hanya oleh sebab Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat telah approach mereka, mereka hanya memberikan peringkat pertama ini RM300 juta walaupun kelulusan secara dasar adalah RM1.5 bilion untuk golongan miskin yang kita sentiasa perjuangkan. Kita memperjuangkan orang miskin dalam bandar tuan-tuan dan puan-puan.

Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kalaulah 2% pun, kalaupun 2%…Yang Berhormat kata 2%. Saya bagi buat kirakira. Yang Berhormat ada satu cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat di dalam artikel inilah, mengatakan mengapa DBKL tidak boleh memberi sewa dan bayar mereka sampai mereka dapat beli. Kalau ikut kiraan saya, kalau bayar RM124, mereka akan mengambil masa hampir-hampir 50 ataupun 60 tahun. Semua yang membeli sudah mati pun. Jadi, mereka tidak akan mendapat nikmat. Saya memberikan perbandingan Yang Berhormat, kalau 2% ini daripada bekas pegawai tertinggi Bank Negara dan juga daripada CEO daripada salah satu merchant bank. Jikalaulah pinjaman RM 36,100.00, kalau dipinjam dengan 6.5%/25 tahun, bayaran yang kita kenakan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama KWSP ini, hanya RM243.00. Jikalau dikenakan 2.5%, hanya RM161.00. Perbezaannya hanya RM80.00 sahaja. Jadi, saya kata Satu yang tidak banyak beza.

 —————————————————————————————————————————

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan meminda Artikel 121 Perlembagaan Malaysia kepada bentuk asalnya.

JAWAPAN:        Dato' seri Mohamed Nazri abdul aziz : MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

1.      Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mengenai dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya iaitu Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, serta mahkamah bawahan yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan.  Mahkamah-mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah bawahan itu hendaklah mempunyai apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan.

2.      Sebelum pindaan yang dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988, Perkara 121 memperuntukkan bahawa "…the judicial power of the Federation shall be vested in two High Courts of co-ordinate jurisdiction and status, namely … the High Court of Malaya … and … the High Court of Borneo … and in such inferior courts as may be provided by federal law.".

3.      Pindaan yang dibuat pada tahun 1988 hanya menggantikan perkataan "vested" kepada "there shall be two High Courts …".  Sementara itu, perkataan "the jurisdiction … as may be provided by federal law" masih dikekalkan.  Justeru, maksud Perkara 121 kekal tidak berubah, sebelum dan selepas pindaan pada tahun 1988, bahawa kuasa kehakiman mahkamah tinggi dan mahkamah bawahan adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan.

4.      Perkara ini juga telah diputuskan dalam kes PP lawan Kok Wah Kuan [2007] 6 CLJ 341.  Sehubungan dengan itu, Kerajaan tidak bercadang untuk meminda Perkara 121 kepada bentuk sebelum pindaan pada tahun 1988, kerana peruntukan yang sedia ada ini sememangnya mencerminkan bahawa Malaysia mempraktikkan pengasingan kuasa (separation of power) antara badan kehakiman, eksekutif dan perundangan, sejajar dengan konsep pengasingan kuasa dalam sistem demokrasi.

5.      Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan suatu sistem kawalan dan imbangan (check and balances) yang mencukupi dan menyeluruh terhadap sebarang kelebihan atau penyalahgunaan kuasa melalui doktrin pengasingan kuasa (separation of powers) dalam Kerajaan.  Konsep pengasingan kuasa antara kehakiman, eksekutif dan perundangan telah jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya melalui Bahagian IV (Bab 3 bagi Badan Eksekutif dan Bab 4 bagi Badan Perundangan Persekutuan) dan Bahagian IX bagi Kehakiman.  Setiap badan ini mempunyai kuasa eksklusif yang berbeza antara satu sama lain dan setiap daripadanya dilindungi daripada pencerobohan (encroachment) kuasa oleh yang lain.  Sekian, terima kasih.

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Najib hanya pandai cakap idea orang

Posted: 19 Mar 2012 01:18 AM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Tidak masuk akal sama sekali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membawa Malaysia ke tahap negara maju jika isu pembantu rumah pun dia tidak tahu selesaikan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu tersebut tetap tidak tahu diselesaikan oleh pentadbiran Najib walaupun telah berlarutan sekian lama.

"Kegagalan Najib menyelesaikan isu pembantu rumah merupakan satu lagi bukti jelas bahawa dia hanya pandai bercakap dengan idea dan fikiran orang lain sahaja.

"Itu sahaja kebolehan Najib termasuk mengulang sebut pelbagai singkatan atau akronim yang orang lain reka sedangkan dia sendiri tidak boleh diharapkan hatta untuk menyelesaikan isu pembantu rumah sekalipun," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, sebelum ini, telah berkali-kali didakwa kononnya isu itu sudah selesai.

"Setiap kali Perdana Menteri makan angin ke Indonesia, digembar-gemburkan kononnya isu itu akan diselesaikan oleh beliau. Mana penyelesaiannya?

"Sama seperti isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Felda, MAS serta terlalu banyak isu lain, Najib berkali-kali membuktikan dengan jelas kepada rakyat bahawa beliau tidak tahu dan langsung tidak mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan hampir semua masalah," kata Mahfuz.

Menurut Mahfuz, masalah pembantu rumah ini memerlukan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

"Dalam perbahasan di Parlimen selepas ini, saya akan nyatakan kegagalan kerajaan melaksanakan penyelesaian jangka panjang yang telah berkali-kali dicadangkan oleh pelbagai pihak dan betapa wang negara RM250 juta yang seolah-olah dikendurikan kepada keluarga Ketua Wanita Umno boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan penyelesaian yang berulang kali dicadangkan itu," kata beliau.

Mahfuz meminta rakyat menilai betapa tidak berkebolehannya pentadbiran Najib menyelesaikan masalah rakyat itu.

"Ia juga membuktikan bahawa masalah yang dihadapi oleh rakyat, tidak kiralah masalah pembantu rumah, kenaikan harga barang atau apa sahaja masalah rakyat, tidak diberi keutamaan oleh pentadbiran Najib.

"Yang tidak habis-habis beliau lakukan ialah bercakap berdegar-degar kononnya dia pandai sangat untuk mengatasi pelbagai masalah negara ini.

"Sedangkan, keriuhan beliau mengenai pelbagai perkara termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) misalnya terbukti menjadi bahan persendaan orang-orang Umno sendiri. Nyata sekali Najib tak mampu," kata beliau.

Krisis pembantu rumah semakin meruncing apabila Indonesia baru-baru ini menetapkan polisi "satu amah, satu tugas" dengan gaji minimum RM700.

Polisi itu bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain dan gaji minimumnya adalah RM700.

Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka.

Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah.

Harakah Daily

Tiada rizab Melayu tergadai di Kelantan

Posted: 19 Mar 2012 01:08 AM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 19 Mac: Akhir tahun lepas akhbar Umno dalam beberapa siri laporan khas mendakwa masalah air di Kelantan kritikal, namun sehingga ke hari ini penduduk masih mampu melakukan aktiviti harian tanpa sebarang masalah.

Malah didakwa juga air tercemar dengan virus E.coli, malangnya belum ada laporan penduduk dirawat di hospital ekoran masalah tersebut.

Dan hari ini pula akhbar terbabit dalam siri laporan khas terbaru mendakwa tanah rizab Melayu di Kelantan tergadai.

Bagi ramai pemerhati politik, mesej segala laporan itu cukup jelas bagi menghodoh Kelantan sebelum 'visel' pilihan raya umum ke-13 ditiup Perdana Menteri.

Beberapa pegawai kerajaan negeri menjelaskan tidak ada tanah rizab Melayu yang tergadai di Kelantan dan bagi mereka laporan akhbar tersebut tersasar jauh.

Kata mereka di Kelantan ada dua kategori tanah iaitu tanah rizab Melayu dan bukan rizab Melayu.

Katanya, tanah rizab Melayu meliputi kira-kira 95 peratus keluasan bumi Kelantan.

"Tanah bukan rizab Melayu pula biasa terdapat di kawasan bandar dan penempatan yang mempunyai agak ramai penduduk bukan Melayu termasuk Kota Bharu, Kuala Krai, Tumpat, Bachok dan Gua Musang.

"Tanah bukan rizab Melayu boleh diduduki penduduk bukan Melayu apabila mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya di sini.

Tanah bukan rizab Melayu di Kota Bharu terdapat di beberapa lokasi termasuk Seksyen 5, Seksyen 7, Seksyen 9 dan Seksyen 11.

Kata mereka juga tanah-tanah yang dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta merupakan tanah kerajaan yang diberi milik kepada agensi-agensi termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Selain itu Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).

Katanya, tanah-tanah tersebut kebiasaan dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta secara pajakan dalam tempoh tertentu misalnya 66 tahun.

"Tanah tersebut tidak diberi milik kekal kepada pemaju terlibat. Selain itu projek pembangunan yang dilaksanakan berdasar pegangan ekuiti kebiasaannya 30 peratus agensi kerajaan dan 70 peratus pemaju," ujar mereka.

Misalnya pembangunan KB Mall di Jalan Hamzah di atas tanah milik PKINK diberi secara pajakan kepada sebuah syarikat. Selain itu PKINK turut mendapat bangunan KB Bazar.

Begitu juga projek pembangunan lain termasuk di Lembah Sireh diberi secara pajakan kepada sebuah syarikat di atas bekas tanah pertanian.

Tanah tersebut sebahagian besarnya telah ditebus guna sehingga menjadi bandar baru seperti sekarang.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, tanah-tanah yang dibangunkan ladang kelapa sawit dengan kerjasama syarikat swasta adalah milik kekal Ladang Rakyat.

Katanya, syarikat swasta hanya diberi izin mengusaha hasil tanaman kelapa sawit di atas tanah tersebut dalam tempoh tertentu.

"Tanah-tanah tersebut adalah milik Ladang Rakyat dan tidak timbul sama sekali tanah berkenaan diserah kepada syarikat swasta," katanya.

(Ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Harakah Daily

FGVH: PAS beri 3 hari kepada Ahmad Maslan

Posted: 19 Mar 2012 01:05 AM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Mac: PAS memberi tempoh tiga hari kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk mengemukakan jawapan terperinci berhubung prestasi semasa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di dalam dan luar negara.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Ahmad minggu lalu yang disifatkan terlalu umum.

"Saya beri tempoh tiga hari kepada Ahmad Maslan untuk detailkan prestasi pelaburan FGVH di luar negara.

"Beliau cuma nyatakan pada 2009 hingga 2010, keuntungan FGVH berjumlah RM203 juta di dalam negara dan 366 juta di luar negara. Saya minta angka rasmi secara detail," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS itu juga berkata, PAS menunggu jawapan daripada Ahmad dan sekiranya Ahmad gagal berbuat demikian, PAS akan mendedahkan maklumat yang sebenar.

"Kita meragui jawapan beliau kerana PAS mempunyai maklumat mengenai angka-angka yang sebenar," katanya.

Sebelum ini, pelaburan-pelaburan yang dijalankan anak-anak syarikat FGVH seperti Felda Iffco Sdn Bhd, Felda Global Technologies melalui Twin Rivers Technolgies US (TRT) mencatatkan kerugian terkumpul hampir RM500 juta setakat tahun 2010.

Harakah Daily

Kadir Sheikh Fadzir isytihar keluar Umno

Posted: 19 Mar 2012 12:58 AM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) mengisytiharkan keluar Umno hari ini.

"Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Dalam kenyataan itu, beliau memaklum mula menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang iaitu selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya.

"Saya juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.

"Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam Umno yang saya menjawat," ujarnya.

Tindakan beliau mengkritik kepimpinan Umno dan kerajaan hari ini telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin utama parti itu.

Kritikan beliau selaku Timbalan Presiden Amanah terhadap Umno termasuk mendedahkan pembelian undi semasa pilihan raya umum jelas menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin utama Umno.

Harakah Daily

Pemandu langgar Rafizi Hamdan serah diri

Posted: 19 Mar 2012 12:49 AM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga mengorbankan bekas pelumba basikal Le Tua, Rafizi Hamdan dekat Taman Melawati di sini semalam, menyerah diri kepada polis dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis telah mengambil keterangan suspek yang berusia 20-an itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Pemandu warga tempatan itu telah menyerah diri pada jam 11 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.

Sinar Harian difahamkan suspek enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi di tempat kejadian.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi semalam, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.

Sinar Harian

‘Mu sound apa kat aku tadi’

Posted: 19 Mar 2012 12:33 AM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - "Mu sound apa kat aku tadi."

Itulah ayat yang dikeluarkan seorang pemuda sebelum bertindak menumbuk mulut dan pipi kanan rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di Lorong Jejawi, Kampung Jeram, Manir, di sini, 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, perbuatan tertuduh, Mohd Aisaruddin A. Rahim, 26, dari Lorong Pengkalan Jejawi, Jeram, Manir, yang dianggap tidak profesional itu mengundang padah setelah dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman tersebut dijatuhkan Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh yang bekerja sebagai buruh itu mengaku bersalah dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Anas Sufrry Shaari pada jam 9 malam di Lorong Jejawi, Kampung Jeram, Manir, di sini, 8 Mac lalu.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu dengan menggunakan tangan, yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, mangsa, seorang pelajar tingkatan empat telah didatangi oleh tertuduh semasa sedang 'lepak' di rumah rakannya di Lorong Jejawi, Kampung Jejawi, Manir, di sini.

Apabila ternampak mangsa, tertuduh terus berkata 'Mu sound apa kat aku tadi' lalu tanpa memberi peluang kepada mangsa untuk menjelaskan perkara sebenar, tertuduh terus menumbuk mulut dan pipi kanan mangsa lalu melarikan diri.

Atas kejadian itu, mangsa mengalami luka, calar dan benjol pada dahi sebelah kanan, luka dan calar di belakang telinga kiri serta luka atas ibu jari kaki kanan.

Tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian rupa, mangsa membuat laporan polis dan tertuduh ditahan pada 15 Mac lalu kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Sinar Harian

Kelab penyokong Yob, Kijang bersatu lancar kempen anti keganasan penyokong

Posted: 19 Mar 2012 12:29 AM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PRESIDEN Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman berkata, kempen anti keganasan penyokong bersama Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan diadakan sebelum pertemuan Seladang dan The Red Warriors di Ipoh, kelmarin.

Jamil berkata, program julung kali dianjurkan itu mendapat reaksi positif di samping merapatkan ukhwah antara penyokong negara ini.

"Selepas tamat perlawanan, tiada keganasan antara penyokong berlaku. Jika ada pun, hanya membabitkan segelintir pihak tertentu.

"KPBP juga mengalukan-alukan daripada pihak penyokong lain mengadakan kempen sebegini untuk perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamil menggesa anak didik Norizan Bakar segera bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Kelantan di gelanggang sendiri.

Katanya, beberapa aspek teknikal perlu diperbetulkan segera sekali gus meletakkan kembali skuad Kejor Yob Kejor di landasan kemenangan.

Sinar Harian

Pemain terlalu ambil mudah

Posted: 19 Mar 2012 12:20 AM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PENGENDALI Terengganu, Mat Zan Mat Aris mahu pemainnya memperbaiki corak permainan, walaupun merakam kemenangan besar 6-3 mengatasi Sabah dalam saingan Liga Super di Kuala Terengganu, kelmarin.

Menurutnya, kelebihan tiga jaringan tanpa balas dimiliki skuad pimpinannya pada 15 minit pertama dipersia-siakan begitu sahaja akibat sikap ambil mudah pemain.

"Kita mendahului 3-0, namun Sabah berjaya merapatkan defisit kepada 4-3 selepas itu. Malah, terdapat pemain terkeluar dari posisi asal masing-masing.

"Mujur, mereka segera memperbetulkan keadaan dan akhirnya tiga mata dalam genggaman," katanya yang menggesa pemain Penyu memantapkan kembali posisi bahagian tengah yang agak longgar.

Jurulatih berusia 54 tahun itu juga memuji persembahan awang import dari Liberia, Francis Forkey yang mencipta hatrik pada perlawanan tersebut.

"Banyak peluang terhidang dimanfaatkan begitu bergaya oleh Doe. Tetapi, dia bakal terlepas pertembungan menentang Johor FC pada 31 Mac ini selepas mengutip tiga kad kuning," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kini, kedudukan dua tangga teratas saingan liga dikuasai pasukan dari Pantai Timur dan skuad Peteh hanya ketinggalan tiga mata berbanding pendahulu, Kelantan yang mengumpul 23 mata.

Sinar Harian

Gangguan bekalan air di Kuala Pilah, Tampin dan Jempol esok

Posted: 19 Mar 2012 12:19 AM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Kuala Pilah, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja penyelenggaraan berjadual loji dan pengalihan paip.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air di Kuala Pilah dan Tampin bermula dari pukul 8 pagi Selasa hingga 8 pagi keesokannya (21 Mac).

Gangguan bekalan air di Jempol pula bermula dari 8.30 pagi Selasa hingga 8.30 malam Rabu, katanya di sini hari ini.

Azlan berkata kerja penyelenggaran loji berjadual dan pengalihan paip ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa hadapan.

Katanya bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.- Bernama

Sinar Harian

Owona perlu ubah sikap: Azraai

Posted: 19 Mar 2012 12:14 AM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SIKAP tidak profesional dipamerkan penyerang import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona mengundang perasaan kurang senang Azraai Khor Abdullah. Jurulatih skuad Jang itu mahu Owona berubah sikap dan mampu mengawal emosi dalam padang selepas ini.

"Dia perlu menerapkan unsur nilai murni kepada rakan sepasukan dan bukan bertindak sedemikian. Saya sudah memberi teguran kepada Owona dan berharap dia tidak mengulangi perbuatan itu pada masa depan," katanya.

Ketua Jurulatih Negeri Sembilan itu berharap, Owona menjaga tingkah lakunya dalam padang dan menunjukkan sikap profesional tinggi sebagai pemain bola sepak.

"Insiden itu di luar kawalan kami, namun sebagai pemain import, Owona perlu bersikap profesional. Dia harus menerapkan nilai-nilai murni kepada pemain tempatan dan bukannya bertindak melulu.

"Saya juga mengarahkan Owona segera ke bilik persalinan bagi meredakan ketegangan," katanya yang begitu mementingkan semangat kesukanan dalam padang.

Sebelum itu, skuad Rusa mengecewakan Kedah selepas melakar kemenangan 2-1, meskipun turun tanpa khidmat Norhafiz Zamani Misbah, Muzaki Abu Bakar dan Shukor Adan.

"Saya mengaplikasikan pemain sedia ada dan hasilnya tidak menghampakan saya," kata jurulatih berasal Kedah yang memiliki kepakaran dalam aspek taktikal perlawanan.

Sinar Harian

Kereta huyung-hayang

Posted: 18 Mar 2012 11:57 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR-Seorang polis berpangkat koperal maut, manakala dua pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) cedera dalam kejadian langgar lari apabila sebuah kereta merempuh dua motosikal, petang kelmarin.

Saksi, Mohd Haikal Abdul Hadi, 30, berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang.

Dia sempat menyaksikan sendiri kemalangan maut melalui cermin sisi motosikal berkuasa tingginya selepas memotong dua motosikal berkenaan.

"Sebelum kejadian, saya lihat kereta Perodua Kancil berwarna perak dipandu dalam keadaan huyung-hayang seperti dipandu orang mabuk, sebelum merempuh motosikal dinaiki anggota polis di depannya.

"Dua pelajar yang menaiki motosikal di belakang mangsa tidak sempat mengelak sebelum turut terjatuh.

"Saya secara kebetulan dalam perjalanan ingin ke tempat kenduri.

"Bagaimanapun, saya ambil keputusan berpatah balik ke tempat kejadian.

"Ketika itu, ketiga-tiga mangsa masih berada di atas jalan, sementara pemandu kereta yang merempuh mereka melarikan diri," katanya kepada media, di hadapan Wisma Persekutuan Anak Bukit, di sini kelmarin.

Haikal turut terkilan dengan sikap individu yang kelihatan cuba membantu dua pelajar perempuan terbabit yang cedera, tetapi rupa-rupanya mengambil kesempatan mencuri telefon bimbit dan wang mereka.

Sementara itu, rakan kepada pelajar berkenaan, Mohd Izat Ahmad Subri, 20, berkata, kawannya Nor Liyana Hassan, 20, menunggang motosikal jenis Honda Wave bersama Anis Nasuha Zohad, 23, adalah pelajar tahun dua, semester empat, Diploma Pengurusan Hotel, di Kuin.

"Saya difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Tandop setelah selesai membeli barang untuk persediaan kelas memasak keesokan harinya di Jitra.

"Nor Liyana mengalami kecederaan di bahagian muka dan bahu, sementara Anis cedera di tangan. Mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan susulan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, mangsa yang maut di tempat kejadian ialah Hamerudin Sidek, 50. Beliau ialah anggota yang bertugas di Balai Polis cawangan Anak Bukit.

"Kita masih menyiasat punca kejadian dan meminta kerjasama orang ramai supaya tampil menghubungi polis untuk menjejaki pemandu kereta yang melarikan diri," katanya.

Menurut rakan sekerja, Hamerudin dipercayai bertugas di balai polis berkenaan dalam tempoh tiga tahun dan semasa hari kejadian arwah tidak bekerja.

Sinar Harian

Lelaki mati dilibas parang

Posted: 18 Mar 2012 11:55 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MANJUNG - Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat ditetak dengan parang dalam kejadian di Jalan Ayer Tawar- Pantai Remis berhampiran Changkat Keruing, malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, kejadian berlaku pada jam 10.15 malam apabila mangsa yang menuju ke Ayer Tawar telah dihimpit sebuah kereta.

Menurutnya, mangsa yang dalam perjalanan balik ke rumah setelah menghadiri kenduri t berhenti untuk bertanyakan motif keretanya dihimpit.

"Mangsa yang dikenali sebagai K Mohan,32 telah dilibas dengan parang di bahagian belakang kepala oleh pemandu kereta jenis Ford Renger apabila mangsa berkenaan bertanyakan motif keretanya dihimpit.

"Bersama mangsa ialah isteri dan anak yang berumur dua tahun serta seorang lagi rakannya selamat dalam kejadian berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Ahmad berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke klinik Kesihatan Changkat Keruing dan dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk bedah siasat.

"Motif kejadian masih lagi dalam siasatan dan kita tidak menolak dakwaan bahawa mangsa mengenali orang yang menyerangnya kerana ketika kejadian dua penyerang berkenaan memakai penutup muka.

"Selepas melibas mangsa dengan parang kedua-dua penyerang terus melarikan diri.

"Daripada siasatan kami, kereta digunakan penyerang menggunakan nombor kereta palsu dan kereta berkenaan adalah kereta curi," katanya.

Katanya, orang awam yang mengetahui berkenaan kejadian itu boleh menghubungi beliau di talian 019-4483377 bagi membantu siasatan.

"Kita ambil keterangan isteri dan jakan mangsa tentang kejadian itu.

"Orang awam juga dialukan untuk menyalurkan maklumat berkenaan bagi membantu siasatan," katanya.

Sinar Harian

Lubuk pendatang kena serbu

Posted: 18 Mar 2012 11:54 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

JEMPOL - Niat seorang penjual ­aiskrim warga Pakistan terbantut apabila dia turut ditahan dalam satu serbuan sekitar daerah Jempol dan Kuala Pilah, lewat malam kelmarin.

Operasi 'Ops 6P' yang dijalankan oleh Imigresen Negeri bermula jam 12 tengah malam selama dua hari bermula Jumaat lalu berjaya menahan 49 pendatang tanpa izin (Pati).

Kesemua yang ditahan dibawa ke Jeram Serting Ulu untuk pemeriksaan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Kem Machap, Umboo, Melaka.

Operasai yang disertai sepasukan 21 anggota dan diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Negeri, Abdul Kadir Hussin di dua lokasi berasingan iaitu Tanjung Ipoh dan Gugusan Felda Palong.


Ditahan atas pelbagai kesalahan

Pengarah Imigresen Negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pada serbuan pertama pihaknya menahan sembilan warga Indonesia. Menurutnya, pada petang hari sama, pihak mereka turut menahan seorang warga Pakistan yang menjual aiskrim kepada anggotanya.

"Hari kedua, operasi dijalankan di Gugusan Felda Palong dan ­seramai 25 Pati ditahan dan disoal siasat ­dalam pelbagai kesalahan. Dari jumlah itu, 20 lelaki dan tiga wanita dari Indonesia serta dua lelaki dari Pakistan ditahan," katanya.

Faizal berkata, pihaknya menggunakan pendekatan perkhemahan di kawasan jeram berkenaan bagi mengelak operasi itu dikesan.

"Setelah diperiksa, kita dapati ­pelbagai kesalahan melalui operasi ini antaranya kesalahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen yang sah, 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen dan 56(1)L kerana menggunakan dokumen palsu. Kesemua suspek berumur ­dalam lingkungan 20 sehingga 45 ­tahun," katanya.

Sinar Harian difahamkan, ketika serbuan diadakan di sekitar kawasan kebun dekat Felda Palong, ramai di antaranya cuba untuk meloloskan diri, namun tindakan pantas anggota Imigresen berjaya menahan ­kesemua Pati.


Niat lawat rakan bawa padah

Menceritakan kisah di sebalik operasi, taktik selamba dua warga Indonesia menunggang motosikal yang dipercayai 'saja-saja' melawat ­rakan-rakannya yang ditahan pihak Imigresen di Felda Palong membawa padah apabila mereka turut dicekup kerana memiliki MyKad dan sijil ke­lahiran palsu.

Setibanya di lokasi penahanan, dua lelaki terbabit mengakui warganegara tempatan sebelum bertindak mengeluarkan kad pengenalan, ­manakala rakannya menunjukkan ­sijil kelahiran. Biarpun mereka bertegas mengatakan kad berkenaan asli, namun ternyata ia palsu malah menggunakan cip pengenalan orang lain.


Tersilap jual askrim kepada penguat kuasa

Berlainan pula bagi si penjual ­aiskrim, Navid Khan Barus Khan, 24, yang datang ke Jeram Serting Ulu ­untuk menjual aiskrim yang mana ­sasarannya adalah peserta perkhemahan. Namun, sangkaannya meleset sama sekali kerana perkhemahan itu hanyalah tempat penahanan sementara Pati.

Menurut Navid, dia menetap di daerah ini hampir tiga tahun dan baru 15 hari menjual aiskrim.

"Sekiranya saya tahu di sini (Jeram) tempat tahanan sementara, sudah lama saya lari. Saya datang hanya mahu menjual aiskrim, tetapi rupanya mereka semua penguat ­kuasa Imigresen. Pasport saya sudah tamat ­tempoh dan sudah perbaharuinya Julai tahun lalu tetapi sehingga kini saya belum dapat lagi pasport ­berkenaan," katanya.

Navid berkata, dia mempunyai keluarga angkat di pekan Bahau.

"Saya pasrah dengan apa yang berlaku selepas ini," katanya yang hanya tersenyum susulan ditahan ­ketika menjual aiskrim.

Sinar Harian

Bunyi letupan selamatkan nyawa

Posted: 18 Mar 2012 11:48 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BANDAR TUN RAZAK – Seorang wanita hanya sempat menyelamatkan tiga ahli keluarganya dalam kejadian kebakaran membabitkan dua rumah di Matau, di sini, malam semalam selepas terdengar letupan kecil yang mengejutkannya ketika sedang tidur.

Wanita itu, Nor Azura Rosmadi, 22, bagaimanapun terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan dokumen dan barangan penting berikutan api merebak dengan cepat, sekali gus memusnahkan rumahnya.

"Saya terjaga apabila terdengar bunyi letupan kecil di bilik sebelah. Saya kejutkan suami untuk memastikan apa yang terjadi. Apabila suami memberitahu ada kebakaran, saya dan suami bergegas menyelamatkan dua anak kami tanpa sempat mencapai apa-apa barangan penting kerana api marak dengan cepat," katanya.

Sinar Harian diberitahu, kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 12 tengah malam itu turut merebak ke rumah adik-beradiknya yang terletak di bahagian depan.

Kakak iparnya, Rohani Mohd Rais, 35, yang tinggal di rumah hadapan terbabit juga sedang tidur ketika kejadian.

"Saya dikejutkan anak yang menyedari kejadian itu, selain terdengar bunyi bising di luar. Tanpa berfikir panjang, kami terus berlari keluar tetapi sempat juga mencapai beberapa barangan penting," katanya.

Jiran mereka, Mohd Norhaizam Mohd Saharani, 13, turut menceritakan detik cemas tersebut.

"Ketika itu saya sedang bermain permainan video. Pada mulanya saya terdengar bunyi letupan kecil disusuli letupan lebih kuat pada kali kedua. Tidak lama selepas itu, saya dengar orang mengetuk pintu dan tingkap belakang rumah. Ibu mengarahkan saya menyelamatkan diri dan mengambil barang-barang penting kerana diberitahu rumah jiran kami terbakar," katanya.

Mohd Norhaizam bagaimanapun bersyukur kerana api tidak merebak ke rumahnya kerana tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran itu.

"Nasib baik bomba datang awal, kalau tidak saya tidak tahu apa pula akan terjadi kepada kami sekeluarga," katanya.

Pegawai Operasi Bomba Bandar Tun Razak Jengka, Roslan Abu Talib berkata, operasi membabitkan seramai 13 anggota bomba dengan kekuatan dua jentera tersebut berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 20 minit.

"Kebakaran itu berkemungkinan berpunca daripada bahagian dapur rumah belakang. Kami masih melakukan siasatan, namun kebakaran terbabit dipercayai berpunca daripada litar pintas," katanya.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Krau, Mohammad Razali Mamat dan Penghulu Mukim Chenor, Khairul Amin Osman turut bergegas ke tempat kejadian selepas mengetahui mengenai kebakaran itu.

Sinar Harian

Awas perangkap maut

Posted: 18 Mar 2012 08:40 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GELIGA – Lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di laluan masuk ke Hentian Bas Ekspres Chukai, dekat sini, menjadi perangkap maut kepada orang ramai, apabila banyak kemalangan dan kecelakaan berlaku gara-gara lubang berkenaan tidak dibaiki seterusnya menjadi semakin dalam saban hari.

Lebih teruk, keadaan hujan berterusan selama beberapa hari minggu lalu, mengakibatkan rata-rata pengguna perkhidmatan bas ekspres terbabit dan pengguna jalan raya yang lain, tidak menyedari kewujudan lubang maut tersebut kerana ia digenangi air.

Juru kaunter Tiket Bas SP Bumi, Azaman Salim, 46, berkata, laluan masuk ke hentian bas itu mula rosak dan lubang mula terbentuk sejak tiga bulan lalu, bagaimanapun akibat tidak dibaiki, ia menjadi semakin dalam dengan kedalamannya kini kira-kira 0.5 meter dengan lebarnya kira-kira sembilan meter.

"Bukan sahaja laluan masuk, malah laluan keluar hentian bas ekspres ini juga turut berlubang tetapi ia tidak seteruk seperti di laluan masuk. Disebabkan lubang ini digenangi air beberapa hari lalu terdapat dua pelajar kolej yang jatuh dari motosikal selepas motosikal mereka masuk ke dalam lubang ini dan mengalami kecederaan," katanya ketika ditemui di hentian bas ekspres tersebut.

Malahan, katanya, banyak lagi kecelakaan lain menimpa orang ramai yang masuk ke kawasan hentian bas ekspres tersebut, selain mengalami kerosakan kenderaan seperti tayar rosak, rim bengkok, pecah bahagian bawah enjin serta kerosakan penyerap hentak sekali gus merugikan ramai pemandu dan pengguna.

"Saya sebagai penjual tiket di sini amat sedih, bila melihat ada antara penunggang motosikal yang jatuh tersembam ke atas jalan. Ketika waktu malam juga orang tidak akan nampak lubang ini dan ada seorang lelaki India yang masuk ke hentian menunggang motosikal jatuh lubang hingga dia terbaring dengan badan luka-luka," katanya.

Menurut Azaman, lubang itu juga menyebabkan kesukaran untuk bas masuk ke terminal berkenaan selain terdapat bas yang bergoyang kerana mahu mengelak tayar memasuki lubang.

"Bagi mereka yang biasa datang ke sini kita tidak bimbang tapi bagi yang tidak biasa mereka akan akan menjadi mangsa," katanya kesal.

Prihatin dengan masalah terbabit, Azaman turut membuat aduan beberapa kali mengenainya sejak tiga bulan lalu dan terbaru, aduan dilakukan minggu lalu kepada pihak berkenaan.

"Diharapkan lubang ini dapat dibaikpulih segera. Jangan biarkan ia berlubang sebegini demi nyawa dan keselamatan orang awam," ujarnya.

Sinar Harian

Jalan tutup setahun, jambatan terbengkalai 5 bulan

Posted: 18 Mar 2012 07:57 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Jambatan Sungai Guntong di Jalan Lahat telah ditutup untuk kerja-kerja naik taraf pada bulan Jun 2011. Kerja-kerja naik taraf jambatan ini perlu kerana kawasan ini sentiasa menghadapi masalah banjir kilat apabila berlaku hujan lebat.

Penduduk kawasan ini termasuk pengilang-pengilang sentiasa terdedah kepada bahaya banjir. Banyak kerugian yang dialami oleh penduduk kawasan ini akibat banjir yang sering dialami.

Oleh itu, selepas perkara ini dibangkitkan beberapa kali akhirnya kerajaan telah bersetuju untuk memperbesarkan sungai dan menaik taraf jambatan di situ.

Walaupun projek naik taraf jambatan itu telah dimulakan pada bulan Jun 2011, tetapi banyak lagi kerja belum diselesaikan. Papan tanda menunjukkan bahawa projek ini akan diselesaikan pada bulan Jun 2012.

Tambahan pula projek ini terbengkalai selama 5 bulan. Tidak ada apa-apa kerja yang sedang dijalankan oleh pihak kontraktor di jambatan ini. Jika projek telah dihentikan separuh jalan maka ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk kawasan ini.

Penutupan Jalan Lahat yang menuju ke Mengelembu ini memyebabkan gangguan lalulintas kepada semua orang yang menggunakan jalan tersebut. Penduduk-penduduk yang mahu pergi ke Pekan Menglembu, Pasar Borong, Lahat, Bukit Merah dan Batu Gajah terpaksa mengambil satu pusingan yang besar. Ini amat menyulitkan, memakan masa dan kos petrol meningkat kepada penduduk dan pengguna jalan ini.

Kerajaan membiarkan projek ini terbengkalai selama lebih 5 bulan tanpa memberi sebarang alasan kepada orang ramai. Kesulitan yang dihadapi oleh rakyat tidak dipedulikan. Apabila perkara ini ditanyakan kepada Datuk Bandar Ipoh, beliau memberitahu bahawa terdapat banyak kabel-kabel TNB dan Telekom di bawah tanah yang perlu diselenggarakan dahulu.

Kenapa perkara ini tidak diselidik dan dikaji sebelum projek dimulakan? Kenapa selepas mengorek jambatan baru mengetahui ada terdapat banyak kabel di situ? Alasan ini adalah sangat kebudak-budakan dan membuktikan ketidak cekapan pihak kerajaan menguruskan perkara-perkara teknikal seperti ini. Kenapa nasihat daripada Jurutera Daerah tidak diperolehi sebelum memulakan kerja-kerja naik taraf?

Apabila tersangkut, projek dibiarkan tergendala begitu sahaja untuk sekian lama. Pihak yang menjadi mangsa ialah penduduk, peniaga dan pengilang di kawasan ini.

Jika projek ini dimulakan sekarang pun mungkin akan mengambil masa sehingga hujung tahun untuk menyiapkan kerja-kerja naik taraf itu. Tetapi, setakat ini tidak nampak apa-apa usaha daripada pihak kerajaan mahupun kontraktor untuk memulakan kerja dalam tempoh terdekat.

Oleh yang demikian, orang ramai di kawasan itu telah mengambil keputusan untuk membantah kelewatan pembinaan jambatan itu. Mereka mendesak supaya Datuk Bandar Ipoh memberi penjelasan kenapa projek ini berhenti dan tidak dimulakan dengan segera.Bersama-sama penduduk kawasan yang membantah ialah V.Sivakumar (AdunTronoh), Lim Pek Har (Adun Menglembu), Yee Sue Kai (Adun Pokok Assam) dan The Hock Ke (Setiausaha Organisasi DAP Perak).

Lim Pek Har, Adun Kawasan Menglembu telah memasukkan satu soalan berhubung dengan perkara ini dalam Persidangan Dewan Negeri Perak yang akan bermula pada 3 April 2012.

V Sivakumar ialah Adun Tronoh dan Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Harakah Daily

Bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan?

Posted: 18 Mar 2012 07:56 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa (gambar) meminta Perdana Menteri menyatakan bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan.

Beliau bertanyakan demikian pada sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Berikut adalah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat hari ini.
Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [Bachok] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan.

Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [Pendang] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah jumlah profesional dan expatriate warganegara Malaysia yang menyahut cabaran "brain gain" sejak dilancarkan dan berapa
ramai pula yang keluar negara menjadikan masalah fenomena "brain drain" kepada negara.

Dato' Kamarudin Bin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perkembangan terkini cadangan penswastaan KTM.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memulakan kursus kemahiran seperti yang ditawarkan di sekolah teknik seawall Tingkatan Satu di sekolah harian bagi pelajar-pelajar yang dikenal
pasti lemah pencapaiannya di dalam UPSR.

Tuan Khalid bin Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah alasan utama kontrak yang ditandatangani di antara MINDEF dan sebuah syarikat swasta tempatan LARDAC yang dibantu syarikat antarabangsa AIDC pada
Oktober 2001 untuk menjalankan 'program menaik taraf (upgrade) jet pejuang' yang pernah ditamatkan.

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-
(a) Dasar Negara dalam membuka kembali pengambilan pekerja asing; dan
(b) jumlah pekerja asing mengikut sektor industri, pembinaan, restoran, perladangan dan pembantu rumah.

Harakah Daily

PRU13: BN makin bimbang mood rakyat

Posted: 18 Mar 2012 07:54 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Mac: PAS mendakwa 'nasihat' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar rakyat tidak menggadai masa depan dengan mengundi pembangkang membuktikan BN bimbang dengan perubahan 'mood' rakyat.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semakin dekat dengan pilihan raya umum, semakin banyak kenyataan Najib yang menggambarkan kerisauan BN.

"Pemikiran Perdana Menteri ini masih lagi pemikiran lama, belum berubah.

"Dulu Perdana Menteri merayu pengundi berilah peluang sekali lagi kepada BN. Kemudian beliau minta maaf di atas kesilapan BN dan kali ini beliau kata jangan gadai masa depan dengan undi Pakatan.

"Saya fikir ini menggambarkan BN berada dalam keadaan bimbang terhadap perubahan mood rakyat sekarang," kata beliau pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa sempena konvoi penerangan Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Wilayah Persekutuan, semalam.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata, tidak timbul soal menggadai masa depan rakyat kerana terbukti mereka menerima manfaat yang lebih baik di begeri-negeri Pakatan Rakyat berbanding di bawah kerajaan BN.

"Bila rakyat buat perubahan tidak timbul soal gadai maruah atau gadai masa depan sebab negeri-negeri yang rakyat buat perubahan, rakyat ternyata mendapat manfaat lebih baik daripada apa yang ditawar BN.

"Selain pendapatan negeri-negeri yang meningkat berkali ganda, jelas bahawa negeri-negeri yang dimenangi ini, kita berjaya membersihkan imej pemimpin-pemimpin korup dan tak ada isu-isu begitu berlaku di negeri kita menang termasuk di Kelantan selama 20 tahun," katanya.

Tambahnya lagi, negeri Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran yang telus contohnya dalam pemberian projek, dilakukan secara tender terbuka.

"Tak timbul soal menggadai masa depan sebab sebarang elemen pembangunan sebagai contoh sumber negeri, kerajaan negeri yang kita menang semua projek melalui tender terbuka dan diadakan perbincangan direct dengan mereka yang terlibat dalam setiap pembangunan yang nak dibuat," katanya.

Kelmarin, Najib mendakwa BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kerana BN mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan.

Beliau turut mendakwa Pakatan Rakyat tidak mempunyai kemampuan untuk mengurus tadbir negara.

Harakah Daily

Muamalat dengan Yahudi

Posted: 18 Mar 2012 07:52 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

1. Berurus niaga [muamalat] dengan individu Yahudi atau mana-mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi.

2. Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis.

3. Ulama' telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini.

4. Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para alim ulama' berasaskan kesan dan perkembangan politik dan ekonomi ummat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga dengan mereka menghasil sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung ummat Islam Palestine yang sedang berjuang mempertahan aqidah dan membebaskan tanahair mereka.

5. Fatwa itu dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas ummat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urusniaga.

6. Sementara kedudukan Yahudi secara umumnya di mata ummat Islam telah disebut secara jelas di dalam Al Quranil Karim. Bagaimana dendam dan semangat permusuhan mereka terhadap Islam yang didedahkan oleh Allah swt.

"Kamu akan dapati golongan yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang - orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah swt".

"Dan sekali-kali tidaklah Yahudi dan Nasara Redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka".

7. Banyak ayat seperti ini di dalam Al-Quran dan ia adalah pendedahan serta peringatan Allah swt kepada ummat manusia, khasnya kepada ummat Islam terhadap sikap dan bahaya yang dicetuskan oleh Yahudi berasaskan latar belakang dan sejarah mereka yang sering menipu, khianat, mungkir janji dan berdendam, biar apa pun fahaman yang dianut oleh mereka di sepanjang zaman termasuklah faham zionisme yang sememangnya telah mengisytiharkan protokol mereka yang jelas dan nyata memusuhi serta memerangi ummat Islam.

8. Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini.

9. Ummat Islam tidak perlu panik dan usah resah dalam mengikuti perkembangan semasa berkait isu Yahudi, lantaran Perbahasan mengenai hukum muamalah adalah suatu yang berbeza dengan siasah. Keduanya mesti diteliti dengan cermat dan jelas.

10. Walaubagaimana pun terlebih aula dan wajar kita terus berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kita kepada ummat Islam di Palestine khasnya HAMAS untuk mereka terus membina masa depan mereka yang kebih baik berdepan kekejaman Yahudi Israel Alaihi Laknatullah berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga kita dengan Yahudi.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Harakah Daily

Antara NFC RM250 juta dan Stadium RM290 juta

Posted: 18 Mar 2012 07:49 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Akhirnya Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia Datuk Sharizat Abdul Jalil yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, telah didakwa di Mahkamah terhadap dua pertuduhan pecah amanah yang melibatkan RM49.7 juta berhubung pembelian dua unit kondominium serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat.

Isu NFC, mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang di bentangkan di Parlimen pada Oktober lalu menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia menjadi semakin panas selepas beberapa ahli Parlimen serta pimpinan Pakatan Rakyat telah mendedahkan bukti wujudnya penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Sementara itu, dalam kes Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang runtuh pada pada 2 Jun 2009, seorang jurutera perunding Wan Manan Wan Ali telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Beliau didakwa atas tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Stadium Sultan Mizan yang dianggap 'tercanggih' di Pantai Timur telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu.

Ia telah dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008 dalam satu upacara yang gilang gemilang. Malangnya baru hanya setahun digunakan ia telah runtuh dan tidak dapat digunakan sehingga sekarang.

Secara faktanya, projek 'kebanggaan' kerajaan negeri di bawah kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya di jangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta. Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta.

Projek Mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada 3 'kontraktor kroni' utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn. Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk 'Space Frame' ini adalah syarikat SOWON PTE. LTD. dari Korea Selatan.

Namun pada 2 Jun 2009 suatu trajedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Sebahagian daripada bumbung utama stadium kebanggaan ini telah runtuh. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini.

Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam 'Tempuh Tanggungan Kecacatan' dan pihak kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.

Satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini telah di taklimatkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia. Semua punca keruntuhan telah dikenalpasti olh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC dan telah diserahkan juga kepada kerajaan negeri.

Namun sehingga kini, ramai kalangan yang tertanya-tanya, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap skandal keruntuhan yang memalukan ini? Walaupun begitu banyak laporan telah dibuat kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), hanya seorang konsultan bertaraf 'jurutera Perunding' yang boleh dianggap sebagai 'bilis kecil' telah diseret ke mahkamah.

'Jerung-Jerung besar' yang telah mengaut laba berganda dari projek pembinaan stadium yang bernilai hampir RM300 juta ini masih lagi bebas berpoya dengan keuntungan yang mereka dapat.

Ramai yang tertanya-tanya dimanakah hasil laporan terperinci oleh pihak SPRM setelah hampir 3 tahun menjalankan siasatan yang rapi ini? Apakah tidak ada langsung elemen rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam skandal sebesar ini? Dan kenapakah laporan yang di buat oleh oleh pihak JKR kepada PAC Parlimen tidak di ambil tindakan wajar oleh pihak SPRM sendiri?

Sekurang-kurangnya dalam kes projek lembu NFC, setelah diasak dengan laporan kepada pihak polis dan SPRM serta pelbagai 'pendedahan' akhirnya 'jerung besar' yang beristerikan seorang menteri terpaksa dikorbankan pihak Peguam Negara dan diseret ke mahkamah.

Berbeza dengan kes skandal Sultan mizan, walaupun semua punca keruntuhan telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian Kerjaraya (JKR) dan telah di taklimat kepada PAC Parlimen, namun setelah hampir 3 tahun laporan lengkap telah disiapkan oleh pihak JKR, kenapakah masih belum ada 'Jerung-Jerung Besar' yang didakwa dan diseret ke Mahkamah?

Bayangkan stadium Sultan Mizan yang runtuh yang nilainya jauh lebih besar dari skandal lembu NFC. Semua pihak seolah-olahnya mahu 'cuci tangan' dan meletakkan seluruh bebanan kesalahan kepada seorang jurutera 'bilis kecil' yang dikambing-hitamkan'.

Apakah ianya akan hanya tinggal satu kenangan yang terus menjadi 'titik hitam' dalam sejarah negeri Terengganu Darul Iman sendiri? Kemana perginya 'kontraktor kroni' dan kepimpinan Menteri Besar sekarang, Datuk Sri Ahmad Said? Yang nyata, ia jelas merupakan satu lagi 'Projek kebangaan Kerajaan Barisan Nasional'.

----------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Adun Batu Burok, Terengganu. Beliau boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk

Harakah Daily

Sultan Selangor rasmi sidang Dun hari ini

Posted: 18 Mar 2012 07:46 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 19 Mac: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini merasmikan pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Selangor (Dun) yang kedua belas.

Baginda tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) jam 9 pagi itu turut membuat pemeriksaan kawalan kehormat utama, Tentera Laut Diraja Malaysia sebelum berangkat masuk ke Bangunan Dewan Negeri Selangor.

Turut mengiringi baginda memasuki ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim, Tengku Panglima Diraja Selangor, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan juga isteri masing-masing.

Upacara perbarisan yang diadakan di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu turut dihadiri ahli-ahli kehormat dan juga ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu, Sultan Selangor telah berangkat memasuki Dewan Negeri Selangor pada jam 10 pagi bagi memulakan titah ucapan baginda serta merasmikan persidangan Dewan Negeri Selangor kali ini.

Harakah Daily

PSC untuk sekat momentum anti Lynas

Posted: 18 Mar 2012 07:44 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Mac: PAS menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk mengkaji kes Lynas hanya untuk halang kebangkitan rakyat.

AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohd Omar dalam kenyataannya berkata, ini adalah cara Kerajaan dibawah Datuk Seri Najib untuk menghalang kebangkitan rakyat menentang Lynas dengan memberi harapan kononya kerajaan BN bersedia mendengar pandangan orang ramai (rakyat)

Ini kerana, katanya, selama ini berbagai cadangan dan pandangan rakyat tidak dipedulikan sehingga berlaku Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Feb 2012 yang berjaya menghimpunan rakyat lebih 25,000 rakyat di Kuantan.

"Terdapat pandangan menyatakan bahawa ini salah cara BN melewat-lewatkan dan melambatkan pergerakan anti lynas sehingga PRU 13 Selesai," tambah beliau.

Najib mengumumkan keputusan kabinet untuk menubuhkan PSC Lynas bagi mengkaji projek itu.

Namun, beliau juga berkata, cadangan PSC ini tidak muktamad di mana ia boleh diatasi oleh kerajaan.

"Kes ini juga telah dibawa ke mahkamah dan sebutan kali kedua di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

"Jelas dimana ianya mainan panggung wayang bagi membuktikan BN terbuka dan prihatin terhadap rakyat Malaysia," katanya Zulkifly yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.

Menurut beliau, bagi membuktikan rakyat benci dan muak dengan sandiwara BN maka rakyat menolak Kilang Lynas dan akan bersatu di seluruh negara secara serentak dalam himpunan secara aman pada 13 April nanti.

Harakah Daily

Piala Presiden: Kelantan tidak mahu berputih mata lagi

Posted: 18 Mar 2012 07:40 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Selepas diikat keputusan seri 2-2 oleh Melaka, juara bertahan, Kelantan enggan berputih mata lagi apabila turun berhadapan pasukan Johor MBJB pada perlawanan Liga Piala Presiden di Padang Seri Gelam, Johor Bahru petang ini.

Penolong Jurulatihnya, Mohd Nafuzi Mahamad Zain berkata, meski pun gagal meraih mata penuh dalam perlawanan tersebut namun beliau tidak bercadang melakukan rombakan terhadap pasukannya pada pertemuan petang ini.

"Kegagalan mengutip mata penuh ketika bertemu Melaka minggu lalu menjadi pengajaran berguna kepada barisan pemain saya. Malah mereka sudah berjanji akan berjuang habis-habisan untuk mengutip tiga mata pada perlawanan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

"Apa yang berlaku sebelum ini kita tidak perlu dikenang lagi. Sebaliknya kita perlu fokus kepada persiapan pasukan. Saya akui pasukan Johor MBJB setanding dengan kita dan saya secara peribadi menghormati keupayaan pasukan tersebut.

Meski pun pasukan The President Warriors bebas daripada masalah kecederaan dan penggantungan pemain, namun Mohd Nafuzi turut melontarkan keresahan rentetan barisan serangannya masih gagal memanfaatkan peluang dengan menjaringkan gol.

"Itulah masalah kita sekarang. Mempunyai banyak peluang (menjaringkan gol) tetapi gagal disempurnakan. Kadangkala mungkin pemain kita sendiri hilang fokus disebabkan kesilapan mereka sendiri.

"Saya harap ia tidak berlaku lagi pada perlawanan ini. Saya masih percaya gandingan Mohd Shahiran (Md Zain) dan Mohd Aris (Zaidi) adalah yang terbaik dan mampu menjaringkan gol pada pertemuan ini. Insya-Allah, saya optimis Kelantan mampu menewaskan Johor MBJB petang ini," katanya.

Sementara itu, penyerang muda yang sedang mencipta nama, Mohd Shahiran Md Zain mengakui tidak mudah tenggelam dengan pujian melambung meski pun sudah meledakkan tujuh gol daripada 11 perlawanan setakat ini.

"Tujuh gol yang dijaringkan dan menyamai rekod rakan sepasukan, Mohd Aris (Zaidi) tidak menerbitkan perasaan riak kepada saya. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan saya akui prestasi saya masih belum memuncak.

"Sebaliknya ia memberikan keyakinan tinggi kepada saya untuk terus meledak pada perlawanan ini. Insya Allah dengan kerjasama berpasukan, tidak mustahil kita dapat mengalahkan Johor MBJB meski pun beraksi di tempat mereka pada perlawanan ini," katanya.

Sinar Harian

Sepasang kekasih antara 63 remaja ditahan

Posted: 18 Mar 2012 07:36 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Sepasang kekasih yang mempunyai 'gigitan cinta' di leher antara 63 remaja yang diberi kaunseling dalam Operasi Lepak dan Cegah Jenayah melibatkan lima agensi yang diketuai Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di sini, semalam.

Selain itu, beberapa pelajar yang berpakaian seksi, berpelukan, berpegangan tangan di khalayak ramai turut diberi kaunseling dalam operasi yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di sini.

Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa MPKB-BRI Ramly Che Hussin berkata, dalam operasi yang dijalankan bermula jam 3 hingga petang itu berjaya 'menyelamatkan' 63 remaja, 15 daripadanya adalah pelajar.

"Seramai 22 daripada yang dipanggil itu menjalani ujian saringan air kencing dan kesemuanya bebas pengaruh dadah. Mereka ini diberikan kaunseling serta pelajar yang terlibat dalam operasi diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN)," katanya semalam.

Ramly berkata, lebih mengejutkan ketika operasi dijalankan ada di antara pengunjung tidak segan silu memakai baju ketat, pelajar perempuan tidak bertudung, mendedahkan dada, malah ada juga yang mewarnakan rambut pelbagai warna dan tindik telinga.

Selain itu, ada juga di antara remaja yang memakai baju menjolok mata, lelaki berketerampilan perempuan, pelajar bawah umur mengunjungi pusat snooker turut ditahan untuk kaunseling.

"Kesemua yang ditahan ini diberi peluang untuk mengubah cara hidup mereka dengan mengikuti kaunseling dari pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan ada diantaranya diarahkan menjalani ujian air kencing," katanya.

Katanya, operasi seperti ini diteruskan dari masa ke masa supaya golongan remaja dan belia boleh akan mematuhi peraturan serta takut untuk melakukan perkara bertentangan dengan agama Islam.

Operasi berkenaan turut melibatkan kerjasama Agensi Anti Dadah Kelantan (AADK), Jabatan Pelajaran Kelantan (JPN) dan polis.

Turut serta dalam operasi berkenaan Ketua Inspektor MPKB-BRI, Mohamad Ali dan pegawai JPN, Wan Suraya Arifin.

Sinar Harian

Rempah Faiza semakin dikenali

Posted: 18 Mar 2012 07:34 PM PDT

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Menyedari penerimaan dan penggunaan rempah ratus dalam masakan semakin digemari, Pengasas Syarikat Faiza, Faiza Bawumi Sayed Ahmad mula meneroka bidang itu sejak 35 tahun lalu.

Ditubuhkan pada 2001, Faiza Marketing Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar rempah ratus Bumiputera menawarkan 123 jenis rempah selain garam gunung dan kurma yang hanya difokuskan pada bulan Ramadan.

Berusaha ke arah mendapatkan sijil Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), Faiza optimis meneroka pasaran luar dan meningkat perolehan antarabangsa sebanyak 30 peratus berbanding sebelum ini.


Sejarah ciptaan rempah Faiza

Pengarah Urusannya, Najwa Abu Bakar berkata, gemar makan kari mendorong ibunya, Faiza mendapat idea mencipta resipi rempah sendiri sekali gus menjualnya dari rumah ke rumah sebagai pasaran percubaan.

Najwa berkata, tanpa disangka, walaupun berasal dari Mesir, ia tidak menjadi kekangan kepada ibunya mencipta resipi rempah dan cuba memasarkannya kepada umum.

"Maklum balas diterima menjadi pemangkin kepada umi mengembangkan mekanisme jualan dengan memasuki kedai runcit sekitar Johor selepas dua tahun.

"Bermula dari proses awal hingga akhir, semua dilakukan bersama dua pekerja dan kemudian menubuhkan Syarikat Faiza," katanya kepada Sinar Harian di Subang Jaya.

Menurutnya, selain mengeluarkan rempah ratus, jenama Faiza juga terkenal dengan produk beras. Apabila perniagaan semakin maju maka pengurusan rempah dan beras diasingkan.

Katanya, kini, semua produk diletakkan di bawah Syarikat Faiza, tetapi pengurusan beras dikelola Faiza Sdn Bhd, manakala rempah di bawah Faiza Marketing Sdn Bhd.


Bimbingan Matrade, Fama, Mara

Najwa berkata, melalui rangkaian Syarikat Faiza, rempah keluarannya mula menakluki pasar raya besar secara berperingkat seperti Carrefour, Giant dan Tesco.

Dia berkata, kejayaan ini adalah berkat sokongan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(Mardi) memberi peluang kepada Faiza menembusi pasaran antarabangsa.

"Antara negara berjaya ditakluki adalah New Zealand, Australia, Brunei, Singapura serta beberapa negara lain bersama dengan bimbingan Matrade untuk mengeksport produk rempah tersebut ke luar negara.

"Pasaran antarabangsa terlalu besar untuk ditakluki maka kami perlu memastikan kualiti produk dikeluarkan menepati piawaian dan telah mendapatkan khidmat nasihat daripada Mardi," katanya.

Katanya, Faiza menawarkan rempah tunggal iaitu rempah diproses tanpa campuran manakala rempah separa dibungkus dalam 10 jenis berbeza.

Menurut Najwa, permintaan bagi rempah separa lebih tinggi dan menyumbang sebanyak 80 peratus kepada perolehan bulanan.

"Purata pengeluaran setiap bulan mencecah 60 tan melibatkan saiz pembungkusan 25 gram, 220 gram dan sekilogram diproses di kilang terletak di Johor dengan kapasiti kakitangan 35 orang di bahagian pengeluaran.

"Faiza bakal membuka sebuah kilang di Bandar Enstek, Sepang pada 2013 sekali gus menyasarkan peningkatan dua kali ganda dan meningkatkan kualiti produk," katanya.


Perolehan, pengeluaran meningkat 40 peratus

Najwa berkata, sambutan baik terhadap rempah Faiza menyumbang ke arah perolehan tinggi dan mencecah RM 5.5 juta bagi tahun 2011.

Katanya, berikutan rempah semi premix lebih menyumbang kepada perolehan maka Faiza optimis ia akan meningkat sehingga RM 7.5 juta tahun ini.

"Sehubungan itu, kami meramalkan peningkatan 40 peratus di bahagian perolehan dan pengeluaran. Tambahan pula, pengeluaran pes Faiza pada April nanti memudahkan kami mencapai sasaran tersebut.

"Walaupun kini, sumbangan bagi pasaran antarabangsa tidak sampai 10 peratus tetapi selepas pelancaran lima pes perasa seperti kari, kurma, rendang, sambal tumis dan beriani dapat meningkatkan sehingga 30 peratus," katanya.

Menurutnya, pengeluaran produk berbentuk pes dihasilkan apabila mendapat permintaan tinggi bagi pasaran antarabangsa sekali gus bakal merasmikan kilang yang melibatkan pelaburan hampir RM18 juta.


Ke arah HACCP

Katanya, tidak hanya mementingkan kuantiti pengeluaran tetapi kualiti produk turut menjadi keutamaan Faiza dan sedang menuju ke arah pembaikan.

Najwa berkata, syarikat masih berusaha untuk mendapatkan taraf HACCP khususnya selepas pembukaan kilang baru dan meyakinkan pelanggan dengan produk keluaran Faiza.

"Dengan adanya HACCP, pelanggan tidak akan was-was untuk membeli produk Faiza selain mempunyai sijil halal dan ISO 9001.

"Apabila mendapat HACCP, ia turut memudahkan kami memasarkan produk ke pasaran antarabangsa sekali gus menjadikan Faiza satu-satunya syarikat rempah mempunyai sijil tersebut," katanya.

Menurutnya, pengeluaran meningkat tetapi tenaga kerja bakal dikurangkan kerana Faiza akan menggunakan mesin automatik sepenuhnya selepas pembukaan kilang baru berbanding kini hanya separa auto.

Sinar Harian

Nuffnang