Selasa, 30 Oktober 2012

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Selangor orders halt to Batu Caves condo, sets up independent task force

Posted: 30 Oct 2012 02:13 AM PDT

Local council says BN government gave nod to Batu Caves condo

Posted: 30 Oct 2012 02:11 AM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Kenapa saya undi menyokong AES di Parlimen?

Posted: 30 Oct 2012 10:48 PM PDT


Negara kita adalah salah satu negara yang mempunyai rekod kemalangan jalanraya yang paling buruk dalam dunia. 20 orang mati setiap hari atau 7,000 nyawa melayang setiap tahun. Ramai dari mereka yang mati tersebut adalah anak-anak muda berumur dibawah 25 tahun yang mati menunggang motorsikal. Kematian mereka adalah kerugian besar kepada masa depan negara kita.

Kajian oleh pakar menunjukkan kos sosial kemalangan di Malaysia ialah RM9 bilion seperti kos perubatan dan kehilangan pendapatan. Ini tidak termasuk penderitaan dan trauma keluarga yang kehilangan suami, isteri, bapa, emak dan anak. Apatah lagi kalau yang mati itu adalah punca menyara keluarga. Jika tidak ada kematian pun, kecacatan teruk juga akan membebankan keluarga tersebut.

AES mula dibincangkan oleh kabinet sejak 2006 lagi. Ianya bukan keputusan tergesa-gesa. Melihat trend kemalangan jalanraya Malaysia yang semakin meningkat dan langkah-langkah pencegahan oleh pihak berkuasa tidkak efektif, maka kerajaan perlu mengambil langkah baru. 90 negara di dunia sistem AES dan sistem ini terbukti efektif. 

Sebenarnya, sejak 20 tahun yang lalu, kita sudah pun terdedah kepada sistem pengambilan gambar pesalah jalanraya oleh pihak berkuasa. Ingat saman ekor oleh polis trafik? AES bukannya perkara baru. Malah, AES ebih baik dari ops saman ekor kerana menguna teknologi yang tercanggih untuk merakamkan gambar yang lebih jelas supaya pengguna jalanraya yang disaman tidak teraniaya.

Apabila saya membaca facebook dan twitter, saya dapati ramai yang kurang faham walaupun kerajaan telah menjelaskannya berkali-kali. Berikut adalah soalan lazim dalam facebook dan twitter. Untuk jawpan kepada soalan lazim yang lebih akademik dan ilmiah,  sila layari laman JPJ ini (http://www.jpj.gov.my/aes-system

"Kenapa kerajaan tak buat sendiri?" 

Kerajaan boleh buat sendiri tetapi kos kapital AES ialah RM717 juta dengan kos operasi sebanyak RM300-RM400 juta setahun. Kenapa kerajaan perlu berbelanja sebanyak itu jika kerajaan boleh mendapatnya secara percuma? LEbih baik duit yang kerajaan jimatkan itu boleh digunakan untuk buat sekolah dan hospital.

Begitu juga isu penyelanggaraan yang menjadi kerisauan kerajaan. Kalau kerajaan yang buat bermakna saban tahun, kerajaan terpaksa memperuntukan jumlah yang besar untuk menyelenggara sistem kamera dan komunikasi ini. Ingat sistem ITIS yang dikritik oleh Ketua Audit Negara? Kerajaan dikritik oleh Ketua Audit Negara kerana sistem ITIS tidak diselanggara dengan baik. Hakikatnya kerajaan sukar untuk menyelenggara sistem seperti AES ini kerana kekangan bajet, tanaga manusia dan kepakaran. Itu belum lagi isu vandalisma yang memeningkan kepala kerajaan dan pertambahan pekerja awam yang diperlukan untuk mengurus dan memantau sistem AES ini jika pihak kerajaan yang menguruskannya. 

Semua ini kos kepada rakyat. Kenapa rakyat yang majoritinya tidak melanggar undang-undang jalanraya terpaksa dihukum membayar sistem yang mendisiplinkan mereka yang melanggar undang-undang? Biarlah pihak swasta yang mencari dana dan menanggung risikonya.


"Kenapa zon had laju 40km dan turun bukit pun kena ada AES? Tak adil! " 


Ada juga pihak yang mengkritik lokasi AES, seperti zon had laju 40km atau zon turun bukit, walaupun mereka tahu ianya ditentukan oleh Miros, Polis dan JPJ berdasarkan kajian dan statistik kemalangan di tempat-tempat "blackspot" itu. Jangan ingat had kelajuan 40km tidak boleh membunuh. Had laju dikuat kuasa di tempat tersebut berdasarkan kebarangkalian kemalangan jika memandu laju. Ada juga yang tanya kenapa letak AES di lokasi menuruni bukit kerana sudah tentu kereta akan bergerak laju menuruni bukit? Bukan kah itu menganiaya pemandu? Jawapannya senang. Bila kita memandu menuruni bukit, kita juga harus patuh kepada had kelajuan yang ditetapkan supaya kereta kita tidak tergelincir atau melanggar kereta lain. Tolong tekan brek dan jangan salahkan "graviti" untuk memandu laju!

"Ini semua untuk kroni BN!"

Alasan kononnya konsesi ini diberi kepada kroni juga adalah alasan tak munsabah. 9 syarikat membida, 7 tampil membuat persembahan (presentation) dan 2 yang dipilih berdasarkan syarat-syarat yang ketat. Pada saya pulangan kepada pelaburan (IRR) yang diminta oleh syarikat-syarikat ini adalah adil iaitu pada kadar 17%. Risiko kepada syarikat juga besar. Jika semua pemandu kereta di Malaysia dengan tiba-tiba patuh kepada undang-undang jalan raya, syarikat-syarikat ini akan menanggung kerugian jutaan ringgit. Kalau kita marah sangat dengan syarikat-syarikat ini kerana kononnya menghisap darah rakyat, jom kita  bangkrapkan mereka. Jom kita patuh pada undang-undang!

"Habis, jika semua patuh undang-undang, macam mana syarikat itu nak hidup? Ini mesti ada muslihat nak menipu ni?"

Sebenarnya mereka juga sudah buat kajian. Akan ada pemandu yang dikatakan "habitual offenders" atau "hard-core offenders" berjumlah 9%. Mereka ini tak akan berubah sikap walaupun Ketua Polis Negara senditri datang kerumah mereka memberi nasihat kepada merekan untuk patuh undang-undang jalanraya. Peratusan ini juga ujud di negara-negara lain yang mengamalkan AES ini. Mereka inilah yang akan memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat tersebut. Yang lain tak perlu risau melainkan anda adalah tergolong dalam 9% itu.

"Padan muka BN.. negeri PR tak nak bagi kelulusan untuk AES di negeri mereka. Syabas PR!"

PR selalu tuduh BN guna "brute force of the majority". Contoh PR tak nak bagi kelulusan itu juga contoh "tyranny of the minority". Apapun, ebuhraya atau jalan persekutuan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan walaupun lokasinya di negeri-negeri yang dikuasai PR. Untuk jalan negeri, "see you in court" untuk selesaikan samada PR mempunyai kuasa untuk menahan AES atau tidak. Sementara itu, jika ada kematian jalanraya di negeri Pakatan yang boleh dielakkan oleh AES, saya harap keluarga simati bolehlah bertanya kepada Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim kenapa mereka berdegil dan menolak sistem yang boleh menyelamatkan nyawa orang kesayangan mereka.

Terlanjur bercerita mengenai Pakatan, saya nak tanya bagaimana mereka dapat kurangkan kadar kemalangan jalanraya yang dijangka akan meningkat berikutan dasar "Turunkan harga kereta" mereka? Bukankah dasar itu akan menambah ratusan ribu lagi kereta di jalanraya? 

Sekarang ini pun, menururt statisik JPJ, jumlah kenderaan yang didaftarkan di Malaysia bertambah lebih sejuta setiap tahun kerana rakyat Malaysia semakin bertambah makmur. Malah kajian (http://www.nationmaster.com/graph/tra_mot_veh-transportation-motor-vehicles), menunjukkan Malaysia menduduki tangga ketiga dalam dunia dalam kategori pemilikan kereta setiap 100 ribu penduduk. Hakikatnya, kita tidak akan dapat menyediakan jalanraya yang cukup untuk semua kereta-kereta ini. Suka tidak suka, akan sampai masanya pemandu mesti berdisiplin atau perlu didisiplinkan jika kita tidak mahu kematian bertambah di jalanraya kita yang semakin sesak ini. Dan masa itu adalah sekarang!

Saya sokong AES kerana tanggungjawab, bukan untuk jadi populis

Kita telah melalui banyak fasa untuk mencegah kemalangan jalanraya. Bertahun-tahun kita telah mendidik, mengujudkan gerakan advokasi dan mencegah. Semuanya gagal untuk mengurangkan peratusan statistik kemalangan jalanraya. Sudah tiba masanya kita guna sistem AES ini.

Dengan menyokong dan mengundi AES di Parlimen, saya berpihak kepada rakyat. Saya tidak mahu 7 ribu keluarga yang dijangka menangis dan meraung setiap tahun, terpaksa melalui trauma psikologi kehilangan ahli keluarga mereka yang terbunuh akibat kecuaian pemandu jalanraya. Dan saya tidak mahu Malaysia bakal memegang rekod kematian akibat kemalangan terburuk di dunia jika kita tidak berbuat sesuatu. 



Salam.

ARD

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Budaya Kompang Ketara Di Selangor - Menjadi Identitinya ?

Posted: 30 Oct 2012 04:03 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[Jawapan Parlimen] Pemilikan ekuiti korporat Kaum Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban

Posted: 30 Oct 2012 09:13 AM PDT

Click to view the following image in full scale:

Please find above a parliamentary reply from the Prime Minister to me on 2-10-2012 regarding the corporate equity among Malay, Chinese and Indian. (More......)

[Jawapan Parlimen] Status permohonan pembukaan Sek Men Persendirian Cina Segamat

Posted: 30 Oct 2012 08:50 AM PDT

Click to view the following image in full scale:

(More......)

【当今大马】首相署避答是否批准昔独中 . 张念群抨马华愧对柔州支持

Posted: 30 Oct 2012 08:30 AM PDT


随着首相署披露1996年教育法令并没阐明开办独中事项,民主行动党全国副宣传秘书张念群抨击马华,虽然视柔佛州为堡垒,但却无法争取复办昔加末独中,愧对柔佛州人民的支持。

张念群10月23日在国会追问,政府是否允许复办昔加末独中。不过,首相署并没正面回答,只是表示“设立独中并没有阐明在1996年教育法令内,因此,要设立任何教育机构,必须遵守1996年教育法令和1997年教育(教育机构注册)条例”。

书面回答非常敷衍


NONE张念群今日发表文告批评,首相署的书面回答非常敷衍,只有区区5行字。

她说,尽管马华署理总会长廖中莱昨日坚称柔州是马华堡垒,可是却连一间独中的都争取不了,已愧对柔佛州人民的支持。
(More......)

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Sekitar Program Ibadah Korban - Parlimen Telok Kemang 2012

Posted: 30 Oct 2012 03:23 AM PDT









Sekitar Program Ibadah Korban bersama rakyat - Parlimen Telok Kemang 2012. Terima kasih buat semua yang terlibat.Semoga ibadah kita diberkati oleh Allah SWT.

Salam perjuangan buat semua. Kukuhkan saf perjuangan dan mantapkan jentera penerangan buat informasi rakyat. Mudah-mudahan semangat pengorbanan dalam perjuangan dapat kita tingkatkan bersama.

Semangat pengorbanan Nabi Ibrahim harus dijadikan contoh tauladan buat kita. Mohon munajat daripada Allah SWT adalah kekuatan ummat Islam dalam perjuangan. Wassalam

Program Korban Sumbangan Ahli Parlimen Telok Kemang Yb Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas :

Posted: 30 Oct 2012 02:45 AM PDT

 Program Korban Sumbangan Ahli Parlimen Telok Kemang Yb Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas :

1.Pusat Latihan Pengaman Km 16 Telok Kemang ( 27.10.2012)
2.Markas Pakatan Rakyat Kg Jawa Bukit Pelanduk(27.10.2012)
3.Surau Taman Selasih Kg Paya( 2
7.10.2012)
4.Markas Pakatan Rakyat Bandar Sunggala (27.10.2012)
6.Surau Taman Intan (26.10.2012)
7.Surau Insaniah Rumah Rakyat T.Kemang (26.10.2012)
8.Markas Pakatan Rakyat Bkt Tembok (28.10.2012)
9.Permatang Pasir Linggi (26.10.2012)

Muslimin dan Muslimat Berdekatan Di Jemput Hadir Bersama Meraikan Program Ibadah Korban Parlimen Telok Kemang
 
 

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


PAS SELANGOR “GHOSTBUSTERS” EXORCISE THE PHANTOMS FROM THE ELECTORAL ROLL

Posted: 30 Oct 2012 05:29 AM PDT


The work of  flushing out fraudulent voters entails organised and dedicated teams whose strenuous efforts on the ground over the last 2 years have resulted in thousands upon thousands of phantom voters being eliminated from the electoral register.  

It is estimated that there are now at least half a million aliens registered to vote for UMNO/BN during PRU13 in the state of Selangor to wrest the crown jewel of the Malaysian economy by foul means from the hands of Pakatan Rakyat, a state which has built up strong reserves of RM 1.9 billion through prudent financial management and the elimination of crass corruption in the last 4 years.

Every 3 months, the struggle by the grassroots army to kick out "hantu-hantu" culminates in the SIASATAN AWAM which must the SPR is forced to conduct in accordance with the electoral law.  Not unexpectedly, the "ghosts" don't seem too hungry nor eager to turn out to face fearless flesh-and-blood humans determined to batter the hell out of the "apparitions".

But the battle cannot be won by the PAS Jentera of "ghostbusters" and "exorcists" alone.  The people of Selangor must come out early on polling day to exercise their sacrosanct duty to cast their vote in favour of a government which will look after their interest, not one which has grown copiously corrupted and indecently rich at the expense of the ordinary citizen, and in the face of failing support from Malaysians, have now to resort to enlisting the aid of foreigners to continue their hold on power.  

Every vote will count in your opportunity to get back at those who are wiling to sell out the sovereignty of our nation to continue to rob and oppress you.

ARISE AND BREAK FREE FROM THE BONDS OF SERVITUDE BY VOTING OUT THOSE WHO ARE WILLING TO COMMIT TREASON AGAINST THE NATION.

Nikmat negeri Pakatan Rakyat

Posted: 29 Oct 2012 11:00 PM PDT

Empat kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.

Lim berkata pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.- Bernama

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Datuk Ibrahim Ahmad Badawi: “We want to work with MAS.” by The Brainless

Posted: 30 Oct 2012 02:35 AM PDT

A stick of satay cost RM3.20! how about the other items? Tan Sri Md Nor and AJ, please use your brain to think for the movement. How is MAS going to turn around with such burden yearly for the next 15 years!

Stop talking about other nonsense and get on with the job to terminate this lope sided contract now. If Md Nor and AJ are sincere, this must be their priority when MAS is bleeding.

Comment on Datuk Ibrahim Ahmad Badawi: “We want to work with MAS.” by Hampas

Posted: 30 Oct 2012 01:07 AM PDT

Agreed. Md nor was put as chairman to clean up his own mess and he is as clueless as sleeping beauty!

Comment on Datuk Ibrahim Ahmad Badawi: “We want to work with MAS.” by The Gooberman

Posted: 30 Oct 2012 12:26 AM PDT

I am curious.

Was the MAS catering contract put up for public tender?

If it was, how many companies submitted bids?

If there was no public tender, was it a “directed award”?

At Singapore’s Changi Airport, there is no sole catering contractor monopoly.

The 2 catering contractors at Changi – SATS and CIAS – compete aggressively for business among the airlines operating at the airport.

SATS was spun off from SIA. It’s a public-listed company in it’s own right and has retained the SIA catering contract up to now.

CIAS is part of the giant Dubai-based Dnata Group.

I believe that competition is good for efficiency and cost control, and it gives consumers real choices.

Is MAHB doing anything to get more companies in to service the airlines operating at KLIA and the other international airports in the country?

Maybe Khazanah should acquire a stake in SATS from it’s major shareholder, Temasek Holdings, and bring it into the Malaysian aviation market.

Comment on Complaints for DBKL by Wee Choo Keong

Posted: 30 Oct 2012 12:14 AM PDT

Pakcik Ustaz dan Pakcik Boss

Merujuk kepada aduan tikus yang berkeliaran, pihak DBKL bersetuju untuk pergi ke lokasi aduan terlebih dahulu dan seterusnya melapurkan kepada Jabatan Kesihatan untuk membuat semburan bagi mengawal pembiakan tikus-tikus di kawasan berkenaan.

Mengenai dengan longgokan kayu, besi dan barangan terpakai, pihak DBKL menyatakan masalah tersebut adalah dibawah tanggungjawab pihak perngurusan (MC) dimana Tuan disarankan untuk melapurkan masalah tersebut kepada pihak MC terlebih dahulu. Pihak MC sepatutnya memastikan persekitaran kawasan perumahan dalam keadaan bersih dan selamat. Pihak MC menerima yuran bulanan dari penduduk-pendudk dan ia perlu memberi perkhidmatan kebersihan longkang-longkang dalam jagaan mereka.

Walaubagaimana pun pihak kami bersedia membantu sekiranya perlu untuk berbincang dengan pemilik rumah berkenaan serta dengan pihak MC bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak Tuan diharap dapat menghubungi kami supaya boleh menetapkan tarikh perbincangan tersebut di no 41433322 atau 0122186929.

Pakcik Boss

Merujuk kepada aduan Tuan, pihak DBKL akan pergi ke lokasi aduan bagi mengesahkan aduan tersebut dan akan melapurkan kepada Jabatan Kerja Awam untuk tindakan menurap semula jalan berkenaan.

Pihak kami juga telah menulis surat kepada DBKL bagi mendesak supaya tindakan segera dapat diambil dengan menurap semula jalan tersebut supaya tidak membahayakan kepada penduduk-penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

Tuan boleh mnghubungi kami semula sekiranya dalam masa 10 hari masalah tersebut masih belum diatasi. Sila hubungi kami di no 41433322 atau 0122186929.

Terima kasih.

yang ikhlas

wee choo keong

Comment on Datuk Ibrahim Ahmad Badawi: “We want to work with MAS.” by MAS steward

Posted: 29 Oct 2012 09:29 PM PDT

Tan Sri Md Nor was the MD that signed the lope sided 25 years catering contract. He should undo this now. The contract is a burden to MAS until this day and for another 15 years. This bloody culprit is not fit to be the chairman of MAS.

Comment on Datuk Ibrahim Ahmad Badawi: “We want to work with MAS.” by The Pumkiner

Posted: 29 Oct 2012 07:14 PM PDT

Kalau cuma ambil buah sahaja, biasalah tu.

Tapi golongan mereka tu, bukan ambil buah sahaja, daun, dahan, banir pun mereka angkut juga.

Kalau boleh ambil akar, akar pun kena sapu!

Comment on AES was awarded to Beta Tegap Sdn Bhd and Commercial Circle Sdn Bhd as early as in 2005/6 when Chan Kong Choy was the MOT by Slumberjack Project

Posted: 29 Oct 2012 06:56 PM PDT

This is the Slumberjack project. It was awarded in 2006. A new tender should be called because 6 years is a long time and more advance system would have been invented by 2012.

This Slumberjack was the cause of the many problems.

Comment on Questions Time 11 October 2012: “MOT tak pernah menerima maklumat rasmi AirAsia tidak akan berpindah ke KLIA2″ by Poseidon's Spear

Posted: 29 Oct 2012 06:25 PM PDT

YB Wee

Thank you for your reply.

I hope that MAHB will be completely open and transparent about the problems at KKIA, including the recent runway blackout and the reports of renovation works at the airport being badly behind schedule.

Also, can we look forward to a comprehensive statement from MAHB about the reported cost overruns in the construction of KLIA2, as there have been many accusations being traded between MAHB and AirAsia.

Perhaps MAHB could learn from the PKFZ scandal and commission an independent audit of the whole KLIA2 project, so that the matter can be resolved once and for all.

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Perasmian Majlis Graduasi SMK Ibrahim 2012

Posted: 29 Oct 2012 06:10 PM PDT





Semalam 29 Oktober 2012 telah merasmikan Majlis Graduasi bagi SMK Ibrahim Fikri bagi sesi 2012 di Dewan SMK Ibrahim Fikri.

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


An interview with Nurul Izzah Anwar

Posted: 29 Oct 2012 09:51 PM PDT

By Mariam Mohktar
Yahoo! Malaysia Newsroom
23 February 2012

Nurul Izzah Anwar may look coy but the lady under the tudung is anything but delicate. When she was 18-years old, family life was thrown into turmoil, when her father, Anwar Ibrahim, Malaysia’s former finance and Deputy Prime minister, was arrested on charges of sodomy and corruption.

When most teenagers battle raging hormones and the transition into the adult world; Nurul was catapulted into the world of politics. She campaigned for her father’s release, both at home and overseas. In 2004, she graduated with a BSc. in Electrical and Electronic Engineering from University Tenaga Nasional and received a Masters in International Relations from the Johns Hopkins University in the USA, in 2006.

In 2008, she challenged Shahrizat Abdul Jalil in Lembah Pantai. Shahrizat had held the BN stronghold since 1995. Turnout was 73% and Nurul secured a majority of 2,895 votes.

Today, life in the political fast lane is set to get more hectic for the 31-year old. The current Women Family and Community Development Minister, Shahrizat is embroiled in the National Feedlot Corporation (NFC) scandal whilst rumours circulate that BN’s Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Federal Territories Minister, might possibly stand against Nurul in GE-13.

Despite the government’s 30% quota for women in decision making roles, women in politics fall short of this target, Nurul’s response was “Flexible working hours in politics would help.”

Life as an MP came soon after she had given birth. She successfully juggled her life as a mother, wife and politician. Whilst most women shun political life, Nurul has embraced it with vigour.

“In Islam, women play an important role in shaping society, bringing up children, and public participation,” she said.

In her 2008 GE manifesto, Nurul promised to improve the overall quality of life in her constituency, make the Kuala Lumpur City Council, (DBKL) more accountable; and reduce crime by making the police focus on combating criminal activity.

She says, “My primary duty is as a legislator representing the people of Lembah Pantai in the Dewan Rakyat.”

“I have brought legislative changes to improve the livelihood of my constituents through debates like the water shortage issue in Bangsar. I have questioned the Ministry for Energy, Green Technology and Water for not approving the change of obsolete pipes in Bangsar, despite their promise to the Residents Association.

“Last year, I motioned a private member’s bill to end ‘archaic’ emergencies in Malaysia, to return supremacy to our Federal Constitution and ensure that our laws are governed by it.”

Nurul has called for a democratically elected Mayor in Kuala Lumpur and a transparent disclosure of DBKL’s annual budget. She described her “walkabouts during the water shortages, to understand and gauge the situation better” and highlighted “lax enforcement by DBKL.”

She detailed her role as the liaison between her constituents and DBKL. Local government services such as waste management, road maintenance, social services, and infrastructure upkeep were under the purview of the BN-appointed Mayor.

“In the absence of local government elections, I serve my constituents by attending DBKL budget seminars, hold meetings with DBKL officials, and ensuring that DBKL information is disseminated to residents.

“The disconnect between local authority and the elected representative is the reason behind calling for the fundamental right of the rakyat to exercise the third vote, and the right to elect their own mayor.”

Nurul outlined her second duty of operating a service centre as a direct interface with her constituents, with regular walkabouts, meetings and community programs such as gotong-royong (cooperation) and free clinics.

She remains optimistic although there are constraints and limitations of being an opposition MP, such as having to work with the Federal Government controlled DBKL, and the denial of funds.

“Although we lack ministerial and government agencies’ support, our team of dedicated volunteer doctors and nurses successfully organised over 200 clinic sessions and with the National Cancer Society, 300 women on low incomes, received pap smear tests and mammogram screenings.

“Despite the near blackout of mainstream media news on my activities, my press conferences with hawkers, taxi drivers, and affected Malaysians help keep pressure on DBKL and PDRM.

“You can check http://kantalembahpantai.blogspot.com for more information on my activities,” she said.

She described her third duty, as the PKR vice president and Pakatan Rakyat leadership council member with duties and responsibilities in shaping policies, political infrastructure development and engagement with nationally and international stakeholders.

“I also frequent the Malay, rural and East Malaysian heartland as part of Keadilan’s outreach program. I balance my life with my fourth duty which is my personal duties as wife, mother and daughter,” she said.

During the four years in which she cut her political teeth, she is aware of the grumblings by some that she has not done enough for Lembah Pantai and has not focused on her constituents.

“In the final analysis, the voters decide if I have done my best given the circumstances. Even the Federal Territories Minister has spent a disproportionate amount of time and resources in Lembah Pantai, and recently, the PM and DPM came to ‘visit’.”

When asked if her comments and stance on issues were hers or merely a reflection of her father’s stand, Nurul firmly replied, “All issues are my own.”

Despite never appearing to disagree with the Opposition leader, and asked whether this was just to present a unified front she said, “It is easy for it to be similar not only to Datuk Seri Anwar but in fact to all opposition leaders because we are facing the same corrupted regime and all our policies and positions are based on justice, equality, and truth.”

“As a politician your credibility is all you have, and your public statements must mirror your inner conscience.”

When told about Malaysians who feared the country’s descent into a form of apartheid, with educational institutions or hotels, stipulating only Malay/Muslim clients, she said, “Legislation to eliminate discrimination can be an alternative. But education, leaders and policies that draw the communities away from such practices will bring all races together.”

In the interview, Nurul was asked if the opposition’s message of a true multiracial society had failed to reach the rakyat because many Malays felt threatened and feared being “losers” if the opposition were in power.

“We have extremist groups being backed by the government. We must communicate clearly and consistently, the reality and successes, of the four states that Pakatan Rakyat governs.”

Nurul is adamant that the multiracial Keadilan will fight to end Malaysia’s divisive racial politics and insists that young Malaysians, should stand up and work together.

Extracted from Yahoo! News: http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/interview-nurul-izzah-anwar-083809869.html

Khalid Samad

Khalid Samad


Hujjah Terdesak Ala Desperado KP UMNO

Posted: 30 Oct 2012 07:54 AM PDT


Setelah gagal mempertahankan amalan kronisma dalam pemberian konsesi penjanaan kuasa kepada syarikat IPP, Ketua Pemuda UMNO terpaksa menggunakan hujjah terakhir yang paling lekeh iaitu dengan menuduh PR bersikap hipokrit! Ini, menurutnya, adalah kerana kerajaan Negeri Selangor mempunyai saham sebanyak 25% dalam Genting Sangyen melalui anak sayrikatnya dan tidak menjualnya tetapi sebaliknya turut menikmati keuntungan dari konsesi yang dikutuk mereka.

HUJJAH KEBUDAK-BUDAKAN
Bila mendengar hujjah ini, saya tidak dapat menahan diri dari tergelak kerana teringat semasa zaman remaja apabila seorang rakan ditangkap guru kerana merokok dan dia memberi alasan kepada guru tersebut bahawa ramai lagi yang merokok juga! Begitulah bagi saya taraf hujjah yang dibawa Ketua Pemuda UMNO! Kalau sudah bersalah itu mengaku sahajalah dan terima sahajalah hukuman yang telah ditetapkan untuk kesalahan tersebut. Tidak perlulah menegakkan benang yang basah dengan membabitkan pihak lain.

Dia harus ingat, bahawa dia adalah Ketua Pemuda dan bukannya ketua remaja atau kanak-kanak UMNO. Maka perlu berhujjah atas dasar diberikan konsesi sedemikian rupa dan bukannya faktor sampingan seperti anak syarikat kerajaan Selangor ada saham!

Hakikat sebenarnya ialah saham kerajaan Negeri Selangor dalam Genting Sangyen telah dibeli pada zaman kerajaan UMNO/BN. Apabila PR mengambil alih, saham itu telahpun merupakan milik anak syarikat kerajaan Negeri Selangor. Mungkin sekiranya PR memerintah sebelum ini, semasa konsesi itu mahu diberi, maka PR tidak akan membelinya dan akan menentang pemberian konsesi tersebut di semua peringkat. Namun ianya telahpun menjadi milik anak syarikat kerajaan Negeri Selangor dan terpaksa menilai samada perlu menjualnya atau sebaliknya.

SEBAB PR MENENTANG KONSESI IPP: MENGUNTUNGKAN KRONI
Dalam membuat keputusan untuk menjual atau sebaliknya, maka perlulah mengambil kira sebab-sebab mengapa konsesi sedemikian rupa ditentang. Alasannya ada dua:

  • Pertama, ianya mengkayakan kroni tertentu dengan memberi mereka layanan yang cukup istimewa dari segi harga dan jaminan keuntungan. Rakyat tidak mendapat sebarang manfaat.
  • Kedua, harga yang terhasil adalah tinggi dan ianya merugikan rakyat.

Apabila ditimbangkan, didapati bahawa dengan menjual saham syarikat tersebut, khususnya kepada pihak swasta, sekiranya ada yang berminat, maka ianya akan menguntungkan pihak swasta berkenaan. Pihak swasta atau individu tertentu akan menikmati keuntungan dari konsesi ini dan keuntungan tersebut tidak akan dinikmati rakyat sama sekali. Ini merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima dan bercanggah dengan pendirian PR!

Kita semua sedar dan faham bahawa PR menentang penswastaan ini di atas dasar ianya menguntungkan individu dan bukannya rakyat. Sekiranya konsesi tersebut diberi kepada mana-mana GLC, maka ianya mungkin tidak menjadi sesuatu yang boleh dianggap penyelewengan. Kemungkinan besar, harga pun akan lebih munasabah! Harga tinggi yang luar biasa diguna-pakai untuk konsesi ini kerana tujuan asal adalah untuk menguntungkan kroni. Ianya tidak ditetapkan atas dasar amalan serta pertimbangan komersial yang biasa.

Oleh yang demikian keputusan untuk tidak menjualnya kepada pihak swasta adalah keputusan yang konsisten dengan pendirian PR! Keuntungan akan dinikmati oleh syarikat milik kerajaan Negeri dan ianya dapat dipulangkan kepada rakyat negeri berkenaan. Ini adalah jauh lebih baik dari menjualnya kepada pihak swasta.

Walaupun masalah beban pada rakyat tetap tidak dapat diatasi, tidak wajar untuk kita melakukan kesalahan kedua dengan memperbanyakkan keuntungan kepada syarikat kroni! Pepatah Bahasa Inggeris menyebut, "two wrongs do not make a right" atau "dua kesalahan tidak menjadikan tindakan itu betul". Pepatah ini adalah adik beradik dengan pepatah "syaitan yang dikenali…"

MEMUDAHKAN PENGAMBIL-ALIHAN
Pada masa yang sama, dengan kerajaan Negeri memiliki 25% saham dalam Genting Sangyen, ini akan memudahkan pengambil-alihan oleh kerajaan PR sekiranya berjaya membentuk kerajaan di peringkat Pusat. Ini adalah kerana kerajaan Negeri Selangor tidak akan berusaha untuk menggagalkan pengambil-alihan dengan menetapkan harga yang tinggi dan tidak munasabah. Oleh itu, penjualan saham berkenaan kepada pihak yang mungkin 'antagonistic' atau bermusuhan terhadap kerajaan PR boleh menyulitkan lagi usaha PR untuk menamatkan konsesi tersebut.

Walaupun kerajaan PR Negeri Selangor mendapat manfaat dari konsesi ini, PR akan sanggup menyerahkannya kepada pihak kerajaan Pusat untuk dimansuhkan konsesi tersebut kerana mementingkan rakyat dari segala yang lain. Ini terbukti dalam kes SYABAS! Walaupun kerajaan Negeri melalui KDEB mempunyai 30% saham dalam SYABAS, namun kerajaan negeri membantah kenaikan tariff air. Kenaikan harga menguntungkan KDEB tetapi kerajaan Negeri tidak mahu mendapat untung atas kesengsaraan rakyat.
Oleh itu, menambahkan saham dalam milik kerajaan adalah yang lebih wajar tetapi bukan sebaliknya.

TIADA YANG MINAT UNTUK MEMBELI
Saya juga turut dimaklumkan bahawa sebenarnya tiada pihak yang berminat untuk membeli saham Genting Sangyen tersebut pada ketika PR mengambil-alih kerajaan Negeri Selangor. Ini adalah kerana konsesi berkenaan hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi. Baki jangka masa yang pendek menyebabkan pelaburan dalam perniagaan berkenaan tidak begitu menarik.

Sebenarnya, sekiranya kerajaan Pusat memilih untuk tunggu sehingga tempoh konsesi tamat, maka 1 MDB boleh membeli loji penjanaan kuasa IPP Genting Sangyen dengan harga yang jauh lebih murah. Mungkin pembelian boleh dilakukan atas dasar 'book value plus' kerana keuntungan yang melimpah ruah telahpun diperolehi sepanjang tempoh 30 tahun yang asal!

Ini yang menimbulkan persoalan mengapa tempoh konsesi ditambah selama 10 tahun sempena pembelian oleh 1MDB dimuktamadkan. Harga yang ditawarkan mengambil kira tempoh konsesi tambahan. Ini jelas merupakan pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat demi memberi harga tambahan kepada syarikat kroni dan memaksa 1MDB membelinya dengan harga yang tinggi.

Sambil hutang Negara membengkak, amalan kronisma tetap diamalkan BN tanpa segan silu.

KESIMPULAN
Jelas dari apa yang dibentangkan di atas bahawa tuduhan 'hipokrit' dan sebagainya yang dilemparkan terhadap kerajaan PR Negeri Selangor adalah tidak wajar sama sekali. Ianya hujjah yang ingin menutup kepincangan sendiri. Namun rakyat semakin sedar siapa sebanarnya yang 'hipokrit'. Retoriknya 'rakyat diutamakan' tetapi rakyat ditipu disetiap persimpangan. Sekiranya PRU ke-13 membawa pembaharuan dan kerajaan PR memerintah diperingkat Pusat maka insyaAllah akan diperbetulkan segala yang diputar-belitkan sehingga rakyat akan sebenar-benarnya menjadi keutamaan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak

Posted: 30 Oct 2012 03:05 AM PDT

2 November 2012 (Jumaat)

1) 11.00 pagi – Santai di Pekan Kenowit

2) 12.30 tghari – Solat Jumaat di Masjid Daerah Kecil Kenowit

3) 1.30 ptg – Ceramah Perdana – (P- Kenowit)

Lokasi : Rumah Udam, Ng. Lipus, Kenowit

4) 3.00 ptg : Ceramah Perdana – (P- Saratok)

Lokasi: Pekan Kabong, Saratok

5) 8.00 – 12.00 mlm – Wacana Isu Semasa Umat

Lokasi: Hotel Grand Continental, Kucing

6) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Baru Bian

iii. YB Ali Biju

iv. YB See Chee How

v. YBhg Dr Mohd Nor Manuty

Ucapan Pimpinan ABIM Era 70-an dan 80-an

Posted: 30 Oct 2012 12:57 AM PDT

Dari Sharpshooter.blogspot

Ramai di kalangan pimpinan ABIM yang masuk PAS antaranya Almarhum Ustaz Fadzil Nor (mantan Presiden PAS), Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS Abdul Hadi Awang (bekas Pengerusi ABIM Terengganu), Mohamad Sabu, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, Husam Musa, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Abu Bakar Chik (sekarang AJK PAS Pusat), Ustaz Muhammad Mustafa, Ustaz Mohd Daud Iraqi dan ramai lagi.

Bekas pimpinan ABIM yang telah ke Umno antaranya Anwar Ibrahim (sekarang Ketua Umum PKR), Kamaruddin Mohd Nor, Fuad Hassan (bekas ADUN Hulu Klang), Roslan Kassim, Kamaruddin Jaafar (sekarang PAS), Sanusi Junid, Fauzi Rahman, Zambry Abdul Kadir, dan ramai lagi..

Bekas pimpinan ABIM yang telah menyertai PKR ialah antaranya Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Badrulamin Bahron, Anuar Tahir (sekarang PAS), Mustafa Kamil Ayub dan Fauzi Rahman (sebelumnya Umno, anak Rahman Talib)

Video di bawah ini pula adalah “Mengenali Anwar Ibrahim melalui sahabat-sahabat beliau yang telah lama bersamanya sejak dari Abim mahupun Umno.

Kalau Takut Dipukul Badai…
Usah Berumah Di Tepi Pantai…

Selangor Senaraikan Statistik Rumah Mampu Milik

Posted: 30 Oct 2012 12:36 AM PDT

Malaysiakini

Kerajaan Selangor hari ini senaraikan statistik berkaitan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di negeri itu bagi menjawab dakwaan pemimpin BN bahawa hanya 1,000 unit rumah jenis itu disiapkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad berkata, sebanyak 6,470 rumah kos sederhana (RM42,000 ke bawah) dan sebanyak 3,925 unit rumah kos sederhana dan sederhana rendah (RM100,000 ke bawah) siap dibina sejak 2008 di negeri itu.

azlanBagaimanapun, menurut Iskandar, terdapat masih banyak lagi projek yang sedang dalam pembinaan dan sudah diluluskan di negeri itu.

“Kerajaan negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini (bahawa sedikit sahaja rumah mampu bilik dibina) supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ia ternyata tidak benar,” katanya.

Kerajaan Selangor menyenaraikan projek itu bagi menolak dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim bahawa Pakatan Rakyat cuma menyiapkan 1,000 unit rumah, bukan 23,000 unit seperti dijanjikan semasa pilihan raya.

Lim juga sebelum ini dilapor mendakwa, kebanyakan rumah yang siap dibina daripada projek kerajaan terdahulu BN dan hampir tiada projek baru untuk perumahan kos rendah di negeri itu pada masa ini.

Katanya juga, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kini lebih berminat untuk membangunkan kediaman mewah daripada kediaman kos rendah atau sederhana.

Dalam kenyataannya hari ini, Iskandar memberitahu, sebanyak 3,871 rumah kos rendah sedang dibina dan 9,990 sudah diluluskan.

Bagi rumah mampu milik pula, tambahnya, sebanyak 1,628 unit sedang dibina dan dijangka siap antara Disember 2012 hingga Jun 2013.

Sementara itu, Iskandar juga berkata, PKNS juga merancang membina lebih banyak rumah dalam dua peringkat.

Dalam fasa pertama, katanya, sebanyak 1,215 unit rumah lagi akan dibina manakala 9,481 lagi akan dibina dalam fasa kedua (antara 2014-2018).

Pembangunan Tanah Yayasan Selangor TELUS

Posted: 29 Oct 2012 07:47 PM PDT

Sebagaimana yang dimaklumi, tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur milik Yayasan Selangor akan dibangunkan sebagai pusat komersil sebagaimana persekitarannya. Pembangunan tersebut akan dimulakan pada awal tahun 2013.

Sebagai ganti kepada Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL), Yayasan Selangor akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, yang menelan belanja tidak kurang daripada RM50 juta (tidak termasuk kos tanah). Kos pembinaan SBP di biayai daripada pulangan cadangan projek usahasama memajukan tapak AYSKL, Jalan Kg Pandan dengan pulangan kepada YS tidak kurang daripada RM300juta (“in cash and kind”).

Pihak kami ingin memberikan jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanah Yayasan Selangor kini dan akan datang adalah telus dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan projek-projek yang telah dijalankan sebelum ini oleh pengurusan terdahulu.

Yayasan Selangor kini amat berhati-hati dan mensyaratkan pulangan kepada YS daripada sesuatu projek usahasama (joint-venture) adalah 30:70; di mana YS perlu mendapat 30% keuntungan daripada GDV (Gross Development Value) projek tersebut. Ini dilakukan bagi menjaga kepentingan Yayasan Selangor dan rakyat Negeri Selangor.

Ini amat berbeza dengan proses pembangunan semasa pemerintahan Barisan Nasional (UMNO) dahulu, di mana YS hanya mendapat antara 3 – 5% sahaja daripada GDV. Ini terbukti daripada pembangunan tanah di Persimpangan Jalan Raja Muda/Jalan Tun Razah Kg. Baru apabila YS hanya mendapat sebuah bangunan bernilai RM54 juta, sedangkan GDV projek tersebut adalah sekitar RM1.8 billion. Begitu juga dengan projek-projek lain seperti pembangunan tanah di Petaling Jaya, Klang dan Kelana Jaya.

Semua projek kini adalah melalui proses tender terbuka, sedangkan pada zaman BN dahulu ia dijalankan secara rundingan terus (direct negotiation). Disebabkan pulangan yang amat rendah dan proses rundingan terus, pihak kami berpendapat kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Semua kepincangan proses pembangunan hartanah YS pada masa dahulu akan melalui proses "forensic audit" tidak lama lagi. Pemilihan Auditor kini sedang ditender secara terbuka.

Tuduhan-tuduhan kononnya pihak pengurusan tertinggi YS atau Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kepentingan dan berhasrat untuk menjual tanah milik YS adalah fitnah semata-mata. Kami menganggap tuduhan liar tersebut hanyalah tindakan terdesak pihak-pihak tertentu untuk memancing undi dan menjatuhkan image Kerajaan Pakatan Rakyat, memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi.

Oleh itu, pihak kami ingin mengingatkan kalangan tertentu supaya tidak menyamakan proses tender kini yang dikendali secara telus/terbuka di YS, dengan proses pembangunan secara “runding terus” semasa zaman BN tidak lama dahulu.

ILHAM MARZUKI
Pengurus Besar
Yayasan Selangor.

Siapa Yang Lulus Projek Condo Di Batu Caves?

Posted: 29 Oct 2012 07:38 PM PDT

Nuffnang