Selasa, 18 Jun 2013

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


KETUANAN CAUVINIS?

Posted: 18 Jun 2013 06:51 AM PDT

Thursday, June 13, 2013

KETUANAN CINA DI SINGAPURA




UNTUK memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).

Fakta ini didedahkan oleh Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, "Singapore Dilemma in the Malay World," Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-rasism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihanraya.

Pembaharuan pilihanraya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.

Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.

Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.

Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.

Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.

Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998.

Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.

Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.

Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

Posted by sabahkini.net at 10:42 PM
http://sabahkinimirror.blogspot.com/2013/06/ketuanan-cina-di-singapura.html

*Nota: artikel ini teman terima melalui email seorang rakan dan teman rasa elok dikongsi dengan mike semua sekadar untuk renungan dan muhasabah. Mike dinasihatkan supaya membaca buku Dr. Lily yang dirujuk diatas dan layari lamanweb yang menyiarkan artikel ini. Adios amiogos.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
09 Sya'ban 1434
18 Jun 2013

MENDAULATKAN SPR

Posted: 18 Jun 2013 06:47 AM PDT

Mamanda hulubelalang..ingat tau..singh is king, kata Karpal Singh!

Salam 2 all.

Sejak daripada PRU-10 khususnya, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang mempertikaikan institusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Keadaan semakin parah apabila pembangkang tewas dalam PRU-12 (2008), apabila jari mula dituding kepada SPR sebagai punca utama kekalahan mereka.

SPR dijadikan kambing hitam. Pembangkang secara sistematik mula merancang mengenakan tekanan terhadap SPR. Himpunan haram yang dilabel Bersih-1, Bersih-2 dan Bersih-3 diadakan kononnya untuk mengenakan tekanan awam keatas SPR dengan pelbagai tuntutan.

Kejayaan pembangkang ialah apabila Parlimen menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Select Committee) untuk Penambahbaikan Pilihanraya.

Hampir kesemua tuntutan pembangkang telah dipenuhi oleh Jawatankuasa Khas Parlimen ini, termasuk menggunapakai kaedah kuno 'dakwat kekal' untuk kononnya menghalang pengundian berganda, atau dalam istilah pembangkang, 'pengundi hantu'.

Walaupun SPR mencadangkan penggunaan kaedah 'biometrik' yang lebih moden dan canggih, namun pembangkang beriya-iya menolaknya dan tetap berkeras mahukan penggunaan kaedah dakwat kekal.

Namun apabila kaedah dakwat kekaldilaksanakan dalam PRU-13 baru-baru ini, pembangkang pula beriya-iya pula mencari kesalahan dan kelemahan kaedah tersebut.

Tidak pernah saya lihat dalam sejarah pilihanraya didunia ini termasuk dinegara ketiga dan mundur dimana pembangkang beriya-iya cuba 'menghapuskan' kesan dakwat kekal pada jari pengundi selepas mengundi.

Walaupun langsung tidak ada sebarang bukti yang sahih, dan langsung tidak ada bukti adanya pengundi yang telah dicalitkan dengan dakwat kekal boleh mengundi semula buat kali kedua, namun pembangkang terus memainkan sentimen ini untuk menimbulkan kebencian kepada SPR. Kesemua ini adalah dengan satu tujuan, untuk memperlekeh dan mempertikai kredibiliti SPR; dan sekali gus keputusan pilihanraya!

Sebenarnya masalah dinegara ini bukannya dengan sistem pilihanraya, atau institusi SPR. Masalahnya ialah Malaysia mempunyai pembangkang yang "demo-crazy", langsung tidak bertamadun, yang kerjanya tidak lain hanya menyalak dan menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri!

Sedangkan mereka sendiri saperti ayam yang gah berkokok, tetapi tahi penuh berselaput diekor!

Lihat sahaja cara "demokrasi" dilaksanakan di dalam PKR dan DAP! Sehingga ahli mereka sendiri mendedahkan konspirasi kotor dan jijik, pembohongan, penipuan, putar belit, amalan kronisma dan macam-macam lagi semasa pemilihan parti mereka!

Sejak kekalahan mereka dalam PRU-13, pembangkang tidak henti-henti menyalahkan SPR. Mereka mengadakan road-show, himpunan haram dan lain-lain untuk menekan SPR. Mereka memberi label "Blackout 505" -  kononnya berlaku penipuan dan pembohongan oleh SPR dalam mengendalikan PRU-13 dengan fitnah kononnya SPR mahu memenangkan Barisan Nasional!

Malah mereka sampai mahu mengadu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama kononnya berlaku penipuan termasuk oleh SPR sehingga menyebabkan mereka kalah dalam PRU-13. Saya cukup pasti Obama akan bersetuju dengan saya yang pembangkang Malaysia ini memang sahih demo-crazy!!!

Terbaru, pembangkang mendesak supaya kesemua anggota SPR, terutamanya Pengerusi, meletak jawatan. Malah mereka mendesak supaya SPR diletakkan dibawah penguasaan dan penyeliaan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen yang akan diketuai pembangkang.

Persoalannya ialah adakah tuntutan ini wajar? Dan adakah Kerajaan patut akur dan tunduk kepada desakan pembangkang ini?

Untuk mengupas isu ini, kita wajib melihat sumber penubuhan dan fungsi, kuasa dan kedudukan institusi SPR itu sendiri.

Peruntukkan berkenaan penubuhan SPR dan perkara berkaitan dengan keahliannya dan perjalanan pilihanraya umum di Malaysia terkandung didalam Bab 8 Perlembagaan Persekutuan dalam Bab Pilihanraya.

Secara khusus, perkara berkaitan SPR dan institusinya terkandung didalam Artikel 114. Soal perlantikan, penggajian dan penamatan ahli SPR semuanya disebut didalam Artikel 114 yang mengandungi tujuh perkara.

PERLANTIKAN

Fasal (1) dan (2) Artikel 114 menyentuh tentang soal perlantikan ahli SPR.

Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah dilantik oleh Yang DiPertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga ahli lain.

Pada melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya, Yang DiPertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihanraya yang mendapat kepercayaan awam.

Jelas daripada peruntukkan diatas bahawa kuasa melantik ahli SPR adalah kuasa mutlak Yang DiPertuan Agong, setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja!

Langsung tidak disebut berkenaan kuasa Parlimen untuk melantik mana-mana ahli SPR!

Jadi cadangan pembangkang untuk memberi kuasa kepada Parlimen untuk menentukan perlantikan ahli SPR bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan, malahan ianya suatu cubaan rampasan kuasa keatas kuasa dan bidangkuasa Tuanku Yang DiPertuan Agong

Dalam ertikata lain, ianya suatu penderhakaan kepada Tuanku Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu!

Mengapakah kuasa perlantikan ahli SPR diberi secara khusus dan mutlak kepada Yang DiPertuan Agong dengan konsultasi bersama Raja-Raja Melayu tanpa langsung merujuk kepada Perdana Menteri, Kerajaan mahupun Parlimen?

Ini adalah kerana SPR adalah institusi yang akan mengendali, menyelia dan menjalankan pilihanraya yang akan menentukan sebuah Kerajaan bagi Malaysia. Dan ianya adalah Kerajaan yang bernaung dibawah kuasa Raja-Raja Melayu; kerana negara ini adalah dahulunya dikuasai oleh Raja-Raja Melayu.

Sudah barang pastilah penentuan pembentukan mana-mana Kerajaan bagi negara ini mesti mendapat perkenan Tuanku Raja-Raja Melayu. Dan untuk memastikan itulah maka kuasa melantik ahli SPR diberi secara mutlak kepada Tuanku Yang DiPertuan Agong setelah berunding dengan Raja-Raja Melayu yang lain!

Namanya pun KeRAJAan! Ianya adalah badan pentadbiran dibawah naungan dan kuasa RAJA. Ia bukan government saperti yang difahami barat -  iaitu sekadar govern – mentadbir.

Di Malaysia ianya disebut KERAJAAN – pentadbiran negara dibawah naungan dan kedaultan RAJA-RAJA MELAYU.

Sebab itu semua urusan Kerajaan dibuat atas nama dan bagi pihak SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG ataupun URUSAN SERI PADUKA BAGINDA!

PENAMATAN / PEMECATAN

Fasal (3), (4) dan (4A) Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukkan tentang penamatan khidmat atau pemecatan jawatan mana-mana ahli SPR.

Secara ringkasnya, seseorang ahli SPR hanya boleh tamat atau ditamatkan perkhidmatannya saperti berikut:

1. mencapai umur 65 tahun;

2. meletak jawatan dengan mengutus surat yang ditandatanganinya sendiri kepada Yang DiPertuan Agong;

3. hilang kelayakan dibawah fasal (4A) iaitu adalah seorang bankrap, bekerja makan gaji dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan bergaji diluar tugasnya, atau seorang ahli mana-mana Majlis Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.

4. secara khusus kepada Pengerusi SPR, beliau akan hilang kelayakan sebagai Pengerusi jika menjadi ahli mana-mana pertubuhan atau badan, samada diperbadankan atau tidak, dan samada bergaji atau tidak (kecuali pertubuhan atau badan yang menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela yang berfaedah kepada masyarakat).

5. Dan tiada mana-mana ahli SPR boleh dipecat kecuali atas alasan-alasan dan dengan cara yang sama saperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Maknanya dalam soal pemecatan seorang ahli SPR, ianya disamatarafkan dengan status seorang Hakim Mahkamah Persekutuan!

Alasan serta prosedur pemecatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan diperuntukkan didalam Artikel 125 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Ini bermakna seseorang ahli SPR hanya boleh diambil tindakan untuk dipecat jika beliau tidak berkeupayaan disebabkan kelemahan otak atau tubuh untuk menjalankan tugas sebagai ahli SPR.

Dan untuk tujuan itu, sebuah tribunal khas mengandungi tidak kurang daripada lima (5) orang Hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi (termasuk Hakim daripada negara Komanwel) hendaklah dilantik oleh Yang DiPertuan Agong untuk membicarakan ahli SPR tersebut.

Dan Tribunal Khas tersebut, setelah menjalankan perbicaraan, hendaklah mengemukakan lapuran dan cadangan mereka kepada Yang DiPertuan Agong.

Dan hanya Yang DiPertuan Agong sahaja yang mempunyai kuasa mutlak untuk menerima cadangan Tribunal itu dan memilih samada mahu memecat atau tidak ahli SPR tersebut!

Langsung tidak disebut kuasa Kerajaan atau Parlimen untuk menamatkan atau memecat mana-mana ahli SPR!

Sekali lagi kita bertanya persoalan mengapa dalam soal penamatan atau pemecatan mana-mana ahli SPR, ianya diberi khas kepada Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu?

Kerana SPR adalah institusi dibawah naungan Raja-Raja Melayu!

Jadi cadangan pembangkang untuk memberikan kuasa penamatan dan pemecatan mana-mana ahli SPR diletakkan dibawah kuasa Parlimen adalah satu cubaan rampasan kuasa Yang DiPertuan Agong!

Ianya adalah satu penderhakaan kepada Tuanku Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu!

PENGGAJIAN DAN SARAAN

Berkaitan soal saraan hidup dan penggajian ahli SPR, ianya diperuntukkan dibawah Fasal (5) dan (6) Perlembagaan Persekutuan.

Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukkan bagi saraan ahli-ahli SPR, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang DiSatukan.

Saraan dan lain-lain syarat jawatan bagi seorang ahli SPR tidak boleh, selepas perlantikannya, dibuat apa-apa perubahan yang kurang baik baginya.

Ini sahaja satu-satunya peruntukkan dalam Perlembagaan yang menyebut tentang kuasa Parlimen berkaitan ahli dan institusi SPR – iaitu menentukan gaji ahli SPR!

Itupun gaji dan syarat perlantikan ahli SPR tidak boleh dikurangkan oleh Parlimen!

Kalau gaji pun tidak boleh dikurangkan, adakah logik tuntutan pembangkang untuk Parlimen diberi kuasa menyelia dan menentukan perlantikan, kedudukan dan penamatan seseorang ahli SPR.

Jangan kata memecat ahli SPR, kurangkan gaji mereka pun Parlimen secara sarih dan jelas dilarang sama sekali melakukannya!

Apakah maksud ini semua?

Ini bermakna Perlembagaan Persekutuan mahu memastikan kedudukan dan status seseorang ahli SPR adalah bebas sama sekali daripada Parlimen.

Tidak masuk akal bagi sebuah badan yang menentukan perjalanan pemilihan seseorang Ahli Parlimen tiba-tiba terpaksa tunduk kepada badan ahli Parlimen tersebut!!!

RUMUSAN

Malaysia telah melalui sistem Pilihanraya Umum sebanyak 13 kali. Sistem pilihanraya first-past-the post sudah dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya berpuluh tahun tanpa sebarang masalah.

Malah, sistem yang sama, institusi yang sama yang telah dilalui oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Daripada seorang politikus jalanan, sistem dan institusi yang sama menaikkan Anwar selama 16 tahun daripada jawatan Timbalan Menteri kepada Pemangku Perdana Menteri!

Selama 16 tahun Anwar Ibrahim menikmati hidup sebagai pemimpin UMNO menjawat pelbagai jawatan kanan didalam Kerajaan Malaysia melalui sistem dan institusi yang sama. Tidak pernah kita mendengar selama 16 tahun itu sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai sistem pilihanraya mahupun institusi SPR!

Tetapi kenapa tiba-tiba, setelah dipecat oleh Tun Mahathir kerana akhlak rendah dan salahlaku seks luar tabi'e, dan setelah menyertai dan mengetuai pembangkang; tiba-tiba kedengaran suara sumbang mempertikai sistem pilihanraya kita dan institusi SPR?

Sebab itu saya ulangi sekali lagi.

Kita tidak ada masalah dengan sistem pilihanraya negara ini. Kita tidak ada masalah dengan institusi SPR yang mengendali dan melaksanakan pilihanraya kita selama ini.

Masalah sebenarnya ialah kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak bertamadun. Kita punya pembangkang yang demo-crazy!

Sebab itu saya berharap Kerajaan tidak tunduk kepada desakan dan tekanan pembangkang untuk meletakkan SPR dibawah seliaan Parlimen.

Ini adalah kerana meletakkan SPR dibawah institusi Parlimen bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, malah ianya adalah satu penghinaan kepada Tuanku Yang DiPertuan Agong! Ianya adalah satu penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu!

Saya mencadangkan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan berikut:

1. mengklasifikasikan mana-mana orang atau pertubuhan yang terus-menerus mempertikai, memperlekeh dan menghina institusi dan ahli SPR sama saperti mempertikai, memperlekeh dan menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong;

2. menjadikan tindakan atau perbuatan mana-mana orang atau pertubuhan yang mempertikai, memperlekeh dan menghina institusi dan mana-mana ahli SPR sama saperti penghinaan terhadap Mahkamah atau contempt of Court, dan boleh dikenakan tindakan penghinaan atau contempt dihadapan mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dengan hukuman berat!

3. mengenakan tindakan tegas termasuk pertuduhan jenayah, samada criminal defamation, hasutan jenayah atau dibawah mana-mana peruntukkan yang bersesuaian terhadap mana-mana individu atau pertubuhan yang mempertikai, memperlekeh atau menghina mana-mana ahli atau institusi SPR;

4. sekiranya individu yang terlibat adalah seorang anggota Majlis Parlimen (Dewan Rakyat atau Dewan Negara), atau Ahli mana-mana Dewan Undangan Negeri, maka perbuatan mempertikai, memperlekeh dan menghina SPR atau mana-mana ahlinya sudah mencukupi sebagai suatu alasan untuk suatu prosiding dan tindakan melucutkan keahlian mereka diambil dengan segera;

5. memperkasakan institusi dan ahli SPR dengan membuat peruntukkan yang jelas didalam suatu undang-undang yang akan melindungi institusi dan mana-mana ahli SPR daripada terus menerus dicemuh, dihina, dipertikai dan diperlekeh oleh mana-mana individu dan pertubuhan;

6. memperkasakan institusi dan ahli SPR dengan membuat peruntukkan undang-undang yang memberi imuniti dan kekebalan kepada institusi dan ahli SPR sama saperti imuniti dan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dan Ahli Majlis Parlimen;

7. menggubal suatu peruntukkan sama saperti Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan iaitu bahawa apa-apa isu samada kelakuan, perbuatan atau tindakan institusi dan ahli SPR tidak boleh dibincangkan atau dibahaskan dalam mana-mana Majlis Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) atau mana-mana Majlis Dewan Undangan Negeri kecuali dengan suatu usul tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen atau DUN tersebut;

8. memperkasakan SPR dengan penambahan peruntukkan yang mencukupi berserta penambahan pegawai dan kakitangan untuk menghadapi cabaran masakini;

9. menjadikan institusi SPR sebuah badan yang diletak secara langsung dan terus dibawah kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu dengan suatu peruntukkan perundangan yang jelas.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
07 Sya'ban 1434
16 Jun 2013

MY VOICE FOR NATION

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Buletin PADAT Bil. 2/2012 Jun - Dis 2012

Posted: 18 Jun 2013 04:46 PM PDT

Philosophy Politics Economics

Philosophy Politics Economics


Malaysian Chinese are not Concerned with the Race of the Prime Minister

Posted: 18 Jun 2013 05:09 PM PDT

The misplaced tirade against the Chinese in Malaysia, whether intentional or otherwise, continues with the new Minister in Prime Minister's Department, Datuk Seri Shahidan Kassim latest salvo published in Sinchew Daily yesterday.

He said that if the Chinese Malaysians who have been indoctrinated with "extreme racism" by the DAP can ditch their "racist mindset", he "believes that Malaysia would one day have a prime minister of Chinese ethnicity".

He was quoted to say "(You) cannot lead the people if (you) believe too much in racial power. If one day the Chinese could get rid of this mindset, Malaysia could also have a Chinese as prime minister".

This statement is not only an uncalled for attempt to insult Malaysian Chinese as racists, it is a clear cut attempt to insinuate that Malaysian Chinese are a power-crazy and greedy community whose ultimate goal is to take over the Prime Ministership of this country.  It is part of UMNO's continued attempt to divide the nation by having the Malay community remain completely frightful of the fairy-tale eventuality of losing political power.

Taking leaf from the former Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamed, Datuk Seri Shahidan even accused the Chinese of not participating "in activities organised by the government, but chose to be involved in the illegal street rallies held by the opposition".

It clearly shows that to these UMNO leaders, any support given Pakatan Rakyat as an alternative to Barisan Nasional will be deemed "racist" in nature, even if the support is given to fight the blatant racism of parties like UMNO.

When Malays vote overwhelmingly for UMNO in the past, it is never "racism". When Chinese voted for MCA in the past, that can't be racism.  However, when Malays increased their support for Pakatan Rakyat candidates in the same election, Dr Mahathir accused DAP of spreading "propaganda" that influenced educated Malays.  And when the Chinese voted strongly for Pakatan Rakyat, that according to UMNO, is proof of Chinese "racism". That is complete and utter gibberish coming from UMNO leaders.

UMNO leaders like Tun Dr Mahathir and Datuk Seri Shahidan perpetuate the above lies because they believe that the only way to maintain UMNO's control of in the country and to share the wealth of the nation only with the politically connected elite, is by demonising the non-Malay community with artificial claims of "racism", even if the claims are themselves racist.

UMNO leaders fear a Malaysia where Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Dayaks and other minority communities become united to fight cronyism and corruption among the ruling BN elite. Hence the desperate need to use all racist means keep Malaysia divided by race and religion.

The DAP never campaigned on a "Chinese" political power platform.  We never campaigned against Malay political interests.  If we did, Malaysians can be assured that such campaign speeches will be televised and condemned widely in all broadcast and print media as "proof" of DAP racism.  Instead, throughout our election campaigns, our leaders harped only on the singular point of creating a country that is free from corruption and cronyism, where the nation's wealth can be shared among all Malaysians, and not just those who are politically connected.

For the Chinese community, they have no interest whatsoever in seeing a Chinese installed as a Prime Minister of Malaysia.  They don't care if the Prime Minister of the country is a Malay, Indian, Kadazan or Iban, as long as he is a Prime Minister for all Malaysians and not just for a select group of cronies or race.

The Chinese community did not give their votes to PAS because PAS is a Chinese party.  They certainly did not pick Datuk Seri Anwar Ibrahim as their preferred choice of Prime Minister because he is a Chinese.  They picked him because they see him as Malaysian first, who will fight abuse of power and prioritise the interest of the poor and disadvantaged, regardless of race, religion or creed.

UMNO Ministers and leaders will need to learn that the only way to stop the inevitability of losing their grip on power in Malaysia is to adopt the "Malaysian first" principle as espoused in their own "1Malaysia" slogan.  Their continued racist bent of their political platform will end all hopes of BN ever recovering from their election losses in 2008 and 2013.


Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Tsunami politik berterusan

Posted: 18 Jun 2013 01:13 AM PDT

Keputusan PRU13 lalu dikatakan mempunyai kesinambungan gelombang ‘tsunami politik’ yang mula menular sejak PRU12 telah mengubah landskap politik Malaysia khususnya di kawasan bandar-bandar utama di negara ini.

Menurut Penyelidik dan Penganalisis MySuara, Faizal Riduan, PRU13 berjaya mengekalkan pola pengundian pilihan raya sebelumnya apabila memperlihatkan perubahan ketara susulan ramai pengundi khususnya golongan muda beralih arah kepada parti pembangkang.

“Keadaan ini sekaligus mengesahkan keputusan PRU12 bukan undi protes atau sikap sementara sebagaimana keputusan pilihan raya 1999 dan 1969 yang berjaya dipulihkan BN pada 2004 dan 1974.

“Persoalannya jika BN boleh menerima keputusan yang seberat ini, mengapa tidak PR akur kepada mandat yang telah diputuskan rakyat pada 5 Mei lalu?,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sebelum ini turut membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Participant of the Trash Voting on the 13th th General Election: Malaysia Perspective, International Conference on Goverment Transition and Policy Change di Universiti Yonsei, Korea Selatan.

Pada PRU13, terdapat seramai 13,268,002 pemilih berdaftar iaitu 80.2 peratus daripada keseluruhan 16,550,421 rakyat yang berusia 21 tahun dan ke atas layak mengundi.

Namun hanya 11,256,545 pemilih keluar mengundi iaitu 84.84 peratus daripada pemilih berdaftar.

Daripada jumlah tersebut, BN yang membentuk kerajaan mendapat 5,237,699 undi dan parti-parti pembangkang mendapat 5,816,878 iaitu masing-masing mewakili 47.38 peratus dan 51.67 peratus daripada jumlah pengundi yang keluar mengundi.

Dalam pada itu, Faizal berkata kemenangan majoriti mudah yang diperolehi BN ditolak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa PR lebih berhak membentuk kerajaan kerana mendapat undi popular lebih tinggi iaitu 5,624,011 undi.

“Hakikatnya sejak merdeka, Malaysia menggunakan sistem majoriti mudah, first-past-the-post berasaskan single member constituencies dalam pilihan raya sama seperti amalan di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Kanada dan India. Calon yang mempunyai undi terbanyak (walau beza hanya satu undi) adalah pemenang,” katanya.

Pada PRU3 1969, BN (dulunya Perikatan) hanya memenangi 60 peratus iaitu 95 daripada 144 kerusi Dewan Rakyat dan 162 daripada 282 kerusi Dun dengan tewas di Kelantan dan Pulau Pinang manakala undi popular jatuh ke paras 49.3 peratus.Berbanding pilihan raya 1959 dan 1964, prestasi BN merosot hampir 50 peratus dan buat pertama kali BN kehilangan majoriti di Parlimen serta Dun di Perak dan Selangor.

Undi popular BN sebelum PRU13 ialah 51.7 peratus (1959), 58.5 peratus (1964), 49.3 peratus (1969), 60.7 peratus (1974), 57.2 peratus (1978), 60.5 peratus (1982), 55.8 peratus (1986), 53.4 peratus (1990), 65.2 peratus (1995), 56.5 peratus (1999), 63.9 peratus (2004), 52.2 peratus (2008) dan 47.7 peratus (2013). 

Bagaimanapun BN mendapat perwakilan yang lebih ramai di Dewan Rakyat bermula 1959 dengan mendapat 74 daripada 104 kerusi Parlimen iaitu mewakili 71.1 peratus, 85.6 peratus (1964), 66 peratus (1969), 87.7 peratus (1974), 84.5 peratus (1978), 85.7 peratus (1982), 83.6 peratus (1986), 70.5 peratus (1990), 84.4 peratus (1995), 76.7 peratus (1999), 90.4 peratus (2004), 62.6 peratus (2008) dan 59.9 peratus (2013).

Tambahnya lagi, walaupun terdapat pelbagai ulasan pro dan kontra pasca PRU13, realitinya PRU kali ini menunjukan demokrasi Malaysia bertambah subur dengan sejarah peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 84.84 peratus.

“Pengundi baru pertama kali paling ramai sebanyak 2.3 juta, penyertaan calon bertanding pilihan raya paling ramai dengan 1,900 pencalonan.

“Pertama kali tiada calon menang tanpa bertanding dan pilihan raya tersengit sehingga melibatkan pertandingan tiga hingga tujuh penjuru. Ini semua memberikan pilihan dan peluang lebih baik kepada rakyat,” katanya.

Oleh itu beliau mengigatkan bahawa hasil keputusan PRU13 yang lalu dapat dijadikan iktibar kepada parti BN dan PR untuk menggalakan penyertaan lebih ramai dalam PRU.

“Pada edisi PRU bulan lalu terdapat 2 juta pemilih tidak keluar mengundi dan 3.3 juta lagi tidak mendaftar sebagai pemilih menjadikan keseluruhannya 5.3 juta rakyat Malaysia.

“Jumlah sebesar ini boleh menjadi kuasa ketiga antara BN dan PR, di mana jika mereka mengambil bahahagian maka dipercayai akan memberikan kemenangan lebih besar kepada mereka,” katanya.

Dalam hal ini, beliau menyarankan supaya kedua-dua parti BN dan PR menerima keputusan PRU13 yang lalu.

“Bagi mengelakkan sentimen anti demokrasi maka sudah sampai masanya untuk keputusan PRU13 diterima dan diabsahkan secara perundangan dan moral,” katanya.

Dalam konteks ini menurut Faizal lagi SPR perlu melakukan beberapa pembaharuan.

“SPR perlu memfokus kepada usaha meramaikan penyertaan rakyat dalam pilihan raya dengan mekanisme mesra pemilih. Jika tidak, pilihan terbaik BN dan PR untuk melegitasikan keputusan PRU akan datang ialah dengan menggerakkan kempen pendaftaran pemilih di kalangan rakyat Malaysia.

“BN mungkin boleh berkempen dengen tema “1Undi, 1Malaysia” dan PR dengan tema “Merakyatkan Undi” supaya keputusan PRU-14 selewat-lewatnya pada 2018 adalah muktamad dan tidak mencetuskan keadaan tidak menentu seperti pasca 1969, 2008 dan 2013,” katanya.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on B K Sidhu’s source said “AirAsia X IPO over subscription rate is 3 to 4 times”! by A Small Guy in Star

Posted: 18 Jun 2013 09:59 AM PDT

BK Sidhu is the tak malu type. Her skin is as thick as the elephant skin. She will carry on with her nonsense until more heat is on. Hopefully more blogs will come out to teach a lesson. She is just a lackey of TF and you know lah ….

Comment on B K Sidhu’s source said “AirAsia X IPO over subscription rate is 3 to 4 times”! by Con Job

Posted: 18 Jun 2013 09:16 AM PDT

tf on the Board of the Star so this idiot turned into his slave. Really brainless. Her column should be entitled The Brainless.

Comment on B K Sidhu’s source said “AirAsia X IPO over subscription rate is 3 to 4 times”! by little bird

Posted: 18 Jun 2013 05:26 AM PDT

HELLO. Tony Fernandez is on the board of directors of the Star la.

Comment on B K Sidhu’s source said “AirAsia X IPO over subscription rate is 3 to 4 times”! by mat yo

Posted: 18 Jun 2013 05:09 AM PDT

Tony F is a director of the Star. Enough said.

Comment on En Mohd Shahazwan bin Mohd Harris was appointed as a director of MAS today by Fairus

Posted: 18 Jun 2013 04:54 AM PDT

Muka seperupa si kitol nak jadi director MAS. Kroni Azman Mokthar ini tak layak jadi director MAS. Saya bersetuju Tengku Azmil yang juga didalam Khazanah lebih layak daripada si kitol ini.

Comment on B K Sidhu’s source said “AirAsia X IPO over subscription rate is 3 to 4 times”! by Salleh

Posted: 18 Jun 2013 04:41 AM PDT

She is a typical unprofessional journalist trying hard to suck up to TF. Writing crap and yet the Star give her a space for her to exhibit her bullshit. Deputy New Editor yang tidak tau malu.

Tomorow there will be more advertisements on the AAX IPO to fool us and she might be writing some more rubbish.

Comment on B K Sidhu’s source said “AirAsia X IPO over subscription rate is 3 to 4 times”! by Anonyous

Posted: 18 Jun 2013 04:07 AM PDT

She thought that she is very smart with her rubbish. She was trying to fool us in order to please her master. Another tak malu idiot. She better drink more soya source for her own good rather than taking wholesale from her silly source. A good one YB.

Comment on B K Sidhu’s source said “AirAsia X IPO over subscription rate is 3 to 4 times”! by Joseph Lim

Posted: 18 Jun 2013 01:16 AM PDT

Dont touch anything on AirAsia X. Save your money for other IPOs. Only the Khazanah dunggus will advise GLCs to buy. I hope that BK Sidhu will also buy up the AAX IPO since she was glaringly supporting it all the times.

Comment on B K Sidhu’s source said “AirAsia X IPO over subscription rate is 3 to 4 times”! by Heng

Posted: 17 Jun 2013 10:55 PM PDT

Advertisements are the norm for AsiaAsia. That is the only way to LURE as what B K Sidhu said in her article. She is just another mercenary writer for that pariah.

Comment on B K Sidhu’s source said “AirAsia X IPO over subscription rate is 3 to 4 times”! by Anti Pembohong

Posted: 17 Jun 2013 10:53 PM PDT

Mana boleh predict over subscription? On what basis can one predict over subscription?

If oversubscribe, why need to promote???

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


The Opposition’s new mandate — Nurul Izzah Anwar

Posted: 17 Jun 2013 10:45 PM PDT

The Malaysian Insider | Side Views
JUNE 18, 2013

Thousands of Malaysians voted abroad during the 13th general election. Many more returned from Singapore, Australia, Hong Kong, London and Taiwan, traditionally places with large numbers of Malaysians, to exercise their right to suffrage on May 5th.

This is a peculiar phenomenon.

Why do Malaysians who have found greener pastures abroad feel compelled to return to the country to cast their ballot? This certainly goes against the thesis of Albert O. Hircshman — who argued in a famous treatise in 1970 that when people have the chance to leave, they will, especially if they have found the entity to be increasingly dysfunctional and inefficient.

Malaysia, or rather its government, over the last few decades, has certainly manifested such features.

Concurrently, those who decided to ‘stay back’ would attempt to improve the country by voicing out. Be that as it may, those who have left the country are not expected to express their voices anymore let alone to vote. Yet, vote they did.

The quick and short answer to the above phenomenon is that they care. Indeed, not only do they care about the future of their immediate and extended families still in Malaysia, but they care about Malaysia, period.

And that is where Malaysia draws its greatest pride from — Malaysians and their sense of belonging, of camaraderie.

Beyond caring, they also know, through their collective exposure in Hong Kong, Taiwan and Singapore, if not as far away as United Kingdom, Japan and Australia, that Malaysia has been back-pedaling, especially on issues like corruption and crime let alone in building a vibrant democracy.

Take corruption, for example. The national debt to gross domestic product (GDP) ratio at 54 per cent, it is one per cent shy of the constitutional limit; and this figure is a conservative estimate. When one lumps in the debt of the government linked companies (GLCS), often with the element of corruption still at work, the ratio is easily in the range of the mid-70s.

While many do not like to use the B word (i.e. bankruptcy), the next generation is expected to foot the financial profligacy of the present one. Malaysians abroad share the same concern and anxieties with those at home.

Not surprisingly, up 75 to 85 per cent of the voters abroad, almost without fail, voted for the opposition according to exit polls.

Like the 51 per cent of the people in Malaysia, they chose to throw their lot with Pakatan Rakyat, this despite the fact that Pakatan Rakyat did not have any offices or representatives outside the country.

In fact, one may even wonder if they did so purely to register their disgust with Barisan National, rather than due to any objective attachment to Pakatan Rakyat; a trend that was discernible across all racial groups in urban areas from 2008 onwards.

Even in rural places ostensibly ‘won’ by the government, the establishment is not out of the woods, if ever they can be, due to their indulgent attitude to corruption and sheer exploitation of the natural resources that impacts rural communities directly.

My PAS colleague, Dr Dzukefly Ahmad, noted in a Malay op-ed that of the 11 constituencies with Dayak majority in Sarawak, all of them had experienced a dip of 10 per cent or more in the votes for the government.

This is unprecedented in areas that are customarily the vote banks of the state government. Thus, if Sabah and Sarawak are the ‘fixed deposit’ of the government, the yield is only decreasing, not enlarging.

Yet, this election, has allowed a minority government to be in Putrajaya, the seat of the Malaysian government. Like many in the country and abroad, the opposition is not so much shocked as it is outraged by the ‘enforced limitations’ of the electoral system; some of which are now being legally challenged by Pakatan Rakyat.

The limitations were ‘enforced’ because the Electoral Commission, which was under the Prime Minister’s Office, failed to reform the electoral system in the more than four years available ahead of the recent 13th general election, the ‘disappearing’ indelible ink fiasco included.

Electoral reforms were all the more imperative after repeated rounds of feedbacks from non-governmental groups like Bersih I, II, III, Tindak and Transparency International. But, whether by design or default, they chose to sit tight indifferent to the loud calls for free and fair elections. Even to the extent of allowing tainted electoral rolls to remain on the register, especially in my constituency that is Lembah Pantai.

In moments like these, it is easy to hate the arbitrary nature and high-handedness of the ruling government too. This is all the more the case when the ruling establishment, once again, is showing signs of attempting to remain in power on the sly.

Instead of seeking ‘national reconciliation’ advocated by the Prime Minister, the very first things that the Ministry of Home Affairs and Inspector General Police did was to arrest opposition figures and dissidents. A dragnet was imposed on those who spoke out against the unfairness of the election.

Datuk Ambiga Sreenevasan, the co-chairperson of Bersih, was right to affirm that “the government has been using words (such as national reconciliation), which it doesn’t even understand”; this when the Prime Minister of Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak is also a patron to a Global Movement of Moderates Foundation (GMMF) whose rhetoric is not even echoed by his own immoderate party at home.

But Malaysians near and abroad must not fall into the temptation of blind hate, just as I am reminding myself too. To do so would be to stoop to the level of extreme jingoistic and mirror the narrative of such rabid malicious press like Utusan Malaysia – the UMNO mouthpiece.

On the other hand, Pakatan Rakyat’s demand for substantive action such as the immediate removal of the Election Commission’s leadership before participating in the Prime Minister’s offer of a Parliamentary Select Committee to manage the Election Commission, which now falls under the Prime Minister's Department will test the government’s readiness for reforms.

Indeed, revamping the Electoral Commission is urgently needed, especially on boundary redelineation which have to be completed over the next two years which once again will determine the next election’s fairness.

Beyond electoral petitions and all, the opposition has to govern well in Selangor and Penang, too, without which they would not be able to arrest the growing skepticism of politicians emerging through out the country.

Pakatan Rakyat will continue to push for legislative reform in Parliament, as we have done since Malaysians gave us their mandate. The opposition mandate is to stay vigilant, alert and efficient, even as it is confronting a set of legal electoral challenges. Failure is not an option in the face of an increasingly hawkish and change-resistant minority government of Barisan National.

Indeed our march of history towards democracy will go on even if it is slightly bumpy, facing temporary roadblocks. For a mandate is still a mandate and should be the fodder for continued fortitude, determination and sacrifice for greater democracy in Malaysia.

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/the-oppositions-new-mandate-nurul-izzah-anwar/

Kenyataan Pakatan Mengenai TPPA & Pertemuan bersama MITI

Posted: 17 Jun 2013 08:46 PM PDT

Kenyataan Media
18 Jun 2013
Untuk sebaran segera

PERTEMUAN BERSAMA MITI BERMULA DENGAN PENDEDAHAN TERHAD

Pada Jumaat lepas, 14 Jun 2013, kami bertemu dengan wakil-wakil Kementerian Perdagangan dan Jabatan-jabatan lain berkait yang diketuai oleh Dato' Rebecca Sta Maria, KSU Kementerian serta salah seorang perunding utama bagi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Encik J. Jaya Siri.
Mesyuarat ini berlangsung hanya sehari selepas rundingan yang gagal antara MITI dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). Walaupun kami menghargai jemputan oleh MITI yang melibatkan pihak yang berkepentingan , terutamanya ahli-ahli Parlimen serta Pimpinan Pakatan Rakyat , kami kecewa dengan hakikat bahawa perjanjian TPPA tidak tertakluk kepada pemantauan serta pengawasan parlimen.

Sehubungan itu , rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan kekangan dalam memastikan hak-hak sosio-ekonomi dan kedaulatan negara dihormati dan dilindungi. Rangka kerja undang-undang TPPA yang menyeluruh mampu menyebabkan undang-undang domestik terpinggir manakala pada masa yang sama meletakkan syarikat-syarikat multinasional di kedudukan yang setara dengan negara-negara berdaulat.

Ternyata, pelbagai isu telah di usul semasa perbincangan, yang terdiri daripada isu kawalan kerajaan ke atas pasaran kewangan, penyelesaian pertikaian antara pelabur-negeri (ISDS), harga farmaseutikal dan perubatan, serta kebimbangan umum terhadap kurangnya ketelusan dan maklumat TPP tentang pernyataan rundingan . Semasa dialog itu yang berlangsung selama sejam, perkara yang telah dibangkitkan khususnya:

1) Analisis Kos-Faedah (CBA) pada TPPA
MITI mengakui kewujudan kertas CBA dibentangkan kepada Kabinet pada tahun 2010, iaitu 2010 United Nations Development Programme (UNDP) laporan yang telah ditugaskan oleh Kerajaan Malaysia. Dalam perkembangan yang sedikit positif, kami telah dijanjikan dengan satu salinan laporan dalam masa dua minggu walaupun dilucutkan daripada jawatan berunding.

2) Kawalan Kewangan dan Kebebasan
MITI memberi jaminan lisan bahawa tiada kerugian atau pencabulan hak kedaulatan Malaysia untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi dan kawalan modal dengan menandatangani TPPA itu. Walau bagaimanapun, pendedahan terbaru di dalam pernyataan rundingan Australia tentang kawalan modal, wujudnya sebarang peruntukan yang terkandung di dalam FTA yang lain dan telah ditandatangani oleh Amerika Syarikat memaksa kita untuk kita terus kekal bersedia supaya hak tersebut tidak hilang.

Selain itu, tiada maklumat pada semua rangka kerja mengenai pengurusan mengeksploitasi, penerokaan dan pembangunan hidrokarbon negara masing-masing dan sumber mineral. Ia sesuatu yang penting untuk meredakan kebimbangan dan tidak membenarkan syarikat asing untuk mendesak hak mendapatkan sumber semula jadi kita berdasarkan terma-terma TPPA itu.

3) Kos Kesihatan
Berhubung dengan hak harta intelek untuk farmaseutikal, kami diberitahu oleh MITI dan Kementerian Kesihatan bahawa mereka menyasarkan untuk mencari keseimbangan antara menggalakkan inovasi dan memastikan ubat-ubatan yang berpatutan. Kami juga diberitahu bahawa perbincangan masih berterusan dan tiada peruntukan yang berkaitan telah mencapai fasa berasaskan pernyataan.
Isu berganda di atas data empunya dan lanjutan tempoh eksklusif adalah amat penting bagi Malaysia-kita tidak boleh tewas di dalam perbandingan harga dengan penyertaan di dalam perbahasan.

Malah, masa semakin suntuk memandangkan pusingan dan rundingan TPPA seterusnya akan diadakan pada bulan Julai 2013 dan peryataan muktamad dijangka berakhir pada Oktober 2013. Walaupun kita fahami bahawa beberapa tahap kerahsiaan yang diperlukan dalam semua rundingan perdagangan secara terperinci, kita bimbang kerana kurangnya penglibatan menyeluruh terhadap orang awam mengenai prinsip-prinsip asas kedaulatan dan kesan sosio-ekonomi TPPA itu.
Kami memuji MITI kerana menganjurkan mesyuarat dan berjanji agar kita mempunyai salinan laporan yang ditapis UNDP dalam masa dua minggu lagi. Walau bagaimanapun, kami tetap komited untuk memperjuangkan ketelusan dan penglibatan awam yang lebih tinggi berbanding dengan negara-negara terhadap semua aspek TPPA itu. Demi kepentingan umum masyarakat , kami akan menggesa agar sebuah Jawatankuasa Pilihan Parlimen kedua-dua parti di TPPA ditubuhkan dengan segera. Kami amat prihatin mengenai keperluan untuk berahsia seiring dengan rangka kerja dan akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab kami sebagai penjaga amanah rakyat. Kami juga mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa amanah rakyat adalah tertumpu pada pendedahan yang telus dan bertanggungjawab.

Kepimpinan Pakatan Rakyat
NURUL IZZAH ANWAR
CHARLES SANTIAGO
WONG CHEN
DZULKEFLY AHMAD

—–

Media Statement
18 Jun 2013
For Immediate Release

MITI ENGAGEMENT BEGINS WITH PROMISE OF LIMITED DISCLOSURE

Last Friday, 14 June 2013, we met with MITI representatives led by Dato Rebecca Sta Maria, the KSU of the Ministry as well as one of the lead negotiators of the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), Mr J. Jaya Siri.

Our meeting was timely, just a day after the failed dialogue between MITI and Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). While we appreciate the overtures made by MITI in engaging stakeholders, especially Opposition Parliamentarians and leaders, we remain unsatisfied by the fact that the TPPA is not subject to parliamentary oversight.

This being the case, Malaysians face limitations in ensuring that our socio-economic rights and the nation’s sovereignty are respected and protected. The TPPA's overarching legal framework could render domestic laws subservient and put multinational corporations on stronger if not equal footing as governments.

Many issues were brought to the fore during the discussion, ranging from sovereign control over financial markets, investor-state dispute settlements (ISDS), pharmaceutical and medical prices, as well as the general anxiety over the lack of transparency and information the TPP negotiating texts. During the dialogue that lasted an hour, the following concerns were raised in particular:

1) Cost-Benefit Analysis (CBA) on the TPPA:

MITI admitted the existence of a CBA paper presented to the Cabinet in 2010. i.e. the 2010 United Nations Development Programme (UNDP) report that was commissioned by the Government of Malaysia. On a slightly positive note, we were promised a copy of the said report in two weeks’ time although stripped off its negotiating positions.

2) Financial Controls and Freedom

MITI gave verbal assurance of no loss nor dilution of Malaysia’s sovereign rights to implement economic and capital control policies by signing the TPPA. However, the recent disclosure of leaked Australian negotiation text on capital controls, and the existence of such a provision in other FTAs that the United States has signed, compels us to remain highly vigilant of the possibility of losing such rights.

Additionally, there has been no information at all on the framework on managing the exploitation, exploration and development of the respective countries’ hydrocarbon and mineral resources. It would be pertinent to allay the fears as not to allow a foreign corporation to forcefully insist on its right to extract our natural resources based on the terms of the TPPA.

3) Costs of Healthcare

With regards to intellectual property rights to pharmaceuticals, we were informed by MITI and the Health Ministry that they aim to find a balance between promoting innovation and ensuring access to affordable medicines. We were also informed that discussions are still on-going and no related provisions have reached the text-based phase.

The twofold issues of proprietary data and extension of exclusivity period are very important for Malaysia –we must not lose out access in the price versus access debate.

Indeed, time is running out since the next round of TPPA negotiations will be held in July 2013 and the final text is expected to conclude in October 2013. Whilst we understand that some level of secrecy is required in all detailed trade negotiations, we are alarmed by overall lack of engagement with the general public on the fundamental principles of sovereignty and socio-economic impact of the TPPA.

We applaud MITI for organizing the meeting and promising to let us have a censored copy of the UNDP report in two weeks’ time. However, we remain fully committed to fighting for greater transparency and more public engagement vis-à-vis all aspects of the TPPA. In the interest of the public at large, we would urge a bipartisan Parliamentary Select Committee on TPPA be set up immediately. We are mindful of the necessary confidentiality that comes with such a framework and will strive to fulfill our responsibility as custodians of the people's trust. We also remind the government of Malaysia that the people’s trust is predicated on transparent and responsible disclosure.

Pakatan Rakyat Leadership
NURUL IZZAH ANWAR
CHARLES SANTIAGO
WONG CHEN
DZULKEFLY AHMAD

Nuffnang