Jumaat, 1 Julai 2011

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Menaiktaraf Sekolah Agama Bandar Baru Bangi

Posted: 01 Jul 2011 04:39 PM PDT

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Posted: 01 Jul 2011 07:14 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[独立新闻在线] 709集会与沙末赛益的“文学启蒙”

Posted: 01 Jul 2011 10:43 AM PDT

This is indeed the Poem of the Year..

Unggun-bersih     ~ A Poem by A Samad Said

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(More......)

Panduan Bagi Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 (Pls read, very useful tips)

Posted: 01 Jul 2011 09:10 AM PDT


Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai 2011 (Sabtu), Jam 2 Petang Di Kuala Lumpur (Lokasi : Masjid Kg. Baru, Sogo & Bangunan DBKL). 

~~Aman Dan Tanpa Senjata.

 

Tuntutan Bersih 2.0 :

  1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media Yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 :

Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.

 

Kedudukan Parti-Parti Politik Termasuk PAS :

(More......)

净选盟2.0参加者指南(中译版)

Posted: 01 Jul 2011 08:27 AM PDT

净选盟2.0之诉求

- 自动成为选民制度

- 改革邮寄选票制度

- 使用不褪色墨水

- 各党派公平近用媒体权

- 最少21天竞选期

- 强化选举相关机构体制

- 使贿选销声匿迹

净选盟2.0一直以来积极推动选举改革,但我们的要求如石沈大海。净选盟2.0认为,是时候让那些取得人民委托的国家行政者“听听人民的声音”。全球各地都响起争取更加民主之社会的声音,我们诚意邀请当权者倾听之

净选盟2.0加倍强调以下几点:人民要求选举改革,强化公共机构职能,坚定立场对付社会各阶层之贪污行为我们强调,此倡议为公民社会发起,但诚意邀请全部政党加入我们的行列,与人民一起推动丶守护这块土地的民主。

(More......)

[eTVMsia] 媒眼看焦点@国会走廊提早出现黄潮,人心黄黄?

Posted: 01 Jul 2011 05:50 AM PDT

净选盟跟进报导:国会今早也有逾20名民联议员相约穿上"黄金甲",让国会走廊提早出现黄潮。人心黄黄?
旁人观点VT访问:潘俭伟、张念群、古玉粱。
1) 多项活动改地点改名称,反映民间组织的机动性与灵活多变?净选盟遭万般打压仍势在必行?
2) 首相说街头游行,无法解决问题。在茉莉花革命,以及许多成功游行的国家看来,怎么诠释这句话?
3) 选委会说净选盟不够干净,遭反对党利用。选委会在整个事件沦为配角?
4) 警察继续逮捕,是经过策划的吗?为何不估计形象?不担心引起更大反弹?

Ketika kerajaan Barisan Nasional menerusi Kementerian Dalam Negeri membuat keputusan mengharamkan pemakaian baju-T berwarna kuning dengan tulisan ‘BERSIH’ dan sesiapa yang memakainya boleh ditangkap, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah mengambil pendekatan untuk menimbulkan gelombang kuning di Dewan Rakyat pada 30 Jun 2011.

Ahli-ahli Parlimen wanita Pakatan Rakyat seperti Saudari Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dilihat mengenakan pakaian berwarna hampir kekuningan sementara Saudari Teo Nie Ching (DAP-Serdang) memakai baju kurung kuning. Di amping itu, wakil rakyat lelaki dari Pakatan pula memakai tali leher berwarna kuning. Di antara mereka adalah Ahli Parlimen Shah Alam Saudara Khalid Abd Samad, Saudara R Sivarasa (PKR-Subang), Saudara Tian Chua (PKR-Batu), Saudara M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Saudara Johari Abdul (PKR-Sungai Petani).

Selain itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Bakri Saudara Er Teck Hwa pula mengenakan baju-T BERSIH di sebalik baju kot hitam yang dikenakannya bersama tali leher berwarna gelap.

(More......)

警方何时做回本分,抓拿罪犯?

Posted: 01 Jul 2011 12:39 AM PDT

For translation in English, please click here.

民主行动党全国副宣传秘书张念群严励谴责对不法人士,对两名槟州行动党议员即黄伟益和章瑛作出含有威胁甚至“死亡”意味的恐吓行径,这绝对是一种懦弱和不负责任的做法。
 
她呼吁警方,应集中火力对付这些极端份子,而不是滥用警力去对付净选盟2.0的支持者 ,以及展开大规模逮捕穿著黄衣人士的行动。
 
她形容,穿黄衣不会威胁到任何人,可是对人民代议士泼青潻和挂死鸡,绝对是一种人身威胁,警方必须采取有效行动揪出滋事者。
 
也是沙登区国会议员的张念群今天发表文告说,光大州议员黄伟益和大山脚国会议员章瑛的遭遇,让她想起今年初,两名青年凌晨时分在锡米山行动党新加影支部党所的大门处,吊上一只割断颈项的死鸡,以及贴上一张用血红颜色书写的字条向她发出死亡威胁的事件。
 
(More......)

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Antara bersih jiwa - Bersih 2

Posted: 30 Jun 2011 11:35 PM PDT








PERADABAN sentiasa menawarkan ruang dialog bagi mengelak sebarang konflik akibat perbezaan konsep dan persepsi daripada terus menjadi sengketa.

Dialog bertujuan menjadi jambatan merapatkan perbezaan kerana daripada perbezaan itulah manusia perlu belajar. Manusia belajar memahami dan menerima sesuatu yang dapat membawa kepada kehidupan yang sempurna.

Dalam melaksanakan peranan tersebut, manusia diberikan keupayaan berkomunikasi bagi menjelaskan sesuatu pendirian atau pendapat mengenai sesuatu yang menjadi bahan utama konflik.

Antara kedua-dua pihak boleh melakukan tawar-menawar sehinggalah mereka memperolehi satu titik persefahaman, yang akhirnya titik persefahaman itu menjadi keputusan bersama. Pada akhirnya, kedua-dua belah pihak bersetuju dan saling menghormatinya.

Berasaskan peristiwa Israk dan Mikraj yang ditempuhi oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada malam 27 Rejab, tahun 12 kenabian baginda atau 18 bulan sebelum berhijrah ke Madinah, penetapan waktu sembahyang telah difardukan kepada umat Islam.

Pada malam Nabi Muhammad SAW dibawa oleh Malaikat Jibrail menemui Allah SWT, baginda telah diperintahkan ibadat sembahyang sebanyak 50 waktu sehari semalam.

Perintah itu pada mulanya diterima tanpa bantahan oleh Nabi Muhammad SAW tetapi selepas bermunajat dan bertemu dengan Nabi Musa AS, memohon agar baginda kembali menemui Allah SWT, merayu agar mengurangkan jumlah waktu bersembahyang.

Proses itu berlangsung sebanyak sembilan kali, dan setiap kali merayu, Allah SWT mengurangkan waktu sembahyang sebanyak lima kali sehari semalam.

Sampai kepada rayuan terakhir, baginda merasakan jumlah yang diwajibkan itu adalah satu tanggungjawab boleh dilakukan oleh setiap Muslim, atau dengan kata lain, lebih praktikal berbanding pada asalnya sebanyak 50 waktu.

Peristiwa ini memberikan gambaran bahawa, walaupun sembahyang itu merupakan perintah Allah SWT, pentafsiran terhadap peraturan itu boleh dirunding dan dibincangkan sehingga mencapai tahap persetujuan kekal, yang wajib dipatuhi oleh setiap orang yang beragama Islam. Cuma yang tidak boleh dirundingkan ialah perintah supaya mengerjakan sembahyang.

Dalam hal ini, ruang komunikasi terhadap sesuatu perkara yang bersangkutan budaya hidup manusia sentiasa terbuka luas, kerana perbincangan dan ruang komunikasi itulah akan menjadikan manusia lebih memahami fungsi sebenar kenapa ia dicipta.

Perhimpunan Bersih 2 jelas membuktikan adanya segelintir manusia yang cuba mencari pengaruh dengan mengeksploitasikan perasaan orang lain bagi mencapai cita-cita peribadinya.

Ini amat bertentangan dengan semangat Israk dan Mikraj yang merupakan mukjizat terbesar yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW dan berbeza daripada mukjizat yang diterima oleh para nabi lain sebelum baginda.

Persoalannya, sebelum dibawa menemui Allah SWT, Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu disucikan hatinya melalui suatu pembedahan bagi mengeluarkan seketul daging hitam.

Daging hitam itu dikenal pasti tempat bersarangnya penyakit was-was dan bisikan syaitan yang sentiasa berusaha menyanggah perintah Allah SWT untuk membuat kebaikan.

Perhimpunan Bersih 2 juga boleh disifatkan dipenuhi dengan bisikan hati yang berbaur syaitan kerana mereka yang menuntut itu sebenarnya lebih mengutamakan kepentingan diri berbanding kepentingan negara.

Dalam konteks itulah, sekelompok penganjur tidak boleh memahami bahawa peraturan yang sedia ada adalah untuk menjamin kestabilan dan ketenteraman awam.

Tuntutan mereka juga tidak jelas maksudnya. Mereka hanya memperjuangkan bahawa suatu sistem pilihan raya mestilah dilaksanakan secara adil dan bersih, tetapi dalam amalan kelompok tersebut mereka telah banyak menimbulkan keresahan dalam kalangan pengundi.

Setiap kali pilihan raya kecil dilaksanakan, pada hari penamaan calon mereka sudah mempamerkan aksi ganas: membaling botol, mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun dan tidak kurang dengan tindakan provokasi yang boleh menyebabkan perbalahan.

Sebagai makhluk yang lemah dan terbatas kemampuan diri, kita seharusnya dapat menerima setiap peraturan itu dengan seikhlas mungkin bagi menjamin sesuatu sistem itu berjalan dengan sempurna. Jika selepasnya kita mendapati sistem tersebut perlu diperbaiki, maka kita seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk mencadangkan perubahan.

Dalam sistem politik dan pentadbiran Malaysia, perubahan sesuatu peraturan yang termaktub sebagai undang-undang perlulah dilakukan melalui perdebatan di Dewan Rakyat.

Wakil Rakyat yang dipilih merupakan pihak yang menggubal dan memutuskan sesuatu undang-undang. Ia disahkan melalui keputusan bersama dan setelah diluluskan, tidak ada lagi pihak yang boleh mempersoalkannya. Ia mesti dihormati oleh semua orang.

Maka dalam perspektif itu, tuntutan kelompok yang menggunakan demonstrasi jalanan sebagai platform untuk mendapatkan keputusan meminda undang-undang adalah satu bentuk budaya barbarian, budaya masyarakat yang tidak bertamadun, budaya yang berasaskan kekuatan fizikal.

Budaya masa kini lebih mengutamakan kepada kepintaran intelektual dan kebolehan berunding. Budaya masa kini adalah budaya yang bukan bersifat memaksa, tetapi dipenuhi dengan nilai-nilai menghormati orang lain dengan melakukan proses komunikasi dan perundingan.

Jika pun kelompok yang melihat ada kelemahan peraturan dalam sesebuah sistem, mereka sepatutnya berusaha berdialog dan seterusnya mencari jalan penyelesaian secara berhemah. Di sinilah nanti akan mendapat keberkatan dan nikmatnya hidup sebagai manusia yang beradab dan bersusila.

Nabi Muhammad SAW terpaksa dibersihkan dulu hatinya sebelum dibawa oleh malaikat untuk menemui Allah SWT dan menerima perintah bersembahyang sebagai tiang agama.

Maka, hakikat ini perlu dijadikan asas yang kuat oleh mereka yang ingin mengambil peluang berhimpun dan melancarkan gerakan Bersih 2.

Sebelum menjadikan jalan raya sebagai platform, mereka sepatutnya cuba membersihkan prasangka yang ada dalam diri sehinggalah boleh menerima sesuatu keputusan secara berhemah.

Jika prasangka tidak dibersihkan, tahapan susila akan menjadi semakin buruk apatah lagi bila berhadapan dengan pelbagai tekanan (termasuk tekanan persekitaran yang panas oleh panahan sinar matahari dan perasaan yang terbakar kerana tercabar), dan amat jarang berlaku perhimpunan jalanan berakhir dengan ketenangan, terutama bila dalam kumpulan yang terlalu ramai dan sukar dikawal. Inilah natijah yang harus menjadi pertimbangan.

Sebagai orang Islam dan sentiasa mengingati peristiwa Israk dan Mikraj, kita seharusnya merenung hakikat kehidupan kita sebagai manusia yang dipenuhi tanggungjawab, dilingkari dengan peraturan, diikat oleh budaya dan susila agar tidak mudah terjerumus dalam kancah emosi sempit dan mendidih.

Kita sebagai manusia yang sentiasa diingatkan agar melakukan sesuatu secara ikhlas, sederhana dan berhemah, maka sifat-sifat itulah yang memartabatkan kita sebagai makhluk terbaik dan paling sempurna.

Jika Rasulullah SAW sendiri menjalani pembersihan jiwa dalam peristiwa Israk Mikraj itu, apatah lagi kita umatnya yang kerdil ini? Jiwa yang bersih tidak akan tergamak menimbulkan kekotoran (kekacauan) ke atas orang lain (khalayak) kerana bagi si pemilik jiwa sebegini, agenda peribadi adalah 'seteru' yang perlu dijinakkan.


DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Ahli Pas persoal konsep negara berkebajikan

Posted: 30 Jun 2011 11:32 PM PDT

UMAR ZAIN
Pasir Puteh, Kelantan

ARTIKEL saudara Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia 23 Jun berhubung konsep negara berkebajikan menarik untuk diberi perhatian. Dengan membuat perbandingan sedemikian, kita percaya ia akan memudahkan kefahaman mengenai konsep dan definisi negara berkebajikan sebagaimana yang ingin dilakukan oleh Pas.

Baru-baru ini, sewaktu pulang ke Kelantan, saya sempat meninjau pandangan beberapa rakan lama yang walaupun berbeza haluan dan ideologi masing-masing tetapi masih akrab berhubung.

Selepas berbincang dengan mereka yang juga ahli Pas, ramai beranggapan isi kandungan negara berkebajikan itu sendiri bukanlah sesuatu yang begitu penting berbanding kesan yang diingini oleh kepimpinan parti tersebut setelah menilai perjalanan parti itu selepas bekerjasama dalam satu pakatan. Walaupun pandangan tersebut bukanlah mewakili pandangan majoriti dalam Pas, ia signifikan dan menarik untuk diteliti.

Perubahan strategi Pas itu bermakna mereka melakukan pengorbanan yang terlalu besar dengan meminggirkan perkara-perkara yang begitu sentimental kepada para pengikutnya.

Misalnya, sebahagian pengikut Pas di Pasir Puteh menyatakan kekesalan mereka dengan menggelarnya sebagai 'strategi mempermainkan keimanan'.

Apa tidaknya, kata mereka, setelah berhempas pulas berjuang selama 30 tahun memperjuangkan penubuhan Daulah Islamiyah, tiba-tiba bertukar kepada negara berkebajikan.

Menurut mereka lagi, mendengar sebutannya sahaja pun sudah berbunyi sekular sepertimana negara kebajikan di Eropah.

Pengikut Pas ini mungkin tidak faham bagaimana perubahan itu dibuat berasaskan strategi yang dicanai hasil perbincangan ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Kepada mereka, Pas ialah Pas asal yang sepenuhnya komited terhadap perjuangan penubuhan negara Islam dengan segala komponennya, termasuklah pelaksanaan hukum hudud sebagai simbol utama keislaman sesebuah negara menggantikan perlembagaan dan undang-undang tinggalan penjajah.

Lebih dikesalkan, apabila mereka membandingkan dengan dua lagi parti komponen pakatan, iaitu DAP dan PKR tidak perlu pun melakukan sebarang penyesuaian terhadap dasar mahupun strategi parti.

DAP tetap berkeras sejak dulu dengan perjuangan meritokrasi Malaysian Malaysianya manakala PKR berterusan dengan dasar sekular. Mengapakah cuma Pas sahaja yang perlu berkorban dan berkompromi sehingga menghampiri perubahan perlembagaan parti tersebut?

Rakan Pas ini juga berhujah bahawa Pas pernah dibuktikan sejarah sebagai king maker kerana kekuatan jenteranya, sehingga mampu memberi tumpang kepada PKR malah DAP dalam membawa kemenangan di sesetengah kawasan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semasa itu, mereka tidak pun berkompromi mahupun merasa rendah diri terhadap dasar dan prinsip, mahupun strategi yang diatur oleh pemimpin parti mereka.

Mereka turut bimbang bahawa konsep negara berkebajikan ini suatu strategi yang gopoh, yang tidak dicerna dalam perbincangan dengan semasak-masaknya.

Pengikut tidak dimaklumkan sebarang perubahan, sehinggalah tiba-tiba diumumkan dalam ucapan dasar presiden dalam muktamar berkenaan.

Paling membimbangkan ialah apa yang dibuat akan kelihatan kepada rakyat Malaysia, Pas bukan lagi parti yang sepenuhnya memperjuangkan Islam.

Pas hanya memperjuangkan parti, bukan Islam itu sendiri. Perjuangan Islam telah terpisah sama sekali dari parti Pas.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Serangan Ke Atas Anak YB Iskandar A. Samad : Polis Digesa Menyiasat Dari Segala Sudut.

Posted: 01 Jul 2011 04:21 AM PDT

Saya amat berharap pihak Polis akan menyiasat dari segala sudut di dalam kejadian serangan ke atas anak saya di Pulau Pinang awal pagi Rabu.

Anak saya seorang pelajar semester kedua sebuah IPTA telah ditumbuk, disepak dan ditikam bertubi-tubi di sebuah pangsapuri di Seberang Jaya yang disewanya bersama 2 orang pelajar lain.

Pada lebih kurang jam 3 pagi, lima orang lelaki berjaya memasuki pangsapuri itu setelah mengaku diri mereka anggota Polis.

Setelah dibenarkan masuk, mereka telah menggari 2 orang rakan anak saya dan terus menyerang dan menikam anak saya.

Selepas mencederakan beliau, mereka telah membawa lari komputer riba, telefon bimbit dan dompetnya.

Pada pendapat saya, kejadian ini bukan kes rompakan biasa kerana,

1) Mereka datang ke pangsapuri itu bertujuan untuk mencari anak saya dengan memanggil nama penuhnya.

2) Mereka hanya menyerang anak saya dan tidak rakan-rakannya.

3) Mereka hanya membawa lari barang-barang anak saya dan tidak rakan-rakannya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis yang sedang menjalankan siasatan.

Saya amat menghargai akan kerjasama pihak Polis yang memaklumkan kepada saya status penyiasatan yang sedang berjalan.

Walau bagaimanapun saya berharap pihak Polis akan menyiasat dari semua sudut termasuk sudut politik.

Lebih-lebih lagi kita berada di dalam suasana di mana pihak media setiap hari meniup api permusuhan di kalangan rakyat dengan pembohongan bahawa terdapat pihak yang mahu mencetuskan huru hara. Mereka juga sentiasa berusaha untuk melaga-lagakan rakyat dengan hasutan-hasutan yang meracuni fikiran mereka.

Tetapi walau apa sekalipun motif serangan tersebut, saya berharap mereka yang bertanggung jawab akan ditahan dan didakwa secepat mungkin demi keselamatan pelajar-pelajar lain dan masyarakat di Seberang Jaya amnya.

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah menyelamatkan anak saya dari kecederaan yang lebih parah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu beliau ketika saat yang mencabar ini terutamanya kakitangan institut pengajian tinggi beliau, pihak hospital, pihak Polis, rakan-rakan beliau dan orang ramai yang telah sudi membantu.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan /
ADUN Chempaka
1 Julai 2011

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.


Soalan-soalan Lisan & Bertulis dari YB untuk Sidang DUN Johor

Posted: 01 Jul 2011 02:56 AM PDT

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on The Stop Work Order for KP Property Sdn Bhd by Anonymous

Posted: 01 Jul 2011 01:48 AM PDT

Salah maksud isi kandungan surat tersebut. Mana boleh arah “Memberhentikan Kerja-Kerja Pembinaan di tapak bina”. Sepatutnya kata “tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja pembinaan diluar masa kerja yang dibenarkan”. Boleh saman DBKL nie.

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 30 Jun 2011 09:49 PM PDT

Kepada Semua Pengadu-pengadu di Blog YB.

Saya merujuk kepada aduan-aduan Sdr/Sdri,
berikut adalah beberapa maklumbalas yang pihak kami terima daripada pihak DBKL.

1. Hentian Bas Di Jalan Genting Klang

Pihak Jabatan Kerja Awam DBKL memaklumkan bahawa kerja-kerja memasang papan tanda “Hentian Bas” dan “road marking” berhampiran pasaraya Courts akan dimulakan minggu ini.

2. Halangan Lalulintas Di station LRT Wangsa Maju.

Pihak DBKL memaklumkan tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan-kenderaan yang di letakan di tepi-tepi jalan di kawasan Station LRT dan berhampiran kedai-kedai makan akan diambil tindakan. Dimana keadaan tersebut telah dikenal pasti menyebabkan berlakunya kesesakan dan halangan lalulintas di kawasan berkenaan terutamanya pada waktu-waktu puncak.

3. Bekas Tapak Setinggan berhampiran Ria Kondominum.

Walaupun bukan di dalam kawasan Wangsa Maju tetapi pihak kami telah cuba menghubungi Pejabat DBKL Setiawangsa, pihak kami dimaklumkan bahawa masalah tersebut telah di panjangkan ke Jabatan Seni Taman Dan Kesihatan untuk diambil tindakan selanjutnya.

3. Bunyi Bising Dari Gangguan Rel LRT Dan PA System di Station LRT Wangsa Maju.

Pihak kami dimaklumkan pihak Rapid KL telah pun mengambil langkah-langkah perlu dengan membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap operasi di Station LRT Wangsa Maju.

Melalui surat yang dihantar kepada pihak kami, pihak Rapid KL memaklumkan bahawa tindakan mengurangkan bunyi bising di Station tersebut telah di lakukan dan kadar bunyi sekarang adalah ditahap bunyi yang dibenarkan.

Kepada penduduk-penduduk sekitar bolehlah memaklumkan kepada pihak kami sekiranya kadar bunyi tersebut masih menganggu kepada penduduk-penduduk dan pihak Rapid KL bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Dan pihak kami juga akan terus mendapatkan maklumbalas dan jawapan terhadap aduan-aduan yang belum selesai dan akan memaklumkan kepada Sdr dari masa ke semasa. Sekiranya pihak Sdr/Sdri inginkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi saya di no.0122186929 demi memastikan persekitaran Wangsa Maju selamat dan selesa untuk kita diami.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


7月9日是商家们赚大钱的绝佳良机

Posted: 01 Jul 2011 11:19 AM PDT

SUARA PERAK

SUARA PERAK


PROJEK RM5.8b untuk Syarikat 'dormant'?

Posted: 30 Jun 2011 08:19 PM PDT

POLIS DAH MELAMPAU!

Posted: 30 Jun 2011 07:46 PM PDT

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Deputy IGP: No more discussions over rallies

Posted: 30 Jun 2011 11:42 PM PDT

By Teoh El Sen July 1, 2011 | Free Malaysia Today KUALA LUMPUR: The police will no longer seek to negotiate or discuss with the organisers of the July 9 rallies, be it from Bersih, Perkasa, or Umno Youth. Their stand is clear: The rallies will not be allowed. The nation's number two police officer, [...]

TV, radio told to demonise Bersih rally

Posted: 30 Jun 2011 11:38 PM PDT

By Lee Way Loon Jul 1, 11 | MalaysiaKini With the Bersih 2.0 rally just around the corner, the authorities have launched a media campaign to label the rally as an illegal gathering to the extent that TV stations are required to submit daily reports detailing their news coverage on the rally. Malaysiakini learnt that [...]

Police to make sure July 9 rallies do ‘not take place’

Posted: 30 Jun 2011 11:32 PM PDT

By Shazwan Mustafa Kamal July 01, 2011 | The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, July 1 — The police have shut out all forms of negotiations with organisers of the upcoming July 9 rallies, with Datuk Khalid Abu Bakar warning today that the police will make sure the rallies do not take place. The Deputy Inspector-General [...]

Religious council throws its weight behind all three rallies

Posted: 30 Jun 2011 11:26 PM PDT

By Tarani Palani July 1, 2011 | Free Malaysia Today KUALA LUMPUR: The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) has thrown its weight behind all three planned rallies on July 9. The organisation which propagates religious harmony said that the "supreme law" of the court, the Federal Constitution guarantees the [...]

Of songkoks, uniforms and managing expectations

Posted: 30 Jun 2011 11:18 PM PDT

by Zairil Khir Johari July 01, 2011 | The Malaysian Insider JULY 1 — I must admit to feeling a tad slighted when I read the recent reports of my friends and fellow comrades turning up on the first day of the Sarawak State Assembly in lounge suits instead of the ceremonial “number one” dress [...]

Open Letter – Cabinet should end the “madness” unleashed in past week

Posted: 30 Jun 2011 06:00 PM PDT

The Prime Minister, Deputy Prime Minister, Cabinet Ministers. Cabinet should end the "madness" unleashed in past week with police required to arrest those wearing the Bersih 2.0 T-shirt, yellow virtually becoming a colour of crime and "Bersih" a dirty word I am writing this short Open Letter to the Prime Minister, the Deputy Prime Minister [...]

Bersih rally a turning point for democracy

Posted: 30 Jun 2011 12:29 PM PDT

by Kim Quek The Malaysian Insider Jun 30, 2011 JUNE 30 — Amidst the frenzy of draconian measures to prevent the July 9 Bersih rally from taking place, many Malaysians have begun to wonder: Has Malaysia descended into a state of lawlessness? No sooner had the home minister declared that wearing the yellow Bersih T-shirt [...]

I’ll wear yellow baju raya

Posted: 30 Jun 2011 12:10 PM PDT

by Mohd Syahir Sulaiman The Malaysian Insider Jun 30, 2011 JUNE 30 — Semakin lara kita didera bara, kita laungkan juga pesan merdeka, demokrasi sebenderang mentari, sehasrat hajat semurni harga diri — A. Samad Said. Yellow symbolises wisdom. July 9th is just around the corner, and talks get heated up in every corner, from Facebook [...]

Malaysia’s season of fear

Posted: 30 Jun 2011 11:48 AM PDT

by Praba Ganesan The Malaysian Insider Jun 30, 2011 JUNE 30 — "Have you no sense of decency, sir, at long last? Have you left no sense of decency?" Joseph Welch, the attorney representing the US Army, asked this of Senator Joseph McCarthy at the height of the series of "witch-hunts" under the guise of [...]

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Jadikan masjid zon bebas berdakwah

Posted: 30 Jun 2011 01:11 PM PDT

Marang 30 Jun : Kerajaan sepatutnya menjadikan masjid sebagai zon bebas berdakwah dengan membuka ruang ruang kepada semua ulamak untuk berdakwah.

Dengan cara ini masjid insyaAllah akan sentiasa dipenuhi oleh golongan yang mencari-cari kebenaran ilmu. Ini juga akan membuatkan orang ramai akan menjadi lebih kritis dan peka dengan sesuatu isu agama yang baru.

Kepentingan menjadikan zon bebas berdakwah itu juga akan membantu percambahan fikiran masyarakat agar dapat membandingkan sesuatu perkara dengan bebas tanpa pemikiran mereka condong kepada sebelah pihak sahaja.

Saranan ini dizahirkan oleh ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah, sebagai cadangan balas kepada Umno yang ketika ini masih tercari-cari formula untuk mengimarahkan masjid-masjid di Terengganu.

Di dalam laporan Sinar Harian rabu lalu, Dato' Nasir Ibrahim Fikri dilaporkan tidak berpuashati dengan jumlah kehadiran jemaah ke masjid-masjid kerajaan yang dianggap oleh beliau sebagai mengecewakan.

Beliau dengan sewenang-wenangnya melabelkan rakyat sebagai tidak bersyukur dengan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan kepada masjid-masjid itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu kemudiannya menyarankan agar masjid dijadikan sebagai pusat ilmu dan kegiatan kemasyarakatan agar ianya menjadi tempat berhimpunnya masyarakat setempat.

Dengan ini mengikut pandangannya, kemudahan dari kerajaan itu tidak disia-siakan begitu sahaja.

Akan tetapi menurut Ustaz Mohd Nor, cadangan menjadikan masjid sebagai pusat ilmu itu tidak akan berkesan sekiranya masjid-masjid tersebut masih diselubungi oleh pemikiran kolot bahawa semua masjid-masjid kerajaan adalah milik Umno.

"Bebaskan dahulu masjid dari himpitan idealogi Umno iaitu dengan menganggap masjid-masjid itu milik mutlak Umno,"katanya

Dengan PAS telah berjaya membuktikan ahli-ahlinya sentiasa berusaha mengimarahkan masjid, Ustaz Mohd Nor seterusnya menyarankan sepatutnya contoh daripada ahli-ahli PAS itu dijadikan panduan oleh Umno

Piow With You 文标与你

Piow With You 文标与你


Posted: 30 Jun 2011 09:20 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


LAWATAN DATO' HAJI PHAHROLRAZI KE MAJLIS ISRA' MIKRAJ DI PAS CAWANGAN ALOR IBUS

Posted: 30 Jun 2011 10:18 PM PDT






















:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Putera Albert 11 digesa pulangkan derma Rosmah

Posted: 01 Jul 2011 02:00 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Putera Albert II supaya memulangkan derma 100,000 euro yang disumbangkan oleh isteri perdana menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

Badan pejuang alam sekitar, Bruno Manser Fund (BMF), "mengesyaki" derma itu mungkin dibiayai Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang mereka dakwa bertanggungjawab terhadap kegiatan pembalakan yang memusnahkan hutan di negeri ini.

"Sumber 100,000 euro (RM437,500) itu adalah tidak jelas, dan oleh itu, dana tersebut tidak sepatutnya diterima oleh Yayasan Putera Albert.

"Kami mencadangkan Albert memulangkan wang tersebut kepada masyarakat Penan, golongan paling terpinggir di Malaysia, bagi menyokong perjuangan mereka untuk mempertahankan hutan daripada pembalakan," kata BMF dalam satu kenyataan akhbar.

Rosmah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Albert di Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Ogos tahun lalu untuk Yayasan Putera Albert.

Menurut lamanweb yayasan tersebut, yayasan itu adalah untuk "melindungi alam sekitar dan menggalakkan pembangunan mampan".

Sebelum ini, Borneo Post melaporkan, dan diterbitkan semula dalam lamanweb rasmi Taib, bahawa derma tersebut dikumpulkan oleh Festival Fesyen Islam KL- Jakarta (IFF) ""melalui penaja untuk menyokong promosi pelancongan Sarawak".

BMF - yang dinamakan sempena aktivis Switzerland yang mempertahankan kepentingan kaum pribumi di Sarawak dan hilang sejak 2000 - juga menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara Taib dan Albert.

oleh zeanaaima

Lima guru terima gangguan seksual

Posted: 01 Jul 2011 01:50 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

TELUK INTAN - Gara gara tidak dapat menahan nafsu serakah, tiga lelaki dicekup Jabatan Imigresen kerana menunjukkan aksi lucah kepada lima wanita yang bertugas sebagai guru kelas tadika, di sini.

Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, tiga lelaki warga Bangladesh berusia antara 23 hingga 29 tahun itu, dikatakan sering kali mempamer aksi lucah kepada lima guru berkenaan masing-masing berusia antara 20 hingga 25 tahun.

Menurutnya, kesemua mereka diberkas serentak kira-kira jam 6.55 petang Selasa lalu menerusi Ops Sapu yang diketuai beliau sendiri.

"Mereka bekerja sebagai penjaga bangunan� sebuah pasar raya di Jalan Changkat Jong, di sini dan dikatakan mendiami salah sebuah premis yang bertentangan dengan bangunan kelas, tempat guru berkenaan mengajar.

:"Siasatan awal mendapati, ketiga-tiga lelaki itu tidak tidak memiliki dokumen perjalanan sah," katanya kepada pemberita di Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan, di sini kelmarin.

Sinar Harian dimaklumkan, pelbagai aksi lucah yang ditunjukkan tiga lelaki itu bertujuan untuk menggoda guru tadika berkenaan.

Khairul Anuar berkata, kerana tidak tahan sering kali diganggu, guru tadika itu tampil membuat aduan kepada Jabatan Imigresen.

"Ini merupakan kes pertama yang diterima Pejabat Imigresen membabitkan aduan pendatang melakukan aksi lucah.

"Ada kemungkinan kes ini akan dirujuk kepada polis untuk siasatan lanjut di bawah kesalahan� menunjukkan aksi lucah itu," katanya.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen

1959/63 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi lima tahun, denda RM10,000 dan enam sebatan.

Buat masa ini, kesemua lelaki berkenaan dihantar ke Depoh Tahanan Langkap selama 14 hari bermula kelmarin untuk siasatan lanjut.

sinarharian/-

Wanita hamil ketagih syabu

Posted: 01 Jul 2011 01:40 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita yang sarat mengandung enam bulan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengambil dadah berbahaya jenis Methamphetamine.

Tertuduh, Noradila Arifin, 30, dari Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu yang kini sedang hamil anak ketiga disahkan positif syabu dan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (pindaan 2002) dan boleh didakwa di bawah Seksyen 15 Akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga bulan dan denda tidak lebih RM5,000.

sinarharian/-

PAS Sarawak Organise IT Convention For GE 13 Preparation

Posted: 01 Jul 2011 01:35 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

BINTULU, 27 Jun: Perhubungan PAS Sarawak dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP) berjaya menganjurkan Konvensyen IT & Pengurusan selama dua hari berakhir 26 Jun 2011. Program itu diadakan di sebuah hotel di sini yang dirasmikan Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsudin. Program ini juga disertai oleh 50 orang petugas IT dari kawasan Miri, Bintulu, Sibu, Petrajaya, Batang Lupar dan Batang Sadong di Sarawak.

Abdul Ghani dalam ucapannya berkata petugas-petugas ICT perlu menyedari tanggungjawab dan amanah Allah dengan berusaha mengadakan kursus, seminar dan latihan IT yang berkala di semua peringkat PAS Sarawak serta mempertingkatkan koordinasi antara ICT PAS Sarawak dengan ICT PAS Pusat.

Beliau turut menyarankan diadakan "engagement" dan kolaborasi yang berkesan diantara ICT dan penerangan untuk pemberitaan elekronik dan media baru, selain dengan jabatan pilihanraya seperti yang dilakukan dalam pilihan raya negeri Sarawak pada bulan April yang lepas.

Beliau berharap tenaga pakar IT yang datang dari Jabatan IT PAS Pusat (JITP) dapat memperturunkan ilmu dan pengalaman mereka melalui aplikasi-aplikasi pengurusan dan pilihanraya serta e-media kepada tenaga-tenaga muda IT di Sarawak agar mereka dapat menjadi tulang belakang kepada PAS Sarawak dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Turut hadir adalah Fidzuan Zaidi, Setiausaha Perhubungan PAS Sarawak, Suhaimi Embong, Pengarah Jabatan IT PAS Pusat dan Saudara Sheikh, Pengarah Jabatan IT PAS Sarawak.

pas sarawak/-

Himpunan Bersih tidak ada kaitan dengan tuntutan piliharaya dipercepatkan

Posted: 01 Jul 2011 01:26 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Saya ingin menjawab dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan bahawa BERSIH 2.0 menuntut supaya pilihan raya diawalkan apabila beliau berucap dihadapan para hadirin ketika lawatannya ke Sabah semalam, ini satu penipuan terhadap rakyat negeri itu dan seluruh rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak faham bahasa,dengan lain yang diminta, lain pula reaksi apabila BERSIH 2.0 mengemuka tuntutan yang langsung tidak menyebut supaya pilihan raya disegerakan.

Seolah-olah pemimpin kita ini sangat gelabah dan sudah tidak tahu apa yang diucapkannya dan apa yang berlaku di dalam negara yang beliau sendiri tadbir sejak beberapa tahun ini.

Saya ingin ulangi bahawa lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah merangkumi isu bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan kelapan iaitu yang terakhir hentikan politik kotor. Satu pun dari kelapan-lapan tuntutan tersebut tidak menyebut supaya pilhan raya diawalkan dan satu pun tidak menggambarkan bahawa tuntutan tersebut mirip berkepentingan parti tertentu.

Sudah tentulah ia bukan berkepentingan parti kerana ia adalah suara rakyat Malaysia yang sudah tidak boleh bertahan lagi dengan sistem sedia ada yang menjadi amalan UMNO-BN.

Isu sebenar yang ditutup rapat olen UMNO-BN ialah mereka sedaya mungkin cuba mempertahankan sistem pilihan raya yang mereka reka sendiri untuk menjaga kepentingan survival parti mereka bagi memastikan UMNO-BN akan menang disetiap kerusi PARLIMEN mahupun DUN yang dipertandingkan.

Apabila Ahli Parlimen PR bertanya ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung baru-baru ini mengapa UMNO-BN enggan laksana penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya, wakil UMNO-BN jawab itu merupakan hak peribadi rakyat samada mahu guna atau tidak jadi kerajaan tidak boleh paksa rakyat jika dilaksanakan juga.

Ini antara jawapan-jawapan pemimpin UMNO yang korup dan penuh dengan agenda yang dibayangi kepentingan parti dan perlu segera ubah.

Jika begitu bagaimana pula cukai melampau yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap rakyat? Adakah rakyat rela hati dengannya? Dalam perkara ini kerajaan tidak pula berkata ia (cukai melampau seperti GST) adalah hak peribadi rakyat samada perlu laksana atau tidak.

Inilah isu sebenar yang cuba ditutup oleh UMNO-BN sedaya mungkin dari diketahui rakyat Malaysia, kerana kita tahu jika berita ini sampai ke pengetahuan rakyat, UMNO-BN akan tumbang pada PRU 13 nanti.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 1 JULAI 2011.

TV, radio diarah 'momokkan' BERSIH

Posted: 01 Jul 2011 01:21 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Pihak berkuasa dikatakan semakin terdesak kerana rakyat terus berkeras mahu menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini meskipun terus dihambat.

Dalam usaha terbaru, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan kempen media bagi melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.

Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH.

Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk "Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya.

Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, dengan sesalinannya diperolehi Malaysiakini, tujuan seminar itu "mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan."

Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai "perhimpunan BERSIH" tetapi sebagai "perhimpunan haram" dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.

Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.

Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.

malaysiakini/-

Tumbukan baca SMS

Posted: 01 Jul 2011 01:20 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

GOMBAK: Tindakan seorang isteri memeriksa telefon bimbit suaminya selepas curiga dengan tingkah laku lelaki itu bertukar pergaduhan besar sebelum wanita itu ditumbuk di muka dalam kejadian di rumah mereka di Pinggiran Lembah Hijau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, wanita berusia 27 tahun terbabit yang mengandung dua bulan, tersedar daripada tidur dan pada masa sama melihat telefon bimbit suaminya berada di atas meja manakala suaminya yang berusia 30-an masih tidur nyenyak.

Wanita itu memeriksa kandungan SMS dalam telefon itu apabila suaminya terjaga dan merampas telefon itu sebelum memarahi mangsa.

Menurut sumber, lelaki itu yang marah dengan tindakan mangsa mengambil telefon bimbitnya tanpa kebenaran naik angin.

"Mangsa memberitahu hanya ingin memeriksa telefon bimbit itu kerana curiga kemungkinan suaminya menyimpan rahsia.

metro/-

Berbaju BERSIH: Dua lagi ADUN ditangkap

Posted: 01 Jul 2011 01:16 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Polis terus menghambat penyokong BERSIH 2.0 dengan dua lagi pemimpin pembangkang ditangkap kerana memakai kemeja T Bersih pada satu majlis makan malam semalam.

Kali ini mangsa mereka adalah ADUN Lukut Ean Yong Ting Sin dan ADUN BahauTeo Kok Seong yang dicekup ketika menghadiri majlis makan malam DAP di Titi, Jelebu, Negri Sembilan.

Menurut twitter Teo, anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis telah bersiap sedia untuk menangkap sesiap yang berani memakai baju T BERSIH.

Sebaik keluar dari majlis itu, Teo (bawah, kiri) menulis beliau dan Ean Yong (kanan) "dijemput" untuk merakamkan kenyataan mereka di balai polis Titi.

Katanya lagi, polis juga menggeledah keretanya dan sehelai baju kuning dan DVD kepunyaan ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming.

Kedua-dua mereka dilepaskan pada awal pagi ini.

Semalam, polis menangkap ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, bersama dua anggota PKR ketika mereka beramah mesra dengan pengundi di sebuah pasar di Gunung Rapat di Ipoh, Perak.

Lee (bawah, tengah) mendakwa beliau dicekup sebaik tiba sekitar pasar itu dan terus digari serta diheret ke ibu pejabat polis daerah Ipoh.walaupun tidak memakai baju BERSIH tetapi baju yang berwarna kuning.

Rabu lalu, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH.

Ahad lalu, ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan 14 aktivis PSM ditahan polis di tol Sungai Dua ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Udahlah...Bersaralah".

malaysiakini/-

Tersembam belakang bas

Posted: 01 Jul 2011 01:11 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas tersembam di belakang sebuah bas sekolah selepas motosikal dinaiki bersama pekerja bapa saudaranya dan sepupunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Padang Kemunting, Pengkalan Balak, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, Muhammad Haziq Naufal Mohd Zaidi, 5, maut selepas motosikal jenis Honda EX-5 ditunggangi Yusoh Malee, 27, dan Najla NurKamelia, 7, merempuh sebuah bas berkenaan.

Motosikal berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas selekoh, menyebabkan merempuh bas yang berhenti menurunkan penumpang.

Akibat rempuhan, Muhammad Haziq yang duduk di bahagian depan motosikal tersembam ke bahagian belakang bas, manakala Najla Nurkamelia terlentang.

Muhammad Haziq dikejarkan ke Hospital Kem Terendak, di sini oleh orang awam sebelum meninggal dunia di hospital berkenaan, manakala Yusoh dan Najla Nurkamelia mengalami kecederaan pada badan.

Menurut Yusoh yang bekerja di kedai milik bapa saudara mangsa, mereka bertiga dalam perjalanan ke Tanjung Bidara untuk menjemput isterinya dari tempat kerjanya.

Sementara itu, nenek kepada Muhammad Haziq, Fazidah Jantan, 58, berkata, dia tidak sangka, sikap cerewet cucunya itu semasa hendak makan, petanda akan pergi buat selama-lamanya.

"Dia (Muhammad Haziq) merungut bila saya sediakan telur goreng untuk dimakan bersama nasi dan kicap selepas dia balik dari sekolah. Biasanya dia tidak macam tu.

"Dia kata, kicap itu tidak sedap sampai saya keluar pergi belikan kicap lain untuknya," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurut Fazidah, dia menjaga cucunya itu kerana ibunya, Norashikin Hashim, 29, berada di Kuala Lumpur selama 15 hari atas tugasan luar daerah sementara bapanya, Mohd Zaidi Abu Shah, 31, bertugas di Singapura.

"Semasa kejadian, saya sibuk mengemas dan tidak sedar cucu saya mengikut pekerja saya keluar menaiki motosikal," katanya.

sinarharian/-

Gempa Bumi Sederhana Landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Posted: 01 Jul 2011 01:00 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.1 pada skala Richter melanda Semenanjung Minahassa di Sulawesi pada 10.39 pagi Jumaat.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyebut gempa itu berpusat di 467km barat Manado, Indonesia dan 417km tenggara Tawau, Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami.- BERNAMA

Sijil lahir merah untuk bukan warganegara

Posted: 01 Jul 2011 12:41 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA 1 Julai — Mulai hari ini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan Sijil Kelahiran berwarna Merah bagi kanak-kanak yang bertaraf bukan warganegara.

Menurut kenyataan JPN di sini hari ini, sebelum ini warna sijil kelahiran kanak-kanak warganegara dan bukan warganegara adalah sama iaitu hijau.

Perbezaan warna itu adalah untuk memaklumkan bahawa sijil kelahiran berwarna hijau hanya dikeluarkan kepada kanak–kanak yang bertaraf warganegara Malaysia sementara sijil kelahiran berwarna merah untuk kanak–kanak bukan warganegara.

"Ia juga untuk mengelakkan ibu bapa atau warga asing yang melahirkan anak di negara ini beranggapan bahawa dengan memiliki sijil kelahiran Malaysia, anak-anak mereka adalah secara automatik menjadi warganegara," kata kenyataan itu. - Bernama

Kakitangan awam mogok di Britain

Posted: 01 Jul 2011 12:40 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

LONDON – Ramai guru dan kakitangan awam menyertai piket besar-besaran di Britain semalam ketika ratusan ribu pekerja mengadakan mogok untuk membantah pencen dikurangkan oleh kerajaan.

Kesatuan-kesatuan sekerja di Britain menyatakan sekitar 750,000 pekerja menyertai mogok sehari itu yang menyebabkan kegiatan di pejabat kerajaan, lapangan terbang dan sekolah lumpuh.

Beribu-ribu ahli kesatuan sekerja berarak di ibu kota Britain, di sini dan bandar-bandar untuk mendesak kerajaan supaya menimbang semula rancangan untuk mengurangkan pencen sektor awam.

Kerajaan Britain mengambil inisiatif untuk mengurangkan defisit negara yang melambung tinggi dengan memotong perbelanjaan awam sebanyak £80 bilion (RM242.8 bilion).

Sebagai langkah berjimat cermat, kerajaan Britain mengurangkan pekerjaan sektor awam dan bayaran pencen selain menaikkan had umur persaraan daripada 65 tahun kepada 66 tahun.

Kenaikan had umur persaraan itu bagi mengurangkan bayaran pencen kepada kakitangan awam yang bersara. – Agensi

UMNO BN Komunis, Bukan PSM - Khalid Samad

Posted: 01 Jul 2011 12:30 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 1 JULAI : Pihak yang menolak tuntutan pilihan raya bersih dan adil merupakan golongan yang mendokong fahaman komunis menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ini kerana menurut beliau ideologi komunis bertentangan dengan hasrat rakyat untuk melihat reformasi dalam sistem pilihan raya.

"Kalau betul komunis di Malaysia mahukan pilihan raya maka komunis ini murtad. Dia lebih baik daripada Umno, mahukan pilihan raya bersih. Umno-Barisan Nasional pula yang ikut fahaman komunis mahukan pilihan raya kotor," katanya.

Khalid yang berucap pada sebuah program di Shah Alam baru-baru ini mengulas tuduhan yang dilemparkan oleh polis terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) kononnya, parti itu cuba menghidupkan fahaman komunis.

Mereka juga didakwa cuba menggunakan fahaman tersebut untuk menggulingkan kerajaan UMNO BN melalui perhimpunan Bersih 2.0 pada minggu hadapan.

Menurut polis, lima pemimpin PSM dikesan mengunjungi perkampungan Khao Nam Khang iaitu kawasan penempatan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Selatan Thailand untuk bertemu dengan bekas ahli kumpulan itu.

Walhal menurut kepimpinan PSM, pertemuan tersebut hanya bertujuan untuk bertukar- tukar pandangan.

Khalid kemudian mengambil pendirian bahawa kerajaan UMNO BN tanpa disedari telah lama mengamalkan kaedah komunis dalam pemerintahannya.

Perkara itu dapat dilihat melalui cara media dimonopoli sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk muncul di kaca televisyen selain mengamalkan penyampaian maklumat secara selektif dan berat sebelah.

"Komunis tidak mahu pilihan raya. Mana ada komunis yang amalkan pilihan raya ? Negeri China, Russia tiada. Kalau mahu pilihanraya dia mahu ala Malaysia yang mana TV semua cakap pro kerajaan sahaja," tambah beliau lagi.

Beliau sebelum itu mengulas tentang tuntutan Bersih 2.0 yang dianggap relevan dan tidak mustahil untuk dilaksanakan kerajaan pemerintah.

tv selangor/-

Imej ikan pari gergasi dirakam jurugambar

Posted: 01 Jul 2011 12:15 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

SEORANG penyelam mendekati seekor ikan pari manta di Teluk Hanifaru, Kepulauan Maldives baru-baru ini.

MALE - Imej sekumpulan ikan pari manta gergasi berenang di Teluk Hanifaru, Kepulauan Maldives dirakamkan seorang jurugambar Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurugambar berkenaan, Warren Baverstock, 42, mengambil masa selama sembilan hari untuk merakamkan kumpulan ikan pari gergasi itu yang tiba untuk memakan plankton di perairan tersebut baru-baru ini.

Terdapat sekitar 200 pari manta dengan lebar lebih tiga meter berkumpul di teluk sebesar padang bola sepak itu untuk mencari makanan. - Agensi

BERSIH: Tentukan laluan ke Istana, kita akan patuhi

Posted: 01 Jul 2011 12:00 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Di sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, jawatankuasanya masih berusaha mencari jalan perdamaian dengan pihak berkuasa.

Menurut pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar berjalan dalam suasana 'mesra' meskipun Ketua Polis Negara itu melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.

"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka," katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.

Ambiga, diiringi ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah semasa pertemuan itu berkata Ismail membisu mengenai cadangan itu tetapi tetap optimistik.

Katanya, mereka juga meminta Ismail mempertimbangkan cadangan berkenaan dan meminta pertemuan kedua dengan ketua polis negara minggu depan bagi mendapatkan maklum balas berhubung permintaan mereka.

"Beliau tak kata tidak dan saya fikir saya agak kelapangan untuk membuat temujanji untuk berjumpa IGP minggu depan.

"Kami buat cadangan dan minta polis mempertimbangkannya.

"Kami minta mereka, polis... Awak pilih satu lokasi di KL ke Taman Jaya atau mana-mana. Awak pilih, kita akan patuhi."

Jaminan BERSIH 2.0 aman

Ambiga, yang sebelum ini menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung BERSIH berkata ancaman itu tidak ditimbulkan dalam pertemuan tersebut, mahupun hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penganjur perhimpunan itu.

Sebaliknya, mesyuarat mereka tertumpu pada perhimpunan berkenaan dan beliau berulangkali memberi jaminan akan memastikan ia diadakan secara aman.

Penyokong BERSIH 2.0 dijadual berkumpul di pusat membeli-belah Sogo, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masjid Kampung Baru sebelum berarak ke Istana Negara.

Perarakan ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan Seri Paduka supaya memastikan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara dilakukan. Ia termasuk melanjutkan tempoh berkempen kepada sekurang-kurangnya 21 hari dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam.

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA pula mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai bagi menolak perhimpunan yang menuntut supaya reform pilihan raya.

Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Selain itu, Pemuda Umno juga telah meluahkan hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan. Namun lokasi dan jalan bagi perarakan mereka belum diumumkan.

malaysiakini/-
Joseph Sipalan

Anak panah terbenam di muka

Posted: 30 Jun 2011 11:51 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

BELUM SAMPAI AJAL...Tavernier terbaring di katil hospital sementara menunggu masa dibedah.

HERTFORDSHIRE (Britain): Seorang remaja bernasib baik kerana terselamat walaupun mukanya tertusuk anak panah sepanjang lebih 20 sentimeter, semalam.

Sebelum itu, Lewis Tavernier membawa busur panah ke rumah kawannya di Stevenage dan memasang penahan sebelum meletakkan alat itu dengan berhati-hati di atas meja berhampiran.

Bagaimanapun, ketika Tavernier, 17, leka berbual dengan rakannya, secara tiba-tiba anak panah itu meluncur ke arah remaja terbabit.

Berada di kedudukan kurang dari satu meter, anak panah itu terus menusuk ke muka dan terbenam hampir lapan sentimeter pada pipinya.

Imbasan x-ray menunjukkan tulang pipi Tavernier retak tetapi anak panah itu tidak merosakkan sebarang saraf serta salur darah penting yang ada kira-kira dua milimeter darinya.

Pelajar Sekolah Marriots itu berkata, dia sering menggunakan alat berkenaan sebelum ini dan tidak pernah lupa memasang alat keselamatan sebelum meletakkannya di mana-mana.

"Disebabkan itu, saya tidak berfikir banyak apabila meletakkan panah itu di atas meja," katanya.

Bagaimanapun, Tavernier mengakui insiden itu aneh kerana tiada sesiapa berada di situ kecuali dia dan temannya.

Kata Tavernier, rakannya melihat busur panah berkenaan tiba-tiba melepaskan anak panah ke arahnya.

"Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak perasan ia menusuk ke muka.

"Saya cuma ingat ada bertanya kepada rakan: "Ada anak panah di muka saya?" katanya.

Tavernier dikejarkan ke hospital oleh bapa rakannya dan ketika itulah baru dia berasa sakit.

Dia kemudian menjalani pembedahan segera di Hospital Lister bagi mengeluarkan anak panah berkenaan. - DM

Jambatan terpanjang di dunia

Posted: 30 Jun 2011 11:30 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Papan tanda berbunyi: "Shandong Highway Corp. akan membuka jambatan lebuh raya Shandong Teluk Jiaozhou'' terpampang di atas jambatan teluk Jiaozhou di bandar Qingdao, wilayah Shandong, kelmarin.

Ia merupakan jambatan terpanjang di atas permukaan laut di dunia yang mula dibuka, semalam. – REUTERS/China Daily

BEIJING - China membuka jambatan terpanjang di dunia merentasi laut - Jambatan Teluk Jiaozhou menghubungkan bandar pelabuhan China timur, Qingdao ke pesisir pulau Huangdao, hari ini.

Jambatan sepanjang 42 kilometer dan selebar 35 meter itu menelan kos melebihi AS$1.5 billion (RM4.5 billion).

Penilaian pembinaan jambatan itu telah diluluskan pada Isnin lalu dan jambatan beserta terowong bawah laut itu dibuka kepada lalu lintas mulai hari ini.

Jambatan yang disokong oleh 5,000 tiang itu mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Menurut Guinness World Records, rekod jambatan atas air terpanjang sebelum ini dipegang oleh Tasik Pontchartrain Causeway di Louisiana, namun jambatan China ini lebih empat kilometer panjang daripadanya. - Agensi

Tembelang Najib Pecah

Posted: 30 Jun 2011 09:30 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat."

Itu intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.

Dalam sekelip mata di bawah teraju beliau, Malaysia kembali ke era negara polis yang mewarnai pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hanya kerana berlainan pendapat dengan pemerintah, maka suara 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cuba dibisukan, manakala ruang bersuara untuk parti pembangkang disempitkan lagi.

Rakyat yang memakai kemeja T dengan membawa logo BERSIH ditangkap, malah bendera Malaysia yang dibawa mereka untuk diedarkan kepada orang ramai juga dirampas.

Ratusan ribu rakyat yang mahu turun menzahirkan keperluan untuk sistem pilihan raya diperbaiki supaya lebih adil dan telus, akan menghadapi tindakan polis bersenjatakan belantan dan pancutan air berkimia pada 9 Julai.

Segala aktiviti penganjur BERSIH dan pemimpin-pemimpin politik yang menyokong gerakan itu diibaratkan oleh polis dan media arus perdana sebagai memudaratkan keselamatan negara.

Malah BERSIH, menurut Umno-BN, akan memberi kesan teruk kepada ekonomi Malaysia jika tidak dibendung.

Tembelang pecah

Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai baju T dengan logo BERSIH dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu.

Akhirnya tembelang Najib "pecah".

Janji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong.

Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. Dasar ini kerap dilakukan di zaman Dr Mahathir dan kini berulang di era Najib.

Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan BERSIH.

Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan.

Apakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekretariat BERSIH tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah BERSIH?

Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong BERSIH, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu?

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman BERSIH, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan.

Ini kerana tuntutan asas BERSIH adalah supaya sistem pilihan raya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi.

Sebuah pilihan raya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang "bersih" dan tidak mencurigakan.

Amat berpengetahuan

Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihan raya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam.

Contohnya Utusan Malaysia, TV3, NTV7, TV9, New Straits Times dan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA.

Ini tidak termasuk RTM dan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan.

Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian.

Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi BERSIH ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi.

Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri.

Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat.

Beliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi.

Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur BERSIH?

Tutup sebelah mata

Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang , demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil.

Kehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan BERSIH sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada.

"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa."

Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong BERSIH.

Sebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi PERKASA dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan memberi alasan kepada polis untuk bertindak liar.

Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

malaysiakini-/

Lima askar Yemen terbunuh, enam lagi cedera

Posted: 30 Jun 2011 09:00 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

ADEN 1 Julai - Lima askar Yemen terbunuh dalam pertempuran menentang militan al-Qaeda di bandar Zinbijar, selatan Yemen, semalam, kata pegawai tentera.

"Lima askar terbunuh manakala enam lagi cedera dalam pertempuran sengit di timur bandar ini, dan berkemungkinan ada pihak musuh juga yang terkorban atau cedera," kata sumber tersebut.

Pegawai perubatan di bandar berhampiran mengesahkan jumlah kematian tersebut. - AFP

Misi Gaza: Saya tarik diri sebab penganjur tak serius, kata Khalid Samad

Posted: 30 Jun 2011 08:45 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad terus mendakwa misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) dicemari dengan agenda politik Umno BN selain pihak penganjur pula kelihatan tidak serius.

Oleh itu tegas Khalid (gambar), beliau memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai misi tersebut dan menyertai misi baru yang mempunyai tujuan sama iaitu memberikan bantuan kepada penduduk Gaza.

Khalid menambah beliau telah menunggu di Arab Saudi pada 20 Jun lalu untuk mendapatkan maklumat mengenai misi tersebut, namun tidak dimaklumkan sebarang perkembangan.

"Saya dapat tahu ada banyak campur tangan politik dalam LL4G.

"Saya berada di Arab Saudi sejak 20 Jun, yang mana Arab Saudi tak sampai 1,000 kilometer pun dari Gaza tapi tak dapat sebarang maklumat pun daripada pihak penganjur.

"Jadi saya rasa mereka tak serius, itu sebab saya tarik diri," kata beliau dipetik Harakah Daily.

Bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini Khalid membangkitkan kembali isu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang tidak dibenarkan berucap dalam program pelancaran LL4G 18 Jun lalu.

Beliau mempersoalkan sikap ketua misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin yang menafikan mendapat tekanan daripada pejabat Perdana Menteri sedangkan pada awalnya mengakui perkara tersebut.

"Timbalan Presiden PAS tak dibenar berucap pada pelancaran LL4G 18 Jun. Penganjur Dr Noorazman telefon bagi tahu atas sebab tekanan dari JPM.

"Tapi lepas Mat Sabu buat sidang media, Noorazman nafi pula ada tekanan. Saya tanya kenapa perlu menipu, dia beri pandangan negatif kepada Timbalan Presiden PAS.

"Dia kata kenyataan itu tak betul, dia ditanya waktu memandu, jadi soalan tak jelas. Nak buat keluar kenyataan baru, malangnya kenyataan menyokong (JPM)," katanya.

Beliau turut mendakwa Umno tidak serius dalam isu Palestin sebaliknya hanya untuk berlagak hero.

"Ini menunjukkan mereka tidak serius, saja nak tunjuk bela Palestin tetapi sehingga hari ini mereka tak iktiraf Hamas," katanya.

Dengan nada seloroh, Khalid berkata Umno BN seperti sudah terkena 'sumpahan' apabila segala program yang disertai parti itu akan tercemar dengan agenda politik mereka.

"Umno ini kena sumpahan, macam sejarah King Midas dulu pegang semua benda akan jadi emas, tapi Umno pegang apa sahaja jadi kotor, termasuklah pilihan raya, dan program LL4G ini," katanya.

Khalid yang juga ahli jawatankuasa kerja pusat PAS menambah beliau tetap akan menyertai satu misi baru dengan tujuan sama yang akan disertai NGO Cakna Palestin, Muslim Care dan Mawaddah.

"Kita akan buat misi baru. Masuk pintu Rafah, dan akan masuk sebelum Ramadan.

"Kita dah hantar surat ke Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Mesir," katanya.

Sementara itu laporan Bernama Online berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan solat hajat dan kutipan derma sempena misi kemanusiaan ke Gaza di semua masjid di bawah pentadbirannya selepas solat Jumaat esok.

Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha berkata solat hajat dan kutipan derma itu bertujuan bagi mendoakan keselamatan semua sukarelawan serta membiayai misi Flotila Pembebasan 2 LL4G, yang kini berada di Athens, Greece.

"Solat hajat ini bertujuan mendoakan kejayaan misi dan keselamatan pelayaran pergi dan pulang delegasi daripada segala tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel," katanya.

Beliau berkata selain Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abdidin di Putrajaya, solat hajat dan kutipan derma itu juga akan diadakan di seluruh masjid di sekitar Wilayah Persekutuan.

Othman berkata bagi memperluaskan lagi usaha murni itu, pihaknya turut memohon jasa baik semua Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri untuk turut mengadakan solat hajat dan kutipan derma di masjid-masjid di bawah pentadbiran masing-masing Jumaat.

Selain kutipan derma, katanya sumbangan bagi membiayai misi itu juga boleh disalurkan ke akaun Maybank Berhad bernombor 564070002922 atas nama Life Line for Gaza.

malaysian insider/-

Rumah MP DAP disimbah cat

Posted: 30 Jun 2011 08:45 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Kediaman ahli parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang terletak di Taman Sri Rambai, di Bukit Mertajam disimbah cat hijau manakala bangkai seekor ayam digantung di pintu pagar rumahnya hari ini.

Suami Chong, K Gunabalan, 63, berkata kejadian itu hanya disedari pada jam 5.45 pagi ketika beliau sedang bersiap untuk menghantar anak keduanya G Omprekash, 16, ke sekolah.

Katanya ketika kejadian, hanya beliau dan dua anak berada di rumah manakala isterinya berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri sidang Parlimen.

"Semasa saya keluar untuk menghantar anak, saya terkejut apabila melihat banyak tompokan cat hijau di sekitar kawasan rumah serta dua buah kereta jenis Mitsubishi dan Proton Wira yang diparkir di dalam kawasan pagar rumah.

"Saya tidak pasti bila kejadian itu berlaku kerana tidak mendengar sebarang bunyi bising," katanya ketika ditemui pemberita.

Gunabalan berkata beliau menemui tiga bungkusan beg plastik cat yang ditinggalkan masing-masing dalam pagar rumah, luar pagar dan di dalam longkang serta bangkai seekor ayam turut digantung di pagar hadapan.

Katanya, beliau juga tidak mengetahui motif kejadian itu dan tidak pasti sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan politik atau peribadi.

"Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah SPT Supt Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

malaysiakini/-

NY Times dakwa kilang Lynas bahaya alam sekitar

Posted: 30 Jun 2011 08:30 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Laporan New York Times baru-baru ini yang memetik memo dalaman oleh jurutera sekarang mahupun yang telah meninggalkan syarikat itu bahawa pembinaan kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang adalah 'bahaya' dan mempunyai masalah rekabentuk.

Artikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur, poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya.

Tangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya.

Ia juga mendakwa sistem paip keluli yang dibina untuk kilang tersebut adalah menggunakan keluli standard dan tidak sesuai bagi memindahkan bahan berkenaan. Tangki simpanan pula dibina daripada konkrit konvensional yang sepatutnya didirikan dengan gentian polimer yang kurang kemungkinannya akan retak.

malaysiakini/-

Kapal bantuan ke Gaza dirosakkan

Posted: 30 Jun 2011 08:15 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

BAITULMUQADDIS – Sebuah lagi kapal yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza telah disabotaj oleh Israel, kata pihak penganjur semalam.

Seorang aktivis pro-Palestin memberitahu sebuah stesen radio tentera Israel bahawa enjin kapal milik Ireland itu rosak semasa ia berada di sebuah pelabuhan.

Pada awal minggu ini, beberapa aktivis memberitahu, pihak Israel didakwa telah merosakkan kipas sebuah kapal milik misi bantuan itu di pelabuhan Piraeus, Greece.

Sekitar 10 buah kapal dijadualkan belayar ke Gaza dari Greece pada minggu ini.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada misi berkenaan akan ditangguh ekoran kerosakan yang berlaku ke atas dua kapal itu. – Agensi

Pemberian Projek Kepada Syarikat Tamat Tempoh

Posted: 30 Jun 2011 08:00 PM PDT


29 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Saya dan beberapa pimpinan ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah guna kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional berhubung kelulusan tanah yang seluas 150 ekar di Segari, Manjung.

Kelulusan tanah tersebut diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada sebuah syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd untuk projek pelaburan gas asli bernilai RM 5.8 billion. Menjadi persoalan sekarang ini ialah mengapa sebuah syarikat bermodal kecil dapat melaksanakan sebuah projek yang begitu besar.

Aduan ketidakpuasan hati juga datang dikalangan pemimpin UMNO yang tidak bersetuju dengan dan mahu SPRM menyiasat perkara ini memandangkan syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd itu mengikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan syarikat yang tidak aktif dalam pangkalan data SSM.

Pemberian tanah ini telah diumumkan oleh exco kanan, Hamidah Osman yang bertarikh pada 9 Jun 2011 yang memaklumkan telah diluluskan oleh kerajaan Perak.

Hamidah berkata, syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd itu akan melabur sebanyak RM5.8 bilion dan akan mengimport gas dalam bentuk cecair dari negara Qatar dan Timur Tengah.

Katanya lagi, syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd itu juga akan membekalkan 33 peratus untuk pasaran tempatan yang mana untuk pembinaan loji dan kilang yang dijangkakan siap dalam tempoh 15 bulan pembinaannya.

Menjadi persoalannya sekarang ialah kajian terhadap kesan alam sekitar yang telah dilakukan dan adakah satu jaminan projek ini akan selamat atau sebaliknya sedangkan kawasan tersebut merupakan sebauh kawasan penternakan haiwan seperti penyu dan perikanan.

Bagaimana pula proses pemberian tender ini? Adakah dilakukan secara tender terbuka atau secara terus kepada pembida? Jika secara terbuka, adakah proses tender ini dipertimbangkan dan diluluskan oleh kerajaan Perak?

Bagaimana pula mereka boleh memilih sebuah syarikat yang telah tamat tempohnya pendaftaran syarikat pada 28 Februari 2008 dan tidak aktif selepas tarikh tamat tersebut?

Dijangkakan seekar tanah disitu boleh mencecah nilai RM3000. Menurut rekod juga, syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang perniagaan dan keuntungan syarikat sebelum ini.

Sebenarnya perkara ini pernah didedahkan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkaitan isu ini dan memberikan tempoh selama 3 hari kepada Hamidah Osman untuk memberikan penjelasan. Jika sekiranya tiada jawapan, kita akan mengambil tindakan selanjutnya.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 1 Julai 2011.

Ceramah PAS di Kepala Batas tegang

Posted: 30 Jun 2011 07:46 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Ceramah PAS yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang, malam semalam tegang apabila kira-kira 100 anggota polis tiba-tiba muncul di tapak cermah itu.

Sebahagian daripada 600 hadirin kemudiannya bertindak membuat benteng bagi menghalang polis memasuki pusat operasi parti itu di Pongsu Seribu.

Pasukan polis yang tiba itu juga termasuk kira-kira 50 anggota Pasukan Gerak Am yang tiba pada jam 10.15 malam. Mereka disambut dengan teriakan "mereka dah datang, tutup pintu pagar!"

Akibatnya, berlaku sedikit kekocohan dan kesesakan lalu lintas apabila anggota polis bertindak mengawal di jalan berkenaan.

Sekumpulan pasukan keselamatan PAS yang berjaket kuning kemudiannya mententeramkan hadirin dan menghalang mereka mendekati anggota polis berkenaan.

Juruacara majlis kemudiannya meminta orang ramai supaya tidak 'panik' kerana ceramah yang dianjurkan itu dibuat dalam lingkungan kawasan PAS sambil berkata "mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini tanah kita sendiri".

malaysiakini/-

Nuffnang