Rabu, 3 Ogos 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Kerajaan Selangor Sediakan Geran Untuk Pilihanraya Bersih Dan Adil

Posted: 03 Aug 2011 01:06 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
3 OGOS 2011

Kerajaan Negeri memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu.

Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf permaustatin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera.

Kerajaan Selangor berpandangan bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka jalan kepada satu pilihan raya yang bersih dan adil.

Sehubungan dengan ini, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah bersetuju menubuhkan satu geran untuk membiayai usaha-usaha memfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baharu yang meragukan.

Geran ini terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik. Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, bantahan ini hanya melibatkan kawasan di Selangor sahaja.

Pilihan raya bersih dan adil adalah tiang utama kepada demokrasi tulen. Pilihan raya bukan sahaja perlu bersih dan adil tetapi juga perlu kelihatan bersih dan adil di mata semua.

Setiap usaha mesti diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya dijaga dan pilihan sebenar rakyat dihormati.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

=============================================================================

PRESS STATEMENT
AUGUST 3, 2011
SELANGOR GOVERNMENTS SETS UP A GRANT FOR FAIR ELECTION

The State Government is concerned with ongoing complaints regarding irregularities of the electoral roll and the registration of new voters.

Complaints and allegations that permanent residents from neighbouring countries are being registered as voters are disturbing and need to beaddressed.

Selangor is of the view that the rakyat has the right to demand an electoral roll which is free from irregularities, without which there cannot be clean and fair elections.

The EXCO meeting today has thus agreed to set up a fund to support the filing of protests at the Election Commission on any irregularities in the electoral roll.

The grant is open to the public with no preferences as regards to race, religion or political affiliation. As this is a state sponsored initiative, it will however be focused on the filing of protests involving constituencies in Selangor only.

Clean and fair elections are the pillar of any genuine democracy. Not only must elections be clean and fair, they must also be seen by all to be clean and fair. Every effort must be taken to ensure that the credibility of our elections are never undermined, and the intelligence of the rakyat never insulted.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Surat Terbuka Kepada, Perdana Menteri Malaysia

Posted: 03 Aug 2011 12:29 AM PDT

Adalah tidak bermoral dan haram untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 sebelum melaksanakan reformasi pilihan raya yang bebas dan adil

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Sebagai Perdana Menteri, adalah amat mustahak untuk YAB memenuhi janji yang termaktub di dalam ucapan penutup Persidangan Pemimpin Pelajar Malaysia Kelima (MSLS) pada 31 Julai 2011, dan saya petik:

“Saya komited untuk melakukan pembaharuan pilihan raya. Kami akan melaksanakannya. Contohnya, terdapat kebimbangan mengenai pengundi hantu. Kami akan memastikan tidak akan ada peluang untuk pengundi hantu.”

“Jangan merasa sangsi komitmen kami untuk memperbaiki sistem tersebut. Kami mempunyai kelemahan tetapi tidak ada seseorang pun yang dapat menafikan bahawa terdapat demokrasi.”

Rakyat tidak akan membiarkan tindakan mengalihkan perhatian dengan memberi alasan-alasan seperti perubahan kepada tempat perhimpunan, tindakan keras atau secara terpilih mengisytiharkan kumpulan-kumpulan tertentu sebagai tidak sah (berkait BERSIH 2.0).

Sebaliknya, tumpuan perlu dikekal kepada lapan tuntutan untuk merealisasikan proses pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia.

1. Bersihkan senarai pengundi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwa kekal
4. Akses Media Bebas dan Adil
5. Masa berkempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor.

Sebagai peringatan, dan imbauan sejarah, rakyat tidak pernah memilih YAB sebagai Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, peluang untuk melaksanakan reformasi pilihan raya menyeluruh ini merupakan peluang terbaik untuk menerima mandat dari rakyat untuk memerintah.

Pelaksanaan reformasi pilihan raya yang berani ini juga memberi isyarat bahawa YAB tidak lagi terbuka kepada ugutan oleh elemen-elemen pelampau berhaluan kanan yang telah menyekat refomasi untuk Malaysia yang lebih baik.

YAB juga perlu menyelami hati nurani dengan menyedari bahawa pelaksanaan reformasi ini akan memastikan YAB mendapat pengesahan dari rakyat bukan daripada mereka yang ingin merampas takhta politik YAB.

Dengan melaksanakan tanggungjawab moral ini, YAB secara efektif memenuhi syarat-syarat di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Merelealisasikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menikmati sokongan dan keyakinan rakyat.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB sekurang-kurangnya kerana menyenaraikan refomrasi pilihan raya sebagai perkara yang memerlukan tindakan segera dan secara jujur berharap YAB akan melaksanakan lapan tuntutan yang dibuat oleh BERSIH 2.0 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Adalah tidak bermoral dan haram bagi YAB untuk mengadakan PRU Ke-13 tanpa melaksanakan refomasi pilihan raya yang perlu bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

Pilihan raya yang bersih dan adil merupakan prasyarat di dalam sistem demokrasi yang moden; ke arah mereleasasikan mandat sebenar daripada para pengundi untuk memilih kerajaan yang memerintah hari ini.

Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa jika YAB dan BN dipilih secara bebas dan adil sebagai kerajaan, maka menjadi tanggungjawab saya untuk berkhidmat sebagai pembangkang yang setia kepada negara.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Terpenting, Rakyat Malaysia.

================================

Open Letter to
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib BinTun Abdul Razak
Prime Minister of Malaysia

Immoral to Conduct 13th General Elections Before Substantive Electoral Reform Is Implemented

YAB Prime Minister,

As Prime Minister, it is morally imperative for you to fulfill the pledges you made during the closing address at the 5thMalaysian Student Leaders Summit on the 31st of July 2011, and I quote:

“I am committed to electoral reform. We will undertake it. For example, there are concerns about phantom voters. We will ensure there is no chance for phantom voters.”

“Do not doubt our commitment to improving the system. We have shortcomings but no one can dispute there is democracy.”

The Rakyat does not deserve to be misled yet again on the long over due need for electoral reform with distractions by way of excuses made for changed venues, heavy-handed crackdown or selectively declaring certain groupings illegal (read BERSIH 2.0).

Instead, the focus remains on the following 8 demands to realize a truly fair and free electoral process in Malaysia:

1. Clean the electoral roll
2. Reform postal ballot
3. Use of indelible ink
4. Minimum 21 days campaign period
5. Free and fair access to media
6. Strengthen public institutions
7. Stop corruption
8. Stop dirty politics

As a gentle and historical reminder YAB, the rakyat has never truly elected YAB as the Prime Minister of Malaysia. Hence, let this opportunity to enact comprehensive electoral reforms present YAB with the opportunity to definitively receive the rakyat’s mandate to govern.

The implementation of bold electoral reforms will also signal that YAB will no longer be held at ransom by extreme right wing elements that have held back reforms for a better Malaysia.

YAB must also take heart in realizing that embarking on reforms will also ensure YAB regains legitimacy from the Rakyat against other UMNO pretenders to the political throne. These pretenders must not get the better of YAB.

By fulfilling this moral imperative, YAB will effectively fulfill the conditions stipulated in Article 114 of our Federal Constitution:
Realizing an Election Commission which enjoys the support and confidence of the Rakyat.

Finally, i thank YAB for at the very least listing electoral reforms as an item that requires urgent action and sincerely hope that YAB will focus on action oriented plans to implement the 8 demands made by Bersih 2.0 before the 13th General Elections.

It would be immoral for YAB to hold the GE 13 without implementing the electoral reforms necessary to assure a free and fair election.
A free and fair election is the cornerstone of any modern democracy allowing for the true mandate of the electorate to choose the government of the day.

Hence, I would like to state that if YAB and BN are elected freely and fairly as the next government, then it would be my duty and honour to serve as a loyal opposition for the nation.

Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament for Lembah Pantai
Vice President of Parti Keadilan Rakyat
Most importantly, a Rakyat of Malaysia

PR: Pakatan Desak Sidang Parlimen Tergempar

Posted: 03 Aug 2011 12:22 AM PDT

Harakah

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara.

Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara.

“Penduduk tetap yang ikut prosedur biasa untuk dapatkan kerakyatan mengambil masa sehingga 10 tahun dan lebih, tapi bukti yang kita tunjuk ini membuktikan mereka mendapat warganegara dalam masa beberapa jam,” kata beliau pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat, Seksyen 16, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum itu menunjukkan beberapa nama yang bertukar status daripada PR kepada warganegara yang diperoleh daripada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.

Menurutnya, di Selangor membabitkan 1,108 penduduk tetap yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi.

Beliau memberi contoh di Dun Paya Jaras, bantahan dibuat ke atas beberapa nama yang pada asalnya mempunyai kad pengenalan merah namun mendapat kad pengenalan biru dalam masa tidak sampai dua jam seperti yang dilaporkan media semalam.

“Kita peroleh bukti ini dari laman web JPN sendiri. Pakatan yakin penukaran status ini diterajui BN dengan bantuan agensi-agensi mereka,” katanya.

Sehubungan itu beliau memberi masa seminggu kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memberi maklum balas berhubung desakan itu.

Beliau juga berkata, tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil adalah relevan apabila dakwaan mereke sebelum ini ternyata tepat.

“Yang didedahkan ini hanya sebahagian. Ada lagi yang tidak dikesan. Apa yang Bersih tuntut adalah relevan,” katanya.

Turut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mewakili DAP dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Kerajaan Digesa Jelaskan Perlantikan FBC Media

Posted: 02 Aug 2011 09:39 PM PDT

YB Nik Nazmi

Sarawak Report telah mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Sarawak telah melantik sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media untuk menjalankan kempen media secara haram bagi mempromosikan dasar-dasar mereka.

Blog tersebut mendedahkan bahawa FBC Media dibayar sebanyak RM15 juta setahun oleh Kerajaan Sarawak. Ini berikutan pendedahan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan menerusi Pejabat Perdana Menteri telah membayar sebanyak RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009 sementara RM42 juta lagi dibayar untuk “Public Affairs and Government Services and Strategic Communication, Public Relations and Press Outreach” mengikut bajet tambahan terkini.

Dokumen-dokumen Kerajaan Amerika Syarikat turut mendedahkan bahawa FBC Media membayar APCO sebanyak AS$70,000 sepanjang dua tahun lepas untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Peranan bercanggah FBC Media sebagai penerbit TV dan firma komunikasi strategic menimbulkan persoalan memandangkan mereka menerima bayaran daripada Kerajaan Persekutuan dan Sarawak untuk menerbitkan program TV yang berat sebelah dan ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan Persekutuan dan Sarawak juga mesti menjelaskan mengapa mereka telah memilih taktik terdesak membelanjakan jutaan ringgit wang pembayar cukai untuk terbabit di dalam kempen media secara haram.

Pemandu Teksi Sambut Baik Hasrat Pakatan

Posted: 02 Aug 2011 08:59 PM PDT

Keadilan Daily

Hasrat Pakatan Rakyat meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat, disambut baik kalangan pemandu kenderaan komersil itu.

Keadilandaily membuat tinjauan di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapat reaksi mereka dan mendapati rata-ratanya mengharapkan nasib mereka terbela, malah gembira sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.

Saravanan A/L R.Sevaraju 43, ketika ditemui menyatakan ketidakpuasan hatinya dengan kadar sewa yang dikenakan sesebuah syarikat teksi sehingga mencapai RM50 sehari.

Ia katanya lebih merumitkan apabila kadar sewa mingguan gagal dijelaskan, menyebabkan kereta mereka ditarik balik oleh syarikat.

"Kalau dah kena tarik, lagi susah saya nak cari duit. Lagipun kalau keluar dari pukul 6 pagi sampai 8 malam belum tentu saya dapat RM100,"

"Bawa teksi bukan dapat banyak untung kerana sekarang terlalu banyak persaingan dengan pengangkutan awam lagi, masa pun habis dalam jalan yang sesak," katanya meluahkan kekecewaan.

Begitu juga dengan Nasarudin Mohd 50, menyokong baik tindakan Pakatan untuk menghentikan permit kepada syarikat bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi.

"Penindasan ini berlaku secara berleluasa jika permit terus diberi kepada syarikat. Lagipun untuk mendapatkan permit ianya sangat terhad. Tiga tahun sekali kadang-kadang baru dibuka," katanya.

Manakala Kathirevan A/L M.Sinathamby 38, juga agak emosional apabila memperkatakan status sebagai pemandu teksi yang sukar membuat permohonan pinjaman bank.

"Kita tiada penyata caruman kumpulan wang simpanan pekerja (EPF), sukar untuk kita mohon pembelian rumah dan kereta," katanya.

Oleh itu beliau menyambut baik agar tuntutan untuk merangka skim insurans dan skim pinjaman perumahan persendirian khas bagi golongan pemandu teksi.

Phoon Seet Wah yang telah lebih 10 tahun memandu teksi pula berkata masalah harga barang dan ekonomi yang tidak kukuh menyukarkannya untuk mencari rezeki.

"Saya berharap jika Pakatan memerintah, ekonomi dapat dikukuhkan sepenuhnya, perkara yang membela nasib rakyat perlu dilaksanakan," katanya.

"Konsep ekonomi yang diamalkan oleh UMNO iaitu mementingkan kroni dan kebajikan VIP tidak  boleh dibiarkan berleluasa lagi,"

Beliau yang ketika ditemui wartawan berkata tidak akan memberikan kerjasama sekiranya dari Utusan Malaysia, sempat bergurau sewaktu jurugambar ingin merakam gambarnya.

"Saya takkan kena ISA kan?" katanya dengan gelak kecil.

Majlis Perundingan Media ataupun Majlis Kawalan Media?

Posted: 02 Aug 2011 08:52 PM PDT

Malaysia Chronicle

Baru-baru ini kita telahpun melihat langkah kerajaan pusat BN untuk memperketatkan cengkaman mereka terhadap industri media dengan penubuhan Majlis Perundingan Media Negara. Alasan utama penubuhan majlis tersebut, menurut kerajaan adalah demi "kepentingan nasional" pada keseluruhannya.

Apakah yang dimaksudkan "kepentingan nasional" sebenarnya? Kita melihat pembentukan majlis tersebut adalah lebih kepada kepentingan BN semata-mata kerana pembentukan majlis perundingan tersebut mempunyai jumlah keahlian yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, polis, agensi dan jabatan penguatkuasa, suruhanjaya komunikasi dan multimedia yang melebihi jumlah wakil-wakil daripada pihak media yang dijemput.

Jadi adakah Majlis Perundingan Media Negara ini benar-benar digunakan untuk perundingan di antara pihak kerajaan dan wakil-wakil daripada industri media pada keseluruhannya? Pada pandangan secara amnya telahpun ditonjolkan bahawa ianya lebih berfungsi seperti sebuah Majlis Kawalan Media Negara.

Ramainya pegawa-pegawai kerajaan yang "berkuasa" di dalam komposisi majlis tersebut juga telah membuktikan bahawa ianya bertujuan untuk mengertak wakil-wakil industri media pada bila-bila masa majlis itu bersidang.

Selain daripada itu, didapati bahawa hanya wakil-wakil daripada media massa tradisional dan sebuah persatuan penulis-penulis blog yang pro-BN sahaja yang dijemput untuk menganggotai majlis tersebut sedangkan wakil-wakil daripada media baru, iaitu portal berita internet langsung tidak dijemput, justeru diabaikan terus daripada proses perundingan tersebut.

Tambahan pula, amat mengejutkan bahawa Majlis Perundingan Media Negara itu dipengerusikan bersama oleh menteri penerangan Rais Yatim dan menteri dalam negeri Hishammuddin Hussein, serta dianggotai oleh ramai pegawai daripada kedua-dua kementerian tersebut, pihak polis dan badan-badan penguatkuasa media yang lain.

Ini telah jelas membuktikan bahawa kerajaan pusat BN tidak ikhlas di dalam usaha untuk memajukan industri media di negara ini, sebaliknya lebih bertumpu kepada memantapkan lagi arus propaganda kerajaan BN semata-mata.

Era Internet

Kebebasan media sering dicengkam, berita-berita serta informasi tulen senantiasa disekat daripada disalurkan kepada rakyat, lantaran daripada itu telah menyekat rakyat jelata daripada memperolehi kebenaran dan berita-berita yang lebih tepat mengenai politik dan hal-ehwal negara ini.

Dan kita berasa amat bersyukur bahawa tindakan beberapa arus media telah mengambil keputusan untuk memulaukan persidangan pertama Majlis Perundingan Media Negara yang dipengerusikan bersama oleh kedua-dua menteri tersebut dan sememangnya berharap agar mereka akan meneruskan pemulauan tersebut demi menjaga imej kewartawanan di dalam negara kita ini.

Kebebasan di dalam bidang kewartawanan di negara ini memang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang mengawal percetakan dan penerbitan media adalah dianggap telah melanggari peruntukan Perlembagaan Persekutuan pada keseluruhannya.

Langkah kerajaan pusat BN yang ingin terus mengawal selia arus dan aliran media dan enggan mengiktiraf peranan media internet di negara kita ini jelas telah menunjukkan bahawa mereka masih di dalam alam penafian dan enggan menerima proses pemodenan yang telahpun mengalir ke dalam industri media.

BN masih tidak dapat merima hakikat bahawa media internet telahpun menguasai aliran informasi dalam negara kita ini dan masih berkeras untuk memperkasakan arus media tradisional yang pro-kerajaan.

Akibat daripada tindakan penafian berterusan oleh kerajaan BN, rakyat telah merasa bosan dengan propaganda yang sering mengagung-agungkan BN dan membenci parti-parti pembangkang, penyiaran berita-berita yang berat sebelah dan sebagainya.

Namum, ramai di kalangan kita pada hari ini telah menjadi semakin celik-IT dan tidak lagi bergantung kepada arus media tradisional seperti suratkhabar, radio dan televisyen untuk mendapatkan informasi dan berita-berita yang tepat dan benar.

Tiada ulasan:

Nuffnang