Khamis, 21 Julai 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 20 Jul 2011 08:54 AM PDT

FRU guna gas pemedih mata Israel, Latheefa pertahan kenyataan

KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya mempertahankan kenyataannya bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menafikan laporan KeadilanDaily bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama ketika perhimpunan aman 9 Julai lepas.

Gas pemedih mata jenis CS itu, atau nama saintifiknya 2-chlorobenzalmalononitrile, dikatakan mampu mengakibatkan kerosakan sistem saraf, kecederaan pada mata, paru-paru dan penyakit kulit, malah pernah menyebabkan kematian kepada penduduk Palestin.

Menurut Latheefa, pihak polis tidak perlu menafikan dakwaan itu kerana pihaknya memiliki bukti kanister gas berkenaan.

Kanister itu, katanya, dikeluarkan syarikat Federal Laboratories yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

"Kita sememangnya dapat dan ada kanister itu. Ini bukan kali pertama (ia berlaku). Yang saya dapat satu, masih panas sewaktu dikutip, tertulis Federal Laboratories," katanya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, Latheefa menegaskan, Federal Laboratories adalah pembekal utama gas pemedih mata kepada askar Israel, yang digunakan untuk memerangi rakyat Palestin.

"Jadi, apabila polis menggunakan gas pemedih mata yang sama, adakah mereka menganggap mereka itu tentera Israel dan kita rakyat biasa sebagai musuh?" kata Latheefa.

Beliau seterusnya meminta orang ramai tidak terkeliru di antara gas pemedih mata jenis CS, dengan syarikat Combined Systems yang turut mengeluarkan gas pemedih mata yang sama.

"CS adalah nama gas, nama (singkatan) saintifik gas itu. Kita jangan keliru dengan Combined Systems yang juga merupakan nama syarikat yang turut sama mengelurkan gas pemedih mata CS," kata Latheefa.

Keadilandaily sebelum ini melaporkan kanister berkenaan dikeluarkan syarikat Combined System Inc.

Bagaimanapun, Latheefa berkata, kanister model 560 CS itu dikeluarkan Federal Laboratories dan nama syarikat berkenaan juga tertera pada kanister yang diperoleh beliau.

Pada masa sama, Keadilan daily mendapati satu lagi jenis kanister model ALS5727 dikeluarkan oleh sebuah syarikat ALS Technologies Inc, turut digunakan ketika menyuraikan peserta himpunan Bersih 2.0.

Kedua-dua model kanister berkenaan- iaitu dari Federal Laboratories dan ALS Technologies Inc- mengeluarkan jenis gas CS yang boleh membahayakan nyawa manusia.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17182

Posted: 19 Jul 2011 11:55 PM PDT

Tembak gas secara terus, FRU tak ikut undang-undang, prosedur- Sivarasa

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak mengikut undang-undang dan Standard Prosedur Operasi (SOP), apabila melepaskan peluru gas pemedih mata tepat kepada orang ramai pada 9 Julai lalu.

Beliau mengulas kenyataan bekas komander FRU, Supt (B) Sulaiman Menga Din yang mendakwa FRU dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan demonstran mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Kenyataan beliau (Sulaiman) itu tidak berasas, memutar belit fakta. Beliau

Fayyadh mengalami kecederaan teruk akibat tembakan kanister gas oleh pasukan FRU di KL Sentral pada himpunan aman Bersih 9 Julai lalu

sendiri patut tengok (rakaman) FRU yang menembak terus kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa di KL Sentral.

"Menembak gas pemedih mata terus kepada orang boleh membahayakan nyawa. Jika diteliti dalam beberapa video semasa kejadian, lebih kurang 12 das tembakan (dilepaskan). Itu sudah melanggar undang-undang dan prosedur," kata Sivarasa kepada Keadilandaily.com.

Sivarasa berkata, dakwaan bekas komander itu jelas bertentangan dengan video yang dirakam semasa kejadian yang menunjukkan polis menendang dan bertindak kasar terhadap peserta Bersih 2.0.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai satu pembohongan, Sivarasa mempersoal kecederaan teruk yang dialami Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Al-Bakqry akibat terkena tembakan kelonsong pemedih mata FRU.

Kecederaan yang dialami Fayyadh ketika serangan gas di terowong KL Sentral, mengakibatkan cedera parah di bahagian tulang pipi, cukup menggambarkan tindakan ganas FRU.

"Fayyad juga memberitahu bahawa FRU tembak terus kepada orang ramai dan bukan ke atas. Kalau lihat kepada kelongsong gas pemedih mata, telah diberi amaran bahawa tidak boleh tembak terus dan dilakukan di kawasan tertutup," ujarnya yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP).

Dalam pada itu, beliau menyifatkan insiden 9 Julai, yang menyaksikan rakyat berhadapan dengan keganasan FRU dan polis, membuktikan pihak berkuasa telah melanggar undang-undang yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah serius.

"Mereka (polis), boleh cakap mahu menangkap peserta, tetapi tindakan ganas sudah melanggar undang-undang dan diklasifikasikan sebagai jenayah serius," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17177

Posted: 18 Jul 2011 11:12 PM PDT

Fenomena BERSIH

la_abwa | Jul 19, 2011 10:37:36 am

Nak cakap pasal BERSIH-satu Fenomena. Saya bukan pakar analisis politik. Sejak mula ura-ura nak buat perhimpunan BERSIH pun saya tak ambil pot. Bagi saya perhimpunan Haji saja yg pernah saya hadir. Perhimpunan lain tak minat, cuma minat baca cerita dan kisah-kisah yg ditulis orang mengenainya. Saya paling tak suka kalau kaum wanita ambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan (Kecuali Haji dan Perang fisabilillah jika terpaksa), termasuk dalam perarakan hari KEMERDEKAAN.

Peliknya bila tiba tarikh kemerdekaan, rakyat malah dikerah untuk berhimpun dan memeriahkan suasana. Tak ada gas pemedih mata ditembak, kenapa BERSIH tidak boleh dijayakan seperti itu? Syukur kerana saya tak pernah dikerah untuk perarakan hari Merdeka, perarakan maulid atau apa-apa perarakan untuk untuk menunjukkan "semangat". Dengan kata lain saya memang tak ada semangat nak berarak atau berhimpun,saya tunggu hari perhimpunan di yaumul Masyar sahaja lah.

Bila saya lihat tulisan BERSIH 2.0, tahulah saya ini kali kedua BERSIH berhimpun atau buat gagasan. Agak pelik bunyinya, kerana tak ambil pusing hal perhimpunan saya tak berapa peka kehadiran BERSIH yang sudah masuk siri kedua, sudah boleh masuk kategori satu fenomena. Setakat pembacaan saya, BERSIH ini bukan gagasan parti politik tetapi sebahgian besar daripada pejuangnya adalah terdiri dari ahli parti-parti politik pembangkang, jadi apa pun gagasannya ia tetap dianggap pembangkang. Hanya pembangkang sahaja yang tak puas hati dengan sistem pilihanraya, yg pro kerajaan dan yang "tak mendengar" terus menganggap SPR telus dan tulus.

Saya baru sahaja membaca beberapa catatan kenangan dan rakaman peristiwa yang ditulis oleh beberapa individu yang terlibat dalam perhimpunan, saya membaca cacatan pemuda Cina dan muda-mudi Melayu. Mungkin bagi orang Melayu yang pekat semangat "keris tamingsari"-nya menganggap orang Cina yang masuk perhimpunan ini adalah petualang yg tidak mengenang budi. Saya terbaca juga beberapa cacatan di wall FB rakan yang tak dikenali (macam mana boleh jadi friend?) yang mengeluarkan kata-kata tak bermaruah, kurang matang dan emosi mengutuk perhimpunan bersih tanpa mahu memberi peluang diri berfikir secara objektif. Semua ini saya anggap satu fenomena, adanya satu kumpulan pendesak (BERSIH) dan ada satu puak yang menonton dan hanya memberi komen seperti saya. Sekumpulan manusia yg bercakap hal yg sama iaitu hal BERSIH.

Paling banyak komen negatif dan kurang masak mengenai "keamanan" semasa hari perhimpunan. Kononnya hari itu akan wujud huru hara, peniaga akan rugi dan yang pasti jalan sesak. Jalan pastinya sesak, itu tak dapat dielakkan. Tapi tentang huru hara dan peniaga rugi, ini tak pasti. Biasanya di mana ada orang ramai, pernigaan akan bertambah maju. Sebab itu pihak kerajaan selalu adakan perhimpunan peniaga seperti MAHA yang tujuannya menggalakkan orang berhimpun dan membeli. Semasa berlangsungnya festival, ramai manusia berhimpun dan jalan mesti sesak. Itulah fenomena perhimpunan, tidak pelik. Tentang huru hara pula, apa logiknya perkara ini diramalkan? Saya nampak tak logik. Memang akan ada pihak yg ambil kesempatan di mana-mana perhimpunan pun, dan di sinilah tugas pasukan polis dan tentera sebenarnya, mengawal dan menjaga ketenteraman awam.

Tetapi lain yang terjadi di perhimpunan BERSIH 2.0. Belum ada huru hara polis dah mulakan sekatan, tembah gas pemedih mata, maka jadilah huru hara haru biru. Kemudian media kerajaan melemparkan tuduhan-tuduhan sumbang sedangkan mereka sendiri juga yang menunjukkan gambar-gambar gas pemedih mata dilepaskan tanpa dapat memberikan satu alasan yg munasabah kenapa gas pemedih mata harus ditembakkan? Semua yg digambarkan adalah negatif. Saya terfikir kenapa pihak kerajaan bermatian-matian menetang BERSIH? Mengapa tidak pihak pimpinan meluangkan masa hadir sama di perhimpunan, buka mata buka telinga berikan peluang mendengar apa yang dituntut. Tak luak tahi telinga pun kalau jadi pendengar yang baik malah kerajaan akan dipandang BERSIH oleh rakyat didalam dan luar negara.

Saya rasa sangat pelik dengan pimpinan kerajaan, yang sering melaungkan slogan-slogan retorik "rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan" tetapi mereka bersikap tidak mendengar atau bahasa kasarnya buat pekak badak. Sebagai rakyat yang masih boleh berfikir rasional, saya menyeru kerajaan menghentikan sikap baling batu sembunyi tangan. Pihak polis terang-terang melepaskan gas pemedih mata kenapa pula rakyat yang dikatakan derhaka. Rakyat tidak derhaka jika pimpinan kerajaan BERSIH dan mahu mendengar pandangan rakyat.

Jadilah kerajaan yang peka kepada cadangan-cadangan rakyat sekalipun mereka pembangkang. Hanya dengan ini sahaja kerajaan boleh dipandang BERSIH dan dihormati. Kepada POLIS pula taatlah kepada kerajaan tetapi jangan lupa tanggungjawap anda kepada rakyat. Rakyat tidak bersalah untuk berhimpun secara aman, anda sepatutnya mengawal mereka bukan memburu mereka.

Posted: 18 Jul 2011 11:06 PM PDT

Catatan tahanan PSM: Dua lokap, dua neraka

Soh Sook Hwa | Jul 19, 2011 05:43:38 pm

Pada jam 6 petang 26 Jun 2011, bersama Jeyakumar Devaraj, Sarasvathy Muthu, A.Letchumanan, Choo Chon Kai dan seorang peserta yang buat pertama kali mengambil bahagian program kami, pemandu bas, kami tujuh orang dibawa ke lokap cawangan khas, sambil diiringi siren kereta polis.

Tapak kaki dijadikan kayu ukur. Dengan selipar yang ada, berulang-alik saya mengukur ruang bilik yang mengurung saya. Lebarnya 8 dan setengah "tapak kaki", dan panjangnya 23 dan setengah "tapak kaki" saya, bersamaan kira-kira luas 6 kaki lebar dan panjang 16 kaki.

Satu orang, satu lampu, satu lantai yang dipenuhi tahi tikus, satu katil kayu, satu mangkuk tandas ala-cangkung, satu paip air tanpa penyembur. Katilnya berdebu disebabkan balai polis yang masih dalam pengubahsuaian; baunya pelik disebabkan kebasahan simen. Senyap-sunyi, melainkan bunyi pintu di luar ketika dibuka, dan bunyi langkah yang bergema.

Tingkap besi tiga lapis, dengan lebar dua kaki dan panjang satu kaki menjadi hiasan tembok yang menghala ke luar. Terdapat satu lubang yang berbentuk panjang, seperti peti surat - pada pintu besi, kebetulan tingginya pada paras mata ketika saya berdiri. Saya akan berdiri di depan pintu, melegakan diri dari kehangatan kebasahan dalam bilik - melalui lubang tersebut.

Ia semacam waktu pejabat, 6 hingga 7 jam saya disoal-siasat pada waktu siang - antaranya pegawai cawangan khas tempatan dari Pulau Pinang, pegawai siasatan jenayah dari Bukit Aman. Mereka mengambil berat apakah aktiviti yang saya terlibat ketika berada di kampus, pernahkah saya melawat Kampung Perdamaian Selatan Thailand? Tempat pelancongan yang pernah saya kunjungi? Siapa yang rapat dengan saya dalam parti? Mengapa memilih PSM dan bukannya PKR atau DAP?

Orang seperti saya ni tak pasti pun nombor motorsikal saya - tak terdaya saya nak ingat bila, mana saya berjumpa dengan Jeyakumar, Sarasvathy, Choo Chon Kai buat kali pertama. Tiga kumpulan penyiasat tak jemu-jemu mengulangi soalan yang agak sama kepada saya. Ada kalanya mereka cuba memujuk saya, malah berkuliah tentang sejarah pembentukan negara versi Barisan Nasional.

"Tahukah kau, kemerdekaan Malaysia sangat bernilai. Ia diperolehi tanpa setitis darah daripada Tunku Abdul Rahman, tanpa diragut satu nyawa manusia." Pegawai dari Bukit Aman berteriak kepada saya dengan bahasa kantonis, "Tahukah kau, korang pergi demonstrasi, orang Kuala Lumpur akan kehilangan RM700 juta!"

Saya masih muda. Meruap-ruap kemarahan saya. Saya ingin balas, namun ditakdirkan tidak diberi peluang. "Dengar dulu kata saya, kau dengar dulu..." Sememangnya dia nak menekan, bukan untuk nak berbicara dengan rasional. "Betul tak kata saya? Betul tidak kata saya?" Saya hanya senyum bisu, dengan sikap "tak ambil pot".

Dua penjara; dua neraka

Kadang-kala saya berpeluang juga. Mereka ingin mengetahui perjuang Parti Sosialis Malaysia (PSM), maka saya bermula dengan isu gaji minima, disusuli pula masalah penswastaan perubatan, dan pendidikan percuma. "Berapa gaji ketua kamu yang paling tinggi rankingnya?" "17 ribu." "Berapa pula gaji anggota polis kelas paling rendah?" "800 lebih." "Bukankah jauh bezanya? 10% pun tak sampai!"

Dia pun bersetuju, memesan agar jangan lupa memperjuangkan kebajikan polis jika saya berkuasa satu hari nanti. "Perjuangan kamu ni tak salah, tapi demonstrasi jalanan tu salah-lah!"

Meskipun tempoh soal jawab agak panjang pada siang hari, malah diulangi soalan yang sama berkali-kali, sehingga membosankan. Namun ia lebih baik daripada kesepian pada waktu malam. Walapun penat juga dengan kerja mendidik polis (dalam isu dasar, hak asasi manusia), dan lapang juga selepas makan malam - namun tidak lena tidur saya pada waktu malam. Saya terjaga tiga jam sebelum waktu pagi, kerana kepanasan - dengan peluh yang membasahi seluruh tubuh saya.

Dulu saya ingat bilik lokap semestinya dingin. Selepas tahanan reman yang dipanjangkan tujuh hari, saya dimasukkan ke dalam lokap besi biasa. Saya gagal tidur kerana terlalu sejuk, berbanding lokap sebelumnya yang tertutup. Dua neraka sebenarnya. Tulang belakang saya amat sakit lantaran katil kayu. Selepas mandi dengan sabun (yang diperjuangkan kami), penantian yang tak terhingga menunggu di depan. Berulang kali, saya duduk, baring, atau bermundar-mandir dalam bilik - merenung, bercakap dengan diri sendiri.

Ini sebahagian daripada rekaan. Penangkapan dengan alasan yang tidak masuk akal, kemudian dikurung dalam bilik yang dahsyat keadaan kebersihannya - disoal-siasat dalam jangka panjang - oleh pegawai yang memainkan peranan berbeza, satunya cuba menekan, satu pula cuba berbaik-baik dengan kamu. Kemudian anda dikurungkan berseorangan dalam bilik - kesunyian dalam tidak tenteram - dan anda merasakan diri kamu tidak terdaya melakukan apa-apa.

Mendakwa rakan seperjuangan menikam dari belakang

Mereka provok dengan kata-kata yang sengaja mencungkil kemarahan anda, mencabar keyakinan dan kepercayaan anda, melunturkan semangat anda, mengadu domba antara kamu dengan rakan seperjuangan.

"Dari wajah Choo Chon Kai (gambar kiri), saya rasa dia orang yang licik, bukan seorang yang harus kau percayai. Dia mungkin tikam kau dari belakang, menuduh kesemua T-shirt tu milik kau!"

Sama ada T-shirt itu milik saya atau tidak, wajah orang pun kamu gunakan untuk berteori... "Sungguh hebat kau," ujar saya. Mereka asyik memesan, "Baik kau berfikir balik nanti!"

Ya, sudah saya menginsafi sebaik-baiknya. Walaupun penat dengan aktiviti dan organisasi parti sebelumnya, pernah juga timbul rasa malas dalam diri saya, dan tidak mahu berbuat apa-apa lagi. Lapangnya hidup saya dalam lokap, tapi saya gagal melakukan apa-apa, tak terdaya nak lakukan apa-apa. Saya akan mengingati perbezaan sedemikian, untuk menyuntik semangat supaya saya lebih berusaha dan lebih tekun. Saya tidak takut, saya menyertai PSM bukan kerana orang lain. Kami menyaksikan ketidakadilan dan ketidaksaksamaan dalam masyarakat, lantas kami melibatkan diri dalam perubahan.

Saya masih muda. Saya masih marah - tanpa sebab saya dilabelkan, kemudian polis menahan kami untuk 10 hari atas tuduhan memerangi Yang di-Pertuan Agong. Mereka cuba melemahkan kami, cuba menghukum kami untuk BN. Saya lebih marah kerana enam orang sahabat saya masih ditahan tanpa perbicaraan di bawah Ordinan Darurat. Mereka kehilangan kebebasan. Saya sangat marah.

Namun, saya sedar juga bahawa tiada lagi tempat untuk pembohongan di atas tanahair ini. Cahaya mentari bakal mencerahkan segala-galanya selepas subuh.

Baca: Orang baik ancam ketenteraman awam? Choo Chon Kai yang aku kenal...

*Soh Sook Hwa (gambar kanan) adalah graduan Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah mencabar Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) kerana menyanggah perlembagaan, namun gagal. Beliau adalah AJK PSM dan Setiausaha cawangan Bayan Baru. Beliau ditangkap bersama 30 aktivis PSM yang lain pada 26 Jun 2011, dan dibebaskan selepas 10 hari. Kini enam orang aktivis PSM masih ditahan di bawah Ordinan Darurat. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Tiada ulasan:

Nuffnang