Selasa, 9 Oktober 2012

.

.


PAS SOAL UMNO JAWAB or UMNO DISOAL

Posted: 08 Oct 2012 10:00 PM PDT


1.Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO
2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)
8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR
9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO
12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
13. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?
A. PAS
B. UMNO
14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
Dan soalan cepuemas
Siapakah bela lembu dalam kondo?
A. Anwar
B Nik Aziz
C Kak Ijat

GAJI CEO TABUNG HAJI RM85,000 sebulan ?

Posted: 08 Oct 2012 09:33 AM PDT


Menteri: Gaji CEO Tabung Haji 'ikut peraturan'
NIZAM ZAIN
8 Oktober 2012
Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR – Gaji Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, yang didakwa berjumlah RM85,000 tidak ditentukan secara sembarangan dan bukan sesuatu yang "tersembunyi", kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Lembaga kenaikan gaji dan lembaga pemutusan yang menetapkan gajinya, jadi dia bukan dibuat secara sembaragan, tersembunyi dan sebagainya, ia berdasarkan kepada jadual dan peraturan yang termaktub dalam Tabung Haji," kata beliau.
Ismee didakwa menerima gaji dan bonus RM1.7 juta tahun lalu.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjelaskan bahawa bayaran gaji yang dibuat oleh Tabung Haji mengikut peraturan berdasarkan kepada tahap profesionalisme, kepakaran dan nilai pasaran semasa.
Katanya, oleh kerana perkara itu telah dibangkitkan di Dewan Rakyat, penjelasan akan diberikan kemudian.
"Saya akan jawab persoalan gaji ini dalam Parlimen, sebab Tabung Haji ini adalah syarikat bernilai bilion ringgit, lima tahun berturut-turut Tabung Haji menjangkau keuntungan melepasi daripada satu bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran agihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan Baitulmal Sesi 2013 di MAIWP di sini, hari ini.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Pokok Sena dari Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika membahaskan Bajet 2013 di Dewan Rakyat mendedahkan beliau mempunyai bukti penyata gaji Disember 2011 milik CEO Tabung Haji yang hanya bekerja secara kontrak memperoleh RM85,000 dan bonus RM700,000.
Mahfuz mempersoalkan bagaimana gaji seorang CEO berstatus kontrak memperolehi gaji sebesar itu berbanding CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berjawatan tetap tidak menikmati gaji selumayan itu malah gaji dan bonus itu sendiri lebih daripada yang diperolehi perdana menteri.
Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, jumlah itu setimpal dengan sumbangan diberikan kepada Tabung Haji bersesuaian prestasi yang memberangsangkan dengan hampir sejuta penyimpan untuk mengerjakan haji manakala pendeposit sahaja berjumlah 7.8 juta orang.
"Ramai juga yang menyimpan dengan Tabung Haji sedang mereka mempunyai pilihan simpanan dengan bank dan sebagianya, kita juga menguruskan dana Tabung Haji sebanyak RM7.8 bilion sehingga kini," jelasnya lagi.
Ismee telah menjadi Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif sejak 2006. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ECM Libra Securities Sdn Bhd dari Disember 2003 hingga Disember 2005.
Beliau mempunyai 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang perakaunan, kewangan dan pembangunan perniagaan & korporat yang berkaitan dengan pelbagai industri seperti tekstil, hartanah, minyak & gas, hotel dan perubatan.
Selain itu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Lembaga Tabung Haji dan juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar Kanan bagi Kewangan dari Disember 2001 hingga Disember 2003.
Mengikut laporan akhbar tahun lalu, Tabung Haji merupakan agensi pengurus dana yang bermatlamat untuk memberi peluang kepada umat Islam di Malaysia menggunakan simpanan mereka untuk menceburi bidang pelaburan dan perniagaan di negara ini.
Tabung Haji telah menyertai bidang-bidang pelaburan yang berpotensi merangkumi pelaburan saham jangka pendek dan jangka panjang dalam sektor-sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, peladangan serta pemilikan hartanah.
Ia juga melabur secara aktif dalam instrumen-instrumen pelaburan kewangan Islam seperti bon, nota korporat, sijil pelaburan kerajaan dan akaun bank mudharabah.
Empat anak syarikat milik penuh Tabung Haji yang beroperasi dalam sektor-sektor strategik termasuk TH Plantations Bhd. dalam sektor perladangan; TH Properties Sdn. Bhd. dalam sektor pembangunan hartanah; TH Technologies Sdn. Bhd. dalam sektor pembinaan dan TH Travel & Services Sdn. Bhd. dalam sektor perkhidmatan, haji, umrah dan pelancongan.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/menteri-gaji-ceo-tabung-haji-ikut-peraturan-1.92558

Tiada ulasan:

Nuffnang