Rabu, 20 Jun 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Umum 26 Jun 2012 di Gemencheh

Posted: 19 Jun 2012 11:18 PM PDT

CERAMAH UMUM
Penceramah :
Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat)
Dato Arif Sabri (Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan)
Aishah (Bekas Artis/Penyanyi)
Tarikh : 26 Jun 2012, Selasa
Jam : 9 mlm
Tempat : No 11, Pkt 6 Felda Bukit Rokan, Gemencheh, N.Sembilan (rumah Raja Harman)

Siapakah Sultan yang tidak tinggal di istana megah?

Posted: 19 Jun 2012 09:03 PM PDT

Siapakah Sultan yang tidak tinggal di istana megah serta bersifat pemaaf disamping menyemarakkan sambutan Maulid Nabi serta telah membebaskan Palestin atau Al Aqsa atau Jerusalem atau Baitul Maqdis?

Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din ( 1138 – 4 Maret 1193 m) adalah seorang jendral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Irak saat ini) saat ayahnya menjadi penguasa Seljuk.

Di Yerussalem, Salahudin kembali menampilkan kebijakan dan sikap yang adil sebagai pemimpin yang shalih. Mesjid Al-Aqsa dan Mesjid Umar bin Khattab dibersihkan tetapi untuk Gereja Makam Suci tetap dibuka serta umat Kristiani diberikan kebebasan untuk beribadah didalamnya.

Salahudin berkata :" Muslim yang baik harus memuliakan tempat ibadah agama lain". Sangat kontras dengan yang dilakukan para pasukan Salib di awal penaklukan kota Yerussalem (awal perang salib), sejarah mencatat kota Yerussalem digenangi darah dan mayat dari penduduk muslimin yang dibantai.

Sikap Salahudin yang pemaaf dan murah hati disertai ketegasan adalah contoh kebaikan bagi seluruh alam yang diperintahkan ajaran Islam.

Salahudin Al-Ayubi tidak tinggal di istana megah. Ia justru tinggal di mesjid kecil bernama Al-Khanagah di Dolorossa. Ruangan yang dimilikinya luasnya hanya bisa menampung kurang dari 6 orang. Walaupun  sebagai raja besar dan pemenang perang, Salahudin sangat menjunjung tinggi kesederhanaan dan menjauhi kemewahan serta korupsi.

Salahudin berhasil mempertahankan Yerussalem dari serangan musuh besarnya Richard The Lion Heart, Raja Inggris. Richard menyerang dan mengepung Yerussalem Desember 1191 dan Juli 1192. Namun penyerangan-penyerangannya dapat digagalkan oleh Salahudin. Kepada musuhnya pun Salahudin berlaku penuh murah hati. Saat Richard sakit dan terluka, Salahudin menghentikan pertempuran serta mengirimkan hadiah serta tim pengobatan kepada Richard. Richard pun kembali ke Inggris tanpa berhasil mengalahkan Salahudin.

Semasa hidupnya Salahudin lebih banyak tinggal di barak militer bersama para prajuritnya dibandingkan hidup dalam lingkungan istana. Salahudin wafat 4 Maret 1193 di Damaskus. Para pengurus jenazah sempat terkaget-kaget karena ternyata Salahudin  tidak memiliki harta. Ia hanya memiliki selembar kain kafan yang selalu di bawanya dalam setiap perjalanan dan uang senilai 66 dirham nasirian (mata uang Suriah waktu itu).

Sampai sekarang Salahudin Al-Ayubi tetap dikenang sebagai pahlawan besar yang penuh sikap murah hati.

Siapakah Sultan yang bawa ulama rombongan keluar negara?

Posted: 19 Jun 2012 08:22 PM PDT

Siapakah Sultan yang mengasihi ulama, dan sering membawa ulama ke mana-mana termasuk ke luar negara agar ulama tadi dapat menasihatkan baginda dalam setiap hal samada urusan peribadi atau pemerintahan? Baginda juga telah menulis 2 buah kitab agama.

ANTARA sekian ramai sultan di dunia Melayu, terdapat beberapa orang sultan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Islam. Ada yang mengasihi ulama, bahkan ada yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Ada juga yang menghasilkan karangan berupa risalah atau pun kitab. Sultan Sulaiman, Sultan Selangor dapat dikategorikan seorang sultan yang mengasihi ulama.

Nama lengkapnya ialah Sultan Alauddin Sulaiman Syah bin Raja Muda merupakan Sultan Selangor ke-5, yang bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun.

Sultan Sulaiman sangat mesra dan kasih kepada Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani dalam Selangor sendiri hinggalah ketika beliau satu ketika pergi ke luar negara (terutama ke London), ulama yang berasal dari Patani itu ikut bersama-sama dalam rombongan beliau. Peristiwa ini mencerminkan bahawa Sultan Sulaiman berusaha sedemikian rupa menggabungkan kerjasama, kesepaduan dan keserasian antara umara dan ulama sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. -

PENULISAN

1. Kitab Pohon Ugama Bahagian Rukun Iman, diselesaikan 1337 H/1919 M. Cetakan ketiga, Mathba'ah New Klang Press, Klang, 15 Jamadilakhir 1349 H/1930 M. Kandungan, setelah ``Pendahuluan'' oleh baginda sendiri, Rahman al-Fathani. Antara pandangan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, ``Terlihatlah hamba yang daif atas kitab ini, Pohon Ugama, karangan bagi Yang Maha Mulia Sultan Selangor Maulana al-Mu'azzam Sir Alauddin Sulaiman Syah ... Maka patut dijadikan pelajaran kanak-kanak yang mubtadi pada tiap-tiap sekolah ugama supaya berkekalan manfaatnya istimewa pula ...'' Kandungan yang menjadi topik perbahasan keseluruhan ialah mengenai akidah. Pada halaman 25 terdapat gambar baginda sedang duduk di atas mimbar Masjid Alauddin dalam rangka membaca khutbah.

2. Kitab Melatih Kanak-Kanak Laki-Laki Perempuan, Agama Islam 1, diselesaikan di Istana Mahkota Puri, Klang 3 Zulhijjah 1348 H. Dicetak oleh The Boon Hua Press, Klang, 1349 H/1930 M. Kandungan, antara kalimat baginda yang bersajak pada pendahuluan, ``... pada bicarakan ilmu tauhid pangkal agama Islam. Yang sangat hampir fahamnya dan mengertinya bagi segala awam. Dicadangkan dia bagi mereka yang berkehendak kemenangan lama. Daripada kanak-kanak yang baharu belajar di dalam sekolah agama ...'' Pada halaman 27 terdapat satu judul yang agak menarik, ialah ``Nasihat Guru Pada Murid''. Mengenai ini baginda menulis dalam bentuk puisi yang terdiri daripada 22 bait empat-empat rangkap.

PAS kecewa Dewan Rakyat tolak usul Rohingya

Posted: 19 Jun 2012 07:49 PM PDT

19 Jun 2012 : PAS melahirkan kekecewaan berikutan penolakan Dewan Rakyat untuk membincangkan isu pelarian Rohingya yang semakin meruncing. Usul yang dikemukakan ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar itu ditolak dalam kamar oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.

Kamarudin, yang ditemui di lobi parlimen berkata adalah penting bagi Dewan Rakyat membincangkan isu berkaitan keganasan etnik yang berlaku sekarang dan menyatakan pendirian Malaysia berhubung isu tersebut.

"Isu berkaitan warga Rohingya ini perlu dibincangkan, sekaligus Malaysia perlu menyatakan pendirian atau menghantar nota bantahan," tegas beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Luar dan Antarabangsa PAS Pusat berkata PAS mendesak Malaysia sebagai anggota Asean dan PBB untuk membuat tindakan segera berhubung isu tersebut.

Katanya, sebagai anggota Asean yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi untuk memastikan umat Islam di rantau ini tidak dizalimi pihak lain.

Isu ini berbangkit berhubung isu pembunuhan hampir 1,500 muslim Rohingya dan 3,000 yang cedera dalam perbalahan etnik di negara itu, beberapa hari lalu.

Tragedi jenayah kejam di Gemencheh berulang

Posted: 19 Jun 2012 06:24 PM PDT


Apakah usaha dakwah dan kaunseling perlu diperhebatkan di seluruh Negeri Sembilan, khususnya di Gemencheh? Gemencheh sebelum ini digemparkan dengan kes pembunuhan Datuk Taha yang merupakan Speaker Dewan Undangan N.Sembilan oleh Datuk Mokhtar Hashim merupakan mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1982. Kemudian kes pembunuhan kejam empat sekeluarga oleh ahli keluarga sendiri pada tahun 2010. Kini anak pula mengelar leher ibu kandung sendiri juga di Gemencheh.

JUVANA, SEPUPU DIDAKWA
Harian Metro 19 Jun 2012

Seorang juvana berusia 17 tahun dan sepupunya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan cuba membunuh ibu kandungnya dengan mengelar leher mangsa ketika berlaku perselisihan faham antara mereka di depan Pasar Gemencheh, di sini, minggu lalu.

Pada prosiding di depan Hakim Azura Alwi itu, juvana terbabit yang juga tertuduh kedua dan sepupunya, Nor Haslinda Mohd Yunus, 26, tertuduh pertama, masing-masing berbaju lokap ungu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mereka didakwa mengkelar leher Azizah Isa, 50, ibu saudara Haslinda dan ibu kepada juvana terbabit yang juga pembantu am sekolah rendah menggunakan pisau. dengan niat atau mengetahui perbuatan itu menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di depan Pasar Gemencheh, Tampin, pada jam 5.15 petang, 11 Jun lalu.

TRAGEDI GEMENCHEH BUKAN BARU
Kosmo 1 Okt 2010

Pembunuhan kejam empat sekeluarga menggemparkan negara.

"SAYA buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar."

Itulah kononnya kata-kata Rashidi Ismail, 34, kepada pihak polis mengenai tindakannya menyembelih bapanya, Ismail Awang, 76, serta mengerat jari adiknya, Siti Khadijah Ismail, 22, dalam kejadian bunuh melibatkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Dalam tragedi yang disifatkan sangat kejam itu, bekas imam kampung yang juga datuk suspek, Atan Daud, 90, dan isterinya, Sufiah Keatas, 80, turut maut dibunuh.

Atan ditemui dengan tangan kiri terputus, Sufiah putus tangan kanan, Ismail hilang kepala manakala Siti Khadijah terbaring kaku dengan pisau tercacak di dada.

Suspek kemudian membawa kepala bapanya dari Tampin ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sejauh 120 kilometer sebelum ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

KES PEMBUNUHAN DATUK TAHA

Datuk Mokhtar Hashim ialah seorang mantan Menteri Belia dan Sukan didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib.

Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh , Negeri Sembilan pada jam 1.30 pagi , 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di Jalan 16/6 , Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Ketika itu 8 hari lagi akan diadakan Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982.

Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman ( 46 tahun - ketua kampung ), Nordin Johan ( 33 tahun - peniaga) , Aziz Abdullah ( 65 tahun , kerja sendiri, Aziz PJK) dan Aziz Tumpuk. Walaupun bagaimanapun penyokong Mokhtar Hashim dibebaskan.

Perbicaraan selama 75 hari pada 1983 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada 6 Mac 1983 Hakim Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Peguambela bagi pihak Mokhtar Hashim ialah Dato Abu Zahar Ujang. Peneroka Felda yang menjadi saksi alibi tidak hadir semasa perbicaraan. Ketua polis yang menyiasat kes itu ialah Musa Hassan.

Tidak ada saksi yang nampak Moktar Hashim di ladang kebun getah , pada waktu bulan mengambang. Tetapi pistol dan peluru yang menjalani ujian balistik jelas menunjukkan ia milik Mokhtar Hashim.

Rujukan :

Saari Sungib sahkan seksaan ISA ala Guantanamo

Posted: 19 Jun 2012 06:23 PM PDT

KUALA LUMPUR 19 Jun 2012 : Bekas tahanan, Saari Sungib mengesahkan wujud pelbagai deraan mental dan fizikal sepanjang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk dibogel dan kemaluan dijolok dengan kayu serta seksaan lain.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau menyalahkan polis atasan kerana menerapkan anggota bawahan dengan pendekatan deraan menyerupai ala Guantanamo terhadap tahanan yang belum dibuktikan bersalah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang itu berkata, banyak ketidakadilan berlaku, antaranya dihalang bertemu ahli keluarga dan tidak dibenar berjumpa peguam.

"Tahanan tidak boleh hubungi sesiapa termasuk peguam dan keluarga selama 60 hari. Pada 90 hari pertama, tahanan diasing dalam sel berbeza.

"Selepas 60 hari, baru dapat jumpa keluarga, itupun dipantau. Langsung tiada akses kepada peguam melainkan keluarga buat kenyataan bertulis mohon peguam dibenar melawat.

"Apabila dibebas pula, tahanan disyarat hanya boleh 'buka cerita' selepas setahun," katanya menceritakan pengalamannya mengulas nota penyeksaan yang diseludup keluar dari Kem Kamunting.

Saari berkata, kezaliman ISA terserlah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ditumbuk hingga matanya lebam.

Beliau menyeru lebih ramai peguam tampil memberi pandangan dan sokongan kepada bekas tahanan untuk memberi kekuatan kepada mereka supaya bercerita pengalaman ngeri ditahan ISA.

"Kesan seksaan memerlukan kekuatan untuk pulih dari trauma. Bukan mudah mahu ceritakan pengalaman," katanya yang mencatat penderitaannya dalam buku secara bersiri "Suara Dari Kamunting" dan "Siri Mansuhkan ISA."

Beliau ditahan ISA kali pertama pada 12 Oktober 1998 dan kali kedua, 10 April 2001.

Nota penyeksaan yang memperinci seksaan ala Guantanamo terhadap 45 tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak terbongkar.

Nota tanpa tarikh itu diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting oleh kakitangan kem dan diserah kepada Malaysiakini.

Seksaan itu berlaku, ketika proses soal siasat semasa individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Antaranya mangsa dipaksa menanggalkan pakaian dan hanya memakai pakaian dalam dan "digantung terbalik" daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman".

Selain itu, minyak panas dilumur ke kemaluan mangsa dan mencucuh kemaluan dengan api rokok.

Jamuan Rakyat dan Ceramah Perdana

Posted: 19 Jun 2012 06:36 AM PDT


Tiada ulasan:

Nuffnang