Selasa, 31 Mei 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


KEBAKARAN BESAR DI KAMPUNG TERENGGANU, TELUK INTAN

Posted: 30 May 2011 11:18 PM PDT


TELUK INTAN, 31 Mei - Akibat kecuaian bermain api, menyebabkan kebakaran besar berlaku di Kg. Terengganu, Mukim Durian Sebatang dekat sini petang semalam. Kebakaran yang bermula kira-kira 2.30 petang itu telah memusnahkan 18 buah rumah yang terdiri daripada 14 keluarga Melayu dan 4 keluarga Cina.

Beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan telah sempat sampai ke tempat kebakaran. Antaranya Tuan Hj. Mohamad Akram Mohd. Ayub, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Mohd. Rizal Mohd. Ayub dan Sdr. Mohamad Ameer, ahli jawatankuasa PAS Kawasan.
YB Anuar dan Hj. Akram.

YB Anuar bersama seorang petugas Zon Selatan Sungai Buaya Selangor yang memberikan sumbangan.

ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin juga turut segera mengunjungi ke tempat kejadian sejurus tiba dari Ipoh kira-kira jam 5.00 petang. Sementara itu, Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Manogaran juga sempat mengunjungi tempat pemindahan mangsa kebakaran di Dewan Bandaran Teluk Intan pada sebelah malamnya.

Pagi tadi, atas dasar keprihatinan akan masalah rakyat, YB Anuar Sudin sekali lagi melawat tempat kebakaran bagi meninjau serta bertemu penduduk di sana. Kelihatan, wajah berupa kejutan dan sayu masih lagi menyelubungi penduduk kampung. Hasil tinjauan, masih ramai lagi penduduk yang cuba mencari sebarang harta yang masih boleh diselamatkan. Turut hadir sama ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sdr. Rahmat Maliki dan Tuan Hj. Mohamad Akram.
Beberapa orang mangsa kebakaran sedang mencari barangan yang masih terselamat di rumah mereka yang telah musnah.

Mashaf al Qur'an yang cuba diselamatkan dari sebuah rumah.

Surau ini terselamat walaupun rumah di sekelilingnya musnah terbakar.

Kemudian, YB Anuar telah bergegas pula ke Dewan Bandaran Teluk Intan di mana sebahagian besar mangsa kebakaran ditempatkan di sana sebagai tempat penginapan sementara. Menurut seorang jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kemungkinan hari ini atau esok, mangsa-mangsa akan ditempatkan di beberapa lokasi penempatan seperti di Kompleks Rumah Guru dekat Pasar Besar, Rumah Pangsa JKR di Jalan Laksamana dan beberapa tempat lagi.
YB Anuar sibuk menguruskan sumbangan air gau.


YB Anuar bertanya khabar dengan seorang penduduk kampung, Hj. Amiruddin Shamsuddin, 63.

Sebanyak 24 kotak air Gau telah disumbangkan oleh YB Anuar Sudin sebagai sumbangan awal kepada semua mangsa. Air tersebut telah digunakan sebagai minuman harian mangsa. PAS Teluk Intan juga akan menyumbang makan pagi kepada mangsa.

Menurut ADUN Changkat Jong, beliau telah berbincang dengan MP Teluk Intan, Sdr. Manogaran untuk mewujudkan Tabung Mangsa Kebakaran Kg. Terengganu atas nama Pakatan Rakyat. 
Sdr. Ameer menyantuni seorang mangsa kebakaran, warga emas tionghua.

Mangsa kebakaran sedang menikmati makan tengah hari.

YB Anuar bergambar bersama beberapa orang petugas.

Beginilah suasana penginapan sementara mangsa kebakaran di Dewan Bandaran.


Menurut Tn. Hj. Akram selaku Ketua Lujnah Kebajikan, pihak PAS Teluk Intan sendiri telah berusaha mengunpulkan pakaian terpakai dan baru, wang tunai serta apa sahaja barangan keperluan untuk disumbangkan kepada mangsa kebakaran.

Beliau berharap kepada orang ramai yang berminat menyumbang agar menghubungi beliau sendiri melalui nombor 019-5586104 atau ADUN Changkat Jong 019-9135875.

intanhijau.blogspot.com

SATU LAGI BERITA GEMBIRA : TARIF ELEKTRIK AKAN NAIK SETIAP ENAM BULAN...

Posted: 30 May 2011 06:50 PM PDT


Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.

Tiada ulasan:

Nuffnang