Selasa, 31 Mei 2011

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 30 May 2011 08:25 PM PDT

Peggy

Terima kasih atas maklum balas Sdri.

Untuk maklumat Sdri, pagi ini saya telah menghubungi Pejabat DBKL Setiawangsa untuk mendapatkan maklum balas berkaitan dengan aduan Sdri.

Pejabat DBKL Setiawangsa mengesahkan telah menerima aduan rasmi melalui surat yang dihantar oleh Pejabat kami dan dimaklumkan bahawa aduan Sdri sedang diambil tindakan oleh Pengurus DBKL Setiawangsa.

Pihak kami akan terus membuat “follow up” dan berharap tindakan akan diambil dalam masa terdekat ini serta akan memaklumkan kepada Sdri sebarang tindakan yang telah diambil.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Comment on Complaints for DBKL by weechookeong

Posted: 30 May 2011 08:03 PM PDT

James

Thank you for your comments. I really am glad that BRJ heeded our request and be a good neighbour. As for Restaurant Zatimanis, I will do my utmost to get them to realise that they are disturbing the residents and turn down the volume of their TV set.

Thank you so much.

With kindest regards

wee choo keong

Comment on Complaints for DBKL by James

Posted: 30 May 2011 07:54 PM PDT

James
012-8110245
Taman Desa Setapak

To Yang Berkhidmat Wee Choo Keong and Mr Yaacob,

I have complained about the noise make by Restaurant BRJ two weeks ago, now they have already reduce their volume, thank you the for the effort done by YB Wee Choo Keong, Mr Yaacob and DBKL, I really appreciate that. Now I have found that another restaurant on the same row with Restaurant BRJ plays movies during evening until midnight very loudly too, it is Restaurant Zatimanis (No. 4-1, Jalan 4A/27A, Wangsa Maju 53300, Kuala Lumpur). I think the authority should issue memo and saman to them too asking them to tune down the volume by at least 50% or prohibit them from playing any movie so that it won't disturb the residents nearby.

Thank you very much.

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 30 May 2011 03:07 AM PDT

Sdr John Taman Desa Setapak

Merujuk kepada aduan Sdr, Pihak kami telah menerima surat jawapan dari DBKL Wangsa Maju bertarikh 31.05.2011.

Melalui surat tersebut pihak DBKL menyatakan bahawa tindakan telah diambil dimana sehingga hari ini sebanyak 7 Notis Kompaun telah dikeluarkan terhadap peniaga yang tidak mempunyai lesen dan menyita sebuah gerai milik warga asing. Manakala 5 peniaga lagi mempunyai Lesen Penjaja-pasar terbuka lokasi di Taman Desa Setapak.

Mengenai gesaan penduduk-penduduk supaya aktiviti pasar pagi tersebut dapat dihentikan, pihak DBKL Wangsa Maju akan merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Peniaga Kecil untuk tindakan selanjutnya.

Walaubagaimana pun kami berpendapat menghentikan ataupun memindahkan pasar pagi ini ke tempat lain yang lebih sesuai ada kewajaranya dimana pihak kami tidak berniat untuk menghalang mana-mana peniaga untuk mencari rezeki namun begitu perlulah mengambil kira persekitaran kawasan tersebut supaya tidak menimbulkan masalah serta kacau ganggu kepada penduduk-penduduk sekitar.

Dalam keadaan sedemikian pihak kami berharap supaya pihak DBKL tidak hanya mencari alasan untuk tidak mengambil tindakan sedangkan dalam masa yang sama pihak DBKL telah pun mengetahui perkara ini. Ini mengambarkan adanya unsur-unsur tertentu seperti bayaran lesen tanpa resit.

Pihak kami amat kesal kerana pihak DBKL Wangsa Maju hanya bertindak sebagai “pejabat pos” dengan memanjangkan perkara tersebut ke Jabatan Peniaga Kecil yang sudah tentu akan melengah-lengahkan perkara berkenaan dari diambil tindakan.

Pihak Yang Berhormat sendiri sentiasa memantau masalah pasar pagi ini dan menjelaskan bahawa sekiranya perlu perkara ini akan dibawa terus ke pengetahuan Datuk Bandar untuk diambil tindakan. Jika masih gagal, perkara ini akan dibangkit di Parlimen pada sessi June ini.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu Kepada
YB Wee Choo Keong

Tiada ulasan:

Nuffnang