Rabu, 20 April 2011

Blog DR LO'LO'

Blog DR LO'LO'


Keluarga PM kuasai Masjid Kampung Baru?

Posted: 19 Apr 2011 11:14 PM PDT


   
KUALA LUMPUR, 20 April: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mendakwa jawatankuasa Masjid Kampung Baru tidak pernah dibuat pemilihan dan hanya dikuasai ahli keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas pembantunya.

Tambahnya lagi, orang Kampung Baru sendiri tidak mempunyai akses kepada pengurusan masjid khususnya dalam aspek kewangan.

Beliau mendedahkan demikian sebagai mengulas kenapa projek naik taraf Masjid Kampung Baru, melibatkan firma arkitek milik adik perdana menteri, Datuk Nazim Razak.
Semalam, syarikat tersebut mendakwa perkhidmatan mereka menyediakan rekabentuk untuk projek naik taraf Masjid Kampung Baru disediakan secara sukarela.

Penjelasan itu dibuat susulan tuntutan sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menuntut Najib menerangkan isu berhubung pembabitan firma NRY Architects dalam projek naik taraf dengan nilai RM20 juta itu.

Dr. Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat sebelum ini pernah membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat lalu, namun menurutnya penjelasan berbeza diberi kerajaan.
Katanya, jawapan yang diberikan kepadanya menyatakan projek tersebut masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang perlantikan dibuat.

Namun apa yang menghairankan katanya, tiba-tiba projek tersebut telah dimulakan dan firma arkitek adik perdana menteri pula terlibat.

"Tiba-tiba saya lihat menara sudah berbalut, atau mungkin sedang dibaiki?

"Saya juga minta supaya projek naik taraf bernilai RM20 juta itu dibuat secara tawaran tender terbuka bukan 'direct nego'," katanya.

Dalam majlis yang berlangsung pada awal Februari itu, perdana menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai projek naik taraf masjid berkenaan.

Peruntukan bagi masjid itu akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad, kata perdana menteri.



Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Tanah Jerlus Di Jalan Syed Mahadi Kampung baharu

Posted: 19 Apr 2011 11:12 PM PDT

Kebocoran Pada Saluran Palong Menyebabkan tanah mendap dan serapan air sekitar kawasan kejadian


YB Dr Lo'Lo' turun melawat kawasan Tanah Mendap dan Diberikan Taklimat 
oleh pegawai Keselamatan DBKL

Satu saluran yang sudah pecah dan menyebabkan air keluar dari bahagian tersebut menyebabkan banjir

Bersama2 wartawan harakah Melawat Mangsa2 yang dipindahkan  di Dewan Jalan Hamzah

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Tiada ulasan:

Nuffnang