Khamis, 24 Mac 2011

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO DUN Seberang Takir

Posted: 23 Mar 2011 05:10 PM PDT





Pada 3 Mac 2011 yang lalu, satu Majlis Solat Hajat bersempena Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO DUN Seberang Takir telah diadakan di Surau Kampung Telaga Daing. Majlis Pecah Tanah Tapak bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah bekas Ahli Dewan Negara yang juga Mantan ADUN Seberang Takir dengan menurunkan tandatangan pada pelan Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir yang disaksikan oleh Y.B Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, ADUN Seberang Takir di tapak bangunan tersebut di Kg. Telaga Daing.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ustaz Kamaruddin bin Omar yang merupakan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu sebagai salah seorang penceramah yang mengutarakan hal isu-isu semasa yang berlaku ketika ini.

Tiada ulasan:

Nuffnang