Selasa, 15 Mac 2011

Pusat Khidmat N27 DUN Pantai Merdeka

Pusat Khidmat N27 DUN Pantai Merdeka


Majlis Sumbangan kepada mangsa ribut,Kg Abu Seman 16 Mei 2010

Posted: 24 May 2010 07:05 PM PDT






Majiis ini diadakan diperkarangan surau Kg Abu Seman,Padang Temusu.Kejadian ini berlaku pada 26 Apr 2010,lebih kurang 60 buah rumah yang terlibat.Pada 27 Apr 2010 YAB MB melapangkan masa untuk melawat mangsa dan diatas keperihatin YAB,beliau telah memberi sumbangan bagi meringgankan beban mangsa.Sumbangan ini telah disampaikan oleh YB Tuan Hj Abdullah Jusoh Adun Pantai Merdeka dan isteri dalam majlis yang ringkas.Turut hazir dalam majlis ini,Sdr.Rosli Darus Pembantu Khas YB,Sdr Badron Hisham Ahli Majlis,Sdr Saiful Azli S/U PKWR,Ketua Kampung Ahmad Rodzi dan Azman Hashim dan ketua cawangan Pdg Temusu Ust Fadzli.

Program Ziarah YB Ke Mukim Bukit Meriam 30 April 2010

Posted: 03 May 2010 03:07 AM PDT

Program Ziarah Ke Mukim Bukit Meriam melibat kampung Sungai Meriam,Pulau Sayak,teluk Amboi,Pantai Merdeka,Bukit Kecil,Matang Tengah dan Kampung Bukit Meriam.Lawatan dan ziarah ini melibatkan Pusat Khidmat Dun Pantai Merdeka,HALWA Dun Pantai Merdeka bersama Ketua-Ketua Kampung.Tujuan lawatan ini untuk mengeratkan lagi hubungan Yb bersama penduduk setempat serta ziarah kerumah wanga tua yang uzur.Sebanyak 30 hamper disumbang kepada warga tua yang diziarahi.Rata-rata penduduk yang ditemui berasa amat terharu diatas kunjungi ini.














Bencana Ribut di Sungai Petani

Posted: 03 May 2010 02:48 AM PDT


Kejadian belaku pada pukul 3 petang 26 april 2010 di kampung Abu Seman, Padang Temusu.Lebih kurang 55 buah rumah menggalami kerosakan akibat dilanda ribut.Gambar diatas,Mohd Rodzi Bin Darus Ketua Kampung sedang menggambil senarai nama penduduk yang rumah dan harta benda mereka mengalami kerosakkan.





Ketua Kelab Penyokong sokong soalan YB Nasir

Posted: 03 May 2010 01:39 AM PDT

Dipetik dari www.wartakedah.net

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Soalan 'panas' yang dikemukan oleh ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa adalah wajar bagi menjelaskan kepada umum mengenai bidang kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuangku Sultan yang mutakhir ini dilihat telah diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu sepertimana yang dipaparkan di akhbar.

ADUN Bandar Baharu, YB Ustaz Yaakub Hussin menjelaskan bahawa YB Mohd Nasir ada hak untuk mengajukan soalan yang dikatakan mempertikai kuasa KDYMM Tuanku Sultan oleh pembangkang (BN).

"Jika diteliti dan fahami betul-betul, soalan ini hanya memerlukan penjelasan serta maklumat agar ADUN lain tak campur tangan bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan dan perlu dihormati oleh semua pihak di Kedah mahupun luar Kedah.

"Sekarang ini kita dapat lihat sudah ada tanda-tanda seperti yang tersiar dalam akhbar, kuasa KDYMM Tuanku Sultan telah dicampur tangan dan jika ianya dibiarkan, semakin bertambah, maka ia akan merosakkan hubungan baik antara kerajaan dengan istana," jelas beliau yang juga merupakan Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kedah.

Tambah beliau, pembangkang (BN) sengaja mencetuskan kontroversi agar soalan ini tidak jawab bagi menyembunyikan isu sebenar perihal campur tangan mereka dalam pentadbiran agama Islam negeri Kedah.

"Saya tak fikir soalan yang mudah ini tak difahami oleh mereka (BN), jika soalan ini dibenarkan oleh YB Dato' Speaker mungkin mereka menerima tamparan daripada jawapan itu.

"Dari awal lagi mereka cuba cari jalan untuk pintas daripada soalan ini dijawab agar tidak dibangkitkan dalam dewan, sebab yang terlibat adalah daripada pihak mereka (BN) yang mana mereka membuat provokasi agar imam-imam tidak mengisi borang M4," ujar beliau.

Program Silatulrahim MKK Batu Lintang

Posted: 08 Apr 2010 01:57 AM PDT













Maslis telah dianjurkan oleh MKK Kampung Batu Lintang pada 3 April 2010,dirasmikan oleh Yb DUN Pantai Merdeka YB Abdullah Bin Jusoh.Turut hadir bersama Penghulu Mukim Simpor Encik Fazaidi Bin Saidin (berbaju Belang).
Banyak Aktiviti telah diatur oleh Jawatankuasa MKK Batu Lintang dalam program ini,antaranya ziarah ke rumah orang yang uzur,pertunjukan silat,sukaneka untuk kanak-kanak,pertandingan sepakraga bulat untuk golongan bapa-bapa,pertandingan bolasepak 9 sebelah golongan pemuda,pertandingan jongkak untuk golongan kakak-kakak dan tidak ketingalan juga untuk kaum ibu pertandingan membuat gubahan menggunakan buah nanas diadakan.
Taniah!Satu Program yang bejaya bagi MKK Batu Lintang,semoga program ini menjadi model atau ikutan bagi MKK kampung lain.

Melawat Rumah Mangsa Ribut Di Kampung Jawa

Posted: 05 Apr 2010 02:46 AM PDT





Suasana Majlis Berkhatan Perdana 2009.

Posted: 16 Dec 2009 05:55 PM PST









Para peserta sedang dimandikan oleh Pengerusi Pusat Khidmat Dun Pantai Merdeka,Saudara Rosli Darus.
Majlis ini telah berlangsung pada 8 December 2009 bertempat di perkarangan pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka.Seramai 44 orang peserta yang berdaftar,hanya 38 orang saja yang dapat disempurnakan.2 orang tidak dapat dikhatankan kerana bentuk tubuh badan menjadi penghalang dan 2 orang lagi pasangan adik beradik tidak dapat dipujuk oleh kedua-dua ibubapa mereka.
Suasana yang meriah dan penuh gelagat dan aksi para perserta telah menceriakan lagi majlis ini.Kepada ibubapa dan waris yang ingin menyertai untuk tahun hadapan bolehlah berhubung dengan pegawai yang bertugas di pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka.Majlis ini telah dijadikan Acara Tahunan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka.Ucapan terima kasih dari YB DUN Pantai Merdeka Hj Abdullah Bin Jusoh kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama kepada Mudim ,Jabatan Bomba Dan Penyelamat Balai Tikam Batu,Ketua-ketua Kampung dan ibubapa dan waris peserta.

Majlis Penyerahan Baju,Jersi,Bolasepak Dan Bola Sepaktakraw.

Posted: 01 Dec 2009 05:31 PM PST




Majlis telah diadakan pada 26 November 2009 bertempat di Pusat Khidmat DUN Pantai Merdeka,Tikam Batu.Majlis ini diadakan bagi menyerahkan peralatan sukan seperti baju Jersi, bolasepak dan bola sepaktakraw seta baju Pakatan Kenduri Kampung yang dipohon oleh Ketua-ketua Kampung.Ini menunjukkan bahawa golongan muda juga tidak ketinggalan dalam konteks Kedah Sejahtera yang diterapkan kepada ketua-ketua kampung.Golongan Muda diharap dapat memberi kerjasama dan memberi idea-idea kepada Ketua Kampung untuk memajukan atau menjayakan kampung masing-masing.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Pantai Merderka,Abdullah Bin Jusuh.

Yb Dun Pantai Merdeka menyerahkan jersi bolasepak,bola dan baju untuk Pakatan Kenduri kepada Ketua Kampung dan wakil Pemuda Kampung.

Tiada ulasan:

Nuffnang